You are on page 1of 4

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara

beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.

Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali
darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum.
Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah
fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat
muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat
berjamaah, dikenali sebagai masbuq.

Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari
raya, solat Solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib
dikerjakan secara berjemaah.

Syarat-syarat sah solat berjemaah:

1. Berniat mengikut/menjadi imam.


2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum
perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit.
Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur,
Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.

Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki),
makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam
perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.

Antara syarat untuk menjadi imam:

 Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.


 Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
 Imam itu sudah mumaiyiz.
Solat qasar

Solat qasar merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara
memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak)
menjadi dua rakaat sahaja.

Solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir
sahaja. solat maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan
sempurna seperti biasa.

Syarat-syarat solat qasar dan jamak.


1. Tujuan ia musafir bukannya untuk tujuan maksiat.
2. Perjalanannya hendaklah melebihi dua marhalah.

3. Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan
dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada bagi solat yang
ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat
yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam
musafir.

4. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.

5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).

6. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak
tentu, maka tidak boleh qasar.

7. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.

8. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar

Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar


Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan
qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam
bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam
waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan
dalam waktu asar.
2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak
taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan
qasar pada waktu terakhir.
4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat
sehingga selesai memberi salam.
5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang
kedua iaitu asar.
6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak
takhir.
7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga
selesai.
8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara
solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat
maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja
tanpa menyebut qasarnya.

Pengertian solat jemaah


Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada
solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka
semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya,
seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat
terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu


Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada
pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu
kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai
pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang
dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-
orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan
solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah


Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi
s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith
riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang
dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah
dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang
alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

You might also like