You are on page 1of 88

Manasik Haji & Umrah

Persiapan Kearah Kesempurnaan Haji

i
ii
Kandungan
Talbiah ........................................................................ 1
Erti Haji & Umrah ..................................................... 2
Jenis-jenis Haji ............................................................. 9
Istilah Hukum Haji & Umrah .................................. 10
Rukun Haji .............................................................. 11
Rukun Umrah ............................................................12
Wajib Haji ................................................................ 13
Wajib Umrah ........................................................... 14
Pilihan jenis Haji ..................................................... 15
Langkah-langkah Mengerjakan Haji Ifrad .............. 16
Langkah-langkah Mengerjakan Haji Tamattuk ....... 17
Langkah-langkah Mengerjakan Haji Qiran ............ 18
Miqat ........................................................................ 19
Ihram ........................................................................ 21
Cara Memakai Ihram (Lelaki) ................................... 22
Niat Ihram ................................................................ 24
Sunat Ihram .............................................................. 25
Pantang-larang semasa dalam Ihram ....................... 26
Tawaf ........................................................................ 28
Jenis-jenis Tawaf ....................................................... 28
Sunat-sunat Tawaf .................................................... 30
Sa’i ............................................................................ 32
Sunat-sunat Sa’i ........................................................ 33
Niat Sa’i .................................................................... 34
Tahallul ..................................................................... 36
Doa selepas bercukur/bergunting ............................ 37
Wuquf di Arafah ...................................................... 38
Melontar Jamrah ...................................................... 40
Contoh pergerakan melontar .................................. 42
Dam .......................................................................... 44
Jenis-jenis Dam ......................................................... 44
Solat Jama’ & Qasar ................................................. 49
Masalah Kaum Perempuan ...................................... 56
Madinah Al-Munawwarah ...................................... 57
Masjid Nabawi .......................................................... 61
Tempat-tempat lain yang baik diziarahi ................... 71
Doa ziarah selamat tinggal ........................................ 84

iii
iv
TALBIAH

Aku datang menyahut panggilan Mu Ya Allah


Aku datang menyahut panggilan Mu
Aku datang menyahut panggilan Mu tiada sekutu bagi Mu
Aku menyahut pangilan Mu. Sesungguhnya segala pujian,
nikmat dan kekuasaan adalah milik Mu,
tiada sekutu bagi Mu.

1
ERTI HAJI & UMRAH

Haji Umrah
Dari segi syara’, haji ialah Umrah pada syara’ ialah
mengunjungi Baitul Lahil menziarahi Baitul Lahil Haram
Haram (Ka’abah) dalam (Ka’abah) pada bila-bila masa
bulan-bulan haji (dari 1 Syawal sahaja sepanjang tahun (kecuali
hingga sebelum fajar hari ke-10 bagi orang yang dalam Ihram
Zulhijah) kerana mengerjakan Haji) kerana mengerjakan
tawaf, sa’i dan wuquf di Padang tawaf dan sa’i sahaja dengan
Arafah dengan menurut syarat- menurut syarat-syaratnya serta
syaratnya serta menunaikan menunaikan segala rukun dan
segala rukun dan wajibnya. wajibnya.

Seseorang itu diwajibkan melakukan haji dan umrah, sekali seumur hidup,
setelah ia memenuhi syarat-syarat berikut:

BERAGAMA ISLAM
Orang kafir dan murtad tidak wajib mengerjakan haji dan umrah.

BALIGH (CUKUP UMUR)


Kanak-kanak tidak diwajibkan mengerjakan haji dan umrah. Jika mereka
mengerjakannya juga, haji atau umrah itu sah tetapi haji dan umrah tersebut
tidak menggugurkan haji dan umrah fardunya.

BERAKAL
Orang gila atau tidak siuman dilarang melakukan haji dan umrah.

Merdeka
Hamba abdi tidak diwajibkan oleh syara’ untuk mengerjakan haji dan umrah.

2
BERKUASA/BERUPAYA
Berkuasa dengan diri sendiri:
a. Mampu membayar tambang-menambang dan segala perbelanjaan
bagi mengerjakan haji dan umrah hingga selesai dan balik ke tempat
kediamannya.
b. Mempunyai perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang di
bawah tanggungannya yang ditinggalkan di tanahairnya.
c. Ada kenderaan pergi dan balik.
d. Aman dalam perjalanan pergi dan balik umpamanya,penyamun dan
musuh yang mengancam keselamatan jiwa dan harta atau tidak ada
penyakit yang berjangkit yang membahayakan anggota dan tubuh
badan.
e. Sihat tubuh badan.
f. Mempunyai cukup masa untuk mengerjakan haji dan umrah.
g. Bagi perempuan, ditambah tiga syarat lagi iaitu:
i. Dengan izin suami atau wali.
ii. Hendaklah ia ditemani oleh suami atau mahramnya atau yang
thiqat (perempuan-perempuan yang dipercayai).
iii. Tidak dalam idah kematian suaminya.

Bukti Wajib Haji Daripada Al-Qur’an

1. Surah Ali-Imran: 97

Dan Allah mewajibkan manusia (orang Islam) mengerjakan ibadah haji dengan
mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya,
dan siapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya
Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.

3
2. Surah Al-Haj: 27-28

Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya
mereka akan datang beramai-ramai mengunjungi (rumah Engkau, Baitul Lahil
Haram) dengan keadaan ada yang berjalan kaki dan ada yang menunggang
berjenis-jenis unta yang kurus disebabkan perjalanan yang datang dari segenap
ceruk pelusuk dan rantau yang jauh.
Supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai perkara yang mendatangkan faedah
kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang
tertentu (Haji Raya Haji atau Hari Raya Korban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari
berikutnya pada 11, 12 dan 13 Zulhijah – Hari Tasyriq) kerana pengurniaan-
Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban),
dengan demikian makanlah kamu daripadanya (daging binatang-binatang korban
itu) dan berilah makan kepada orang yang susah dan fakir miskin.

3. Surah al-Baqarah: 196

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.

4
4. Surah al-Baqarah: 197

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang


menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh
rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji.
Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya.
Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah
kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.

Keterangan Mengenai Haji Daripada Hadith

1. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Daripada Ibni ‘Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda,


“Didirikan Islam itu di atas lima rukun, iaitu mengucap kalimah syahadat
(Aku beriktikad, berikrar dan mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang
berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua, dan sesungguhnya
Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan
keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi Baitul Lahil Haram dan
puasa pada bulan Ramadan.

5
2. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasullulah SAW,


mafhumnya: Sesiapa yang menunaikan fardu haji ke Baitullah,sedangkan dia
tidak melakukan persetubuhan dan tidak membuat fasik (maksiat) kejahatan, maka
bersihlah dirinya daripda dosa seumpama di hari dia dilahirkan oleh ibunya.

3. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasulullah SAW, mafhumnya:


Mengerjakan umrah kepada satu umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang
berlaku di antara tempoh keduanya dan Haji yang mabrur (yang penuh dengan
kebajikan) tidak ada balasannya melainkan syurga.

4. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan lain-lain

Daripada Siti ‘Aisyah r.a katanya: Bersabda Rasulullah SAW, mafhumnya:


Aku telah berkata kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah, kami berpendapat
berjihad itu adalah sebaik-baik amalan,maka tidakkah boleh kami berjihad?
Sabda Rasullulah SAW, Bagi kamu perempuan, jihad yang lebih afdal (baik) itu
ialah Haji Mabrur.

6
5. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tabrani, Al-Baihaqi dan Abi Syu’bah

Daripada Abu Zubir Abdullah bin Buraidah daripada bapanya berkata


ia: Bersabda Rasulullah SAW, mafhumnya: Perbelanjaan kerana menunaikan
fardu haji adalah seperti perbelanjaan pada sabilillah, ganjarannya 700 kali ganda.

6. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasulullah SAW, Haji yang penuh
dengan kebajikan (Haji Mabrur) adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada
di dalamnya. Haji Mabrur tidak ada baginya balasan selain daripada syurga.

7. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a

Orang yang mengerjakan haji dan orang yang mengerjakan umrah adalah utusan
Allah Azzawajalla. Jika mereka berdoa nescaya Allah menerima doa mereka dan
jika mereka memohon ampun nescaya Allah mengampuni mereka.

7
8. Diriwayatkan oleh ad Darimi

Daripada Abu Umamah katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW,


mafhumnya: Sesiapa yang tidak dihalangi oleh sesuatu hajat kerpeluanyang
sah atau larangan daripada sultan (atau pemerintah) yang zalim atau sakit yang
mengganggukan,kemudian dia meninggal dunia dengan tidak menunaikan fardu
hajinya,maka tidak ada halangan sekiranya dikehendaki matinya sebagai Yahudi
atau Nasrani.

9. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Daripada Saiyidina Abdullah ibni Abbas r.a, mafhumnya: Sesiapa yang


mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh membawanya ke Baitul Lahil
Haram, tetapi dia tidak menunaikan fardu haji maka tidak ada Jenis hajihalangan
ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai Yahudi atau Nasrani.

8
JENIS-JENIS HAJI

IFRAD
HAJI IFRAD adalah keadaan di mana anda melakukan pekerjaan haji dan
pekerjaan umrah secara berasingan, iaitu dengan mengerjakan haji dahulu
dan mengerjakan umrah selepas bulan-bulan haji dalam tahun yang sama
ataupun anda tidak mengerjakannya langsung.
Mengikut Mazhab Syafie, Haji Ifrad merupakan pekerjaan haji yang
afdal dengan syarat, anda hendaklah melaksanakan pekerjaan umrah pada
tahun yang sama juga.
Jika anda memasuki Makkah pada masa hampir waktu wuquf adalah
baik anda membuat Haji Ifrad.

TAMATTUK
HAJI TAMATTUK ialah keadaan di mana anda mengerjakan umrah
terlebih dahulu – hingga selesai dengan sempurna dengan bertahallul, di
dalam bulan-bulan haji. Kemudian ketika hendak berangkat ke Padang
Arafah, anda berihram sekali lagi dari tempat penginapan anda dengan
niat untuk mengerjakan haji. Anda yang melaksanakan Haji Tamattuk
wajib membayar dam mengikut syarat-syaratnya.

QIRAN
HAJI QIRAN adalah keadaan di mana anda mengerjakan haji serta umrah
dalam bulan-bulan haji secara serentak, ataupun anda berniat mengerjakan
umrah untuk Haji Tamattuk tetapi sebelum tawaf, anda didatangi uzur
syar’i yang menegah anda bertawaf sedangkan waktu wuquf sudah hampir
tiba. Dengan itu, anda pun berniat mengerjakan haji. Jemaah haji yang
mengerjakan Haji Qiran dengan sendirinya ihram umrahnya termasuk
ihram haji sekali. Walau bagaimanapun, anda yang membuat Haji Qiran
wajib membayar dam mengikut syarat-syaratnya.

9
ISTILAH HUKUM HAJI & UMRAH

RUKUN
Mesti dilaksanakan jika ada yang tertinggal, hajinya tidak sah.

WAJIB
Mesti dilakukan jika ada yang tertinggal, hajinya sah tetapi
dikenakan dam.

SUNAT
Jika dibuat mendapat pahala, jika ditinggalkan tidak berdosa.

10
RUKUN HAJI

Rukun haji dan rukun umrah adalah pekerjaan-pekerjaan asasi yang mesti
dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan ibadah umrah.
Sekiranya salah satu daripada pekerjaan itu tidak dilaksanakan sama ada
dengan sengaja atau terlupa, maka ibadah haji atau ibadah umrahnya
tidak sah.
Seseorang yang hendak melaksanakan ibadah haji mesti melaksanakan
pekerjaan-pekerjaan berikut. Jika tidak, hajinya tidak sah.

NIAT IHRAM Berniat mengerjakan haji dalam masa di


antara 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar
pagi 10 Zulhijjah.

WUQUF DI ARAFAH Berada di bumi Arafah walau sekejap sahaja


di antara selepas gelincir matahari, hari ke-9
Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar pagi 10
Zulhijjah.

TAWAF Mengelilingi Ka’abah tujuh keliling dengan


sempurna.

SA‘I Berjalan atau menggunakan kenderaan,


berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara
Safa ke Marwah, bermula dari Safa ke Marwah
dikira sekali, dari Marwah ke Safa dikira dua
kali dan seterusnya hingga tamat di Marwah.

