You are on page 1of 56

Pendidikan Syariah Islamiah

HAJI DAN UMRAH

MS: 91
Pengenalan
Sebagai mana ibadah-ibadah lain lain , haji
mempunyai syarat , rukun , wajib dan sunatnya
yang dikenali sebagai manasik .
Sabda rasulullah s.a.w.

Dari Jabar r.a. berkata , rasulullah s.a.w.


bersabda: ambillah dariku manasik (amalan-
amalan haji) kamu .
Syarat Wajib Haji dan Umrah
ISLAM : Tidak wajib ke atas orang kafir atau
orang yang murtad . Jika mereka
mengerjakannya , ia tidak sah .
BALIGH : tidak wajib ke atas kanak-kanak . Jika
dia mengerjakannya , ia sah tetapi tidak
menggugurkan kewajipan haji dan umrah
keatasnya .
BERAKAL : Tidak wajib ke atas orang gila . Jika
dia melakukannya , ia tidak sah .
MERDEKA : Tidak diwajibkan ke atas hamba abdi .
Tetapi jika dia melakukannya , ia tidak sah .
BERKEMAMPUAN : Terbahagi kepada dua :
 Berkemampuan dengan diri sendiri .
Berkemampuan dengan pertolongan orang lain .

# Syarat berkemampuan dengan diri sendiri ialah:


Mempunyai tambang pergi dan balik .
Mempunyai bekalan atau perbelanjaan untuk dirinya
dan tanggungannya .
Mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik .
Aman dalam perjalan pergi dan balik seperti tiada
peperangan , rompakan dan penyakit yang berjangkit
.
Sihat tubuh badan .
Berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah .
# Syarat tambahan untuk perempuan :
Mendapat keizinan suami atau wali .
Ditemani oleh suami atau mahramnya atau
sekurang-kurangnya dua orang perempuan yang
dipercayai .
Rukun Haji dan Umrah
Rukun Haji Rukun Umrah
1. Niat ihram haji . 1. Niat ihram umrah .
2. Wukuf di Arafah . 2. Tawaf .
3. Tawaf . 3. Sa’i .
4. Sa’i . 4. Bercukur atau
5. Bercukur atau bergunting .
bergunting . 5. Tertib kepada
6. Tertib kepada kebanyakan rukun .
kebanyakan rukun .
1. Niat Ihram Haji dan Umrah
Niat ihram ialah berniat menunaikan haji atau
umrah secara berasingan atau kedua-duanya
sekali .

1. NIAT IHRAM HAJI


‫نويت الحج وأحرمت به هلل تعالى‬
(Nawaitul hajja waahramtu bihi, lillahita’aala.)
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan haji dan aku
berihram kerana Allah Taala .
2. NIAT IHRAM UMRAH
‫نويت العمرة وأحرمت بها هلل تعالى‬
(Nawaitul ‘umrata waaahramtu biha, lillahita’aala.)

