You are on page 1of 19

PENGENALAN

Haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi tempat yang mulia.Manakala menurut istilah
syarak ialah mengunjungi Baitillahil Haram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada masa
tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.Ibadah haji mula difardukan pada tahun keenam
Hijrah.Ibadah haji merupakan suatu kewajipan ke atas setiap orang Islam yang cukup syaratsyaratnya dan yang berkemampuan.

Firman Allah S.W.T.:

Surah Ali Imran : Ayat 97

Maksudnya: Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitillah


kepada sesiapa yang mampu sampai kepadanya.

Dalil lain yang menunjukkan kewajipan mengerjakan ibadat haji dan umrah ialah
sebagaimana firman Allah S.W.T.:

( Surah Al-Baqarah : Ayat 196)

Maksudnya: Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah S.W.T.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya :
Islam terbina di atas lima perkara : bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji di
Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa pada suatu hari,
Rasulullah s.a.w. berkhutbah dan antara kandungannya ialah:

Maksudnya:
Wahai manusia!Allah telah menfardukan ke atas kamu haji, maka laksanakanlah haji.

Selain itu, semua ulama sepanjang zaman telah bersepakat tentang kefarduan haji dan tiada
dalam kalangan mereka yang berpandangan sebaliknya. Sehubungan dengan itu, umat Islam
hendaklah berazam dan merancang untuk menunaikan ibadat haji dalam usia yang muda.

HUKUM MENGERJAKAN HAJI

Haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan
perempuan sekali seumur hidup.
Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:
Dan tunai atau sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.
( Surah Al-Baqarah, 2:196)

Barang siapa yang menafikan kewajipan ini bererti dia telah kufur iaitu terkeluar dari agama
Islam.Ibadat haji wajib dilakukan oleh individu Muslim yang berkemampuan.

SYARAT WAJIB HAJI

Terdapat empat syarat wajib yang umum dalam mengerjakan haji iaitu Islam, baligh, berakal
dan berkuasa atau berkemampuan. Tidak diwajibkan menunaikan haji kepada orang kafir
atau murtad, kanak-kanak, orang gila dan hamba. Bagi syarat kemampuan pula meliputi :
1. Sihat tubuh badan;
2. Cukup perbelanjaan pergi dan balik serta perbelanjaan untuk ahli keluarga yang
ditinggalkan;
3. Mempunyai kenderaan yang selamat untuk pergi dan balik;
4. Mempunyai kesempatan waktu untuk mengerjakan haji;
5. Terjamin keselamatan diri, nyawa dan harta dalam perjalanan dan semasa
mengerjakan haji;
6. Mendapat izin daripada suami bagi isteri dan ditemani oleh dua orang muhrim.

RUKUN HAJI

Rukun haji ialah amalan yang mesti dilakukan dalam ibadah haji.Haji seseorang itu tidak sah
sekiranya dia tertinggal salah satu daripadanya.Dia wajib menunaikan haji sekali lagi atau
menggantikannya. Terdapat enam rukun haji semuanya dalam bentuk perbuatan kecuali niat.
Rukun haji adalah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Niat Ihram
Wukuf di Padang Arafah
Tawaf
Sai
Bercukur
Tertib

WAJIB HAJI

Wajib haji ialah amalan yang wajib dilakukan semasa mengerjakan ibadah haji.Jika tinggal
satu atau banyak perkara daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi dikenakan dam. Perkaraperkara wajib haji ada enam, iaitu:
1. Berniat ihram di mikat
Jemaah haji berniat mengerjakan haji dan umrah di mikat yang tertentu. Jika Jemaah
haji berniat di tempat lain daripada mikat yang ditentukan, hajinya sah tetapi
dikenakan dam. Ihram di mikat ialah berniat mengerjakan haji, umrah atau keduaduanya sekali di tempat yang ditentukan.Setelah berniat, Jemaah haji dilarang
melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa berihram sehingga selesai
bertahlul.Mikat ialah sempadan masa dan tempat bagi Jemaah haji memulakan niat
ihram.Mikat terbahagi kepada dua, iaitu mikat makani dan mikat zamani.Mikat
zamani bagi ibadah haji ialah bermula dari bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar
kedua (fajar Sadiq) pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah.Mikat zamani bagi umrah
ialah sepanjang tahun. Mikat Makani bagi ibadah haji ialah:
( a ) Zulhijjah (Bir Ali) bagi penduduk Madinah dan sekitarnya;
( b ) Al-Juhfah bagi penduduk Mesir, Syam, Maghribi, Sepanyol, dan negeri-negeri
yang berhampiran dengannya;
( c ) Qarnul Manazil bagi penduduk Kuwait, Najd, dan Jemaah haji yang dating
melalui udara;

( d ) Yalamlam bagi penduduk India, Yaman, dan negeri-negeri sebelah timur,


termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan lain-lain;
( e ) Zatu Irqin bagi jemaah Iraq;
( f ) di rumah sendiri bagi jemaah yang tinggal di Makkah.

