You are on page 1of 5

Bab Al-Udhiyah (Qurban)

1. Pengertian

‫ اسم لما يضحى به‬: ‫األضحية لغة‬

Udhiyah pada bahasa ialah nama bagi binatang binatang yang disembelih pada
waktu duha.

‫ ما يذبح من النعم تقربا إلى هللا تعالى من يوم العيد إلى آخر أيام التشريق‬: ‫األضحية اصطالحا‬

Udhiyah pada istilah syara’ pula ialah apa-apa yang disembelih daripada binatang
ternakan dengan niat mendekatkan diri kepada allah taala bermula pada hari raya
adha sehingga akhir hari-hari tasyrik.

2. Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban

Ibadah Qurban disyariatkan pada tahun kedua hijrah, iaitu pada tahun yang sama
disyariatkan solat dua hari raya dan zakat harta. Pada asalnya, ianya merupakan
syariat kepada Nabi Ibrahim a.s, iaitu peristiwa penyembelihan Nabi Ismail a.s yang
berlaku pada 10 Zulhijjah, ini diceritakan didalam Al Quran, firman Allah Taala : ‫وفديناه‬
‫ عظيم‬/‫ بذبح‬ertinya : Dan kami tebunya (Nabi Ismail as) dengan sembelihan yang besar.
Kemudian dijadikan pula syariat kepada Nabi Muhammad dan ummatnya. Oleh itu
sunat membaca doa ketika melakukan ibadah ini ‘ ‫ك‬ َ ‫خْليِل‬
َ ‫يم‬
َ ‫اه‬
ِ ‫ن ِإْبَر‬
ْ ِ‫ت م‬
َ ‫ل مِِّني كَمَا تََقبَّْل‬
ْ ‫ اللَُّهَّم َتَقَّب‬.
ertinya: Ya Allah! Terimalah daripadaku sebagaimana engkau menerima daripada
Ibrahim kekasihmu.

3. Hikmah ibadah qurban

Ibadah qurban dilakukan untuk mendekatkan diri kepada allah taala, ianya adalah
tanda syukurnya seorang hamba diatas nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh
allah taala kepadanya, ibadah ini juga membuktikan bahawa agama islam adalah
agama yang menjaga setiap lapisan masyarak dan membela nasib golongan fakir
miskin. Ianya dapat dilihat apabila syara’ mewajibkan kepada setiap orang yang
melakukan ibadah qurban supaya bersedekah sebahagian daripada daging itu
kepada fakir miskin. Dalam ibadah ini, orang yang berkemampuan mengeluarkan
harta mereka untuk mencapai kerdaan allah taala dan yang fakir miskin pula dapat
menumpang kenikmatan tersebut dalam keadaan kedua-duanya berada dalam
rahmat dan keredaan allah taala.

1
4. Hukum Melakukan Ibadah Qurban

Berlaku khilaf dikalangan Fuqaha’ dalam menentukan hukum bagai Ibadah Qurban:
1) Sunnat Muakkadah serta Kifayah1 bagi orang yang berkemampuan2 dan
mempunyai ahli rumah3, jika tidak maka baginya sunnat muakkadah
ainiyyah, ini menurut jumhur Fuqaha’ Syafiiyyah dan Hanabilah, dan
merupakan pendapat yang paling rajih dalam Mazhab Maliki.
2) Fardhu Kifayah bagi orang yang berkemampuan menurut pendapat imam
Abu Hanifah.

Antara dalil yang menunjukkan bahawa Ibadah Qurban adalah sunat ialah sabda
Nabi :
ْ ‫ْر ِه َوَأ‬
ِ َ ‫ظف‬
‫ار ِه‬ ِ ‫ض ِّح َي َفَ ْاليُ ْم ِسکْ ع َْن َشع‬
َ ُ‫ِإ َذا َرَأ ْيتُ ْم ِهاَل َل ِذي ْال ِح َّج ِة َوَأ َرا َد َأ َح ُد ُک ْم َأ ْن ي‬

Ertinya : jika kamu melihat hilal zulhijjah dan salah seorang daripada kamu hendak
melakukan ibadah qurban, maka hendaklah ia menahan bulunya dan kukunya.
Dalam hadis diatas Nabi menyebut dengan lafaz ‫ أراد‬yang bermaksud hendak, ini
bermakna Ibadah Qurban adalah terhenti diatas kehendak dan pilihan seseorang,
bukan tuntutan secara putus oleh Syara’.

