You are on page 1of 16

SULIT*

MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
940/2 STPM
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
SEJARAH ISLAM (500-1918)
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
KERTAS 2
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR
MODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGORMODULPENINGKATANAKADEMIKSELANGOR

MODUL PENINGKATAN AKADEMIK SELANGOR


TINGKATAN ENAM
(SEMESTER 2)

SKEMA JAWAPAN

1
1. Bincangkan peranan Khalifah Abu Bakar dalam mengukuhkan negara Islam Madinah
selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W [20 markah]

Pengenalan

• Abu Bakar Al-Siddiq merupakan khalifah islam yang pertama dan juga sahabat Nabi
Muhammad S.A.W. Nama sebenar beliau ialah Abdullah Bin Abu Quhafah.
• Beliau digelar Abu Bakar yang bermaksud Bapa Segera, beliau juga terkenal dengan
gelaran Al-Siddiq kerana membenarkan setiap percakapan dan perbuatan Nabi
Muhammad S.A.W.
• Beliau telah bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah dan tinggal
bersama di dalam Gua Thur. Antara sahabat-sahabat Nabi, Abu Bakar adalah orang
yang paling rapat dengan Nabi Muhammad S.A.W.
• Beliau memainkan berbagai peranan penting dalam mengukuhkan negara Islam
Madinah selepas kawafatan Nabi

Isi

1. Memerangi Golongan Murtad


• Sumbangan beliau yang seterusnya ialah memerangi golongan murtad dan nabi palsu
• Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat
sembah kepada seorang pemimpin, malah ada di antara mereka mendakwa bahawa mereka
ialah nabi dan rasul.
• Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini, Khalifah Abu Bakar melancarkan
perang terhadap golongan yang deglar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri
Peperangan Islam-Riddah.

2. Memerangi Golongan Yang Enggan Membayar Zakat


• Khalifah Abu Bakar juga menghapuskan kaum yang enggan membayar zakat.
• Pemberontakan dan kekacauan itu sangat hebat sehingga mengakibatkan kabilah-kabilah
Arab hampir murtad habis-habisan kerana mereka melepaskan kepercayaan mereka
terhadap islam dan juga ada di antara mereka yang masih tetap di dalam Islam tetapi masih
enggan memenuhi salah satu daripada rukun Islam yang kelima iaitu zakat.

3. Mengemaskini Pentadbiran Negara


• Khalifah Abu Bakar meneruskan dasar pentadbiran yang dibentuk dan diasaskan oleh
Rasulullah saw dengan mengekalkan jawatan gabenor dan lain-lain.
• Bagi menjamin pentadbiran negara berjalan lancer dan mewujudkan kestabilan politik,
Khalifah Abu Bakar bertindak menyusun pentadbiran dengan membahagikan negara Islam
kepada 10 wilayah seperti Taif, Makkah, Hadramaut, Khaulan, Najran dan Sanaa dengan
diketuai oleh seorang amir (gabenor) yang dibantu oleh imam dan hakim, setiausaha dan
pegawai baitumal.
• Inisiatif Khalifah Abu Bakar ini diteruskan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab yang
kemudiannya membahagikan negara Islam kepada lapan buah wilayah

2
4. Melicinkan Pentadbiran Tanah
• Di samping itu, beliau turut berusaha untuk melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam
dengan membahagiakan lagi tanah arab kepada sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman,
Al- Jund, Khalwan Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran. Dalam dasar
pemerintahannya, beliau turtu melantik seorang amir atau ketua untuk mentadbir wilayah-
wilayah tersebut.

5. Usaha Pengumpulan Al -Quran


• Sumbangan terbesar Saidina Abu Bakar ialah beliau telah mengumpul semula semua naskah
Al-Quran dan mengkitab mukjizat Rasulullah itu menjadi panduan umat islam
• Hal ini kerana beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya mengumpulkan semua
tulisan Al-Quran serta menyalinnya semula. Salinan tersebut telah disimpan olehnya dan
telah diamanahkan kepada Saidina Umar bin Al-Khattab.

6. Memperkukuhkan Bidang Ketenteraan dan Dasar Peluasan Kuasa


• Khalifah Abu Bakar melaksanakan dasar ketenteraan dengan melantik Khalid al-Walid
sebagai panglima agung dan menggerakkan tentera untuk menghadapi ancaman musuh
luar negara, khasnya Byzantine (Rom) dan Parsi.
• Beberapa pasukan tentera telah dibentuk dengan setiap pasukan dipimpin oleh
panglima-panglima handal dan berwibawa.
• Bagi menghadapi ancaman Parsi, Khalifah Abu Bakar menghantar panglima Muthanna
bin Harithah bagi menghadapi pemberontakan di teluk Parsi. Panglima Khalid al-Walid
dihantar bagi menawan wilayah di sungai Furat dan merancang menyerang wilayah
Hirah di bawah pimpinan Hurmuz, Kematian Hurmuz membolehkan Hirah dikuasai
oleh tentera
• Islam. Begitu juga dengan wilayah Anbar.
• Bagi menentang tentera Rom pula, Khalifah Abu Bakar membentuk empat pasukan
tentera. Pasukan di bawah pimpinan Abu Ubadah al-Jarrah dihantar ke Hims, panglima
Yazid bin Abi Sufian ke Damsyik, panglima Syurani bin Hasanah ke Jordan dan
panglima Amru bin al-As ke Palestin.
• Tentera Islam berjaya mengambil alih kawasan Damsyik, Hims di Palestin dan Jordan

Kesimpulan
• Kesimpulannya Saidini Abu Bakar Al-Siddiq boleh diumpakan sebagai seorang yang
amat penting dalam hidup Nabi Muhammad S.A.W.
• Beliau merupakan seorang yang sanggup berjihad dan mengorbankan nyawa serta harta
demi memperoleh keredaan Allah.

