You are on page 1of 23

Romatech Agro Ternak

ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN _________


MUKASURAT
1 Pendahuluan 2
2 Objektif Projek 3
3 Pengenalan 3
4 Kedudukan dan Lokasi Projek 5
5 Kemudahan Asas (Infrastruktur) 6
6 Kerja-Kerja Awal Tanah 7
7 Pagar Ladang 8
8 Kandang 8
9 Rumah Pekerja 9
10 Budget Ternakan Kambing 10
11 Makanan dan Minuman Ternakan 11
12 Penjagaan Kesihatan 14
13 Peralatan dan Kemudahan Lain 14
14 Kos Keseluruhan Projek 15
15 Rancangan Pentadbiran Dan Pengurusan 16
16 Carta Aliran Pentadbiran 17
17 Rancangan Operasi Ladang 18
18 Khidmat Nasihat Dan Perkhidmatan Veterinar 20
19 Kesan Terhadap Alam Sekitar 20
20 Rancangan Pemasaran 21
19 Penutup 23
20 Lampiran-lampiran

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 1/23
Romatech Agro Ternak

KERTAS KERJA PROJEK TERNAKAN KAMBING JAMNAPARI


DAN PEMBIAK-BAKAAN SECARA FIDLOT
ROMATECH AGRO TERNAK DI ALOR GAJAH, MELAKA

1.0PENDAHULUAN

Pada masa sekarang Prospek industri ternakan kambing di negara ini adalah amat cerah
memandangkan permintaan yang tinggi terhadap komoditi ini melebihi daripada jumlah
yang dapat dibekalkan di pasaran tempatan dan ianya meningkat dari tahun ke setahun.

Jadual 1 : Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

TAHUN 2003 2005 2010


Pengeluaran (MT) 1.30 1.50 4.30
Pemintaan (MT) 15.60 16.80 21.30
(Jadual
KSD (%) 8.33 8.93 10.23
1: Sumber
-Jabatan Perkhidmatan Veterinar)

Ini ditambah pula dengan kesedaran orang ramai yang semakin tinggi terhadap kebaikan
dan khasiat daging kambing berbanding dengan daging ternakan yang lain.

Malahan ternakan kambing pada hari ini telah menjadi satu industri komersial yang
mendatangkan pulangan dan keuntungan yang lumayan sekiranya ianya diselia-uruskan
dengan cara yang baik disamping bantuan dan khidmat nasihat secara berterusan
daripada pihak kerajaan terutama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Berdasarkan ke atas keyakinan yang amat tinggi inilah, maka saya menyediakan kertas
kerja Projek Ternakan Kambing Jamnapari di Alor Gajah, Melaka.

2.0OBJEKTIF PROJEK

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 2/23
Romatech Agro Ternak

Objektif utama projek ini ialah untuk mengeluarkan semua hasil ternakan kambing yang
bermutu tinggi yang meliputi kambing hidup, kambing baka, daging dan susu kambing
serta baja kompos dari tinja kambing bagi pasaran tempatan (domestiK).

Ini akan dilakukan dengan amalan pengurusan ternakan yang baik disamping penjagaan
kesihatan dan pengawalan dari sebarang penyakit terhadap ternakan kambing.

3.0PENGENALAN
3.1 Profil Syarikat

Nama Syarikat : Romatech Agro Ternak


No. Pendaftaran : 001234567-M
Tarikh Pendaftaran : 26 Februari 2008
Tarikh Tamat Tempoh : 25 Februari 2009
Bentuk Perniagaan : Pemilikan Tunggal
Jenis Perniagaan : Memelihara Haiwan Ternakan dan Menjual Hasil
Ternakan.
Alamat Syarikat : Alamat Syarikat,
Alamat Syarikat
Alamat Ladang Ternakan : Alamat Ladang Ternakan,
78000 Alor Gajah, Melaka.
Nama Bank : Agro Bank
Nombor/Jenis Akaun : 1234-12524-1252585646

3.2 Profil Pemilik

Nama Pemilik : Nama Pemilik

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 3/23
Romatech Agro Ternak

No. Kad Pengenalan : 680603-04-5139 (Baru) A0982531 (Lama)


Alamat 1 : Alamat Surat Menyurat,
Alamat Surat Menyurat.
Alamat 2 : Alamat Tetap (jika berlainan),
Alamat Tetap (jika berlainan)
No. Telefon : 019-2222222
Umur : 40 Tahun
Kelulusan Akademik : SPM/Diploma/Ijazah/Master/PHD.
Kesihatan : Baik
Status : Berkahwin (3 orang anak)
Pekerjaan Sekarang : Jurutera (Swasta)
Pengalaman Menternak : Tiada
Kursus Pernah Dihadiri :
1. Kursus menternak Kambing, Teguh Ternak Sdn. Bhd., Meru, Klang,
Selangor pada 6hb~10hb Februari 2008.
2. Kursus Pemprosesan Makanan Ternakan, Abasada Industry Sdn. Bhd.,
Klang, Selangor pada 12hb~15hb Mac 2008.
3. Usahawan Gemilang, Maju Marketing, Perak pada 1hb~2hb April 2008.

