You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: __2017__

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: EDUP3063 Semester / Tahun: Semester 2 / Tahun 2

Nama Kursus: Ambilan: JUN 2015

Pentaksiran Dalam Pendidikan Kumpulan : PL, PK dan Sej

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Kuiz 27 Feb 2018 27 Feb 2018

2. Penulisan Akademik 20 Feb 2018 7 APRIL 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Membincangkan konsep asas pentaksiran, tujuan dan prinsip pentaksiran
dalam pendidikan (C3, LO1)
2. Merancang pentaksiran berdasarkan proses merungkai standard dan
penjajaran konstruktif dalam pendidikan (C6, LO1, LO3, CTPS2)
3. Membina pelbagai jenis alat pentaksiran dalam bilik darjah berdasarkan
maklumat terkini daripada pelbagai sumber (C6, A2, LO3, LO6, CTPS3, LL1)
4. Mengaplikasi kriteria pentaksiran yang sesuai, interpretasi data dan melapor
prestasi murid dalam pendidikan (C3, LO1,LO6, LL3)
5. Menganalisis isu tentang pentaksiran dalam konteks sekolah rendah di
Malaysia. (C4, LO3, CTPS2)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran : 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar akan dapat:
1. Menjawab soalan kuiz berkaitan konsep asas pentaksiran, tujuan dan prinsip
pentaksiran dalam pendidikan, jenis-jenis alat pentaksiran dan konsep merungkai
standard dan penjajaran konstruktif dalam pendidikan

2. Membina ujian aneka pilihan, melaksanakan ujian, menganalisis item dan


membuat laporan mengenai keseluruhan proses.
'Tiada apa-apa yang kita lakukan, atau bagi pelajar-pelajar kita adalah lebih penting daripada
pentaksiran yang kita lakukan terhadap kerja mereka dan maklum balas yang kita berikan
kepada mereka terhadapnya. Keputusan pentaksiran kita memberi kesan kepada pelajar-
pelajar di sepanjang hayat mereka......... '

Race, P. Brown, S. and Smith, B. (2005)

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Kuiz (10%)

Kuiz akan dilaksanakan selama 30 minit secara bersemuka pada tarikh yang ditetapkan dan
meliputi topik-topik seperti di bawah.

1. Konsep Asas Pentaksiran Bilik Darjah

2. Peranan dan tujuan Pentaksiran dalam Pendidikan

3. Ciri dan Prinsip Pentaksiran

4. Jenis Alat Pentaksiran

5. Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif

TUGASAN 2: Penulisan Akademik (40%)

Berdasarkan kurikulum sekolah rendah, bina ujian aneka pilihan yang mengandungi 20
item. Jalankan ujian dan laksanakan analisis item untuk menentukan kesesuaian dan kualiti
item ujian. Kemudian hasilkan laporan mengenai persediaan dan analisis terhadap item
pentaksiran.
Panduan tugasan:
1. Dalam kumpulan bertiga, pilih satu tahap di sekolah rendah.
2. Sediakan spesifikasi ujian untuk 20 item aneka pilihan
3. Pastikan pembinaan spesifikasi ujian itu adalah berdasarkan kepada:
(a) Hasil pembelajaran untuk kemahiran/ isi kandungan yang dipilih.
(b) Taburan item mudah, sederhana dan sukar secara adil.
4. Bina kertas ujian yang lengkap dengan arahan bersesuaian dan sediakan kertas
jawapan..
5. Tadbirkan ujian tersebut kepada kelas yang terdiri daripada 30-40 orang murid.
6. Jalankan analisis item untuk menentukan kesesuaian item.
7. Tuliskan laporan mengenai persediaan dan analisis item ujian. Berikan rasional
kepada keputusan yang anda buat.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

Penulisan akademik

Laporan anda mesti mengandungi maklumat di bawah:

1. Maklumat umum termasuk:


 Gambaran menyeluruh tugasan.
 Lokasi, masa, sekolah dan murid-murid yang terlibat.
 Tempoh ujian
 Bilangan soalan dan jenis soalan.
 Adakah ujian tersebut formatif atau sumatif.
 Tujuan ujian dijalankan.
 Tujuan laporan pentaksiran itu dibuat.

2. Huraian mengenai persediaan ujian mesti mengandungi:

(Secara umum, anda perlu menerangkan bagaimana ujian tersebut dibina)

 Adakah rujukan dibuat berdasarkan kurikulum, sukatan, buku rujukan atau buku
teks?
 Adakah terdapat perbincangan? Berapa kah kekerapannya?
 Bagaimanakah ujian yang dibina itu dimurnikan? Apakah langkah-langkah yang
telah diambil?
 Bagaimanakah taburan soalan berdasarkan tahap kesukaran ditentukan? Apakah
rasional penentuan tersebut?
 Apakah yang telah dijalankan ketika menulis arahan untuk ujian tersebut?
 Apakah panduan yang anda gunakan ketika membina item ujian tersebut?
 Anda perlu menunjukkan jadual spesifikasi ujian dan menerangkan rasional
untuknya. Anda boleh menunjukkan 2 versi jadual spesifikasi ujian – satu
menunjukkan bilangan soalan dan satu lagi menujukkan no item.
 Dalam jadual spesifikasi ujian, sila nyatakan dalam kolum ”kemahiran/ objektif
pengajaran’, spesifikasi hasil pembelajaran yang diuji.
 Anda perlu merujuk kepada beberapa sumber sepanjang tugasan ini. Sumber
anda tidak kurang daripada 6 rujukan dan sekurang-kurangnya daripada 3 sumber
rujukan yang berbeza.
1. Huraian analisis item mesti mengandungi:

 Anda perlu memberikan penerangan ringkas mengenai indeks kesukaran dan


indeks diskriminasi.
 Anda juga perlu menyediakan jadual yang menunjukkan ringkasan indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi bagi semua item serta huraian ringkas
mengenainya.
 Anda juga perlu menunjukkan bagaimana anda mengira indeks diskriminasi dan
indeks kesukaran bagi SATU item.
 Kesesuaian sesuatu item boleh dibahagikan kepada 3 kategori
(a) Item yang baik
Senaraikan item tersebut dan terangkan mengapa item tersebut dianggap
sebagai item yang baik.
(b) Items rosak (Item yang tidak baik tetapi boleh diperbaiki dengan modifikasi
Senaraikan item tersebut dan terangkan mengapa ianya dianggap sebagai item
rosak.
Berdasarkan SATU item, tunjukkan bagaimana anda boleh menambah baik item
tersebut. Nyatakan rasional modifikasi anda itu.

(c) Item yang lemah (Item yang boleh dibuang terus)


Senaraikan dan jelaskan mengapa.

2. Ciri-ciri lain (tidak wajib)


Anda juga boleh melaporkan lain-lain ciri-ciri ujian anda seperti kebolehpercayaan ujian atau
korelasi antara indeks kesukaran yang dijangkakan dan indeks kesukaran sebenar yang
diperolehi.

3. Penilaian keseluruhan
Buat satu rumusan umum dan buat keputusan samada ujian yang anda bina adalah ujian
yang baik atau tidak. Secara ringkas, nyatakan dan jelaskan kekuatan dan kelemahan ujian
anda itu. Anda juga boleh memasukkan faktor lain seperti pentadbiran ujian dan lain-lain lagi
dalam perbincangan anda.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Nama: HALIMATUSSAADIAH) (Nama: )

Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) /Penyelaras


Disahkan oleh: Kursus/ Pensyarah Kanan

(Nama: )
Ketua Jabatan

You might also like