3
2. Huraikan hubungan luar kerajaan Islam Bani Umayyah melalui naungan pada
abad 7 Masihi dan abad 8 Masihi [20 markah]
Pengenalan

• Hubungan luar islam boleh dilakukan dengan tiga acara iaitu melalui hubungan diplomatik,
hubungan secara naungan dan hubungan melalui perjanjian
• Hubungan secara naungan dilakukan melalui pembayaran Jizyah
• Jizyah berasal daripada perkataan Arab yg bermaksud ganti rugi atau cukai pendapatan.
• Jizyah dianggap sebagai satu pemberian ufti oleh seseorang individu atau kerajaan bukan
Islam kepada kerajaan Islam dan ia merupakan simbol naungan.
• Jizyah juga ditakrifkan sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir Zimmi
yang menerima perlindungan nyawa dan harta benda daripada pemerintah Islam.

Isi

1. Pengurusan Jiyzah
• Pada zaman pemerintahan kerajaan Umayyah, pentadbiran Jizyah diuruskan oleh sebuah
jabatan yang dikenali sebagai Diwan Al Kharaj (Jabatan Kewangan)
• Ia ditubuhkan pada zaman Khalifah Muawiyyah Abu Sufyan iaitu khalifah yang pertama
• Tujuan penubuhan jabatan ini adalah untuk menguruskan hal ehwal percukaian termasuk
cukai Jizyah dan memastikan semua projek awam dan perancangan kerajaan dapat
dilaksanakan dengan lancar.

2. Golongan yang dikenakan jizyah


• Pada peringkat awal kerajaan Umayyah, hanya kafir Zimmi yang memenuhi syarat sahaja
yang dikenakan Jizyah. Antaranya lelaki, sihat fizikal dan mental, akil baligh,
berkemampuan, merdeka dan bukan ahli agamawan seperti paderi dan pendeta.
• Pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah Al Walid bin Abdul Malik,
golongan Islam bukan Arab (MAWALI) dan golongan rahib turut dikenakan Jizyah demi
menampung keperluan perbendaharaan negara yang semakin merosot.
• Pada zaman Umar, baginda menghapuskan jizyah pada golongan mawali dan rahib.
• Baginda juga mengurangkan kadar Jizyah sebanyak separuh dari kadar asal bagi
menggalakkan rakyat di tanah naungan memeluk Islam.
• Pada zaman Yazid II, baginda menaikkan semula kadar Jizyah sebanyak 50 peratus serta
mengenakan semula Jizyah kepada golongan Mawali

3. Jenis Jizyah
• Pelaksanaan naungan melalui pembayaran Jizyah terbahagi kepada dua kategori iaitu Jizyah
secara rela dan Jizyah secara paksaan.
• Jizyah secara rela adalah pembayaran atas dasar kerelaan atau persetujuan bersama antara
orang bukan Islam dengan pemerintah Islam.
• Jizyah secara paksaan merupakan kadar bayaran yang ditentukan oleh pemerintah Islam
apabila ada hubungan antara golongan Zimmi dengan kerajaan Islam.
• Kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam dengan membayar Jizyah
menggambarkan kekuatan kerajaan Umayyah khususnya pada zaman khalifah Muawiyyah,
khalifah Abdul Malik dan Khalifah Al Walid.

4
4. Kadar Jizyah dan bentuk bayaran
• Kadar Jizyah yang dikenakan bergantung kepada keperluan semasa perbendaharaan negara
• Jizyah dibayar pada setiap awal tahun. Kadar paling minima ialah Satu Dinar sepertimana
yang dikenakan pada golongan rahib. Jizyah boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau
dalam bentuk barangan seperti hasil pertanian.
• Pada zaman Khalifah Abdul Malik, pembayaran Jizyah hanya dalam bentuk tunai bagi
menampung keperluan kewangan negara manakala bayaran dalam bentuk lain termasuk
hasil pertanian dihentikan bahkan khalifah telah meningkatkan kadar bayaran Jizyah
sebanyak empat kali ganda.

5. Pelaksanaan Jizyah zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan


• Perlaksanaan Jizyah bermula pada zaman Khalifah Abdul Malik, atas nasihat gabenornya
Al Hajjaj Yusof al Thaqaffi telah melaksanakan
• Jizyah bukan sahaja dikuatkuasakan kepada golongan bukan Islam Zimmi tetapi turut
dikenakan kepada golongan Islam yang bukan berketurunan arab (mawali). Alasannya,
kerana ramai golongan bukan Arab memeluk Islam untuk mengelakkan daripada membayar
Jizyah.
• Diskriminasi pembayaran Jizyah yang dikenakan terhadap golongan bukan Islam Arab atau
mawali telah menimbulkan kemarahan golongan Syiah di Kuffah dan Khawarij di Iraq
terhadap kerajaan Umayyah.
• Khalifah Abdul Malik juga telah menghentikan kaedah pembayaran Jizyah dalam bentuk
hasil pertanian sebaliknya perlu dibayar secara tunai dan meningkatkan bayaran jizyah
sebanyak empat kali ganda.
• Khalifah Abdul Malik juga telah mengenakan bayaran Jizyah kepada golongan rahib atau
agamawan. Kesannya dasar pelaksanaan Jizyah zaman Khalifah Abdul malik telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat khasnya golongan rahib dan
Mawali.