BERCUKUR/ Membuang dan menggunting sekurang-


BERGUNTING kurangnya tiga helai rambut di kepala kerana
tahallul.

TERTIB PADA Membuat pekerjaan rukun haji ini dengan


KEBANYAKAN mengikut susunan yang dahulu didahulukan
RUKUN dan yang kemudian dikemudiankan.

11
RUKUN UMRAH

Seseorang yang mengerjakan umrah pula mesti melakukan perkara-


perkara berikut. Jika tidak, umrahnya tidak sah.

NIAT IHRAM Berniat mengerjakan ‘umrah pada bila-bila


masa, melainkan bai orang yang dalam Ihram
Haji.

TAWAF Mengelilingi Ka’abah tujuh keliling dengan


sempurna.

SA‘I Berjalan atau menggunakan kenderaan,


berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara
Safa ke Marwah, bermula dari Safa ke Marwah
dikira sekali, dari Marwah ke Safa dikira dua
kali dan seterusnya hingga tamat di Marwah.

BERCUKUR/ Membuang dan menggunting sekurang-


BERGUNTING kurangnya tiga helai rambut di kepala kerana
tahallul.

TERTIB PADA Membuat pekerjaan rukun umrah ini dengan


KEBANYAKAN mengikut susunan yang dahulu didahulukan
RUKUN dan yang kemudian dikemudiankan.

12
WAJIB HAJI

Wajib haji dan wajib umrah adalah perkerjaan-pekerjaan yang wajib


dilakukan ketika mengerjakan kedua-dua ibadah itu. Jika tidak dikerjakan
salah satu daripadanya, haji atau umrah itu adalah sah tetapi wajib ke
atas jemaah haji berkenaan membayar dam. Walau bagaimanapun, jika
seseorang jemaah haji itu sengaja tidak melaksanakan pekerjaan-pekerjaan
tersebut, hukumnya ia berdosa.
Perkara-perkara berikut mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika
menunaikan ibadah haji. Jika tertinggal, hajinya sah tetapi
dikenakan dam.

NIAT IHRAM DI Memakai ihram dan berniat di Miqat (tempat-


MIQAT tempat yang telah ditetapkan oleh syara’).

BERMALAM DI Berada dalam kawasannya walaupun sekejap,


MUZDALIFAH2 selepas separuh malam3 yang ke-10 Zulhijjah.

MELONTAR JAMRAH Melontar dengan tujuh anak batu. Masanya


‘AQABAH mulai selepas separuh malam yang ke-10
Zulhijjah, berlanjutan hingga jatuh matahari
pada akhir 13 Zulhijjah.

BERMALAM DI MINA Bermalam selama dua atau tiga malam.

MELONTAR TIGA Melontar ketiga-tiga jamrah pada Hari


JAMRAH Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah), setiap
jamrah dengan tujuh anak batu (berjumlah 63
biji semuanya).

MENINGGALKAN Hendaklah menjauhi segala pantang-larang


PANTANG-LARANG ketika masih dalam ihram.

2 Letaknya lebih kurang 15km dari Masjidil Haram


3 Diperkirakan jumlah jam pada hari itu di antara mula masuk waktu Maghrib hingga mula tiba
waktu Subuh; kemudian dibahagi kepada dua.
13
WAJIB UMRAH

Seseorang yang mengerjakan umrah mesti melakukan perkara-perkara


berikut. Jika tertinggal, umrahnya sah tetapi dikenakan dam.
Perkara-perkara berikut mesti dilakukan. Jika tertinggal, haji/
umrahnya sah tetapi dikenakan dam.

NIAT IHRAM DI Memakai ihram dan berniat di Miqat (tempat-


MIQAT tempat yang telah ditetapkan oleh syara’).

MENINGGALKAN Menjauhi segala pantang-larang ketika masih


PANTANG-LARANG dalam ihram.

14
PILIHAN JENIS HAJI

Dalam mengerjakan ibadah haji, para jemaah haji mempunyai tiga pilihan
bagaimana mereka hendak melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.
Pilihan-pilihan tersebut seperti berikut:

1. Dengan melaksanakan pekerjaan haji cara berasingan dengan pekerjaan


umrah, di mana pekerjaan umrah dilakukan selepas bulan-bulan haji dalam
tahun sama atau tidak dikerjakannya langsung. Ini dipanggil Haji Ifrad.

2. Dengan melaksanakan pekerjaan umrah terlebih dahulu daripada


pekerjaan haji, di dalam bulan-bulan haji pada tahun yag sama. Ini adalah
Haji Tamattuk.

3. Dengan melaksanakan pekerjaan haji dan umrah secara serentak dalam


bulan-bulan haji. Ini dipanggil Haji Qiran.

15
Langkah-langkah Mengerjakan
Haji Ifrad

Ihram Haji (Rukun)

Tawaf Qudum (Sunat)

Sa’i Haji (Rukun)

Wuquf di Arafah (Rukun)

Bermalam di Muzdalifah (Wajib)

Melontar Jamrah Aqabah (Wajib)

Korban (Sunat Muakaddah)

Bercukur/Bergunting (Rukun)

Tawaf Haji (Rukun)

Bermalam di Mina (Wajib)

Melontar 3 Jamrah (Wajib)

Tawaf Wida’ (Wajib)

16
Langkah-langkah Mengerjakan
Haji tamattuk

Ihram Umrah (Rukun)

Tawaf Umrah (Rukun)

Sa’i Umrah (Rukun)

Bercukur/Bergunting (Rukun)

Ihram Haji (Rukun)

Wuquf di Arafah (Rukun)

Bermalam di Muzdalifah (Wajib)

Melontar Jamrah Aqabah (Wajib)

Dam (Wajib)

Bercukur/Bergunting (Rukun)

Tawaf Haji (Rukun)

Sa’i Haji (Rukun)

Bermalam di Mina (Wajib)

Melontar 3 Jamrah (Wajib)

Tawaf Wida’ (Wajib)

17
Langkah-langkah Mengerjakan
Haji QIRAN

Ihram Haji + Umrah (Rukun)

Tawaf Qudum (Sunat)

Sa’i Haji + Umrah (Rukun)

Wuquf di Arafah (Rukun)

Bermalam di Muzdalifah (Wajib)

Melontar Jamrah Aqabah (Wajib)

Dam (Wajib)

Bercukur/Bergunting (Rukun)

Tawaf Haji + Umrah (Rukun)

Bermalam di Mina (Wajib)

Melontar 3 Jamrah (Wajib)

Tawaf Wida’ (Wajib)

18
MIQAT

Anda yang pergi ke Tanah Suci kerana mengerjakan ibadah haji, apabila
sampai di Miqat anda atau had sempadan yang menyamainya, wajib
berniat ihram. Kiranya anda masuk ke Tanah Suci dengan tidak berniat
ihram di Miqat tersebut, anda wajib kembali semula ke tempat Miqat anda
itu untuk berniat ihram. Sekiranya tidak, boleh juga berniat ihram di situ,
tetapi anda berdosa dan dikenakan dam.

Miqat
Miqat ialah ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji/umrah.
Miqat terbahagi kepada dua:
1. Miqat Zamani (Ketentuan masa):
a. Miqat Zamani bagi haji: bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit
fajar pagi hari yang ke-10 Zulhijjah. Ini dinamakan bulan-bulan haji.
Tidak sah Ihram Haji jika dilakukan di luar masa tersebut bahkan
jadilah ia Ihram Umrah.
b. Miqat Zamani bagi umrah: ialah sepanjang masa selain daripada
masa seseorang itu ber-Ihram Haji.
2. Miqat Makani (Ketentuan Tempat): Bagi haji dan umrah ialah:
a. Zulhulaifah (Bir ‘Ali): Miqat bagi penduduk Madinah dan sekitarnya,
lebih kurang 10km dari Madinah.
b. Al-Juhfah: (Berdekatan Rabigh): Miqat bagi penduduk-penduduk
Syam, Mesir, Maghribi (Morocco), Sepanyol dan negeri-negeri dari
arahnya, jaraknya dengan Makkah lebih kurang 187km.
c. Qarnul Manazil: Miqat bagi penduduk-penduduk Kuwait, Najd dan
bagi bakal haji yang datang dengan kapal terbang melalui ruang
angkasanya. Jaraknya dengan Makkah lebih kurang 94km.
d. Yalamlam: Miqat bagi penduduk-pendududk Yaman, India dan
negeri-negeri sebelah timur termasuk Malaysia, Singapura, Brunei
dan Indonesia yang datang dengan kapal laut.
Yalamlam adalah nama sebuah bukit di tepi Laut Merah di
daratan Semenanjung Tanah Arab dan jaraknya dengan Makkah
lebih kurang 89km.
e. Zatu ‘Irqin: Miqat bagi penduduk Iraq, jaraknya dengan Makkah
lebih kurang 94km.

19
Perhatian: Jemaah-jemaah haji yang pergi ke Tanah Suci sama ada
dengan kapal terbang atau kapal laut atau melalui daratan dengan
menyeberangi atau melintasi negeri-negeri lain, hendaklah berniat ihram
mengikut Miqat Makani bagi penduduk-penduduk negeri yang dilaluinya
itu. Jemaah haji Malaysia dan Singapura atau Indonesia yang melalui
negeri Najd dengan kapal terbang, hendakla berniat ihram ketika berada
di ruangn udara bertentangan dengan Qarnul Manazil.
Ketetapan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadith:

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW telah menetapkan
Miqat bagi penduduk Madinah ialah Zulhulaifah (Bir ‘Ali), bagi penduduk negeri
Syam ialah al-Juhfah, bagi penduduk Najd ialah Qarnul Manazil, bagi penduduk
Yaman ialah Yalamlam.
Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri yang
disebutkan itu dan juga bagi orang-orang yang datang melaluinya daei
negeri-negeri lain yang hendak menunaikan haji dan umrah, adapun bagi
mereka yang tinggal di tempat yang kurang jarak jauhnya dari kawasan
Miqatnya yang ditentukan itu maka Miqat mereka ialah di tempat mereka
sendiri hinggakan penduduk Makkah, maka Miqat mereka ialah di Makkah.
Adapun tempat berniat ihram haji bagi penduduk Makkah dan juga
bagi orang yang berada di Makkah ialah di rumah mereka sendiri, tetapi
tempat berniat ihram umrah bagi mereka ialah di Tanah Halal, yang lebih
afdal menurut susunan:
1. Di Ja’ranah lebih kurang 22 km dari Masjidil Haram
2. Tan’im lebih kurang 5 km dari Masjidil Haram.
3. Hudaibiah (Syumaisi) lebih kurang 29 km dari Masjidil Haram

20
IHRAM

Ihram dalam ibadah haji atau umrah bererti satu keadaan yang istimewa
kepada anda sebagai jemaah haji yang sedang mengerjakan ibadah-
ibadah tersebut. Ini adalah kerana ketika anda berada dalam ihram anda
dikehendaki mematuhi segala pantang-larang tertentu sehingga selesai
dan sempurna segala rukun dan wajib ibadah haji atau umrah anda
(selesai tahallul anda). Sebaik sahaja anda sampai di kawasan Miqat, anda
dikehendaki melakukan dua pekara:

1. Memakai ihram sebelum memasuki Miqat. Bagi jemaah haji Malaysia/


Singapura yang hendak terus ke Makkah, adalah lebih baik bagi anda
memakai ihram di rumah, sebelum berangkat ke lapangan terbang.
Ini adalah kerana untuk memakai ihram di dalam kapal terbang amat
menyulitkan.
2. Berniat ihram ketika memasuki kawasan Miqat1

Pakaian Ihram

BAGI LELAKI: Dua helai yang tidak bercantum/berjahit, sehelai dipakai


untuk menutupkan aurat anda di antara pusat dan lulut dan sehelai lagi
digunakan menutup bahu dan badan. Tiap-tiap sehelai kain itu berukuran
2¼ meter dan disunatkan berwarna putih.

BAGI PEREMPUAN: Pakaian ihram anda boleh menurut apa juga fesyen
baju asalkan ia menutup semua badan anda kecuali muka dan dua tapak
tangan dan disunatkan berwarna putih juga.

1 Orang perempuan yang sedang dalam haid atau nifas tidak ditegah berniat dan mengerjakan haji
atau umrah, atau kedua-duanya sekali, melainkan tawaf sahaja.

