You are on page 1of 26

IFEH 3314

FIQH KEPENGGUNAAN
TAJUK:

KONSEP DAN SYARAT-SYARAT SAH PENYEMBELIHAN


BINATANG DALAM ISLAM DAN HUKUM
PENGGUNAAN ALATAN PENYEMBELIHAN MODEN
PADA MASA SEKARANG

OLEH:

NAMA NO MATRIK
AFIQAH BINTI SALAHUDIN IES 100001
NORSIDRAH BINTI HABLI IES100022
ISI KANDUNGAN
1. PENYEMBELIHAN DAN HUKUMNYA
- TAKRIF SEMBELIHAN
2. HUKUMNYA SEMBELIHAN
3. JENIS SEMBELIHAN
4. BAHAGIAN PENYEMBELIHAN
5. SYARAT-SYARAT PENYEMBELIH
6. SEMBELIHAN WANITA DAN KANAK-KANAK
7. SYARAT SEMBELIHAN SYARAK
8. HUKUM-HUKUM SEMBELIHAN
9. KESAN SEMBELIHAN IBU TERHADAP JANIN
10.TEKNIK-TEKNIK PENYEMBELIHAN DENGAN MENGGUNAKAN
ALATAN MODEN
11.HUKUM MENYEMBELIH DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN
MODEN
12. SYARAT ORANG YANG MENGAPLIKASIKAN MESIN
13. SEMBELIHAN SECARA PAKSAAN ATAU IDHTIRIYAH
14. KAEDAH SEMBELIHAN HAIWAN YANG TERJATUH KE DALAM
LUBANG ATAU TELAGA
15. KAEDAH MENYEMBELIH HAIWAN JINAK BERTUKAR MENJADI
LIAR
16. KAEDAH STUNNING
17. JENIS STUNNING
18. HUKUM PENGGUNAAN STUNNING
19. PERBEZAAN PENYEMBELIH ISLAM DENGAN CAPTIVE BOLT
20. KESIMPULAN
PENYEMBELIHAN DAN HUKUMNYA

Takrif sembelihan

- Menurut Bahasa SEMBELIHAN, bermaksud potong, belah, cabut nyawa haiwan

- Menurut Syarak SEMBELIHAN : sembelihan haiwan yang mampu dikuasai dan harus
dimakan dengan memutuskan urat halkum , urat mari’ dan dan keduadua urat darah karotid dan
jugular (wuddajain) untuk mempercepatkan pengaliran keluar darah dan kematian haiwan darat
yang halal di makan kecuali belalang.

Gambar 1: kedudukan urat mari’ dan halkum

BEZA AZ-ZABAIH DAN AT-TAZKIYAH

1. At-Tazkiyah ialah menyembelih binatang dilehernya ataupun dihalkumnya sekiranya


binatang tersebut boleh dikuasai, ataupun dengan mana-mana tetakan yang boleh
menamatkan nyawanya sekiranya ia tidak dapat dikuasai seperti binatang yang diburu.
2. Az- Zabaih ialah memotong perkara yang boleh membawa maut di batang leher sama ada
ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarak.
HUKUMNYA SEMBELIHAN

1. Sembelihan adalah syarat yang menghalalkan haiwan daratan dimakan


2. Tidak boleh dimakan haiwan tanpa di sembelih dahulu.
Dalil :

             

               

               

               

    

Maksudnya: diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang
keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain
dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang
mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi
batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa
(daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab
itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada
hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku
telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan
benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(surah al-Maidah (5) :3)
JENIS SEMBELIHAN

1. Tazkiyah Ikhtiariah- mampu disembelih

• Apa jua haiwan yang boleh disembelih dan yang halal dimakan seperti lembu,
kambing, ayam dan lain-lain

• Sembelihan ‫– النحر‬dipangkal leher(menusuk pada bahagian leher) untuk haiwan


yang berleher panjang dan sukar direbahkan seperti zirafah dan unta. Manakala
bagi unta, ianya disembelih dalam keadaan berdiri di atas tiga kakinya dan
kakinya yang kiri bahagian hadapan diikat dengan tali. (Abu Malik Kamal,
Shahih Fiqhus Sunnah, 2/364 – Maktabah at-Taufiqiyah)

• Dalil:

   

.maksudnya: oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah
korban (sebagai bersyukur). (surah al-Kauthar:2)

     

Maksudnya: oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga
kakinya

(surah Al-Haj:36)

• Makruh hukumnya sekiranya melakukan sembelihan an-nahru terhadap lembu.