6. Pelaksanaan Jizyah zaman Khalifah Al Walid bin Abdul Malik


• Pada zaman khalifah Al Walid bin Abdul Malik, dasar dan pelaksanaan Jizyah hampir sama
dengan dasar yang dikuatkuasakan oleh bapanya.
• Pelaksanaan Jizyah masih dikenakan terhadap wilayah yang ditawan seperti wilayah
Takharistan, Samarqand, Kashgar dan Sind.

7. Pelaksanaan Jizyah pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz


• Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau telah melaksanakan beberapa perubahan
terhadap pelaksanaan Jizyah dan cuba Kembali kepada kaedah Islam yang sebenar.
• Umar Abdul Aziz cuba mengurangkan rasa tidak puas hati golongan mawali terhadap
kerajaan dengan menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur dengan golongan Arab.
• Jizyah ke atas golongan Mawali dimansuhkan sekiranya mereka beragama Islam.Khalifah
Umar bin Abdul Aziz juga membezakan antara Jizyah dan Kharaj.
• Jizyah hanya dikenakan kepada golongan bukan Islam manakala Kharaj dikenakan ke atas
pemilik tanah tanpa mengira sama ada Islam atau bukan Islam.
• Kadar Jizyah telah dikurangkan kepada kadar mampu dibayar oleh golongan bukan Islam
setelah kewangan negara kukuh.
• Kesannya, pelaksanaan Jizyah yang ada ini berjaya menarik semula sokongan golongan
Zimmi dan golongan Mawali terhadap kerajaanUmayyah.

5
Kesimpulan
• Pelaksanaan jizyah yang diamalkan agak berbeza dengan zaman Khalifah Al Rashidin.
Perbezaan ini dpengaruhi oleh keperluan semasa sektor kewangan negara yang semakin
merosot.
• Dasar Jizyah yang tidak mesra rakyat dan membebankan telah menimbulkan rasa tidak puas
hati dan membawa kepada kemerosotan khalifah Umayyah.

6
3. Bincangkan sumbangan Imam al-Ghazali kepada peradaban Islam. [20 markah]

Pengenalan
• Nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad at-Thusi al-Imam Abu Hamid
al-Ghazali.
• Dilahirkan pada tahun 450 hijrah bersaman 1058 masihi dan dikenali sebagai alGhazali
bersempena dengan nama kampong kelahirannya Ghazala
• Beliau merupakan ilmuan yang komited memperdalami ilmu dari gurunya yang hebat
seperti Imam al-Radzakani dan Imam al-Haramain.
• Al Ghazali seorang yang bijaksana, kuat ingatan, berpegang teguh kepada syariat Islam,
tekun belajar dan bijak berhujah. Imam al Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli
falsafah Islam yang terkemuka.
• Beliau juga telah menuntut ilmu daripada ramai guru iaitu Imam al Abi Nash al Ismail dan
Imam al Radzakani sehingga mampu untuk menulis pelbagai hasil karya .
• Al-Ghazali merupakan tokoh ilmuwan yang disegani dunia ekoran kepetahannya dalam
berhujah.
• Sumbangan al-Ghazali dalam ketamadunan Islam boleh dilihat menerusi pelbagai bidang.

1. Falsafah
• Al-Ghazali memberi sumbangan penting dalam bidang falsafah.
• Ia bermula dengan ketekunannya mengkaji karya falsafah dari Greek.Antara karya popular
Ghazali dalam bidang Falsafah ialah Tahafut al Falasifah.
• Karya ini mengecam penyelewengan Falsafah Barat berhubung fizik dan metafizik. Beliau
membahagikan 3 golongan yang membahaskan ilmu falsafah iaitu golongan ateis, golongan
natural dan golongan teologi.
• Al-Ghazali mengaitkan ilmu falsafah dengan akhlak sebagai cara seseorang menjalani
kehidupan dan peribadi yang mulia.
• Sumbangan penting Ghazali dalam falsafah juga dibuktikan apabila beliau menyelamatkan
akidah umat Islam dari dikuasai falsafah ketuhanan Yunani.
• Beliau lantang mengkritik falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia sejak azali dan
tiada permulaan.
• Kemampuan beliau berhujah menyebabkan beliau digelar Hujjatul Islam. Imam al Ghazali
juga merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan semula falsafah kepada enam
bahagian.
• Sebagai contoh, matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasiah dan akhlak.
• Kesannya, beliau dapat menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh
fahaman falsafah Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci iaitu agama Islam.

2. Bidang Pendidikan
• Al-Ghazali turut memberi sumbangan dalam bidang pendidikan.
• Beliau pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Nizamiyyah, Baghdad.
Empat kaedah pendidikan disarankan Ghazali ialah kaedah perbandingan, halaqah,
bimbingan serta dialog.