21
Cara Memakai Ihram

Cara memakai kain ihram bagi lelaki

1 2

22
Cara memakai kain ihram bagi lelaki secara idtiba’

1 2

3 4

23
Pakaian ihram bagi wanita

Depan Belakang

Niat Ihram

Niat hendaklah dilakukan di dalam hati. Dilafazkannya dengan mulut


terlebih dahulu adalah afdal. Anda boleh berniat di dalam bahasa Melayu
jika itu lebih memudahkan anda.

1. Bagi ihram Haji (Haji Ifrad) lafaz niatnya:

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.

24
2. Bagi ihram Umrah (Haji Tamattuk) lafaz niatnya:

Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya


kerana Allah Ta’ala.

3. Bagi ihram Haji serta Umrah (Haji Qiran) lafaz niatnya:

Sahaja aku mengerjakan haji serta umrah dan aku berihram


dengan kedua-duanya kerana Allah Ta’ala.

Sunat Ihram

Sebelum memakai ihram, anda disunatkan melakukan perkara-perkara


berikut:
• Mencabut/mencukur bulu ketiak dan bulu ari-ari, mengandam misai,
janggut dan rambut.
• Mengerat kuku.
• Mandi Sunat ihram dengan lafaz niatnya:

Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta’ala.

• Memakai pakaian ihram berwarna putih.


• Sembahyang sunat ihram dua rakaat, pada waktu yang dibolehkan.

Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

25
• Membanyakkan talbiyah selepas berniat:

Hamba-Mu datang menyahut panggilan Engkau, ya Allah! Hamba-Mu datang


menyahut panggilan Engkau, hamba-Mu datang menyahut panggilan Engkau,Tuhan
yang tidak ada sekutu bagi Engkau, hamba-Mu datang menyahut panggilan Engkau.
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Engkau,
tidak ada yang sekutu bagi Engkau.

Pantang-Larang Semasa Dalam Ihram

Sebaik sahaja anda berniat ihram, maka anda dilarang melakukan perkara-
perkara berikut:
• Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi jemaah
lelaki umpamanya, seluar, baju, sarung kaki, kasut dan sebagainya.
• Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai
songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak ditengah sekiranya berteduh di
bawah payung atau pokok.
• Menutup muka bagi perempuan.
• Memakai sarung tangan.
• Memakai bau-bauan di badan, pakaian, di tempat tidur atau pada makanan,
minuman atau menyedutnya ke dalam hidung.
• Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
• Mengerat atau mencabut kuku atau sebagainya.
• Menggunting atau mencabut rambut di kepala atau menghilangkan mana-
mana bulu di anggota badan.
• Memburu binatang buruan daratan yang halal dimakan atau
membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
• Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuh-tumbuhan di
Tanah Haram.
• Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, atau berpeluk
yang menaikkan nafsu syahwat.
• Bersetubuh.
• Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
Jika anda melakukan pantang-larang ini, anda dikenakan dam.

26
Hijr Ismail

Hijr Ismail adalah dikira sebahagian daripada Ka’abah, dari itu apabila
bertawaf hendaklah dilakukan di luar lengkongannya.

Jemaah haji digalakkan istilam


Hajar Aswad yang terletak di
salah satu sudut Baitullah ketika
mula hendak mengerjakan tawaf,
sekiranya keadaan mengizinkan.

27
Tawaf

Tawaf ialah anda mengelilingi Ka‘abah sebanyak tujuh pusingan dengan


syarat anda:
• Suci daripada hadath besar dan kecil.
• Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.
• Menutup aurat sebagaimana di dalam sembahyang.
• Memulakannya pada sudut Hajar Aswad dan berniat tawaf jika Tawaf
Qudum, Tawaf Nazar, Tawaf Sunat atau Tawaf Wada’ (tidak wajib berniat
jika tawaf itu Tawaf Haji atau Tawaf Umrah tetapi sunat jika dilakukan).
• Bertawaf dengan tujuan tawaf. Tidak sah tawaf sekiranya anda
melakukannya dengan tujuan yang lain seperti hendak mencari kawan dan
sebagainya.
• Menjadikan Baitullah di sebelah kiri setiap waktu semasa anda berjalan
tawf dan hendaklah menghala ke hadapan.
• Hendaklah melakukannya di dalam Masjidil Haram dan Syazarwan
(tembok yang dijadikan bingkai di kaki Baitullah). Ini adalah kerana kedua-
dua Hijir Ismail dan Syazarwan termasuk daripada bahagian Baitullah.
• Mencukupkannya sebanyak tujuh keliling dengan yakin.

Jenis-jenis Tawaf

1. Tawaf Qudum
Tawaf selamat datang ke Makkah kerana mengunjungi Baitullah. Bagi
jemaah haji yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran disunatkan
mengerjakan Tawaf Qudum dan diwajibkan berniat, lafaznya :

Ya Allah aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling Tawaf Qudum kerana Allah Ta ‘ala.

28
2. Tawaf Ifadah
Tawaf Haji bagi jemaah haji yang balik dari Arafah. Ia merupakan tawaf
rukun dan lafaz niatnya:

Ya Allah, ya Tuhanku, aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling Tawaf Haji
kerana Allah Ta‘ala, maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku.

3. Tawaf Haji Serta Umrah


Untuk jemaah haji yang mengerjakan Haji Qiran, lafaz niatnya:

Ya Allah, ya Tuhanku, sahaja aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling


Tawaf Haji Serta Umrah kerana Allah Ta’ala maka permudahkanlah bagiku
dan terimalah daripadaku.

4. Tawaf Sunat
Tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai, lafaz niatnya:

Ya Allah aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling Tawaf Sunat kerana
Allah Ta’ala maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku.

29
5. Tawaf Wada’
Tawaf selamat tinggal dan wajib dilakukan apabila seseorang itu hendak
meninggalkan Makkah untuk perjalanan yang jauhnya 2 marhalah (90 km)
kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Lafaz niat Tawaf Wada’:

Ya Allah sahaja aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling Tawaf Wada’
kerana Allah Ta’ala maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku.

Sunat-Sunat Tawaf

• Tawaf dengan tawaduk dan khusyu’.


• Ber-idtiba’ (menjadikan tengah kain selendang di bawah ketiak kanan
dan kedua-dua hujungnya terletak di atas bahu kiri dan berkeadaan bahu
kanan terbuka) bagi jemaah haji lelaki yang mengerjakan Tawaf Haji atau
Tawaf Umrah, yang diiringi selepasnya dengan sa’i.
• Keadaan tawaf itu berjalan kaki (kecuali bagi jemaah haji yang uzur,
bolehlah diusung atau sebagainya).
• Melakukan ramal (berlari-lari anak dengan memendekkan langkah, bukan
melompat) bagi jemaah haji lelaki, pada keliling yang pertama, kedua dan
ketiga - iaitu pada tawaf yang diiringi sa’i selepasnya.
• Melakukan istilam iaitu menjabat Hajar Aswad dengan tapak tangan
kemudian mengucupnya, kalau tidak dapat, disunatkan isyarat dengan
tangan sahaja dari jauh kemudian kucup tapak tangan itu. Begitu juga
istilam di Penjuru Yamani tetapi tidak sunat mengucapkan.
Bagi jemaah haji perempuan, anda tidak sunat melakukan istilam kecuali
ketika lapang dan tidak bersesak-sesak, maka memadailah dengan isyarat
sebagaimana dinyatakan di atas.
• Berturut-turut tujuh pusingan tawaf.
• Membaca zikir dan do’a yang warid (datang daripada Rasulullah atau
para sahabat).
• Sembahyang sunat Tawaf dua rakaat setelah selesai tawaf dan sunat pula
sembahyang itu di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.

30
Hijr Ismail
Pancuran emas
Rukun Syami Rukun Iraqi
±11 meter
±12½ meter

±12 meter

Makam
KA’ABAH Nabi Ibrahim

Pintu Kaabah
±10¼ meter Multazam
Rukun Yamani
Rukun Hajar
Aswad Niat mengerjakan
tawaf bermula
di sini

31
Sa’i

Berjalan atau menggunakan kenderaan berulang-alik di antara Safa dan


Marwah sebanyak tujuh kali iaitu dari Safa ke Marwah dikirakan sekali
dan dari Marwah ke Safa dikirakan sekali (bermula dari Safa dan tamat di
Marwah).

Sesungguhnya ‘Safa’ dan ‘Marwah’ itu adalah sebahagian daripada syi’ar


(lambang) agama Allah. – Surah al-Baqarah:158

Syarat-Syarat Sa’i

• Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun dan boleh juga selepas Tawaf
Qudum.
• Memakai ihram untuk mengerjakan Sa’i Umrah, dan juga Sa’i Haji
Qiran dan Sa’i Haji Ifrad apabila ia dilakukan selepas Tawaf Qudum dan
sebelum wuquf di Arafah.
• Sekiranya Sa’i tidak dikerjakan selepas Tawaf Qudum, ia boleh dilakukan
selepas Tawaf Ifadah.
• Sekiranya jemaah haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan Sa’i

32
selepas Tahallul Awal pada 10 Zulhijjah, tidaklah wajib baginya memakai
ihram.
• Mulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah.
• Cukup tujuh kali dengan yakin iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali
dan dari Marwah ke Safa sekali.
• Hendaklah sa’i hingga sampai di tempat yang dikehendaki di Bukit Safa
dan di Marwah pada setiap kali. Jemaah haji yang bersa’i dengan diusung
atau berkereta sorong, hendaklah memastikan bahawa usungan atau kereta
sorong itu bermula dari tempat permulaan dan kesudahannya pada tempat
yang dikehendaki pada setiap kali.
• Hendaklah sa’i di Batnul Wadi (tempat yang termaklum).
• Tidak berniat lain yang boleh memosongkan tujuan sa’i.

Sunat-Sunat Sa’i

Sunat-sunat dalam masa mengerjakan sa’i ada banyak di antaranya:


• Keluar ke tempat sa’i dengan melalui pintu Safa
• Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit bagi
jemaah haji lelaki
• Menghala ke arah Baitullah serta bertakbir setiap kali berada di Bukit
Safa dan Marwah
• Berlari-lari anak bagi jemaah haji lelaki, tidak bagi jemaah haji perempuan,
apabila sampai di tempat yang bertanda hijau (lampu atau tiangnya)
• Muwalat (berturut-turut)
• Berwuduk
• Berjalan, kecuali jika uzur bolehlah menggunakan kenderaan
• Membaca zikir, do’a atau Al-Qur’an
• Membaca:

33
Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurnialah
kami kemurahan Engkau dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui.
Sesungguhnya Engkaulah mengetahui apa yang kami tidak ketahui, Engkaulah
Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah
kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami
daripada azab api neraka.

Niat Sa’i

Apabila sampai ke Bukit Safa - jemaah haji lelaki saja yang digalakkan
mendaki bukitnya, sambil menghadap ke Baitullah anda bolehlah berniat:

1. Lafaz niat Sa’i Haji

Ya Allah, ya Tuhanku, sahaja aku Sa’i di antara Safa dan Marwah tujuh kali
Sa’i Haji kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz niat Sa’i Umrah

Ya Allah, ya Tuhanku, sahaja aku Sa’i di antara Safa dan Marwah tujuh kali
Sa‘i Umrah kerana Allah Ta’ala.

34
3. Lafaz niat Sa’i Haji Serta Umrah

Ya Allah, ya Tuhanku, sahaja aku Sa’i di antara Safa dan Marwah tujuh kali Sa’i
Haji serta Umrah kerana Allah Ta’ala

Setelah selesai mengerjakan tawaf, jemaah haji disunatkan meminum


air Zamzam yang sentiasa melimpah sejak zaman berzaman di kawasan
Masjidil Haram.

35
Tahallul

Ertinya melepaskan diri daripada pantang-larang dalam masa Ihram Haji


atau Ihram Umrah atau kedua-duanya.

Tahallul haji terbahagi kepada dua :


1. Tahallul Awal iaitu apabila selesai dikerjakan dua daripada tiga perkara:
a. Melontar Jamrah ‘Aqabah.
b. Tawaf rukun dan sa’i jika sa’i belum dikerjakan.
c. Bercukur/bergunting.

Apabila sempurna dilakukan Tahallul Awal, maka seseorang yang ber-


Ihram Haji itu terlepaslah daripada pantang-larang ihram melainkan
perkara-perkara berikut:
- Berkahwin atau mengahwinan (menjadi wali atau wakil wali) atau
mernerima wakil kahwin.
- Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan seperti bercumbu-
cumbuan dan sebagainya.

