You are on page 1of 12

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

1) Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka


-Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan
Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu.

a) Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara


i) Lalaun perdagangan
– Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal
laluan kapal dagang

ii) Bentuk muka bumi


– Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukitbakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan
menjadi panduan kapal dagang

iii) Benteng pertahanan
– Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan
pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh.

iv) Terlindung angin monsun


– Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini
membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

2) Faktor Kegemilangan
a) Kepimpinan Raja
– Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa
tertinggi.

b) Keterunan Raja Palembang


– Berdasarkan teks Sulahatus Salatin, pemerintah Melaka berasal daripada zuriat
keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar
Zulkarnain.
– Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka
dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

c) Peranan yang unggul


Raja mempunyai pelbagai peranan dalam sisitem pemerintahan:
– Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran
– Merupakan ketua angkatan tentera
– Mengetuai hubungan diplomatik
– Menyelaraskan kegiatan ekonomi
– Menjadi Ketua Agama Islam

d) Daulat dan alat kebesaran


-Kepemimpinan raja juga dikaitkan dengan konsep daulat dan derhaka serta
pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana dan alat kebesaran diraja.
– Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin.Rakyat
mengakui kedaulatan raja dengan memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak
boleh menderhaka kepada raja.
– Antara alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor,nobat,keris,lembing dan
mahkota. Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat pertabalan,
perkahwinan dan kemangkatan raja.
– Konsep daulat,adat istiadat dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai
kedudukan yang tinggi dan istimewa.

e) Kewibawaan
-Raja memiliki ciri ciri kepimpinan seperti adil,berwibawa dan mengambil berat
terhadap kebajikan rakyat.
– Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut Hakum
Kanun Melaka.
– Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah merupakan pemerintah yang
mengutamakan keamanan dan kebajikan rakyat.Sultan Mansur Shah menasihatkan
puteranya, Sultan Alauddin Riayat Shah supaya bersikap adil terhadap rakyat.
) Sistem pentadbiran

a) Sistem Pembesar Empat Lipatan


– Sultan dibantu oleh pembesar berempat, pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh
dua
– Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat,jajahan,daerah,mukim dan kampung.

b) Tugas Pembesar
– Menjaga keamanan kawasan
– Mengutip cukai dan hasil lain melalui sitem serah
– Membekalkan tenaga tentera ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah.

Pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar sebagai tanda untuk mendapat sokongan
pembesar bagi mewujudkan pentadbiran yang mantap.
– Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan.
– Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula dikenali kawasan pemakanan.
– Pembesar dibenarkan mengutip cukai dan menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti

Sultan
Pembesar Berempat
Bendehara (Penasihat raja, menteri utama, ketua hakim, pemangku sultan)
Penghulu Bendahari (pemungut hasil, ketua bendahari, ketua urus setia istana)
Temenggung (ketua polis dan penjara, penguasa bandar dan kota melaka)
Laksamana (Ketua angkatan laut, pengawal peribadi raja, ketua duta)

4) Sistem peurndangan
a) Hukum kanun Melaka
– Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah(1446-1456)
– Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan
pembesar
– Hukum Islam berkaitan dengan jenayah,urusan jual beli dan kekeluargaan
– Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat

b) Undang-undang Laut Melaka


– Undang-undang ini ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan menentukan peraturan pelayaran
dan perdagangan
– Undang-undang yang mengandungi 25 fasal(peraturan di laut, tertib berniaga,tatacara berjual
beli,tanggungjawab nakhoda,anak kapal,kiwi dan syahbandar
-Undang-undang ini menyebakan aktiviti perdagangan berjalan lancar dan adil

c) Undang-undang adat
ADAT TEMENGGUNG
– Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan
– Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan
– Berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung
– Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
– Membolehkan sistem perwarisan takhta berlaku secara teratur
5) Aspek kegemilangan
a) Cara Pembentukan Empayar
i) Penaklukan
– Menjamin keselamatan dan kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka
– Kawasan taklukan di Semenanjung Tanah Melayu (Kuala Linggi,Beruas, Pahang,Terengganu Kelantan)
– Kawasan taklukan di Sumatera (Siak,Rokan,Kampar dan Rupat)

ii) Perkahwinan
– Antara Sultan Melaka dengan puteri diraja kerajaan lain
– Mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara kerajaan Melaka dengan kerajaan lain
– Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit,Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan
pengaruh Melaka semakin meluas

iii) Naungan
– Terdapat pemerintah kerajaan lain yang rela bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka
– Raja yang berada di bawah naungan Melaka ditabalkan oleh Sultan Melaka
– Antara kerajaan yang rela bernaung (Lingga,Patani dan Kedah)

b) Kepentingan Pembentukan Empayar


i) Politik
– Meluaskan wilayah dan jajahan takluk.
– Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk.
– Menyekat pengaruh kuasa kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai.