Dan sabda Nabi :


.‫ و َر ْكعتا الضُّ حى‬،ُ‫والوتر‬
ِ ،ُ‫ النَّحر‬: ‫ع‬ ُّ ‫ي فرائضُ ولَ ُكم‬
ٌ ‫تطو‬ ٌ
َّ ‫ثالث‬
َّ ‫هن عل‬

Tiga perkara ini wajib keatasku tetapi sunat keatasmu: Melakukan Ibadah Qurban,
melakukan solat witir, dan melakukan dua rakkat dhuha.

1
Sunat muakkadah ialah : ‫ ما واظب عليه النبي‬ertinya : ‘perkara yang selalu dilazimi oleh nabi’. ianya
merupakan perkara yang sangat-sangat dituntut dan makruh apabila meninggalkannya.
Sunat kifayah pula bermaksud tuntutan secara kolektif, iaitu tuntutan sunat muakkadah tersebut
akan gugur apabila seorang sahaja daripada ahli sebuah rumah melaksanakannya.
2
Berkemampuan dalam bab ini ialah orang yang mempunyai harta yang lebih diatas sebahagian
Qurban yang boleh digunakan untuk menafkahi dirinya dan orang yang dibawah tanggungangnya
pada hari Raya dan hari-hari tasyrik.
3
Ini berdasarkan hadis nabi ‫‘ إن على كل أهل بيت في كل سنة أضحية‬sesungguhnya keatas setiap ahli
rumah itu pada setiap tahun mestilah melakukan qurban’.
Ulama berbeza pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan ahli rumah teresebut, pendapat
yang muktamad adalah ahli rumah bermaksud orang yang berada dibawah tanggungan satu
nafkah walaupun berbeza-beza rumah sekalipun, contohnya seorang yang mempunyai empat
orang isteri yang tinggal di empat buah rumah yang berbeza, maka memadailah jika suami
mereka itu melakukan qurban dan yang lain sudah dikira terlepas daripada makruh kerana
mereka iu berada dibawah satu tanggungan nafkah yang sama.

2
Adapun hukum bagi Qurban Nazar4 atau pada hukum Nazar (Ta’ayin)5 adalah wajib
dan tidak boleh mengambil sedikitpun daripada Qurban yang wajib itu melainkan
kesemuanya disedekahkan kepada fakir miskin.

5. Waktu melaksanakan korban


Sepakat para fuqaha’ mengatakan bahawa korban hanya boleh dilakukan pada hari
raya adha dan hari- hari tasyrik, jika dilakukan sebelum daripada itu atau selepasnya
maka tidak dikira sebagai korban tetapi sembelihan biasa sahaja6.

Bermula waktu melakukan korban ialah selepas terbitnya fajar 10 zulhijjah dan telah
melepasi waktu yang cukup untuk menunaikan dua rakaat solat sunat hari raya dan
dua khutbah yang ringkas dan sempurna segala rukun-rukunya walaupun tidak
melaksanakan yang demikian itu, inilah pendapat yang muktamad dalam mazhab.
Tetapi yang afdhalnya ialah melewatkannya sedikit sehingga matahari naik kadar
segalah. kemudian berterusanlah waktunya sehingga terbenam matahari pada akhir
hari tasyrik iaitu 13 zulhijjah. Waktu yang afdhal untuk menyembelih ialah selepas
selesai sahaga solat sunat hari raya.

Solat sunat aidil adha itu sunat diawalkan kerana hendak melaksanakan udhiyah,
manakala solat sunat aidil fitri pula sunat dilewatkan sedidikt kerana memberi
peluang kepada pebayar zakat fitrah.

