You are on page 1of 32

2.

Bahagian 1 sejarah ibadat haji


2.1 Sejarah pembinaan kaabah
Kabbah dibina oleh nabi Ibrahim as dan anaknya nabi Ismail as.Kaabah juga binaan pertama sebagai
tempat ibadat di dunia.Kaabah berfungsi sebagai tandan keagunan dan kekuasaan allah .
2.2 Kedudukan kaabah sebagai qiblat umat islam
Kaabah menjadi kiblat umat islam selepas Baitul muqdis
2.3 Tarikh difardhukan haji dan umrah
Dr.Wahbah dan Dr Yusuf Qardawi berpendapat tarikh di fardhukan haji ialah pada tahun ke 9 Hijrah
.Alasannya ialah ayat kewajipan menunaikan haji diturunkan pada tahun ke9 Hijrah
2.4 Pengertian haji dan umrah

Haji

Bahasa: Mengunjungi tempat yang mulia

Istilah,syarak: Mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah untuk melakukan
Ibadah tertentu pada waktu tertentu dan berdasarkan
syarat-syarat tertentu
Umrah

Bahasa:Ziarah

Istilahsyarak:Mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah untuk melakukan ibadah
tertentu pada bila-bila masa

2.5 Hukum ibadat haji dan umrah
1. Fardhu ain * Ke atas umat islam

2. Wajib
* Sekali seumur hidup bagi orang yang
berkemampuan
* Jika bernazar

3.Sunat
* Di kerjakan berulang kali
* Bagi kanak-kanak yang belum baligh



2.6 Perbezaan haji dan umrah

Aspek Haji Umrah
Masa Di tunaikan pada bulan haji sahaja Boleh ditunaikan pada bila-bila masa
sahaja
Wukuf Ada wukuf di Arafah Tiada wukuf di Arafah
Tahallul Ada 2 tahallul Ada 1 tahallul sahaja

2.7 Keistimewaan dan kesan ibadat haji dan umrah
Individu Umat islam Ekonomi
* Melatih diri berdisiplin
* Meningkatkan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah.
* Melatih diri bersifat sabar
,tabah menghadapi ujian
* Berbincang menylesaikan
masalah umat islam
* Persamman taraf tanpa
mengira darjat ,keturunan
melalui pakaian ihram yang
sama
* Melahirkan persamaan dan
penyatuan yang melambangkan
kekuatan
* Berpeluang mempromosikan
barang-barang dagangan dan
berniaga
* Berbincang untuk
meningkatkan taraf ekonomi
,politik dan lain-lain













3.Bahagian 2 Manasik haji
3.1 Syarat wajib haji dan umrah

1. Islam

Tidak wajib keatas orang kafir atau murtad.Jika dikerjakan tidak sah
2. Baligh Tidak wajib ke atas kanak-kanak .Sah dikerjakan tapi tidak terlepas
tanggunjawab.
3. Berakal Tidak wajib ke atas orang gila .Tidak sah jika dilakukan
4. Merdeka Tidak wajib ke atas hamba. Sah jika dilakukan
5.Berkemampuan
()
a) Berkemampuan dengan diri sendiri
b) Berkemampuan dengan bantuan orang lain

Syarat berkemampuan dengan dengan diri sendiri
1.Syarat berkemampuan untuk lelaki dan perempuan
Ada tambang pergi dan balik
Sihat tubuh badan
Ada perbelanjaan untuk diri dan orang yang di bawah tanggungan
Berkesempatan untuk menunaikan haji
Ada kenderaan pergi dan balik
Aman dalam perjalanaan pergi dan balik
2.Syarat tambahan untuk perempuan
Mendapat keizinan suami atau wali
Ditemani oleh suami atau muhrim atau sekurang-kurangnya 2 orang perampuan yang depercayai




3.2 Rukun haji dan umrah
Perkara asasi yang mesti dikerjakan oleh jemmah haji ,jika ditinggalkan haji dan umrah tidak sah
RUKUN HAJI RUKUN UMRAH
1. Niat ihram haji 1. Niat irham umrah
2. Wukuf di Padang Arafah 2.Tiada wukuf
3. Tawaf di Baitullah 3. Tawaf di Bitullah
4. Saei antara Safa dan Marwah 4. Saei antara Safa dan Marwah
5. Bercukur atau bergunting 5. Bercukur atau Bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun 6. Tertib pada kebanykan rukun

3.2.1 Niat irham haji dan umrah
RUKUN 1 .NIAT IHRAM HAJI DAN UMRAH
PERKARA SUNAT SEBELUM NIAT IHRAM
*Mengerat kuku,menanggalkan bulu atau rambut di badan
*Mandi sunat ihram,memakai pakaian ihram warna putih ,solat sunat ihram
*Memakai minyak rambut dan bau-bauan
NIAT IHRAM LAFAZ NIAT IHRAM HAJI DAN UMRAH
1. Niat ihram haji sahaja (sahaja aku menunaikan haji dan berihram
dengannya kerana Allah)
2. Niat ihram umrah
sahaja
(sahaja aku menunaikan umrah dan berihram
dengannya kerana Allah)
3. Niat ihram haji dan
umrah
(sahaja aku menunaikan haji dan
umrah dan berihram dengan keduanya kerana Allah)