ii) Ekonomi
– Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan.
– Mendapat bekalan seperti hasil pertanian,rempah-ratus dan bijih timah
– Menguasai perdagangan di Selat Melaka
iii) Sosial
– Asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab,India,China dan Alam Melayu.
– Wujud masyarakat majmuk.

iv) Agama
– Mendorong usaha penyebaran agama Islam.
– Islam telah berkembang luas ke Pahang,Kelantan,Perak,timur Sumatera dan Patani

c) Pentadbiran Empayar
i) Pentadbiran Pusat
– Pusat pemerintahan dan pentadbiran di Melaka yang terletaknya tempat raja bersemayam. Raja dibantu oleh
pembesar pusat.

ii) Pentadbiran Kawasan Naungan


– Kawasan yang mengakui ketuanan Melaka dan menghantar ufti.Pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri
berkenaan dan dibantu oleh pembesar tempatan.

iii) Pentadbiran Kawasan Jajahan


– Pemerintahan diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka.

d) Pusat Penyebaran Agama Islam


Cara penyebaran agama islam

i) Pengislaman Pemerintah
– Pengislaman Sultan Iskandar Shah pada tahun 1414.
– Sultan Muzaffar Shah menjadikan agama Islam sebagai rasmi Kesultanan Melayu Melaka.

ii) Perkahwinan
– Perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak.

iii) Peranan Ulama Dan Mubaligh


– Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh.
– Ajaran tasawuf dan sufi dari Timur Tengah dan India.
– Sultan Alauddin Riayat Syah menghantar ulama untuk mengajar Raja Pahang,Kampar dan Inderagiri tentang
hal ehwal agama.

iv) Perdagangan
– Islam tersebar melalui pedagang Arab, India dan China yang datang ke Melaka.
– Mereka juga menyebarkan Islam ke kawasan seperti Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia.

v) Perluasan Kuasa
– Kesultanan Melayu Melaka menyebarkan agama Islam melalui proses perluasan kuasa.
– Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.
Kesan Penyebaran
i) Tumpuan Ulama
– Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah. Sulatan Melaka menjadi penaung kepada aktiviti dakwah
dan perbincangan kitab agama seperti Darul Manzum

ii) Tempat Pembelajaran
– Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, madrasah, masjid dan surau menjadi tempat mempelajari Al-Quran dan
ilmu tasawuf.

iii) Persuratan
– Pengaruh Islam dari Arab dan Parsi seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah

iv) Pemerintahan dan Pentadbiran


– Undang-undag Islam terkandung dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

e) Pusat perdagangan
i) Kedudukan Strategik
– Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dan China
– Melaka dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu

ii) Pusat Pengumupulan Dan Pengedaran Pelbagai Barangan


– Barang yang dikumpul seperti timah,emas,kapur,barus,hasil hutan dan rempah-ratus.
– Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas,kain pelikat,batu delima,tembikar,wangian
dan bahan makanan

iii) Pusat Perkapalan
– Kapal kecil terdiri daripada perahu,sampan,ghurab,penjajap,sagur,payar, baluk,lancang,kakap,balang dan
kelulus. Kapal besar seperti jong dan bahtera.

iv) Dikunjungi Pedagan Dari Dalam Dan Luar Alam Melayu


– Pedagang yang paling ramai ialah pedagang Arab,China dan Gujerat

f) Pengurusan Perdagangan
i) Syahbandar
– Memainkan peranan penting dalam menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot.
– Mengurus pasar dan gudang,menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang.
– Memeriksa alat timbang,sukat dan mata wang, menjadi harkim di pelabuhan, mengurus cukai dan
menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.

ii) Cukai Perdagangan
– Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik minat
– Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di pelabuhan menjadi sumber pendapatan Kesultanan Melayu
Melaka.
– Ada dua jenis cukai yang dikenakan.
*Cukai rasmi : cukai import yang dikenali sebagai panduan.
*Cukai tidak rasmi : dalam bentuk hadiah.