Mikat Mikani bagi umrah ialah di Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tanaim, dan
Jakranah.

2. Bermalam di Muzdalifah
Muzdalifah terletak antara Arafah dengan Mina.Para Jemaah harus berada di
Muzdalifah selepas separuh malam kesepuluh Zulhijjah 9selepas waktu wukuf di
Arafah dan sebelum terbit fajar).

3. Melontar Jumrah Al-Aqabah


Waktu melontar di Jumrah Al-Aqabah bermula dari tengah malam 10 Zulhijjah hingga
terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.Waktu afdal untuk melontar ialah pada waktu
pagi 10 Zulhijjah.

4. Bermalam di Mina
Jemaah haji hendaklah bermalam di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.Memadai
tinggal pada sebahagian besar setiap malam tersebut.

5. Melomtar ketiga-tiga Jumrah


Melontar Jumrah Al-Ula, Jumrah Al-Wusta dan Jumrah Al-Aqabah ialah pada hari 11,
12 dan 13 Zulhijjah. Syarat-syarat melontar ialah:
( a ) menggunakan tujuh biji anak batu pada tiap-tiap jumrah;
( b ) melontar mengikut tertib, dimulai dengan Jumrah Al-Ula, Jumrah Al-Wusta dan
akhir sekali Jumrah Al-Aqabah;
( c ) melontar dengan gaya melontar seperti yang ditetapkan;
( d ) berniat melontar kerana Allah;

( e ) melontar dengan menggunakan tangan.

6. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram


Jemaah haji hendaklah meninggalkan segala larangan semasa ihram.Jika mereka
melakukan larangan tersebut, haji mereka tetap sah tetapi dikenakan dam.

SUNAT-SUNAT HAJI

Terdapat beberapa perkara sunat dikerjakan ketika menunaikan haji. Perkara tersebut ialah:
1. Mandi sunat sebelum memakai pakaian ihram.
2. Solat sunat dua rakaat sebelum berniat ihram.
3. Banyak membaca Al-Quran dan berzikir.
4. Menyentuh Hajarul Aswad dengan tapak tangan dan mengucupnya.
5. Membanyakkan ucapan talbiah semasa ihram.
6. Mengerjakan tawaf qudum.
7. Berdoa ketika bercukur.
8. Membotakkan kepala bagi lelaki.
9. Mengerjakan haji secara Ifrad.
10. Memotong kuku.

PERKARA YANG DILARANG KETIKA IHRAM


1. Menutup kepala bagi lelaki.
2. Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki.
3. Menutup muka dan bersarung tangan bagi perempuan.
4. Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
5. Memakai minyak pada rambut dan janggut.
6. Memotong kuku.
7. Memburu binatang yang halal dimakan.
8. Bercumbu-cumbuan yang boleh menaikkan nafsu syahwat.
9. Melakukan persetubuhan.
10. Bernikah atau menjadi wali akad nikah.
CARA MENGERJAKAN HAJI
Dalam mengerjakan ibadat haji, seseorang itu boleh memilih satu daripada tiga cara yang
berikut, iaitu:

(a) Haji Ifrad Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan
haji dahulu kemudian mengerjakan umrah atau mengerjakan umrah sebelum tiba
bulan haji (1 Syawal hingga 10 Zulhijjah)

HAJI
Bil

Perkara

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Hukum

Mandi sunat ihram


Memakai pakaian ihram
Solat sunat ihram
Niat Haji
Berniat Haji di miqat
Bertalbiah
Menjaga larangan ihram
Tawaf Qudum
Saie Haji
(boleh juga dilakukan sebelum Wuquf dengan syarat selepas Tawaf
Qudum)
Pada 9 Zulhijjah

Sunat
Wajib
Sunat
Rukun
Wajib
Sunat
Wajib
Sunat

Bil

Hukum

1
2
3
4
5

Perkara
Wukuf di Arafah
Khutbah Arafah
(setelah masuk waktu Zohor)
Solat Zohor
Doa Arafah
Banyakkan amalan sunat

Rukun

Rukun
Sunat
Wajib
Sunat
Sunat

Pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah


Bil

Perkara

Hukum

Mabit di Muzdalifah
(selepas separuh malam 10 Zulhijjah)
Mengutip 7 biji anak batu di Muzdalifah / Tanah Haram
Melontar al-Jamrah al-Kubra pada 10 Zulhijjah
*Syarat sah melontar Jamrah Kubra
Bercukur / bergunting
(Tahallul Awwal)
Mabit di Mina pada 11 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 11 Zulhijjah
*Syarat sah melontar ketiga-tiga Jamrah
Mabit di Mina pada 12 Zulhijjah