2. Tazkiyah Idhtiriyah- tidak mampu disembelih pada bahagian asal

• Bagi haiwan yang liar dan tidak dapat dikawal seperti haiwan hutan.

• Haiwan jinak terjatuh ke dalam lubang yang dalam

• Haiwan jinak bertukar menjadi liar

Dalil: sabda Nabi tentang binatang yang liar lalu seorang lelaki memanahnya dan
iapun mati. Sabda Baginda s.a.w. :

“sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat liar binatang liar, apabila ia


mengatasi kamu maka lakukanlah terhadapnya seperti ini”. Riwayat al-Bukhari

• Harus disembelih dengan cara diburu atau ditikam dengan panah atau lembing
untuk melukakan haiwan itu. Cara ini juga dinamakan Al-‘Aqru iaitu sembelihan
darurat(terpaksa).

PERBEZAAN AT-TADZKIYAH, AN-NAHR DAN ADZ-DZABH

At-Tadzkiyah menurut bahasa adalah mashdar dari dzakaitu al-hayawan (aku menyembelih
haiwan). Dan isim (bentuk kata benda)nya adalah dzakah, iaitu adz-Dzabh dan an-Nahr.Menurut
istilah, ia adalah faktor yang menyebabkan dihalalkan memakan haiwan darat.

Para ulama menjelaskan bahawa an-Nahr (menusuk pada bahagian leher) adalah teknik
sembelihan khusus bagi unta, dan adz-Dzabh(sembelihan dengan cara memotong di leher) adalah
bagi haiwan selain unta.
Mazhab Abu Hanifah mengatakan, “Penyembelihan adalah suatu kaedah yang syar’i untuk
menjaga kesucian haiwan agar halal untuk dimakan sekiranya ia halal dimakan. Atau bagi tujuan
memanfaatkan kulit dan bulunya jika haiwan tersebut tidak halal dimakan.” (Shahih Fiqhus
Sunnah, 2/357 – Maktabah at-Taufiqiyah)

Mazhab al-Hanabilah (pengikut Ahmad B. Hanbal) mendefinisikannya sebagai, “Dzabh


(memotong) atau Nahr (menusuk) adalah kaedah penyembelihan untuk haiwan darat yang berada
dalam kawalan (yang mampu ditangkap) selain belalang atau yang sejenisnya dengan memotong
saluran halkum (trakea/salur pernafasan) dan mari’ (esofagus/salur makanan), atau dengan cara
menusuk bagi haiwan yang kuat meronta atau terhalang dari menyembelihnya (sebagaimana
membunuh haiwan buruan – Pen.).” (Shahih Fiqhus Sunnah, 2/357 – Maktabah at-Taufiqiyah)

Kaedah membunuh haiwan buruan yang liar yang tidak dapat ditangkap adalah dengan cara
melemparkan (iaitu menusukkan) pada mana-mana bahagian tubuhnya dengan senjata tajam atau
dengan menggunakan khidmat haiwan pemburu yang terlatih.

Adapun berkenaan syarat sembelihan atau bahagian yang perlu diputuskan atau dipotong, Imam
an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menyebutkan:

‫الشافعى وأصحابه وموافقوهم التحصل الذكاة إالبقطع الحلقوم والمرئ بكمالهما ويستحب قطع الودجين واليشترط وهذا أصح‬
‫الروايتين عن أحمد وقال بن المنذر أجمع العلماء على أنه اذا قطع الحلقوم والمرئ والودجين وأسال الدم حصلت الذكاة قال‬
‫واختلفوا فى قطع بعض هذا‬
BAHAGIAN PENYEMBELIHAN

1. Tiada khilaf ulama:

 tempat yang wajib disembelih ialah memutuskan urat halkum dan urat mari’ dengan
syarat:

• Haiwan berkenaan masih lagi hidup dengan sempurna ketika mula sembelih.