4
Apabila bernazar seseorang itu dengan lafaz yang diiktibarkan, maka wajiblah dia
mealaksanakannya. Nazar itu terbahagi kepada 3 bahagian ;
1. Nazar mutlak : iaitu nazar tanpa dikaitkan dengan sesuatu, seperti kata si fulan : wajib
keatasku berqurban sebahagian atau aku bernazar untuk berqurban sebahagian, maka
wajiblah keatasnya melaksanakan qurbannya itu.
2. Nazar mujazat : iaitu nazar dengan mengaitkan sesuatu balasan, seperti kata si fulan : jika
aku diluaskan rezeki maka wajib atasku bequrban sebahagian. tuntutan nazar tersebut
tidak akan terjadi melainkan jika terhasilnya apa yang dikaitkannya itu.
3. Nazar lajaj : iaitu nazar yang dilakukan apabila terjadinya pertembungan, seperti kata si
fulan : jika aku melakukan dosa itu lagi, maka wajib atasku berqurban.
5
Qurban ta’ayin berlaku apabila sesorang telah menentukan binatang untuk dijadikan Qurban
tanpa mengaitkannya dengan Qurban sunat. Seperti kata si sulan: kambing ini aku hendak buat
Qurban (dengan memendekkan diatas yang demikian itu tanpa menyebut sunat), maka jadilah
Quban tersebut Qurban wajib kerana kaedah menyebut : ‫الشيء إذا اطلق انصرف إلى فرد كامل‬
maksudnya : sesuatu itu apabila dilepaskan, maka ia akan menuju kepada satu perkara yang
sempurna.
6
Sabda nabi :
‫إن أول ما نبدأ به في يومنا هذا نصلي ثم نرجع فننحر فمن فعل ذلك فقد أصاب سنتنا ومن ذبح فإنما هو لحم قدمه ألهله ليس من‬
‫النسك في شيء‬
‘perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini (hari raya) , ialah kami bersembahyang.
Kemudian kami pulang dan menyembelih qurban . oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara
tersebut maka dia telah melaksanakan sunnah kami. Dan sesiapa yang telah menymbelih
senbelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya, bukan ibadah qurban sedikitpun.

3
6. Binatang yang sah dibuat Korban.

1) Binatang ternakan ( Bahimatul An’am)

 Sepakat Ulama’ mengatakan bahawa binatang yang boleh dibuat Korban


ialah binatang ternakan iaitu daripada unta, lembu dan kambing. Dalilnya
adalah firman Allah Taala :

‫ َو ِللُك ِّ ُأ َّم ٍة َج َعلْنَا َم َنساًك ِل ّ َي ْذ ُك ُروا امْس َ اهَّلل ِ عَىَل ٰ َما َر َزقَهُم ِ ّمن هَب ِ مي َ ِة اَأْلنْ َعا ِم‬: ‫قال هللا تعاىل‬
Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap ummat kami syariatkan ibadah
menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebaga
bersyukur atas pengurniaannya kepada mereka daripada binatang-
binatang ternak yang disembelih itu.

Al-Imam An-Nawawi R.h menyebut didalam kitab Raudatul Talibin :


Haiwan yang hendak disembelih itu mestilah daripada haiwan ternakan
(bahimatul an’am) iaitu unta lembu dan kambing samada jantan atau
betina, dan ini telah disepakat.

Adapun pendapat Al-Imam Ibn hazmi Al-Zahiri yang mengatakan harus


dibuat korban dengan binatang yang lain daripada biatang ternakan
tersebut seperti ayam, angsa dan sebagainya, maka pendapat itu ialah
pendapat yang syaz.7
 Turutan yang paling afdhal ialah yang terlebih banyak dagingnya, iaitu
unta, kemudian lembu, kemudian kibash, kemudian kambing.
 7 ekor kibash terlebih afdhal daripada seekor unta kerana lebih banya
darah yang ditumpahkan. Seekor kambing atau biri-biri terlebih afdhal
daripada berkongsi pada seekor lembu.
 Dari segi warna pula, yang paling afdhal ialah warna putih, kemudian
kuning, kemudian kelabu, kemudian yang warna bercampur putih hitam,
kemudian hitam.
 Memadai berkongsi pada unta dan lembu tujuh bahagian bagi tujuh orang
walaupun bersalahan qasad mereka itu sekalipun, kerana akad jual beli
berlaku pada satu-satu bahagian bukan pada seekor. Dan tidak memadai
berkongsi pada seekor kambing.

2) Binatang ternakan yang sudah cukup umur.