Wajib

2
3
4
5
6
7

Sunat
Wajib
Rukun
Wajib
Wajib
Wajib

8
9
10
11

Melontar tiga jamrah pada 12 Zulhijjah (Nafar Awwal)


Mabit di Mina pada 13 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 13 Zulhijjah (Nafar Thani)
Tawaf Haji
*Syarat sah Tawaf
Saie Haji
(Tahallul Thani jika belum dilaksanakan)
*Syarat sah Saie

12

Wajib
Wajib
Wajib
Rukun
Rukun

(b) Haji Tamattuk Mengerjakan umrah terlebih dahulu kemudian barulah niat
mengerjakan haji pada bulan-bulan haji (1 Syawal hingga 10 Zulhijjah).

UMRAH
Bil

Perkara

Hukum

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Mandi sunat ihram


Memakai pakaian ihram
Solat sunat ihram
Niat umrah
Berniat di miqat
Bertalbiah
Menjaga larangan ihram
Tawaf umrah
Saie umrah
Bercukur / bergunting
Tertib dalam melaksanakan rukun

Sunat
Wajib
Sunat
Rukun
Wajib
Sunat
Wajib
Rukun
Rukun
Rukun
Rukun

HAJI
Pada 8 Zulhijjah
Bil
1
2
3
4
5
6
7

Perkara
Mandi sunat ihram
Memakai pakaian ihram
Solat sunat ihram (Makkah)
Niat ihram Haji
Berniat Haji di miqat
Bertalbiah
Menjaga larangan ihram

Pada 9 Zulhijjah

Hukum
Sunat
Wajib
Sunat
Rukun
Wajib
Sunat
Wajib

Bil
1
2
3
4
5

Perkara
Wukuf di Arafah
Khutbah Arafah
(setelah masuk waktu Zohor)
Solat Zohor
Doa Arafah
Banyakkan amalan sunat

Hukum
Rukun
Sunat
Wajib
Sunat
Sunat

Pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah


Bil

Perkara

Hukum

Mabit di Muzdalifah
(selepas separuh malam 10 Zulhijjah)
Mengutip 7 biji anak batu di Muzdalifah / Tanah Haram
Melontar al-Jamrah al-Kubra pada 10 Zulhijjah
*Syarat sah melontar Jamrah Kubra
Bercukur / bergunting
(Tahallul Awwal)
Mabit di Mina pada 11 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 11 Zulhijjah
*Syarat sah melontar ketiga-tiga Jamrah
Mabit di Mina pada 12 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 12 Zulhijjah (Nafar Awwal)
Mabit di Mina pada 13 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 13 Zulhijjah (Nafar Thani)
Tawaf Haji
*Syarat sah Tawaf
Saie Haji
(Tahallul Thani jika belum dilaksanakan)
*Syarat sah Saie

Wajib

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Sunat
Wajib
Rukun
Wajib
Wajib
Wajib
Wajib
Wajib
Wajib
Rukun
Rukun

(c) Haji Qiran Mengerjakan haji dan umrah secara serentak setelah masuk bulan haji ( 1
Syawal hingga 10 Zulhijjah).

HAJI QIRAN CARA 1


HAJI DAN UMRAH SERENTAK
Bil

Perkara

Hukum

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Mandi sunat ihram


Memakai pakaian ihram
Solat sunat ihram
Niat Haji
Berniat Haji di miqat
Bertalbiah
Menjaga larangan ihram
Tawaf Qudum
Saie Haji
(boleh juga dilakukan sebelum Wuquf dengan syarat selepas Tawaf
Qudum)

Sunat
Wajib
Sunat
Rukun
Wajib
Sunat
Wajib
Sunat
Rukun

Pada 9 Zulhijjah
Bil
1
2
3
4
5

Perkara
Wukuf di Arafah
Khutbah Arafah
(setelah masuk waktu Zohor)
Solat Zohor
Doa Arafah
Banyakkan amalan sunat

Hukum
Rukun
Sunat
Wajib
Sunat
Sunat

Pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah


Bil

Perkara

Hukum

Mabit di Muzdalifah
(selepas separuh malam 10 Zulhijjah)
Mengutip 7 biji anak batu di Muzdalifah / Tanah Haram
Melontar al-Jamrah al-Kubra pada 10 Zulhijjah
*Syarat sah melontar Jamrah Kubra
Bercukur / bergunting
(Tahallul Awwal)
Mabit di Mina pada 11 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 11 Zulhijjah
*Syarat sah melontar ketiga-tiga Jamrah
Mabit di Mina pada 12 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 12 Zulhijjah (Nafar Awwal)
Mabit di Mina pada 13 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 13 Zulhijjah (Nafar Thani)
Tawaf Haji
*Syarat sah Tawaf
Saie Haji
(Tahallul Thani jika belum dilaksanakan)
*Syarat sah Saie

Wajib

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Sunat
Wajib
Rukun
Wajib
Wajib
Wajib
Wajib
Wajib
Wajib
Rukun
Rukun

HAJI QIRAN CARA 2


Haji Qiran juga boleh berlaku kepada orang yang berniat umrah di bulan-bulan haji tetapi
sebelum memulakan tawaf ia berniat menunaikan haji.

