You are on page 1of 6

CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD Di segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur.

Di segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam. Dalil solat sunat tahajjud

Firman Allah taala dalam surah al-Isra':79 Sabda rasulullah

sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam. (riwayat Muslim) WAKTU MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD

Dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar, tetapi waktu afdal ialah 1/3 malam yang terakhir.

CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD 1. Niat Lafaz niat ialah Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala. 2. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah. 3. Pada rakaat Pertama Baca: Al-fatihah & Al-Kafirun atau mana-mana surah. 4. Pada rakaat kedua baca: Al-Fatihah dan Al-ikhlas atau mana-mana surah 5. Membaca doa tahajjud selepas salam

Doa selepas solat sunat tahajud

HIKMAH / KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD Mendapat pengawasan dan peliharaan Allah Mudah melalui hisab dan titian sirat

Menerima buku catatan dengan tangan kanan Allah mudahkan urusan hidup Berwajah berseri-seri ketika di padang mahsyar Doa dimakbulkan

- See more at: http://adibsite.blogspot.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunattahajjud.html#sthash.A2WW4mGF.dpuf

Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali. KAIFIAT MELAKSANAKANNYA Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam. Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam. CARA MENGERJAKANNYA Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini : 1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua. 2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut. Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat. 3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4. Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar) NIAT

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala. TASBIH YANG DIBACA Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL TASBIH 1. 4 Rakaat 2 Salam WAKTU Slps Iftitah sebelum Fatihah Sesudah surah Rakaat 1 Rukuk I'tidal Sujud Duduk antara dua sujud Sujud kedua Selepas surah Rakaat 2 Rukuk I'tidal Sujud Duduk antara dua sujud Sujud kedua Sebelum Tahiyyat JUMLAH 2. 4 Rakaat 1 Salam WAKTU Slps Iftitah sebelum Fatihah Sesudah surah Rakaat 1 Rukuk I'tidal Sujud Duduk antara dua sujud JUMLAH TASBIH 15 10 10 10 10 10 JUMLAH TASBIH 15 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 15 150 X 2 = 300

Sujud kedua Selepas surah Rakaat 2 Rukuk I'tidal Sujud Duduk antara dua sujud Sujud kedua Sebelum Tahiyyat Awal Selepas Tahiyyat Awal Sesudah Fatihah Rakaat 3 Rukuk I'tidal Sujud Duduk antara dua sujud Sujud kedua Selepas Fatihah Rakaat 4 Rukuk I'tidal Sujud Duduk antara dua sujud Sujud kedua Sebelum Tahiyyat Akhir JUMLAH DOA SOLAT TASBIH

10 10 10 10 10 10 10 15 15 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 15 300

.

. Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam

orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betulbetul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta

You might also like