You are on page 1of 6

SOLAT JAMAK DAN QASAR| Cetak |

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar


Makna Jamak ialah dihimpunkan

Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-
"Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)


1. Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar
dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar
dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)


1. Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan
jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar
dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib
tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)


1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah


"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak
takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah


"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak
takdim kerana Allah Tallah".
Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)
1. Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir
"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah


"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak
takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah


"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir
kerana Allah Tallah".

Hendak lah kita perhatikan apakah niat kita sebelum memulakan satu perjalanan atau
bermusafir dan cara solat yang mana yang kita pilih ketika hendak bermusafir kerana itu lebih
memudahkan agar niat kita tidak berubah-ubah yang kemudian menyusahkan diri sendiri.

Adakah pilihan kita hendak solat qasar, solat jamak taqdim dan takhir atau solat
jamak taqdim dan takhir qasar.(Memahami niat itu lebih mudah untuk kita membezanya

Seseorang yang bermusafir atau dalam satu perjalanan diharuskan mengqasharkan solat.
Contoh memendekkan solat yg 4 rakaat kepada 2 rakaat tetapi solat magrib dan subuh hendak
dikerja seperti lazim dan tiada diringkaskan.
Sesuai dengan firman Allah,
"Sekiranya kamu melakukan perjalanan (bermusafir )dimuka bumi ini,maka tiada halangan
untuk kamu mengashar kan solat jika kamu takut akan ditakuti oleh 0rang-orang
kafir.Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh kamu yang jelas lagi nyata.(Surah An-Nisa
:4;101)

Menurut mahzab Asy-Syafi"i mengqasar solat bagi orang-orang yang bermusafir yang
memenuhi syarat amat digalakkan;
Dari Ibnu Umar R.A beliau berkata Rasulullah SAW pernah bersabda 'Sesungguhnya Allah
swt menyukai segala kelonggaran yang diberikan olehnya diterima dan
dilaksanakan,sebagaimana Allah memurkai segala kemaksiatan terhadapnya dilakukan oleh
kamu"(Hadis riwayat Ahmad)

Sahnya solat qasar bagi seseorang itu ialah;


1.Perjalanannya melebihi 85 kilometre.
2.Perjalanan bukan bertujuan maksiat
3.Solat yang boleh diqashar (diringkaskan)hanya solat yang 4 rakaat
4.Meniatkan solat itu dengan solat Qashar semasa melafazkan takbiratul ikram
5.Tidak berimam kepada orang yang bermukim(orang tempatan)

Tempuh sah sebagai musafir mengikut para ulama hanya 3 hari dan 2 malam
sahaja.Sekiranya lebih daripada itu maka tidak harus jika ia mengqasharkan solat kerana
dianggap telah bermukim.
Niat solat Qasar;
Usalli fardhaz zuhri rakataini qashran lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat qashar kerana Allah Ta'ala

Ushalli fardhal asri rakataini qashran lillahi taala


Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Usalli fardhal isyai rakataini qasran lillahi taala


Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Jumhur ulama membenarkan melakukan Solat Jama' Takdim dan Jama' Takhir kecuali
Mazhab Hanafi. Didalam Mazhab Hanafi dibolehkan Jama' hanya pada hari Arafah bagi
orang-orang yang ihram haji, iaitu menjama'kan solat Zohor dan Asar didalam waktu
Zohor. Hujah mereka ialah waktu Solat telah thabit secara mutawatir (didalam hadith
bertaraf mutawatir) maka tidak boleh digantikan dengan hadith ahad (Al-Fiqh Al-Islami,
2/349-350). Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah menyatakan bahawa adalah lebih baik
ditunaikan setiap solat pada waktunya, jika benar-benar tidak ada hajat untuk
melakukan jama'. Kerana menurut beliau, Nabi saw sentiasa melakukan solat Qasar
pada masa musafir apabila masuk waktu solat tersebut (Majmu' Fatawa, 24/19).

b. Diriwayatkan bahawa Nabi saw tidaklah berterusan melakukan jama' semasa musafir
akan tetapi berterusan melakukan qasar, maka menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily
disebabkan khilaf ulama' mengenainya, adalah afdal tidak melakukan Solat Jama' (Al-
Fikh Al-Islami, 2/350).