3. NIAT IHRAM HAJI DAN UMRAH


‫نويت الحج والعمرة واحرمت بهما هلل تعالى‬
(Nawaitul hajja wal ‘umrata waahramta bihima
lillahitaala.)
# Sebelum berniat disunatkan :
Mengerat kuku .
Mencabut atau menanggalkan bulu dan rambut .
Mandi sunat ihram .
Memakai minyak rambut dan bau-bauan .
Memakai pakaian ihram yang berwarna putih .
Solat sunat ihram .
-Tujuan berihram ialah supaya seseorang itu menumpukan
sepenuh perhatian kepada Allah dengan mengenepikan
segala kemewahan hidup yang dinikmati sebelum
berihram .
2. Wukuf
Wukuf ialah berada di Arafah walaupun seketika
.
Bermula dari gelincir matahari pada hari
kesembilan zulhijjah hingga terbit fajar hari
kesepuluh zulhijjah .
Sebaik-baiknya , seseorang itu berada di Arafah
sebahagian hari kesembilan hingga sebahagian
malam kesepuluh zulhijjah .
# Ketika wufuf di Arafah , seseorang
disunatkan :
Menyucikan diri daripada najis dan hadas .
Sentiasa menghadap kiblat .
Memperbanyakkan bacaan al-Quran .
Bertasbih , beristighfar , bertakbir dan
berzikir .
Berdoa terutama ketika matahari hampir
terbenam .
Hikmah Wukuf di Arafah
Arafah ialah tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s.
dengan Siti Hawa selepas mereka diperintahkan keluar dari
syurga .
Berdasarkan peristiwa tersebut , para jemaah haji
dikehendaki memakai pakaian yang sama dan memohon
keampunan serta rahmat daripada Allah .
Wukuf juga dapat mengingatkan kita kepada perhimpunan
manusia di padang mahsyar ketika menunggu pengadilan
daripada Allah pada hari akhirt nanti .
3. Tawaf
Tawaf ialah mengelilingi Baitullahilharam
sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat
tertentu dan dengan tujuan beribadah kepada
Allah .
Boleh dilakukan pada bila-bila masa setelah
mengerjakan wukuf , sama ada sebelum atau
selepas bercukur atau bergunting .
Jenis Tawaf
Tawaf qudum : tawaf
Tawaf ifadhah : tawaf selamat datang yang
rukun bagi ibadah haji dilakukan setiap orang
dan umrah . yang baru sampai di
Mekah

Tawaf wida’ : tawaf


selamat tinggal . WAJIB
dilakukan jika seseorang
Tawaf sunat : tawaf biasa
hendak meninggalkan
yang dilakukan pada bila-
Mekah sebagai
bila masa yang disukai .
menghormati dan
memuliakan
Baitullahilharam .
Syarat Tawaf
Suci daripada hadas dan
najis sama ada pada
Menutup aurat .
badan , pakaian atau
tempat tawaf .

Berniat jika ialah tawaf


Dimulakan tawaf dari sudut qudum, nazar , sunat atau
Hajarul Aswad . wada’ . Tetapi jika ia tawaf
ifadhah , tidak diperlukan .
Menjadikan Kaabah di
Berjalan dengan hanya
sebelah kiri sepanjang masa
tujuan tawaf .
bertawaf .

Melakukan tawaf di
Cukup tujuh kali pusingan dalam masjid tetapi di
dengan yakin. luar Kaabah , Hijru
Ismail dan Shazarwan .
Sunat Tawaf

Bertawaf dalam keadaan


berjalan kaki bagi yang Berzikir dan berdoa .
mampu melakukannya .

Solat sunat dua rakaat setelah


Tawaf dengan khushuk selesai tawaf di belakang
dan tawadhuk . makam Ibrahim atau setentang
dengan Hajarul aswad.
Istilam iaitu menyentuh Hajarul aswad serta menciumnya .
Jika tidak dapat melakukannya , sunat diisyaratkan dengan
tangan serta dicium tapak tangannya . Tetapi bagi wanita
tidak disunatkan istilam , memadai dengan isyarat sahaja .

Beridhtiba’ iaitu menjadikan


tengah kanan selendang di
bawah ketiak kanan dan kedua-
dua hujungnya diatas bahu kiri
dan bahu kanan dibiarkan
terbuka bagi lelaki .
Hikmah Tawaf
Menimbulkan rasa hormat kepada Baitullah yang
merupakam tempat yang paling mulia di atas
muka bumi .
Menjadi lambang kesatuan umat Islam kerana ia
dilakukan bersama dan dalam satu arah pusingan .
Menyamai perbuatan para malaikat yang telah
mengelilingi arasy Allah , sambil bertasbih dan
memuji Allah .
4. Sa’i
Sa’i ialah berjalan berulang alik dari Safa ke
Marwah sebanyak tujuh kali .
Firman Allah :yang bermaksud : Sesungguhnya
Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada
syiar (lambang) agama Allah .
Dilakukan selepas tawaf Bermula di Safa dan
ifadhah atau tawaf qudum . berakhir di Marwah .

Syarat
Sa’i
Cukup 7 kali berulang alik Hendaklah sampai ke
dari Safa ke Marwah dan penghujung tempat sa’i di
dari Marwah ke Safa . safa dan marwah .

