You are on page 1of 4

LAPORAN PENYEMBELIHAN

Pelatih ambilan November 2008 Institut Perguruan (IPG) Kampus Dato Razali telah menyiapkan projek semester lapan. Kami telah bersepakat untuk melaksanakan aktiviti penyembelihan ayam di Kampung Tengah Menggabang Telipot, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Seramai 26 pelatih termasuk seorang pensyarah, Ust. Haji Nawawi Bin Muhammad telah menyertai aktiviti ini. Projek ini telah diadakan pada 2 Disember 2012 bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang. Tujuan utama selain daripada projek amali, pelatih juga mendapat pendedahan tentang cara-cara penyembelihan yang betul mengikut hukum agama. Kami diminta untuk berkumpul di sana sebelum jam 12 tengah hari menaiki kenderaan masingmasing. Sebaik sahaja tiba di pekarangan kedai pembekal ayam, HDA Poultry SDN BHD, kami diberi taklimat secara terperinci sebelum meneruskan agenda. Taklimat tersebut menerangkan tentang prakarsa sebelum, semasa dan selepas penyembelihan antaranya, memastikan alat yang digunakan tajam, memutuskan urat halkum dan membaca Basmallah semasa penyembelihan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pemilik kedai, Abdul Rashid Bin Mohamad dan di sambung oleh Ust. Haji Nawawi. Penjelasannya dapat digambarkan seperti gambar berikut;

1 Alat-alat penyembelihan

2 Urat halkum

3 Bahagian penyembelihan

Pelbagai reaksi para pelatih semasa aktiviti ini dijalankan. Aktiviti penyembelihan ini merupakan pengalaman kali pertama buat sebahagian daripada pelatih. Projek ini semakin meriah apabila seorang daripada pelatih telah muntah semasa aktiviti ini berlangsung. Setiap pelatih diberi peluang untuk menyembelih ayam. Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, kami berharap segala pengalaman yang kami perolehi dapat digunakan dalam kehidupan kami kelak. Harapan yang tinggi diletakkan kepada pihak IPG agar mereka dapat mengadakan akitiviti ini pada tahun-tahun berikutnya supaya setiap pelatih di IPG ini mendapat pendedahan tentang penyembelihan. Diharapkan semua kita umat islam menjaga tuntutan agama supaya memakan makanan yang halal. Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah SWT menyatakan: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." Aktiviti penyembelihan kami berakhir pada pukul dua petang. Ayam yang disembelih dirahkan kepada pembekal untuk diproses dan pelatih mengagihkan ayam tersebut ke salah sebuah Pondok tahfiz di Kuala Berang.

4 Pemilik Kedai

5 Lokasi Projek

You might also like