TUJUAN BERIHRAM
*Supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat kerana Allah
*Supaya umat islam lebih bersedia untuk melakukan ibadat
*Untuk mendisiplinkan diri dalam melakukan ibadat

3.2.2 Wuquf
RUKUN 2 .WUQUF DI ARAFAH
MAKSUD WUQUF
Berada di padang Arafah walaupun sekejap bermula daripada gelincir matahari pada 9 Zulhijah
hingga terbit fajar ke 10 Zulhijah
Afdhal :Berada di Arafah sebahagian hari ke 9 hingga sebahagian malam 10 Zulhijah
PERKARA SUNAT KETIKA WUQUF
1.Suci daripada hadas dan najis
2. Sentiasa menghadap qiblat
3. Memperbanyakkan membaca al-quran ,bertalbiah beristighfar dan bertakbir
4. Memperbanyakan solat sunat
5. Berdoa terutamanya ketika matahari hampir terbenam

HIKMAH WUQUF
*Mengenang kembali pertemuan nabi Adam dan isterinya Hawa selepas dikerluarkan daripada
syurga
*Mengingatkan kita kepada perhimpunan manusia di padang mahsyar
*Melahirkan perasaan sama rata dan memohon keampunan dari Allah




3.2.3 TAWAF
RUKUN 3. TAWAF
MAKSUD TAWAF
Mengellingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu dan bertujuan beribadat kepada Allah
Masa Tawaf:Bila-bila Masa selepas wuquf sama ada sebelum atau selepas bercukur.
JENIS TAWAF SYARAT TAWAF SUNAT TAWAF
Tawaf ifadhoh (rukun) =bagi
haji dan umrah Hukum wajib
Tawaf qudum =selamat
datang Hukum sunat
Tawaf sunat =dilakukan bila-
bila masa sahaja Hukum sunat
Tawaf wida=selamat tinggal
Hukum wajib
Suci daripada hadas kecil dan
besar
Menutup aurat
Mula dan berakhir di sudut
hajarul aswad
Niat tawaf jika selain daripada
tawaf rukun
Menjadikan kaabah di sebelah
kiri semasa tawaf
Berjalan dengan tujuan tawaf
Tawaf 7 pusingan
Tawaf dalam masjid di luar
kaabah
Berjalan kaki bagi yang
termampu
Istilam-Menyentuh hajarul
aswad dan mengucupnya atau
isyarat dengan tangan
Berzikir dan berdoa
Tawaf dengan khusyuk
Solat sunat tawaf belakang
maqam Nabi Ibrahim atau
setentang dengan hajarul
aswad
Beriztiba-Menjadikan tengah
selindang kanan di bawah
ketiak kanan.Bahu kanan
terbuka

HIKMAH TAWAF
*Menimbulkan rasa hormat kepada Baitullah tempat paling mulia di muka bumi
*Menjadi lambang kesatuan umat islam kerana tawaf satu arah yang sama
*Menyamai perbuatan malaikat yang mengelilingi arasy Allah sambil bertasbih memuji Allah



3.2.4 SAIE
RUKUN 4 SAIE
MAKSUD SAIE
Berjalan berulang alik dari safa ke marwah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu
SYARAT SAIE SUNAT SAIE
1.Selepas tawaf ifadoh atau qudum
2. Bermula di sofa berakhir di marwah
3. Saie cukup 7 kali
4. Sampai ke penghujung tempat saie di safa dan
marwah
5. Berjalan dengan tujuan saie
1. Keluar ke tempat saie melalui pintu safa
2. Berjalan kaki bagi yang mampu
3. Menaiki bukit safa dan marwah sampai ke
kawasan berbatu
4. Menqadap kiblat ,melambai kedua-dua tangan
dan bertakbir
5. Berlari anak bagi lelaki di tempat lampu hijau
6. Berwuduk dan berdoa
7. Muwalat (berturut-turut)

HIKMAH SAIE
Mengingatkan kisah Hajar bersama anaknya Nabi Ismail
Memupuk sifat sabar ,gigih dan tidak berputus asa
Memupuk semangat sanggup berkorban kerana Allah
Melahirkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya






3.2.5 BERCUKUR ATAU BERGUNTING
RUKUN 5 BERCUKUR ATAU BERGUNTING
MAKSUD BERCUKUR ATAU BERGUNTING
Bercukur atau mengunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut setelah sampurna malakukan tawaf dan
saie
Masa:selepas melontar jamrah aqoabah 10 zulhijah atau selepas tawaf ifadhoh
(selepas bercukur jemaah haji boleh bertahallul iaitu bebas daripada pantang larang dalam ihram)
TAHALLUL AWAL (1) TAHALLUL THANI (2)
Selepas melakukan 2 daripada 3 perkara:
1. Melontar jamrah aqoabah
2. Tawaf rukun dan saie jika belum
3. Bercukur atau bergunting
Selepas melakukan ke tiga-tiga perkara
1. Melontar jamrah aqoabah
2. Tawaf rukun dan saie jika belum
3. Bercukur atau bergunting
Selepas tahallul awal jemaah haji boleh
melakukan semua perkara yang dilarang kecuali:
1. Berkhawin,mengahwinkan dan menerima
wakil
2. Melakukan permulaan jima
3. Bersetubuh (jima)
Selepas tahallul tahni (2)
Jemaah haji boleh melakukan semua perkara yang
dilarang dalam ihram

SUNAT BERCUKUR HIKMAH BERCUKUR
1.Membotakkan kepala bagi lelaki .Perempuan
memandai menggunting rambut sahaja
2.Melakukan mata cukur bagi orang yang tiada
rambut
3.Mula cukur di bahagian kanan
4.Menghadap kiblat
5.Melakukannya selepas melontar jamrah aqabah
dan sebelum tawaf ifadhoh
1.Menghapuskan sifat tercela yang ada pada diri
seseorang
2.Menjadi symbol penyucian dosa zahir dan batin


3.3 WAJIB HAJI DAN UMRAH
Rukun haji mesti dikerjakan secara tertib seperti mendahulukan ihram daripada rukun-rukun lain

*PERKARA WAJIB HAJI DAN UMRAH
WAJIB HAJI WAJUB UMRAH
1. Niat ihram haji di miqat
2. Bermalam di Muzdalifah
3. Melontar di jamrah aqabah
4. Bermalam di mina
5. Melontar ke tiga-tiga jamrah di mina
6.Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam
ihram
1.Niat ihram umrah di miqat
2. Meniggalkan perkara-perkara larangan dalam
ihram



WAJIB HAJI
Wajib haji ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji .Jika tidak dikerjakan
salah satu daripadanya, haji tersebut tetap sah, tetapi dikenakan dam.Dosa jika
meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.


















3.3.1 WAJIB HAJI 1 (NIAT DI MIQAT)
Berniat dimiqat bermaksud berniat ihram untuk mengerjakan haji.Niat tersebut hendaklah
dilakukan di miqat.


Bahagian miqat: 1. Zamani 2. Makani

BAHAGIAN HAJI UMRAH
MIQAT ZAMANI
(MASA)
1 Syawal hingga 10 Zulhijjah Pada bila-bila masa




MIQAT MAKANI
(TEMPAT)


1.Penduduk Mekah-Kediaman di
Mekah



1.Penduduk Mekah
Tanim
Jakranah
Hudaibiyah(syumaisi)

2.Jemaah luar tanah haram
Najd,Malaysia = Qarnul manazail
Syam = Juhfah
Iraq = Zatul Iraq
Yaman,India =Yalamlam
Madinah =Zul hulaifah
2.Jemaah luar tanah haram
Najd,Malaysia =Qarnul manazail
Syam =Juhfah
Iraq =Zatul Iraq
Yaman,India =Yalamlam
Madinah = Zul hulaifah


HIKMAH PENETAPAN MIQAT
Penetapan miqat makani untuk menjaga kemuliaan baitullah
Penetapan miqat zamani untuk mendisiplinkan umat islam dan membuat perancangan dalam
semua tindakan
Penetapan miqat makani untuk memberi kemudahan kepada jemaah haji dari pelbagai arah



3.3.2 PERKARA WAJIB HAJI 2 (BERMALAM DI MUZDALIFAH)

Maksud bermalam di Muzdalifah ialah
=Berada di Muzdalifah selepas separuh malam 10 zulhijjah seketika sebelum terbit fajar (sebelum
waktu subuh) hari tersebut .Sebaik-baiknya berada sepanjang malam dalam tempoh
tersebut.Namun memandai walau berada seketika sahaja.

* PERKARA SUNAT KETIKA BERMALAM DI MUZDALIFAH
1.Berjalan ke Muzdalifah dengan keadaan yang tenang tidak tergesa-gesa
2.Memungut anak batu untuk melontar Jamrah di Mina
3.Solat maghrib dan isyak jamak takhir
4.Membanyakaan doa terutamanya ketika di Masyaril haram

JEMAAH HAJI YANG DEKECUALIKAN DARIPADA MABIT DI MUZDALIFAH TANPA
DEKENAKAN DAM DAN TIDAK BERDOSA

Meninggalkan mabit di Muzdalifah tanpa uzur syarii adalah berdosa dan dikenakan dam (Tertib
dan taqdir)
Antara golongan yang dikecualikan daripada mabit di Muzdalifah tanpa dikenakan dam dan tidak
berdosa ialah