Bejalan dengan
hanya tujuan
bersa’i .
Sunat Sa’i
Keluar ke tempat Berjalan kaki
sa’i melalui pintu bagi yang
Safa . mampu .

Menaiki Bukit Safa


Menghadap kiblat dan
dan Marwah
melambai kedua tangan
sehingga sampai ke
serta bertakbir : Allahuakbar
kawasan yang
Allahuakbar Allahuakbar
berbatu .
Walillahilhamdu .

Mualah .
Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di
tempat yang betanda lampu hijau .

Berada dalam keadaan berwuduk dan berdoa .


Hikmah Sa’i
# Sa’i disyariatkan untuk mengingatkan kita tentang
kisah Hajar bersama anknya Ismail a.s.
Melalui kisah ini , kita dapat mengambil hikmah :
Kesabaran .
Kegigihan .
Tidak berputus asa .
Pengorbanan .
Kasih ibu terhadap anaknya .
Bercukur atau Bergunting
Bercukur atau bergunting rambut sekurang-
kurangnya tiqa helai merupakan salah satu
rukun haji dan umrah .
Waktunya ialah selepas melontar diJamrah al-
Aqabah pada 10 zulhijjah atau selepas
melakukan tawaf ifadhah .
Selepas bercukur atau bergunting , jemaah haji
bolehlah bertahallul .
Sunat-sunat bercukur atau
bergunting
Antara sunat bercukur atau bergunting ialah :
a. Mencukur habis rambut bagi orang lelaki. Bagi
perempuan hanya dikehendaki supaya menggunting
ekor rambut sahaja.
b. Melalukan mata pencukur bagi orang yang tidak
berambut.
c. Mulakan cukuran dari bahagian kanan.
d. Menghadap ke arah kiblat .
e. Dilakukan selepas melontar jamratul aqabah dan
sebelum tawaf ifadhah.
Hikmah bercukur atau menggunting
rambut
a. Menghapuskan segala sifat tercela yang
terdapat pada diri seseorang .
b. Menjadi simbol penyucian segala dosa zahir
dan batin .
6. Tertib pada kebanyakan rukun
Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan dengan
tertib pada kebanyakannya. Umpamanya
mendahulukan ihram daripada rukun-rukun lain,
mendahulukan waqaf daripada tawaf ifadhah
dan mendahulukan tawaf daripada sa’i. Tetapi
semua rukun umrah wajib dilakukan secara
tertib.
Rukun Umrah
1. Niat ihram
2. Tawaf
3. Saie
4. Mencukur atau menggunting
rambut kepala
5. Tertib
Wajib haji dan umrah
Wajib haji dan umrah ialah amalan-amalan yang
wajib dilakukan semasa melaksanakan kedua-
dua ibadah tyersebut. Jika salah satu daripada
perkara-perkara wajib tersebut ditinggalkan, haji
dan umrah itu tetap sah, tetapi wajib dibayar
dam. Orang yang meninggalkannya mendapat
dosa jika dia meninggalkannya dengan sengaja.
Wajib-wajib haji dan umrah ialah :
Wajib Haji & Umrah
1. Niat ihram haji dimiqat.

2. Bermalam (mabit) di muzdalifah.

3. Melontar jamratul aqobah

4. Bermalam (mabit) di Mina.

5. Melontarkan ketiga-tiga
jamrah.

6. Meninggalkan perkara-
perkara larangan semasa ihram.
Wajib Umrah
1. NIAT IHRAM DI MIQAT
2. TERTIB
3. MENINGGALKAN
LARANGAN IHRAM
Larangan Semasa Ihram
Lelaki dan perempuan Lelaki sahaja Perempuan sahaja

