You are on page 1of 32

4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

[ Pengenalan ] [ Pemasaran ] [ Pemilihan Ternakan ] [ Pengurusan ]


[ Infrastruktur ] [ Pemakanan ] [ Kesihatan ] [ Sisa Buangan Fidlot ]
[ Ekonomi ] [ Penutup ]

1.0 PENGENALAN

"Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak
yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot.

Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara
moden dan sistematik. Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan
dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja.

Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu
menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan.
Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai
JPH kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar
berdaya maju dan berdaya saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH
secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot.

Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek
fidlot yang diusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan menjadi lebih seragam serta
dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang "standard"

1.1 Definasi fidlot

"Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan
pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih,
mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.

Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan.
Pengemukan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku
pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai
contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri
daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah terlalu kecil.

Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu
pasaran terhadap daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan
secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum

1.2 Sistem Fidlot

Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia:

i. Sekali masuk - Sekali keluar

Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat
pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan
berikutnya

ii. Masuk-Keluar Berterusan

Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target
pasaran bagi setiap kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.

1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot

Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot. Faktor berkenaan
adalah :-

i. Faktor ternakan

a. Harga belian feeder

b. Harga jualan finisher

c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan

ii. Faktor makanan (harga)

Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan
akan mengurangkan keuntungan. Mark et Timing kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar.
Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi.
Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 1/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
sistem fidlot ini. Pembaziran makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk kandang yang
standard

2.0 PEMASARAN

Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu projek ternakan
lembu fidlot itu berdaya maju atau sebaliknya.

Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan menentukan samada bidangusaha tersebut
menguntungkan atau sebalinya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan dan merancang strategi
pemasaran hasil fidlot mereka sebelum memulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan fidlot adalah
merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakan segala sumber tempatan yang ada secekap
mungkin.

2.1 Jenis-jenis Pemasaran

Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:

i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)


ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu
hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih.

Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.

Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan, pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran
meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menjalankan sistem
fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat
kumpulan.

Jadual 1 menunjuk k an contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringk at untuk tempoh
pengemuk an 4 bulan (120 hari) pada k adar peningk atan berat badan harian 1k g/hari:

Bulan Peningkatan
Kumpulan@ Berat Masuk Target Berat Target Jualan
Ternakan Berat Badan
Peringkat (kg) Jualan (kg) (bulan)
Masuk harian (Kg/hari)
Hari Raya Aidil
Pertama Ogos 230-260 kg 1.0 kg/hari 350-380 kg
Fitri
Hari Raya
Kedua Oktober 180-230 kg 1.0kg/hari 300-350 kg Korban
(Februari)
Jualan
Sepanjang
Ketiga 230-260 kg 1.0kg/hari 350-380 kg hidup/daging
masa
segar (Jan-Dis)

2.2 Networking

Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka
belum diketahui oleh pembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimana pengusaha menghadapi
masalah menetapkan harga jualan hasil mereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikan pengusaha.
Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan.

Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot
mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada.

Dengan mengamalkan network ing sedemikian. pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin.
jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan
juga harga makanan yang baik.

2.3 Penjualan Secara Tunai

Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang
yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutang adalah merupakan
satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot
secara tunai.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 2/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

Pengusaha fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka


terus kepada pelanggan secara jualan tunai.

Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot
mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran
dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan.

Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan
runcit daging bagi setiap ekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran
melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutan
khas.

Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang
berterusan dan seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan.

3.0 PEMILIHAN TERNAKAN

3.1 Asas Pemilihan

Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi
termasuklah:

i. Permintaan . keperluan pasaran


ii. Penetapan berat awal
iii. Peningkatan berat badan
iv. Target berat akhir atau berat jualan

3.2 Baka dan Jantina

Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca
tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :

i. Baka import

Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore.

ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import

Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore

iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)*

* Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah
berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembu-
lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik.

3.3 Umur dan Berat Badan

Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut:

i. Umur antara satu hingga satu setengah tahun


ii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK),
Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target pemasaran
(berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki)

Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal,
peningkatan barat badan harian dan target berat akhir (berat jualan)

Peningkatan Berat Tempoh


Berat
Berat Awal Badan Harian Pemeliharaan
Akhir (kg)
(kg/hari) (hari)
200 1.0 120 320
230 1.0 120 350

3.4 Status Kesihatan

Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat
dan disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:


i. Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit hawar berdarah dan
telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 3/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

ii. Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing

iii. Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan
badan

Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan
bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Lembu-lembu yang dipilih untuk penternkan fidlot perlu dipastikan


sihat, bebas jangkitan kutu dan cacing serta tidak cacat

4.0 PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan, peningkatan
berat badan harian yang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum.

4.1 Pengurusan Personel

Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya
menggaji tenaga pekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak

Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:


i.
Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang
diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot
adalah seperti berikut:

a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor


b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor

Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya
ii.
penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap.

4.2 Pengurusan Ternakan

Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan
bebanan haba (heat stress). Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera pemakanan (feed intake) yang
menentukan peningkatan berat badan harian yang tinggi.

Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan,
kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.

Seeloknya setiap ternakan ditimbang pada minggu pertama


kemasukan bagi merekod berat awal, bulan pertama atau
kedua tempoh pemeliharaan bagi merekod peningkatan
berat badan dan minggu terakhir tempoh pemeliharaan bagi
merkod berat akhir sebelum jualan.

Pengurusan lembu fidlot yang cekap menjamin


kejayaan dan keuntungan pengusaha

4.3 Pengurusan Kandang

Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan
dan kemudahan infrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 4/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
disebelah pagi.

Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan
sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalah kuku.

4.4 Pengurusan Pemakanan

Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi
peningkatan berat badan harian (daily weight gain). Ini seterusnya akan menentukan samada projek ternakan
fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau kerugian,.

Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat
badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat
badan antara 350-400 kg). Bagaimanapun, kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis
makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.

Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi,
antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam
berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang.

Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan
tambahan keperluan mineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

Lembu Fidlot perlu diberi makanan


berkualiti yang secukupnya secara cekap
dan ekonomik

4.5 Pengurusan Kenderaan

Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara
dengan baik. Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan
khidmat lori sewa yang murah.

4.6 Pengurusan Rekod

Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai
prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos
penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.

Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:

i. Rekod pembelian lembu 'feeder'


ii Rekod pemberian makanan harian
iii Rekod peningkatan berat badan harian
iv Rekod kesihatan dan kematian
v Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi Rekoid personel
vii Rekod kewangan

Contoh rekod stok ternakan. rekod purata kenaikan berat badan (ADG), rekod jualan ternakan dan rekod
tunai ternakan boleh dijadikan panduan

CONTOH

REKOD STOK TERNAKAN

NAMA LADANG :______________________________________

KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

TARIKH MASUK :______________________________________

MATI JUAL
TARIKH BELIAN MASUK (ekor) SINGKIR (ekor) STOK SEMASA (ekor) CATATAN

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 5/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
(ekor) (ekor)

DISEDIAKAN OLEH : ___________________________

DISEMAK OLEH :______________________________

CONTOH

REKOD PURATA KENAIKAN BERAT BADAN (ADG)

NAMA LADANG :______________________________________

KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

TARIKH MASUK :______________________________________

BERAT PERBEZAAN TEMPOH


BIL NO. TAG BERAT AWAL (kg) ADG (kg) CATATAN
SEKARANG (kg) BERAT BADAN (kg) PELIHARA (Hari)

DISEDIAKAN OLEH : ___________________________

DISEMAK OLEH :______________________________

CONTOH

REKOD JUALAN TERNAKAN

NAMA LADANG :______________________________________

KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

TARIKH MASUK :______________________________________

PEMBELI (NAMA &


TARIKH NO. TAG JANTINA CATATAN
BERAT BADAN (kg) HARGA JUALAN (kg)

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 6/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
ALAMAT)

DISEDIAKAN OLEH : ___________________________

DISEMAK OLEH :______________________________

CONTOH

REKOD TUNAI (CASH FLOW) TERNAKAN

NAMA LADANG :______________________________________

KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

TARIKH MASUK :______________________________________

BILANGAN STOK BILANGAN JUAL BILANGAN MATI & BILANGAN STOK JUALAN TUNAI KOS OPERASI UNTUNG RUGI
TARIKH
AWAL (ekor) (ekor) SINGKIR (ekor) SEMASA (ekor) (RM) SELURUH (RM) (RM)

5.0 INFRASTRUKTUR

5.1 Lokasi

Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi, jenis tanah, kemudahan
bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan, sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan,
pasaran dan pembuangan najis.

Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radius daripada kawasan
kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air. Ini bagi
mengelakkan lempahan apabila berlaku banjir atau hujan lebat. Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar
(pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok tanaman /buahan.

Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikan jalan keluar-masuk ke
kawasan ladang boleh dilalui sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 7/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

Tapak projek lembu fidlot perlu dikawasan yang strategik dari aspek
topografi, persekitaran dan kemudahan prasarana

5.2 Topografi

Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik. Bagi kawasan yang kerap
hujan penempatan projek fidlot di kawasan berbukit adalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang
baik di samping mengurangkan masalah tanah berbecak.

Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan kos pembinaan jalan,
pagar dan kemudahan lain dibandingkan dengan kawasan berbukit.

5.3 Bekalan Air Dan Elektrik

Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk
projek fidlot.

Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minuman sebanyak 25-40 liter sehari.
Oleh yang demikian, penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air
minuman sehari. Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau parit pengairan
merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air.

Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga
daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilang makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk
menjalankan mesin-mesin dan peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal.

