You are on page 1of 1

BAITULMAL

Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam istilah moden, ia
dikenali sebagai Perbendaharaan Negara. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang
berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang
berharga seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan
harta umat Islam. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan Bank Islam yang aktif dan secara
langsung memperniagakan harta umat islam secara terkumpul.
JIZYAH
Jizyah ( Bahasa Arab:

) adalah hak yang diberikan oleh Allah kepada kaum Muslimin untuk
menuntutnya daripada orang-orang kafir, kerana mereka tunduk kepada pemerintahan Islam
(Daulah Islamiyah).Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di
negara Islam. Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan rakyat, dan
wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil sebelum satu tahun. Hukum jizyah adalah
wajib berdasarkan nash Al-Quran.
PENGERTIAN ZAKAT
Dalam bahasa Arab, zakat secara umumnya bererti pertambahan. Berdasarkan pengertian umum
ini, zakat pada bahasa bererti suci dan subur.
Maksud suci ialah menyucikan hati pemilik harta dari segala sikap tamak, kedekut, dan tidak
mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang miskin.
Maksud subur ialah mempererat dan menyuburkan ikatan persaudaraan sesama orang
islam, terutamanya golangan kaya dengan golongan miskin. Harta juga akan terus membiak
dan semakin bertambah dari semasa ke samasa.
Zakat pada istilah syarak pula bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut syarat-syarat yang
ditentukan oleh syarak, dengan kadar tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu.
KHARAJ
Kharaj bermaksud cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam. Dalam undang-
undang syariah, Kharaj ialah cukai ke atas tanah pertanian. Kharaj tidak disebut dalam Quran atau
Hadith tetapi lebih kepada ijma' atau persepakatan ulama Islam dan sebahagian daripada tradisi
islam atau urf.
Dalam sejarah Islam, kharaj berupa duti yang dikenakan ke atas tanah yang telah dirampas daripada
Empayar Byzantine dan Sassanid, sama ada melalui peperangan atau damai. Jika perjanjian damai
antara kaum Muslimin dan penduduk ini telah bersepakat mengatakan tanah tersebut adalah milik
Daulah Islamiyah (negara), dan mereka mengakuinya dengan membayar kharaj, maka mereka harus
menunaikannya. Kharaj menurut bahasa bermakna al-kara' (sewa) dan al-ghullah (hasil). Setiap
tanah yang diambil daripada kaum kuffar dengan cara paksa, setelah diumumkan perang ke atas
mereka, maka tanah teresbut dikategorikan sebagai tanah kharajiyah. Walaupun mereka masuk
Islam selepas penaklukan itu, namun tanah tersebut statusnya masih tanah kharajiyah.

You might also like