You are on page 1of 5

LAPORAN KARNIVAL DAKWAH TAHUN 2016

Alhamdulillah Karnival Dakwah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Febuari


2016 (Khamis) hasil kerjasama guru Pendidikan Islam dan pelajar yang terlibat. Karnival
Dakwah pada tahun ini telah mendapat penyertaan yang menggalalkkan dari pelajar
menengah rendah.

Antara acara Karnival Dakwah yang dipertandingkan di Surau Al-Muttaqin ialah


bacaan tilawah al-Qur’an, hafazan ayat al-Qur’an, laungan azan, bacaan doa, syarahan
agama, tulisan jawi, tulisan khat dan nasyid. Pastinya acara yang mendapat sambutan pelajar
ialah azan, tulisan jawi dan khat dan pastinya membanggakan apabila dua orang pelajar dari
kelas Pendidikan Khas telah menyertai acara hafazan dan azan.

Acara dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Ustazah Norafifah binti Azizun
selaku Pengerusi Majlis bagi Karnival Dakwah. Acara diselang selikan dengan pelbagai acara
agar tidak membosankan penonton. Semua acara dijalankan secara serentak dan semuanya
berjalan dengan lancar. Karnival Dakwah dapat diselesaikan jam 2.40 petang dan keputusan
pertandingan akan diumumkan minggu hadapan.

Insyaallah, Karnival Dakwah akan dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang
agar dapat mencungkil bakat pelajar dan melatih diri menjadi yakin diri dan berani.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( NORYUSNITA BINTI HAIRUN ) ( HALIZA BINTI SAAD )


Penolong Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Islam Pendidikan Islam
SMK Kuala Perlis SMK Kuala Perlis

Disahkan oleh:

(ZAHRI BIN ABAS)


Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Kuala Perlis.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR:

1. PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA:

Sebahagian peserta syarahan agama yang mengambil bahagian

Sebahagian murid yang terlibat untuk menyaksikan Juri yang terlibat untuk mengadili acara nasyid dan syarahan
Karnival Dakwah sekolah 2016 agama
2. PERTANDINGAN TULISAN KHAT DAN JAWI

Murid tekun menyiapkan tulisan khat dan tulisan jawi


3. PERTANDINGAN NASYID

Sebahagian kumpulan nasyid yang mengambil bahagian dalam acara nasyid bersemangat dalam memberikan
persembahan yang terbaik

4. PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN

Ustaz Basyir mendengar bacaan peserta tilawah al-Quran Lelaki

Ustaz Idris mendengar bacaan al-Quran peserta tilawah al-Quran perempuan


5. PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN

Ustazah Yusnita mendengar hafazan peserta hafazan bagi


Karnival dakwah 2016

You might also like