You are on page 1of 1

LAPORAN AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016

Aktiviti Biro Kebajikan telah bekerjasama dengan biro-biro lain untuk menyempurnakan
setiap akitiviti yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi
2015/2016.
2. Selain itu, aktiviti yang telah dirancang oleh biro kami telah meliputi aktiviti lawatan
ke Cherise Home, Kota Kinabalu, tujuan untuk membantu dan dan menghulurkan kasih
sayang serta bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
3. Malahan, biro kebajikan turut memantau dan memerhatikan pandangan dan aduan
yang dibuat oleh pelajar IPG Kampus Gaya supaya dapat maklum balas dari pihak
yang berkaitan seperti maklum balas pelajar terhadap kafeteria kampus kita dan
seterusnya akan dapat mengambil tindakan susulan.
4. Baucer buku Satu Malaysia yang diberikan oleh semua pelajar di institute pengajian
tinggi juga telah diurus oleh pihak HEP serta bantuan daripada biro kebajikan dan biro
JPP yang lain.
5. Tambahan pula, Biro Kebajikan telah berbincang dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar
bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pembiakan nyamuk di sekitar IPG
kami dan tindakan yang sewajarnya seperti fogging telah dilaksanakan di sekitar
kampus kami.
6. Biro kebajikan serta ahli-ahli JPP yang lain, khususnya Biro Keusahawaan telah
bergading bahu mengendalikan satu aktiviti penjualan semasa lawatan Kolej Matrikulasi
Labuan ke IPG kami bertujuan untuk menampung dana JPP kami bagi aktiviti yang lain.

Disediakan Oleh :
Biro Kebajikan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016

You might also like