3. Bidang Agama dan Tasawuf


• Al-Ghazali terkenal dengan sumbangannya dalam bidang tasawuf dan juga ilmu kalam.

7
• Beliau memperlihatkan komitmen membersihkan amalan tasawuf daripada perkara
khurafat yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar.
• Beliau memurnikan semula ajaran tasawuf daripada bidaah.
• Imam Ghazali memberi sumbangan menerusi hujah-hujahnya yang bernas serta
membersihkan ilmu tasawuf daripada perkara-perkara khurafat.
• Apabila beliau mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawuf, beliau
melemparkan kritikan yang bertujuan memperbetulkan kesilapan dan menghalang
penyelewangan berlaku sehingga mencemarkan kemurniaan Islam.
• Oleh itu imam al Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan
bidaah.

4. Bidang Ilmu Kalam


• Al-Ghazali memainkan peranan penting mematahkan hujah pihak lawan yang keterlaluan
dalam perbincangan ilmu kalam.
• Beliau tidak cenderung dengan majlis-majlis perdebatan yang berkaitan dengan ilmu
kalam.
• Contohnya menerusi kitabnya Ihya Ulumuddin, Imam al Ghazali meletakkan ilmu kalam
sebagai sebagai satu ilmu yang tidak bermanfaat kepada masyarakat kerana terlalu menitik
beratkan pandangan logik akal dalam hakikat mencari kebenaran.
• Selain itu, perbincangan ahli ilmu kalam dilihat terlalu jauh sehingga menyimpang
daripada apa yang dibincangkan oleh ulama Al- Ghazali lebih cenderung untuk memilih
pendekatan debat berasaskan metodologi Nabi Muhammad SAW dengan berpandukan al-
Quran dan sunnah sebagai rujukan utama.

5. Bidang Sains Politik


• Al-Ghazali turut menyentuh tentang politik berkenaan teori kenegaraan dan pemerintahan.
• Imam Juwaini merupakan antara tokoh rujukan merangkap guru al-Ghazali dalam bidang
politik.
• Beliau memberi sumbangan dalam mencadangkan langkah memperbaiki urusan politik.
• Antaranya memperdalami permasalahan politik, menasihati pemimpin, teguran dengan
bahasa tegas dan keras.

6. Karya - Ihya Ulumuddin


• Kitab tersohor oleh Imam Ghazali adalah Ihya Ulumuddin menjadi sumber rujukan para
ulama di Alam Melayu.
• Karya ini juga telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Inggeris dan
Perancis.

Kesimpulan:
• Sumbangan al-Ghazali menjadi pemangkin kepada ilmuan lain agar menitikberatkan
perbincangan ilmiah berdasarkan metodologi tuntutan Islam dan kemanusiaan.
• Sumbangan dan jasa Imam al Ghazali dalam ketiga-tiga bidang amat besar dalam usaha
memperbetulkan tanggapan yang kurang tepat bagi setiap bidang ilmu.
• Pengetahuannya yang sangat mendalam dalam pelbagai ilmu telah membolehkannya
menghasilkan banyak karya bermutu tinggi yang masih menjadi rujukan hingga kini

8
4. Jelaskan ciri-ciri seni bina Islam kerajaan Moghul di India abad 16 hingga abad ke 17.
[20 markah]

Pengenalan
• Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak
yang dibina oleh manusia.
• Kerajaan Moghul terkenal dalam aspek kemajuan seni bina khususnya semasa
pemerintahan Syah Jehan (1627 – 1658).

Isi

1. Bangunan yang mempunyai menara.


• Ciri-ciri seni bina Islam dalam pemerintahan Kerajaan Moghul dapat dilihat melalui
pembinaan menara.
• Kebanyakan seni bina di India mempunyai menara. Menara-menara ini dihiasi indah
terutamanaya dengan seni khat Arab.
• Selain itu, menara juga dapat dikesan pada kubur/makam Diraja.
• Kebiasaannya Makam Diraja dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus
serta berdiri secara sendirian, iaitu terpisah daripada bangunan yang menjadi induknya.
• Menara dapat dilihat pada binaan masjid iaitu Masjid Lapan Mutiara di Agra.

2. Ukiran kaligrafi ayat-ayat al-Quran, geometri dan juga unsur flora merupakan
satu motif Islam yang diketengahkan dalam seni bina India
• Ukiran-ukiran kaligrafi ini dapat dilihat pada binaan Istana Taj Mahal.
• Juru khat bernama Amanat Khan telah dibawa dari Parsi dan dipertanggungjawabkan
untuk mengukirnya.
• Sekiranya tiada ukiran ayat-ayat suci al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain yang
digunakan adalah berasaskan alam semulajadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan
bunga-bungaan serta geometri.
• Makam Humayun juga mempunyai kaligrafi ayat-ayat al-Quran seperti yang terdapat
pada Mihrabnya

3. Binaan yang mempunyai kubah.


• Binaan ini gabungan bentuk kubah gaya Parsi , Turki, Arab, Tempatan.
• Binaan Makam Diraja dan Kubu (Kota Merah) juga turut mempunyai Kubah.
• Ini jelas membuktikan bahawa kubah merupakan satu ciri binaan di India.Kubah dan
Mihrab pada Makam Diraja menghadap kiblat serta dilengkapi dengan ukiran ayat-
ayat al-Quran
• Contohnya, kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang
meruncing dapat dikesan pada binaan Taj Mahal.