4.0KEDUDUKAN DAN LOKASI PROJEK

4.1 Lokasi Tanah


Alamat Ladang.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 4/23
Romatech Agro Ternak

4.2 Keluasan Tanah


2 1/2 ekar

4.3 Status Tanah


Milik sendiri

5.0KEMUDAHAN ASAS (INFRASTRUKTUR)

5.1 Sumber Air


5.1.1 Sumber Air Bersih (Paip/Pili) akan digunakan bagi tujuan minuman
ternakan dan juga untuk kegunaan harian Pembantu Ladang. Oleh kerana
tapak kawasan Ladang Ternakan yang dicadangkan terletak di tepi jalan

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 5/23
Romatech Agro Ternak

utama Alor Gajah-Machap, maka penyaluran bekalan air bersih melalui


paip utama di tepi jalan tersebut boleh dilakukan dan tidak memerlukan
kos yang tinggi.

5.1.2 Permohonan untuk penyaluran bekalan air bersih akan dibuat terus
kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Syarikat Air Melaka Berhad


Tingkat 13 Graha Maju, Jalan Graha Maju,
75300 Melaka.
Tel : +606- 292 1758 / 59 / 60
Faks: +606- 281 9439
URL : http://samb.com.my

Anggaran kos memasukkan bekalan Air Paip = RM 1,000.00

5.1.3 Bekalan Air Mentah akan diperolehi melalui anak sungai yang
mengalir melalui kawasan tapak ladang bagi tujuan penyiraman ke atas
tanaman rumput Napier. Satu kolam takungan akan dibina untuk
menakung air sebelum digunakan bagi tujuan penyiraman tanaman
rumput Napier tersebut. Ini akan dapat menjimatkan kos penggunaan air.
Oleh itu, sebuah pam air berenjin akan dibeli bagi tujuan mengepam air
dari kolam takungan tersebut untuk disalurkan ke kawasan tanaman
rumput Napier.

Anggaran kos Pam Air Berenjin = RM 500.00

5.1.4 Bekalan Air Alternatif dari dalam tanah juga dicadangkan untuk
digunakan terutamanya semasa kecemasan seperti bekalan air bersih
terputus, musim kemarau dan sebagainya. Ianya juga boleh digunakan
bagi tujuan minuman ternakan, kegunaan harian pekerja ladang dan
penyiraman tanaman rumput Napier. Secara tidak langsung ianya akan
dapat menjimatkan kos penggunaan air.
Anggaran kos Pam Air Bawah Tanah = RM 2,000.00
5.2 Bekalan Letrik
5.2.1 Sumber bekalan letrik adalah daripada Tenaga Nasional Berhad
(TNB). Ianya tidak menjadi masalah kerana talian kabel letrik telah sedia-
ada berhampiran dengan Ladang Ternakan. Meter Bekalan Letrik akan
ditempatkan di Rumah Pekerja. Sehubungan dengan itu, permohonan
akan dibuat kepada TNB.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 6/23
Romatech Agro Ternak

Anggaran kos memasukkan bekalan letrik = RM 1,500.00

5.3 Jalan Perhubungan


Jalan keluar-masuk ke kawasan Ladang Ternakan yang dicadangkan adalah
terletak di tepi jalan utama. Oleh itu ladang ternakan ini tidak mempunyai
masalah perhubungan keluar-masuk ke kawasan ladang ternakan.

6.0KERJA-KERJA AWAL TANAH

6.1 Memandangkan tanah tersebut telah ditanam dengan pokok kelapa sawit, maka
sebahagian pokok yang terlibat dengan pembinaan kandang, tanaman rumput
Napier dan rumah pekerja dan jalan keluar-masuk akan ditebang. Selebihnya
akan dibiarkan untuk mengekalkan keadaan semulajadi kawasan ladang
tersebut dengan kehijauan. Kerja-kerja untuk menerangkan (membersihkan)
dan meratakan tanah akan dilakukan dengan menggunakan jentera.

6.2 Kerja-kerja pembersihan kawasan ladang ternakan dijangka mengambil masa


selama lebih kurang 3 (tiga) hari.

Anggaran kos Kerja Tanah = RM 1,500.00

7.0PAGAR LADANG

7.1 Keseluruhan kawasan ladang ternakan seluas 1 (satu) ekar ini akan dipagar
disekelilingnya bagi mengelakkan ternakan daripada keluar dari kawasan
penternakan dan menghalang ternakan-ternakan lain daripada memasuki
kawasan ladang ternakan ini. Pembinaan pagar kawat setinggi 4 kaki (3 lapisan)
akan dibuat sebelum ternakan kambing dimasukkan ke dalam kandang.
Anggaran kos memasang pagar = RM 4,000.00

8.0KANDANG
Pada peringkat permulaan operasi ladang ternakan ini, saya bercadang untuk membina
sebuah kandang yang bersaiz sederhana besar.