1. Memakai wangi- 1. Menutup kepala 1. Menutup muka


wangian dan atau sebahagian walau sebahagian
menyedutnya ke darinya seperti darinya kecuali
dalam hidung . memakai songkok , terpaksa seperti
2. Mengerat atau serban dan lain2 . sakit.
membuang kuku . 2. Memakai pakaian
3. Memakai sarung yang bersarung
tangan . sama ada berjahit
4. Memakai minyak atau sebagainya
pada rambut atau seperti seluar dan
janggut . baju kemeja .
5. Menanggal atau
mencabut rambut
pada badan .
6 . Memotong,
menebang atau
mencabut pokok di
tanah haram .
7. Memburu atau
membunuh
binatang daratan yang
halal dimakan .
8. Melakukan akad
nikah sama ada
ijab kabul untuk
diri sendiri atau
mewalikan orang
lain.
9. Melakukan
pendahuluan
bersetubuh seperti
barcium ,
berkucup-kucupan
atau berpeluk yang
boleh menaikkan
nafsu syahwat .
10. Melakukan
persetubuhan
anatara suami isteri
.
Tahalul
Tahallul ialah bebas daripada pantang larang
semasa dalam ihram. Ia terbahagi kepada :
Tahallul awwal : iaitu apabila selesaikan
melakukan dua dua daripada tiga perkara
berikut :
i. Melontar jamratul aqabah .
ii. Tawaf ifadhoh.
iii. Bercukur atau bergunting .
Apabila selesai melakukan tahullul awal jemaah
haji terlepaslah daripada pantang larang ihram
kecuali tiga perkara berikut :
i. Berkahwin, mengahwinkan orang lain atau
menerima wakil kahwin.
ii. Melakukan perkara-perkara permulaan
persetubuhan .
iii. Bersetubuh .
b. Tahallul thani : iaitu apabila selesai melakukan
ketiga-tiga perkara tersebut, jemaah haji harus
melakukan segala pantang larang ihram.
1. Niat ihram dimiqat
Miqat ialah tempat atau masa yang ditentukan
untuk berniat haji atau umrah. Ia terbahagi
kepada :
a. Miqat zamani : ialah ketentuan masa untuk
seseorang berniat ihram.
Miqat zamani bagi haji bermula pada satu
syawwal sehingga terbir fajar pada 10
zulhijjah. Miqat zamani bagi umrah ialah
pada bila-bila masa sepanjang tahun.
b. Miqat makani
Ialah ketentuan tempat untuk seseorang berniat
ihram.
Miqat makani haji dijelaskan oleh hadith
rasulullah s.a.w.
Hikmah Pentepatan Miqat
a. Pentepatan miqat makani adalah untuk menjaga
kemuliaan baitullah alharam. Ia mempunyai
sempadan-sempadan yang tidak boleh dilawati
oleh orang yang hendak meninaikan haji dan
umrah melainkan setelah dia berniat iharam serta
datang kepadanya dengan penuh khusyuk dan
tawadhi’ .
b. Penentuan pelbagai miqat makani adalah untuk
memberi kemudahan kepada para jemaah haji
yang datang dari pelbagai tempat dan arah.
c. Penentuan zamani adalah untuk mengajar umat
Islam supaya berdisiplin dan membuat
perancangan dalam semua tindakan mereka.
2. Bermalam di muzdalifah
Bermalam (mabit) di muzdalifah ialah berada di
mudzalifah (malam hari raya haji ) iaitu selepas
waktu waquf da’rafah dan sebelum terbit fajar.
Sebaik-baiknya, jemaah haji hendaklah berdaa
disana sehingga waktu subuh.
Amalan-amalan yang berkaitan dengan
bermalam di muzdalifah
Antara amalan-amalan sunat di mudzalifah ialah :
1. Semasa menuju ke mudzalifah, jemaah haji
disunatkan berjalan dengan tenang tanpa tergesa-
gesa.
2. Memungut anak-anak di mudzalifah untuk
melontar di jamrah .
3. Bersolat maghrib dan isyak dalam waktu isyak
(jamak taa’hir) dengan satu azan dan dua iqamah.
4. Membanyakkan doa terutama di masy’arilharam .
3. Melontar di jamrah aqabah
Selepas bermalam di muzdalifah, jemaah haji
menuju keMina untuk melontar di jamrah aqabah.