 Jika halkum 2 saluran tidak dikerat 2 atau tidak terputus - jumhur mengatakan tidak halal
dimakan kerana syarat sembelihan ialah memotong halkum.

• Imam hanafi –halal dimakan kerana disyaratkan memotong urat-urat halkum


bukan biji halkum.

 Tiada khilaf ulama’: sunat ‫( النحر‬pangkal leher) bagi haiwan yang berleher panjang seperti
unta.

SYARAT-SYARAT PENYEMBELIH

1. Berakal

 Jumhur-Tidak sah sembelihan jika gila, mabuk, kanak-kanak kerana tiada niat
untuk sembelih atau tujuan.

 Imam Syafie-Harus makan tetapi makruh kerana asasnya mereka ada tujuan
walau bagaimana pun pendapat ini kurang tepat.

2. Muslim dan ahli kitab(Yahudi dan nasrani)

 Tidak sah sembelihan orang musyrik, penyembah berhala dan majusi.

              
5. pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. dan
makanan (sembelihan) orang-orang Yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan
makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada
mereka). (surah al-Maidah: 5)

Imam Hanafi-keturunan ahli kitab sah

 Imam Syafie-Sah untuk ahli kitab yang asal

3. Berniat untuk melakukan penyembelihan

SEMBELIHAN WANITA DAN KANAK-KANAK

 Halal sembelihan seorang perempuan walaupun dalam keadaan haid.

 Halal sembelihan kanak-kanak mumaiyiz

 Kerana tidak disyaratkan lelaki di dalam sembelihan tetapi lebih digalakkan lelaki kerana
lebih berupaya untuk menyembelih haiwan yang lebih besar seperti lembu dan
memerlukan tenaga yang lebih.

Dalil:

Hadis riwayat Bukhari:”Hamba perempuan kepada Kaab bin Malik mengembala


kambing dengan kayu.Lalu salah seekor daripadanya tercedera.Lalu beliau segera
menyembelihnya dengan batu.Lalu Nabi ditanya,baginda menjawab,makanlah”
SYARAT SEMBELIHAN SYARAK

1. Niat atau tujuan (qasad)

2. Alat yang digunakan hendaklah tajam dan apa jua alat yang boleh mengalirkan darah
seperti kayu, batu yang tajam serta boleh menghiris

◦ Tidak boleh menggunakan gigi dan kuku.

◦ Dalil: Sabda Rasulullah s.a.w :

“Gigi dan kuku ( tidak boleh dijadikan alat menyembelih). Gigi adalah tulang,
manakala kuku pula adalah sebagai pengganti pisau di kalangan orang Habsyah.
(hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Antara sebab lain gigi tidak boleh digunakan sebagai alat sembelihan adalah gigi
adalah tulang, yang merupakan juga makanan jin, berdasarkan hadis nabi:

Disebutkan dalam hadis riwayat Muslim, bahwa para Jin datang kepada
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan meminta kepada beliau makanan yang
halal. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada mereka:

‫لكم كل عظم ذكر اسم هللا عليه يقع في أيديكم أوفر ما يكون لحما وكل بعرة علف لدوابكم‬

“Makanan halal untuk kalian adalah semua tulang hewan yang disembelih
dengan menyebut nama Allah. Ketika tulang itu kalian ambil, akan penuh dengan
daging. Sementara kotoran binatang akan menjadi makanan bagi hewan kalian.”
(HR. Muslim No.450)

Dalam riwayat lain, beliau bersabda:

‫ فاإِنَّهُ زا ا ُد إِ ْخ اوانِ ُك ْم ِمنا ْال ِجن‬،‫ او اال بِ ْال ِعظا ِام‬،‫ث‬


ِ ْ‫اال تا ْستا ْنجُوا بِالرَّو‬

“Janganlah kalian beristinjak (bersuci setelah buang air) dengan kotoran dan
tulang. Karena itu adalah makanan bagi saudara kalian dari kalangan jin.” (HR.
Tarmidzi 18, dan dishahihkan Al-Albani)

Dari dua hadis di atas dapat kita simpulkan bahwa tulang termasuk makanan jin.
Manakala larangan menggunakan kuku adalah disebabkan orang Habsyah
menggunakan kuku untuk mencekik haiwan, ini adalah merupakan salah satu
penyeksaan terhadap haiwan Selain itu juga kuku merupakan tulang rawan yang
lembut, dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai alat sembelihan.

