You are on page 1of 17

PENGENALAN BERSEPADU

TAHFIZ SEKOLAH MENENGAH



TFZK 2013
USTAZAH FARAH ILYANI
BINTI ZAKARIA
MUHAMAD AZIM BIN AZMAN
ANZAR BIN TALIP
MAD ASLI

 Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab
Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie.
 Mad Asli terjadi apabila :
 Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang
berbaris atas.
 Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf
yang berbaris hadapan.
 Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang
berbaris bawah.
MAD FAR'IE

 Mad Far'ie dibaca lebih daripada kadar Mad Asli. Kadar harakatnya mengikut jenis Mad.
 Mad ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

 Mad Wajib Mutasil


 Mad Jaiz Munfasil
 Mad 'Aridh Lisukun
 Mad Badal
 Mad 'Iwadh
 Mad LIn
 Mad Tamkin
 Mad Farqi
 Mad Silah Qasirah
 Mad Silah Towilah
 Mad Harfi
 Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
 Mad Lazim Harfi Mutsaqal
 Mad Lazim Kilmi Mukhafaff
 Mad Lazim Kilmi Mutsaqal
Mad wajib mutasil

 Mad asli / mad tabi’ie yang bertemu dengan
hamzah dalam satu kata. Cara membaca mad wajib
muttasil adalah wajib dipanjangkan 4, 5, 6 harakat
atau 2 setengah alif.
 Contoh:
Mad jaiz munfasil

 Mad asli / mad tobi’ie yang bertemu dengan
hamzah dalam lain kata atau dalam kata yang
berbeza. Cara membacanya adalah 2, 4, 5 harakat
Contoh:
Mad 'Aridh Lil Sukun

 Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang
mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. 
 Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad
Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan
bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua
huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca
6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim
Mad Badal

 Pemanjangan bunyi pada huruf hamzah, apabila
hamzah bertemu dengan dengan huruf mad sebagai
pengganti hamzah yang dihilangkan. Panjang Mad
Badal adalah 2 harakat.
Mad 'Iwadh

 Mad 'Iwadh secara harfiahnya ialah "mengimbangi", berlaku
apabila terdapat fathatain atau tanwin fathah (baris dua di atas)
yang jatuh pada waqaf (pemberhentian) pada akhir kalimat
atau ayat kecuali tanwin fathah pada ta' marbutah ‫ـ‬Pembacaan
mad 'iwadh adalah menggantikan tanwin tersebut dengan mad
tabi'e. 
 Perhatikan petikan ayat di atas dengan dua perkataan yang
sama mempunyai tanwin ("soffan") tetapi apabila diberhentikan
pada hujung ayat, ia hanya dipakaikan mad ("soffaa"). Maka
sebutan petikan ayat tersebut adalah "...wal-malaku soffan soffaa".
 Mad 'Iwadh panjangnya 2 harakat sahaja
Mad Lin

 Mad Lin (atau juga disebut Mad Layyin) adalah
mad yang terjadi pada akhir bacaan (posisi
waqaf/berhenti membaca) dengan formula: huruf
layyin + satu huruf (yang sebenarnya hidup, tapi
dimatikan, kerana berada di posisi waqaf).
 Huruf layyin pula ialah wau dan ya mati sebelumnya
berfathah (berbaris atas), ْ‫ ـَ ي‬/ ‫َـ ْو‬.
 Lin dalam bahasa Arab bermaksud "lembut",
"ringan“
Mad Tamkin

 Berlaku apabila terdapat huruf ya berganda iaitu ya
sukun yang didahului dengan ya yang
bertasydid/bersabdu dan kasrah atau baris bawah.
 2 harkat
Mad Farqi

 Secara harfiahnya bermaksud "berpasukan",
"bergabung". Mad ini terjadi akibat pertemuan
antara Mad Badal dan huruf bertasyid.
 Tempoh kepanjangan Mad Farqi adalah 6 harakat.
 Mad ini hanya terjadi pada 4 tempat bacaan dalam
Al-quran, iaitu pada:
 Surah Al-An’am ayat ke-143 dan 144
 Surah Yunus ayat ke-59
 Surah An-Naml ayat ke-59.
Mad Silah

 Terbahagi kepada dua iaitu Mad Silah Qasirah dan
Mad Silah Tawilah. Secara harfiah, silah bermaksud
"berkait", "pertalian" manakala qasirah bermaksud
"pendek" dan tawilah bermaksud "panjang". Hal ini
dapat dilihat kesannya pada kepanjangan harakat.
Mad Silah Qasirah

 Pemanjangan bunyi pada huruf ha dhomir  bunyi hii atau
huu sebagai kata ganti nama orang ketiga tunggal) dengan
syarat tidak diikuti huruf hamzah sesudahnya. Bunyi tersebut
akan dipanjangkan ketika diapit oleh huruf-huruf yang hidup.
 Pemanjangan suara pada huruf ha dhomir tidak disebabkan
oleh huruf mad, tetapi kerana diapit oleh huruf hidup. Walau
bagaimanapun, jika Mad Silah didahului huruf yang mati
maka Mad Silah tidak terjadi, dan dibaca biasa tanpa panjang
kecuali pada surah Al-Furqan ayat ke 69 yang disebut "Mad
Mubalaghah".
 2 harkat.
Mad Silah Towilah

 Pemanjangan bunyi pada huruf ha dhomir apabila
Mad Silah Qasirah bertemu dengan huruf hamzah.
Ukuran panjangnya adalah 4 sampai 5 harakat.
Mad Lazim Harfi


 Mad Lazim Harfi Mukhoffaf Mad Tabi'e yang
bertemu sukun yang terjadi pada rangkaian huruf-
huruf Muqotho’ah. Kepanjangan Mad Lazim Harfi
Mukhoffaf adalah 6 harakat.
 Mad Lazim Harfi Mutsaqqal adalah Mad Tabi'e
yang bertemu dengan tasydid/sabdu (keranya
terjadinya idgham antara sebutan rangkaian huruf
muqotho'at). Kepanjangan Mad Lazim Harfi
Mutsaqol juga adalah 6 harakat dengan penekanan
pada tasydid antara huruf.
Mad Lazim Kalimi

 Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf adalah mad yang terjadi daripada
pertemuan antara Mad Badal dengan huruf bertanda sukun (mati).
Hukum mad ini hanya terdapat di 2 tempat dalam Al-quran, iaitu
pada Surah Yunus ayat ke-51 dan 91.
 Tempoh kepanjangan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf adalah 6 harakat.

 Mad Lazim Kalimi Mutsaqqal adalah mad yang terjadi apabila Mad


Tabi’e diikuti oleh huruf bertasydid, dan kedua-duanya masih berada
pada satu perkataan atau kalimah. Apabila tanda tasydid berada di
lain perkataan, hukum mad tidak terpakai.
 Tempoh kepanjangan Mad Lazim Kalimi Mutsaqqal adalah 6 harakat.

SEKIAN
TERIMA KASIH DARIPADA KAMI BERDUA

You might also like