You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

Rancangan Organisasi
1. Pengenalan………………………………………………………………………2
2. Tujuan…………………………………………………………………………….2
3. Latar Belakang Perniagaan…………………………………………………....3
4. Maklumat Industri……………………………………………………………….3
5. Analisis SWOT…………………………………………………………………..4
6. Produk dan Perkhidmatan……………………………………………………..5
Bahagian Pasaran
7. Maklumat Pasaran……………………………………………………………...6
8. Strategi Produk dan Perkhidmatan…………………………………………...7
9. Strategi Penetapan Harga……………………………………………………..8
10. Strategi Promosi……………………………………………………………….8-9
11. Perngedaran…………………………………………………………………….9
12. Persaingan…………………………………………………………………….9-11
13. Perancangan Masa Hadapan………………………………………………...11
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
14. Pentadbiran dan Pengurusan………………………………………………...12
15. Bahagian Operasi……………………………………………………………...13
16. Bahagian Kewangan…………………………………………………………..14
17. Lampiran………………………………………………………………………...15

1
RANCANGAN ORGANISASI

Pengenalan
Dwood Bersatu Enterprise merupakan sebuah syarikat penternakan bumiputera yang
menawarkan perkhidmatan penjualan lembu. Produk dan perkhidmatan syarikat
tersebut khusus untuk tujuan kenduri dan korban atau aqiqah bagi yang beragama
Islam. Selain itu syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan pembekal daging segar
kepada peniaga – peniaga tempatan sekiranya dikehendaki.. Syarikat terletak di Lot
199, Kampung Rimba Padi, Jalan Ensengei, 94700 Serian Sarawak.

Tujuan
Tujuan syarikat ini ditubuhkan untuk menceburi bidang ternakan lembu secara
komersial. Sebagai permulaan, pihak kami memerlukan modal sebanyak
RM100,000.00 bagi mengembangkan operasi penternakan.pDengan adanya bantuan
kewangan tersebut, lebih banyak ternakan boleh diternak dan dimuatkan di tanah
seluas 1.62 hektar. Pihak kami telah mempunyai pengalaman dengan menternak lembu
beberapa ekor lembu sebelum ini. Dari situ potensi ternakan lembu memang
menyakinkan dan berhasrat membesarkan lagi ternakan ini.

2
Latar Belakang Perniagaan

Maklumat Umum

Seperti yang sedia maklum, Dwood Bersatu Enterprise menjalankan perniagaan


ternakan lembu. Perniagaan ini dijalankan secara komersial untuk mendapatkan
pasaran yang lebih meluas disamping untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.
Oleh kerana majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, produk syarikat ini bertepatan
dengan permintaan daging mentah untuk perayaan seperti Aidilfitri atau Aidiladha serta
kenduri dan lain – lain. Kelemahan syarikat ini ialah oleh kerana ia merupakan sebuah
syarikat baharu tetapi mempunyai mempunyai pengalaman dalam bidang yang
diceburi. Walaubagaimanapun, kelemahan ini boleh diatasi dengan menyakinkan pihak
yang berkenaan dimana pihak kami mempunyai kandang dan peralatan penternakan
yang sedia ada untuk dinilai.

Maklumat Industri

Penternakan lembu fiddlot secara komersial merupakan satu pelaburan yang semakin
berkembang dalam bidang penternakan. Sebagai permulaan, beberapa ekor lembu
telah dibeli dan dari situ, perniagaan dijalankan secara perlahan disamping dengan
usaha untuk membiak lembu untuk menambah bilangan serta untuk menjadi pembekal
sendiri kepada perniagaan sendiri.

3
ANALISIS SWOT

Kekuatan Dwood Bersatu Enterprise terletak pada permintaan daging segar tempatan
yang tinggi. Selain itu, pelanggan kini meragui jaminan status halal produk daging
import. Dwood Bersatu Enterprise mengusahakan penternakan lembu secara fidlot.
Seterusnya, pihak kami telah menyertai Program Latihan dan Kursus – kursus
berkaitan.
Kelemahan Dwood Bersatu Enterprise pula terletak pada kekurangan dana untuk
meneruskan dan mengembangkan projek.
Peluang Dwood Bersatu Enterprise ialah untuk terus mendapatkan bimbingan dari
pihak yang berkaitan dari agensi kerajaan untuk mengembangkan perniagaan.
Ancaman bagi Dwood Bersatu Enterprise pula ialah persaingan dengan daging import
yang dijual dengan harga yang murah.