*Seseorang yang takut dirinya mendapat bahaya sama ada nyawa ,anggota tubuh badan
,maruah atau hartahya walaupun sedikit
*Seseorang yang menjaga atau menemani orang yang sakit
*Seseorang yang mencari orang yang sesat atau hilang
*seseorang yang sibuk melaksanakan wuquf di Arafah sehingga masuk waktu subuh kerana
lewat tiba
*Seseorang yang menunggu bas di Arafah hingga larut malam atau subuh dan bas yang ditunggu
tiba-tiba.
*Bas yang membawa jemaah haji terhalang daripada memasuki muzdalifah
*Jemaah haji yang dibawa oleh bas terus ke mina atau mekah tanpa mabit di muzdalifah atas
sebab yang tidak dapat dielakkan






3.3.3 PERKARA WAJIB HAJI KE 3 (MELONTAR JAMRAH AQABAH DI MINA)


Menurut sunnah melontar 7 biji anak batu di Jamrah Kubra merupakan amalan yang pertama
delakukan oleh jemaah haji pada 10 Zulhijjah di Mina .Ia merupakan tahiyyat (penghormatan)
bagi Mina

Masa untuk melontar di jamrah kubra bermula selepas separuh malam 10 Zulhijjah dan
berakhir apabila terbenan matahari (masuk waktu maghrib )pada 13 Zulhijjah

Waktu afdal untuk melontar pada 10 Zulhijjah ialah apabila masuk waktu Duha hingga gelincir
matahari (masuk waktu zohor) pada hari tersebut

TEMPAT UNTUK MENGUTIP ANAK BATU BAGI LONTARAN DI JAMRAH KUBRA
*Tempat yang afdal ialah Muzdalifah ketika mabit (bermalam) di sana
* Tempat yang diharuskan ialah mana-mana tempat sekitar Mina dan Makkah
*Adalah makruh:

a)mengutip batu di tampat bernajis
b)menggunakan anak batu yang telah dilontarkan oleh dirinya sendiri atau ataupun orang lain.
c)menggunakan anak batu yang dipecahkan daripada batu yang besar
d)mengutip batu dari tanah halal

SYARAT MELONTAR JAMRAH KUBRA
*Melontar selepas masuk waktu (selepas separuh malam 10 Zulhijjah)
*Lontaran anak batu tersebut hendaklah ditunjukan ke arah takungan jamrah
*Hendaklah dilakukan dengan gaya melontar
*Anak batu yang dilontar hendaklah masuk ke dalam takungan jamrah dengan yakin
*Hendaklah melonntar dengan anak batu atau jenisnya
*Melontar dengan tangan
*Melontar anak batu satu persatu
* Tidak boleh melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar untuk diri sendiri

AMALAN SUNAT MELONTAR JAMRAH KUBRA
*Bertakbir setiap kali melontar
*Melontar dengan tangan kanan
*Anak batu yang dilontar hanya sebesar kacang kuda
*Melontar dalam keadaan kiblat di sebelah kirinya dan arafah di sebelah kananya dengan
menghadap takungan jamrah
* Melontar secara muwalat

3.3.4 PERKARA WAJIB HAJI KE 4 (BERMALAM DI MINA)


Maksud bermalam di Mina ialah berada di mina lebih daripada separuh malam pada malam-
malam hari Tasyrik (11,12,13,Zulhijjah)

TEMPOH MABIT DI MINA
*Pendapat muktamad:Lebih daripada separuh malam
*Pendapat kedua:Memandai berada di Mina seketika sebelum dan selepas terbit fajar (masuk
waktu subuh)

Keluar dari mina pada 12 Zulhijjah dinamakan Nafar Awal
Keluar dari mina pada 13 Zulhijjah dinamakan Nafar Thani


SYARAT NAFAR AWAL SYARAT NAFAR THANI

1.Selesai melontar di ke 3 jamrah pada 11 dan
12 Zulhijjah
2.Telah bermalam di mina pada 11 dan 12
Zulhijjah
3.Meninggalkan mina selepas gelincir dan
sebelum terbenam matahari 12 Zulhijjah
4.Berazam tidak akan kembali ke mina


1.Selesai melontar di ke 3 jamrah pada
11,12,13,Zulhijjah
2.Telah bermalam di mina pada
11,12,13,Zulhijjah
3.Meninggalkan mina pada 13 zulhijjah



AMALAN SUNAT KETIKA BERADA DI MINA
*Membaca al-quran
*Berzikir dan bertakbir pada hari raya dan tasyriq
*Berdoa
*Solat berjemaah
*Menghadiri ceramah agama
*Melakukan sembelihan korban dan dan membayar dam

ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA MABIT DI MINA TANPA DIKENAKAN DAM
*Seseorang yang takut dirinya mendapat bahaya sama ada nyawa ,anggota tubuh badan ,maruah
atau hartahya walaupun sedikit
*Seseorang yang menjaga atau menemani orang yang sakit
*Seseorang yang mencari orang yang sesat atau hilang
* seseorang yang tidak mendapat tempat untuk mabit kerana kawasan mina telah penuh sesak
dengan jemaah haji
*seorang yang sakit dan sukar baginya untuk mabit
*Petugas-petugas yang diarahkan menguruskan


















3.3.5 PERKARA WAJIB HAJI KE 5 (MELONTAR DI KETIGA-TIGA JAMRAH)

Melontar anak batu di tiga jamrah iaitu di jamrah sughra ,jamrah wusta dan jamrah kubra

WAKTU MELONTAR
1.Hari 11,12 Zulhijjah----mula gelincir matahari hingga terbit fajar esok hari
2.Hari 13 Zulhijjah -------mulai gelincir matahari hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
3.Jika tidak sempat melontar pada 11 dan 12 hendaklah melontar pada 13 Zulhijjah


Mina ialah tempat yang afdal untuk mengutip anak-anak batu bagi lontaran pada hari 11,12,13
Zulhijjah.Ia boleh dikutip di Makkah ataupun Muzdalifah.


SYARAT SAH MELONTAR
*Melontar 7 kali pada setiap jamrah
*Melontar tanpa tujuan lain
*Melontar dengan batu atau jenisnya
*Yakin batu yang dilontar jatuh ke dalam jamrah
*Melontar dengan tangan bagi yang mampu
*Tertib mula dengan jamrah Ula,kemudian jamrah Wusto dan akhir sekali jamrah Aqabah
*Tidak boleh melontar untuk orang lain kecuali selesai melontar untuk dirinya


PERKARA SUNAT MELONTAR
*Menghadap kiblat
*Bertakbir dan berdoa sebelum dan selepas setiap kali melontar
*Berada lebih 5 hasta dari jamrah
*Muwalat antara 7 lontaran
*Tertib antara ke tiga-tiga jamrah







3.4 HIKMAH LARANGAN SEMASA IHRAM
Maksud larangan dalam ihram
-Jemaah haji dilarang melakukan perkara tertentu sehingga bertahallul.Jika melakukan salah satu
daripada larangan tersebut wajib membayar dam

HIKMAH LARANGAN DALAM IHRAM
*Untuk membuang sifat sombong dan angkuh
*Melatih diri supaya bersifat sabar
*Menimbulkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan
*Supaya jemaah haji menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat yang dilakukan

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DALAM IHRAM HAJI DAN UMRAH


LALAKI DAN PEREMPUAN
1.Mengerat kuku 2.Memakai minyak rambut
3.Memakai bau-baun pada badan atau
pakaian
4.Memakai sarung tangan
5.Menanggal atau mencabut rambut atau
bulu di badan
6.Melakukan persetubuhan antara suami isteri
7.Memburu atau membunuh binatang
daratan yang halal di makan
8.Melakukan akad nikah untuk diri atau orang
lain
9.Melakuka pendahuluan persetubuhan
seperti bercium dan berpelukan
10.Memotong , menebang atau mencabut
pokok di tanaman
LELAKI PEREMPUAN
1.Menutup kepala atau sebahagian kepala
.Serperti mamakai serban atau songkok
1.Menutup muka atau sebahagian darinya
2,Memakai pakaian yang bersarung atau
berjahit


4.BAHAGIAN 3 PERLAKSANAAN HAJI
Ulamak sependapat cara mengerjakan haji dan umrah ada 3:
HAJI IFRAD Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan
Umarh dikerjakan diluar bulan bulan haji sama ada sebelum atau selepas
bulan-bulan haji
*Menurut mazhab syafei
=Haji ifrad paling afdal dengan syarat umrah dilakukan pada tahun yang sama
HAJI TAMATUK Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan
Menrjakan umrah dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan haji pada
tahun yang sama
*Haji tamatuk wajib dam
HAJI QIRAN Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan-bulan haji secara serentak:
CARA MENGERJAKAN HAJI QIRAN
1.Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan-bulan haji secara serentak
2.Niat mengerjakan umrah dahulu tetapi sebelum tawaf berniat mengerjakan haji
dan umrah secara serentak
*Haji qiran wajib dam










4.2 DAM
4.2.1 Maksud dam
Denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaukan haji atau umrah jika melakukan salah
satu perkara berikut :
--meninggalkan salah satu daripada wajib haji atau umrah
-melakukan salah satu atau lebih daripada perkara-perkara yang dilarang semasa ihram
-menunaikan haji secara tamattu atau qiran



4.2.2 JENIS-JENIS DAM

*Dam tertib taqdir
*Dam tertib takdil
*Dam takhyir taqdir
*Dam takhyir takdil













MAKSUD DAM TERTIB TAQDIR
1.Maksud dam tertib taqdir:
Maksud tertib :wajib dilakukan mengikut urutan
Maksud taqdir :kadar dam yang telah ditentukan oleh syarak
KESALAHAN BENTUK DAM TERTIB TAQDIR
1.Melakukan haji Tamatuk atau Qiran
2.Tidak wukuf di Arafah
3.Tidak melontar di Jamrah
4.Tidak bermalam di Muzdalifah
5.Tidak bermalam di Mina
6.Tidak melakukan tawaf widak tanpa uzur
7.Melanggar nazar semasa mengerjakan haji

