You are on page 1of 12

ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM SPM

TINGKATAN 4

IBADAT

Aqiqah : Menyembelih binatang tertentu kerana menyambut kelahiran bayi


sebagai tana kesyukuran kepaa Allah S.W.T

Dam : Bahasa : Darah

Istilah : Denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan


kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan
perkara wajib haji dan umrah atau melakukan perkara yang dilarang
semasa ihram haji atau umrah

D. Takhyir Takdil : Denda yang boleh dipilih berdasarkan ketetapan syarak dan boleh
ditukar mengikut nilaian harga dam

D. Takhyir Taqdir : Denda yang boleh dipilih berdasarkan ketetapan syarak mengikut
kadar yang ditentukan mengikut kemampuan

D. Tertib Takdil : Denda yang dibayar mengikut susunan dan boleh ditukar mengikut
nilaian harga dam

D. Tertib Taqdir : Denda yang dibayar mengikut susunan, dilaksanakan mengikut kadar
yang ditentukan berdasarkan kemampuan

Gadaian : Bahasa : Menahan sesuatu

Istilah : Sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh


pemiliknya untuk mendapat pinjaman.

Hajarul Aswad : Batu hitam di Kaabah yang menjadi tanda permulaan dan penghabisan
pusingan tawaf.

Haji : Bahasa :Mengunjungi tempat yang mulia

Istilah :Mengunjungi Baitullahil Haram ( Kaabah) di Mekah kerana


mengerjakan ibadat-ibadat tertentu pada masa tertentu dengan
syarat-syarat tertentu .
Haji Ifrad : Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan di mana ibadat haji
dilakukan dalam bulan haji manakala umrah dilakukan
sama ada sebelum atau selepas ibadat haji

Haji Qiran : Mengerjakan haji dan umrah secara serentak

Haji Tamattu' : Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah
dikerjakan terlebih dahulu dalam bulan haji diikuti ibadat haji dalam
bulan haji

Hutang : Memberikan sesuatu barang kepada seseorang dengan syarat


dikembalikan semula

Insuran (Takaful ) : Satu faedah iaitu satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan
mengembeling usaha serta sumber bagi mengaakan pakatan untuk
saling bekerjasama an tolong menolong apabila ditimpa musibah

Istito'ah : Berkemampuan melaksanakan ibadat haji .

Jamrah : Tempat melontar bagi mereka yang mengerjakan ibadat haji:


dilontarkan ke ketiga-tiga tempat [dan Jamrah al-Ula , Jamrah al-Wusta
dan Jamrah al-Aqabah]

Korban : Menyembelih binatang ternakan yang dilakukan pada 


Hari raya haji atau hari-hari tasyrik dengan tujuan beribadat kepada
Allah S.W.T.

Marie' : Saluran pemakanan yang wajib diputuskan ketika melakukan


sembelihan

Miqat : Sempadan masa atau tempat untuk memulakan niat ihram ibadat haji
dan umrah.

Miqat Makani : Sempadan tempat bagi jemaah haji dan umrah memulakan niat ihram
haji atau umrah.

Miqat Zamani : Sempadan masa bagi jemaah haji bagi memulakan niat ihram bermula
dari bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah.

Riba al-Fadl : Pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama
jenis.

Riba al-Nasiah : Pertambahan akibat penangguhan bayaran.

Riba' : Interest, bunga atau bayaran yang melebihi jumlah yang dipinjam.

Saham : Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan
Saie : Berjalan berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali
yang dilakukan selepas tawaf.

Sembelihan : Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara


memutuskan urat halqum dan marik dengan menggunakan alat yang
tajam dengan niat kerana Allah

Sewa : Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari sesuatu
barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai
dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan

Syarikat : Bahasa : Bercampur atau berkongsi

Istilah :Perjanjian prkongsian terhadap sesuatu perkara yang


dilaksanakan antara dua pihak atau lebih

Tahallul : Keluar daripada ihram haji atau umrah setelah melakukan beberapa
perkara tertentu

Tahallul Awal : Keluar daripada ihram haji atau umrah setelah melakukan dua
daripada tiga perkara berikut :Melontar Jamratu Aqabah pada 10
Zulhijjah/Bercukur/Melakukan tawaf ifadah

Tahallul Thani : Keluar daripada ihram haji haji atau umrah setelah melakukan
ketiga-tiga perkara di atas