UMRAH
(Berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum Tawaf Umrah berniat mengerjakan haji)
Bil
1
2
3
4
5
6
7

Perkara
Mandi sunat ihram
Memakai pakaian ihram
Solat sunat ihram
Niat umrah
Berniat umrah di miqat
Bertalbiah
Menjaga larangan ihram

Hukum
Sunat
Wajib
Sunat
Rukun
Wajib
Sunat
Wajib

Pada 9 Zulhijjah
Bil
1
2
3
4
5

Perkara
Wukuf di Arafah
Khutbah Arafah
(setelah masuk waktu Zohor)
Solat Zohor
Doa Arafah
Banyakkan amalan sunat

Hukum
Rukun
Sunat
Wajib
Sunat
Sunat

Pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah


Bil

Perkara

Hukum

Mabit di Muzdalifah
(selepas separuh malam 10 Zulhijjah)
Mengutip 7 biji anak batu di Muzdalifah / Tanah Haram
Melontar al-Jamrah al-Kubra pada 10 Zulhijjah
*Syarat sah melontar Jamrah Kubra
Bercukur / bergunting
(Tahallul Awwal)
Mabit di Mina pada 11 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 11 Zulhijjah

Wajib

2
3
4
5
6

Sunat
Wajib
Rukun
Wajib
Wajib

7
8
9
10
11
12

*Syarat sah melontar ketiga-tiga Jamrah


Mabit di Mina pada 12 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 12 Zulhijjah (Nafar Awwal)
Mabit di Mina pada 13 Zulhijjah
Melontar tiga jamrah pada 13 Zulhijjah (Nafar Thani)
Tawaf Haji
*Syarat sah Tawaf
Saie Haji
(Tahallul Thani jika belum dilaksanakan)
*Syarat sah Saie

Wajib
Wajib
Wajib
Wajib
Rukun
Rukun

Setiap daripada cara tersebut mempunyai kebaikan dan masalah yang tertentu. Pembahagian
cara mengerjakan haji kepada tiga cara adalah untuk memberi kemudahan kepada umat Islam
supaya dapat beribadah dengan khusyuk dan sempurna.

PERJALANAN JEMAAH HAJI MALAYSIA

Perjalanan jemaah haji rakyat Malaysia saya bahagikan kepada tiga bahagian. Bahagianbahagian tersebut ialah:
1. Sebelum berangkat (masih berada di Malaysia)
2. Di dalam kapal terbang
3. Selepas mengerjakan ibadah haji

SEBELUM BERANGKAT KE MEKAH

Bakal Haji akan menerima Surat Jadual Penerbangan sebulan sebelum berangkat. Bakal haji
hendaklah memastikan tarikh dan waktu melaporkan diri di Lapangan Terbang atau di
Kompleks Tabung Haji.Jemaah boleh menunaikan solat sunat Musafir di rumah (mengikut
syarat-syaratnya). Sebelum berangkat bacalah doa bermusafir. Jemaah mesti membawa Surat
Jadual Penerbangan (tinggalkan keratin sebelah bawah surat tersebut kepada waris di
Malaysia). Jemaah juga perlu membawa Buku Rekod Rawatan (Jangan dimasukkan dalam
beg pakaian). Pastikan suntikan Anti Meningitis dan lain-lain suntikan telah diambil dan
pengesahan doktor ke atasnya ada dinyatakan dalam Buku Rekod Rawatan.Jemaah haji kena
pastikan yang Lencana Pengenalan Haji dipakai ketika melaporkan diri dan sepanjang masa
berada di Tanah Suci.Jemaah haji juga hendaklah sentiasa memakai Gelang Pengenalan Haji
walaupun dalam keadaan berihram.