8.1 Kandang 1
Sebuah kandang bertingkat setinggi 6 (enam) kaki akan dibina yang boleh
memuatkan sehingga 50 ekor kambing pada satu-satu masa. Disamping itu

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 7/23
Romatech Agro Ternak

juga, sebanyak 6 (enam) pen (petak) akan disediakan bagi tujuan pengasingan
ternakan seperti kambing bunting, kambing dara, kambing jantan, Kambing
Feral/Kampung, kambing yang sakit dan sebagainya.

KANDANG 1
Saiz : 24’ x 30’
Spesifikasi : Pen Utama : 10’ x 10’ x 3 unit
Pen Kedua : 9’ x 9’ x 2 unit
Pen Rawat : 6’ x 4’ x 3 unit
Petak Tengah : 5’ x 30’
Tinggi Kandang : 6’ (tiang 7 kaki)
Jenis Atap : Asbestos/zink/Bersilang
Tapak Kandang : Lepaan Simen dan Berlongkang.
Jenis Tiang Utama : Tetulang Bersimen (4”x4”x7’)
Kos pembinaan : 24’ x 30’ x RM18.00 = RM 12,960.00

Pembinaan Kandang 1 dijangka siap dalam tempoh 1 ~ 1 ½ bulan. Diantara


kelengkapan-kelengkapan lain yang akan terdapat di dalam kandang adalah seperti
berikut :-

 Nipple Waterer – 5 (lima) unit (RM17.00 seunit)

 Tangki Air – 1 (satu) unit

 Stor/Ruang Penyimpanan Makanan – 1 (satu) unit

Anggaran Kos Pembinaan Kandang + Tenaga Buruh = RM 12,960.00

8.2 KANDANG 2
Pembinaan Kandang 2 yang lebih besar bersaiz 26’ x 100’ dan bersebelahan
dengan Kandang 1 yang boleh memuatkan diantara 150 ~ 200 ekor kambing
pada satu masa dirancang akan dibina dalam masa 1 (satu) tahun selepas
beroperasi bergantung kepada pulangan serta modal sedia ada.

9.0RUMAH PEKERJA

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 8/23
Romatech Agro Ternak

9.1 Memandangkan ternakan kambing mempunyai nilai komersial yang tinggi dan
terdedah kepada kejadian kecurian dan sebagainya, maka pekerja ladang akan
tinggal di ladang ternakan pada sepanjang masa bagi mengelakkan kecurian.

9.2 Secara tidak langsung pekerja ladang dapat memantau dan mengambil
tindakan dengan segera terhadap kambing yang sakit, kambing yang hendak
melahirkan anak dan sebagainya.

9.3 Rumah Pekerja yang dicadangkan adalah berkeluasan 360 kaki persegi (18 kaki
x 20 kaki) dan mempunyai sebuah bilik tidur, bilik air, tandas, ruang dapur,
bekalan air bersih dan lektrik.
Anggaran kos rumah pekerja = RM 3,600.00

10.0 BUDGET TERNAKAN KAMBING

10.1 Saya bercadang pada peringkat permulaan projek untuk membeli sebanyak 10
ekor Kambing Induk Jamnapari (Cross) dan seekor Kambing Pejantan Jamnapari
Tulen bagi tujuan pembiakan kambing. Pembelian akan dibuat secara runding
terus dengan pembekal-pembekal baka kambing yang terdapat samada di
dalam ataupun di luar negeri Melaka.

1 ekor Baka Pejantan Tulen : 1 ekor x RM 3,000.00 = RM


3,000.00
10 ekor Jamnapari Induk (Cross) : 10 ekor x RM 650.00 = RM 6,500.00

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 9/23
Romatech Agro Ternak

Kos Pembelian Kambing Jamnapari = RM 9,500.00

10.2 Disamping itu juga saya bercadang untuk menternak kambing Feral atau
Kambing Kampung bagi tujuan mendapatkan pendapatan sampingan
sementara kambing utama boleh mengeluarkan hasil dan mendapat pulangan.
Kambing ini akan dijual selepas digemukkan di dalam masa 2 (dua) bulan dari
tarikh kemasukkan ke dalam kandang.

Kambing Feral/Kampung : 10 ekor x RM 350.00 = RM 3,500.00

Kos Pembelian Kambing Feral/Kampung = RM 3,500.00

10.3 Jumlah ternakan kambing yang akan terdapat di dalam kandang pada masa
Ladang Ternakan memulakan operasinya adalah 31 ekor seperti berikut :-

JUMLAH KOS
JENIS KAMBING
(EKOR) (RM)
Jamnapari Pejantan 1 3,000.00
Jamnapari Induk (Cross) 10 6,500.00
Feral/Kampung 10 3,500.00
JUMLAH KESELURUHAN 21 13,000.00
Jadual 2 : Jumlah Ternakan Kambing Di Dalam Kandang

Jumlah Kos Pembelian Kambing = RM 13,000.00

11.0 MAKANAN DAN MINUMAN TERNAKAN

Pada masa sekarang, makanan ternakan kambing ini tidaklah mendatangkan masaalah
yang besar untuk disediakan walaupun harga makanan kambing (pellet) telah
menunjukkan peningkatan yang ketara sejak kebelakangan ini. Pelbagai alternatif lain
boleh digunakan bagi menampung pertambahan harga makanan ternakan dipasaran.

