You are on page 1of 1

PENGENALAN Rumah penyembelihan Majlis Daerah Serian terletak di Jalan Industri Serian, Bandar Serian.

Premis penyembelihan ini merupakan premis penyembelihan untuk khinzir sahaja dan ianya berdaftar di bawah nama Majlis Daerah Serian serta telah beroperasi semenjak tahun lapan puluhan. Operasi penyembelihan ini disediakan untuk kemudahan para peniaga khinzir dan penternak khinzir yang memerlukan perkhidmatan penyembelihan khinzir untuk dipasarkan. Rumah penyembelihan ini dioperasikan oleh syarikat Cekap Enterprise iaitu syarikat yang mengambil tender kontrak daripada Majlis Daerah Serian. Syarikat ini mempunyai enam orang tenaga kerja dalam rumah penyembelihan dan syarikat juga perlu membayar kepada Majlis Daerah Serian amaun sejumlah RM4,000.00 sebulan untuk meneruskan kontrak menjalankan operasi penyembelihan khinzir di rumah penyembelihan tersebut. Aktiviti penyembelihan khinzir dijalankan kebiasaannya pada pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 pagi sekiranya banyak khinzir yang diterima dari lading- lading ternakan khinzir di Daerah Serian dan tempat lain, lebih- lebih lagi pada musim sambutan perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas. Penyembelihan rutin biasanya untuk penyembelihan kecil- kecilan untuk dijual di pasar khinzir oleh penternak kecil atau peniaga pasar dan beroperasi pada pukul 12.00 pagi sehingga 3.00 pagi. Operasi dijalankan pada waktu tersebut adalah kerana peniaga- peniaga atau pembekal daging kihinzir bisanya akan mengambil hasil sembelihan pada awal pagi dan mula berniaga pada awal pagi sekitar jam 5.00 pagi hingga 7.00 pagi. Purata sembelihan di rumah penyembelihan Majlis Daerah Serian adalah sebanyak 20 ekor sebulan. Skop tugas seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di bawah Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah Serian adalah memastikan keadaan keseluruhan rumah sembelih berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan untuk pemprosesan makanan khususnya daging khinzir. Persekitaran rumah sembelih yang bersih merangkumi sistem perparitan dan sistem pemprosesan sembelihan khinzir itu dari mula dihantar sehingga selesai di sembelih. Adalah menjadi kewajipan seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Majlis Daerah bagi memastikan semua operasi yang dijalankan di rumah sembelih ini tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam dan tidak menimbulkan pencemaran alam sekitar dari segi pencemaran bau dan pencemaran air hasil daripada sisa- sisa pepejal dan sisa organ yang tidak ditapis sebelum di salurkan ke sistem perparitan bandar. Kesihatan haiwan sembelihan juga turut dipantau dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Veterinar. Ini dapat membantu mengurangkan masalah atau timbulnya penyakit yang berpunca daripada haiwan seperti khinzir.

You might also like