2. Tahallul Thani, apabila sempurna dikerjakan ketiga-tiga perkara yang


disebut pada Tahallul Awal itu maka tidaklah ada lagi apa-apa pantang-
larang dalam ihram.

Peringatan: Mengerat, memotong, menebang, mencabut pokok atau


tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram dan memburu binatang buruan di darat,
yang halal dimakan di Tanah Haram adalah haram sekalipun seseorang itu
telah ber-tahallul. Ini adalah kerana menghormati Tanah Haram.

Bercukur/Bergunting

Bercukur/bergunting rambut di kepala kerana ber-tahallul, sekurang-


sekurangnya tiga helai. Yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi jemaah
haji lelaki; bagi jemaah haji perempuan hanya bergunting. Jika anda tiada
mempunyai rambut, sunat melalukan mata pisau cukur di kepala anda.
Waktu bercukur/bergunting adalah selepas separuh malam, malam

36
10 Zulhijjah dan afdal bagi mereka yang hendak membuat tahallul itu ialah
selepas melontar Jamrah ‘Aqabah. Bagi yang tidak membuat Tahallul Awal,
maka bercukur/bergunting adalah sa’i, dan bagi anda yang menngerjakan
Haji Ifrad yang tidak membuat Tahallul Awal dan telah mengerjakan sa’i
selepas Tawaf Qudum ialah selepas Tawaf Ifadah (tawaf rukun).
Bagi anda yang mengerjakan umrah waktu bercukurnya ialah selepas sa’i.
Tiada halangan anda mencukur/menggunting jemaah haji lain
sebelum anda mencukur/menggunting diri anda sendiri.

DOA SELEPAS BERCUKUR/BERGUNTING

Segala puji bagi Allah yang telah menolongku menunaikan ibadah umrahku ini.
Ya Allah, berilah aku satu kebaikan dengan setiap helai rambut ini dan padamkanlah
dengannya setiap satu kejahatan. Dan angkatlah aku dengannya satu darjat,
ampunilah aku dan sekalian yang bercukur dan bergunting dan sekalian Muslimin. Ya
Allah, tambahkanlah kami dengan keimanan, keyakinan, taufiq dan pertolongan dan
ampunilah kami serta ibu bapa kami. Semoga Allah mencucuri rahmat dan salam ke
atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya. Amin.

Tertib Pada Kebanyakan Rukun

Rukun-rukun Haji itu hendaklah anda lakukan dengan tertib pada


kebanyakannya, iaitu berniat ihram dahulu daripada rukun yang lain;
wuquf dahulu daripada Tawaf Ifadah; tawaf dahulu daripada sa’i – tetapi
Sa’i Haji boleh dikerjakan sebelum wuquf dan tawaf rukun bagi anda
yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran iaitu selepas Tawaf Qudum.
Begitu juga bercukur/bergunting, boleh dilakukan selepas wuquf, selepas
melontar Jamrah ‘Aqabah.
Adapun rukun umrah wajib dikerjakan satu demi satu mengikut tertibnya.

37
Wuquf Di Arafah

Wuquf bererti seseorang jemaah haji itu berada di bumi Arafah walau
sesaat sekali pun, dari waktu gelincir matahari pada hari ke-9 Zulhijjah
hingga sebelum terbit fajar pagi hari yang ke-10 Zulhijjah, dengan syarat-
syarat yang tertentu seperti tidak hilang akal atau pitam atau gila sepanjang
masa wuquf itu. Sebaik-baiknya anda berada di sana sebahagian daripada
hari ke-9 dan sebahagian malam ke-10 Zulhijjah.

Sunat-Sunat Wuquf

Sunat-sunat wuquf itu banyak, di antaranya:


• Suci daripada hadath dan kekotoran.
• Banyak membaca al-Qur’an, istighfar, talbiyah dan berdo’a kerana
diriwayatkan oleh Saiyidatina ‘Aisyah r.a bahawa Rasulullah ada
bersabda:
“Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Ta’ala memerdekakan hamba-Nya
daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wuquf) dan sesungguhnya
Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan
mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh
mereka.”
• Mengadap kiblat ketika membaca Al-Qur’an, berzikir dan berdo’a.

Bermalam Di Muzdalifah

Muzdalifah ialah satu tempat terletak lebih kurang 8km dari Arafah.
Anda dan para jemaah haji lain dikehendaki bermalam di Muzdalifah itu
memadai berada di dalam kawasannya walaupun seketika, selepas separuh
malam yang ke-10 Zulhijjah (malam Hari Raya Haji).
Meninggalkan bermalam di Muzdalifah tanpa uzur syar’i (yang
dibenarkan oleh agama) adalah berdosa dan dikenakan dam tertakluk
kepada syarat-syaratnya.

38
Jemaah Shahidah di khemah Arafah

Kompleks melontar jamrah

39
Melontar Jamrah ‘Aqabah

Selepas bermalam di Muzdalifah, anda dan jemaah haji lain dikehendaki


pula menuju ke Mina (7km dari Muzdalifah) untuk melontar Jamrah ‘Aqabah.
Waktu melontar Jamrah ‘Aqabah ialah mulai selepas separuh malam
Hari Raya Haji dan berlanjutan masanya hingga sebelum jatuh matahari
13 Zulhijjah.

Bermalam Di Mina

Bermalam di Mina pada malam-malam Hari Tasyriq iaitu pada malam 11,
12 dan 13 Zulhijjah. Para jemaah haji disyaratkan berada di kawasan bumi
Mina lebih daripada separuh malam pada malam-malam tersebut. Tetapi
boleh juga anda keluar meninggalkan Mina dan menuju ke Makkah pada
hari ke-12 Zulhijjah dengan syarat-syaratnya, cara sedemikian dinamakan
Nafar Awal.

Syarat-syarat Nafar Awal4


• Meninggalkan Mina selepas gelincir matahari ke-12 Zulhijjah dan
sebelum jatuh matahari hari tersebut.
• Sudah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah pada Hari Tasyriq
(11 dan 12 Zulhijjah).
• Telah bermalam di Mina selama dua malam.
• Berniat Nafar Awal terlebih dahulu untuk kembali ke Makkah semasa
berada di kawasan Mina dan tidak berazam lagi hendak kembali ke Mina.
Sesiapa yang tidak bermalam di Mina dikenakan dam tertakluk kepada
syarat-syaratnya.

Melontar Ketiga-tiga Jamrah

Melontar ketiga-tiga Jamrah5 (Ula,Wusta dan ‘Aqabah/Kubra) pada Hari


Tasyriq pada waktu-waktu seperti berikut:
1. Hari ke-11 dan 12 Zulhijjah mulai dari waktu gelincir matahari hingga
terbit fajar hari berikutnya.

4 Nafar Awal ialah keadaan di mana jemaah haji bermalam di Mina hanya selama dua malam
sahaja (11 dan 12 Zulhijjah), dengan syarat-syaratnya.

40
2. Pada hari ke-13 Zulhijjah, mulai dari gelincir matahari hingga sebelum
jatuh matahari.
3. Bagi orang yang tiada berkuasa/uzur pada hari ke-11 dan 12 Zulhijjah,
hendaklah melontar pada hari 13 Zulhijjah sebelum jatuh matahari.

Syarat-syarat Melontar

• Hendaklah melontar tujuh kali dengan tujuh anak batu pada tiap-tiap
jamrah (iaitu sebutir batu bagi sekali melontar).
• Melontar dengan tertib dimulai dari Jamrah Ula, kemudian Jamrah
Wusta dan disusuli pula oleh Jamrah ‘Aqabah pada Hari Tasyriq.
• Tidak terpesong niat kepada tujuan-tujuan yang lain ketika melontar itu.
• Hendaklah melontar dengan batu atau jenis-jenisnya.
• Batu yang dilontar itu hendaklah jatuh ke dalam jamrah dengan yakin.
• Hendaklah melontar dengan tangan.
• Hendaklah melakukan lontaran dengan gaya melontar.
• Tidak boleh melontar ketiga-tiga jamrah bagi hari ke-12 Zulhijjah
melainkan sesudah melontar ketiga-tiga jamrah itu bagi hari ke-11
Zulhijjah. Begitu juga tidak boleh melontar bagi hari 13 Zulhijjah
melainkan setelah melontar ketiga-tiga jamrah bagi hari yang ke-12.

Peringatan: Sesiapa yang tidak dapat melontar jamrah kerana uzur syar’i,
bolehlah ia mewakilkan penggantianya untuk melontar bagi pihak dirinya
dengan syarat orang yang diwakilkan itu sudah pun menyempurnakan
lontaran ketiga-tiga jamrah bagi dirinya sendiri pada hari itu sama ada
11,12 atau 13 Zulhijjah.

Masalah melontar sebelum gelincir matahari, para ulama berbeza pandangan.


Imam Rafie dan Imam Al Haramain membolehkan melontar sebelum
gelincir matahari dan membilangkan Imam Asnawi akan muktamadnya
pendapat ini. Dan itulah yang dikenal dalam mazhab.
Dan jika mengikut pendapat ini maka dibenarkan bermula melontar
setelah terbit fajar. – Tohmatul Muhtaj yang dikarang Imam Ibnu Hajar Al-Haitami

5 Letaknya ketiga-tiga jamrah ini ialah di dalam kawasan Mina. Jarak dari Jamrah Ula ke Jamrah
Wusta lebih kurang 0.1km. Jarak dari Jamrah Wusta ke Jamrah ‘Aqabah pula lebih kurang 0.3km.

41
CONTOH PERGERAKAN MELONTAR

42
43
DAM

Dam ialah binatang tertentu (unta, kerbau, lembu, kambing, biri-biri dan
kibas) yang disembelih dan gantiannya daripada makanan atau puasa.

Siapa Yang Diwajibkan Membayar Dam?

Dam diwajibkan kepada anda yang:


• Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadah haji dan umrah;
• Melanggar pantang-larang semasa msih dam ihram; dan
• Mengerjakan Haji Tamatuk atau Haji Qiran, dengan syarat-syaratnya:
− Luput wuquf di Arafah bagi mereka yang tiada uzur syar’i
− Meninggalkan Tawaf Wida’ bagi mereka yang tiada uzur syar’i
− Berlaku ihsar bagi orang yang telah berniat ihram (terhalang daripada
menyempurnakan wuquf di Arafah, tawaf atau sa’i dengan sebab
ketakutan dari musuh, penyakit dan sebagainya)

Jenis-jenis Dam

Dam terbahagi kepada empat bahagian:

1. Dam Tertib dan Taqdir


Tertib ialah mengerjakan satu demi satu, ini bererti dam itu tidak boleh dipilih
atau diganti dengan yang lain melainkan setelah seseorang itu tidak terdaya
melaksanakannya. Taqdir pula ialah penentuan syara’ sebagai gantiannya.
Dam ini dikenakan jika anda melakukan salah satu daripada perkara-
perkara berikut:
• Tidak berihram di Miqat
• Mengerjakan Ihram Tamattuk (tertakluk dengan syarat-syaratnya)
• Mengerjakan Ihram Qiran (tertakluk dengan syarat-syaratnya)
• Luput wuquf di Arafah
• Tidak melontar jamrah
• Tidak bermalam di Muzdalifah (tertakluk dengan syarat-syaratnya)
• Tidak bermalam di Mina (tertakluk dengan syarat-syaratnya)

44
• Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji.
• Meninggalkan Tawaf Wida’ (tertakluk dengan syarat-syaratnya).
Bagi jemaah haji perempuan yang sedang dalam haid atau nifas
atau mereka yang ada uzur syar’i yang lain, tidak diwajibkan Tawaf
Wida’ dan tidak dikenakan dam. Tetapi eloklah baginya berada di luar
Masjidil Haram dan memandang ke Baitullah dengan perasaan terharu
hendak meninggalkan rumah Allah itu sambil berdo’a.

Dam yang dikenakan kerana melakukan perkara-perkara di atas ialah dengan:


− Menyembelih seekor kambing atau kibas atau 1/7 bahagian daripada
unta, lembu atau kerbau; jika tidak berkuasa,
− Hendaklah berpuasa sepuluh hari iaitu tiga hari dalam masa
mengerjakan haji dan tujuh hari apabila kembali ke negerinya; jika
tidak terdaya (kerana sudah tersangat tua),
− Wajib mengeluarkan satu cupak (biji-bijian yang mengenyangkan) bagi
sehari, unuk dibahagikan kepada fakir miskin; jika tidak terdaya juga,
− Tertanggunglah di atas zimmah dirinya.