Menjadualkan pemakanan ternakan kambing secara teratur dan efektif akan dapat
mengurangkan kos pemakanan dan meningkatkan produktiviti berpandukan kepada
Keperluan Pemakanan Kambing seharian (Lihat Jadual 3)

JENIS KEPERLUAN JUMLAH MAKANAN YANG PERLU


MAKANAN (DARI BERAT (BERAT KAMBING 40 KG)

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 10/23
Romatech Agro Ternak

BADAN)
Pellet 2% ~3% 0.8 kg ~ 1.2 kg

Dedaun/Rumput 10 % 4 kg
Jadual 3: Keperluan Pemakanan Kambing

11.1 Rumput Potong


11.1.1Saya bercadang untuk menggunakan kawasan seluas minima 1 ekar
bagi tujuan penanaman rumput “Napier” sebagai sumber makanan
kepada anak-anak kambing yang baru bercerai susu.

11.1.2Benih (batang) rumput Napier akan dibeli daripada mana-mana


Pembekal benih (batang) rumput tersebut dengan anggaran harga
RM0.30 sebatang. Jumlah anggaran permulaan yang akan ditanam
adalah sebanyak 500 batang.

Kos menanam = RM 50.00


Kos membeli benih RM0.30 x 500 = RM 150.00

Anggaran kos keseluruhan = RM 200.00

11.1.3Disamping itu juga, saya bercadang untuk mencari kawasan lain yang
lebih luas bagi tujuan penanaman rumput Napier ini. Antara alternatif
yang boleh digunakan ialah :-
 Permohonan kepada Pengurus FELDA untuk guna-pakai tanah
“Reserve” FELDA di Kg. Baru Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka.
 Menyewa tanah orang persendirian di sekitar kawasan
ladang.

11.2 Dedaun
11.2.1Daun kelapa sawit merupakan sumber makanan berbentuk dedaun dan
serat yang akan diberikan ternakan kambing kerana ianya adalah mudah
di dapati. Tambahan pula, ladang ternakan yang dicadangkan ini
dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit (estet). Oleh yang demikian, secara
tidak langsung ianya dapat menjimatkan kos pemakanan ternakan
kambing.
11.2.2Selain daripada itu, dedaun seperti senduduk, balik angin, kekacang,
kemahang adalah mudah didapati kerana kawasan sekitar masih lagi
dilitupi dengan hutan dan belukar. Pemberian makanan berupa dedaun
ini adalah seperti Jadual 4 .

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 11/23
Romatech Agro Ternak

11.3 Pellet Dan Konsentrat (Concentrate)


11.3.1Pellet merupakan makanan berbentuk konsentrat yang amat penting di
dalam diet pemakanan ternakan kambing secara Fidlot ini. Pellet
mengandungi sumber-sumber Protein , Kabohidrat dan Lemak yang
amat diperlukan oleh kambing yang tidak terdapat (atau kurang) pada
rumput dan dedaun. Namun begitu memandangkan kos pellet yang agak
tinggi, maka pemberian pellet hendaklah secara berkhemah dan
berjadual bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian.
11.3.2Pellet akan diberikan pada sebelah pagi (Jadual 4). Ini adalah kerana
pellet memerlukan tempoh pencernaan yang lebih lama berbanding
dengan rumput atau dedaun. Ini juga dapat mengelakkan kambing
daripada mengalami cirit.
11.3.3Saya bercadang untuk membuat satu rumusan (formula) makanan yang
sesuai serta menepati kehendak pemakanan yang berkhasiat dan
seimbang untuk bagi memastikan kambing mendapat nutrien yang
diperlukan.
11.3.4Pemakanan pellet ini akan diasingkan mengikut katogeri ternakan
seperti induk yang menyusukan anak, anak yang baru putus susu dan
pengemukkan bagi tujuan penjualan.
11.3.5Diantara bahan-bahan yang dikenalpasti mengandungi banyak sumber-
sumber Protein, Karbohidrat dan Mineral adalah Palm Kernel Cake (PKC),
Jagung, Hampas Soya, garam dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini akan
diadunkan (formula) mengikut keperluan pemakanan seharian kambing.
Anggaran kos Pallet/Konsentrat = RM 1,500.00 (Setahun)

