You are on page 1of 2

Lam Sukun / Lam Alif

Huruf-huruf Lam Sukun di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Lam Ta'rif( )atau Lam( ), Lam Fi'li( )dan Lam Harfi( ). 1. Lam( )iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta'rif yang dapat bersama-sama dengan kata nama (isim). Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut boleh ditulis tanpanya seperti( )ataupun tidak boleh ditulis tanpanya seperti( )menyebabkan penambahan Alif Lam( )ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya. Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti( )dan wajib dibaca secara Izhar jika terdapat Huruf Ya' atau Hamzah selepasnya seperti kalimah:( )dan( ). 2. Lam Qamariah( )terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair:( ). Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut. 3. Lam Syamsiah( )terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair: ( ). Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas.

Hukum alif lam ma'rifah


Rencana utama: Lam takrif

Alif lam ma'rifah adalah dua huruf (alif dan lam) yang ditambah pada pangkal kata nama atau isim yang menentukan maksud perkataan itu dan lain lagi. Terdapat dua jenis kes bagi alif lam ma'rifah apabila bersambung dengan ejaannya iaitu qamariah dan syamsiah. Alif lam qamariah ialah lam yang bersambung terus daripada empat belas huruf ini iaitu hamzah ( ), ba' ( ), jim ( ), ha' ( ), kha' ( ), 'ain ( ), ghain ( ), fa' ( ), qaf ( ), kaf ( ), mim ( ), wau ( ), ha' ( ) dan ya' ( ). Ini diambil sempena perkataan al-qamar ( ). Dari perkataan itu, jelas cara membacanya adalah tidak memasukkaan lam ke dalam huruf selepasnya tetapi mematikannya dengan jelas lalu menyebut huruf yang seterusnya. Alif lam syamsiah ialah lam yag bersambung dengan empat belas huruf ini pula iaitu ta' ( ), tha' ( ), dal ( ), dzal ( ), ra' ( ), zai ( ), sin ( ), syin ( ), sod ( ), dhod ( ), tho ( ), zho ( ), lam ( ) dan nun ( ). Ini diambil sempena perkataan asy-syamsiah ( ). Dari perkataan tersebut, cara membacanya adalah dengan memasukkan ke dalam huruf selepas lam yang kebanyakkanya disabdukan dan lam tidak dibunyikan.

You might also like