Produk atau Perkhidmatan

Dwood Bersatu Enterprise menyediakan perkhidmatan seperti pembekal lembu yang


bekualiti serta status halal untuk pelbagai jenis tujuan. Selain itu, pembekalan daging
segar kepada pemborong juga merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang
disediakan oleh syarikat kami. Dalam pada masa yang sama, syarikat kami
mengusahakan produk pemprosesan tinja untuk diproses untuk menjadi baja dan dijual
kepada pembeli runcit. Syarikat juga telah mempunyai satu moto iaitu ‘Sentiasa
memberi perkhidmatan terbaik’. Moto ini untuk memastikan bahawa syarikat akan
sentiasa memberikan servis perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan – pelanggan
kami. Pihak kami membenarkan pelanggan – pelanggan mereka memilih sendiri lembu
terus dari ladang ternakan. Kemudian, lembu yang telah dipilih akan dihantar sendiri
oleh syarikat kepada pembeli. Ini untuk memastikan para pelanggan berpuas hati
dengan perkhidmatan yang disediakan sekaligus dapat mengekalkan dan
menambahkan jumlah pelanggan tetap.

4
Bahagian Pasaran

Maklumat Pasaran

Dwood Bersatu Enterprise merancang untuk menjadi penternak tempatan berjaya di


Malaysia dan menambah peratusan bekalan daging segar tempatan. Target utama
Dwood bersatu Enterprise ialah mereka yang beragama Islam memandangkan umat
Islam di Malaysia merupakan pengguna daging yang utama terutamanya dalam
perayaan – perayan besar seperti Hari Raya Korban dan Hari Raya Aidil Fitri. Selain itu,
kenduri kahwin, tahlil, doa selamat dan lain – lain juga turut menyumbang dalam
penggunaan bahan mentah seperti daging. Syarikat Dwood bersatu Enterprise yakin
bahawa saiz pasaran untuk bidang perniagaan mereka ini adalah besar kerana, daging
merupakan salah satu makan ruji di Malaysia. Oleh itu, permintaan terhadap daging
segar lembu sentiasa menggalakkan. Tambahan pula, bagi yang beragama Islam,
mereka amat sensitif dengan status halal sesuatu produk itu. Jadi, syarikat ini dapat
memberikan jaminan bahawa produk yang dikeluarkan sememangnya halal sekaligus
dapat memberikan keyakinan terhadap pelanggan. Secara amnya, syarikat tersebut
percaya dengan potensi jualan dalam bidang yang mereka ceburi ini.

5
Strategi Produk dan perkhidmatan

Dwood Bersatu Enterprise mengelaskan produk dan perkhidmatan mereka kepada


beberapa bahagian untuk memudahkan strategi pemasaran. Antaranya ialah :

1. Jualan Hidup
Jualan ini dibuat untuk tujuan aqiqah, qurban, kenduri atau tujuan-tujuan
majlis. Pelanggan boleh memilih untuk ternakan hidup ataupun siap
disembelih. Penghantaran percuma sekitar. Caj sembelih yang minimum
dikenakan.

2. Jualan Daging Segar


Pasaran daging segar dijalankan di Pasar-pasar Tani, Pasar malam, kedai
runcit dan pemborong yang membeli terus dari lading

3. Baja Organik (Dari Tinja Ternakan)


Tinja ternakan diproses menjadi baja organik yang bermutu tinggi. Baja ini
akan dibungkus dengan jenama Dwood bersatu Enterprise dan
dipasarkan ke kedai tanaman – tamanan bunga atau pelanggan
persendirian.

Buat masa sekarang, tumpuan utama ialah pada jualan hidup kerana permintaan yang
memberangsangkan. Walaubagaimanapun, syarikat Dwood Bersatu Enterprise tetap
berusaha untuk meningkatkan produktiviti jualan daging segar dan baja organik.

