You are on page 1of 2

SUSUNAN SOLAT-SOLAT SUNAT

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi - 5 pagi


(sebelum masuknya waktu subuh). Pilihlah mana-mana yang dihajati.
1 - Solat sunat wudhu'. 5 - Solat sunat hajat.
2 - Solat sunat tahajud. 6 - Solat sunat istikharah.
3 - Solat sunat taubat. 7 - Solat sunat witir
4 - Solat sunat tasbih

Sebelum Waktu Subuh


1 - Solat sunat fajar.

Selepas Azan Subuh


1 - Solat sunat subuh.
2 - Solat fardhu subuh (bacaan terbaik ialah Surah Waqiah).

7.00 pagi - 7.30 pagi


1 - Solat sunat isyrak.

7.30pagi - 12.30tghr
1 - Solat sunat dhuha.

Apabila Gelincir Matahari


1 - Solat sunat zohor.
2 - Solat fardhu zohor.
3 - Solat sunat selepas zohor.

Selepas Azan Asar


1 - Solat sunat asar.
2 - Solat fardhu asar.

Selepas Azan Maghrib


1 - Solat sunat Maghrib. 4 - Solat sunat awwabin.
2 - Solat fardhu maghrib. 5 - Solat sunat taubat.
3 - Solat sunat selepas maghrib.

Selepas Azan Isya'


1 - Solat sunat isya'. 3 - Solat sunat selepas isya'.
2 - Solat fardhu isya'. 4 - Sola sunat witir

Hari Jumaat
1 - Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid).
2 - Solat sunat wudhu'.
3 - Solat sunat taubat.
Internal
Cara Solat Jenazah Lelaki & Perempuan
- TIADA rukuk dan sujud. Ia dilakukan secara berdiri sahaja dari awal sehingga akhir.
Cara mengerjakan Solat Jenazah adalah seperti berikut:
1..Berdiri tegak dan berniat untuk solat jenazah
Berdiri dengan tegak dan selesa. Mata memandang ke arah tempat sujud.
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati serentak.
Jika anda sukar niat serentak dengan takbir, anda boleh niat dahulu sejurus sebelum takbiratul
ihram1Niat boleh diucapkan dalam Arab mahupun Bahasa Melayu.
2. Membaca al-Fatihah.
Selepas selesai mengangkat takbiratul ihram, letakkan tangan di atas perut. Kemudian bacalah surah al-
Fatihah.
3. Angkat Takbir Kedua & Selawat
Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka angkat takbir kedua.
Selepas takbir kedua, letakkan tangan kembali di atas perut.
Kemudian baca selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya:

Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad


4. Angkat Takbir Ketiga & Baca Doa Minta Ampun Untuk Jenazah
Selesai takbir ketiga, bacalah doa minta ampun untuk jenazah sekurang-kurangnya:
Doa Jenazah Lelaki

Allahumagfirlahu Warhamhu Wa ‘Aafihi Wagfu ‘Anhu


Maksudnya:
Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya
Doa Jenazah Perempuan
*Sekiranya jenazah perempuan tukarkan “hu” kepada “ha”

Allahumagfirlaha Warhamha Wa ‘Aafiha Wagfu ‘Anha


Maksudnya:
Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya
5. Angkat Takbir Keempat & Membaca Doa
Selesai takbir keempat, disunatkan membaca doa berikut:
*Tulisan hijau dalam kurungan adalah untuk jenazah perempuan

Allahumma Laa Tahrimnaa Ajrohu (AjRaHaa) WaLaa TafTinNaa Ba’Dahu (Ba’DaHaa)


Maksudnya:
Ya Allah janganlah Engkau mencegah kami mendapat pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan
kepada kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati.
6.Memberi Salam
Selesai membaca doa di atas, akhiri sembahyang jenazah dengan memberi salam.
Internal

You might also like