Tawaf : Mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali bermula dan berakhir di sudut


Hajarul Aswad dengan syarat-syarat tertentu

Tawaf Ifadah : Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang mengerjakan
haji sekiranya ditinggalkan atau tertinggal menyebabkan ibadat haji
tidak sah

Tawaf Qudum : Tawaf Selamat Datang

Tawaf Sunat : Tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa

Tawaf Wadak : Tawaf selamat tinggal

Umrah : Bahasa :Ziarah

Istilah :Menziarahi Baitullahil Haram kerana mengerjakan ibadah


tertentu pada bila-bila masa dengan syarat-syarat tertentu pada
bila-bila masa dengan syarat-syarat tertentu .

Upah Haji : Melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain.

Wukuf : Berada di padang Arafah walaupun seketika di antara gelincir matahari


9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah

SIRAH

Al-Dawawin : Jabatan-jabatan kerajaan

Al-Diwan : Jabatan

Baitul Mal : Institusi yang menguruskan perkara berkaitan kewangan umat islam

Diwan al-Aradh : Depot Simpanan

Diwan al-Azimah : Jabatan Audit Negara

Diwan al-Barid : Jabatan Pos

Diwan al-Jund : Kementerian Pertahanan

Diwan Al-Kharaj : Jabatan Hasil

Diwan al-Mazalim : Mahkhamah Tnggi Rayuan

Diwan al-Nafaqah : Jabatan Kewangan

Diwan al-Tasnif : Bahagian Sumber Manusia

Diwan al-Usul : Jabatan Dalam Negeri

Diwan al-Zimam : Jabatan Audit dan Kawalan

Fai' : Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh
menyerah kalah

Ghanimah : Harta rampasan perang yang diperolihi daipada orang bukan islam
melalui peperangan.

Jizyah : Cukai kepala yang dikenakan kepada orang kafir dalam Negara Islam

Khalifah : Pengganti kepada nabi Muhamad s.a.w selepas kewafatan baginda,


gelaran bagi ketua agama dan raja Negara atau wilayah Islam

Kharaj : Cukai yang dikenakan kepada orang kafir kerana mengusahakan


tanah yang dimiliki oleh orang Islam hasil dari peperangan

Khulafa : Gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam
al-Rasyidin negara Islam selepas kewafatan Rasul dan sebelum kerajaan
Ummaiyah.

Majlis al-Taqrir : Bahagian Kewangan

Majlis Syura : Satu majlis yang membincangkan tentang pemilihan khalifah dan
isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan negara

Majlis Tahkim : Satu Majlis perbincangan yang melibatkan pihak Saidina Ali b Abi
Talib dan Muawiyah bin Abi Sufian selepas perang Siffin

Majlis Tahkim : Satu Majlis perbincangan yang melibatkan pihak Saidina Ali b Abi
Talib dan Muawiyah bin Abi Sufian selepas perang Siffin

Zakat : Harta yang dipungut daripada orang islam bagi harta tertentuuntuk
kadar tertentu an syarat tertentu.

TINGKATAN 5

IBADAT

Anak angkat : Anak yang dipelihara oleh bukan ibubapa kandungnya.

Fasakh : Bahasa: Batal

  Istilahtilah: Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa Qadhi yang


dipohon oleh isteri atau dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh
syara'

Hadhanah : Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak
mampu menguruskan diri sendiri

Iddah : Bahasa: Tempoh,pengiraan

  Istilah: Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh


isteri selepas berpisah dengan suami.

Iddah : Bahasa: Tempoh,pengiraan

Istilah: Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh


isteri selepas berpisah dengan suami.

Ijab perkahwinan : Lafaz nikah yang diucapkan oleh Wali/jurunikah/wakilnya.

Kabul : Penerimaan yang iucapkan oleh bakal suami seperti aku terima
nikah..

Khuluk :  Bahasa: Mencabut/menanggalkan

Istilah: Penceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu.

Lafaz Kinayah : Lafaz yang menggunakan bahasa kiasan.

Lafaz Sorih : Lafaz yang dilakukan dengan kata-kata berterus terang.

Lian : Bahasa: Laknat

  Istilah : Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah


untuk menolak hukuman Qazaf disebabkan tuduhan Zina terhadap
 
isteri @ untuk menafikan nasab.