5.4 Reka Bentuk Kandang

Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot
dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan.

Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa
hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih
sesuai daripada kandang terbuka.

Contoh rekabentuk kandang yang praktikal dan ekonomik untuk projek lembu fidlot skala
sederhana (semi-komersil)

5.5 Kandang Kurungan

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 8/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek kemudahan infrastruktur
yang 'standard' seperti berikut:

i. Bumbung

Bumbung kandang fidlot perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakan semasa hujan
dan panas. Bumbung boleh dibina sama ada dengan menutup keseluruhan atau sebahagian
daripada kawasan lantai kandang, bergantung pada modal yang ada.

Kandang yang di tutup sebahagiannya dengan bumbung membolehkan cahaya matahari


mengeringkan lantai, justeru mengurangkan pertumbuhan organisma-organisma yang boleh
menyebabkan jangkitan penyakit kepada ternakan.

Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink, atap, asbestos
dan lapisan getah tar.

Lantai

ii. Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atau berlumpur.
Prestasi ternakan akan menurun sekiranya ternakan dipelihara di tempat yang berbecak kerana
keadaan sebegini akan memudahkan serangan penyakit.

Lantai simen yang dibina mestilah mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 10cm(4 inci) dan ini
juga tertakluk kepada kepadatan tanah dengan kecerunan 2% menghala ke parit.

iii

Rekabentuk kandang menunjukkan bumbung dan lantai konkrit yang praktikal


dan ekonomik untuk projek lembu fidlot komersil
iv Sistem Saliran

Kandang fidlot mestilah disediakan dengan sistem saliran (parit) yang lengkap supaya air dan najis
ternakan dapat disalirkan dengan sempurna

Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis
yang bertakung akan menggalakkan pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi
ternakan fidlot.
v Palung Makanan

Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian
makanan mudah dijalankan.

Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 60cm (24inci) lebar dan 45cm (18inci) tinggi.

Seekor lembu memerlukan 15cm (6inci) ruang makanan. Lantai simen di bahagian tempat
makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan
dengan mudah di samping mengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan berbecak.

Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palung makanan ialah konkrit
dan tong polyetelene yang dipotong melintang.
vi Palung Air Minuman

Kedudukan palung air minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan jenis takungan
air yang digunakan. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung airnya perlu
ditempatkan diantara petak.

Kadang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air minuman yang
tersendiri. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm(24 inci)
tinggi.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 9/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain daripada tong
dram dan gelung konkrit sebagai alternatif.

Contoh rekabentuk palung makanan dan air minuman yang praktikal dan ekonomik
vii Kolam Takungan Najis

Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untuk mengelakkan
najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan persekitaran. Dengan adanya
kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkan dapat dikumpulkan setempat.

Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan ternakan yang dipelihara dan kegunaannya,
(maklumat terperinci, sila rujuk Chapter 8: Sisa Buangan Fidlot) .
viiiTempat Rawatan

Tempat atau lorong rawatan (travis) diperlukan untuk memudahkan rawatan ternakan dan boleh juga
digunakan sebagai tempat untuk menimbang ternakan.

Kandang lembu fidlot perlu dilengkapi dengan loading ramp & travis untuk kemudahan
memunggah dan mengawal lembu

Tangki air perlu disediakan bagi menjamin bekalan


air bersih yang berterusan dan mencukupi untuk
minuman lembu

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 10/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

RAJAH A

RAJAH B

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 11/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

CONTOH PELBAGAI RUPA BENTUK BUMBUNG

CONTOH PALUNG MAKANAN DAN MINUMAN


6.0 PEMAKANAN

Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratus daripada kos pengendalian/operasi. Oleh itu
perancangan yang teliti bagi memilih penggunaan bahan-bakan makanan yang ekonomik dan cekap adalah
kritikal.

6.1 Keperluan Nutrien

Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinya terhadap kehidupan lembu adalah

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 12/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
seperti berikut:-

i. Air mengawal suhu badan, memindah nutrien lain ke dalam tubuh dan membantu dalam
penglihatan dan pendengaran

ii Protein Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan pengemukkan

iii Karbohidrat Sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti tubuh

iv Lemak Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu


}
v Galian Penting untuk pembinaan tulang, gigi, otot dan sel-sel darah

vi Vitamin A - Membantu dalam penglihatan


D - Pencernaan Kalsium dan fungsi proses pembiakan
E - Untuk menguatkan otot

Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil
pengeluaran yang maksimum.

Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat-zat
nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan. Zat-zat nutrien
berkenaan perlu ada di dalam bahan-bahan terumus dalam rangsum makanan yang diberikan.

Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut:

Zat protein - Minima 14%


Tenaga Metabolisma - Minima 10.6 Mj/kg
Zat Galian Kalsium - Minima 0.65%
Zat Galian Fosforus - Minima 0.45%
Garam - Diantara 0.50 - 1.0%
Vitamin A & D - MInima 2200 dan 300 i.u/kg
Zat serat - Minima 15%
Air - Semahunya

6.2 Jenis Bahan Makanan

Terdapat pelbagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk ternakan lembu fidlot. Umpamanya foraj,
silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian dan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :-

i) Foraj - Rumput segar, rumput kering, silaj


ii) Bijirin - Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi
iii) Bahan protein - Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau
iv) Bahan sisa pertanian -:

Kelapa sawit - Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit


Padi - Dedak padi, beras hancur, jerami padi
Tebu - Gula hitam (molas), Hampas tebu,,pucuk tebu
Kelapa - Dedak kopra
Sisa dapur - Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan
Jagung manis - Batang jagung (Dipotong, di silaj)
Ikan - Ikan baja
Koko - Lenggai koko
Rumbia - Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia

6.3 Jumlah Makanan

Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa.
Secara purata mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada
berat badan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan.

Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu fidlot
memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan
memakan bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehingga mencapai kepada 8-9kg
sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400 kg.

Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya
akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badan sehari.

Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat) yang telah dirumus bagi
mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa,

Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa
pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau
dijeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat.

Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot, jumpah zat nutrien yang diperlukan bagi
setiap peringkat tumbesaran lembu perlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harian

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 13/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
yang tinggi.

Pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah mengandungi kesemua zat-zat nutrien yang
diperlukan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk
projek fidlot berskala besar (komersil) kerana kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat.

Bagi projek fidlot berskala kecil atau sederhana dimana pengusaha tidak sukar mendapatkan unsur serat,
penggunaan kaedah kedua adalah lebih digalakkan. dalam kaedah ini, campuran bahan-bahan makanan biasa
(konsentrat) diberi bersama sedikit serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian dan galian/garam jilat
yang boleh disediakan sendiri dengan mudah dan pada kos yang lebih murah.

Bagaimanapun, bagi kedua-dua kaedah yang dicadangkan tersebut, perlu dipastikan rangsum makanan lembu
fidlot mengandungi tidak kurang daripada 15% kandungan serat setiap hari. Ini penting kerana ternakan ruminan
memerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan kepada ternakan adalah seperti berikut:-

i. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada zat tenaga dan berbagai jenis
Vitamin B

ii Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat yang cukup, perjalanan makanan
didalam saluran penghadaman akan memakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebih
banyak masa berada di dalam rumen untuk dicerna oleh bakteria

iii Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa jua jenis bahan serat, tanpa perlu dicampur
dengan vitamin komersil (tambahan) . Vitamin A adalah penting untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.

6.4 Bahan-Bahan Makanan

Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu kritikal, kecuali jika makanan
tersebut berbau hapak atau tengek.

Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu mengandungi zat-zat nutrien yang cukup.
Campuran lengkap zat-zat nutrien yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan
yang mampu dimakan oelh ternakan

Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan khususnya kepda
berat badan yang dicapai, seperti ditunjukkan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga
boleh didapati dalam Jadual 3.

Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantung kepada persekitaran atau
kawasan/daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain,
mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh bahan-bahan makanan
dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunujkkan di Jadual 4.

Jadual 3 menunjukkan keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan
lembu fidlot:

Berat Kadar Pengambilan


Protein Tenaga Vitamin A
Lembu Tumbesaran Bahan Kalsium (g) Fosforus (g)
(kg) Metabolisma (i.u)
(kg) (g/sehari) Kering (kg)
100 500 2.8 0.361 30.0 16 8 4200
150 500 4.0 0.476 39.4 18 11 6400
200 700 5.8 0.640 52.7 21 14 8500
250 700 6.3 0.718 61.2 23 17 10600
300 700 7.3 0.777 64.6 24 18 12700
350 800 7.4 0.811 73.3 26 19 12700
400 600 9.0 0.902 83.6 27 21 17000
450 600 9.5 0.898 91.3 28 22 19100

Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan zat nutriennya :

Tenaga
Nama Bahan Bahan Protein
Metabolisma Kalsium Fosforus
Makanan Kering (%) (%)
(Mj/kg)
Rumput Napier 18.4 12.2 8.0 0.30 0.24
R.Napier, silaj 30.0 6.6 7.0 0.25 0.30
Petai Belalalng 19.1 40.4 6.7 0.37 0.51
Jerami padi 98.8 6.7 4.9 0.10 0.10
Pucuk Tebu 30.9 6.2 7.3 0.26 0.11
Hampas barli 25.4 26.6 7.5 0.67 0.53
Dedak gandum 88.0 14.4 11.2 0.20 0.68
Dedak sawit
(Exp) 91.8 15.3 10.1 0.20 0.52