3. Sembelihan di halkum haiwan sehingga memutuskan urat halkum dan mari’.

4. Haiwan darat yang halal dimakan

5. Haiwan yang hendak disembelih hendaklah bernyawa atau diyakini masih bernyawa (
Hayat al-mustaqirrah ) ketika penyembelihan dilakukan

6. Menyebut nama Allah ketika sembelih

◦ Sembelihan kerana upacara adalah syirik-haram

◦ Jumhur-syarat sah

◦ Imam Syafie-sunat

Membaca bismillah

◦ Jumhur-disyaratkan baca Basmallah sewaktu mula menyembelih atau


melepaskan senjata.

◦ Tidak halal tanpa basmallah

◦ Dalil:”Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang yang


halal)tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya,kerana sesungguhnya
yang demikian itu adalah perbuatan fasiq”

◦ (Al-An’am:121)

◦ Sembelihan orang bisu-halal


◦ Imam Syafie-sunat baca Basmallah.Makruh jika ditinggalkan.

melalui dalil: ...‫إالما ذكيتم‬... :‫قال هللا تعالى‬

maksudnya:..kecuali yang sempat kamu sembelih(sebelum habis nyawanya.)

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah swt mengharuskan sembelihan tanpa mensyaratkan
Basmallah.

Perbezaan hayah mustaqirrah dan hayah mazbuh

hayah mustaqirrah itu ialah keadaan binatang yang masih bernyawa dan melihat dan
bersuara serta bergerak dengan kehendaknya, dan di antara tanda-tandanya ialah
pergerakan yang kuat,

harakah mazbuh ialah keadaan binatang yang tiada lagi ada padanya penglihatan,
pergerakan, suara dengan kehendaknya atau keadaan binatang yang apabila dibiarkan
dengan keadaannya yang sedemikian itu, ia akan mati dengan serta merta.

HUKUM-HUKUM SEMBELIHAN
1. Sembelih di belakang tengkuk (‫(الفقا‬
1. Jumhur-makruh sembelih di belakang tengkuk haiwan.
 Ianya satu penyeksaan terhadap haiwan
2. Syafie dan Hanbali-Harus makan dengan memotong halkum atau urat mari’.
 Halal-Jika setelah dipotong haiwan itu menggelupur dan terlepas,
kemudian disembelih sekali lagi.
3. Maliki-Tidak halal makan haiwan disembelih di bahagian belakang halkum
2. Sembelih sampai putus kepala
- Jumhur-Makruh sembelih sampai putus,walaupun menyeksa haiwan tetapi tetap
tidak haram
Nafi’ mengatakan:
- ‫أن بن عمر كان ال يأكل الشاة إذا نخعت‬
“Sesungguhnya Ibnu ‘Umar enggan memakan daging kambing yang disembelih
sehingga lehernya terputus.” (Mushannaf ‘Abdurrazzaq, 4/490, no. 8591)
- Hanbali- Harus makan walau putus leher

KESAN SEMBELIHAN IBU TERHADAP JANIN

4 keadaan janin:

1. Dilahirkan mati SEBELUM disembelih ibunya

Ijma’ ulama’ : HARAM memakannya

2. Dilahirkan hidup SEBELUM ibunya disembelih

Diharuskan makan dengan syarat disembelih janin tersebut

3. Dilahirkan hidup SELEPAS ibunya disembelih

HARUS makan sekiranya sempat disembelih, jika tidak janin itu dikira sebagai bangkai
4. Dilahirkan mati SELEPAS disembelih ibunya

Khilaf:

1. JUMHUR : HALAL dimakan jika dilahirkan mati selepas disembelih ibunya atau mati
didalam perut atau lahir dalam hayat mazbuh

Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya: Kami
bertanyakan Rasulullah SAW tentang janin. Baginda menjawab: “Makanlah ia jika kamu
mahu, sesungguhnya sembelihannya cukup dengan sembelihan ibunya”.