Pada tarikh yang ditetapkan, Jemaah haji hendaklah melaporkan diri mengikut waktu dan
tempat yang telah ditentukan.Jemaah haji dari kawasan yang jauh dan tiba awal di Kompleks
Tabung Haji melebihi 6 jam daripada waktu melapor diri boleh memohon menginap di
asrama (tertakluk pada kekosongan). Para Jemaah hendaklah menunggu atau berehat di
tempat yang disediakan sebelum urusun Check-in diumumkan.Keluarga masih boleh bertemu
dengan Jemaah. Jemaah mesti memastikan barang tajam, barangan logam, serta gel, aerosol
atau cecair yang melebihi 100ml/gram diletakkan dalam bagasi besar untuk check-in, bukan
di dalam beg sandang atau beg bimbit. Jemaah akan menerima hadiah (jika ada) dan terima
stiker perumahan Madinah atau Makkah .Selepas itu, Jemaah membawa semua bagasi dan
beratur di tempat bermulanya urusan check-in apabila diumumkan.Semua bagasi besar
dimasukkan ke dalam mesin X-ray.

Proses seterusnya ialah Jemaah menerima passport dan pas menaiki pesawat (Boarding Pass).
Berikutnya, Jemaah haji menyerahkan bagasi untuk ditimbang dan diambil keratan terimaan
bagasi.Ia amat berguna untuk tuntutan jika barang-barang hilang. Semasa pemeriksaan badan,
jika di dalam beg tangan masih ada barang tajam yang membahayakan atau cecair yang
melebihi had, ia akan diambil oleh Pegawai Keselamatan Lapangan Terbang.

Akhirnya, jemaah akan masuk ke Dewan Berlepas dan mendengar taklimat akhir. Jemaah
perlu ambil perhatian semasa taklimat diberi kerana mungkin ada maklumat terkini yang
penting.Menaiki pesawat mengikut warna boarding pass dan nombor tempat duduk. Beg
sandang hendaklah sentiasa digalas sepanjang perjalanan. Ubat-ubat yang perlu diambil
dalam tempoh perjalanan hendaklah disimpan di dalam beg sandang.

DI DALAM KAPAL TERBANG

Semasa berada di dalam kapal terbang, jemaah haji dilarang menghisap rokok .Jemaah haji
hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan iaitu mengikut zon warna (boarding pass)
dan nombor tempat duduk. Beg yang dibawa dengan tangan hendaklah disimpan di tempat
yang disediakan. Jemaah mestilah mematuhi arahan anak kapal berkenaan keselamatan
dalam pesawat. Jemaah harus sentiasa memakai tali pinggang keselamatan semasa di tempat
duduk.Jemaah boleh bangun daripada tempat duduk untuk ke tandas atau meregagkan
urat.Sepanjang perjalanan, makan minum disediakan percuma.Jemaah hendaklah sentiasa
bertenang dan berehat serta banyakkan berzikir.Jemaah juga boleh melakukan pergerakan
ringan di tempat duduk masing-masing.

Jika Jemaah terus ke Mekah, jemaah hendaklah berniat Ihram untuk Haji atau Umrah tidak
lewat selepas 6 jam pesawat berlepas atau satu jam sebelum mendarat atau sebaik mendengar
pengumuman berkenaan miqat oleh anak kapal. Jemaah haji yang beriman dan telah
melafazkan niat, ditegah mengambil sapu tangan yang ada wangian untuk lap tangan atau
muka jika disediakan oleh pihak penerbangan.Jemaah juga disarankan supaya banyakkan
bertalbiah.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KING ABDUL AZIZ, JEDDAH

Sebaik sahaja mendarat, Jemaah haji dilarang bangun daripada tempat duduk kecuali setelah
menerima arahan anak kapal.Sebelum keluar pesawat, periksa tempat duduk, pastikan tidak
ada barang yang tertinggal. Beratur dan jangan berebut-rebut ketika keluar dari pesawat.
Jemaah haji akan dipandu masuk ke dewan ketibaan. Jemaah hendaklah memberi perhatian
kepada penerangan yang diberikan oleh petugas Tabung Haji. Sewaktu Jemaah berehat pihak
berkuasa lapangan terbang akan memeriksa passport dan menampal stiker bar-code. Jemaah
haji akan bergerak ke kaunter pemeriksaan Imigresen. Jemaah haji hendaklah menyerahkan
passport kepada pegawai Imigresen bagi urusan pendaftaran dan passport akan diserahkan
kembali kepada jemaah haji.