6
Strategi Penetapan Harga

Dwood Bersatu Enterpise berdepan dengan cabaran yang kompetitif terutama sekali
dari penternak yang lain kerana penternak tersebut mengenakan harga yang
berpatutan disamping kualiti baka lembu yang baik. Dwood bersatu Enterprise pada
mulanya mengenakan harga yang sedikit tinggi berbanding penternak lain untuk
menampung kos pemakanan haiwan ternakan. Walaupun dengan harga yang berbeza,
permintaan tidak pernah mengecewakan kerana kekuatan syarikat terletak pada status
produk keluaran tempatan dan juga dijamin halal. Mereka bercadang untuk memproses
sendiri makanan – makanan untuk haiwan ternakan supaya kos pembelian makanan
dapat digugurkan dan juga harga pasaran dapat dikurangkan.

Strategi Promosi

Beberapa cara telah digunakan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang
sedia ada. Dwood Bersatu Enterprise memfokuskan kepada musim - musim perayaan
dan aktiviti pemasaran menjadi lebih aktif.

1. Pengiklanan
Dwood Bersatu Enterprise menggunakan media sosial sebagai alat untuk
mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Syarikat itu syarikat juga
membuat iklan melalui banting dan meletakkan di beberapa jalan utama supaya
mudah untuk dilihat oleh orang ramai.

2. Promosi secara amal


Dwood Bersatu Enterprise juga bercadang membuat sumbangan daging mentah
kepada badan – badan kebajikan seperti rumah anak – anak yatim disamping
mempromosikan produk – produk dan perkhidmatan syarikat tersebut kepada
orang ramai dan juga untuk mendapatkan pelanggan tetap.

7
Pengedaran

Dwood Bersatu Enterprise menjual produk – produk mereka sama ada terus muka ke
muka atau melalui tempahan. Bagi yang melakukan tempahan, produk akan dihantar
sendiri dengan menggunakan kenderaan yang dipunyai oleh Dwood Bersatu
Enterprise. Bagi muka ke muka pula, para pelanggan boleh datang sendiri ke ladang
ternakan untuk mendapatkan produk – produk yang diinginkan.

Pesaing-pesaing Utama

Pesaing – pesaing utama yang berada disekitar Serian, Kota Samarahan dan Kuching.
Kekuatan pesaing mungkin terletak pada konsep kemodenan dan jumlah bilangan
ternakan yang banyak. kelemahan syarikat berkenaan ialah harga produk – produk
mereka yang agak mahal kerana kos peralatan yang tinggi.

Saluran Agihan

Saluran agihan merupakan sekumpulan organisasi yang bergabung dalam proses atau
pemindahan produk dan perkhidmatan dari pembekal untuk pengguna akhir. Oleh itu,
Dwood Bersatu Enterprise telah merancang untuk mensasarkan banyak pembekal dan
juga pemborong dengan menyediakan kontrak perniagaan agar keterusan perjalanan
bisnes syarikat kami terjamin. Dengan itu, Dwood Bersatu Enterprise yakin segala
aktiviti perniagaan akan terus berjalan dengan lancar dan berlangsung tanpa sebarang
masalah serta perkhidmatan yang disediakan menepati permintaan pelanggan.

8
Analisis Kekuatan dan Kelemahan Pesaing

CIRI-CIRI
Syer Pasaran 25%
Kualiti Perkhidmatan Sederhana
Lokasi Baik
Kelengkapan Sederhana
Harga Sederhana
Kesihatan Baik
Tempoh Berniaga 8 Tahun

Perbelanjaan Pemasaran

BUTIRAN ANGGARAN PERUNTUKAN


(RM)
Pengiklanan 3000
Aktiviti Bulanan 1000
Kad Perniagaan 100
Risalah 100
Upah Pekerja Tambahan 400
JUMLAH 4600

9
Perancangan Masa Hadapan

Dwood Bersatu Enterprise berharap penternakan intergrasi akan dapat dijalankan jika
mendapat kerjasama dengan pemilik ladang – ladang sawit berhampiran. Selain itu,
syarikat juga ingin menjual daging segar terus dari ladang ternakan ke pasar tani, pasar
malam dan peruncit. Syarikat juga ingin memproses tinja ternakan menjadi baja,
membungkus, melabel serta memasarkannya ke tapak – tapak nurseri, pembeli runcit
dan syarikat – syarikat landskap. Dwood Bersatu Enterprise berharap pada masa akan
datang untuk menjalankan pemprosesan hasilan daging seperti burger, nugget, bebola
daging dan sebagainya. Akhir sekali, syarikat tersebut ingin melebarkan sayap pasaran
ke pasaraya besar.
Bahagian Pentadbiran/Pengurusan
Latar belakang Pengusaha