9
4. Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu
binaan di India

• Kebanyakan daripada binaan mempunyai pancutan air


• Terdapat banyak aliran air terjun yang dibina merentasi setiap struktur
bangunan.Contohnya di Lahore , Taman Bunga Shiqoh di Kashmir , Taman Bunga
Shalamar Bagh di Delhi
• Tempat tinggal peribadi maharaja (Nahr-i- Behish) terdiri daripada beberapa pavilion
yang dihubungi oleh air yang sentiasa mengalir atau dikenali sebagai “Syurga Anak
Sungai”.
• Air ini dialiri dari sungai Jumna (Yamuna) dari menara Shahi Burj.
• Unsur air juga dapat dilihat pada binaan Taj Mahal. Taj Mahal dibina di tebing kiri
sungai Jumna kerana keadaan geografinya yang mempesona dan penuh keindahan.

5. Selain itu, bangunan atau binaan di India mempunyai tembok.


• Setiap binaan mempunyai tembok yang berfungsi sebagai fungsi pertahanan terpenting
penduduk kota Delhi daripada serangan musuh sejak zaman berzaman.
• Pembinaan tembok ini jelas dilihat pada binaan istana.
• Istana Taj Mahal mempunyai tembok yang dihiasi dengan takukan-takukan dan istana
yang terletak di Fathipur Sikri juga mempunyai tembok batu yang mempunyai ruang
tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi pemerintah.
• Selain itu, Makam Humayun juga dikelilingi tembok-tembok yang tersergam kukuh
Kubu (Kota Merah) yang merupakan pusat pentadbiran Delhi.

6. Bahan binaan yang digunakan jelas memperlihatkan gabungan ciri gabungan


Parsi dan India
• Bahan binaannya adalah sangat berkualiti.
• Penggunaan bahan-bahan ini bertujuan untuk mengurangkan bahang.
• Struktur Makan Humayun dibina daripada struktur batuan merah, bata putih dan
marmar hitam dan putih.
• Taj Mahal juga dibina daripada marmar biru dan putih, Manakala kubu yang terkenal
dengan nama Kota Merah pula dibina menggunakan batu bata merah pada struktur
binaan khususnya pada bahagian dinding.
• Selain itu, kubu ini juga menggunakan batu marmar dengan dihiasi corak-corak flora.

Kesimpulan
• Sememangnya kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalam bidang
kebudayaan dan kesenian khususnya seni bina.
• Seni bina yang terdapat pada zaman Kesultanan Moghul di India adalah gabungan nilai-
nilai kesenian tempatan, Arab, Turki dan Parsi.
• Kewujudan seni bina yang indah pada zaman Kesultanan Moghul membuktikan
bahawa agama Islam tidak menolak bidang kesenian selagi tidak disalahgunakan.

10
5. Gerakan Islah membangkitkan kesedaran kebangsaan di Mesir abad ke-19 dan
abad ke-20 Masihi. Bincangkan ( 20 Markah )

Pengenalan
• Islah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud memperbaiki.
• Islah juga dikenali sebagai Islah Tajdid yang bermaksud memperbaharui dan banyak
digunakan dalam hadis dan dikaitkan dengan iman.
• Tokoh pelopor gerakan Islah ialah tokoh-tokoh pemikir Mesir seperti Sayyid Jamaluddin
al-Afgani ( 1838-1897 ) , Muhammad Abduh ( 1949-1905 ) dan Rashid Rida ( 1865-1935 ).
• Gerakan Islah atau gerakan pemulihan bergerak aktif di Mesir sehingga berjaya memberi
kesedaran berpolitik kepada masyarakat pada abad ke-20

Isi

1. Menghindarkan Taklid Buta dan meningkatkan kecemerlangan umat Islam


melalui Pendidikan
• melalui proses pengajaran dan pidato seperti masjid al-Hussaini, Darul Ulum dan
Universiti al-Azhar, Muhammmad Abduh telah membimbing generasi muda untuk
mengerakkan idea Tajdid dan reformasi pemikiran Islam.
• lahir tokoh-tokoh muda seperti Rasyid Rida dan Muhammad Kurdi.
• Semasa era Sheikh Muhamad Abduh, Mesir mempunyai dua sistem pendidikan yang
berlainan dari segi matlamatnya iaitu: Sistem Pendidikan Tradisional yang
menfokuskan kepada ilmu-ilmu keagamaan-golongan konsevertif dan Sistem
pendidikan moden yang mengambil contoh dari Barat
• Muhammad Ali Pasha. Muhammad Abduh melihat bahaya akan timbul berikutan
daripada dualisme dalam pendidikan.
• Akibatnya, sistem pendidikan tradisional akan melahirkan ulama yang tidak
mempunyai pengetahuan ilmu moden. Manakala sekolah kerajaan yang moden
melahirkan lulusan yang kurang ilmu agamanya.
• Berikutan perbezaan yang wujud, semasa menjadi pensyarah di Dar al-Ulum dan
Universiti al-Azhar beliau berani melakukan perubahan-perubahan radikal.
• Berusaha memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan sistem pendidikan moden.
kebebasan berfikir, menyerap ilmu-ilmu moden buang amalan kolot dan fanatik.
• Sekembalinya dari buangan pada tahun 1888M, Muhammad Abduh cuba menangani
isu pendidikan dan memberi laporan kepada pihak berkuasa mengenai rancangan
pendidikan untuk membaiki kemerosotan di Universiti al-Azhar.
• Caranya ialah melakukan penambahan ilmu-ilmu moden dalam Universiti al-Azhar di
samping memperkukuhkan ilmu-ilmu agama di sekolah-sekolah kerajaan supaya dapat
merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua pendidikan tersebut-Dar al Ulum 1871.
• Meskipun pembaharuan yang diperkenalkan mendapat sambutan perlahan pada
peringakat awal, namun pembaharuan telah mewujudkan suasana keilmuan baharu di
Universiti al-Azhar sekaligus telah dapat menyediakan asas perubahan seterusnya.
• Reformasi Pendidikan yang dilakukan oleh Muhammad Abduh di Universiti al-Azhar
pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menaikkan imej universiti tersebut
dan menjadi simbol modenisasi dalam Islam.