Bagasi Jemaah haji disusun oleh pekerja ground handling Syarikat Penerbangan di kawasan
pengumpulan bagasi.Jemaah haji hendaklah mengambil bagasi masing-masing dan
membawanya ke mesin x-ray.Bagasi yang telah diimbas oleh mesin x-ray dibawa bersama ke
kaunter Kementerian Haji untuk pemeriksaan passport, penampalan stiker dan kaunter tiket
bas.Sila serahkan passport kepada pegawai bertugas.Tiket bas dilekatkan dalam passport dan
serahkan semula kepada Jemaah haji.Selepas menerima passport, Jemaah haji hendaklah
keluar dari pintu yang ditetapkan di mana petugas Wakil Bersatu menunggu untuk semakan
akhir passport.Pekerja Lapangan Terbang akan mengambil beg-beg besar untuk dimasukkan
ke dalam troli. Beg sandang yang mengandungi barangan berharga hendaklah dibawa
sendiri oleh Jemaah haji. Jemaah haji akan dibawa berjalan kaki ke tempat rehat Jemaah Haji
Malaysia.

Pengumuman melalui pembesar suara akan dibuat oleh petugas Tabung Haji sebaik sahaja
urusan menaiki bas dimulakan. Jemaah haji akan dipanggil untuk menaiki bas berdasarkan
nombor bas mulai no.1 hingga 10. Jemaah haji diminta beratur mengikut barisan lelaki dan
wanita dengan memegang passport masing-masing. Petugas Tabung Haji atau Petugas Wakil
Bersatu akan memandu arah bakal-bakal haji secara berkumpulan ke tempat bas. Sebelum
menaiki bas, passport diserahkan kepada petugas Wakil Bersatu yang menunggu di pintu
masuk. Bagasi besar akan dibawa oleh petugas Wakil Bersatu dari tempat rehat dan disusun
atas bas. Bas akan bergerak ke Mekah atau Madinah sebaik selesai urusan penyediaan

dokumen perjalanan dan diiringi oleh penunjuk jalan (Murshid) bukan petugas Tabung Haji.
Agihan sajian makanan diedarkan di dalam bas.

MADINAH Ketibaan dari Jeddah (dengan menaiki bas) dan Urusan Kemasukan ke
Bangunan Penginapan

Semua bas dari Jeddah atau Makkah akan berhenti di Al-Hijrah iaitu suatu pemeriksaan dan
laporan ketibaan Jemaah haji yang terletak lebih kurang 8 km dari pusat Bandar Madinah.
Sebaik selesai urusan di Al-hijrah, bas akan bergerak ke bangunan penginapan Jemaah haji.
Pastikan anda memasuki bangunan penginapan yang betul mengikut stiker bilik yang
dilekatkan di belakang lencana Pengenalan Haji. Ingat nama hotel bangunan penginapan serta
nombor bilik. Jemaah haji dinasihatkan berehat sebelum mengerjakan solat di Masjid Nabawi
dan pastikan bagasi besar telah diterima.

Aktiviti ziarah di Masjid Nabawi (Ziarah Dalam) biasanya sehari selepas tiba. Jemaah haji
dinasihatkan terlebih dahulu mempelajari sejarah tempat-tempat yang akan dilawati serta
peranan dan kesannya kepada perkembangan Islam supaya ziarah menjadi lebih berkesan.
Setelah berkumpul di luar bangunan penginapan, taklimat ringkas diberi oleh Muzawwir
(pebimbing) sebelum memasuki masjid.

Hari kedua selepas tiba, Jemaah akan di bawa Ziarah Tempat Bersejarah di Madinah (Ziarah
Luar). Tempat-tempat bersejarah yang akan dilawati ialah Masjid Quba, Masjid Qiblatain,
Maqam Syuhada Uhud dan Masjid Tujuh. Jemaah dianjurkan mengerjakan solat sunat ketika
berada di Masjid yang dilawati.

MEKAH IBADAH HAJI DAN UMRAH

Jemaah haji menerima maklumat waktu untuk pergi ke Masjidil Haram dan pastikan
mengambil wuduk sebelum ke masjid.Jemaah berjalan kaki secara berkumpulan hingga ke
Masjidil Haram dipandu oleh petugas Muassasah (Tawaf kali pertama).Sempurnakan rukun
Umrah seperti Tawaf, Saie dan Bercukur atau Bergunting jika melaksanakan Haji
Tamattu.Sempurnakan Tawaf Qudum (jika memilih Haji Ifrad/Qiran) dan boleh
dilaksanakan Saie Haji (tanpa bercukur atau bergunting). Setelah selesai urusan ibadat,
semua Jemaah akan berkumpul di tempat yang telah dijanjikan untuk ke tempat penginapan.

PADA 8 ZULHIJJAH UNTUK KE ARAFAH


Jemaah dikehendaki sentiasa menunggu pengumuman keberangkatan ke Arafah oleh petugas
maktab bilik masing-masing.Jika melaksanakan Haji Tamattu hendaklah mandi sunat Ihram,
memakai pakaian Ihram, solat sunat Ihram dan berniat Ihram Haji di bilik masing-masing
sebelum berangkat ke Arafah.Semasa berangkat ke Arafah Jemaah hendaklah memastikan
ahli keluarga terdekat ada bersama-sama.Sepanjang perjalanan ke Arafah hendaklah
bertalbiah beramai-ramai (berjemaah).Perjalanan dari Makkah ke Arafah mengambil masa
satu hingga dua jam.

