You are on page 1of 3

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan : 1.

Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya . 2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan . 3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya . 1. Selawat Syifa

Terjemahan: Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya

Khasiat: Medium doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca pada air atau ubat tradisional Khasiat Selawat Syifa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka : 1. Menyihatkan jasmani dan rohani. 2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat. 3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah. 4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan. 2. Selawat Tafrijiah.


Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam. Selawat Nariyah disebut juga selawat Tafrijiyyah yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali. Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai. -Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. -Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. -Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. 3. Selawat Munjiyat


Ya Allah limpahkanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dengan suatu selawat yang menyebabkan kami semua selamat dari ketakutan dan malapetaka dan yang menyebabkan Engkau tunaikan hajat kami, yang menyebabkan Engkau menyucikan hati kami dari segala kejahatan, yang menyebabkan engkau angkatkan kami ke darjat yang tinggi di sisiMu dan yang menyebabkan engkau menyampaikan semua cita-cita kami dalam bentuk kebaikan semasa hidup atau mati, di dunia dan di akhirat. Dibaca 40 kali, ,maka Allah SWT. menghilangkan segala kesusahan, memudahkan semua pekerjaan, mudah memperoleh rezeki, menerangkan hati, menaikkan pangkat, memperbaiki tingkah laku, membuka semua pintu kebaikan, mengindahkan ucapan, menjauhkan dari semua malapetaka, setiap orang (baik laki-laki maupun perempuan) yang melihatnya menjadi senang dan cinta. Tetapi harus dibaca setiap hari. 4. Selawat Fatih

.
"Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup/terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung". Penjelasan: Selawat ini berasal dari Sayyid Abu Al-Mukarim Syed Muhammad Syamsuddin bin Abi Hassan Al-Bakri r.a. Diantara kelebihannya ialah diampunkan dosa kecil, tenteram jiwa dan hati, dimurahkan rezeki, diselamatkan keluarga dan kesusahan seterusnya memudahkan jodoh

You might also like