11
2. Ijtihad melalui undang -undang dan jawatan
• Gerakan Islah dalam bidang undang-undang telah mempengaruhi dan menyediakan
rakyat Mesir tentang dinamisme syariah Islam yang cuba disingkirkan oleh golongan
sekular dan pihak penjajah
• Syeikh Muhammad Abduh menjawat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, Ahli
Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar , ahli majlis syura, penggubal undang-undang
Mesir dan mengemas kini organisasi Mahkamah dan undang-undang serta Mufti
kerajaaan Mesir ini berperanan menyelesaikan isu-isu semasa, buka pintu kepada
ijtihad dan mengelakkan taklid buta.

3. Meningkatkan Kesedaran Ilmu Agama melalui Media Massa dan Karya


• Faktor kemunduran umat Islam kerana sikap taqlid dan jumud manakala faktor
kemajuan barat ialah sikap dinamisme yang diamalkan
• Oleh itu sikap taqlid dan jumud perlu dihapuskan dan digantikan dengan sikap
dinamisme dan progresif Islah bertujuan memulihkan peranan ajaran Islam dalam
kehidupan umat Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh al-quran dan Sunnah
• Umat Islam diseru menjadikan agama sebagai penunjuk dan matlamat kehidupan
• Kesedaran terhadap ajaran Islam yang sebenar telah menyedarkan umat Islam tentang
ancaman penguasaan sekularisasi dan kristianisasi
• Hal ini membawa kepada kesedaran nasionalisme di Mesir
• Membuka minda intelektuel Islam untuk membuka pintu Ijtihad serta membuat kajian
dan tafsiran yang bijak tentang hal ehwal Islam.
• Muhammad Abduh mengajak intelektuel islam menyelidik kemajuan sains dan
pembangunan Integrasi Ilmu Sains dan Agama dalam majalah al-Urwah al-Wuthqa
melalui karya-karya ilmiah atau risalah yang telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh Islah
Mesir seperti karya Muhammad Abduh iaitu Risalah al-Aridat, Hasyiah Syarah al-Jalal
al-Diwani li Aqa’id adh-Adhidhiyyah. melalui akhbar al-Ahram, beliau meniupkan
semangat anti penjajah barat terutama British

4. Memperkukuh kesedaran kebangsaan melalui Pan Islamisme


• membina perpaduan umat Islam tanpa mengira bangsa dan warna kulit untuk
menghadapi kekuasaan barat.Beliau meneruskan Gerakan Pan Islamisme (Kesatuan
Ummah) yang diasaskan oleh Jamaluddin al Afghani.
• Menyeru rakyat Mesir dan umat Islam sedunia tanpa mengira bangsa dan lokasi
menyertai Gerakan Pan Islamisme bagi membina kekuatan dalam menghadapi
kemaraan kuasa imperialis Barat.
• Berusaha mengembalikan pengaruh dan peranan Khalifah Uthmaniyah ke atas umat
Islam sedunia

5. Membina identiti bangsa Mesir melalui Bahasa Arab


• Syeikh Muhammmad Abduh menyokong idea Jamaluddin al Afghani tentang
kepentingan bahasa Arab dalam kehidupan masyarakat Mesir.
• Beliau memperkenalkan Bahasa Arab standard untuk penduduk Mesir.
• Pengenalan Bahasa Arab penting bagi membina identiti umat Islam Mesir berdasarkan
alQuran dan hadis

12
6. Mengatasi masalah buta huruf melalui reformasi pendidikan
• Reformasi juga dilakukan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan
rakyat Mesir.
• Syeikh Muhammad Abduh mendapati pihak kerajaan gagal menyediakan pendidikan
yang sesuai kepada rakyat Mesir, menyebabkan berlakunya buta huruf dalam kalangan
rakyat Mesir.
• Sistem pendidikan yang dirancang oleh penjajah ketika itu tidak memberi faedah
kepada sebahagian besar rakyat Mesir.
• Contohnya, golongan petani yang menjadi penyumbang utama pendapatan negara
hidup terbiar, kehadiran ke sekolah hanya 4% sahaja. Didapati setelah empat dekad
penjajahan British 92% penduduk lelaki dan 99% penduduk wanita buta huruf
• Kegiatan penterjemahan buku ilmiah ke dalam bahasa Arab dilakukan bagi
membolehkan rakyat Mesir membaca dan memahaminya.
• Setelah beliau kembali ke Mesir selepas dipecat mendapat tugas oleh pemerintah untuk
terbit majalah al-Waqa’I al- Misriyyah. Kesempatan ini diguna oleh beliau untuk
bekongsi isu-isu yang berlaku dalam masyarakat sperti nasib rakyat, pendidikan dan
pengajaran.