1.Menyembelih seekor kambing atau kibas atau 1/7
unta atau lembu .
2.Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari ,3
hari semasa haji dan 7 hari di tempat sendiri
3.Jika tidak mampu hendaklah memberi makan
kepada orang miskin 10 cupak makanan asasi













2.MAKSUD DAM TERTIB TAKDIL
Maksud tertib :wajib dilakukan mengikut urutan
Maksud takdil :syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gentian berdasarkan nilai
Tersebut
KESALAHAN BENTUK DAM TERTIB TAKDIL





1.Persetubuhan sebelum tahalul awal atau sebelum
selesai ibadat umrah
1.Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat
korban
2.Jika tidak mampu hendaklah menyembelih
seekor lembu
3.Jika tidak mampu hendaklah menyembelih 7
ekor kambing
4.Jika tidak mampu hendaklah sedekah makanan
kepada fakir miskin di tanah haram sama nilai
dengan harga seekor unta
5.Jika tidak mampu hendaklah berpuasa sebanyak
bilangan cupak makanan yang sama nilai dengan
1 ekor unta


2.Tertahan atau dikepung dalam perjalanan oleh
musuh atau perkara-perkara lain yang menghalang
dari memasuki Mekah sedangkan dia sudah
berihram
1.menyembelih seekor kambing atau kibas
2.jika tidak mampu, bahagikan makanan kepada
fakir miskin yang sama nilainya dengan seekor
kambing
3.jika tidak mampu, berpuasa sebanyak bilangan
cupak menyamai nilai seekor kambing

BERTAHALUL ,BERCUKUR ATAU BERGUNTING SELEPAS MEMBAYAR DAM








3.MAKSUD DAM TAKHYAIR TAKDAIL
Maksud takhyair:boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan
Maksud takdail:syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gantian berdasarkan
nilai tersebut
KESALAHAN BENTUK DAM TAKHYIR TAKDIL
1. Memburu binatang buruan
2.Menebang ,mengerat atau mencabut pokok di
tanah haram kecuali pokok mati

Pilih dam berikut
1.menyembelih binatang yang sebanding
dangan binatang yang diburunya
2.memberi makanan kepada fakir miskin yang
sama nilainya dengan harga binatang
bandingan tersebut
3.berpuasa sebanyak bilangan cupak yang
menyamai nilainya binatang bandingan
tersebut












4.MAKSUD DAM TAKHYAIR TAQDIR
Maksud takhyair:boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan
Maksud taqdir:kadar dam yang telah ditentukan oleh syarak
KESALAHAN BENTUK DAM TAKHYIR TAQDIR
1. Menanggal atau mencabut 3 helai rambut atau
bulu daripada mana-mana anggota badan
walaupun secara tidak sengaja
2.Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram
3.Mengerat, menanggal atau membinasakan
kuku pada 3 batang jari
4.Memakai wangi-wangian
5.Memakai minyak rambut, janggut atau semua
bulu muka selain yang tumbuh dipipi dan dahi
6.melakukan perkara-perkara permulaan
persetubuhan
7.Melakukan prsetubuhan selepas selesai tahallul
pertama sebelum selesai tahallul kedua
8.Melakukan persetubuhan selepas
persetubuhan yang merosakkan haji

1.Menyembelih seekor kambing / kibas
2.Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin
sebanyak 2 cupak untuk setiap seorang
3.Berpuasa selama 3 hari









4.2.3 HIKMAH DAM
Melatih jemaah haji supaya berhati-hati semasa beribadat
Supaya jemaah haji bersungguh-sungguh dan menumpukan perhatian agar tidak melakukan
kesalahan dalam ibadat
Menimbulkan minat untuk berkorban dan membantu fakir miskin

4.3 MENZIARAHI MADINAH
Antara sunat haji yang utama kerana di dalamnya terdapat masjid Nabawi dan makam Rasulullah,
kaum keluarga dan para sahabat baginda
Antara tempat-tempat lain yang digalakkan supaya diziarahi oleh para jemaah haji di Madinah ialah:
1.Masjid quba - masjid pertama yang dibina di Madinah
2.Masjid qiblatain - masjid yang berlaku peristiwa peralihan kiblat dari baitul maqdis kepada baitullah
3. Al Baqi - makam para sahabat serta para shuhada badar dan uhud
4.Badar - tempat berlakunya peperangan pertama dalam islam. Terdapat makam sebahagian
daripada shuhada badar
5.Bukit Uhud - tempat berlakunya peperangan uhud. Terdapat makam sebahagian daripada
shuhada uhud

4.4 HAJI MABRUR DAN CIRI-CIRINYA
Maksud haji mabrur
= Haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima oleh Allah s.w.t. Balasanya syurga
Tanda mendapat haji mabrur
= setelah menunaikan haji,sikap seseorang berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.




