You are on page 1of 5

LEMBARAN KERJA (BENTUK PEMERINTAHAN)

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

Madinah - Empat orang khalifah kerajaan ini telah


mengekalkan Madinah sebagai pusat pemerintahan
dan pusat pentadbiran, dengan Masjid Nabawi
menjadi lokasi perbincangan dan penggubalan
dasar pemerintahan dan pentadbiran
- Sewaktu pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib,
berlaku pemindahan pusat pentadbiran ke Kufah,
memandangkan kota tersebut lebih strategik
baginya untuk menangani ancaman golongan
Khuwarij dan keluarga Umaiyah yang tidak
menyenangi akan dasar pemerintahannya terutama
dalam menangani kes pembunuhan Khalifah
Uthman bin Affan

Khalifah - Khalifah merupakan pemimpin tertinggi kerajaan


Islam, namun sebagaimana zaman Nabi
Muhammad s.a.w., para khalifah tidak
mengamalkan dasar pemusatan kuasa, sebaliknya
sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura,
keputusan dibuat berdasarkan suara majority
- Bilangan ahli syura bergantung kepada kehendak
semasa. Pun begitu, seseorang khalifah boleh
berijtihad bagi menyelesaikan sebarang
permasalahan dengan berpandukan hokum syarak
- Sebagai ketua eksekutif dan perundangan, khalifah
juga mengetuai pentadbiran keagamaan seperti
imam dan membaca khutbah, malah
bertanggungjawab menyelia dan menguruskan
pemungutan hasil dalam negara dan pembangunan
infrastruktur
- Keistimewaan seseorang khalifah ialah individu
berkenaan dibenarkan berijtihad seandainya ada
perkara penting yang perlu diputuskan yang tidak
terdapat dalam al Quran dan Hadis

Zaman Khalifah Umar bin al- - Khalifah Umar al Khattab telah menubuhkan
Khattab Majlis Syura yang bertindak umpama sebuah
badan penasihat kepada khalifah
- Ahli atau anggota syura dilantik dari kalangan para
sahabat yang berpengalaman
- Segala dasar negara berkaitan pentadbiran,
ekonomi, sosial diputuskan melalui musyawarrah
demi kepentingan bersama
- Pelaksanaan amalan syura ini telah diperluaskan ke
peringkat wilayah, malah demi memastikan setiap
warga negara menyumbangkan idea-idea
bermakna, Khalifah Umar al Khattab pernah
menyatakan “tidak khalifah tanpa musyawarrah”
dan “bukanlah individu yang berproduktif
seandainya gagal menyumbangkan apa-apa idea
demi kepentingan bersama”.

Baitulmal - Terdapat pelbagai jabatan pada masa ini


memastikan sistem pentadbiran berjalan dengan
lancar
- Antara jabatan-jabatan yang ditubuhkan ialah
Baitulmal, pengurusan tanah, kehakiman dan
ketenteraan
-

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

Zaman Khalifah Abu Bakar al- - Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujudnya
Siddiq ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai
dalam ekspedisi ketenteraan
- Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar al-
Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada 10
buah daerah, iaitu Makkah, Ta’if, Yaman,
Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid,
Bahrain dan Jarsh

Khalifah Umar al-Khattab - Bagi pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya


diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah
Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen
peluasan kuasa
- Selain itu, Negara Islam dibahagikan kepada lapan
buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah,
Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan
Palestin
- Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri
atau mempunyai pusat pentadbiran masing-masing

Individu Yang Dilantik - Antara yang menjadi kerajaan wilayah dan zaman
semasa pemerintahan ialah Khulafa’ al-Rasyidin
berwilayah di Makkah, Baghdad dan Damsyik
- Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah
berwilayah di Makkah, Madinah dan Baghbad
- Manakala pada zaman pemerintahan Bani
Abbasiyah berwilayah di Makkah, Madinah dan
Damsyik
- Individu yang dilantik memegang jawatan
berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan
setelah selesai menjalankan tanggungjawab serta
diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar
tidak timbul kekeliruan kelak