7. Menyebarkan kesedaran kebangsaan melalui Media massa


• seperti majalah al-Urwahal-Wuthqa yang diasaskan oleh Jamaluddin al-Afgani, Akbar
al-Waqa’ia al-Misriyah dan al-Manar oleh Muhammad Abduh di Mesir.
• Akbar ini digunakan oleh Muhammad Abduh untuk meniupkan semangat dan idea
reformasi dalam politik, pemikiran islam dan sosial.
• al-Manar banyak memberi perhatian kepada seruan umat Islam untuk berdakwah dan
tarbiyah. menghuraikan pemikiran Rashid Rida mengenai politik yang berlaku di Timur
Tengah, kezaliman barat dan membongkar misi barat dakam dunia Islam kesedaran
politik ini membawa kepada kemerdekaan Mesir

13
6.Bincangkan faktor-faktor pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20.
[20 markah]

Pengenalan
• Konsep negara bangsa ialah sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan
penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan
bahasa adat dan tradisi yang sama mempunyai pemerintah tersendiri sempadan wilayah
dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.
• Konsep negara bangsa menjadi matlamat utama gerakan nasionalisme pada akhir abad
ke-19 dan awal abad ke-20 masihi kerana bangsa anggota masyarakat berkaitan identiti
diri mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan mereka kepadanya.
• Akibat daripada pengaruh barat pelbagai idea baru telah mempengaruhi pemikiran
rakyat .
• Situasi ini turut membawa kepada usaha pembentukan negara bangsa dalam empayar
Turki Uthmaniah yang akhirnya menumbangkan kerajaan tersebut pada tahun 1924.

Isi

1. Kelemahan Sultan atau Khalifah


• Sejak abad ke-19 M, kekuasaan mutlak Sultan semakin bertambah setelah Sultan Mahmud
II menubuhkan pasukan tentera baharu, membubarkan pasukan tentera elit janissari dan
menguasai golongan ulama.
• Pembubaran tentera janissari melemahkan pengaruh dan kuasa Khalifah.
• Perjuangan pembentukan negara bangsa Turki bermula daripada penentangan terhadap
campur tangan kuasa barat matlamat perjuangan akhirnya berubah menjadi penentangan
terhadap Khalifah berikutan kelemahan Sultan dan kerajaan dalam menghadapi kemaraan
kuasa imperialisme barat pejuang.
• Nasionalisme Turki menganggap kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak mampu menghadapi
barat berpunca dari kelemahan sistem pemerintahan dan kuasa mutlak Sultan.
• Kelemahan Sultan turut Terserlah apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa barat
seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan barat dalam pelbagai bidang termasuk
pentadbiran dan sosial.
• Ini membangkitkan kesedaran rakyat untuk membentuk identiti baru bagi kerajaan Turki
uthmaniah

2. Pengaruh Harem
• Sultan dikuasai oleh isteri atau ibu sultan yang dikenali sebagai harem.
• Harem sebahagiannya berasal dari tawanan perang yang dihadiahkan oleh orang Eropah.
• Situasi ini menjejaskan kecekapan pentadbiran kerajaan kedua masalah perebutan kuasa dan
jawatan di kalangan putra-putra dan Bangsawan mendorong ketidakstabilan politik.
• Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan Sultan berdasarkan kekuatan pengaruh dalam
istana bukan berdasarkan bakat kepemimpinan.
• Kelemahan kepimpinan Sultan menyebabkan pentadbiran kerajaan dipengaruhi dan
dikuasai oleh anggota-anggota haram atau kelompok tertentu di istana.
• Konflik politik ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan kerajaan
Uthmaniyyah dan mempengaruhi pembentukan Republik Turki.

14
3. Pengaruh Turki Muda
• Turki muda merupakan golongan radikal yang menentang satu Sultan Abdul Hamid 2
mereka merupakan para pelajar yang dihantar oleh kerajaan melanjutkan pengajian ke barat
terutama dalam bidang perubatan.
• Pada 1908 rajin Turki muda melalui Committee of Union and progress Cup bersama tentera
divisyen ketiga di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan
Sultan Abdul Hamid 2 dengan slogan “Equality, Fraternity Liberty & Justice”.
• Kemerosotan kerajaan di awal abad ke-20 membawa kepada kemunculan gerakan Uthmani
muda Turki muda dan gerakan sekular era kebangkitan golongan Uthmani muda Khalifah
uthmaniah masih mampu bertahan .
• Era golongan Turki muda mereka berjaya mendominasi pemerintahan Kerajaan dan
ketenteraan contohnya Perdana Menteri Halim Pasha dan Menteri penerangan berpuasa
Mustafa Kamal pula menguasai bidang ketenteraan dan berusaha membubarkan institusi
kesultanan Uthmaniah
• Semasa rejim Turki muda menguasai politik Turkish sekitar tahun 1910 hingga 1915 mereka
menekan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar othmaniah sebagai reaksi kepada
penentangan dan pemberontakan penduduk Kristian dan yahudi di wilayah Balkan. Dasar
Turkifikasi telah mempercepatkan pembentukan negara bangsa Turki.