Dedak sawit
88.2 16.8 10.30 0.21 0.61
(Sol)
Jagung kisar 89.7 9.3 12.48 0.32 0.35
Dedak soya 88.4 45.5 11.20 0.33 0.75

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 14/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Dedak padi 91.6 12.0 9.03 0.10 0.49
Cip ubi kayu 88.2 2.4 13.00 0.20 0.10
Kepala bilis 34.6 54.7 5.18 4.00 0.43
Batang jagung 37.6 12.2 7.50 0.32 0.34
B.jagung, silaj 23.2 8.2 7.82 0.37 0.86
Hampas tauhu 15.5 30.4 11.90 0.41 0.32
Pelepah sawir 36.4 4.1 4.89 0.32 0.10
Enapcemar sawit 91.1 11.1 6.52 0.70 0.50
Beras hancur 89.1 11.2 11.78 0.03 0.43
Hampas sagu 14.7 2.4 11.11 0.19 0.04
Hampas tebu 45.9 2.0 6.93 0.10 0.03
Gula hitam 76.4 4.2 11.21 0.91 0.09
Najis ayam 85.6 24.0 8.32 5.16 1.11

6.5 Rangsum Makanan Lembu Fidlot

Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5:

Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan (rujuk Jadual 3) sebanyak 5.8 kg bahan kering
makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam
rangsum makanan hariannya seperti kiraan berikut:-

Jadual 5 menunjukkan contoh kiraan rangsum makanan unutk lembu fidlot:

Persamaan Berat Kering


Bahan Jumlah Basah (kg)
(kg)
Dedak Isirong sawit 3.4 3.0
Hampas soya 3.2 0.5
Hampas sagu rumbia 10.1 1.5
Batang jagung, diracik 4.0 0.5
JUMLAH 5.8 kg

Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap lembu fidlotyang boleh diguna pakai
sekiranya mahu. Jenis bahan-bahan makanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum
makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenis bahan yang boleh dan mudah
diperolehi dengan memberikan kandungan nutrien yang serupa.

Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi serta yang ternurah diantara yang ada adalah
penting. Untuk contoh yang diberikan ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galian
Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan 13.4 gm, bersamaan dengan
campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gm Kapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya. Ia juga
memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari. Adalah lebih baik sekiranya campuran galian jilat
disediakan sendiri kerana ianya lebih mudah dan murah, menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dengan
mudah di negara ini.

Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6.

Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang mudah bagi mendapatkan
keperluan zat nutrien masing-masing, bergantung kepada berat badan lembu semasa.

Jadual 6 menunjukkan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot :

Jenis Bahan Peratus Rumusan 10 kg Rumusan 100 kg


Trikalsium fosfat 40% 4.0 40.0
Garam biasa 40% 4.0 40.0
Kapur (Ground
20% 2.0 20.0
limestones)
100%
JUMLAH 10.0 kg atau 100.0 kg
atau

Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30 sentimeter x 30 sentimeter dan diikat
kepada tiang kandang dengan kuat dan biarkan lembu fidlot menjilat semahunya . Dijamin ternakan tidak akan
memakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepada
mereka.

6.6 Bahan Makanan Tambahan

i. Galian Jilat:

Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh diberikan kepada ternakan, secara ad-
libitium atau semahunya bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi.

ii. Blok Urea Molas (Urea Molasses Block)

Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan
zat nutrien yang berkenaan pada ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika
diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan
juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 15/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
sebagai perangsang selera.

6.7 Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot

Campuran makanan untuk lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakan berbagai kaedah formulasi : secara mesin
kira biasa atau menggunakan program-program komputer yang lebih tepat dan canggih. Pemakaian program
komputer dapat menjamin campuran konsentrat yang menepati piawaian serta mengandungi segala zat nutrien
yang diperlukan.

i. Kaedah Formulasi Makanan

Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkan campuran makanan atau rangsum
unutk lembu fidlot, diantaranya ialah:

a) Kaedah Silang (Pearson Square Method)


b) Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation)
c) Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation)

ii. Contoh Kaedah Silang

Kaedah Silang adalah suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat praktikal. Suatu perkiraan rangsum
dengan menggunakan kaedah ini amat ringkas, seperti ditunjukkan dibawah.

Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein - 16%) dan hampas sagu rumbia (Protein -
2.0%) disediakan untuk mendapatkan purata kandungan protein sebanyak 14%.

Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandunbgi 14% protein yang diperlukan
diletakkan ditengah-tengah "Silang" seperti berikut :-

11.5 11.5 x 100


Dedak isirong sawit
13.5
(16%)
= 85.0%

Hampas sagu 2.0 2x100 = 15.0%


rumbia 13.5 13.5
(2.5% Protein) 100%

Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedak isirong sawit dan hampas sagu rumbia
dengan kandungan protein sebanyak 14% seperti berikut:-

Dedak isirong sawit : 85%


Hampas sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah)
Jumlah : : 100.00%

Contoh yang sama boleh digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan jumlah protein
atau tenaga seperti yang diperlukan. Jika diperhatikan campuran diatas tidak temasuk bahan galian. Dengan
mudah bahan galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut dengan mengurangkan sedikit peratusan
bahan-bahan diatas dan digantikan dengan bahan galian seperti berikut:

Dedak isirong sawit 83.5%


Hampas sagu rumbia 14%
Trikalsium fosfat 1.0%
Garam 1.0%
Kapur (Ground limestone) 0.5%
Jumlah 100%

Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untuk mendapatkan formulasi yang lebih tepat,
menggunakan lebih banyak bahan makanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang perlu. Program
komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan boleh menepati apa saja kehendak pengguna.

6.8 Pemprosesan Makanan

Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang kalanya perlu diproses terlebih
dahulu. Ada juga bahan makanan yang boleh digunakan terus seperti sedia ada. Ada bahan yang perlu dikisar

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 16/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
halus seperti bijirin , iaitu jagung atau diempingkan seperti oat, diproses minyaknya seperti kacang soya dan
kacang tanah atau diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit dan batang jagung

Bahan-bahan makanan pula boleh dicampurkan menjadi makanan terumus atau dicampur sebati dan boleh
diberikan kepada ternakan dalam bentuk abuk (mash), dipellet atau boleh juga dijadikan "wafer" atau ketulan
empat segi berukuran 1" x 1" x 1"

Untuk lembu fidlot adalah memadai jika makanan diberikan dalam bentuk abuk sahaja bagi menjimatkan kos.
Makanan dalam bentuk abuk hanya memerlukan sebuah "mixer" yang tidak begitu mahal kosnya.

6.9 Jenis-Jenis Formulasi Makanan Lembu Fidlot.

Contoh kombinasi beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakan untuk lembu fidlot, dimana bersesuaian
adalah sperti disenaraikan di Jadual 7.

Jadual 7 menunjukkan contoh formulasi makanan untuk lembu fidlot:


Pemberian untuk lembu 200 kg
Campuran
Jenis Bahan (Bersamaan 5.8 kg bahan
(%)
kering)

Formulasi 1 :
Dedak isirong sawit
50.0 2.9 kg
Hampas sagu rumbia (Basah)
30.0 11.6 kg
Hampas soya (Tauhu, basah)
17.5 6.8 kg
Trikalsium fosfat
1.0 58.0 g
Garam biasa
1.0 58.0 g
Kapur (Ground limestone)
0.5 29.0
Formulasi 2 :
Dedak isirong sawit 47.5 2.76 kg
Dedak padi 20.0 1.16 kg
Gula hitam (Molas) 5.0 0.29 kg
Beras hancur 25.0 1.45 kg
Campuran 3 galian 2.5 145 g

Formulasi 3 :
Dedak padi 42.5
Beras hancur 2.50 kg
30.0 1.75 kg
Hampas kacang hijau 25.0
Campuran 3 galian 1.45 kg
2.5 145 g
Formulasi 4 :
Dedak isirong sawit 47.5 2.75 kg
Enapcemar sawit 20.0 1.16 kg
Gula molas 5.0 0.29 kg
Corn gluten feed 25.0 1.45 kg
Campuran 3 galian 2.5 145 g
Formulasi 5 :
Corn gluten feed 32.5 1.90
Hampas kacang hitam 30.0 1.75
Dedak padi 30.0 1.75
Gula molas 5.0 0.29
Campuran 3 galian 2.5 145 g

Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembu fidlot. Bahan-bahan didalam setiap
formula tersebut perlu digaul rapi apabila dicampurkan. Sekiranya campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus,
campuran kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam guni dan disimpan untuk digunakan kemudian.

Jika alat mixer digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2 atau 5 tan sekali dan tidak perlu dibuat setiap
hari

Secara praktikal, pemberian dan keperluan makanan kepada lembu fidlot tidah perlu disukat atau ditimbang setiap
hari. Sebagai contoh, untuk lembu yang beratnya sekitar 200 kg yang memerlukan sebanyak 5.8kg makanan
setiap hari, makanan boleh diberikan secara ad-libitium atau dibiarkan ia makan mengikut kemampuannya,
asalkan ia mendapat cukup makanan setiap hari. Bagaimanapun, jangan dibiarkan makanan terdedah lama
didalam palung makanan atau sehingga melimpah dan membazirkan.

Jumlah keperluan makanan yang ditunjukkan di Jadual 3 itu adalah hanya sebagai panduan sahaja supaya jumlah
makanan yang perlu diberikan dapat dianggarkan dengan cekap.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 17/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

PKC adalah contoh makanan ternakan yang boleh diberi


kepada lembu fidlot samada secara 100% makanan
lengkap atau dirumus dengan bahan-bahan buangan
pertanian seperti hampas sagu atau soya

7.0 KESIHATAN

7.1 Sebelum Menerima Ternakan

Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa
masuk.

Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman). contoh disinfektan yang boleh digunakan :

Lindores
Omnicide
Mefarol
Lysol

Jadual 8 menunjukkan jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit-penyakit yang lazim
pada ternakan lembu fidlot:
Jenis rawatan Contoh Ubat-Ubatan
i Rawatan luka Tinktur iodin 2%
Gusanex Spray
Serbuk Negasunt
ii Rawatan Antistress - Stress Pak
sokongan Catasol/fercobsang/Tonophosphan/
Fercobsang/Vitamin B12/Dextrose
Rawatan Kaolin, pectin
iii
antidirea Beacosin/ Scourban Plus/Scour-X
Anti-
inflamatori Dexa-tomanol
iv
(Rawatan Dexadresson
bengkak)
Rawatan sakit
mats
v Terramycine Eye ointment
pink eye
spray
Rawatan
vi Bloat remedy
kembung
vii Antibiotik Oxytetracycline
berspektrum Penicilin
luas Streptomycine

7.2 Sewaktu Menerima Ternakan

Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti:-
a. Diarea
b. Pernafasan tidak normal
c. Cecair daripada hidung (nasal discharge)
d. Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar
e. Bulu tidak kemas dan pudar
f. Kehadiran kutu pada badan ternakan
g. Tanda-tanda lain yang tidak normal

Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi
tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini.

Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubat antistress (Stress pak )

7.3 Semasa Tempoh Pemeliharaan

Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan
mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan.

Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut:

i. Pemberian ubat cacing (deworming)

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 18/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Dilaksanakan jika perlu berdasarkan-

a. Tanda-tanda bebanan cacing seperti :

Kurang selera makan

Kurus/lemah

Berak cair/diarea

Najis berbau

Bulu tidak kemas dan pudar

Perut buncit/abdomen besar

Selaput basah pucat

Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu

b. Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)

bilangan telur cacing dalam tinja

Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral :

Systemic.Synantic

Chanaverrn Plus

ii. Pembasmian kutu (Deticking)

Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing pada badan ternakan.

Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan- Asuntol, Melathion, Tactic, Greenade : secara
mandian/spray, Bayticol : secara pour-on, Ivomec : secara suntikan

Bebanan kutu boleh mengugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan
menyebarkan penyakit seperti Babesiosis

iii. Rawatan

Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit

Pastikan rawatan itu ekonomik, berpotensi untuk sembuh, bukan penyakit yang menular dengan cepat dan
bukan penyakit zoonotik.

7.4 Penyakit-penyakit yang lazim

a. Diarea (cirit-birit)

Etiologi (Agen penyebab)

Pengurusan : pemakanan tidak sesuai

Peralatan/air tidak bersih

Parasit : cacing

Bahan kimia : keracunan

Penyakit : bakteria, viris, protozoa

Tanda klinikal

Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi

Pyrexia (demam), septicaemia, toxemia

Anorexia (tiada selera, lemah)

Najis cair/lembik, berubah bau/warna

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 19/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Diagnosis

Pemeriksaan klinikal

Perubahan pada najis

Calitan najis, serum, sampel najis, kikisan rektal, sumber makanan (Ujian di makmal hubungi
JPH)

Rawatan

Antidiarea : contoh kaolin, pectin

Antibiotik : contoh neomycin (Scour-X, Scourban Plus mengandungi kaolin dan neomycin)

Coccidiostat : contoh Sulphadimidine 33 ⅓ % (untuk rawatan diarea akibat coccidiosis)

Rawatan sokongan: Elektolit/cecair : contoh dextrose, Metabolic stimulant /haematinic;


contoh Catasol, Fercobsang, Tonophosphan

Kawalan

Kawal pergerakan keluar masuk ternakan/orang/kenderaan untuk mencegah sebaran penyakit

Jaga kebersihan kandang, program disinfectan

Perbaiki pengurusan: kebersihan peralatan, air bersih, asingkan ternakan


sakit.

b. Pneumonia

Etiologi (Agen penyebab)


Virus, bakteria, parasit, bahan kimia
Tanda klinikal
Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea)
Demam (pyrexia)
Batuk, bersin, terdapat cecair daripda hidung (nasal discharge)
Lemah, kurus, tiada selera (anorexia)
Diagnosis
Bunyi paru-paru
Pemeriksaan klinikal
Rawatan
Jangkitan bakteria: Asingkan ternakan sakit, rawat dengan antibiotik berspektrum luas (brad
spectrum) seperti oxytetracycline 20%
Kawalan
Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat (overcrowded)
Asingkan ternakan sakit
Pengudaraan kandang (ventilasi) baik
Rawat tanda-tanda awal penyakit

c. Luka berulat

Etiologi (Agen penyebab)


Kesan luka yang tidak dirawat
Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria menghasilkan bau busuk menjadi tarikan lalat
Chrysomia bezziana untuk bertelur. Larva-larva yang dihasilkan memakan dan merosakkan tisu.
Jangkitan sekunder oleh bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.

Tanda Klinikal
Terdapat luka yang berulat
ternakan gelisah, gatal
Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 20/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

Diagnosis
Pemeriksaan/tanda klinikal

Rawatan
Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen perok sida 3%)
Keluarkan ulat ( dengan forcep)
Bunuh ulat dengan meggunakan serbuk Negasunt
Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil
Cegah lalat dengan Semburan Gusanex
Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkita kedua dengan suntikan antibiotik
berseptrum luas contoh Oxytetracycline 20% L.A

Kawalan
Elakkan ternakan daripada luka
Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah hinggapan lalat pada kawasan luka

d. Kembung (bloat)

Etiologi (agen penyebab)

Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan rketikulum melebihi kadar pembebasan gas melalui proses
eruktasi (eructation). Gas yang terkumpul menyebabkan rumen/retikulum membesar. Kadar gas yang
dikeluarkan secara berlebihan ini mungkin disebabkan :

Gangguan fizikal : sekatan pada esofagus, kedudukan abomasum (abomasums displacement


) atau radang perut (gastritis)

Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC). sensitiviti pada ubat, kerosakan pada saraf
vagus atau makan daun kayu beracun

Gangguan enterotoxamia/keracunan nitrat

Tanda klinikal

Pembesaran bahagian kiri abdomen


Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk
Kurang selesa, sakit bahagian abdomen
Kadar penafasan meningkat
Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring kesakitan
Dyspnea (kesukaran bernafas)

Diagnosa
Pemeriksaan /tanda klinikal

Rawatan

Pemberian ubat penahan kembung:

Beri "bloat remedy" terus ke dalam rumen atau secara oral


Minyak masak (100-500ml) boleh diguna untuk memendak buih lantas menggalakkan pengeluaran
gas.
Halia dan turpentine juga boleh digunakan

Pengeluaran gas daripada rumen:

Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terus ke dalam rumen

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 21/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Bagi keadaan serius, guna tochar dan canula untuk menebuk lubang di bahagian para-lumbar fossa
di bahagian kiri abdomen.

Kawalan
Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus
Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar makanan dari rumput ke PKC secara
beransur-ansur sebelum memberi 100% PKC

NOTA:

Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukkan secara fidlot mestilah sesuai dengan keadaan cuaca
yang panas, mempunyai daya ketahanan terhadap parasit dan penyakit.

Ternakan fidlot yang sering terdedah kepada kecederaan fizikal dan asidosis laktik (rumenitis). Kecederaan
fizikal pada amnya disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yang tidak mencukupi
seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang
kandang, kuantiti makanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang salah serta berlaku
pergaduhan antara ternakan dalam kandang.

Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagian kaki dan badan. Tabiat lembu jantan
suka memanjat boleh menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam seperti paku dan
serpihan kayu yang terdapat dikandang juga boleh menyebabkan kecederaan pada ternakan.

Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap atau pun cara memperkenalkan makanan
konsentrat pada ternakan tidak betul. Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauh melebihi
keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan boleh mengalami asidosis laktik.

8.0 SISA BUANGAN FIDLOT

Keperhatinan masyarakat mengenai kualiti alam sekitar adalah amat peka dan merupakan sesuatu
yang sensitif. Disamping sistem pemasaran yang kompetitif dan mengamalkan perdagangan bebas,
maka pengurusan sisa buangan/kumbahan dari ladang fidlot yang efisen adalah sangat penting.

8.1 Piawaian Air Buangan

Air buangan dari kandang fidlot terdiri daripada air cucian kandang dan tahi lembu. Di Malaysia,
nyahcas air buangan dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 - mengguna pakai
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling : Effluen, Kumbahan dan Indsutri, 1979

Had-had parameter yang termaktub dalam kawalan dan piawaian Akta Kualti Alam Sekeliling adalah
sepertimana ditunjukkan di Jadual 9.

