You are on page 1of 2

Terjemahan Bab

( ‫) الم ال والم الفعل‬

1. Lam Ta’rif
Lam mati tambahan pada struktur perkataan apabila didahului dengan hamzah wasal yang berbaris atas
ketika permulaan perkataan, Lam Ta’rif terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

(i) Lam Qamariah ( Hukumnya Izhar )


Ianya merupakan lam yang ditulis dan disebut pada sebahagian qiraat apabila huruf selepasnya tidak
mempunyai sabdu. Lam Qamariah terletak selepas 14 huruf yang dikumpulkan iaitu;
( ‫ ء‬،‫ م‬،‫ ي‬،‫ ق‬،‫ ع‬،‫ ف‬،‫ خ‬،‫ و‬،‫ ك‬،‫ ج‬،‫ ح‬،‫ غ‬،‫ ب‬،‫)ه‬

(ii) Lam Syamsiah ( Hukumnya Idgham )


Ianya merupakan yang ditulis tanpa disebut pada sebahagian qiraat iaitu huruf yang selalu dibaca dengan
besabdu. Lam Syamsiah terletak selepas 14 huruf yang dikumpulkan iaitu;
( ‫ ل‬،‫ ش‬،‫ ز‬،‫ ظ‬،‫ س‬،‫ د‬،‫ ن‬،‫ ذ‬،‫ ض‬،‫ ت‬،‫ ر‬،‫ ص‬،‫ ث‬،‫)ط‬

2. Lam Fi’il
Lam mati yang terletak pada fi’il, sama ada ianya fi’il madi, mudhori, amr, yang terletak pada tengah-
tengah atau hujung perkataan.

Hukumnya terdapat dua;


(i) Idgham : memasukkan Lam Fi’il yang tetap yang terletak sebelum huruf ‫ ل‬dan ‫ ر‬.

(ii) Izhar : Membaca Lam Fi’il yang tetap yang terletak sebelum semua huruf kecuali ‫ ل‬dan ‫ ر‬.

3. Lam Huruf
Lam yang terletak pada huruf ( ‫ ) هل‬dan ( ‫ ) بل‬sahaja.

Hukumnya terdapat dua:


Izhar: Lam yang terletak pada semua huruf kecuali huruf ( ‫ ) ل‬dan ( ‫) ر‬.
Idgham : Lam yang terletak selepas huruf ( ‫ ) ل‬dan ( ‫) ر‬. Dan tiada pada Al Quran apabila huruf ( ‫) ل‬
selepas huruf ( ‫) هل‬
4. Lam Isim
Lam yang terletak pada kata nama iaitu kata asal pada struktur perkataan, ianya selalu berada ditengah-
tengah perkataan.

Hukumnya: Wajib Izhar

5. Lam Amr
Lam mati tambahan yang terletak pada struktur perkataan. Ianya bercampur ke atas fi’il mudhari lalu
bertukar menjadi ungkapan perintah, dengan syarat ianya mesti dimulakan dengan ( ‫) ثم‬, atau ( ‫) و‬, atau (‫ف‬
).

Hukumnya: Wajib Izhar

You might also like