2. Mazhab Hanafi: tidak halal dimakan kerana janin itu mati melainkan hidup kemudian
disembelih. Hal ini kerana janin dan ibunya hidup secara berasingan.

3. Mazhab Maliki: HARUS makan jika janin tersebut sempurna kejadian dan tumbuh
bulu

TEKNIK-TEKNIK SEMBELIHAN MENGGUNAKAN ALATAN MODEN

Dengan cara:

1. Sembelih di belakang tengkuk (qafa)

2. Disuntik pelali untuk melemahkan haiwan

3. Memasukkan ke dalam air panas (stunning) yang tidak membawa kepada mati
HUKUM MENYEMBELIH DENGAN MENGGUNAKAN ALAT
SEMBELIHAN MODEN

 Hukumnya Halal sembelih menggunakan mesin sekiranya alat sembelihan itu tajam
dan boleh memutuskan urat halkum dan mari’

 Sekiranya tidak mati selepas memotong halkum maka haiwan tersebut tidak halal
dimakan

SYARAT ORANG YANG MENGGERAKKAN MESIN

1. Islam atau ahli kitab

2. Lelaki atau perempuan

3. Niat untuk menyembelih

4. Baca “Bismillah” setiap kali sembelihan, sekiranya haiwan banyak, cukup membaca
sekali

5. Menggunakan alatan yang tajam

SEMBELIHAN SECARA PAKSAAN ATAU IDHTIRIYAH

1. Ketika perburuan

2. Ketika haiwan terjatuh ke dalam lubang dalam atau telaga yang tidak dapat dikeluarkan
dan tidak dapat disembelih dengan cara biasa

3. Haiwan ternakan atau jinak menjadi liar dan mengamuk sehingga tidak mampu ditangkap
KAEDAH SEMBELIHAN HAIWAN YANG TERJATUH KE DALAM
LUBANG ATAU TELAGA

 Harus menyembelihkan dengan melukakannya atau menikamnya pada mana-mana


bahagian badannya sehingga mengalirkan darah, jika haiwan tersebut mati dengan luka
tersebut, maka Halal dimakan.

 Dalilnya:

Rasulullah SAW bersabda:

“ Sekiranya kamu menikamnya pada bahagian pahanya, tentulah cara yang demikian itu
sudah mencukupi untuk menyembelihnya”

(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, At-Tarmizi)

KAEDAH MENYEMBELIH HAIWAN JINAK BERTUKAR MENJADI LIAR

 Harus sembelih dengan memanah atau melontar benda tajam pada mana-mana bahagian
anggota badan sehingga mati

 Dalilnya:

 Terdapat seekor unta lari lalu ada seorang lelaki yang melemparkan dengan ank panah,
maka Rasulullah SAW bersabda:

“ Sebenarnya binatang ini ada yang bersifat degil dan liar sepertimana liarnya seekor
keldai. Jika ia berbuat demikian, maka lakukanlah cara seperti ini.”

(hadith riwayat: Al-Bukhari, Muslim, Ahmad)


KAEDAH STUNNING

Maksudnya: melalikan atau melemahkan haiwan untuk memudahkan proses penyembelihan


yang dilakukan sebelum penyembelihan.

Tujuan:

1. Untuk menenangkan haiwan dan memudahkan proses penyembelihan

2. Mengurangkan risiko

3. Menjimatkan masa

4. Meningkatkan kualiti daging dan produktiviti

JENIS STUNNING

1. Captive Bolt

• Penetrative Captive Bolt

• Non-Penetrative Captive Bolt

2. Electric stunning
3. Pelalian Mekanikal

Penetrative Captive Bolt

 Ia mengandungi sebiji keluli yang tajam yang boleh menembusi tengkorak haiwan
apabila tembakan dilakukan

 Untuk menghasilkan kejutan dengan cepat, peluru hendaklah menembusi otak melalui
impak yang kuat

 Tembakan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian otak dan menyebabkan haiwan
pengsan. Jika tidak disembelih dengan segera, haiwan itu mati disebabkan otaknya rosak.
 Kebiasaan haiwan:

- Lembu: ditembak dihadapan dahi atau belakang

- Kambing biri-biri : di atas kepala

gambar 2: contoh alatan captive bolt

gambar 3: cara menggunakan alatan captive bolt kepada


haiwan

gambar 4: kedudukan alatan pada lembu


gambar 5: kedudukan alatan pada biri-biri

Non- Penetrative Captive Bolt

 Menggunakan besi yang berbentuk cembung dengan mengetuk tengkorak haiwan

 Kaedah ini hanya memberi tekanan kepada tengkorak

 Kejutan ini akan mewujudkan satu gelombang tekanan yang kuat dalam rongga yang
menyebabkan haiwan ini pengsan disebabkan keretakan otak

 Kaedah ini hanya memberi 5% kesan kerosakan tengkorak

Electric stunning

• Electric shock

• Water Bath stunning

• Pelalian Mekanikal
Elektrik shock

 Kejutan elektrik yang dikenakan kepada haiwan seperti lembu, kambing dan lain-lain.

 Ia di pasang di telinga haiwan kemudian dialirkan arus elektrik untuk menghasilkan


kejutan

 Ia tidak dipasang ditempat yang sensitif seperti telinga, dubur dan lain-lain bagi
mengelakkan kejutan elektrik yang berlebihan yang boleh mematikan jantung haiwan
sehingga menyebabkan kematian

 Syarat :

1. Arus elektrik mestilah mengikut ukuran dan dialirkan dibahagian kepala (kambing),
hidung (lembu) untuk mengelakkan aliran ke jantung

2. Tidak melebihi had arus yang ditetapkan :

-0.75 ampire : Kambing

- 2.0 ampire: lembu

Water bath stunning

 Untuk kejutan haiwan seperti ayam dan itik

 Air dimasukkan didalam bekas yang besar dan dialirkan elektrik

 Ayam dimasukkan didalam air yang berarus elektrik dalam masa 1-2 saat dan arusnya
tidak melebihi 30V, sekiranya melebihi 30V dan ayam itu mati dikira sebagai bangkai

 Alat ini hanya digunakan untuk melemahkan ayam dan mengurangkan gelupur

 Penggunaannya tidak mematikan ayam sekiranya tidak disembelih lebih 2 minit dan
ayam tersebut segar semula
Pelalian mekanikal

 Ubat pelalian digunakan dengan mencucuk jarum pelali pada haiwan sebelum disembelih
dengan mesin atau pisau

 Pelalian digunakan untuk melemahkan haiwan supaya mudah disembelih

 Sekiranya pelalian membawa kepada kematian, maka hukum HARAM memakannya

HUKUM PENGGUNAAN STUNNING

 Captive Bolt:

1. Penetrative Captive Bolt:

- Semua badan Islam tidak membenarkan

2. Non Penentrative Captive bolt:

• Majma’ al-Fiqh al-Islami membenarkannya (Tidak haram)

• Arab Gulf Cooperation Council’s tidak membenarkannya

• Dr. Wahbah al-Zuhayli mengharamkan perbuatan tersebut, walau bagaimanapun


sekiranya binatang yang menggunakan kaedah ini masih ada hayat mustaqirrah ketika
disembelih maka ia halal dimakan.
Elektrik stunning

• Muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan mengharuskannya.

• Majma’ al-Fiqh al-Islami tidak membenarkannya.

• Arab Gulf Cooperation Council’s membenarkannya dengan syarat-syarat tertentu.

• Syeikh Gaduh Haq Ali Gaduh Haq membenarkannya dengan syarat-syarat tertentu

• Dr. Wahbah al-Zuhayli mengharamkan perbuatan tersebut, walau bagaimanapun


sekiranya binatang yang menggunakan kaedah ini masih ada hayat mustaqirrah ketika
disembelih maka ia halal dimakan.

2. Water Bath stunning:

• Muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan mengharuskannya.

• Majma’ al-Fiqh al-Islami tidak membenarkan.

• Arab Gulf Cooperation Council’s tidak membenarkannya.

• Syeikh Gaduh Haq Ali Gaduh Haq membenarkannya dengan syarat-syarat tertentu.

• Dr. Wahbah al-Zuhayli mengharamkan perbuatan tersebut, walau bagaimanapun


sekiranya binatang yang menggunakan kaedah ini masih ada hayat mustaqirrah ketika
disembelih maka ia halal dimakan.