Perhatian:
a. Dam bagi sesiapa yang meninggalkan Mina adalah seperti berikut:

Selama Damnya

Satu malam Secupak biji-bijian yang mengenyangkan seperti gandum,


beras dan seumpamanya, diberi kepada fakir miskin.
Dua malam Dua cupak biji-bijian seperti di atas.
Tiga malam Seekor kambing/kibas atau 1/7 daripada seekor lembu/
kerbau/unta.

Jika tidak berkuasa:


− Hendaklah berpuasa sepuluh hari iaitu tiga hari dalam masa mengerjakan
haji dan tujuh hari apabila pulang ke negerinya.
Jika tidak terdaya (kerana terlalu tua):
− Hendaklah dikeluarkan satu cupak biji-bijian bagi sehari.
Jika tidak terdaya juga:
− Tertanggunglah di atas zimmah-nya.

45
b. Syarat-syarat yang dikenakan dam bagi jemaah yang mengerjakan Haji
Tamattuk ialah:
• Ia bukan daripada penduduk Makkah.
• Ia tinggal di tempat yang jauhnya 2 marhalah (90 km) atau lebih, dari
Tanah Haram.
• Ia mengerjakan haji dan umrah dalam tahun yang sama.
• Ia tidak berniat Ihram Haji di Miqat bagi penduduk negerinya atau
bagi penduduk dari arah mana ia datang masuk ke Tanah Haram untuk
mengerjakan haji.
• Ia tidak berniat Ihram Haji dari tempat yang jaraknya 2 marhalah
(90km) atau lebih dari Tanah Haram.

Ini bermakna seorang jemaah haji yang mengerjakan Haji Tamattuk itu
tidak dikenakan dam sekiranya ia:
• penduduk Tanah Haram.
• tinggal di tempat yang jaraknya kurang dari 2 marhalah (90 km)
dari Tanah Haram.
• kembali ke Miqatnya atau ke tempat yang jaraknya 2 marhalah
(90km) atau lebih, dari Tanah Haram kerana berniat Ihram Haji.

c. Ini juga bermakna jemaah haji yang mengerjakan Haji Qiran tidak
dikenakan dam jika:
• ia penduduk Tanah Haram, atau
• tempat tinggalnya tidak sampai 2 mahalah dari Tanah Haram, atau
• ia kembali ke miqatnya atau ke tempat yang jaraknya 2 marhalah atau
lebih dari Tanah Haram kerana berniat Ihram Haji.

d. Siapakah yang dibolehkan tidak bermalam di Mudzalifah dan Mina dan


tidak dikenakan dam?
• Orang yang takut keselamatan dirinya, harta bendanya atau perkara-
perkara ang dihormati oleh syara’ walaupun milik orang lain akan
terancam atau mendapat bahaya dengan sebab ia bermalam di
Mudzalifah itu.
• Orang yang menjaga orang sakit atau menemaninya.
• Orang yang mencari hambanya yang lari.
• Orang yang ada penyakit yang sukar baginya untuk bermalam di
Mudzalifah.

46
2. Dam Tertib dan Ta’dil
Ta’dil bererti tidak terdaya mengeluarkan makanan, oleh itu digantikan
dengan puasa. Dam ini dikenakan, jika jemaah haji melakukan salah satu
daripada perkara-perkara tersebut:
• Persetubuhan yang merosakkan haji, iaitu yang dilakukan sebelum
Tahallul Awal atau sebelum selesai kerja-kerja amalan umrah bagi
ibadah umrah sama ada fardu atau sunat. Damnya ialah:
− menyembelih seekor unta yang boleh dibuat korban; jika tidak
berkuasa,
− digantikan dengan menyembelih 7 ekor kambing; jika tidak
terdaya juga,
− hendaklah dibeli makanan dengan nilai harga seekor unta kemudian
dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram; jika tidak
berkuasa pula,
− hendaklah berpuasa seberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan
yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta bagi dam itu dan wajib
diselesaikan amalan-amalan haji dan umrahnya dan wajib diqadakan
hajinya pada tahun hadapan.
• Jika seseorang itu tertahan atau ditahan (ihsar) dalam perjalanan oleh
musuh atau ia terkepung yang menyebabkan tidak dapat masuk ke
Makkah, sedangkan ianya sudah berihram, maka hendaklah ia ber-
tahallul iaitu dengan:
− menyembelih seekor kambing atau kibasy kemudian bercukur/
bergunting dengan niat tahallul, jika tidak berkuasa,
− hendaklah membeli makanan dengan nilaian seekor kambing
dan dibahagikan kepada fakir miskin di tempat ihsar itu, jika tidak
berkuasa juga,
− hendaklah ia berpuasa seberapa hari sebanyak bilangan cupak
makanan yang dibeli dengan nilai seekor kambing itu.

3. Dam Takhyir dan Ta’dil


Takhyir bererti boleh dipilih satu daripada perkara yang ditetapkan. Dam
ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara-
perkara berikut:
• Berburu binatang buruan daratan.
• Menebang, mengerat atau mencabut pokok di Tanah Haram Makkah,
kecuali pokok yang mati kering.
Damnya bolehlah dipilih di antara menyembelih binatang bandingnya itu:

47
− Jika binatang yang diburu itu sebanding dengan binatang ternakan,
seperti rusa, maka bandingannya ialah lembu.
− Jika kijang bandingannya ialah kambing dan sebagainya.
Daging dam itu dibahagikan kepada penduduk fakir miskin di Tanah
Haram, atau dibeli makanan dengan nilai harganya.Makanan itu hendaklah
dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram, atau berpuasa seberapa
hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainnya
iaitu kadar satu cupak sama dengan berpuasa satu hari.
Cara-cara membayar dam kerana menebang pokok atau mengeratnya
dalam kawasan Tanah Haram adalah sama dengan dam berburu binatang
menurut besar kecilnya.

4. Dam Takhyir dan Taqdir


Taqdir bererti ketetapan barang yang boleh diganti. Dam ini dikenakan jika
dilakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
• Memakai pakaian yang dilarang dalam masa ihram.
• Membuang tiga helai rambut atau bulu dari mana-mana bahagian badan.
• Mengerat kuku, menanggal atau membinasakannya.
• Memakai bau-bauan.
• Memakai minyak di kepala/janggut dan bulu-bulu muka selain daripada
bulu tumbuhan di pipi dan dahi.
• Melakukan perkara permulaan persetubuhan seperti bercumbu-cumbuan.
• Melakukan persetubuhan slepas selesai Tahallul Awal tetapi belum selesai
Tahallul Thani.
• Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.

Damnya ialah:
− Menyembelih seekor kambing/kibas atau 1/7 daripada seekor lembu/
kerbau/unta, atau
− Bersedekah kepada enam orang fakir miskin sebanyak dua cupak
makanan tiap-tiap seorang, atau
− Berpuasa tiga hari.

Perhatian: Dam bagi menggugurkan sehelai rambut atau sehelai bulu


atau satu kuku atau sebagainya ialah satu cupak makanan dan dua helai
rambut atau dua helai bulu atau dua kuku ialah dua cupak makanan, diberi
kepada fakir miskin.

48
SOLAT JAMA’ & QASAR

SOLAT DALAM MASA PERJALANAN MENGERJAKAN HAJI

Sebagaimana yang diketahui umum, sembahyang itu adalah salah satu


daripada Rukun Islam yang lima, oleh itu anda yang cukup syarat, tidaklah
boleh meninggalkannya sekali-kali walau di mana anda berada, melainkan
jika anda di dalam uzur syar’i seperti kehilangan akal, kedatangan haid
atau nifas.
Menurut hadith daripada Saiyidina Jabir yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

Perbezaan di antara seseorang lelaki dan seseorang yang kufur (syirik) ialah
meninggalkan sembahyang.

Sembahyang Dalam Kapal Terbang

Seperti yang kita maklum, di dalam kapal terbang tidak ada kemudahan
untuk berwuduk dan tempat sembahyang. Tetapi anda masih boleh
mengerjakan fardu kerana menghormati waktu. Anda tidak perlu
berwuduk. Apa yang perlu anda buat ialah membuat gerakan sembahyang
sama seperti orang bersembahyang ketika terikat di sebatang pokok iaitu
dengan isyarat sahaja. Tetapi setelah sampai di Jeddah, jika masih ada lagi
waktu sembahyang itu, maka wajiblah anda sembahyang semula dan jika
waktunya sudah luput, bolehlah anda mengqada sembahyang tersebut.
Begitu juga ketika dalam perjalanan pulang ke tanahair. Anda bolehlah
lakukan sembahyang kerana menghormati waktu di dalam kapal terbang.

49
Sembahyang Qasar Dan Jama’

Sembahyang Qasar ertinya mengerjakan sembahyang yang mempunyai


empat rakaat dengan memendekkannya menjadi dua rakaat sahaja
(bagi sembahyang Zuhur, ‘Asar dan Isya’). Sembahyang Jama’ pula ialah
mengerjakan sembahyang dengan menghimpunkan dua sembahyang
menjadi satu umpamanya, di antara sembahyang Zuhur dengan ‘Asar dan
di antara Maghrib dengan ‘Isya.
Sembahyang-sembahyang ini diharuskan oleh syara’ kepada para
musafir dengan syarat-syarat tertentu.

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa
menqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-
orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh kamu yang amat
nyata. – Surah An-Nisa: 101

Sabda Rasulullah SAW pula yang diriwayatkan oleh Muslim:

Sembahyang qasar itu adalah satu daripada rahmat (kelonggaran) ang dikurniakan
oleh Allah Ta’ala ke atas kamu maka hendaklah kamu terima anugerah
pengurniaan-Nya.

Oleh yang demikian, anda yang sedang dalam perjalanan ke Tanah Suci
Makkah bolehlah mengerjakan sembahyang fardu sama ada dengan qasar
sahaja tanpa jama’ ataupun dengan qasar berserta jama’.

50
Syarat-Syarat Sembahyang Qasar

• Jauh pelayaran atau perjalanan tidak kurang daripada 2 marhalah


(90 kilometer).
• Pelayaran atau perjalanan itu hendaklah diharuskan oleh syara’.
• Berniat qasar dalam takbiratulihram.
• Sembahyang yang diqasarkan (dipendekkan) itu hendaklah empat rakaat.
• Tidak berimam dengan orang yang sembahyang tamam (sempurna).
• Hendaklah diketahui qasar itu adalah harus.
• Berkekalan pelayarannya hingga selesai sembahyangnya.

Jenis –Jenis Sembahyang Jama’

1. Jama’ Taqdim: iaitu mengerjakan sembahyang Zuhur dan ‘Asar dalam


waktu Zuhur atau sembahyang Magrib dan Isya’ dalam waktu Maghrib.
2. Jama’ Ta’khir: iaitu mengerjakan sembahyang Zuhur dan ‘Asar dalam
waktu ‘Asar atau sembahyang Maghrib dan ‘Isya dalam waktu Isya’.

Syarat-syarat Sembahyang Jama’ Taqdim

• Hendaklah dimulakan sembahyang yang empunya waktu (iaitu


mendahulukan sembahyang Zuhur daripada ‘Asar dan Maghrib
daripada Isya’).
• Hendaklah berniat Jama’ Taqdim dalam sembahyang pertama (sebelum
salam) tetapi yang afdalnya dalam takbiratulihram.
• Berturut-turut di antara dua sembahyang yang dijama’kan
(dihimpunkan) itu.
• Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratulihram
sembahyang yang kedua.
• Berkeyakinan adanya waktu sembahyang yang pertama (Zuhur atau
Maghrib) berkekalan sehingga didirikan sembahyang yang kedua (‘Asar
dan Isya’).

51
Syarat-Syarat Sembahyang Jama’ Ta’khir
• Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama (Zuhur dan Maghrib).
• Berkekalan pelayaran hingga memberi salam sembahyang yang kedua
(‘Asar dan Isya’).

Cara Sembahyang Jama’ Taqdim dengan Qasar

1. Qasar dan Jama’ Zuhur dengan ‘Asar


Setelah masuk waktu Zuhur, anda perlulah bersuci, mengambil wudu’,
sunat azan dan kemudian qamat. Setelah itu berdiri menghadap kiblat,
lalu berniat:

Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur dua rakaat qasar serta dijama’kan
dengan ‘Asar, tunai kerana Allah Ta’ala.