iii) Mata Wang
– Penggunaan mata wang telah melancarkan lagi urusan jual beli.Pada peringkat awal, digunakan tukaran
nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas dan kulit siput (cowrie)
– Mata wang timah yang digunakan dikenali sebagai Calains.
– Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay.

iv) Orang Laut
– Mereka merupakan pelayar dan penunjuk arah yang cekap
– Bertanggungjawab sebagai tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka.

v) Kemudahan Pelabuhan
– Gudang tempat menyimpan barang.
– Kemudahan pengakutan, tempat beribadat bekalan makanan dan minuman.
– Khidmat membaiki kapal.
– Tempat penginapan.

g) Hubungan Luar
Hubungan Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kerajaan Alam Melayu
i) Pasai
– hubungan berlaku antara atas dasar sama taraf.
– hubungan diplomatik terjalin melalui perkahwinan.
– hubungan berlaku atas dasar berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan hal agama islam

ii) Demak
– hubungan berlaku atas dasar kepentingan bersama dalam perdagangan dan penyebaran Islam
– membekalkan beras, bahan makanan, rempah-ratus dan tentera kepada Melaka

iii) Majapahit
– hubungan disebabkan perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit
– hubungan ini dapat mengukuhkan lagi persahabatan dengan Majapahit

iv) Makasar
– hubungan ini berlaku dalam aspek perdaganganm perkapalan, islam, kebudayaan dan kesenian
– hubungan ini semakin rapat dengan kerajaan Makasar menghadiahi “Budak Raja” kepada Sultan Melaka.

Hubungan Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kerajaan Luar Alam Melayu


i) China
– hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan terjalin dengan kunjungan utusan diketuai oleh Yin
Ching.
– pengurniaan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan

ii) Ryukyu (Jepun)
– hubungan diplomatik dan pedagangan dengan krajaan Ryukyu
– Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku pedagannya yang
melanggar undang-undang di Melaka

iii) Siam
– Menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan.
– Melaka menghantar utusan ke Siam yang diketuai oleh Tun Temalai dan Menteri Jana Putera.
– Melaka memperoleh bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan daripada Siam

iv) Kerajaan Lain
– Hubungan berbentuk perdagangan dilakukan dengan Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel dan Bengal
– Melaka juga menjalinkan hubungan dengan Mesir, Parsi, Turki dan Arab

4) Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka Yang Berpusat Di Melaka


a) Faktor Dalaman
i) Masalah Kepimpinan
– kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar dalam pemerintahan dan pentadbiran menyebabkan
ketidakstabilan politik.
– amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewangan dalam pentadbiran
– perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar

ii) Masalah Perpaduan
– rakyat tidak bersatu padu
– berlaku persaingan kuasa antara pembesar Melaka yang menyebabkan perpecahan.
– askar upahan dari luar yang tidak taat setia kepada Melaka

b) Faktor luaran
– Kedatangan Portugis untuk mencapai kekayaan,keagamaan dan kemasyhuran dan juga menyebarkan agama
Kristian dan menghapuskan penguasaan pedagang Islam.
– Serangan berlaku sebanyak tiga kali pada 25 Julai 1511, 10 Ogos 1511 dan 24 Ogos 1511.

c) Perjuangan mengembalikan kedaulatan


– Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan serta jajahannya kemudian
bersemayam di Bentam.
– Tahun 1515-1519 : Sultan Mahmud Shah melakukan tiga kali serangan untuk mendapatkan semula Melaka.
– Tahun 1526 : pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan telah dimusnahkan Portugis
– Tahun 1528 : Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat .

d) Strategi Melaka menghadapi serangan Portugis


i) Lancaran dan perahu berapi
ii) Menggunakan tentera bergajah
iii) Kayu-kayan dan pelbagai jenis meriam
iv) Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai
Sejarah Tingkatan 2 Bab 6 Kesultanan Johor Riau
1) Pengasasan Kesultanan Johor Riau
a) Pengasasan Kerajaan
– Diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah dengan gelaran Sultan Alauddin
Riayat Shah I.
– Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan untuk menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai
Johor.

b) Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua


– Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.
– Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam, memudahkan kapal untuk
keluar masuk.
– Kawasan berbukit bukau sekitarnya menjadi benteng pertahanan dari ancaman luar.

c) Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang


– Kota Kara diserang dan dimusnahkan Portugis pada tahun 1535.
– Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan Kota Sayong.
– Lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.

d) Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama


– SARS I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu pada tahun 1540.
– Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung Batu.
– Kedudukannya yang strategik memudahkan kemasukan kapal dagang

2) Cabaran Ke Arah Kegemilangan


a) Persaingan Johor Acheh Portugis
– peperangan 3 kuasa untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka dikenali
sebagai Perang Tiga Segi/ Perang Seratus Tahun.
– perang ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk
mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641.
– Acheh mengalami kemorosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.

b) Perang Johor Jambi


– Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi. Krisis dan peperangan
berlaku dari tahun 1659-1679.
– Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679. Jambi tewas dan tunduk di bawah
kuasa Kesultanan Johor Riau berpusat di Riau
c) Konflik Pembesar
– Konflik antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Lasamana Tun Abdul
Jamil untuk menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau.
– Persaingan berakhir dengan pengunduran Laksamana ke Terengganu.
– Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Johor Riau.

d) Ancaman Raja Kechil


– Baginda menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta kerajaan
Johor-mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud
Mangkat Dijulang) (1685-1699).
– Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul
Jalil Rahmat Shah.
– Raja Sulaiman meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir
Raja Kechil.
– Raja Kechil dikalahkan 4 Oktober 1722.
– Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor (1722-1760), manakala Daeng
Merewah sebagai Yang di-Pertuan Muda di Johor.

3) Strategi Menghadapi Cabaran


a) Pemindahan Pusat Pemerintahan
– Majoriti pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir
pantai.
– Kegemilangan Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang
menjadi pusat pemerintahan yang baharu semasa pemerintahan Sultan
Ibrahim(1677-1685)
– Pusat pemerintahan terpaksa berpindah untuk strategi ketenteraan dan pertahanan

b) Membina kota pertahanan


– Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan
dan mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri
– Kota kara Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah
– Terletak di Kuala Sungai Telor
– Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter)
– Diperkuatkan dengan meriam dan bedil

c) Menjalinkan Hubungan dengan Belanda


– Mengadakan perjanjian persahabatan dengan Belanda
– Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II untuk
melindungi Johor dari serangan Portugis dan Acheh.
– Perjanjian Johor Belanda ditandangi pada 17 Mei 1606 antara Admiral Belanda,
Cornelis Matelief de Jonge dan Sultan di atas kapal Belanda bernama Oranje.
– Belanda meminta bantuan Johor untuk menyerang Melaka
– Johor memberi bantuan dalam perang Belanda-Portugis
– Membantu mengangkut peralatan perang
– Membuat tapak meriam
– Menggali parit kubu
– Menyekat musuh lari ke dalam hutan
– Menaikkan semangat tentera Belanda
– Johor membantu Belanda menyerang Portugis di Melaka-2 Ogos 1640
– Portugis Berjaya ditewaskan- Januari 1641
4) Kegemilangan Kesultanan Johor Riau
a) Pusat Perdagangan yang Unggul
i) Kedudukan Strategik
– Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal
besar kerana Sungai Johor yang dalam dan lebar.
– Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkann ya mengawal
lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.
– Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim menjadi
tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.

ii) Tumpuan Para Pedagang


– Pedagang Jawa memilih pelabuhan di Johor kerana tidak berminat dengan
Portugis di Melaka
– Pedagang Siam memasarkan beras
– Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda, dan Inggeris

iii) Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan


Barang dagangan oleh tanah jajahan Johor : lada hitam, bijih timah, dan emas.
-Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas dari Inderagiri.
-Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak dari
Pahang, Klang, Naning dll.
-Bijih timah dari Klang, Sg Ujong, dan Pulang Bangka, Sumatera.

Barangan dari China didagangkan di Pelabuhan Batu Sawar.


-Barang dagangan dari China: benang emas, kain sutera putih, barang tembikar,
seramik.
-Pedagang Jawa bawa beras dan Pedagan Gujerat bawa kain, wangian dan manik.
-Johor mendapat bekalan beras dari pedagang Siam.

iv) Kesibukan Pelabuhan Johor Riau


-Terdapat 500-600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan
Johor terutama di Riau.
-Antaranya kapal siam, Portugis, Inggeris, dan pulau-pulau di Alam Melayu.

b) Pengurusan Pelabuhan
i) Kemudahan Pelabuhan
ii) Urusan Jual Beli
iii) Sistem Naungan
iv) Peranan Orang laut
v) Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal
c) Pusat Persuratan

You might also like