11.4 Silaj (Silage)


11.4.1Silaj merupakan salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti
untuk ruminan yang mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput
segar dan hay (rumput kering). Oleh kerana silaj dapat dikeluarkan pada
sepanjang masa, maka proses pengeluarannya tidak bergantung kepada
keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj
seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan
lain yang mudah diperolehi.
11.4.2Pemprosesan Silaj akan dilakukan secara sendiri apabila terdapatnya
lebihan rumput yang telah dipotong dan sebagainya. Ia juga boleh
dibuat daripada bahan-bahan seperti batang jagung manis dan
sebagainya. Sebuah ladang pertanian jagung yang terletak berhampiran
dengan kawasan ladang ternakan telah dikenal pasti dapat
membekalkan batang jagung manis.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 12/23
Romatech Agro Ternak

Secara amnya, saya menjangkakan bahawa Ladang Ternakan ini tidak mempunyai
masalah terhadap penyediaan makanan untuk ternakan. Sehubungan dengan itu saya
bercadang untuk menjadualkan pemberian makanan kepada ternakan kambing ini bagi
menghasilkan daging kambing yang bermutu tinggi.

JENIS NAMA MAKANAN MASA PEMBERIAN MAKAN


Pellet PKE/PKM/Soya Hull 8:00 ~ 9:00 pagi
Dedaun Daun Kelapa Sawit 2:00 ~ 3:00 petang

Rumput Rumput Napier 5:00 ~ 7:00 petang


Balik Angin, Senduduk 6:00 ~ 7:00 petang (seminggu
Dedaun-2
DLL sekali)
3 hari sekali (bergantung kepada
Silaj Silaj
stok)
Jadual 4 Keperluan Pemakanan Kambing

11.5 Minuman
Kandang ternakan kambing akan dilengkapkan dengan kemudahan paip air
minuman (Nipple Waterer) untuk ternakan kambing meminum air bersih. Oleh
itu sebuah tangki air akan dipasangkan di dalam kawasan kandang ternakan
yang mana bekalan air tersebut akan diambil daripada tangki air simpanan
utama. Sebanyak 4 (empat) unit nipple waterer akan dipasang di dalam
kandang ternakan.

Kos Paip Air Minuman = (dimasukkan dalam kos Pembinaan Kandang)


12.0 PENJAGAAN KESIHATAN

Penjagaan kesihatan ternakan kambing adalah sangat penting bagi menjauhkannya


daripada terkena penyakit seperti cirit, cacing, kutu, puru, kurap, ammonia (radang paru-
paru) dan sebagainya. Ia akan menyebabkan penternak terpaksa menyediakan ubat-
ubatan bagi merawat ternakan yang menghadapi penyakit sedemikian. Secara tidak
langsung ianya akan menyebabkan penternak terpaksa mengeluarkan kos ubat-ubatan
yang tinggi bagi merawat ternakan tersebut. Manakala kematian pula merupakan satu
kerugian yang mesti dielakkan oleh mana-mana penternak kambing.

Memandangkan penternakan yang saya rancangkan ini adalah secara fidlot, yang mana
kambing berada di dalam kandang pada sepanjang masa, maka masaalah penyakit dapat
dikurangkan dengan memastikan tahap kebersihan dan pemakanan ternakan adalah baik.
Penggunaan Probiotik (EM) akan dapat merencatkan pertumbuhan bakteria “patogen”
apabila ianya disemburkan pada kandang, lantai, tiang, bumbung dan kawasan sekitar.
Malahan boleh juga diberikan kepada kambing sebagai minuman selain penyemburan
terus pada ternakan dan tinja.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 13/23
Romatech Agro Ternak

Disamping itu juga pemeriksaan kesihatan ternakan akan dilakukan sekurang-kurangnya


sekali di dalam tempoh seminggu disamping pemantauan secara harian oleh pekerja
ladang. Ubat-ubatan yang bersesuaian yang sering digunakan untuk penyakit seperti cirit,
kurap, vitamin dan sebagainya akan disediakan pada sepanjang masa.

Kos Pembelian Ubat-Ubatan = RM300.00

Pemotongan kuku kambing adalah mustahak dan perlu dilakukan bagi mengelakkan
kambing daripada menghadapi kesukaran untuk bergerak akibat kuku kaki yang panjang.
Alat pemotong khas perlu digunakan untuk memotong kuku kambing.

Kos Pembelian Pemotong Kuku = RM250.00

13.0 PERALATAN DAN KEMUDAHAN LAIN


13.1 Mesin Chopper (Pemotong)
13.1.1Rumput Napier yang telah dipotong menggunakan sabit akan dikisar
kepada keratan yang lebih kecil dengan menggunakan Mesin Chopper
bagi memudahkan kambing memakan rumput tersebut di dalam
kandang.
13.1.2Mesin Chopper ini juga akan diperlukan untuk tujuan membuat Silaj.
13.1.3Oleh itu, sebuah Mesin Chopper berkuasa 1~2 Kuasa Kuda berenjin
Diesal akan dibeli.
Anggaran harga Mesin Pengisar Rumput = RM 3,000.00

13.2 Tangki Menyimpan Air


Saya bercadang untuk membeli sebuah tangki simpanan air bagi tujuan
penyimpanan air bersih sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan
bekalan air bersih daripada Syarikat Bekalan Air.