Sempurnakanlah sembahyang Zuhur itu sebanyak dua rakaat sahaja


dengan membaca Fatihah dan surah pada kedua-dua rakaat itu.
Sesudah memberi salam, qamatlah sekali lagi dengan segera untuk
menunaikan fardu ‘Asar dengan niat:

Sahaja aku sembahyang fardu ‘Asar dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.

Sempurnakanlah fardu ‘Asar itu sebanyak dua rakaat saja sebagaimana


sembahyang Zuhur sebelumnya.

52
2. Qasar dan Jama’ Maghrib dengan Isya’
Di sini sembahyang Maghrib mesti ditunaikan sebanyak tiga rakaat dan
sembahyang Isya’ bolehlah diqasarkan menjadi dua rakaat sahaja.
Apabila masuk waktu Maghrib, sembahyanglah fardu Maghrib itu
sebanyak tiga rakaat seperti biasa dengan niatnya:

Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijama’kan dengan Isya’
tunai kerana Allah Ta’ala.

Setelah sesuai memberi salam,qamatlah sekali lagi dengan segera untuk


melaksanakan fardu Isya’ pula dengan niatnya:

Sahaja aku sembahyang fardu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Ta ‘ala.

Sempurnakanlah sembahyang Isya’ ini sebanyak dua rakaat sahaja.

53
Cara Sembahyang Jama’ Takhir Dengan Qasar

1. Qasar dan Jama’ Zuhur dengan ‘Asar


Apabila masuk waktu Zuhur dan sebelum habis waktunya, niatkanlah
dalam hati bahawa anda hendak menunaikan sembahyang fardu Zuhur itu
dalam waktu ‘Asar.
Dengan niat ini, anda tidaklah perlu bersembahyang Zuhur dalam
waktunya. Apabila masuk waktu ‘Asar, barulah anda menunaikan
sembahyang Jama’ Takhir yang telah diniatkan tadi.

Niat sembahyang Jama’ Takhir ini ialah :

Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur dua rakaat qasar dijama’kan dengan
‘Asar kerana Allah Ta’ala.

Sempurnakanlah sembahyang Zuhur itu sebanyak dua rakaat.


Selesai sahaja memberi salam, qamatlah sekali lagi dengan segera, untuk
menunaikan fardu ‘Asar sambil berniat:

Sahaja aku sembahyang fardu ‘Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.

Selesaikanlah sembahyang ‘Asar ini sebanyak dua rakaat sahaja.

54
2. Qasar dan Jama’ Maghrib dengan Isya’
Apabila masuk waktu Maghrib dan sebelum waktu itu habis, niatkan
dalam hati anda yang anda hendak menunaikan fardu Maghrib dalam
waktu Isya’. Dengan anda sembahyang Maghrib dalam waktunya itu.
Apabila masuk waktu Isya’ tunaikan sembahyang Jama’ Takhir ini
dengan memulakan fardu Maghrib dahulu dengan niatnya:

Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijama’kan dengan


‘Isya kerana Allah Ta’ala.

Setelah selesai bersalam, segeralah qamat untuk menunaikan fardu ‘Isya


pula. Kemudian berniat sembahyang:

Sahaja aku sembahyang fardu ‘Isya dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.

Sempurnakanlah sembahyang fardu Isya’ ini sebanyak dua rakaat sahaja


hingga selesai.

55
MASALAH KAUM PEREMPUAN

Jemaah haji perempuan yang didatangi haid dan nifas dalam masa mengerjakan
haji dan umrah ini tidak sunyi daripada tiga keadaan. Walau bagaimanapun,
keadaan-keadaan itu tidaklah menegah anda daripada menunaikan kerja-
kerja ibadah haji seperti beniat haji dan umrah, wuquf di Padang Arafah, sa’i,
bermalam di Muzdalifah, melontar jamrah di Mina dan lain-lai, kecuali tawaf.
Ini adalah kerana tempat bertawaf itu adalah di dalam Masjidil Haram dan
perempuan yang di dalam haid diharamkan memasuki masjid.

Keadaan yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:


1. Jemaah haji perempuan mengerjakan Haji Tamattuk, sama ada haid atau
nifas itu datang sebelum ihram atau semasa sedang berihram, manakala
anda sampai di Makkah, hendaklah anda tunggu sehingga suci. Sekiranya
anda suci sebelum berangkat ke Padang Arafah untuk menunaikan haji iaitu
hari anda memakai ihram dan berniat Ihram Haji maka hendaklah anda
mengerjakan Tawaf Umrah diikuti dengan sa’i Umrah dan bergunting.
Jika haid atau nifas itu terus berlaku hingga anda hendak berangkat
ke Arafah, maka hendaklah anda berniat Ihram Haji ketika itu dan jadilah
ianya Haji Qiran. Dengan demikian wajiblah anda menyempurnakan
dam sebagaimana Dam Qiran dengan syarat-syarat tertentu.
2. Jemaah haji perempuan yang haid mengerjakan Haji Ifrad atau Haji
Qiran hendaklah menyempurnakan semua pekerjaan haji kecuali tawaf
dan tawaf hendaklah dikerjakan setelah anda suci daripada haid atau
nifas tersebut.
3. Sekiranya haid atau nifas itu masih berkekalan pada salah satu daripada
dua keadaan di atas, hingga sampai waktu berangkat keluar Makkah
untuk pulang ke tanahair, anda hendaklah tunggu hingga suci untuk
mengerjakan tawaf jika boleh. Jika tidak, bolehlah anda ber-tahallul
dengan Tahallul Ihsar dengan menyembelih kambing dan bergunting
dengan niat tahallul. Pada ketika itu halallah apa-apa yang diharamkan
dalam masa ihram, tetapi terlebih dahulunya hendaklah anda keluar
ke suatu tempat yang perjalannya sekira-kira tidak berdaya anda balik
dari tempat itu ke Makkah kerana menyempurnakan tawaf itu. Dan jika
fardu, wajib anda mengerjakan tawaf di masa hadapan demikian juga sa’i
sekiranya ia belum disempurnakan.

56
MADINAH Al- MUNAWWARAH

Madinatul Munawwarah adalah kota suci kedua bagi umat Islam. Jauhnya
dari Makkah lebih kurang 447km. Menziarahi kota Madinah adalah
menjadi impian dan idaman istimewa bagi setiap jemaah haji khasnya dan
umat Islam amnya. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW
ada bersabda :

Tidak digalakkan mengembara melainkan kepada tiga buah masjid iaitu Masjidil
Haram, masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa (di Baitul Muqaddis).

Penghijrahan Nabi Muhammad

Menurut sejarah, junjungan Rasulullah SAW telah berhijrah ke Yathrib


(nama asal bagi Madinatul Munawwarah) setelah baginda menjadi Rasul
selama 13 tahun. Ketika itu usia baginda ialah 53 tahun.
Peristiwa penghijrahan yang amat penting itu berlaku kira-kira dalam
tahun Masihi 622 Baginda Junjungan bersama-sama sahabat, Abu Bakar al-
Siddiq tiba di Yathrib dalam bulan Rabiulawal tahun pertama Hijrah (ada
ahli sejarah mempunyai pendapat yang berlainan, tetapi kebanyakannya
mengatakan pad 12 Rabiulawal, hari Isnin). Sebelum tiba di kota ini,
baginda tinggal selama beberapa hari di Quba dan mendirikan masjid yang
pertama di situ, sebagaimana tersebut dalam Surah at-Taubah: 108:

Sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah
didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau
sembahyang kepadanya.

57
Kelebihan Madinah

Mengenai kelebihan Madinah dan Masjid Nabawinya, maka diperturunkan


di sini beberapa hadith.

1. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasullulah SAW ada bersabda:


Di lorong-lorong jalan Al-Madinah Al-Munawwarah banyak malaikat yang
mengawalnya untuk mencegah penyakit taun dan Dajjal supayaa tidak masuk ke
dalamnya.

2. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Daripada Anas r.a katanya: Rasulullah SAW ada bersabda: Tiap-tiap negeri
akan dimasuki oleh Dajjal melainkan Makkah Al-Mukarramah dan Al-Madinatul
Munawwarah.

58
3. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Rasullulah SAW ada bersabda:
Sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) terlebih afdal daripada masjid-masjid
yang lain sebanyak seribu kali sembahyang, melainkan Masjidil Haram.

4. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tabrani daripada Anas bin Malik

Iman itu akan berkumpul dan berhimpun di Madinah seperti ular kembali ke
lubangnya.

5. Junjungan Rasulullah SAW ada bersabda:

Sesiapa yang bersembahyang di masjidku empat puluh waktu dengan tidak luput
walau satu waktu pun, nescaya dilepaskannya daripada azab neraka dan azab kubur.

59
6. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari

Tempat di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-
taman syurga.

Madinah juga seperti Makkah dari segi kelebihan dan kemuliaannya. Oleh
itu, jemaah haji atau orang kebanyakan haram berburu binatang-binatang
yang halal dimakan. Begitu juga mencabut dan membinasakan pokok-
pokok dan tumbuh-tumbahaannya di dalam sempadan Tanah Haram
yang telah ditentukan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya:

Bahawasanya (Nabi) Ibrahim a.s telah mengharamkan Makkah dan sesungguhnya


kumengharamkan Madinah apa yang di antara dua labahnya (tanah atau bukit
yang penuh dengan batu-batu hitam kemerah-merahan, satu di timur Madinah dan
satu di baratnya) tidak dipotong pokoknya dan tidak diburu binatangnya.

Satu hadith yang lain menyatakan:

Madinah diharamkan apa yang di antara ‘Air hingga Thur. (‘Air adalah bukit
berhampiran dengan Zulhulaifah iaitu Miqat ahli Madinah dan Thur ialah bukit
kecil di belakang Bukit Uhud).

Perhatian:
• Di Tanah Haram Makkah tidak ada waktu tahrim (yang ditegah) untuk
dilakukan sembahyang sunat, manakala di Madinah ada waktunya.
• Haram mencabut pokok dan berburu di Tanah Haram Madinah seperti
juga di Makkah, jika dibinasakan maka ada dua qaul bagi Imam Syafie iaitu:
– Qaul Jadid, tidak kena fidyah, itulah yang Assah dalam Mazhab Syafie.
– Qaul Qadim, dikenakan fidyah.
Untuk memelihara kedua-dua pendapat itu, sunat dikeluarkan fidyah.

60
MASJID NABAWI

Dalam tahun yang sama juga, ketika baginda berhijrah, baginda Rasulullah
SAW telah mendirikan Masjid Nabawi (Madinah) di tapak di mana unta
baginda berhenti sendiri semasa tibanya baginda di Kota Madinah itu.
Tempat itu dipunyai oleh dua orang anak yatim bernama Sahl dan
Suhil, anak kepada ‘Amru. Mereka menghadiahkannya sahaja kepada
baginda Nabi. Tetapi baginda menolak dan Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq
r.a membayar harga tapak itu sebanyak 10 dinar emas, dengan wangnya
sendiri. Kawasan itu ialah kampung kafilah Baruan-Najjar, keadaannya
bertanah lapang dan tempat menjemur kurma.
Masjid yang didirikan oleh Rasulullah SAW itu sangat sederhana
keadaannya. Bentuknya hampir empat persegi, tiangnya daripada batang
pokok kurma dan dindingnya beratapkan daun-daun kurma, manakala
sebahagian yang lain berkeadaan lapang. Ukuran luasnya lebih kurang 382
meter persegi.
Masjid Nabawi ini telah diperbesarkan pertama kalinya pada zaman
Rasulullah SAW. Ia diperluaskan panjangnya lebih kurang 27½ meter
pada sebelah matahari jatuh dan lebarnya pada sebelah hala negeri Syam
sepanjang lebih kurang 36½ meter dengan pintunya sebanyak tiga buah.
Tiang-tiang dan jenang-jenang pintunya diperbuat daripada batu.

61
Kawalan di Masjid Nabawi
Masjid Nabawi mempunyai pintu-pintu tertentu yang dikhaskan bagi lelaki
dan perempuan secara berasingan. Begitu juga dengan tempat-tempat
sembahyang. Sekatan-sekatan diadakan bagi memisahkan jemaah lelaki
dengan jemaah perempuan.
Pintu-pintu masjid pula biasanya ditutup kepada semua jemaah satu
jam selepas sembahyang Isya’ dan dibuka lebih kurang jam 3.00 pagi
waktu tempatan setiap hari.
Pada musim haji, anda bolehlah melawat masjid ini selepas tiap-tiap
waktu sembahyang bagi lelaki. Tetapi bagi perempuan ada masanya, pada
kebiasaannya di sebelah pagi iaitu kira-kira jam 7.30 waktu tempatan
hingga sebelum tiba waktu Maghrib.