Jadual 9 menunjukkan had-had parameter penting Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974

Parameter Piawaian A Piawaian B


Suhu, Celsius 40 40
PH 6.0-9.0 5.5-9.0
BOD (Permintaan oksigen
20 mg/L 50 mg/L
biokimia)
Suspended solids (Pepejal
50 mg/L 100 mg/L
terapung)
Oil and grease Not detected 10 mg/L
COD (Permintaan oksigen
50 mg/L
kimia)

Nota : Piawaian A - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di dalam kawasan tadahan
Piawaian B - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di luar kawasan tadahan

8.2 Ciri-ciri Buangan Fidlot

i. Ciri-Ciri Tahi Lembu

Kandungan tahi lembu bergantung kepada kandungan bahan makanan yang telah diberi. Walau
bagaimanapun, pada umumnya ciri-ciri tahi lembu fidlot adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 10

Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri tahi lembu

Total solids, % 3-6


Total volatile solids, % TS 80 - 90
Total Kjeldahl nitrogen, % 2-4
Cellulose, % 15 - 20
Lignin, % 5 - 10

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 22/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Hemicellulose, % 20 - 25

ii. Ciri-ciri Air Buangan

Air buangan terbentuk daripada air kencing dan air cucian najis/tahi lembu dari kandang fidlot.
Setengah bahan terlarut dalam air dan apa yang dikeluarkan ialah "slurry"

Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan yang biasa dihasilkan oleh ladang ternakan lembu fidlot.
Jika dibandingkan dengan piawaian yang terkandung dalam Jadual 9 di atas, potensi pencemaran air
buangan adalah sangat tinggi.

Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan ladang fidlot :

Total solids, % 3-6


BOD, mg/L 5000- 9000
COD, mg/L 30000 - 60000
Total Kjeldahl nitrogen, mg/L 2000 - 3000
Ammoniacal nitrogen, mg/L 500

8.3 Pengolahan Sisa Buangan

Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal" atau "air buangan"

Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air yang digunakan adalah minimum. Objektif utamanya
adalah untuk menstabilkan tahi supaya boleh digunakan (contoh sebagai baja tanaman) tanpa risiko
kesihatan/penyakit

Apabila air buangan atau "slurry" telah terbentuk kerana pencairan, maka cara pengolahan air pula diperlukan
untuk mengurangkan potensi pencemaran di sungai atau saliran

i. Pembuatan Kompos

Di ladang ternakan yang mempunyai sistem untuk mengumpulkan najis, pembuatan kompos boleh dilakukan
sebagai saru cara untuk mengawal pencemaran.

Proses kompos melibatkan aktiviti mengurai bahan organik secara aerobik dan termofilik sehingga terdapat humus
yang agak stabil. Suhu kompos yang tinggi akan memusnahkan organisma patogen, benih rumput dan juga larva
serangga.

Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian yang berlaku dalam proses
pembentukan kompos memudahkan tanaman menyerap nutrien yang telah dipertingkatkan. Nutrien akan diserap
ke dalam akar tumbuhan secara perlahan jika dibandingkan dengan baja kimia yang mudah dilarut lesap

Di samping itu, baja kompos juga boleh memperbaiki keadaan tanah yang berpasir atau tanah liat bagi memberi
pengudaraan kepasa akar tanaman. Pengairan didalam tanah juga boleh diperbaiki supaya air tidak bertakung.

Satu cara yang mudah untuk membuat kompos daripada najis yang berbentuk pepejal ialah dengan
mengumpulkan najis supaya menjadikan satu longgokan yang berukuran 1.5m tinggi, 2m lebar dan 2m panjang.
Proses pembentukan kompos dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasukklah kandungan lembapan,
pengudaraan dan nisbah karbon nitrogen. Kandungan lembapan yang sesuai untuk pembuatan kompos ialah
antara 40% dan 60% Jika bahan mentah terlalu kering, air boleh disiramkan. Jika terlalu basah pula, keadaan
anaerobik akan terjadi.

Untuk mengetahui samada kandungan lembapan mencukupi atau tidak ialah dengan meramaskan bahan tersebut
dengan tangan. Jika bahan kompos melekat pada tangan, kandungan lembapan boleh dikatakan terlalu tinggi.
Sekiranya bahan itu peroi, ini menunjukkan bahawa kandungan air sudah mencukupi. Pengudaraan diperlukan
untuk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma aerobik. Pengudaraan boleh dilakukan dengan membalikkan
longgokan atau menggunakan kaedah mekanikal.

Pada minggu yang pertama dan kedua, kompos perlu dibalikkan setiap tiga hari sekali. Ini adalah kerana suhu
yang tinggi boleh menurunkan kuantiti oksigen yang terdapat dalam longgokan tersebut. Pembalikan selanjutnya
dibuat hanya semiggu sekali hingga kompos menjadi matang. Kompos akan matang dalam tempoh 40-60 hari
jika keadaan sesuai.

Pengudaraan secara mekanikal boleh menyingkatkan masa yang diperlukan kepada 2-3 minggu. Pengudaraan
secara mekanikal boleh dilakukan dengan mengepamkan udara ke dalam longgokan atau menggunakan jentera
untuk membalikkan longgokan.

ii. Sistem Lagun Untuk Pengolahan Air Buangan

Salah satu kaedah bagi mengurangkan pencemaran air buangan ialah dengan menggunakan sistem lagun.
Pengurangan bahan pencemar berlaku melalui dua proses, iaitu pengenapan pepejal dan penstabilan bahan
organik. Beberapa jenis lagun berbentuk bergantung kepda ejnis-jenis penjelmaan biologi.

a. Lagun Aerobik

Di dalam lagun aerobik, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahan organik secara
simbiosis. Oleh keranan cahaya matahari sangat mustahak dalam pengeluran oksigen dan alga,
kekeruhan air dan kedalaman lagun merupakan dua faktor penting dalam operasi lagun aerobik.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 23/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Oleh itu, kedalaman lagun aerobik biasanya tidak melebihi 1.5m. Kedalaman air tempat alga
tumbuh adalah terhad pada jarak 50 cm dari permukaan air.

b. Lagun Yang Diudarakan

Apabila kandungan lagun diudarakan, pemindahan oksigen ke dalam air akan bertambah dan
kedalaman lagun boleh ditambah sehingga 4m. Pengudaraan boleh dilakukan dengan mengepam air
ke udara atau pun mengepam udara ke dalam air. Kebanyakan alat pengudaraan yang terapung
mengepam air ke udara. Sebahagian besar daripada bahan pepejal menenap ke bawah lagun
tempat berlakunya penuraian anaerobik.

Pengudaraan boleh mengurangkan bau busuk yang biasanya di wujudkan dari lagun anserobik.
Walu bagaimanapun, kos alat pengudaraan serta kos penyelenggaraan adalah tinggi

c. Lagun Fakultatif

Lagun fakultatif mengandungi dua zon, iaitu zon aerobik di bahagian atas dan zon anaerobik di
bahagian bawah. Di lapisan aerobik, alga yang berfotosintesis menghasilkan oksigen. Bakteria
aerobik menggunakan oksigen untuk menstabilkan bahan organik. Lebih banyak lagi karbon akan
dihapuskan di zon anaerobik melalui fermentasi dan penghasilan metana. Kedalaman lagun
fakultatif adalah antara 1.2 hingga 2.5 m.

d. Lagun Anaerobik

Lagun anaerobik menerima air buangan yang banyak mengandungi bahan organik sehingga zon
aerobik tidak terwujud. Penguraian bahan organik berlaku melalui pencernaan anaerobik di mana
bakteria menurunkan asid meruap kepada karbon dioksida dan gas metana.

Umumnya, lagun anaerobik digunakan untuk bahan organik dan bukan untuk membersihkan air.
Lagun anaerobik boleh dikorek agak dalam tetapi sebaik=baiknya tidak menebusi aras air tanah.

iii. Pengeluaran Biogas

Pencernaan anaerobik yang dapat menghasilkan biogas juga boleh mengurangkan BOD air buangan, Biogas ialah
satu bahan bakar yang boleh digunakan untuk memasak dan memasang lampu. Nilai kalori biogas lebih tinggi
daripada kayu dan arang.

Biogas ialah gas yang dihasilkan oleh mikrob apabila bahan organik mengalami proses fermentasi dalam satu
keadaan anaerobik yang sesuai daripada segi sushu, kandungan kelembapan dan keasidan.

Komponen utama biogas ialah metana (CH4)(60 - 70%) dan karbon dioksida (CO2). Selain daripada gas tersebut,
biogas mengandungi sedikit hidrogen sulfida, nitrogen, hydrogen dan karbon monoksida.

Untuk menghasilkan biogas, logi atau alat penghadam diperlukan. Ianya merupakan satu tanki tempat proses
fermentasi dijalankan. Penghadaman mestilah berlaku didalam keadaan tidak telap udara dan tidak telap air. Alat
penghadam boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut cara bahan baungan tersebut dimasukkan ke dalam
penghadam, iaitu samada secara berperingkat (batch-fed) atau secara berterusan (continuous-fed)

Dalam penghadaman secara berperingkat, bahan mentah dimasukkan sekali gus sehingga penuh, kemudian alat
penghadam ditutup untuk proses fermentasi dan pengelauran gas. Lama kelamaan, pengeluaran biogas akan
berkurangan dan akhirnya berhenti disebabkan kekurangan bahan mentah. Pada masa itu, penghadam
dikosongkan dan kemudian dipenuhkan semula dengan bahan mentah yang baru.

Dalam penghadaman secara berterusan, alat penghadam pada mulanya dipenuhkan dengan bahan mentah,
kemudian sejumlah bahan mentah yang tertentu dimasukkan setiap hari. Bahan harian akan mengeluarkan bahan
yang telah dihadam bersamaan dengan isipadu yang dimasukkan.

Tangki gas juga diperlukan untuk menyimpan biogas. Tangki gas dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tangki tetap
(fixed dome gas holder) dan tangki terapung (floating gas holder)

Dalam tangki tetap, alat penghadam juga digunakan sebagai penyimpan gas. Isipadu kebuk penyimpan tersebut
(Iaitu bahagian di atas aras bahan yang di fermentasikan) tetap dan tidak berubah mengikut isipadu gas yang ada.