Anggaran harga Tangki Simpanan Air = RM 500.00

14.0 KOS KESELURUHAN PROJEK

NO. PERKARA KOS (RM) KEUTAMAAN


1 Bekalan Air Paip 1,000.00 1,000.00
2 Pam Air Berenjin 500.00

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 14/23
Romatech Agro Ternak

3 Pam Air Bawah Tanah 2,000.00


4 Bekalan Letrik 1,500.00 1,500.00
5 Kerja Tanah 1,500.00 1,500.00

6 Pagar Ladang 4,000.00 4,000.00

7 Kandang 12,960.00 12,960.00

8 Rumah Pekerja 3,600.00 3,600.00

9 Pembelian Kambing 13,000.00 13,000.00

10 Benih dan Penanaman Napier 200.00 200.00

11 Pellet 125.00 125.00

12 Ubat-ubatan 300.00 300.00

13 Alat Pemotong Kuku 250.00

14 Mesin Chopper 3,000.00

15 Tangki Air 500.00 500.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 44,130.00 38,685.00

15.0 RANCANGAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN


PENTADBIRAN & PEMASARAN
Pengurus : Nama Pemilik
No. Kad Pengenalan : xxxx-xx-xxxx
Alamat : Alamat Pemilik.
Telefon : 019-2222222
Tugas : Bertanggungjawab sepenuh terhadap pentadbiran syarikat
Mengadakan pemasaran

PERAKAUNAN
Jumlah Kakitangan : 1 orang
Juru akaun : Juru-akaun1 (Sendiri/Isteri/Suami)
No. K/P : xxxxx-xx-xxxx
Alamat : Alamat Juru akaun
Telefon : 06-5555555
Tugas : Bertanggung jawab sepenuhnya terhadap akaun syarikat.

PERLADANGAN
Jumlah Kakitangan : 2 orang
Penyelia Ladang : Penyelia Ladang (Pemilik)

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 15/23
Romatech Agro Ternak

No. K/P : xxxxx-xx-xxxx


Alamat : Alamat Penyelia Ladang.
Telefon : 06-5555555
Tugas : Bertanggung jawab sepenuhnya terhadap ladang.
Mentadbir urus perjalanan ladang ternakan
Memeriksa dan memastikan tahap kesihatan ternakan.
Pekerja Ladang : Pekerja1
No. K/P : xxxx-xx-xxxx
Alamat : Alamat Pekerja Ladang.
Telefon : 019-1111111
Tugas : Tinggal di dalam Ladang Ternakan.
Memberi makan kepada ternakan.
Merekodkan ternakan.
Memberi rawatan awal kepada ternakan yang sakit.
Mengasingkan ternakan yang bermasalah.

16.0 CARTA ALIRAN PENTADBIRAN

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 16/23
Romatech Agro Ternak

ROMATECHAGRO
ROMATECH AGROTERNAK
TERNAK
PERAKAUNAN
PERAKAUNAN

PELADANGAN
PELADANGAN PEMASARAN
PEMASARAN

**PEMASARAN
PEMASARAN**
Nama
Nama
**PENYELIA
PENYELIALADANG
LADANG** **KIRA-KIRA
KIRA-KIRA**
Nama
Nama Nama
Nama
KAMAROL
KAMAROL

**PEKERJA
PEKERJALADANG
LADANG**
Nama
Nama

17.0 RANCANGAN OPERASI LADANG

Oleh kerana penternakan yang dijalankan di Ladang Ternakan ini adalah secara Fidlot,
maka kesemua kambing akan diasingkan mengikut ketegori yang ditetapkan seperti di
dalam Jadual 5 di bawah ini. Tujuan utama pengasingan ini adalah :-

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 17/23
Romatech Agro Ternak

1. Memudahkan pengurusan setiap ketegori kambing.


2. Merancang pembiakan kambing Jamnapari dengan lebih teratur dan sistematik.

JENIS TERNAKAN NO. KANDANG

Jamnapari Induk (Cross) 1-1A

Jamnapari Pejantan 1-3A

Kambing Feral/Kampung 1-2A


Jadual 5 : Penempatan Kambing

17.1 Pengurusan Kambing Bunting (4-5 bulan)


17.1.1 Kambing yang bunting sehingga 4 bulan akan diasingkan di dalam
kandang khas sehingga melahirkan anak.
17.1.2 Rumput segar dan Konsentrat akan diberikan setiap hari bagi
memastikan kesihatan Induk berada pada tahap yang tinggi dan secara
tidak langsung ianya akan dapat menghasilkan baka anak kambing
yang sihat dan bermutu tinggi.

