You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

TAHUN AKADEMIK 2022

Program : PISMP Nama Siswa Pendidik:

Semester /Tahun : Sem 2 / Tahun 2


Kod: EDUP3063 Ambilan : Jun 2020
Kumpulan : Unit V1 – V18

Nama Kursus : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. KUIZ 11 APRIL 2022 18 APRIL 2022

2. PENULISAN AKADEMIK 03 MAC 2022 11 APRIL 2022

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Membincangkan konsep asas pentaksiran, tujuan dan prinsip pentaksiran dalam


pendidikan. (C3, LO1)
2. Merancang pentaksiran berdasarkan proses merungkai standard dan penjajaran
konstruktif dalam pendidikan. (C6, LO1, LO3, CTPS3)
3. Membina pelbagai jenis alat pentaksiran dalam bilik darjah berdasarkan maklumat terkini
daripada pelbagai sumber. (C6, A2, LO3, LO6, CTPS3, LL1)
4. Mengaplikasi kriteria pentaksiran yang sesuai, interpretasi data dan melapor prestasi
murid dalam pendidikan. (C3, LO3, CTPS1)
5. Menganalisis isu tentang pentaksiran dalam konteks sekolah rendah di Malaysia. (C4,
LO3, CTPS2)

Kerja Kursus ini adalah bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Mengaplikasikan konsep asas pentaksiran, tujuan dan prinsip pentaksiran dalam pendidikan
melalui kuiz.
2. Merancang pentaksiran berdasarkan proses merungkai standard dan penjajaran konstruktif
dalampendidikan melalui ujian kuiz.
3. Membina pelbagai alat pentaksiran untuk penilaian dalam bilik darjah melalui kuiz dan
penulisan akademik.
4. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi soalan objektif (aneka pilihan) dan subjektif
(struktur) mengikut pelbagai aras kesukaran (Merujuk Taksonomi Bloom yang disemak
semula, 2001). Seterusnya membuat anlisis item, mengintpretasi data dan melaporkan
prestasi calon ujian dalam penulisan akademik.

1
Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik
dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.Manakala
Slavin (2017) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan
pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi,
kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya,masyarakat kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan
minat. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid mempengaruhi peranan guru dan murid dan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK (40%)

Pentaksiran merangkumi penggunaan pelbagai teknik untuk membuat penilaian; pentaksiran


pelbagai budaya merujuk kepada konteks budaya di mana pentaksiran dijalankan, iaitu di mana
orang yang berbeza budaya berinteraksi. Seseorang boleh berhujah bahawa semua pentaksiran
dijalankan dan ditafsirkan dalam beberapa konteks budaya, tetapi baru-baru ini andaian budaya
yang mendasari pentaksiran tersebut telah diakui (Sue & Sue, 1990).

Pernyataan di atas memberi gambaran tentang kewujudan pentaksiran pelbagai budaya.


Berdasarkan pernyataan di atas, sediakan dan tadbirkan ujian dalam talian mengikut maklumat RMK
EDUP 3073 (Budaya dan Pembelajaran) yang elemen pentaksiran mesra budaya. Ujian tersebut
mesti mengandungi 10 soalan aneka pilihan dan 1 soalan berstruktur

1. Bina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi 10 soalan aneka pilihan dan 1
soalan berstruktur:-

2. Membina item ujian berdasarkan JSU yang telah dibina. Item ujian mesti memenuhi
aspek berikut:-

i. Bina 10 item Aneka Pilihan untuk aras kesukaran 1 hingga 5 berdasarkan


Taksonomi Bloom (Semakan 2001). Setiap aras kesukaran perlu dibina 2 item. Seterusnya
pelajar perlu memberikan justifikasi bagi setiap aras kesukaran item tersebut.

ii. Bina satu item subjektif yang menepati Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan sediakan
rubrik untuk item subjektif tersebut.

3. Mentadbir item kepada 15 hingga 20 calon.

4. Buat interpretasi tentang indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item yang
dibina dan pelaporan analisis item. Penulisan akademik ini dalam lingkungan 1300 patah
perkataan.

TUGASAN 2 : KUIZ (10%)

Pelajar akan menjawab dua puluh item aneka pilihan yang menguji kefahaman pelajar tentang;

i. Konsep Asas Pentaksiran Bilik Darjah


2
ii. Peranan dan Tujuan Pentaksiran dalam Pendidikan
iii. Ciri dan Prinsip Pentaksiran
iv. Jenis Alat Pentaksiran
v. Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif
vi. Rekabentuk, Pembinaan dan Pentadbiran Ujian

Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea iaitu “Perancangan


Pembelajaran Efektif Katalis Kecemerlangan Murid”

Pelaksanaan KPPB: Interdisiplinari EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran, SJHK3182 Kaedah


Pengajaran Sejarah, PRKA3012 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran & BMMB3083 Drama
dalam Pendidikan.

Prosedur

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK

1. Panjang esei hendaklah bersamaan dengan 1300 patah perkataan. Ia hendaklah ditaip
menggunakan fon Saiz Arial 11, dan jarak 1.5.
2. Rujukan hendaklah merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber Internet
3. Prosedur rujukan mesti mengikut gaya APA ( American Psychological Association)
4. Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan kualiti akademik.
5. Plagiarisme adalah dilarang sama sekali
6. Muka depan/muka hadapan laporan hendaklah mengandungi:

Nama pelajar
• Nombor Indeks
• No Kad Pengenalan
• Kod Kursus
• Tajuk kerja kursus
• Kumpulan
• Nama Tutor/Pensyarah Akademik
•Tarikh penyerahan
• Pengakuan pelajar terhadap penerimaan maklum balas pensyarah

7. Sila rujuk kriteria pemarkahan di LAMPIRAN A

TUGASAN 2 : KUIZ (10%)

1. 20 item Pelbagai Pilihan.


2. Tempoh kuiz ialah 30 minit.
3. Kuiz akan dilaksanakan pada 18 April 2022
4. Soalan berdasarkan topik 1 hingga 6 dalam RMK.
5. Kuiz akan dilaksanakan melalui Google Classroom.

i. Konsep Asas Pentaksiran Bilik Darjah


ii. Peranan dan Tujuan Pentaksiran dalam Pendidikan
iii. Ciri dan Prinsip Pentaksiran
iv. Jenis Alat Pentaksiran
v. Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif
vi. Rekabentuk, Pembinaan dan Pentadbiran Ujian

3
Disediakan oleh: Disemak oleh:

Mior Termizi Sarpah Rabea”ah


_______________________ ____________________________________
(DR, MIOR AHMAD TERMIZI) (PN. SARIPAH RABEA’AH BT. SYED ALI)
Penyelaras Kursus, Pakar Bidang (SME)
EDUP3063 UNIT V

Disahkan oleh:

Zulkufli
______________________________
(EN. ZULKUFLI BIN MAHAYUDIN )
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

You might also like