3. Penggunaan dadah atau karbon monosida

• Majma’ Islami: dibolehkan

• Syeikh Gaduh Haq Ali : Dibolehkan

• Wahbah Zuhaili: tiada tegahan menggunakan sebarang cara sembelihan dengan


syarat tidak menyeksa binatang dan dibenarkan menggunakan dadah dan karbon
monosida.
Muzakarah khas Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 29 Sept 2005:

 Kaedah stunning jenis penetrative dan Kaedah non-penetrative (Mushroom Head Gun) :
HARAM dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan

 Kaedah kejutan elektrik:

- Dibenarkan dengan syarat:

1. dilakukan di kepala

2. Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan):

-iaitu antara 0.75 ampere (kambing) dan 2.0 ampere (lembu) dan tempoh masa adalah antara
3-6 saat

3. Perlu dikawal selia oleh pegawai syariah yang bertauliah

 Water bath stunning untuk ayam dan itik

- Dibenarkan dengan syarat:

1. Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan

2. dikawalselia oleh pegawai syariah yang bertauliah

 Penggunaan dadah dan karbon dioksida

- Diharuskan dengan syarat tidak menyeksa haiwan tersebut


PERBEZAAN PENYEMBELIH ISLAM DENGAN CAPTIVE BOLT

Kajian ini dilakukan oleh Professor Wilhem Schulze dan Dr hazim yang bertajuk: “ Attempt to
objectify pain and consciousness in conventional (Captive bolt pistol Stunning) and Ritual (halal,
knife) methods of slaughtering sheep and calves di School of Veterinary Medicine, University
Hanover, Jerman dengan menggunakan dua mesin iaitu: Elektronensefalograf (EEG) untuk
mengukur gelombang otak dan Elektrokardiogram (ECG) untuk mengukur jantung.

Penyembelihan Islam Captive Bolt

•3 saat pertama, Elektronensefalograf (EEG) •Haiwan-haiwan itu terus tidak sedarkan diri
tidak menunjukkan sebarang perubahan setelah mereka diberikan kejutan EEG
daripada graf sebelum penyembelihan merekodkan keadaan kesakitan yang amat
•Ini menandakan haiwan itu tidak mengalami sangat serta merta selepas kejutan dilakukan.
apa-apa kesakitan semasa atau selepas •Jantung haiwan yang mengalami kejutan itu
penyembelihan dilakukan berhenti berdegup lebih awal daripada cara
•3 saat yang berikutnya, EEG merekodkan penyembelihan Islam
keadaan tidur yang nyenyak atau tidak •Ini mengakibatkan pengeluaran darah tersekat
sedarkan diri dan daging yang dihasilkan tidak bersih
•Ini disebabkan oleh pengaliran keluar darah
yang banyak daripada badan haiwan tersebut
•Selepas 6 saat berlalu, EEG merekodkan
paras sifar yang menandakan bahawa haiwan
itu tidak mengalami apa-apa kesakitan.
Jantung haiwan itu masih berdegup laju dan
badannya menggeletar akibat tindakan refleks
saraf tunjang yang mengeluarkan darah
semaksimum mungkin yang menghasilakan
daging yang bersih.

KESIMPULAN

 Pada asasnya, sembelihan dalam Islam adalah merupakan kaedah yang terbaik dan penuh
penghormatan kepada haiwan dan ihsan kepada haiwan

 Namun, kaedah moden diperlukan bagi menampung bilangan haiwan yang perlu
disembelih yang kian bertambah dengan mengikut apa yang telah ditetapkan syara’.
RUJUKAN

1. Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustafo Al-Bugho & other, 2005. Kitab Fikah Mazhab
Syafie. Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
2. Fatwa Mufti Kerajaan, 2007. Isu-isu produk Halal.Al-hidayah publication
3. Dr ‘Aidh Al-Qarni, 2006. Fiqh ad-Dalil perbahasan Feqah serta Dalil-dalilnya.
Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication.
4. Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani al-Azhari.Isu-isu Fiqh Semasa Halal dan
Haram.Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
5. Dr. Yusuf Qaradhawi.2007.Al-Halal wa al-haram fi al-Islam. Jakarta: Robbani
Press.
6. Keputusan Fatwa Kebangsaan siri 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

You might also like