Waktu melontar jamrah aqabah ialah selepas separuh
malam kesepuluh zulhijjah dan berlanjutan masanya
hingga terbenam matahari ketika 13 zulhijjah. Waktu
yang afdhal untuk melontar ialah pada waktu dhuha
hari kesepuluh zulhijjah. Melontar jamrah ialah
dengan menggunakan tujuh biji anak batu sebesar
hujung jari kelingking.
Orang yang hendak melontar disunatkan supaya
memberi ruang kepada orang-orang tua, perempuan
dan kanak-kanak. Orang yang melontar juga
disunatkan supaya berada dalam keadaan ka’abah
disebelah kirinya sementara mina disebelah
kanannya.
4. Bermalam (mabit) diMina
Jemaah haji wajib bermalam diMina pada malam-
malam hari tasyrik iaitu pada malam 11, 12 dan 13
Zulhijjah. Syarat bermalam diMina ialah berada disitu
lebih daripada separuh malam. Walaubagaimanapun,
bagi orang yang mempunyai urusan dan ingin
meninggalkan Mina dengan segrera, dia boleh bertolak
dari Mina pada 12 zulhijjah, selepas berada di sana pada
malam 11 dan 12 zulhijjah. Cara ini dinamakan nafar
awwal. Tetapi orang yang melakukan nafar awwal
diwajibkan memberi dam.
1. Meninggalkan Mina selepas gelincir matahari dan
sebelum jatuh matahari pada 12 zulhijjah.
2. Menyempurdanakan lontaran ketiga-tiga jamrah
pada hari 11 dan 12 zulhijjah.
3. Telah bermalam di Mina selama sua malam.
4. Berazam tidak akan kembali semula ke Mina.
Bagi mereka yang meniggalkan Mina pada hari 13
zulhijjah pula dinamakan nafar thani .
Melontar Ketiga-tiga Jamrah
Pada hari-hari tasyrik diwajibkan melontar ketiga-
tiga jamrah iaitu ALJAMRATUL
ULAA’ ,ALJAMRATUL WUSTHAA DAN
JAMRATUL AQABAH. Waktu melontar adalah
seperti berikut :
1. Hari 11 dan 12 zulhijjah mulai daripada gelincir
matahari hingga terbit fajar hari berikutnya.
2. Hari 13 zulhijjah mulai daripada gelincir matahari
hingga terbenam matahari.
3. Bagi orang yang tidak sempat melontar pada hari
11 dan 12 zulhijjah, hendaklah melontar pada hari
13 zulhijjah sebelum terbenam matahari.
Syarat-syarat sah melontar
1. Melontar 7 kali pada tiap-tiap jamrah.
2. Lontaran tidak diniatkan untuk tujuan-tujuan lain.
3. Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya.
4. Batu yang dilontarkan hendaklah jatuh kedalam
jamrah dengan yakin.
5. Melontar dengan tangan bagi yang mampu.
6. Melontar denagn tertib dimulai dengan jamratul
ulaa’, kemudian jamratul wustha dan akhir sekali
jamratul aqabah.
7. Tidak boleh melontar untuk orang lain, melainkan
setelah dia selesai melontar ketiga-tiga jamrah untuk
dirinya.
Sunat-sunat Melontar pada Hari
Tasyrik
Berada dalam keadaan menghadap kiblat .
Bertakbir dan berdoa sebelum dan selepas setiap
kali membuat lontaran .
Berada lebih dari 5 hasta dari jamrah .
Mualah antara 7 lontaran .
Tertib antara ketiga-tiga jamrah iaitu dimulakan
dengan jamratul ula dan diakhiri dengan
jamratul aqabah .
Meninggalkan Perkara-perkara
Larangan Semasa Ihram
Semasa berihram , jemaah haji dilarang
melakukan beberapa perkara sehingga dia
bertahallul .jika tidak , dia wajib membayar dam
.
Hikmah Larangan Semasa Ihram
Untuk membuang sifat sombong dan angkuh .
Lontaran tidak diniatkan untuk tujuan lain .
Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya .
Batu yang dilontar hendaklah jatuh ke dalam
jamrah dengan yakin .
Melontar dengan tangan bagi yang mampu .
ie c e; 3 7.
e rp 5 6
a l m ast
h r uddin
n a
origi mzza sh
a
.mr r ]
[@_
@ To be continue....

You might also like