"Dibolehkan untuknya melakukan jama' tanpa qasar dan qasar tanpa jama', dan qasar
merupakan haknya, lebih afdal dari solat al-tamam (penuh, iaitu 4 rakaat)! " (Al-Lajnah
Al-Daa'imah , Fatno:584, 8/97).

solat Qasar boleh dilakukan tanpa menjama'kan solat, dilakukan oleh seseorang yang
bermusafir apabila masuk waktu solat tersebut (pada waktunya) keatas solat yang
mempunyai 4 rakaat. Tetapi kebiasaan melakukan Solat Jama' dan Qasar juga
merupakan sunnah Nabi saw bagi memberi kemudahan kepada umatnya. Ada
dikalangan ulama' yang lebih menyukai solat pada waktu yang ditetapkan, maka mereka
melakukan solat Qasar tanpa Jama apabila masuk waktu solat tersebut.

Antaranya pilihan ialah;

Istilah : Menghimpun dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu;

Menjamak dua solat fardhu tanpa diringkaskan(qashar)


Caranya ialah mengumpulkan solat fardhu zuhur dan Asar dan dikerja pada waktu zohor.
Dan maksud taqdim ialah mendahulukan iaitu mengerjakan solat Asar 4 rakaat yang belum
masuk waktu asar dan dikerjakan didalam waktu
zuhur secara jamak iaitu (dihimpunkan)
Begitu juga jika mengerjakan solat isyak yang belum masuk waktu dan dikerjakan didalam
waktu margrib pun dimaksudkan dengan jamak taqdim iaitu dihimpunkan.

Tetapi hendak lah dikerjakan dengan syarat-syaratnya;


SYARAT JAMAK TAQDIM;(solat jamak bermaksud dihimpun ,solat zuhur /asar dan
maghrib / Isya)

1,Hendak lah dikerja secara teratur,iaitu dengan mengerjakan solat Zuhur dahulu dan Asar
dikemudiankan,Jika margrib didahulu dan Isyak dikemudiankan.

2.Niatnya hendaklah solat itu diniatkan dengan niat Jamak Taqdim pada solat yang pertama
atau didahulukan iaitu solat Zuhur atau margrib(ini tidak berubah kerana niat Jamak Taqdim
mesti pada waktu zuhur dan margrib.

Lafaz niatnya ialah;





Usalli fardhaz zuhri arba'a rakaatin majmuan ilaihil asru adaan lillahi taala;
Ertinya;Sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat dihimpunkan Asar kepadanya tunai kerana
Allah Ta'ala.
Ingat niat lafaz jamak taqdim ialah diantaranya ( dihimpunkan)

Lafaz solat asar ;





Usalli fardhal asri arba'a rakaatin majmu-an ilazuhri jam'a' taqdim lillahi taala.
Ertinya'Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat dihimpunkan kepada zuhur kerana Allah Ta'ala

Niat Jamak Taqdim dalam waktu margrib;





Usalli fardhal margribi salasa rakaatin majmu-an ilahil isya'u adaan lillahi taala
Ertinya;Sahaja aku solat maghrib tiga rakaat dihimpunkan isyak kepadanya kerana Allah
Taala





Usalli fardhal isyaii arba 'a' rakaatin majmu an ilalmargribi jamak taqdim lillahi ta'ala

Ertinya:Sahaja aku solat fardhu isya 4 rakaat dihimpunkan kepada maghrib kerana Allah
Ta'ala

Cara-caranya;
Selepas selesai solat zuhur iaitu selepas salam maka hendak lah terus mendirikan solat Asar.
Hendak lah solat itu dikerjakan berturut-turut dengan tiada solat sunat diantaranya kecuali
memperbaharui wudhuk yg batal.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran seperti
terlupa atau pitam,maka terbatallah jamak,maka wajiplah ditundakan solat yang kedua
kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak.
Jika dipisahkan kedua-duaya untuk tempuh sekejap maka tidak terbatal jamak.

Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal
solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang
kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang
sahih.

Jamak takhir;(lebih afdhal mendahulukan solat asar /isyak tetapi tiada ditetapkan.Boleh juga
jika maghrib didahulukan atau zuhur didahulukan.

Cara melakukan solat JAMAK TAkHIR;


Selepas salam atau pun jika Isya sunat iqamah kemudian diikuti solat waktu zuhur/maghrib.

Contoh lafaz niat solat Jamak Takhir

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan zuhur kepadanya tunai kerana
Allah Ta'ala.(Didalam jamak takhir yang tunai ialah solat asar)

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat dihimpunkan kepada Asar kerana Allah
Ta'ala.

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Isya 4 rakaat dihimpunkan maghrib kepadanya tunai kerana
Allah Ta'ala.(Didalam solat jamak takhir yang tunai ialah solat Isyak)

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada Isya kerana Allah Ta'ala

Selain daripada solat qasar iaitu diringkaskan dan solat secara Jamak taqdim atau takhir yang dikerja tanpa diringkaskan atau
diqasarkan ,kita juga diberi pilihan iaitu solat qasar dan jamak.

Solat Qasar dan Jamak dihimpunkan dan diringkaskan

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Tahir, Cuma
ditambah Qasar sahaja iaitu Solat Zohor/Asar/Isya menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat

Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.







Ertinya;Sahaja aku solat fardhu zuhur 2 rakaat qasar dihimpunkan solat Asar tunai kerana Allah
Ta'ala.(Didalam solat jamak taqdim dan qasar yang tunai ialah solat zuhur)





Ertinya:Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar kerana Allah Ta'ala





Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya
tunai kerana Allah Taala.(Didalam solat jamak taqdim dan qasar yang lafaz niat tunai
ialah Maghrib)






Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Isya' 2 rakaat qasar kerana Allah Ta'ala.

@ Solat Zohor dan Asar Jamak Takhir Qasar.







Ertinya;Sahaja aku solat fardhu zuhur 2 rakaat qasar dihimpunkan kepada asar kerana Allah
Taala( Perhatian harus diberi pada tiap solat bahagian mana yang tunai di waktu kita
mengerjakannya,itu yang membezakan diantara dua solat yang dihimpunkan,didalam jamak
takhir waktu zuhur bukan tunai)

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat qasar tunai kerana Allah Ta'ala.(Didalam solat
jamak qasar takhir yang tunai ialah waktu asar,ingat ketika lafaz niat.)






Ertinya;Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya kerana
Allah Ta'ala.(Ketika lafaz niat solat maghrib tidak boleh disebut qasar sebab ia tidak
diringkaskan)



Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Isya' 2 rakaat qasar tunai kerana Allah Ta'ala. (Didalam solat
jamak takhir yang lafaz niat tunai ialah isyak)

Kesimpulannya;

Solat Qasar bermaksud diringkaskan yang solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat tanpa dijamak atau
dihimpunkan.

Solat Jamak Taqdim dan Takhir tidak diringkaskan,tetapi dihimpun kan kepada solat asar
atau maghrib kepada solat Isya
(Bermaksud ia harus dikerjakan 4 rakaat zuhur dan 4 rakaat asar dan maghrib 3 rakaat seperti
biasa dan Isya 4 rakaat seperti biasa)

Solat Jamak qasar taqdim atau takhir itu dihimpun dan diringkaskan .
(solat zuhur 2 rakaat dan asar 2 rakaat,sementara maghrib 3 rakaat tidak diringkaskan tetapi
isyak diringkas menjadi dua rakaat.)

You might also like