17.2 Pengurusan Anak Kambing


17.2.1 Anak-anak kambing yang baru lahir akan dibiarkan bersama-sama
dengan ibunya selama 8 ~ 12 jam untuk penyusuan kolustrum.
17.2.2 Selepas 2 bulan anak kambing akan diasingkan daripada induknya dan
di tempatkan di dalam pen yang lain bagi menjalani proses Cerai Susu.
Makanan seperti dedaun (rumput) dan konsentrat (terkawal) akan
diberikan secara sedikit-sedikit bagi membiasakan anak kambing
dengan pemakanan yang baru. Cara demikian akan dapat mengelakkan
gangguan (stress) terhadap pertumbuhan dan peningkatan berat badan
anak kambing yang baru mengalami proses cerai susu ini. Anak kambing
akan dibiarkan makan dengan sendirinya di dalam palung makanan
yang disediakan di dalam pen tersebut.

17.3 Pengurusan Kambing Dewasa dan Kambing Dara


17.3.1 Anak kambing yang telah meningkat dewasa dan berumur 4~6 bulan
akan diasingkan di dalam 2 kandang yang berlainan mengikut jantina
masing-masing bagi mengelakkan daripada berlakunya perkahwinan
sesama beradik (inbreeding). Ini dapat mengelakkan hasil anak kambing
yang berbadan kecil dan kurang cergas.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 18/23
Romatech Agro Ternak

17.3.2 Anak kambing jantan yang ingin dijadikan baka akan dinilai dari segi
fizikal seperti bentuk muka, telinga, kepala, bentuk badan, kaki dan
sebagainya. Ianya akan diasingkan dan dijaga dengan baik dari segi
pemakanan dan kesihatan. Kambing jantan dewasa akan hanya
dikahwinkan apabila telah berumur 1 tahun dan ke atas.
17.3.3 Anak kambing betina yang ingin dijadikan induk pula akan dinilai sama
seperti anak kambing jantan termasuk mempunyai bentuk ambing
(kantung susu) yang besar dan sihat.
17.3.4 Manakala anak kambing yang tidak mempunyai ciri-ciri di atas akan
dijual atau digemukkan terlebih dahulu sebelum dijual. Pada
kebiasaannya anak kambing yang telah berumur 6 bulan hingga 1 tahun
dengan berat badan 20kg~25kg adalah sesuai dijual kerana faktor umur
dan berat badan akan mempengaruhi harga kambing tersebut.

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa perkahwinanan kambing sesama kufu dari
satu keluarga (in-breeding) adalah TIDAK DIGALAKKAN kerana ianya akan
menghasilkan baka/anak kambing yang berbadan lebih kecil, kurang cergas dan
terdapat juga kes di mana berlaku kecacatan fizikal terhadap anak kambing yang
dilahirkan itu.
Perkahwinan satu kufu :-
1. Bapa dan anak betinanya
2. Adik-beradik
3. Anak jantan dan induk (ibunya)

18.0 KHIDMAT NASIHAT DAN PERKHIDMATAN VETERINAR

Saya akan mendapat khidmat nasihat dan bantuan teknikal yang berterusan dari Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Daerah Alor Gajah berhubung berhubung dengan :-

18.1 Khidmat nasihat dan bimbingan.


18.2 Perkhidmatan rawatan dan kesihatan ternakan.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 19/23
Romatech Agro Ternak

18.3 Khidmat nasihat pemakanan ternakan kambing.


18.4 Khidmat kawalan mutu ternakan kambing.
18.5 Pemasaran ternakan kambing.

19.0 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Projek ini dijangka tidak akan mendatangkan masalah kepada masyarakat sekeliling
kerana ianya agak jauh dari penempatan penduduk sedia ada.

Sistem kumbahan tinja daripada kandang ternakan akan di rekabentuk supaya sisa
tinja ternakan tidak akan terus mengalir ke taliair yang sedia ada seterusnya ke
sungai yang berdekatan. Memandangkan tapak asas kandang dibuat dengan lepaan
simen, maka kesemua tinja ternakan kambing akan dikumpulkan dan dijadikan
sebagai baja kompos dan akan dikomersialkan. Secara tidak langsung ianya akan
dapat mendatangkan hasil sampingan.

Disamping itu juga, penggunaan air untuk tujuan pembersihan kandang ternakan
akan diminimumkan bagi mengelakkan sisa-sisa kumbahan daripada mencemari
alam sekitar.

Oleh itu kesan terhadap alam sekitar dijangkakan hampir tiada untuk menjalankan
projek ternakan kambing ini kerana penternakan yang akan dijalankan di sini adalah
secara effisyen dan menitik beratkan penjagaan alam sekitar.

20.0 RANCANGAN PEMASARAN


Pada asasnya, pengeluaran hasil ternakan kambing akan di jual di pasaran tempatan
Negeri Melaka terutamanya sekitar Bandar Alor Gajah. Walaubagaimanapun,
pemasaran luar Negeri Melaka adalah bergantung kepada permintaan dan stok
bekalan sedia ada. Diantara prospek pemasaran adalah seperti berikut :-

20.1 Penjualan
20.1.1Jualan Terus Kepada Pembeli

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 20/23
Romatech Agro Ternak

Menjual ternakan hidup secara runding-terus dengan pembeli yang


datang sendiri ke ladang ternakan. Disamping itu juga, mengadakan
program dan promosi Aqiqah dan korban dengan menawarkan
potongan harga secara berpatutan.

