You are on page 1of 8

TUGASAN INDIVIDU

MODUL

SPK 2072 PENGENALAN MAKANAN HALAL

TOPIK

PENYEMBELIHAN HALAL

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. PENDAFTARAN

FARAH NABILA BINTI ROSNI A05SPK20F039


NUR NAJIHAH NAJWA BINTI JOHARI A05SPK20F026
NURUL SYAFIQAH BINTI MUHAMED JAMIE A05SPK20F031
NUR FAJRIYAH HANIS BINTI SHAMSUL A05SPK20F032
AZMI

TARIKH LAPORAN DISEDIAKAN:

7/5/2021
DISEDIAKAN UNTUK:

FARIZ BIN MAHMOD


1
Page

1
BIL ISI KANDUNG MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 ISI KANDUNGAN 4-7

3.0 KESIMPULAN 8

4.0 RUJUKAN 8
2
Page

2
1.0 PENGENALAN

Konsep sembelihan dalam Islam atau ‘Zabiha’ telah meletakkan garis panduan
dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti.Pengetahuan mendalam
mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia
berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan..

Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya.


Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian
kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu
menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.

Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa
binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih
dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

Disyaratkan penyembelihan itu:

1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran


makanan dan minuman).

2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.

3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada
tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan
marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk
melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.

4. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan


(tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang
itu ketika disembelih).

dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih sahaja.

Binatang yang perlu disembelih adalah Lembu, Kambing, Unta dan Ayam

Niat untuk menyembelih haiwan (Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa


laka, haadzihi ‘aqiiqotu fulaan)
3
Page

3
Alat Sembelihan

a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau


b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang
ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.

2. ISI KANDUNGAN

 Teknik pelalian mengikut keperluan halal iaitu Teknik pelalian elektrik, pneumatik dan
mekanikal

Kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning) dibenarkan berdasarkan syarat-syarat


di bawah:

Jenis kejutan stunner yang digunakan adalah di kepala sahaja. Paras arus elektrik
hendaklah sentiasa dalam kawalan, iaitu tidak boleh melebihi had antara 0.75 ampere
untuk kambing dan 2.0 ampere untuk lembu. Aliran elektrik hendaklah dilaksanakan
dalam tempoh masa antara tiga hingga enam saat. Proses kaedah kejutan elektrik ini
hendaklah dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.

Kaedah kejutan pneumatic dan mekanikal dibenarkan berdasarkan syarat-syarat di


bawah:

Pertama adalah kaedah stunning mekanikal atau nama


lainnya Pnematic Percussive Stunning. Ia boleh didefinisikan
sebagai satu kaedah yang menggunakan alat berbentuk seperti
cendawan untuk memengsankan haiwan sembelihan. Antara syarat
kaedah ini diterima dalam Islam ialah memastikan alat yang
digunakan tidak memecahkan tengkorak haiwan, hanya sekadar
menyebabkan haiwan pengsan sahaja (Zahien, 2006). Kaedah ini
biasa dilakukan ke atas haiwan ternakan besar seperti lembu,
kerbau, kambing dan biri-biri.

Kaedah kedua ialah stunning elektrik adalah satu kaedah


yang menggunakan arus elektrik perlahan kepada haiwan sebelum
di sembelih. Kaedah ini akan menyebabkan haiwan yang terkena
kejutan elektrik ini menjadi lali dan pengsan seketika. Kadar arus
elektrik adalah sentiasa dalam kawalan dan peratusan yang telah di
4

tetapkan.
Page

4
 Penyembelihan mekanikal untuk haiwan jenis beburung

Penyembelih ialah seorang Islam.


- Niat hendaklah kerana Allah dan dengan nama Allah.
- Nama Allah hendaklah sentiasa disebut secara berterusan Ketika
sembelihan dilakukan.
- Hendaklah pisau yang digunakan itu tajam dan memotong
keempat-empat urat iaitu halkum, mari‘, vena jugular dan arteri
koratid (wadajain).
- Binatang yang disembelih hendaklah dibiarkan darahnya
mengalir keluar sebanyak mungkin.
- Voltan dan aliran elektrik yang digunakan hendaklah tidak
menyebabkan kematian.

 Menyenaraikan keperluan dalam penyembelihan halal iaitu niat, hayat,


urat dan alatan.

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih


2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain
seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut
atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih.
5
Page

5
 Menyediakan gambar keratan leher ayam serta urat yang terlibat

 Memilih 4 gambar yang berkaitan dengan penyembelihan beserta penerangan


kefahamanan pelajar terhadap gambar yang dilampin

Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’
(saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum
memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri
karotid adalah sunat.
Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti
haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian
6

anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.


Page

6
Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya,
lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira
sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak
halal memakan daging binatang tersebut.

Memutuskan urat halkum (tempat saluran penafasan) dan urat marikh (tempat
saluran makanan dan minuman). Disembelih pada leher bagi binatang yang senang
diselengarakan.

Pisau hendaklah dibersihkan pada setiap kali penyembelihan dilakukan. Buat


pemeriksaan sekali lagi bagi memestikan urat halkum dan marikhnya putus setelah
7

penyembelihan itu selesai


Page

7
KESIMPULAN

Kesimpulannya kami dapat mengetahui tentang Sembelihan mekanikal adalah


antara kaedah yang dipraktikkan pada masa ini di berbagai pusat sembelihan
ayam di luar negara. Terdapat khilaf di kalangan fuqaha' tentang keharusan
penggunanya dalam sembelihan ayam halal. Secara asasnya, ada pendapat yang
mengatakan harus kerana telah menepati rukun dan syarat sah sembelihan.
Walau bagaimanapun, pada masa ini. Pemakaiannya dalam industri
penyembelihan ayam halal lebih baik dielakkan kerana itu lebih tepat dalam
menjaga maslahah sama ada maslahah agama, nyawa mahupun harta. Dari
sudut agama, status halal ayam yang disembelih itu lebih pasti. Manakala dari
sudut penjagaan nyawa, kualiti ayam lebih terjamin dan dari sudut harta pula,
peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada orang islam. Walaupun begitu,
penulis melihat tiada masalah untuk digunakan sembelihan mekanikal sekiranya
ada keperluan di samping yang terbaik dengan keadah kalibrasi/tentu ukur
(calibration) yang secara pasti pemotongan pada leher bahagian depan dan pada
urat-urat yang telah ditentukan dapat dilakukan dengan tepat serta terdapat pula
peluang untuk tasmiyyah pada setiap sembelihan.

RUJUKAN
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/18154/1/Penggunaan%20Pisau
%20Mekanikal%20dalam%20Industri%20Sembelihan%20Ayam%20Halal
%20Analisis%20Menurut%20Perspektif%20Maqasid%20al-Shariah.pdf

https://www.slideshare.net/aliirwan/penyembelihan-menurut-hukum-syarak
8
Page

You might also like