You are on page 1of 3

5.

61 Fatwa related to Salafi Doctrine in the State of Pahang


TEGAHAN DAN LARANGAN MENYEBARKAN AJARAN
SALAFIAH @ WAHABIAH DAN SEUMPAMANYA DI NEGERI
PAHANG

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri


Pahang Pada 19 Februari 2014.
Keputusan:
Mesyuarat bersetuju memutuskan dilarang mana- mana orang Islam
menyebarkan dan meyimpan bahan bacaan ajaran as- Salafiah @ al-
Wahabiah dan seumpamanya. Tindakan secara penguatkuasaan undang-
undang boleh dilaksanakan kepada sesiapa yang melanggar larangan tersebut
mengikut kesalahan yang terkandung di dalam Enakmen Jenayah Syariah
2013. Sesiapa yang mempunyai tauliah dan melanggar larangan tersebut
boleh diambil tindakan undang- undang dan ditarik tauliah atau kebenaran
mengajar yang telah diberikan.

Keterangan/ Hujah
1. Ajaran al- Salafiah @ Wahabiah adalah ajaran yang berlainan dengan
apa yang dipegang oleh umat Islam di Malaysia yang berlandaskan
MAZHAB ASYAIRAH DAN MATURIDIAH DI DALAM AKIDAH DAN
MAZHAB SYAFIE DI DALAM BAB FEKAH.
2. Ajaran al- Salafiah/ Wahabiah kebiasaanya menganggap apa yang
dipegang oleh umat Islam di Malaysia sejak sekian lama adalah sebagai
bidaah. Sedangkan amalan- amalan seperti membaca Yasin malam jumaat,
bacaan Qunut dan sebagainya itu hanyalah khilafiyah dikalangan ulama
Islam.
3. Adalah terbukti di sesetengah tempat kewujudan ajaran al- Salafiah @
Wahabiah ini membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam di
Malaysia. Oleh itu ajaran ini adalah DILARANG DIAJAR DAN
DIAMALKAN di Negeri Pahang Khususnya.
• Sila rakam dan laporkan kepada Pejabat Agama Daerah jka terdapat
mana- mana pihak yang menyebar fahaman Wahhabi, Syiah dan apa- apa
ajaran sesat yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
See: http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-
fatwa/keputusan-fatwa/18-2014/59-tegahan-dan-larangan-menyebarkan-
ajaran-salafiah-wahabiah-dan-seumpamanya-di-negeri-pahang

Menangani Persoalan Bid’ah dalam Masalah Ikhtilaf/ Khilaf Furu’ 3/


2016
Tarikh/ Tempat:
4 Januari 2016
Hote Seri Pacific Kuala Lumpur

Keputusan
Mesyuarat bersetuju untuk menguatkuasakan Enakmen Undang-undang kesalahan
Jenayah Islam Pahang 2013 ( Seksyen 13 )
Sebarang bentuk pertikaian terhadap 25 jenis amalan yang telah disenaraikan
boleh diambil tindakan:
a) Membaca Yasin pada malam Jumaat
b) Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
c) Mengadakan kenduri arwah
d) Mengadakan sanbutan maulidul al-Rasul
e) Membaca Yassin 3 kali di malam nisfu Syaaban
f) Berdoa beramai-ramai selepas solat Jumaat
g) Membaca wirid dan zikir secara kuat/ nyaring dalam solat fardu
h) Membaca Basmalah secara kuat/ nyaring dalam solat fardhu
i) Menyebut lafaz Usalli dalm niat solat
j) Membaca Qunut dalam solat subuh
k) Bersalaman selepas solat Jumaat
l) Solat sunat sebelum solat Maghrib
m) Solat sunat sebelum Jumaat
n) Fidyah solat
o) Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang
harus dikahwini
p) Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih 20
q) Menyapu muka selepas memberi salam
r) Akikah dengan kambing sahaja
s) Konsep pengambilan Hadis Dhaif
t) Menyebut perkataan Saiyidina dalam solat
u) Sedekah bacaan Al-Fatihah kepada si Mai
v) Ziarah kubur pada Hari Raya
w) Bacaan doa awal dan akhir tahun hijrah
x) Solat Hajat secara berjemaah
y) Bacaan Selawat secara nyaring ketika solat Tarawikh
 
Disediakan oleh :
Bahagian Fatwa
Jabatan Mufti Negeri Pahang
Urusetia Mesyuarat
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.
Tarikh : 5/01/2016
 
Disahkan oleh :
Dato’ Haji Abdul Rahman Haji Osman
DSAP, DIMP,SMP,.AMP,.PKC,.
Mufti Negeri Pahang.

see:http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/16-
2016/39-menangani-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-furu

You might also like