Kedudukan Makam Junjungan Rasulullah SAW


Nabi Muhammad SAW wafat dan dimakamkan di Madinatul Munawwarah
setelah bersemayam selama 10 tahun di Kota Suci ini. Mengenai kedudukan
makam Rasulullah serta dua makam sahabat baginda, ulama-ulama ada
bersalahan pendapat. Ini adalah kerana kebanyakan mereka menziarahi
makam tersebut dari luar lingkungan hujrah (bilik). Walaupun ada di antara
mereka yang dapat memasuki ke dalamnya, tetapi mereka tidak dapat
menentukan keadaan sebenar mengenai kedudukan dua makam sahabat
itu. Ini boleh jadi kerana perasaan gerun dan haibah (kehormatan) terhadap
junjungan Rasulullah SAW.
Walau bagaimanapun, menurut riwayat Nafi’ bin Na’im (yang menjadi
pengangan oleh kebanyakan ulama) dan juga riwayat ‘Urwah bin Azzubir
dan al-Qasim bin Muhammad: “Kepala Saiyidina Abu Bakar r.a terletak di
sisi dua bahu Rasulullah SAW dan kepala Saiyidina ‘Umar terletak di sisi
pinggang Saiyidina Abu Bakar r.a.”

Amalan Ziarah Di Madinah


Seperti yang diketahui umum, ramai jemaah haji melaksanakan amalan
ziarah di Madinah seolah-olah seperti mengamalkan Wajib Haji. Ini dilihat
daripada gerak-geri dan tindakan mereka khasnya yang berkaitan dengan
sembahyang 40 waktu, di mana jika mereka tidak dapat mengerjakan
ibadah itu, mereka akan mengambil berbagai tindakan supaya dapat
peluang mencukupkan bilangan waktu yang kurang itu.
Hal ini dapat dilihat juga pada jemaah haji perempuan yang didatangi
keuzurun haid semasa di Madinah. Mereka merasakan terlalu kecewa

62
dan ada yang memohon untuk duduk lebih lama lagi, walhal masalah itu
sepatutnya tidak timbul kerana ibadat haji tidak akan terjejas walaupun
mereka tidak menziarahi Madinah.

Ziarah Madinah Bukan Daripada Kerja-Kerja Haji


Semua mazhab bersependapat bahawa ziarah ke Madinah dan amalan-
amalan yang berkaitan dengannya tidak termasuk dalam Syarat, Rukun dan
Wajib Haji. Ini jelas bermakna sesorang jemaah haji yang hanya ke Makkah
sahaja menunaikan fardu haji tanpa menziarahi Madinah, hajinya sah.
Menziarahi Madinah itu hukumnya sunat sahaja. Oleh kerana itu
bagi jemaah haji yang belum menyempurnakan Rukun Hajinya terutama
wuquf di Arafah, hendaklah mereka menjaga kesihatan dan tenaganya
semasa mereka menziarahi Madinah (terlebih dahulu). Ini adalah kerana
tenaganya akan diperlukan apabila ia mengerjakan haji dan umrah di
Makkah kelak.

Adab-Adab Menziarah Masjid Dan Makam Nabi


Waktu yang paling sesuai untuk anda menziarahi Masjid Nabawi ialah
di luar waktu sembahyang. Ini adalah kerana keadaan masjid kosong dan
dengan itu anda akan dapat merasa kehebatan dan kebesarannya. Selain
daripada itu, anda juga dapat khusyu’ waktu berdiri di hadapan Nabi.
Sebelum pergi ke Masjid Nabawi, sunat bagi anda mandi dahulu dan
memakai pakaian yang bersih juga bau-bauan. Masuklah ke Masjid melalui
pintu Babus Salam, dengan melangkah kaki kanan dahulu lalu membaca:

63
Dengan nama Allah dan di atas agama Rasulullah ya Tuhanku, masukkanlah
aku ke dalam pintu kebenaran ya Tuhanku, berikanlah kepadaku dari sisi-Mu
hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku. Ya Allah ya Tuhanku selawat
dan rahmat ke atas Junjungan Nabi Muhammad dan keluarganya. Ampunilah
dosa-dosaku dan bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu padaku dan masukkan ku ke
dalamnya wahai Tuhan yang Amat Mengasihani.

Seelok-eloknya terus menuju ke Raudhah (tempat yang tiang-tiangnya


berwarna putih), kalau dapat. Kelebihan tempat ini telah dinyatakan oleh
junjungan kita dalam beberapa hadith, di antaranya:

Tempat di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-
taman syurga.

Di situ bersembahyanglah Sunat Tahiyyatul Masjid. Kemudian beredar


pula ke hadapan Makam Nabi Muhammad dengan hati yang tetap,
khusyu’ dan merendahkan diri dengan adab sopan santun memberi salam
dengan suara yang perlahan-lahan dan membaca:

64
Selamat sejahtera ke atasmu wahai junjungan yang mulia, Rasul yang agung,
pemurah lagi penyayang, moga-moga dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya,
sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahteralah wahai
Habibullah, kubersaki bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-
benarnya melainkan Allah yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah
hamba-Nya lagi pesuruh-Nya, aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan
risalah, menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat kepada
umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah, maka selawat
dan salam ke atasmu berkekalan sehingga kiamat. Ya Allah ya Tuhanku,
kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan pangkat-pangkat darjat yang tinggi
serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan,
sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji sekali-kali.

Jika ada sesiapa yang berkirim salam kepada baginda Nabi ucapkanlah:

Salam padamu Rasulullah daripada __________ bin/binti ___________


(sebutkan nama orangnya).

65
Kemudian beredarlah ke arah kanan, lebih kurang 1 meter. Di situ
terletak hadapan Makam Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a dan berilah
salam kepadanya:

Salam sejahtera ke atasmu wahai khalifah Rasulullah yang pertama, salam


sejahtera wahai sahabatnya yang bersama-sama di dalam Gua Thur, salam
sejahtera ke atasmu yang setia menyimpan rahsia, terimalah ganjaran daripada
Allah sebagai balasan ketua yang memimpin umat Nabi-Nya.
Bahawasanya engkau telah menggantikan Rasulullah dengan menjalankan
sebaik-baik tanggungjawab dan engkau telah mengikut perjalanannya serta
berkhidmat kepada agama Islam, menyambungkan silaturrahim sehingga akhir
hayatmu, maka terimalah ganjaran, salam sejahtera dan ahmat daripada Allah
ke atasnmu.

66
Selepas itu beredarlah pula ke kanan, lebih kurang 1 meter iaitu di hadapan
Makam Saiyidina ‘Umar bin al-Khattab dan berilah salam kepadanya:

Salam sejahtera ke atasmu wahai yang menzahirkan Islam berterang-terangan,


salam sejahtera wahai yang telah diberi gelaran Faruk (yang memisahkan di antara
yang benar dengan yang salah), salam sejahtera ke atasmu yang sentiasa bercakap
benar serta memelihara anak yatim dan menghubungkan kasih sayang, dengan
engkaulah agama Islam menjadi kuat dan teguh. Maka terimalah salam sejahtera
serta rahmat daripada Allah ke atasmu.

Sesudah itu, baiklah semula ke Raudhah dan dengan menghadap kiblat


bacalah:

67
68
Segala pujian tertentu kepada Allah seru sekalian alam, puji-pujian yang menepati
segala nikmat-Nya, yang selaras dengan segala kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami!
Kepada Engkaulah puji-pujian yang selayaknya dengan keagungan dan kebesaran
kekuasaan-Mu, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah dosaku dosa kedua ibu bapaku, datuk
nenekku dan semua kaum kerabatku, saudara-maraku dan sekalian guru seterusnya
sekalian orang-orang Mu’min dan Mu’minat juga Muslimin dan Muslimat sama
ada yang hidup ataupun yang telah mati, dengan limpah kurnia-Mu wahai Tuhan
yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang.
Ya Allah ya Tuhanku! Engkau telah berfirman dan firman-Mu adalah
benar, mafhumnya: “Jika sekiranya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri
lantas mereka datang kepada-Mu lalu memohon keampunan kepada Allah, Rasul
pun memohon ampun untuk mereka tentulah mereka mendapati Allah itu Maha
Penerima Ampun lagi Maha Penyayang”.
Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon syafa’at Nabi-Mu dan
Rasul-Mu junjungan Nabi Muhammad SAW atasku “di hari yang padanya harta
benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali
(harta benda dan anak-pinak) orang yang berjalan kepada Allah dengan hati yang

69
selamat sejahtera (daripada syirik dengan penyakit munafik)”. Dan bahawa Engkau
sempurnakan keampunan kepadaku sepertimana Engkau sempurnakan kepada
mereka yang sezaman dengan Rasulullah SAW. Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah
Rasulullah SAW orang yang mula-mula sekali memberi syafa’ at, yang paling
berjaya daripada orang-orang yang memohon dan paling mulia daripada golongan
mereka yang terawal dan yang terkemudian dengan kemuliaan dan kemurahan-Mu
wahai Tuhan yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang.
Ya Allah ya Tuhanku! Aku mohon kepada-Mu keimanan yang sempurna,
keyakinan yang sebenar sehingga aku mengetahui tidak akan menimpa bencana
kepadaku melainkan apa yang telah Engkau tetapkan. Aku memohon ilmu yang
berguna, hati yang sentiasa khusyu’ , lidah yang selalu menyebut nama-Mu, limpah
kurnia rezeki yang halal dan baik, amalan salih yang diterima serta perniagaan
yang tidak rugi.
Ya Allah ya Tuhan kami! Lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan
kami, ampunilah dosa kami, tenteramkanlah hati kami daripada ketakutan,
sempurnakanlah amalan-amalan kami dengan kebaijkan, terimalah ziarah kami
ini, kembalikanlah kami kepada ahli dan keluarga kami di dalam keadaan
selamat dan sejahtera, tidak kecewa dengan tidak mendapat bala bencana, Engkau
jadikanlah kami daripada golongan hamba-hamba-Mu yang salih iaitu daripada
golongan mereka yang tiada takut terhadap seteru dan tidak merasai susah hati.
Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan
akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka.
Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah
Engkau kurniakan petunjuk kepada kami, kurniakanlah rahmat daripada gedung
kemurahan-Mu sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah memberi
anugerah.
Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, serta semua
orang yang beriman lelaki dan perempuan pada hari hisab. Wahai Tuhan kami!
Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan
serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Maha Suci Tuhanku,
Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka sifatkan,
dan salam sejahtera ke atas sekalian Rasul serta segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.

70
TEMPAT-TEMPAT LAIN
YANG BAIK DIZIARAHI

Perkuburan Baqi’

Selain daripada menziarahi makam Rasulullah SAW dan dua sahabatnya


baginda, anda boleh juga menziarahi tanah perkuburan Baqi’ yang
berdekatan dengan kawasan Masjid Nabawi jika berpeluang. Ia adalah
perkuburan penduduk kota Madinah dari sejak Rasulullah SAW hingga
ke hari ini. Di situ, dikatakan lebih kurang 10,000 sahabat dimakamkan,
termasuklah Saiyidina Othan bin Affan r.a, isteri-isteri junjungan
Rasulullah SAW dan putera puteri baginda.

1. Ketika menziarahi perkuburan Baqi’ bacalah:

Salam sejahtera di atas kamu wahai tempat tinggal orang-orang yang beriman,
sesungguhnya kami akan mengikuti kamu, kamu adalah orang yang terdahulu
daripada kami, dan kami adalah pengikut kamu, mudah-mudahan Tuhan
mengampunkan kami juga kamu, dan mengasihani mereka yang dahulu-dahulu
dan mereka yang terkemudian, ya Allah ya Tuhanku janganlah Engkau haramkan
kami daripada mendapat pahala amalan mereka dan janganlah Engkau fitnahkan
kami selepas mereka. Ampunilah dosa kami dan dosa mereka, dan ampunilah dosa
ahli al-Baqi’ sekaliannya.