Baitulmal - Malah, di setiap wilayah akan didirikan cawangan


baitulamal bagi memudahkan urusan pendapatan
dan perbelanjaan negara

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT ZAMAN UTHMANIYAH

Sultan - Kerajaan Uthmaniyyah mengamalkan sistem monarki atau


pemerintahan berbentuk dinasti, berlaku pemusatan kuasa di
tangan Sultan atau khalifah, atau dengan kata lain wujudnya
pemerintahan berkuasa mutlak ditambah dengan penerapan sistem
pentadbiran kerajaan Byzantine
- Istanbul telah dijadikan pusat pentadbiran kerajaan ini
- Sultan memegang kuasa tertinggi sama ada dalam bidang agama,
politik, pentadbiran mahupun kewangan
- Jawatan Sultan ini secara warisan, kebiasaannya seseorang putera
akan mengambil alih pemerintahan ayahandannya (melaksana
sistem autokrasi)
- Sultan akan mengetuai dan menguasai dua buah dewan iaitu
Dewan Kebangsaan Turki yang bertanggungjawab menggubal
undang-undang duniawi dan Dewan atau Lembaga Pengurusan
Agama yang berkait rapat dengan tugas keagamaan
- Sultan juga berperanan sebagai ketua angkatan tentera termasuk
mengetuai ekspedisi ketenteraan, umpamanya Sultan Sulaiman
menakluk Belgrade dan Hungary serta Muhammad al Fateh yang
mengetuai pengepungan dan pembukaan kota Constantinople

Wazir Agung - Merupakan menteri kanan kepada Sultan, dan boleh dikatakan
semua menteri atau wazir dalam kerajaan ini dianugerahkan
dengan gelaran Pasha
- Wazir Agung berperanan dan bertindak sebagai ketua pentadbir
dan penasihat Sultan
- Dalam undang-undang bertulis atau Kanunname, bidang kuasa
Wazir Agung dinyatakan amat luas; merangkumi segala hal ehwal
pentadbiran
- Malah, Wazir Agung memiliki cop mohor sebagai simbol wakil
Sultan
- Wazir Agung dibantu pula oleh tiga orang hakim tentera, dua
orang Beylerbey, dua orang Defterdar yang bertanggungjawab
dalam urusan pentadbiran kewangan, masing-masing seorang
Agha, Laksamana dan Nishanji bagi menguruskan monogram
Sultan
- Beylerbey mempunyai kuasa yang amat luas merangkap pegawai
tentera yang berpangkat paling tinggi sehinggakan Putera Mahkota
terpaksa akur dengannya
- Beylerbey yang paling tinggi ialah Beylerbey Anatolia diikuti
Beylerbey Rumalo

Sultan Salim I - Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh
al-Islam) telah diwujudkan
- Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek
agama termasuk keputusan berperang sesama orang Islam

- Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu


kota Istanbul
- Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa,
misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga
keamanan negara

Fief - Tentera fief ialah pasukan tentera asasi yang bermaksud tanah
kurniaan
- Tentera-tentera ini dikurniakan tanah oleh kerajaan Uthmaniyah
bagi menghargai jasa mereka mempertahankan negara daripada
ancaman musuh
- Tentera fief menggunakan senjata seperti pedang, tombak, perisai,
panah, memakai serban dan menaiki kuda
- Ciri tersebut ditiru daripada sistem feudal tentera kerajaan
Byzantine (Rom)
- Pada abad yang ke-16M., senjata meriam besar mula digunakan
oleh tentera fief

Bey - Bey ialah ketumbukan atau battalion tentera yang


bertanggungjawab membawa bendera (Liwa’) dalam peperangan
dan berada di barisan hadapan

Beylerbey - Beylerbey ialah pangkat yang paling tinggi dalam tentera dan
hanya terdapat beberapa orang sahaja memjawatnya seperti
Beylerbey Anatolia dan Beylerbey Rumali
- Beylerbey juga dipanggil Pasha yang mempunyai bidang kuasa
yang luas
- Contohnya, Putera Mahkota terpaksa tunduk kepada Beylerbey

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT ZAMAN UTHMANIYAH

Gabenor Wilayah - Memandangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran


kerajaan Uthmaniyah mirip pentadbiran Byzantine, setiap
wilayah akan ditadbir oleh gabenor wilayah yang
bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak
luas yang akan dikendalikan oleh para petani

Kadi - Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah


- Tugasan utama pegawai berkenaan mengendalikan
hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang
berpandukan al-Quran dan Hadis

Multezim - Multezim diberikan tanggungjawab mengutip semua


cukai dari kawasan-kawasan tertentu
- Kewujudan jawatan ini pastinya akan dapat meningkatkan
pendapatan kerajaan sekali gus dapat dimanfaatkan untuk
mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara serta
menjamin ekspedisi perluasan kuasa dijalankan

Bakshish - Pegawai kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip


bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk
perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam

Golongan Intelektual - Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam


Muslim pengurusan wakaf untuk menyokong perkembangan
sekolah, hospital dan pendidikan golongan belia serta
pentadbiran keadilan
- Ada kalanya, golongan ini berperanan sebagai orang
tengah antara rakyat dan cabang-cabang lain kelas
pemerintah

You might also like