Mahar : Mas kahwin atau pemberian wajib daripada suami kepada isteri
samaada berbentuk wang, atau sesuatu yang bernilai

Mahar Misil : Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar


saudara-saudara perempuan pihak isteri.

Mahar Musamma : Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua
pihak.

Mahkamah : Institusi kehakiman yang membicarakan perkara mal ( harta ) dan


Syariah jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang
diperuntukan oleh Enakman Pentadbiran Hukum Syarak
 
Negeri-negeri.

Mahram : Golongan yang haram dikahwini atau tidak batal wuduk

Meminang : Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk


dijadikan isteri.

Nafkah : Sara hidup atau perbelanjaan harian orang yang berada di bawah
tanggungannya

Nafkah Batin : Suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri menurut


syarak.

Nafkah Zahir : Keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai,


makanan, perubatan dan pakaian.
: Bahasa: Derhaka/Ingkar
Nusyuz
Istilah: Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami
  tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

Nusyuz : Bahasa: Derhaka/Ingkar

  Istilah: Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami


tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

Perkahwinan : Bahasa: Cantum atau himpun

  Istilah: Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain-lain


yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan
melakukan persetubuhan.

Perkahwinan : Nikah sementara waktu atau nikah kontrak.


Mut'ah

Poligami : Bahasa: Banyak isteri

Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak lebih 4
orang pada satu masa.

Poligami : Bahasa: Banyak isteri

  Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak lebih 4
orang pada satu masa.

Rujuk : Bahasa: Kembali

Istilah: Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke


pangkuannya.

Talak : Bahasa: Cerai atau melepaskan ikatan.

   Istilah : Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak


/cerai/yang mengandungi makna keduanya.

Talak Bain Kubra : Talak 3 yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula
isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan
diceraikan setelah berlaku persetubuhan.

Talak Bain Sugra : Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali
dengan akad dan mahar yang baru.

Talak Bid'i : Talak yang menyalahi peraturan syarak iaitu menceraikan isteri ketika
haid, nifas atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi suaminya atau
 
menceraikan isteri dengan talak 3 sekaligus.
Talak Raj'ie : Talak satu atau dua yang belum tamat edahnya dan boleh dirujuk
semula.

Talak Sunni : Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan
isteri dengan talak satu/dua ketika isterinya suci daripada haid, nifas
dan tidak disetubuhi.

Talak Ta'lik : Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.

Wali : Bahasa : Bantuan atan perlindungan daripada Allah

  Istilah : Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.

Wali Akrab : Wali yang hampir dengan perempuan termasuk atuk dan bapa

Wali Bukan Mujbir : Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu
sebapa atau sebapa.

Wali Hakim : Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk
mengkahwinkan perempuan ketiaaan wali atau wali hilang

Wali Mujbir : Bapa atau datuk yang berhak mengahwinkan anak gadis tanpa
persetujuannya terlebih dahulu.

WalimatulUrus : Kenduri / Jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.

Zihar :  Bahasa: Belakang

  Istilah: Suami menyamakan isterinya @ mana-mana anggotanya


dengan ibunya @ dengan mana- mana perempuan mahram baginya.

SIRAH

Al Wazir : Perdana Menteri atau Ketua Pentadbir yang dibantu oleh


menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan.

Al-Islah : Pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

Astronomi : Ilmu mengenai bintang, bulan, planet dan sistem cakrawala.

Baitul Hikmah : Perpustakaan terulung di Baghdad pada zaman Abbasiyah dibina oleh
khalifah Harun Al-Rasyid

Baitul Mal : Institusi yang menguruskan perkara berkaitan kewangan umat islam
Majlis al-Taqrir : Bahagian Kewangan

Suk Baghdad : Pasar yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi

TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

TILAWAH & HADIS

Al-Quran : Wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang
kini telah ditulis dan dibukukan. Membacanya merupakan suatu
Ibadah.

Asi : Orang islam yang melanggar perintah agama

Aurat : Bahagian anggota badan manusia yang wajib ditutup menurut syara'.

Benci membenci : Perasaan marah dan tidak menyenangi orang lain yang lahir dari sifat
angkuh dan sombong.

Berpaling muka : Tiak bertegur sapa dan hidup mementingkan diri sendiri tanpa
mempedulikan orang lain.