71
2. Ketika menziarah Makam Saiyidina Othman bin Affan r.a di pekuburan
Baqi’ (sekiranya dapat peluang) bacalah pula:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Othman yang mempunyai dua
cahaya, salam sejahtera ke atas engkau wahai Khalifah Rasulullah yang ketiga,
salam sejahtera ke atas engkau wahai orang yang telah memperbekalkan senjata,
harta benda dan wang ringgit kepada bala tentera Islam dalam masa kesusahan dan
kepicikan, salam sejahtera di atas engkau wahai orang yang telah mengumpulkan
al-Qur’anul Karim, mudah-mudahan Tuhan akan memberi ganjaran sebaik-baik
pembalasan di atas segala amalan engkau demi untuk kebaikan dan kebajikan umat
Muhammad.
Ya Allah ya Tuhanku tinggikanlah pangkat dan darjat kebesarannya,
muliakanlah kedudukannya dan kurniakan balasan pahala kepadanya. Amin.

72
3. Ketika menziarah kubur putera puteri Rasulullah SAW iaitu Saiyidina
Ibrahim dan Saiyidina Ruqaiyah dan juga sahabat-sahabat baginda
(sekiranya dapat peluang) bacalah:

73
Salam sejahtera di atasmu wahai Ibrahim putera Rasulullah, salam sejahtera ke
atas engkau wahai Ruqaiyah puteri Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau
wahai Fatimah binti Asad, wahai orang yang telah dikafankan dikau oleh Nabi
Muhammad SAW dengan bajunya, dan mengekebumikan dikau dengan tangannya
yang mulia, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Abdul Rahman bin
‘Auf sahabat Rasulullah salah seorang daripada sepuluh yang dijamin masuk
syurga, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Saad bin Waqas sahabat
Rasulullah, salah seorang yang dijamin masuk syurga, salam sejahtera ke atas
engkau wahai Saiyidina Abdullah bin Mas’ud penyimpan rahsi Rasulullah,
pembawa kasut, alat sugi dan alatan Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau
wahai Saad bin Zararah sahabat Rasulullah, salam sejahtera ke atas kamu wahai
sekalian sahabat Rasulullah SAW. Ya Allah ya Tuhan kurniakanlah keredaan-Mu
kepada mereka, tinggikanlah pangkat dan darjat mereka, tambahkanlah pahala
mereka. Amin.

4. Ketika menziarah kubur Abi Said al-Khudri dan kubur Saad bin Muaz
r.a , sekiranya berpeluang, bacalah:

74
Salam sejahtera wahai Abi Said al-Khudri sahabat Rasulullah SAW salam
sejahtera ke atas engkau wahai orang yang meriwayatakan hadith Rasulullah SAW.
Tuhanlah yang memberi sebaik-baik ganjaran di atas segala amalan kebajikan
engkau demi untuk kebaikan dan kebaijkan umat Muhammad.
Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saad bin Muaz sahabat Rasulullah
SAW salam sejahtera ke atas engkau wahai orang yang telah bergegar ‘Arasy
dengan kematianmu, moga-moga Allah memberi sebaik-baik ganjaran di atas
amalan engkau demi untuk kebaikan dan kebajikan umat Muhammad SAW.

5. Ketika menziarahi kubur Nafi’ Maula Abdullah bin Umar r.a (sekiranya
berpeluang) bacalah:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nafi’ Maula Abdullah bin Umar Syeikh
Malik Imam Darulhijrah. Ya Allah kurniakanlah serta gandakanlah balasan
amalan, dan muliakanlah kedudukannya. Amin.

6. Ketika menziarahi kubur Malik bin Anas r.a, sekiranya berpeluang, baca pula:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Malik bin Anas Imam Darulhijrah.
Allah yang akan memberi balasan di atas segala amalan kebajikan engkau yang
telah engkau lakukan untuk kebaikan dan kebajikan umat Muhammad sebaik-baik
ganjaran.

75
7. Bacalah do’a berikut ketika menziarahi kubur Abi Sufian bin Haris, Aqil
bin Abi Talib dan Abdullah bin Jaafar al-Tayyar r.a, sekiranya berpeluang:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Abi Sufian bin al-Haris. Salam
sejahtera di atas engkau wahai saudara susu Rasulullah SAW, salam sejahtera ke
atas engkau wahai Saiyidina Aqil bin Abi Talib, salam sejahtera ke atas engkau
wahai Saiyidina Abdullah bin Jaafar at-Tayar, salam sejahtera ke atas engkau
wahai saudara-saudara sepupu Rasulullah dan salam sejahtera ke atas mereka
yang berada di sekeliling kamu daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW
warahmatullahi wabarakatuh.

76
8. Bacalah pula do’a berikut ketika menziarah kubur para isteri Nabi SAW,
sekiranya berpeluang:

Salam sejahtera ke atas kamu wahai isteri-isteri Rasulullah, salam sejahtera


ke atas engkau wahai isteri-isteri Nabi Allah, ibu-ibu bagi orang Mu’minin
warahmatullahi wabarakatuh , ya Allah kurniakanlah keredaan-Mu kepada
mereka; muliakanlah kedudukan mereka, gandakanlah pahala amalan-amalan
mereka. Amin.

9. Bacalah do’a berikut ketika menziarahi kubur puteri-puteri baginda


SAW, sekiranya berpeluang:

Salam sejahtera ke atas kamu wahai puteri-puteri Rasulullah, salam sejahtera ke


atas kamu wahai puteri-puteri Nabi Allah, warahmatullahi wabarakatuh.

77
10. Kiranya berpeluang menziarahi kubur Saiyidina Abas, Saiyidatina
Faitmatuz Zahrah, Saiyidina Muhammad al-Baqir, Sayidina Jaffar al-
Sadiq r.a bacalah:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Abas bapa saudara Rasulullah,
salam sejahtera ke atas engkau wahai bapa saudara Nabi Allah, salam sejahtera ke
atas engkau wahai Saiyidatina Fatimatuz Zahrah, salam sejahtera ke ats engkau
wahai ketua daripada segala perempuan yang Mu’min, salam sejahtera ke ats
engkau wahai ibu bagi kedua orang ketua pemuda ahli syurga, salam sejahtera
ke atas engkau wahai Hassan bin Ali kesayangan Rasulullah, salam sejahtera ke
atas engkau orang yang telah dido’akan akan dikau oleh nenek engkau Saiyidina
Muhammad SAW dengan katanya: Ya Allah kusayangkannya, maka kasihi oleh-

78
Mu akan dia, salam sejahtera ke atas engkau wahai ketua pemuda ahli syurga,
salam sejahtera ke atas engkau wahai Ali bin al-Hussein Zainal Abidin, salam
sejahtera ke atas engkau wahai Muhammad al-Baqir, salam sejahtera ke atas kamu
wahai sekalian keluarga Nabi warahmatullahi wabarakatuh.

11. Bacalah do’a berikut ketika menziarahi kubur Saiyidatina Safiah binti
Abdul Muttalib r.a, sekiranya berpeluang:

Salam sejahtera wahai Saiyidatina Safiah emak saudara Rasulullah, salam


sejahtera ke atas engkau wahai ibu Zubir warahmatullahi wabarakatuh.

Perkuburan Syuhada’ Uhud


Anda juga digalakkan menziarahi perkuburan para syuhada’ yang mati di
dalam Peperangan Uhud, jika masa dan keadaan mengizinkan. Perkuburan
ini terletak di Jabal Uhud yang letaknya 4½ km dari Masjid Nabawi. Di
situ, telah berlaku pertempuran di antar kaum Muslimin dengan musyrikin
pada tahun ke-3 Hijrah, di mana 70 orang Muslimin terkorban mati
syahid. Di antaranya ialah ayahanda saudara Rasulullah iaitu Saiyidina
Hamzah r.a. Dalam satu hadith, junjungan Rasulullah SAW ada bersabda,
mafhumnya: “Uhud adalah sebuah gunung yang kasih kepada kita dan kita
pun kasih kepadanya.”
Bacalah do’a berikut ketika menziarah kubur Saiyidina Hamzah bin
Abdul Muttalib, Saiyidina Abdullah bin Jahsyi dan Saiyidina Mus’ab bin
Umair r.a:

79
Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Hamzah bapa saudara Rasulullah,
salam sejahtera ke atas engkau wahai penghulu bagi para syahid, salam sejahtera
ke atas engkau wahai singa Allah dan singa Rasulullah, salam sejahtera ke atas
engkau wahai Saiyidina Mus’ab bin Umair, salam sejahtera ke atas kamu wahai
orang-oang yang mati di dalam Peperangan Uhud, salam sejahtera ke atas kamu
di atas kesabaran kamu menghadapi musuh untuk menegakkan kebenaran Islam
iaitu sebaik-baik balasan yang akan kamu terima daripada Allah. Ya Allah Ya
Tuhanku, gandakanlah pahala amalan mereka yang mereka telah lakukan untuk
kesucian agama Islam dan pemeluk-pemeluknya. Tinggikanlah pangkat dan darjat
mereka dengan kemurahan Engkau wahai Tuhan yang Amat Pemurah.

80
Masjid-Masjid Bersejarah

Di Madinah dan sekitaranya terdapat beberapa buah masjid yang


bersejarah yang sayugia diziarahi oleh jemaah haji apabila berada di sana.
Masjid-masjid tersebut adalah seperti berikut:

1. Masjid Quba (letaknya lebih kurang 4½ km dari Masjid Nabawi di


pihak barat daya Madinah) iaitu masjid yang didirikan di atas dasar takwa
sebagaimana tersebut dalam Surah At-Taubah:108:

Sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah
didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau
sembahyang padanya.

Para jemaah Shahidah di hadapan Masjid Quba

81
2. Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat). Ketika Rasulullah
sembahyang di dalam masjid tersebut menghadap Baitul Muqaddis
menurut kebiasaannya tiba-tiba turun perintah supaya sembahyang
menghadap Masjidil Haram sebagaimana diterangkan dalam Surah al-
Baqarah: 144

Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah


ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap Kiblat yang engkau
sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya
Baitullah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkan muka kamu ke arahnya.
3. Al-Masajid (Masjid Tujuh), di mana sekitar kawasan itu dalam tahun
ke-5 Hijrah, berlaku Peperangan Khandak (Peperangan Parit) atau Ahzab
(Peperangan Kumpulan Pasukan-Pasukan) di antara pasukan-pasukan
penyatuan kaum musyrikin dengan pasukan Muslimin yang diketuai oleh
Junjungan Rasulullah dan musuh-musuh itu telah dibinasakan oleh Allah
dengan turunya ribut kencang dan para malaikat.

82
4. Masjid al-Ghamamah, Masjid Saiyidina Omar al-Khattab,
Masjid Saiyidina Ali, Majid Saiyidina Bilal, Masjid al-Jumaah
dan Masjid al-Fatah.
Ketika menziarahi masjid-masjid tersebut bacalah do’a berikut:

Ya Allah ya Tuhan kami! Perkenanlah do’a kami, afiatkanlah kami, maafkanlah


kesalahan kami, matikanlah kami di dalam Islam, hidupkanlah kami di dalam
Islam, himpunkanlah kami dengan orang-orang yang salih. Ya Allah ya Tuhan!
Aku abadikan tempat yang suci ini daripada hari ini sehingga har kiamat dengan
ikhlas dan jujur kalimah tauhid:

Kemudian bacalah Fatihah sekali sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW


serta sahabat-sahabat dan keluarga baginda serta sekalian orang-orang
Mu’min/Mu’minah.

Ziarah Wada’

Setiap orang yang hendak meninggalkan Madinatul Munawwarah adalah


disunatkan berziarah Selamat Tinggal kepada Rasulullah SAW sebagai
menghormatinya dan berangkat pulang setelah berziarah itu.
Bagi mereka yang datang haid dan nifas, eloklah membuat Ziarah
Wada’ dengan mengucap salam dan do’a, memadai dari tempat yang
berhampiran (di luar masjid ) dengan makam Rasulullah.

83
Do’a Ziarah Selamat Tinggal

Ya Tuhanku, janganlah dijadikan ziarah hamba-Mu di tempat yang mulia ini


sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk
menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang
umur hamba insya Allah, hamba akan datang lagi, jika sampai ajal hamba, maka
hamba telah mengabadikan kepada-Mu syahadat dan perjanjian hamba dari hari
ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi tidak ada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang Esa yang tidak ada sekutu
bagi-Nya, dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hamba-Nya lagi
pesuruh-Nya, Maha kekuasaan, dari apa yang mereka sifatkan, salam sejahtera
ke atas sekalian Rasul serta segala puji-pujian tertentu bagi Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

84

You might also like