7
Perkara ini ada dinukilkan oleh al imam ibrahim al baijuri dalam kitab beliau, hasyiah baijuri ala
ibn qasim al ghazzi, katanya :
‫ده ويقيس عيل‬44‫ري بتقلي‬4‫أمر الفق‬4‫ان ي‬4‫اري) ك‬4‫ا األنص‬4‫و حيي زكي‬44‫ام أب‬4‫عن ابن عباس ريض هللا عهنام انه يكفي يف األحضية إراقة ادلم ولو من دجاجة وأوز كام قاهل امليداين واكن شيخنا (اإلم‬
.‫األحضية العقيقة ويقول ملن ودل هل مولود عق ابدليكة عيل مذهب ابن عبس‬

Maksudnya : telah diriwayatkan daripada ibn abbas r.a bahawasanya memadailah pada ibadah
udhiyah itu dengan menumpahkan darah walaupun dengan seekor ayam atau angsa,
sebagaimana yang disebut oleh al midani : dan adalah syeikh kami al imam abu yahya zakaria al
ansari menyuruh orang yang fakir supaya bertaqlid dengannya dan dikiaskan diatas udhiyyah itu
aqikah, dan dia berkata bagi orang fakir yang melahirkan anak, buatlah akikah dengan seekor
ayam jantan mengikut akan mazhab ibnu abbas.

4
 Umur binatang korban merupakan perkara yang penting dan perlu
diambil perhatian sebelum melaksanakan ibadah korban, ini kerana
nabi telah bersabda :

‫ال تذبحوا إال مسنة إال أن يعسر عليکم فتذبحوا جذعة من الضأن‬

Maksudnya: janganlah kamu menyembelih binatang korban kecuali


yang musinnah8, kecuali apabila itu menyulitkan kamu maka bolehlah
kamu menyembelih jazaah 9daripada biri-biri.

Berkata Al- Imam An- Nawawi :


Telah sepakat para ulama’ atas bahawa syariat telah datang
menyatakan usia haiwan pada korban10. Tidak harus sembelih yang
kurang dari usianya. Maka barang siapa yang menyembelih haiwan
yang kurang dari usianya maka tidak memadai korbannya itu.

3) Bebas daripada kecacatan yang mengurangkan kualiti dan kuantiti daging.

 Tidak sah korban jika terdapat kecacatan pada binatang korban


yang mengurangkan kualiti dan kuantiti daging. Melainkan jika
seseorang telah bernazar dan telah menentukan binatang yang
mempunyai aib untuk dikorbankannya, maka wajib juga binatang itu
disembelih untuk menyelesaikan nazarnya itu walaupun ada aib dan
korbannya itu sah.
 Empat kecacatan yang telah disepkati ulama’ berdsarkan hadis
nabi :
‫ والکسير‬،‫ العرجاء البين ظلعها‬،‫ والمريضة البين مرضها‬،‫ العوراء البين عورها‬: ‫أربع ال يجزن‬
‫التى ال تنقي‬
Maksudnya : empat jenis haiwan yang tidak sah korban dengannya :
yang buta sebelah matanya dan jelas butanya, yang sakit dan jelas
kesakitannya, yang tempang dan jelas ketempangannya, dan yang
tiada dagingnya kerana terlalu kurus.11

8
Al- musinnah bermaksud haiwan ternakan yang sudah cukup umurnya. Iaitu unta yang sudah
genap 5 tahun umurnya, lembu yang sudah genap 2 tahun umurnya, kambing yang sudah genap
1 tahun umurnya.
9
Al- jazaah bermaksud genap umur 6 bulan dan telah bersalin giginya, ini hanya khusus untuk
biri-biri kerana kebiasaannya biri-biri itu lebih besar daripada kambing.
10
Sepakat ulama’ memahami hadis tersebut bahawa umur adalah perkara yang ta’abudi iaitu
perintah nabi, bukannya illah semata-sama.
11
Kecacatan-kecacatan yang lain dikiaskan diatas empat perkara tersebut, antaranya ialah :
1. yang terpotong bahagaian badan yang dimakan walaupun sedikit seperti telinga, ekor, lidah,
kecuali bahagian itu memang tiada sejak lahir atau binatang yang telah dikasikan.
2. Aib yang mengurangkan daging seperti bunting, baru lepas beranak, atau binatang yang gila
yang tidak makan sehingga menjadi kurus.
3. Aib yang membuatkan daging tidak elok seperti, kurap atau kudis walaupun ada harapan
untuk sembuh.

You might also like