Tangki terapung pula boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah tangki yang diletakkan di atas
bahan mentah yang sedfang berfermentasi di dalam alat penghadam. Jenis kedua ialah tangki yang diletakkan di
atas air dalam satu tangki yang berasingan. Tiang-tiang penunjuk perlu digunakan supaya tangki terapoung tidak
senget.

iv. Kegunaan Keladi Bunting

Salah satu daripada cara mengurangkan potensi pencemaran air buangan ialah menggunakan tumbuhan seperti
keladi bunting. Keladi bunting (Eichornia crassipes) didapati boleh mengurangkan BOD air buangan. Tumbuhan
ini boleh digunakan bersama sistem lagun.

Di samping mengawal pencemaran, hasil biojisim (dianggarkan sebanyak 66 tan.ha tahun) boleh diperolehi.
Keladi bunting boleh digunakan sebagai makanan ternakan, atau dikomposkan bersama-sama dengan najis
ternakan.

v. Integrasi Dengan Pengeluaran Ikan

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 24/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Pengeluaran ikan yang menggunakan najis ternak (itik, ayam dan babi) telah lama dipraktikkan di Asia. Kajian
menunjukkan bahawa najis ruminan juga boleh digunakan untuk pengeluaran ikan.

Satu sistem integrasi yang melibatkan kambing dan ikan berdasarkan 400 ekor kambing/ha dapat menghasilkan
sebanyak 5.5 hingga 7 tan/ha tahun.

Sebahagian daripada najis ternakan yang dipelihara secara intensif boleh digunakan di dalam kolam ikan.
Pengusaha yang berminat menggunakan sistem berkenaan boleh merujuk kepada pihak yang pakar seperti
Jabatan Perikanan atau Technology Park Malaysia (TPM) yang juga ada menjalankan kajian secara saintifik dalam
teknologi integrasi ternakan dengan pengeluaran ikan.

vi. Sistem Bersepadu

Kawalan pencemaran di sesuatu ladang ternakan tidaklah terhad kepada satu cara pengolahan sahaja. Sistem
bersepadu yang merangkumi beberapa kaedah adalah digalakkan.

Prinsip yang harus diamalkan ialah dengan menganggap najis/tahi ternakan sebagai bahan mentah sekunder dan
menggunakan sumber-sumber lain yang terdapat di ladang ternakan secara maksimum.

Satu contoh sistem bersepadu ialah sebagaimana yang ada diamalkan di Filipina. Di ladang tersebut, najis
ternakan digunakan untuk pengeluaran biogas yang digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu, pam, alat-alat
pembancuh dan penghancur di kilang makanan dan juga alat pembakar. Selepas pencernaan anaerobik, sistem
lagun digunakan sebagai baja untuk tanaman. Sebahagian daripada enapcemar juga digunakan sebagai bahan
makanan.

vii. Pengeringan

Pengeringan ialah pembuangan air yang terdapat pada najis untuk menghalang aktiviti mikrob supaya
menghasilkan bahan sampingan (berbentuk baja atau humus) yang stabil dan berisipadu rendah. Kos input bagi
kaedah ini adalah tinggi kerana tenaga (bahan bakar) yang banyak diperlukan untuk menurunkan kelembapan
daripada najis.

Untuk menghasilkan satu kilogram najis kering daripada najis/tahi lembu, pembaungan air sebanyak 54.2 loter
dikehendaki, ini tidak termasuk air basuhan.

Pengeringan boleh dilakukan dalam tanur pengering. Berbagai-bagai jenis alat pengeringan tersebut boleh didapati
dalam pasaran. Walau bagaimanapun, oleh sebab kos modal yang sangat tinggi penggunaan cara ini adalah
kurang ekonomik, kecuali sekiranya ladang fidlot diusahakan secara komersil (besar-besaran) dan hasil baja dapat
dijual dengan harga yang agak tinggi.

viii. Penunuan

Penunuan atau insinerasi ialah proses pembakaran najis sehingga bahan organik yang asal dijadikan gas-gas dan
abu. Cara ini tidak memerlukan kawasan yang besar, tetapi mempunyai dua kelemahan.

Pertama, kos modal yang amat tinggi dan kedua, tidak ada peluang untuk menghasilkan bahan sampingan (baja
atau humus). Kaedah punuan hanya boleh dipertimbangkan apabila kaedah-kaedah lain tidak dapat diamalkan
secara pratikal.

8.4 Penggunaan Enapcemar

Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan najis biasanya digunakan untuk salah satu daripada
kegunaan berikut:- a. Penggunaan tanaman : sebagai baja atau pengkondisi tanah dan juga pembuatan
"potting mixture"
Pemulihan tanah:enapcemar digunakan unutk menmabah bahan organik kepada
b
tanah seperti tanah lombong
c Ditaburkan di kawasan hutan
d Pemeliharaan ikan: digunakan dalam kolam ikan sebagai baja untuk alga

Rajah C menunjukkan lakaran plan susunatur dan rekabentuk lagun (oxidation pond) untuk pengolahan
air buangan fidlot

9.0 EKONOMI

Selain daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan, perancangan projek yang cekap akan
menentukan kejayaan dan keuntungan sesuatu projek fidlot yang diusahakan. Aspek ekonomi
merupakan faktor utama yang sangat penting dan perlu dikaji dengan teliti oleh pengusaha-
pengusaha fidlot sebelum membuat keputusan untuk meneruskan projek yang dirancang atau
sebaliknya.

Parameter yang perlu diambil kira dalam menentukan kos projek fidlot dengan model yang
dinyatakan (200 ekor lembu setiap pusingan) adalah seperti ditunjukkan di Jadual 12.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 25/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Perancangan projek fidlot memerlukan kajian teliti beberapa aspek ekonomi yang penting seperti
berikut:-

a. Unjuran aliran fizikal ternakan (Jadual 13)


Bahagian ini meliputi unjuran aliran fizikal ternakan bulanan dan tahunan

b. Unjuran aliran tunai (Jadual 14)

c. Unjuran penyata pendapatan (Jadual 15)

d. Analisis kepekaan (Jadual 16)

e. Analsis margin kasar (Jadual 17)

Kajian dan penelitian mengenai aspek-aspek diatas sangat perlu terutamanya dalam menentukan dayamaju
projek, seterusnya membuat keputusan untuk membuat pelaburan dalam bidangusaha ternakan lembu fidlot atau
sebaliknya.

9.1 Dayamaju Projek (Projek Viability)

a. Dayamaju Teknikal (Technical Viability)

Dayamaju teknikal lebih menekankan kepada aspek-aspek teknikal dalam projek yang
dirancangkan. Ia lebih menitikberatkan pengurusan projek secara teknikal.

Parameter penting yang perlu diambil kira adalah seperti kadar kematian, jumlah
muatan stok, berat ternakan, kadar tumbesaran (peningkatan berat badan) dan tempoh
pemeliharaan. Ia juga perlu mengambilkira sumber-sumber yang ada serta boleh
diperolehi seperti tanah, buruh, modal dan pengurusan supaya projek boleh
dijalankan. (technically feasible) (Rujuk Jadual 13a & b : Unjuran Aliran Fizikal
Ternakan)

b. Dayamaju Kewangan (Financial Viability)

i. Aliran Tunai Bersih (Net cash flow)

Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan samada angka positif atau
negatif pada aliran tunai bersih. Lebih banyak tahun-tahun yang menunjukkan angka
positif memberikan petunujk projek itu lebih berdayamaju. (Rujuk Jadual 14a, b & c :
Unjuran Aliran Tunai ).

ii. Tempoh Pulangan Balik Modal (Pay-back period)

Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan lebihan atau kurangan
terkumpul pada setiap tahun. Angka positif pada tahun tertentu akan menunujkkan
tahun dimana berlaku tempoh pulangan balik modal.

Dalam contoh yang diberikan, tempoh pulangan balik modal adalah pada tahun
keenam. (Rujuk Jadual 14b & C : Unjuran Aliran Tunai)

iii. Nilai Kini Bersih : NKB (Net present value : NPV)

NKB adalah satu nilai aliran tunai bersih yang telah didiskaunkan dengan satu kadar
diskaun, untuk sesuatu tempoh perancangan projek. yang dicadangkan dianggap
berdaya maju. Semakin tinggi nilai NKB semakin berdayamaju projek yang
dicadangkan.

Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman, NKB pada kadar diskaun 10% adalah
RM 486,106.97 dan pada kadar diskaun 15% adalah RM 243,937. Nilai NKB adalah
positif dalam kedua-dua keadaan dan projek dianggap berdayamaju (Rujuk Jadual 14b
& c : Unjuran Aliran Tunai.)

iv. Kadar Pulangan Dalaman : KPD (Internal rate of return : IRR)

KPD adalah satu kadar yang menyamakan Nilai Kini Bersih (NKB) dengan sifar (0).
Semakin tinggi nilai KPD semakin berdayamaju projek dari segi ekonomi. Biasanya
KPD akan dibandingkan dengan kadar faedah semasa (base lending rate). Sekiranya
KPD lebih tinggi dibandingkan dengan kadar faedah semasa, projek adalah
berdayamaju. Dalam Contoh yang diberikan, KPD adalah 20.63% tanpa pinjaman dan
23.33% dengan pinjaman. Kedua-duanya adalah melebihi kadar faedah semasa (6%)
dan projek dianggap berdayamaju ( Rujuk Jadual 14b & C : Unjuran Aliran Tunai)

v. Nisbah Faedah Kos : NPK (Benefit-cost ratio : BCR)

Nisbah faedah kos adalah satu nilai yang menunjukkan nilai pulangan kepada setiap
RM kos setelah mengambilkira faktor NKB dan kadar diskaun.

Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman bank NFK pada kadar faedah 10%
adalah 1.07 dan pada kadar faedah 15% NFK adalah 1.05. Manakala dengan

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 26/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
pinjaman bank NFK pada kadar faedah 10% adalah 1.05 dan NFK pada kadar faedah
15% adalah 1.03

Semakin tinggi kadar faedah semakin rendah NFK dan semakin tidak berdayamaju
projek yang dirancangkan. Secara umumnya, NFK yang melebihi 1(satu)
menunjukkan projek boleh dijalankan dan berdayamaju (Rujuk Jadual 14b & c :
Unjuran Aliran Tunai)

vi. Penyata Pendapatan (Income statement)

Penyata pendapatan menunjukkan keuntungan/kerugian tahunan yang dijangka dalam


projek yang dicadangkan. Ia mengambilkira jualan, kos tetap serta kos operasi
tahunan sesuatu projek yang dirancangkan. Penyata pendapatan juga akhirnya akan
membolekhan pengusaha mengirakan kos pengeluaran ternakan serta membuat
strategi harga jualan supaya mendatangkan margin keuntungan yang dikehendaki.

Dalam contoh rancangan projek yang diberikan, projek secara puratanya akan
memberikan keuntungan tahunan sebanyak RM178,437 atau RM 14,870 sebulan
bermula dari tahun pertama projek (Rujuk Jadual 15 : Unjuran Penyata Pendapatan)

vii. Analisis kepekaan (Sensitivity analysis)

Analisis kepekaan adalah satu kaedah mengukur dayamaju projek sekiranya berlaku
perubahan harga input atau output dalam projek yang dicadangkan. Ukuran dayamaju
akan dikirakan melalui petunjuk ekonomi aitiu KPD, NKB, NFK dan tempoh pulang
balik modal.

Beberapa parameter kritikal diambilkira seperti harga anak lembu, makanan ternakan,
tenaga kerja dan harga jualan lembu ex-farm. Secara umumnya sekiranya harga input
meningkat sementara faktor lain adalah tetap projek semakin tidak berdayamaju.

Sekiranya harga output meningkat sementara faktor lain tetap projek semakin
berdayamaju. Biasanya pinjaman bank akan menjadikan projek lebih berdayamaju
tetapi sekiranya berlaku penurunan harga output dan peningkatan harga input, risiko
kewangan projek semakin besar iaitu projek semakin tidak berdayamaju (Rujuk
Jadual 16 : Analisi Kepekaan)

viii. Analisis MArgin Kasar : AMK (Gross Margin Analysis)

AMK adalah perkiraan kasar yang mengambilkira Hasil dan Kos Berubah sahaja.
Hasil akan ditolakkan dengan kso berubah untuk mendapatkan Margin/Keuntungan
Kasar. Kegunaan utama AMK adalah untuk mendapatkan gambaran kasar mengenai
untung-rugi projek bagi setiap unit pengeluaran. Ia juga penting untuk menentukan
sasaran pendapatan bulanan seseorang pengusaha.

Dalam contoh yang diberikan, Margin Kasar seekor lembu fidlot dengan parameter-
parameter yang dicadangkan adalah RM170.20/ekor/pusingan (tempoh penggemukkan
6 bulan). Ini bermakna untuk mendapatkan pendapatan tetap bulanan sebanyak
RM2,000 sebulan, seseorang pengusaha perlu memelihara sebanyak (minimum) 70
ekor lembu fidlot dalam sesuatu ,masa/pusingan (Rujuk Jadual 17 : Analisis Margin
Kasar)

JADUAL 12

Parameter digunakan untuk pengiraan ekonomi Lembu Fidlot

Parameter
Input anak lembu 200 ekor pusingan
Bilangan pusingan pemeliharaan 6 ekor pusingan
Purata tempoh pemeliharaan 200 kali setahun
Purata berat awal anak lembu 200 hari
Purata berat akhir lembu 350 kg
Purata kenaikan berat 0.75 kg
Kadar kematian 2%
Harga jualan (ex-farm) RM5.00 kg/hari
Purata pengambilan makanan (PKC) 6 se kg
Purata pengambilan makanan (bahan lain) 1 kg/ekor/hari
Purata pengambilan foder (Napier) 10 kg/ekor/hari
Harga anak lembu RM1,000.00 seekor
Harga makanan PKC RM 0.30 se kg
Harga purata kesemua bahan makanan RM0.32 se kg
Garam 5.00 seekor/pusingan
Vitamin 4.00 seekor.pusingan

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 27/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Perubatan
Tenaga kerja 2.00
23.17 seekor/pusingan
seekor/pusingan
Utiliti & Bahanapi 4.28 seekor/pusingan
Pembaikan dan senggaraan 6.92 seekor/pusingan
Baja & bahan kimia 1.70 seekor/pusingan
Pelbagai 15.55 seekor/pusingan
Belanja pengurusan 12.73 seekor/pusingan

Kos Modal/Pelaburan
Sewa tanah RM12,000
Persediaan tapak RM8,000
Penanaman foder RM10,000

II Prasarana
Kandang RM70,000.00
Kuarters pekerja RM30,000.00
Kandang pengendalian (Control yard) RM10,000.00
Ambin pemungahan (Loading ram) RM5,000.00
Stor RM12,000.00
Tangki air RM6,000.00
Perpaipan RM7,000.00
Rumah pam RM1,000.00
Jalan & Pemagaran RM5,000.00
Sistem pembuangan najis RM15,000.00

III Mesin & peralatan


Pam air RM1,800.00
Alat penimbang RM 12,000.00
Traktor RM40,000.00
Gerabak pengangkut makanan (Feeding wag) RM15,000.00
Pemotong rumput (chopper) RM7,000.00
Peralatan-peralatan lain RM5,000.00

PROJEK : LEMBU FIDLOT JADUAL 13(a)


JADUAL 1 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN

Parameter teknikal 200 ekor / 2 bulan Baka Kacukan


Kemasukan ternakan 200 kg Kadar tumbesaran 0.75 kg/hari

Berat awal 350 kg Tempoh penternakan 200 hari


Berat akhir 2%
Kadar kematian

JADUAL 1.1 : ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN ( BULANAN )

PUSINGAN/BULAN 1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23
1 200 197 196 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2 200 197 196 0 0 0 0 0 0 0 0
3 200 197 196 0 0 0 0 0 0 0
4 200 197 196 0 0 0 0 0 0
5 200 197 196 0 0 0 0 0
6 200 197 196 0 0 0 0
7 200 197 196 0 0 0

8 200 197 196 0 0


9 200 197 196 0
10 200 197 196
11 200 197
12 200
PENGELUARAN 0 0 0 196 196 196 196 196 196 196 196 196
JUMLAH STOK 200 397 593 593 593 593 593 593 593 593 593 593

JADUAL 1.2 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN (TAHUNAN)

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 28/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
JADUAL 13(b)

Tahun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Jumlah Pembelian (ekor) 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200
Stok akhir (ekor) 593 593 593 593 593 593 593 593 593 593
Jumlah kematian (ekor) 18 18 18 18 18 18 18 18 18 18
Jumlah jualan (ekor) 589 1178 1178 1178 1178 1178 1178 1178 1178 1178
Jumlah jualan (kg) 206227 412453 412453 412453 412453 412453 412453 412453 412453 412453
Jumlah kenaikan berat badan (kg) 142748 172453 172453 172453 172453 172453 172453 172453 172453 172453

PROJEK : LEMBU FIDLOT


JADUAL 2 : UNJURAN ALIRAN TUNAI

TAHUN

A. TUNAI MASUK Berat (kg) harga/unit 0 1 2 3 4 5


1. Jualan 350 RM 5.00 RM/kg 0 1031134 2062267 2062267 2062267 2062267 2
2 Nilai lupus
Jumlah Tunai masuk 0 1031134 2062267 2062267 2062267 2062267 2

B TUNAI KELUAR
B1 KOS MODAL Kuantiti
1 Sewa tanah 12 1000 RM/ekar 12000
2 Persediaan tapak 10 800 RM/ekar 8000
3 Penamanan foder 10 1000 RM/ekar 10000
II Prasarana
1 Kandang 70000
2 Kuarters pekerja 30000

3 Kandang pengendalian (Control yard) 10000


4 Ambin pemungahan (Loading ram) 5000
5 Stor 12000
6 Tangki air 6000
7 Perpaipan 7000
8 Rumah pam 1000
9 Jalan & Pemagaran 5000
10 Sistem pembuangan najis 15000
III Mesin dan peralatan
1 Pam air 1800 18000
2 Alat penimbang 12000 12000
3 Traktor 40000
4 Gerabak pengangkut makanan (Feeding wagon) 15000

5 Pemotong rumput (chopper) 7000 7000


7 Peralatan-peralatan lain 5000 5000
8 Jumlah Kos Modal 271800 0 0 0 0 25800 0

B.2 KOS OPERASI


1 Anak Lembu 200 RM 5.00 RM/kg 0 1200000 1200000 1200000 1200000 1200000 1
2 Makanan lembu 1 RM0.32 RM/kg 0 383078 527940 527940 527940 527940 5
Garam 1 5 RM/ekor 0 4129 5892 5892 5892 5892 5