Setelah tiba di Padang Arafah jemaah akan masuk ke khemah Maktab untuk berehat. Semasa
berehat, jemaah akan bertalbiah, berzikir, membaca al-Quran, solat, berdoa dan sebagainya.
Jemaah digalakkan untuk ke surau yang disediakan untuk beribadah dan mendengar ceramah
agama. Pembimbing Ibadah Haji akan mengetuai majlis zikir dan ibadah. Seterusnya, Jemaah
akan menunggu Waktu Wuquf, iaitu bermula dari gelincir matahari (Zohor) pada 9 Zulhijjah
hingga terbit fajar 10 Zulhujjah (walaupun sekejap sahaja berada di bumi Arafah, Wuquf
dalam tempoh itu dikira sah). Jemaah perlu banyakkan zikir, digalakkan solat berjemaah di
surau yang disediakan.Selain itu, Jemaah hendaklah menghayati khutbah Arafah dan mesti
menjaga larangan Ihram. Selepas selesai urusan di Padang Arafah, Jemaah akan bergerak ke
Muzdalifah.
TARIKH / MASA
08 ZULHIJJAH
2.00 4.00
(Bermula 09 Zulhijjah
apabila masuk waktu
maghrib)
09 ZULHIJJAH
6.00 petang10.00 malam

10.30 malam
4.30 pagi
5.30 pagi

6.30 7.30 pagi


8.30 9.00 pagi

AKTIVITI
HARI TARWIYAH
- Berangkat ke Arafah mengikut giliran
- Taklimat program
- Talbiah / Zikir
HARI WUQUF
Azan Maghrib:
Solat Sunat Qabliyyah Maghrib
Solat Maghrib dan Solat Isyak (Jama Taqdim Secara Taman)
Talbiah/Zikir
Tazkirah 1
Makan malam
Tidur
Persiapan untuk solat Subuh
Talbiah/Zikir
Solat Subuh
Talbiah/Zikir
Tazkirah 2
Sarapan pagi
Taklimat Kelebihan Solat Sunat Duha
Solat Sunat Duha
Talbiah/Zikir

9.00 11.00 pagi


Rehat
11.00 pagi
Makan Tengahari
12.00 tengahari
Khidmat Diri (Persiapan untuk Wuquf)
12.30 tengahari 3.00 Talbiah
petang
Masuk waktu Zohor (Khutbah Pertama Dibaca)
(Khutbah Kedua Dibaca) Laungan Azan Zohor Serentak
dengan Khutbah Kedua
Solat Zohor Dibuat Secara Jama Taqdim dengan Asar (Taman)
Zikir/Doa Arafah
4.00 petang
Rehat/Acara Bebas
4.30 petang
Tazkirah 3
Taklimat Keberangkatan
10 ZULHIJJAH
HARI NAHAR
5.30 malam
Talbiah/Zikir
Azan Maghrib Solat Sunat Qabliyyah Maghrib
Solat Mghrib dan Solat Isyak (Jama Taqdim secara Taman)
Makan malam
(Kecuali bagi Maktab Yang Akan Bertolak ke Muzdalifah Pada
Waktu Maghrib dan tidak sempat Solat Maghrib di Arafah akan
melaksanakan Solat Jama Takhir (secara Taman) di
Muzdalifah.
5.40 malam
Bersiap untuk berangkat ke Muzdalifah
MUZDALIFAH

Dalam sistem al-Taraddudiah (ulang-alik), Jemaah haji akan diturunkan di Muzdalifah dan
bermabit sehingga selepas tengah malam. Muzdalifah merupakan kawasan lapangan
berpagar. Jemaah haji akan ditempatkan mengikut maktab masing-masing. Kawasan ini
hanya mempunyai kemudahan tandas sahaja dan bilangannya terhad.Jemaah haji digalakkan
membawa alas (tikar atau sejadah) masing-masing bagi kegunaan untuk bermabit.Jemaah
juga dinasihatkan untuk membawa sedikit makanan dan minuman. Semasa di Muzdalifah,
jemaah disunatkan mengutip 7 biji anak batu. Apabila masuk waktu setengah malam, Jemaah
haji hendaklah menaiki bas secara berkumpulan seperti yang diarahkan oleh petugas maktab.
Jemaah haji hendaklah menaiki bas dengan tertib dan tidak berebut-rebut serta dinasihatkan
supaya memberi keutamaan kepada yang uzur.Jemaah boleh teruskan bertalbiah dan berzikir
semasa dalam perjalanan ke Mina.