Nama Abdillah Bin Daud


No Kad Pengenalan
Alamat Tetap Kampung Rimba Padi, Jalan Ensengei, 94700
Serian, Sarawak.
Umur
Taraf Perkahwinan Bujang
Taraf Pendidikan

Agama Islam
Pengalaman

Pekerjaan Sekarang
Kursus Yang Telah Dihadiri

No Telefon
Email

10
Pengusaha perlu memimpin dan menguruskan aktiviti yang menjurus ke arah matlamat
utama perniagaan, memastikan perniagan dan pekerja berjalan dengan lancar,
membuat keputusan pembelian dan penetapan harga, menjaga kebajikan pekerja dan
pengagihan tugas serta menetapkan sasaran keuntungan dan pertambahan modal
yang diperlukan. Sebagai pengusaha,perlu menyediakan belanjawan tahunan
perniagaan serta laporan kewangan perniagan, memastikan operasi yang dijalankan
dengan sempurna, memastikan kelancaran operasi syarikat dengan syarikat-syarikat
lain dan memastikan dan menyelia tugas pekerja bawahan. Pengusaha perlu
menyusun atur strategi pentadbiran, memastikan kelancaran dalam pengurusan serta
perniagan, menguruskan segala program yang telah dirancangkan. Pengusaha juga
perlu mencari idea dan menjalankan promosi mengenai produk serta perkhidmatan
yang ditawarkan, meletakkan harga yang sesuai dalam setiap pakej yang ditawarkan.

Bahagian Operasi

Oleh kerana syarikat Dwood Bersatu Enterprise merupakan syarikat yang berasaskan
penternakan, proses pengeluaran syarikat ini dimulakan dengan dengan dua operasi
utama iaitu pengurusan dan juga penternakan. Untuk bahagian pengurusan, bahagian
ini menguruskan proses-proses perkhidmatan dan juga mentadbir. Untuk bahagian
penternakan, proses-proses pengeluaran ini bermula dengan menternak sejumlah
lembu dewasa. Yang kemudiannya ternakan dewasa ini disatukan untuk menghasilkan
baka-baka baru supaya proses penternakan ini berlaku. Ternakan yang mencapai umur
yang matang baru akan digunakan untuk penjualan dan penyembelihan. Proses-proses

11
pengeluaran ini memerlukan banyak kemudahan terutamanya kawasan ternakan,ubat-
ubatan,pengurusan veterinar,makanan dan minuman haiwan ternakan,bekalan air serta
beberapa mesin dan peralatan lain. Beberapa mesin dan peralatan utama amat
diperlukan terutama di bahagian pembekalan bahan mentah seperti mesin pemotongan
daging, peralatan pembungkusan bagi tujuan pengedaran dan juga peti sejuk beku
untuk tujuan penyimpanan sebelum diedarkan. Bagi jumlah tahap inventori yang perlu
dikekalkan, ia hanya melibatkan inventori bahan mentah. Ia perlu sentiasa berada di
tahap teratas untuk mengelakkan berlaku kerosakan kerana ia melibatkan perbelanjaan
yang tinggi. Anggaran kos yang terlibat bagi menyimpan inventori bahan mentah ini
adalah RM 40,000 yang merangkumi perbelanjaan bil-bil asas

Bahagian Kewangan

Kos yang terlibat untuk menjayakan projek yang dirancang adalah sebanyak
RMxxxxxxx dan sumber yang digunakan bagi membiayai projek ini adalah hasil dari
simpanan modal sendiri serta bantuan dana yang akan diberikan. Sumber kewangan ini
akan diagihkan kepada dua bahagian utama syarikat iaitu bahagian pengurusan dan
pentadbiran serta bahagian peternakan dan pemasaran. Bagi bahagian pengurusan
dan pentadbiran, sumber kewangan ini akan digunakan untuk membayar bil-bil
perkhidmatan serta dijadikan modal untuk menjalankan perniagaan manakala sumber
kewangan yang diagihkan kepada bahagian penternakan dan pemasaran akan

12
digunakan sepenuhnya untuk menguruskan haiwan ternakan dari segala aspek serta
dijadikan modal untuk operasi pemasaran.

13
Lampiran

14

You might also like