You are on page 1of 8

Nama ahli kumpulan : Nur Afifah binti Ismail Nurul Fakhira binti Kasim Najwatul Farhana binti Md Fadzli

Fadzli Ummu Sumaiyah binti Mohammad Taufik Nur Izzaty binti Abdullah Siti Hajar binti Azlan

Kandungan
Pengenalan Mad Asli Mad Iwadh Mad Silah Qasirah Mad Silah Thowilah Mad Muttasil Mad Munfasil Mad Badal Mad Aridh Lis Sukun Mad Liin Mad Faraq Mad Tamkin Mad Lazim Kalimi Mussaqal Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf Mad Lazim Harfi Musaqqal Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Penutup Rujukan

Muka Surat

MAD ASLI Mad asli ialah mad yang asal wujudnya bagi huruf-huruf yang bertemu dengan huruf-huruf mad. Ia bukan disebabkan selepas huruf mad terdapat huruf hamzah atau tanda sukun. Ia dibaca dengan kadar mad 2 harakat sama ada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya. Mad asli juga dinamakan Mad Tabiie, kerana ia sudah menjadi tabiat bagi semua pembaca Al-Quraan yang mahir atau baik tidak mengurangkan kadar madnya 2 harakat dan tidak pula melebihi daripada itu. Ia juga dinamakan Mad Zati kerana mad ini memang terdiri daripada huruf madnya (zatnya) sendiri. Dinamakan Asli atau Tabiie : Dinamakan Asli bermaksud asal sesuatu pemanjangan kerana kadar 2 harakat adalah sekurang-kurang kadar panjang, di mana satu harakat tidak dikira sebagai bacaan panjang. Dinamakan Tabiie iaitu semulajadi pula, kerana mad ini dipanjangkan secara semulajadi yang tidak tertakluk kepada sebarang sebab dalam pemanjangannya. Sebaliknya Mad Fariie adalah suatu yang bergantung dengan sebab sama ada hamzah atau sukun dalam berlaku pemanjangannya. Maka kerana itulah dibahagikan mad itu kepada dua iaitu mad yang bersebab iaitu Mad Fariie dan mad yang tanpa sebab iaitu Mad Asli. Keadaan-keadaan Mad Asli : Mad Asli itu ditemui dalam pembacaan Al-Quraan pada beberapa keadaan. Ada yang berlaku ketika wasal dan waqaf, wasal sahaja, wakaf sahaja dan ada yang terdapat di awal setengah surah. Contoh :

MAD SILAH Mad yang terdapat pada huruf ha dhamir bererti kata ganti ha nya maskulin diri ke-3 (tunggal). Apabila ia terletak di antara dua huruf yang berbaris dan pada ketika pembacaannya bersambung dengan huruf berikutnya, maka bacaanya wajib dimadkan, jika berhenti bacaan padanya, ia dibaca sukun tanpa mad.

MAD SILAH QASIRAH Perkataan Silah dari segi bahasa bermaksud sambung, qasirah bermaksud kecil. Dari segi istilah pula, ia bermaksud mad yang berlaku pada huruf ha dhamir atau ha kinayah apabila ia terletak di antara dua huruf yang berbaris dan tiada huruf hamzah selepasnya. Mad Silah Qasirah terjadi apabila selepas ha dhamir terdapat huruf selain hamzah, maka hendaklah dibaca panjang dan kadar 2 harakat. Tanda mengenal : Bagi huruf hasimpul yang dibaca dua harakat itu, pasti terdapat padanya tanda wau kecil selepas ha yang berbaris dhommah, atau ya kecil selepas ha yang berbaris kasrah. Contoh :


MAD SILAH TAWILAH Mad Silah Tawilah terjadi apabila ada huruf hamzah selepas ha dhamir, maka hendaklah dibaca panjang dengan adar 4 harakat atau 5 harakat. Contoh :

MAD LIN Huruf wau dan ya bertanda sukun dan huruf sebelum kedua-duanya berbaris di atas, dan huruf selepasnya dibaca sukun kerana berhenti bacaan padanya, maka bacaannya harus dimadkan dengan enam, empat atau dua harakat. Apabila bacaannya bersambung dengan huruf selepasnya, maka ia tidak boleh dimadkan. Ia dinamakan Mad Liin kerana sebutannya adalah lembut dan mudah pada ketika berhenti bacaan padanya. Contoh :

MAD FARAQ Mad terdapat padan huruf Hamzah Istifham (Pertanyaan) di awal kalimah, pada ketika pertemuannya dengan huruf Hamzah Bersambung ( ,) untuk memperbezakan antara ayat pertanyaan dan ayat pemberitaan, maka bacaan Hamzah Istifham dimadkan dengan enam harakat, kerana huruf Hamzah Bersambung ditukar menjadi huruf mad alif dan diikuti huruf lam bertanda sukun. Ia juga dinamakan Mad Lazim Kalimi. Contoh :

MAD TAMKIN Mad ini pada huruf ya( )yang bersabdu serta berbaris di bawah yang diikuti dengan huruf Ya( )sebagai huruf mad. Maka bacaan madnya tetap dengan dua harakat pada ketika bacaanya bersambung dengan huruf. Berikutnya. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat dua ya( )pada satu kalimah iaitu: Ya( )yang pertama berbaris di bawah serta bertasydid. Ya( )yang kedua sukun.

Kadar bacaanya: 2 harakat sahaja. Contoh :

MAD LAZIM KALIMI MUSAQQAL Berlaku dalam satu kalimah yang bersabdu (bacaan idgham). Contoh-: ...selepas huruf ha terdapat huruf mad alif ).( Selepasnyaterdapathurufqaf)(bersabdu.

Sebenarnya ia terdiri dari dua huruf yang sama. Huruf pertama bertanda sukun. Huruf berikutnya berbaris di atas lalu diidghamkan huruf pertama ke dalam huruf berikutnya terjadi satu huruf yang bersabdu. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat huruf Mad ( )yang sakinah bertemu dengan huruf yang bertasydid dalam satu kalimah. Kadar bacaanya : wajib dibaca dengan 6 harakat. Contoh :

You might also like