Ciri-ciri haji mabrur
* Tidak melakukan perbuatan maksiat dan perkara-perkara tercela semasa melakukan haji
Melakukan haji dan umrah dengan penuh ikhlas tanpa sebarang perasaan riak dan sombong
Memastikan perbelanjaan yang digunakan untuk pengangkutan, makan, minum, pakaian dan
tempat tinggal hanya yang berasal daripada sumber yang halal
Mengerjakan segala amalan haji dan umrah dengan sempurna
Menjaga adab-adab semasa mengerjakan haji dan umrah
















5.BAHAGIAN 4.NIABAH HAJI
5.1 Maksud niabah haji
haji dikerjakan oleh orang lain sama ada semasa dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia
5.2 Hukum niabah dalam haji
Para ulamak Mazhab Syafie mengharuskan niabah haji dalam dalam 2 keadaan
_Orang yang tidak mampu mengerjakan haji kerana telalu tua atau sakit yang tiada harapan sembuh
_Orang yang mati sebelum sempat menunaikan haji sedangkan dia mampu
Para ulamak Mazhab Hanafi mengharuskan niabah haji
_Orang yang sudah mati
_Orang yang masih hidup jika tidak mampu melakukan sendiri
Pendapat muktamad dalam Mazhab Maliki niabah haji adalah
_Makruh untuk orang yang sudah mati
_Tidak sah untuk orang yang masih hidup
5.3 Dalil niabah haji

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keharusan niabah haji, antaranya:
Maksudnya:
Daripada Ibni Abas daripada Al-Fadhil bahawa seorang wanita dari Khasmaa berkata: wahai
Rasulullah, sesungguhnya bapaku sangat tua. Adakah difardhukan haji keatasnya, sedangkan dia
tidak berdaya untuk menunggu untanya? Sabda Nabi: kerjakanlah haji untuknya.
Dalam hadis lain, Rasulullah menganggap kefardhuan haji yang tidak ditunaikan semasa hidup
seperti hutang yang perlu dibayar oleh para warisnya:
Maksudnya:
Daripada Ibni Abas R.A bahawa seorang wanita dari Juhainah datang kepada Nabi S.A.W dan
berkata: sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, (tetapi dia tidak melakukannya)
sehinggalah dia meniggal dunia. Bolehkah aku menunaikan haji untuknya? Sabda baginda: ya,
lakukanlah haji untuknya, apa pandanganmu jika ibumu berhutang, adakah kamu melunasinya?
Tunaikanlah (hutang) Allah, (hutang) Allah lebih utama untuk ditunaikan
5.4 Hukum upah niabah haji
Para ulamak Mutaqadimum Mazhab Hanafi tidak mengharuskan amalan upah haji dan amalan
ibadat lain seperti azan,mengajar al-quran dan lain
Para ulamak Mutakhirun Mazhab Hanafi,ulamak ulamak lain termasuk Mazhab Syafei
mengharuskan upah niabah haji
5.5 Syarat niabah haji
-Wakil haji telah menunaikan haji untuk dirinya
-Wakil haji meniatkan haji untuk orang yang di wakilinya
-Wakil haji melakukan ibadat haji untuk seorang sahaja pada satu musim
-Wakil haji niat ihram haji di miqat orang yang dinabahkan hajinya
-Wakil haji mestilah cukup keahlian untuk melakukan ibadat haji dan umrah
-Wakil haji mendapat keizinan daripada orang yang dinabahkan hajinya jika dia masih hidup
-Jika wakil haji menunaikan haji secara upah, orang yang ditunaikan haji tersebut mestilah belum
menunaikan lagi kecuali jika dia mewasiatkannya atau para pewarisnya mengizinkannya
-Segala perbelanjaan niabah haji hendaklah mencukupi. Jika dia telah meninggal dunia, segala
perbelanjaan diambil daripada harata peninggalannya. Jika hartanya tidak mencukupi, para
pewarisnya disunatkan untuk melakukan haji tersebut.
5.6 Hikmah niabah dalam ibadat haji
Memberi peluang kepada seseorang itu untuk melaksanakan kewajipan ibadah haji walaupun dia
tidak dapat melakukannya sendiri
Memberi peluang terutamanya kepada para pewaris seseorang untuk berbakti kepadanya walaupun
setelah dia meninggal dunia






