You are on page 1of 10

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : TINGKATAN TIGA TINGKATAN MASA TAJUK FOKUS TIGA ( 3 ) 45 MINIT SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Pemikiran : Pelajar dapat memahami cara-cara menunaikan solat sunat Tahajjud Penghayatan : Pelajar sentiasa melakukan solat sunat Tahajjud Aras 1 Di akhir pelajaran pelajar dapat : 1. Menyatakan pengertian solat sunat Tahajjud 2. Menyatakan rukun solat sunat Tahajjud OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN 3. Menerangkan kaifiat solat sunat Tahajjud dari segi masa, bilangan rakaat, surah bacaan dan doa. Aras 2 Pelajar dapat : 1. Menyatakan tujuan solat sunat Tahajjud 2. Menyenaraikan hikmah solat sunat Tahajjud. Aras 3 Pelajar dapat : Membezakan solat sunat Tahajjud dengan solat sunat hajat.

ISI

1. 2. 3. 4. 5.

Pengertian solat sunat Tahajjud Rukun solat sunat Tahajjud Kaifiat solat sunat Tahajjud Hikmah solat sunat Tahajjud Perbezaan antara solat sunat Tahajjud dengan solat sunat Hajat

PENGETAHUAN SEDIAADA

1. Pelajar telah mengetahui berkenaan solat-solat sunat. 2. Pelajar mengetahui cara menunaikan solat sunat hajat pada sesi pembelajaran yang lalu. 3. Pelajar pernah melihat orang menunaikan solat sunat Tahajjud. Set Induksi 1. Guru menayangkan CD berkaitan dengan seorang lelaki yang bangun di tengah malam dan menunaikan solat dua rakaat. 2. Guru menyoal pelajar mengenai CD yang ditayangkan. Contoh : Apakah jenis solat yang ditunaikan selepas bangun dari tidur. 3. Guru bersoaljawab dengan pelajar berkenaan solat-solat yang biasa dilakukan pada waktu malam. 4. Guru menerangkan kepada pelajar berkenaan tajuk solat sunat Tahajjud. Langkah 1 : Untuk semua pelajar bagi memenuhi hasil pembelajaran aras 1 Aras 1 1. Guru menerangkan pengertian, rukun dan kaifiat solat sunat Tahajjud. 2. Guru bersoaljawab dengan pelajar mengenai perkara yang telah diterangkan. 3. Guru membuat perbincangan mengenai maksud ayat 79 Surah Al Isra bersama pelajar.

LANGKAH-LANGKAH P&P Nilai

Meletakkan Allah sebagai tempat memohon pertolongan. Aras II 1. Guru membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan untuk perbincangan dalam masa 10 minit.

Kumpulan 1 : Hikmah solat sunat Tahajjud dalam pembinaan disiplin diri. Kumpulan 2 : Hikmah solat sunat Tahajjud dalam membentuk akhlak seorang muslim. Kumpulan 3 : Hikmat solat sunat Tahajjud dalam membina jatidiri pelajar. 2. Guru meminta pelajar membuat persembahan / pembentangan di hadapan kelas. 3. Guru membuat rumusan hasil pembentangan pelajar. Nilai Berdisiplin dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Penilaian aras 2 : Secara lisan :

Aras 3 : Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar tentang perbezaan solat sunat Tahajjud dengan solat sunat hajat. Nilai Bermuhasabah diri dan berusaha menjadi individu yang berjaya hingga ke peringkat antarabangsa. Rumusan 1. Guru menggalakkan pelajar menunaikan solat Tahajjud setiap malam. 2. Guru menyedarkan pelajar supaya menjadikan Allah sebagai tempat memohon pertolongan. 3. Guru menasihatkan pelajar supaya berdisiplin dan tekun dalam melakukan pekerjaan. Pengayaan Pelebaran a. Simulasi berkumpulan cara melakukan solat sunat Tahajjud. b. Menghafaz doa solat sunat Tahajjud.

Pendalaman Kajian perpustakaan tentang kisah-kisah wali Allah yang mendapat kelebihan hasil dari menunaikan solat sunat Tahajjud.

LAMPIRAN 1 KAEDAH 1. 2. 3. 4. Penerangan guru Soal jawab CD / powerpoint Kad manila ABM 1. Gambar orang sedang bersolat dan berdoa 2. LCD 3. Kertas edaran 4. CD Al-Quran 5. Kad imbasan doa

LAMPIRAN II

Soalan Mengikut Aras Soalan aras 1 1. Apakah maksud solat sunat Tahajjud ( 2 markah ) 2. Nyatakan dua rukun solat sunat Tahajjud. ( 4 markah ) Solat aras 2 1. Terangkan tiga tujuan solat sunat Tahajjud. ( 6 markah ) 2. Senaraikan dua hikmah solat sunat Tahajjud. ( 4 markah ) Soalan aras 3 1. Senaraikan dua kelebihan solat sunat Tahajjud dalam membina peribadi dan akhlak mulia dalam diri individu. ( 4 markah )

LAMPIRAN III Lembaran Kerja

Lampiran 1 Tuliskan lafaz niat solat sunat Tahajjud dalam tulisan jawi

Lampiran 2

Lengkapkan petak kosong di bawah.

Kelebihan solat Tahajjud

Individu

Masyarakat

1.

1.

2.

2.

3.

3.

Lampiran 3

Jelaskan perbezaan di antara solat sunat hajat dengan solat sunat rawatib Solat Sunat Pengertian Masa ditunaikan Solat Tahajjud Solat Hajat

Bilangan rakaat

Lampiran 4

Tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim apabila hajat mereka diqabulkan oleh Allah s.w.t

Tindakan apabila hajat diqabulkan

Tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim apabila hajat mereka tidak diqabulkan oleh Allah s.w.t

Tindakan apabila hajat tidakdiqabulkan

You might also like