Vitamin 1 4 RM/ekor 0 3540 4714 4714 4714 4714 4


Perubatan 1 2 RM/ekor 0 1870 2357 2357 2357 2357 2
Tenaga kerja 1 3000 RM/bulan 0 39000 40950 42998 45147 47405 4
Utiliti & Bahapi 500 RM/bulan 0 6000 6300 6615 6946 7293 7
Pembaikan 8154 8154 10872 10872 10872 1
Baja & Bahan kimia 250 RM/ekar/th 0 2500 2500 2500 2500 2500 2
Pelbagai 0 16483 17988 18039 18064 18090 1

Pengurusan 0 20000 20000 20000 20000 20000 2


Jumlah kos operasi 0 1684753 1836795 1841927 1844432 1847063 1
Jumlah Tunai Keluar (B1 + B2) 271800 1684753 1836795 1841927 1844432 1872863 1

C Aliran Tunai Bersih - -


Lebihan/Kurangan -271800 -653619 225472 220341 217835 189404 2

-271800 -925419 -699947 -479607 -261772 -72367 1


Lebihan/Kurangan Terkumpul

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 29/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

D DAYAMAJU KEWANGAN (TANPA PINJAMAN)


KADAR PULANGAN DALAMAN (KPD) 20.63%
NILAI KINI BERSIH (NBK) NISBAH FAEDAH KOS
df (NPV) (NFK)
10.00% RM 486,106.97 1.07

15.00% RM 198,239.55 1.05

E Pinjaman 80% 217440


Bayaran balik pinjaman (5 tahun) 43488 43488 43488 43488 43488
Bayaran Faedah (baki akhir) 4% 8697.6 6958.08 5218.56 3479.04 1739.52
Jumlah bayaran balik Pinjaman 52185.6 50446.08 48706.56 46967.04 45227.52
F. Jumlah kos termasuk pinjaman 271800 1736938 1887241.38 1890633 1891399.1 1918090 1
G Hasil (dengan pinjaman) 217440 1031133.6 2062267.2 2062267 2062267.2 2062267 2
H Lebihan/kurangan (dengan pinjaman) -54360 -705805 175026 171634 170868 144177 2
I Lebihan/Kurangan terkumpul (dengan pinjaman) -54360 -760165 -585139 -413505 -242636.8 -98459.9 1

J DAYAMAJU KEWANGAN (DENGAN PINJAMAN)

KADAR PULANGAN DALAMAN (KPD) 23.33%


df NILAI KINI BERSIH (NKB) NISBAH FAEDAH KOS

NPV (NFK)
10% 514790 1.05
15% 243937 1.03

JADUAL 3 : UNJURAN PENYATA PENDAPATAN


1 2 3 4 5 6 7 8
A JUALAN 1031134 2062267 2062267 2062267 2062267 2062267 2062267 2
B KOS JUALAN

+ Stok permulaaan 0 792605 792605 792605 792605 792605 792605 7


+Pembelian 1200000 1200000 1200000 1200000 1200000 1200000 1200000 1
- Stok Akhir 792605 792605 792605 792605 792605 792605 792605 7
C UNTUNG KASAR 623739 862267 862267 862267 862267 862267 862267 8
D KOS OPERASI
D1 Kos Tetap (Susutnilai)
Sewa tanah & foder 10% /tahun 3000 3000 3000 3000 3000 3000 3000 3
Bangunan & Prasarana 5% /tahun 8050 8050 8050 8050 8050 8050 8050 8
Mesin dan peralatan 20% /tahun 5160 5160 5160 5160 5160 5160 5160 5

Traktor & gerabak 10% /tahun 5500 5500 5500 5500 5500 5500 5500 5

Jumlah kos tetap 21710 21710 21710 21710 21710 21710 21710 2
D2 Kos langsung
1 Makanan lembu 383078 527940 527940 527940 527940 527940 527940 5
2 Garam 4129 5892 5892 5892 5892 5892 5892 5
3 Vitamin 3540 4714 4714 4714 4714 4714 4714 4
4 Perubatan 1870 2357 2357 2357 2357 2357 2357 2
5 Tenaga kerja 39000 40950 42998 45147 47405 49775 52264 5

6 Utiliti dan Bahanapi 6000 6300 6615 6946 7293 7658 8041 8
7 Pembaikan 8154 8154 10872 10872 10872 10872 10872 1
8 Baja & bahan kimia 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2
9 Pelbagai 16483 17988 18039 18064 18090 18117 18146 1
10 Faedah pinjaman 8698 6958 5219 3479 1740 0 0 0
Jumlah kos langsung 473450 623753 627145 627911 628802 629825 632725 6
D3 Kos pengurusan 20000 20000 20000 20000 20000 24000 24000 2
Jumlah kos operasi (D1 + D2 + D3 ) 515160 665463 668855 669621 670512 675535 678435 6

UNTUNG / RUGI (C-D) 108578 196804 193412 192646 191755 186732 183832 1

PROJEK : LEMBU FIDLOT


JADUAL 4 : ANALISIS KEPEKAAN

JADUAL 16

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 30/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
KPD NKB@10% Tempoh pulang balik
NFK
% (RM) modal (tahun)
1 Harga jualan lembu + 10% 44.54% 1,580,645.00 1.18 3.90
(tanpa pinjaman) - 10% - 3.89% (608,431.00) 0.96 9.02

(dengan pinjaman) + 10% 55.77% 1,609,329.00 1.15 2.80


- 10% - 449.00% (579,749.00) 0.95 tiada

2 Kos anak lembu + 10% 5.98% (190,912.00) 1.01 9.50


(tanpa pinjaman) - 10% 36.79% 1,163,126.00) 1.15 3.40

(dengan pinjaman) + 10% 6.18% (162,229.00) 0.99 9.45


- 10% 45.41% 1,191,810.00 1.12 1.20

3 Kos makanan lembu + 10% 14.34% 200,343.00 1.04 7.20


(tanpa pinjaman) - 10% 27.06% 771,870.00 1.10 4.30

(dengan pinjaman) + 10% 15.74% 229,027.00 1.02 7.30


- 10% 31.35% 800,554.00 1.08 4.30

4 Kos tenaga pekerja + 10% 20.05% 449,465.00 1.07 5.5


(tanpa pinjaman) + 20% 21.21% 512,748.00 1.07 5.3

(dengan pinjaman) + 10% 22.62% 488,149.00 1.05 5.6


+ 20% 24.05% 541,432.00 1.05 5.4

Parameter asal (tanpa pinjaman) 20.63% 486,106.00 1.07 5.6


Parameter asal (dengan pinjaman) 23.33% 514,790.00 1.05 5.5

PROJEK : LEMBU FIDLOT


JADUAL 5 : ANALISIS MARGIN KASAR

Kemasukan ternakan 200 ekor/ 2 bulan Baka Kacukan


Berat permulaan 200 kg Kadar tumbesaran 0.75 kg/hari
Berat akhir 350 kg Tempoh pemeliharaan 200 hari
Kadar kematian 2%

JADUAL 17

Unit Kuantiti Harga/unit RM/ekor/pusingan


A. HASIL
Jualan lembu fidlot kg/ekor 343 5.00 1715.00

B KOS BERUBAH
B1 Feeder Cattle kg/ekor 200 5.00 1000.00
B2 Pembelian makanan kg/ekor 1400 0.32 448.00
B3 Garam "lump sum" 5892 5.00
B4 Vitamin "lump sum" 4714 4.00
B5 Perubatan "lump sum" 2357 2.00
B6 Tenaga kerja "lump sum" 40950 34.75
B7 Utiliti & Bahanapi "lump sum" 6300 5.35
B8 Pembaikan dan senggaraan "lump sum" 8154 6.92
B9 Baja dan Bahan kimia "lump sum" 2500 2.12
B10 Pelbagai "lump sum" 17988 15.26
B11 Belanja pengurusan "lump sum" 20000 16.97
B12 Kos faedah pinjaman 5219 4.43
Jumlah kos berubah 1544.80

C MARGIN KASAR RM/ekor 170.20


D JUMLAH MARGIN KASAR RM/ladang/tahun 204,239.37

10.0 PENUTUP

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 31/32
4/4/2011 MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
Projek ternakan lembu fidlot sekiranya diusahakan secara komersil (tahap komersil adalah
sekurang-kurangnya 600 ekor setahun) menggunakan hasil buangan industri pertanian sebagai
sumber makanan dengan penggunaan teknologi terkini dan secra mekanikal adalah berdaya maju
dan menguntungkan.

Pihak atau individu yang berhasrat untuk mengusahakan projek ternakan lembu fidlot disaran supaya
meneliti dan merujuk "Manual Penternakan Lembu Fidlot" sebagai panduan.

Sepertimana yang dimaklumkan, manual ini disediakan hanya sebagai panduan secara umum
sahaja. Penternak atau bakal pengusaha dinasihatkan supaya menghubungi dan merujuk pegawai
di pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan (Negeri atau Daerah) yang terdekat untuk mendapatkan
penerangan dan maklumat yang lebih terperinci. Khidmat nasihat secara berterusan adalah penting
bagi menjamin kemapanan dan dayamaju projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan untuk
berdaya saing bukan sahaja bagi pasaran tempatan bahkan jua untuk pasaran eksport.

Pengusaha atau penternak juga dinasihatkan supaya merujuk buku panduan "Amalan Baik
Penternakan Fidlot (GAHP Fidlot)" yang diterbitkan oleh Jabtan Perkhidmatan Haiwan sebelum
mengusahakan projek/ladang ternakan lembu fidlot.

[ Menu Utama ]

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm 32/32

You might also like