You are on page 1of 1

Mad Far’i ‫المد الفرعي‬

Definisi mad ialah memanjangkan atau menambahkan. Terdapat 19 hukum mad yang mempunyai
pelbagai ciri dan bacaan yang tersendiri.Mad Far’i ialah pecahan daripada hukum Mad Asli. Hukum
bacaan mad ini terbahagi kepada dua iaitu Mad Tab’i dan Mad Far’i. Mad ini adalah semua mad selain
Mad Tab’i

Mad Far’i juga dibaca dengan bacaan panjang yang bertemu dengan hamzah, sukun, tasydid dan waqaf.
Terdapat tiga pembahagian dalam Mad Far’I bertemu dengan huruh hamzah iaitu Mad Wajid Muttasil,
Mad Jaiz Munfasil dan Mad Shilah Thawilah. Panjang bacaan bibaca dengan dua hingga enam harkat

Mad Wajid Muttasil ِ َّ ‫اجبْ ُمت‬


‫ص ْل‬ ِ ‫َمد َْو‬
Mad Muttasil ialah huruf mad bertemu dengan hamzah. Huruf mad dan hamzah ini bertemu dalam
kalimah yang sama. Bacaan ini dibaca dengan empat, lima atau enam harakat ketika berhenti.

Mad Jaiz Munfasil ِ َ‫َم ْد َجائِ ْز ُم ْنف‬


ْ‫ص ْل‬
Mad Jaiz Munfasil iaitu bercerai ialah huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah yang terdapat pada
awal kalimah berikutnya. Mad ini bertemu dengan hamzah di lain kalimah. Hukumnya dibaca panjang
dengan empat dan lima harkat.

Mad Badal ‫مدْبدل‬


Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf
Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Hukumnya dibaca panjang dengan satu atau dua harkat. Asal mad
badal ialah bertemu dengan dua hamzah pada satu kalimah. Namun begitu, huruf hamzah kedua ditukar
kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Definisi Badal
adalah ganti di mana hamzah yang jatuh sukun akan di ganti dengan ‫ ا‬, ‫ و‬dan ‫ي‬.

‫اْل ُو ل َ ى‬
ْ ‫ك ِم َن‬
َ َ ‫َو ل َ ْل ِخ َر ة ُ َخ ي ٌْر ل‬

Surat Ad-Duha Ayat 4 : Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang
(permulaan).

You might also like