6.BAHAGIAN 5 PENGURUSAN HAJI DI MALAYSIA
6.1 Sejarah penubuhan lembaga tabung haji
1959, penerimaan yang mulia profesor diraja Ungku Aziz
November 1962, perbadanan wang simpanan bakal-bakal haji telah ditubuhkan hasil kertas kerja
YANG MULIA PROF.DIRAJA UNGKU AZIZ
30 September 1963, mula beroperasi
1969, hasil gabungan badan ini dengan pejabat urusan hal ehwal haji di Pulau Pinang, lahirlah
Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH)
1997, namanya ditukarkan kepada Lembaga Tabung Haji (LTH)
6.2 Peranan tabung haji
1.Menyediakan perkhidmatan tabungan seta menjana kewangan secara halal
2.Memberi kursus dan latihan kepada bakal-bakal haji
3.Menguruskan dan memberi perkhidmatan kepada jemaah haji semasa menunaikan haji
Menguruskan dan memberi perkhidmatan kepada jemaah haji
*Membekalkan peralatan asas pelaksanaan haji
*Menyediakan pasport dan visa haji
*Menyediakan pengangkutan
*Melaksanakan dam dan korban
*Menyediakan khidmat pakar rujuk dalam bidang haji dan umrah
*Menjaga keselamatan para jemaah haji
*Menyedikan penginapan dan makan minum semasa berada di Tanah suci
*Membuat pengurusan dengan pihak kerajaan Arab Saudi
*Menyediakan khidmat kesihatan
*Mengurus dan mendaftar kelahiran serta kematian




6.3 Kelebihan menunaikan haji melalui Lembaga Tabung Haji
Dapat melaksanakan haji menerusi pelan kewangan yang lebih terancang
Memperolehi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti
Memperolehi layanan yang lebih mesra dan selesa
Mendapat bimbingan daripada pakar rujuk serta kaunselor yang berpengalaman.





















6.4 Badan-badan lain yang terlibat dalam pengurusan jemaah haji
BADAN YANG TERLIBAT PERANAN
1. Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri-negeri Mengadakan ceramah khas untuk bakal-bakal haji
Mengedarkan risalah-risalah haji kepada bakal-
bakal haji
2. Kementerian Kesihatan Malaysia Memeriksa kesihatan bakal-bakal haji
Menghantar pegawai dan petugas perubatan ke
tanah suci
Menyediakan hospital dan klinik yang khusus
untuk para jemaah haji di tanah suci
Menyediakan ubat-ubatan kepada jemaah haji
Member ceramah khas berkaitan dengan
penjagaan kesihatan di tanah suci
3. Kementerian Penerangan dan Stesen
Televisyen serta Radio awam dan
swasta
Mengadakan program-program di televisyen dan
radio yang berkaitan dengan pelaksanaan haji
4. Kementerian Pengangkutan, Jabatan
Penerbangan Awam dan Swasta serta
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
Menyelenggara perlepasan dan ketibaan jemaah
haji
Menyediakan perkhidmatan penerbangan pergi
dan balik
5. Badan-badan swasta yang terdiri
daripada pakej dan konsortium haji yang
diiktiraf olehTabung Haji
Mengurus segala urusan yang berkaitan dengan
jemaah haji
Memberi kerjasama dalam menyelesaikan segala
masalah yang dihadapi oleh jemaah haji
6. Kedutaan Malaysia di Arab Saudi o Mengeluarkan visa perjalanan kepada jemaah haji
7. Kedutaan Arab Saudi di Malaysia o Memberi kemudahan tempat penginapan kepada
jemaah haji
8. Kementerian Pendidikan Malaysia o Memberi pendedahan awal kepada umat Islam
tentang pelaksanaan haji dan umrah

6.5 Pengurusan haji yang baik meningkatkan kemampuan menunaikan jemaah haji
1.Menyediakan peluang kepada bakal haji untuk menyimpan wang secara beransur-ansur dan
sistematik
2.Member peluang kepada para penyimpan untuk menjana wang mereka secara halal
3.Menyediakan perkhidmatan pengurusan haji secara berpatutan tanpa mementingkan keuntungan
semata-mata
6.6 Sumbangan lembaga tabung haji kepada perkembangan ekonomi umat islam
-Meningkatkan budaya menabung di kalangan umat islam
-Melaburkan wang umat islam dalam bidang yang memberi pulangan yang lumayan
-Memberi peluang perkerjaan kepada umat islam
















PENGHARGAAN
ALHAMDULILLAH
Akhirnya, setelah sebulan bertungkus lumus bersama rakan-rakan dapat juga saya
siapkan folio haji ini yang ditugaskan kepada saya oleh guru Pendidikan Syariah
Islamiah Tingkatan 4, Ustazah Kamariah.
Ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran ini kerana telah membantu saya
dalam menyiapkan folio ini selama sebulan dengan memberi penerangan berkaitan
folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya Mahadi bin
Mat Isa dan ibu saya Fauzisham Binti Noor yang telah menyumbangkan bantuan
dari segi kewangan kepada saya bagi menyiapkan folio ini.
Akhir sekali ,ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang terlibat dalam
menyumbang idea dan tunjuk ajar kepada saya sehingga saya berjaya menyiapkan
folio ini.

You might also like