You are on page 1of 7

KOLEJ UNITI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH 

SEMESTER II SESI 2020/2021

DIF 2023

FIQH IBADAH

TAJUK:

TUGASAN KUMPULAN (SOLATSUNAT JUMAAT)

PENSYARAH:

(PUAN SITI YUZANA)

BIL NAMA NOMBOR MATRIK

1. DANISH ILHAM BIN RUDY 21220547


2. NUR ARIF IRFAN BINTI NURHISSAM 21220617
3. MUHD SYAHIR BIN SA’ODI 21220661
4. MUHD ZAKRY BIN FADIL 21220645

TARIKH SERAHAN:

19 MAY 2022
Pengenalan:

Solat Jumaat (Bahasa Arab: ‫اَل ة ْٱل ُج ُم َعة‬-‫ص‬


َ , ) ialah solat fardu dua rakaat) yang dilakukan pada
hari Jumaat menggantikan solat Zohor, ia dilakukan secara berjemaah selepas
mendengar khutbah khas untuk sembahyang ini. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu
wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu

Dalam hadis nabawi suntingsunting sumber


Sabda Rasulullah SAW:[2]
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali
empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib jumaat): hamba sahaya yang dimiliki,
perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim)
1.Solat Jumaat:
-Dari Segi Bahasa: berasal daripada perkataan” ‫ ”الجمعة‬bermaksud perhimpunan (segala
kebaikan)
-Dari Segi istilah: Solat dua rakaat secara berjemaah pada hari Jumaat dalam waktu zohor
yang didahului oleh dua khutbah berserta dengan rukun dan syarat tertentu.Solat ini
menggantikan Zohor.
2.Hukum Menunaikan Solat Jumaat:
-Fardhu Ain bagi setiap lelaki muslim yang Mukallaf
3.Syarat Wajib Solat Jumaat :

1. Islam ,bukan Kafir 5. Lelaki ,bukan perempuan

2. Baligh, bukan kanak kanak 6. Sihat

3. Berakal,bukan gila 7. Mastautin ,bukan musafir.

4. Merdeka ,bukan hamba

4.Syarat Sah Solat Jumaat:


- Didirikan di masjid
- Bilangan Jemaah sekurang kurangnya 40 orang yang bermastautin termasuk imam.
- Didirikan dalam waktu Zohor.
- Hanya satu Solat Jumaat bagi satu tempat.
- Didirikan secara berjemaah.
- Didahului dengan dua khutbah.
5.Maksud Mastautin,Mukim dan Musafir bersertakan hokum menunaikan Solat Jumaat:

Mastautin ialah orang yang tinggal tetap Wajib Solat Jumaat


disesuatu tempat.

Musafir ialah orang yang sedang dalam Wajib Solat Jumaat jika memulakan
perjalanan dengan jarak melebihi dua perjalanan selepas waktu Subuh hari jumaat.
marhalah.Dua marhalah bersamaan 81
kilometer.

Mukim ialah orang yang menetap disatu Wajib Solat Jumaat jika mendengar azan
tempat lebih daripada tiga hari termasuk
perjalanan nya.
6.Khutbah Jumaat
- Maksud ialah ucapan yang disampai oleh Khatib sebelum Solat Jumaat yang mengandungi
nasihat,peringatan,dan pengajaran mengikut syarat tertentu.
-Hukumnya ialah wajib dan termasuk dalam syarat sah Jumaat.

7.Syarat Khutbah Jumaat:


Khatib:
-Khatib berdiri jika mampu dan duduk diantara dua khutbah.
-Khatib disampaika n sebelum Solat Jumaat.
-Rukun Khutbah disampaikan dalam Bahasa Arab.
-Khatib suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat.
Khutbah:
-Berturut - turut antara rukun khutbah ,khutbah pertama dengan khutbah kedua serta
khutbah kedua dengan solat.
-Rukun Khutbah didengar oleh 40 jemaah (mastautin) yang wajib Solat Jumaat.

8.Hikmah Solat Jumaat:

1. Melaksanakan salah satu ajaran Islam,iaitu Solat Jumaat

2. Menzahirkan syiar Islam pada hari kebesaran iaitu Hari Jumaat

3. Saling mengenali dan merapatkan ikhwah antara umat Islam.

4. Menyatukan pandangan umat Islam serta mengaitkan isu semasa yang berlaku
dalam masyarakat dan negara melalui khutbah Solat jumaat.

5. Melatih umat Islam supaya bersatu.

9.Lafaz Solat Jumaat:

Maksudnya:Sahaja aku Solat Fardu Jumaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
10.Sunat sebelum Solat Jumaat:
1.Mandi 6.Solat sunat tahiyat masjid.
2.Memotong kuku. 7.Iktikaf
3.Berpakaian bersih. 8.Membaca Al-Quran.
4.Memakai Bau- bauan. 9.Berselawat dan berzikir.
5.Datang awal ke Masjid.

11.Rukun Khutbah
1.Memuji allah Taala sekurang kurangnya Alhamdulillah.
2.Berselawat keatas Rasullah Saw.
3.Memberi nasihat supaya bertaqwa.
4.Membaca satu ayat Al-quran pada satu daripada dua khutbah.
5.Berdoa untuk orang Islam pada Khutbah kedua.

12.Sunat Khutbah Jumaat:


Khatib:

1. Berkhutbah diatas mimbar.

2. Duduk diatas mimbar sebelum menyampaikan khutbah.

3. Menghadapkan wajahnya kehadapan tanpa menoleh kekanan dan kekiri .

4. Memberi salam setelah naik keatas mimbar.

5. Menguatkan suara agar khutbah didengar oleh lebih 40 jemaah.

6. Mendidikkan kedua dua khutbah.Khutbah kedua lebih pendek daripada khutbah


pertama.

7. Memegang tongkat dengan tangan kiri.

Makmum:

1. Mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.

2. Melaksanakan solat sunat secara ringkas jika khatib sedang berkhutbah.


13.Adab mendengar Khutbah:
-Memberikan focus kepada isi kandungan khutbah.
-Diam dan tidak bercakap cakap.Hukum bercakap ketika Khutbah Jumaat sedang
disampaikan adalah makruh dan boleh menghilangkan pahala jumaat.
-Tidak tidur.Sekiranya rasa mengantuk,hendaklah berpindah ketempat yang lain dengan
syarat tidak melangkah orang lain.
-Tidak melakukan perbuatan sia sia contohnya menggunakan sebarang gajet seperti telefon
bimbit.

14.Amalan sunat Solat Jumaat :

1. Memotong kuku dan misai 5. Memakai pakaian terbaik serta


berwangi- wangian.

2. Mencabut bulu ketiak. 6. Bersegeralah ke masjid.

3. Menggunting bulu Ari-ari 7. Menunaikan Solat Tahiyat Masjid.

4. Mandi sunat 8. Membaca surah Al-Kahfi.


Rujukan:
Maklumat internet:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Jumaat#Dalil_pewajiban
https://myinfosolat.blogspot.com/2019/12/pengertian-solat-jumaat-dan-persoalannya.html
http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/01/solat-jumaat.htm

You might also like