20.1.2Pasar Besar
Memandangkan bilangan penjual hasil ternakan kambing di Pasar
Besar Alor Gajah masih lagi kecil bilangannya, maka saya yakin
bahawa penjualan hasil kambing seperti susu dan daging boleh
dilakukan di Pasar Alor Gajah. Pada peringkat awal, penjualannya boleh
dilakukan dengan kekerapan 1 (satu) minggu sekali. Khidmat agen
atau penjual daging akan diperlukan.

20.1.3Restoran-Restoran
Memandangkan pertumbuhan restoran-restoran terutamanya restoran
mamak semakin bertambah banyak di kawasan sekitar, maka
permintaan terhadap daging kambing juga semakin bertambah. Oleh
itu saya bercadang untuk memasarkan daging kambing segar di
restoran-restoran.

20.1.4Pasar Tani/Pasar Minggu


Terdapat pasar tani dan pasar minggu Alor Gajah yang terkenal dan
sering dikunjungi oleh ramai pelanggan. Oleh itu penjualan semua
hasil ternakan kambing dijangka tidak mendatangkan masalah. Antara
hasil yang dapat dijual adalah :-

 Daging kambing segar.

 Susu Kambing.

 Baja kompos dari tinja kambing yang telah dipaketkan.

Pada peringkat permulaan, saya mensasarkan penjualan hasil kambing ke pasar


tani ataupun pasar minggu sekitar daerah Alor Gajah dengan kekerapan 1
(satu) minggu sekali sahaja.

20.2 Jalinan Perhubungan Antara Penternak-Penternak Lain


20.2.1Hubungan Pemasaran Setempat
Saya bercadang untuk mengadakan rakaian (networking) Hubungan
Pemasaran diantara penternak-penternak sedia-ada di sekitar Negeri
Melaka terutamanya Alor Gajah, Jasin dan Tampin bagi mendapatkan
bekalan sekiranya berlaku masalah kekurangan bekalan kambing di

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 21/23
Romatech Agro Ternak

ladang masing-masing bagi memastikan permintaan pasaran


setempat tidak terganggu.

20.2.2Hubungan Pemasaran Luar


Hubungan Pemasaran dengan penternak-penternak di luar Negeri
Melaka juga secara tidak langsung akan dapat membantu
melebarkan lagi sempadan pemasaran dan perkongsian ilmu
pengetahuan serta pengalaman disamping memahami permasalahan
yang dihadapi oleh penternak-penternak lain.

20.2.3Pemasaran Secara ON-LINE


Mengujudkan sebuah laman web yang akan digunakan sebagai salah
satu agen ataupun media pengiklanan dalam mempromosikan
produk Ladang Ternakan Romatech Agro Ternak ini kepada
pelanggan-pelanggan dan penternak-penternak yang lain.

Jualan ternakan dan baka kambing juga boleh dan akan dipromosikan di dalam laman
web ini.

Laman web yang dicadangkan http://romatechagroternak.blogspot.com

21.0 PENUTUP
Adalah dijangkakan bahawa Cadangan Projek Ternakan Kambing Romatech Agro
Ternak ini sangat berdaya maju dan menguntungkan memandangkan permintaan
yang tinggi terhadap daging dan hasil kambing pada masa sekarang.

Pada masa sekarang pengeluaran daging dan hasil kambing dalam negara adalah
terlalu rendah iaitu sekitar 12% berbanding dengan permintaan yang semakin
meningkat. Oleh itu Projek Penternakan Romatech Agro Ternak ini juga akan dapat
membantu kerajaan dalam meningkatkan kuantiti pengeluaran daging dan hasil
kambing negara yang bermutu tinggi.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 22/23
Romatech Agro Ternak

Projek ternakan kambing ini juga akan memerlukan beberapa orang pekerja di
kawasan ladang ternakan. Oleh itu ianya juga dapat memberi peluang pekerjaan
kepada beberapa orang penduduk setempat yang akan diambil bekerja di dalam
Projek Ternakan Kambing ini.

Dengan mengamalkan Penternakan Baik (APB) dan Good Animal Husbandary


Practice (GAHP), saya percaya Ladang Ternakan Romatech Agro Ternak ini mampu
menghasilkan produk hasil ternakan kambing yang bermutu tinggi selaras dengan
hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Hab Halal Makanan
Sedunia.

Akhirnya, saya menyakini bahawa Ladang Ternakan Romatech Agro Ternak ini
mampu bergerak dengan lebih jauh ke hadapan seiring dengan beberapa
penternak lain yang telah berjaya.

**************** SEKIAN. TERIMA KASIH ****************

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka


Surat : 23/23

You might also like