MINA

Jemaah akan melontar Jamrah Kubra apabila pengumuman dibuat oleh petugas maktab
mengikut jadual yang ditetapkan. Jemaah akan berjalan kaki dari khemah ke Jamrah Kubra
secara berkumpulan. Setelah selesai melontar dan berdoa, Jemaah bercukur atau bergunting
(Tahallul Awwal).Selepas itu, jemaah balik ke khemah mengikut kumpulan melontar
tadi.Apabila tiba di khemah, Jemaah bolehlah menanggalkan pakaian ihram dan memakai
pakaian biasa (larangan yang masih ada perlu dijaga).

Jemaah haji hendaklah mematuhi jadual untuk pergi melontar seperti yang ditetapkan oleh
Kementerian Haji Arab Saudi dengan kerjasama Muassasah Haji Asia Tenggara dan Tabung
Haji. Jemaah mestilah sempurnakan lontaran ketiga-tiga Jamrah pada 11,12, dan 13 Zulhijjah
mengikut jadual yang diaturkan di samping wajib bermalam di Mina. Bagi Jemaah haji yang
berhasrat untuk membuat Nafar Awwal dinasihatkan melontar ketiga-tiga jamrah pada 12
Zulhijjah di sebelah pagi iaitu sebelum jam 8.00 pagi. Selepas melontar, jemaah boleh
berkemas dan bersedia balik ke Mekah.

Sebelum meninggalkan Kota Mekah, Jemaah mesti memastikan semua Rukun dan Wajib
Haji atau Umrah telah disempurnakan dan pastikan semua Dam telah dilaksanakan.Dapatkan
maklumat aturcara perjalanan ke Jeddah dari notis-notis yang dipamerkan di Bangunan
Penginapan Jemaah Haji.Selepas itu, Jemaah bolehlah mengemas barang-barang dan
sediakan sedikit bekalan makanan dan minuman semasa dalam perjalanan.Jemaah haji tidak
boleh membawa balik batu lontaran ke Tanah Air.

Sebelum meninggalkan Mekah, Jemaah dikehendaki menyempurnakan Tawaf Wada secara


berkumpulan dan balik segera ke Maktab untuk menaiki bas yang telah ditentukan.Taklimat
akhir diberi di dalam bas oleh petugas Tabung Haji dan seterusnya berangkat ke
Jeddah.Perjalanan ke Jeddah memakan masa lebih kurang dua jam.Setelah sampai di Jeddah,
Jemaah berehat di bilik penginapan sementara menunggu waktu berlepas ke Tanah
Air.Apabila tiba masa untuk berangkat pulang ke Tanah Air, jemaah hendaklah berjalan kaki
secara berkumpulan ke dewan berlepas yang telah ditetapkan.Jemaah haji bergerak ke
Kaunter Imigresen dan menyerahkan pasport kepada pegawai Imigresen. Pasport akan
diserahkan semula kepada Jemaah haji oleh Pegawai Imegresen. Setelah semua urusan
selesai, Jemaah haji dibawa ke dewan berlepas.Jemaah menerima hadiah dari pihak Arab
Saudi (jika ada).Jemaah menaiki pesawat mengikut tempat duduk masing-masing mengikut
boarding-pass dan nombor kerusi yang diperuntukkan.

Tiba di Lapangan Terbang Tanah Air dan beratur turun dari pesawat. Jemaah akan serah dan
terima passport di tempat pemeriksaan Imegresen. Selepas itu tunggu bagasi dikeluarkan dan
bawa ke tempat pemeriksaan Kastam.Pastikan bagasi kepunyaan sendiri dan terus

keluar.Seelok-eloknya singgah di masjid berhampiran dengan rumah untuk solat sunat 2


rakaat sebelum tiba di rumah.

RUJUKAN
Dr Adnan Mohamed Yusoff, Noor Lizza Mohamed Said, Nidzamuddin Zakaria, Siti Fairuza
Haji Asmungi, Mohd. Zamro Muda dan Muhamad Zaini Yahya (2013).HBIS3203 FIQH
II.Selangor : Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Hamil @ Amir Abdul Hameed, Apendi Sahi, Mohammad Zaini Yahya dan Zulhazmi Omar.
(2005). Pendidikan Islam SPM. Selangor: SASBADI Sdn.Bhd.

Bahagian Bimbingan Jabatan Haji Lembaga Tabung Haji.(2012). Panduan Perjalanan Jemaah
Haji.Selangor : Percetakan Warni Sdn.Bhd.

Bahagian Bimbingan Jabatan Haji Lembaga Tabung Haji. (2013). Senarai Semak Ibadat
Haji. Selangor : Percetakan Warni Sdn.Bhd.

You might also like