Bersyukur : Menyatakan rasa terima kasih kepada Allah s.w.t atas segala nikmat
yang dikurniakan.

Dakwah : Bahasa : Seru/ajak

Istilah: menyeru atau mengajak manusia beriman dan beribadah


kepada Allah dengan melakukan suruhan dan meninggalkan
larangannya.

Fardhu Ain : perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Berdosa jika
ditinggalkan seperti puasa ramadan, zakat

Fardhu Kifayah : Perkara yang wajib dilakukan oleh sekurang-kurangnya


seorang/sebahagian umat islam jika tidak dilakukan semua sekali
menanggung dosa seperti belajar ilmu sains, matematik kedoktoran
dan lain-lain .

Fasik : Orang yang tidak taat kepada Allah dan rasulnya dengan melakukan
dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.
 
Ghaib : Tidak dapat dilihat, tersembunyi

Hadith : Setiap ucapan, perbuatan ,pengakuan dan sifat-sifat yang disandarkan


kepada Rasulullah

Halal : Dibolehkan dan tidak ditegah oleh Islam

Hasad : Dengki dan iri hati sama ada untuk kebaikkan diri atau untuk
menjatuhkan orang lain.

Hidayah : Bahasa: Petunjuk

Istilah: Cahaya petunjuk ke arah kebenaran yang dikurniakan oleh


Allah kepada sesiapa yang dikehendaki.

Infak : Membelanjakan harta pada jalan Allah

Menipu : Perbuatan sama ada melalui tutur kata atau tingkah laku yang
dilakukan secara tidak jujur yang bertujuan untuk kepentingan diri
sendiri

Mukjizat : Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada rasul untuk
membuktikan kerasulan mereka

Mukjizat Hissi : Mukjizat yang hanya dapat dirasai dengan pancaindera.seperti


tongkat nabi Musa a.s bertukar menjadi ular

Mukjizat Maknawi : Mukjizat yang diketahui keluarbiasaanya biasanya menggunakan


kekuatan akal fikiran. Contoh :al -Quran

Mukmin : Orang yang percaya dan yakin sepenuh hati kepada Allah serta
beramal dengan segala suruhanNya

Rasul : Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah yang diturunkan wahyu
kepadanya untuk diamalkan oleh dirinya dan diperintahkan untuk
menyampaikannya kepada umatnya.

Sujud Sahwi : Sujud 2 kali yang dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum memberi
salam kerana menambah atau mengurangkan rukun solat secara tidak
 
sengaja atau meninggalkan sunat Ab'ad secara sengaja atau tidak
sengaja

Sujud Syukur : Sujud yang dilakukan di luar solat kerana mendapat nikmat atau
terlepas daripada bala

Sujud Tilawah : Sujud yang dilakukan di luar atau dalam solat kerana membaca atau
mendengar ayat sajadah
Tahlil : Mentauhidkan Allah dengan kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah

Tahmid : Segala puji bagi Allah .

Takbir : Allah Maha Besar.

Taqqarub : Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan Ibadat

Tasbih : Maha Suci Allah

Tawakal : Berserah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar.

Wahyu : Kalamullah yang diutuskan oleh kepada nabi atau rasul melalui
perantaraan Jibril a.s

TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

AKHLAK

Adab : Tingkah laku atau tutur kata yang halus dan bersopan.

Amar makruf : Menyeru / menyuruh melakukan kebaikan

Hadiah : Pemberian sebagai satu penghargaan , tanda kasih sayang atau


pujian

Jidal : Berhujah/ berdebat.

Jual Beli : Menukarkan barangan dengan barang mengikut cara tertentu.

Kemudahan : Kemudahan yang disediakan oleh pehak tertentu untuk kegunaan


Awam orang ramai

Mungkar : Perbuatan yang menyalahi syarak/hukum hakam sama ada terhadap


Allah s.w.t, manusia dan alam sekitar

Musafir : Orang yang sedang dalam perjalanan melebihi 2 marhalah (90 km)
dengan niat/tujuan yang baik.

Rekreasi : Kegiatan yang menyeronokan yang boleh menyegarkan kembali


kesihatan badan.

Sedekah : Satu pemberian yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan untuk


mendekatkan diri kepada Allah.
Zikir : Mengingati Allah sama ada dalam hati atau menyebutnya secara lisan

You might also like