You are on page 1of 2

RINGKASAN ESEKUTIF

Kertas Rancangan Perniagaan (RP) ini disediakan untuk melaksanakan


projek ternakan kelulut (Trigona spp) di Kampung Cheting, Kuala Berang,
Hulu Terengganu dibawah program Agropreneur Muda Lebah Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Cadangan projek ini dimajukan
berdasarkan kepada potensi projek kelulut yang mampu menjana
pendapatan yang baik berasaskan analisa kewangan. Kertas ini akan
dihantar kepada Jabatan Pertanian untuk diproses untuk mendapatkan
kelulusan serta untuk mendapatkan bantuan grant daripada Program
Agropreneur Muda Kementerian Pertanian. Projek ini dilaksanakan
melibatkan 10 kotak kelulut pada peringkat permulaan dengan anggaran
pendapatan kasar sebanyak purata RM1,000 iaitu melebihi RM900 sebulan.
Manakala sehingga kini modal telah dikeluarkan kira-kira dalam RM10,000
iaitu sebanyak RM3500 untuk pembelian sarang koloni kelulut serta lain-
lain peralatan penternakan kelulut seperti di Lampiran 9.5. Pertambahan
kotak haif sarang kelulut akan dilakukan pada setiap tahun bagi
membesarkan lagi skala penghasilan madu lebah kelulut seterusnya dapat
meningkatkan lagi pendapatan melalui penjulan hasil tuaian madu lebah
kelulut yang melebihi sasaran RM4,000 sebulan. Sehingga kini hasil tuaian
daripada projek ini meningkat dari 5kg kepada 10kg sebulan iaitu jumlah
pendapatan melebihi RM1000 dan akan mencapai hasil tuaian sebanyak
50kg sebulan pada tahun yang ke 5 seperti di Lampiran 9.5.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. RINGKASAN ESEKUTIF 1

2. ISI KANDUNGAN 2

3. PENDAHULUAN 3-4

4. TEKNIKAL 4-5

5. PEMASARAN 6

6. PENGURUSAN 6-7

7. KEWANGAN 7-8

8. KESIMPULAN 8

9. LAMPIRAN 9 -14

9.1 Peta lokasi penternakan kelulut di Kampung Cheting

9.2 Gambar Penternakan Kelulut

9.3 Surat kebenaran daripada pemilik tanah

9.4 Sijil Kursus Lebah Kelulut

9.5 Cashflow Penternakan Kelulut

You might also like