4. Gerakan CUPP
• CUPP di asaskan oleh bangsa Rusia dan Yahudi yang kebanyakannya lepasan sekolah
Kristian di Eropah.
• Mereka telah meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merialisasikan Impian
bangsa Turaniah nya yang akhirnya membawa kepada kemerosotan Khalifah Islamiyah
• Gerakan ini menyeru kepada fahaman baru berpaksikan slogan Kebangsaan, Perlembagaan
Persamaan dan kebebasan.
• Fahaman nasionalisme ini berjaya mempengaruhi tiga pemimpin utama rejim Turki muda
yang kemudiannya memaksa seluruh penduduk empayar uthmaniah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa menjadi Turki.
• Kumpulan CUPP menguasai pentadbiran kerajaan TU selepas Sultan Abdul Hamid II
disingkirkan pada 1909. Semua keputusan utama dalam dasar negara dibuat oleh kumpulan
ini contohnya melibatkan diri dalam PD1 dan menyokong Jerman dalam Perang tersebut.

5. Gerakan Nasionalisme Turki


• Dasar imperialisme barat membawa impak kepada pemikiran rakyat Uthmaniyyah iaitu
munculnya semangat nasionalisme dan sekularisme
• contohnya revolusi Perancis mempengaruhi gerakan pembentukan negara bangsa Turki
ekoran timbul fahaman mengenai persamaan status dan kemerdekaan dalam kalangan
penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniah.
• Berlaku perubahan melibatkan pembangunan sosial dan politik dalam usaha membentuk
identiti Kebangsaan yang baru.
• Sekularisme menjadi prinsip utama dalam proses Pemodenan Turki dan seterusnya
melemahkan pengaruh Islam menyebabkan darah Turki tidak hanya menjadi identiti
bangsa bahkan menjadi identiti politik dan negara.

15
6. Penglibatan Turki Dalam Perang Dunia 1
• Golongan Turki muda memainkan peranan penting melibatkan Turki Uthmaniah dalam
perang dunia pertama.
• Usaha pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki Uthmaniyyah tewas
dalam PD1.
• Kekalahan demi kekalahan kerajaan Turki Uthmaniah dalam beberapa siri peperangan
berkenaan serta dipaksa menandatangani beberapa perjanjian yang merugikan
menyebabkan rakyat mula mempertikaikan kemampuan Sultan untuk mentadbir negara.
• Kekalahan ini telah mempercepat proses pembentukan negara bangsa Turki

7. Kegagalan Tanzimat
• Tanzimat yang dilaksanakan oleh Turki Uthmaniyah memberi hak sama rata kepada warga
bukan Islam khususnya golongan Kristian dalam aspek ekonomi dan sosial termasuk
jaminan keselamatan.
• Tanzimat juga bertujuan menyelamatkan kerajaan Uthmaniah dari aspek kelemahan sistem
pentadbiran dan pemerintahan pembaharuan ini dilaksanakan dalam Piagam Hatti
Hummaiyyun pada 1856.
• Kumpulan Uthmani Muda melihat tanzimat sebagai satu kegagalan kerana unsur-unsur
sekularisme mula meresap dalam pentadbiran kerajaan yang lahirnya golongan birokrat
pro-barat.
• Ekonomi Uthmaniah juga mula terlibat dalam sistem kapitalis dan sikap autokratik yang
diamalkan oleh Sultan dan menteri gerakan tanzimat ala barat bukan sahaja mengikut
budaya dan gaya hidup barat bahkan mengundang mereka campur tangan dalam urusan
negara Islam.
• Kesannya membawa kemunculan gerakan memperjuangkan pembentukan negara bangsa
Turki.

8. Perkembangan Sistem Pendidikan & Kemunculan Intelektual Pendidikan Barat


• Pada zaman Sultan Abdul Hamid II sistem pendidikan di beri keutamaan agar kemajuan
empayar semangat setaraf dengan negara Eropah.
• Banyak institusi pendidikan rendah menengah dan tinggi didirikan untuk memajukan
pemikiran Rakyat, kerajaan juga menghantar ramai pelajar ke Eropah dan telah melahirkan
golongan intelektual berpendidikan barat seperti golongan Uthmani muda dan Turki Muda.
• Pada awal abad ke-20 idea baru dari barat seperti nasionalisme negara bangsa dan
sekularisme meresap secara perlahan-lahan dalam kalangan intelektual Turki.
• Konsep negara bangsa merupakan kesan daripada fahaman Kebangsaan moden yang
diperjuangkan oleh golongan intelektual yang akhirnya membawa kepada keruntuhan
empayar uthmaniah dan penubuhan negara bangsa Turki.

Kesimpulan
• Faktor dalaman dianggap elemen terpenting dalam mempengaruhi pembentukan NBT.
• Kelemahan Sultan dan kerajaan Turki Uthmaniyah membawa kepada perpecahan wilayah
umat Islam.
• Sebahagian besar wilayah Turki Uthmaniyah telah membebaskan diri seperti Rantau
balkan dan sebahagiannya ditakluki oleh kuasa barat

16

You might also like