You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

Rancangan Organisasi
1. Pengenalan………………………………………………………………………2
2. Tujuan…………………………………………………………………………….2
3. Latar Belakang Perniagaan…………………………………………………....3
4. Maklumat Industri……………………………………………………………….3
5. Analisis SWOT…………………………………………………………………..4
6. Produk dan Perkhidmatan……………………………………………………..5
Bahagian Pasaran
7. Maklumat Pasaran……………………………………………………………...6
8. Strategi Produk dan Perkhidmatan…………………………………………...7
9. Strategi Penetapan Harga……………………………………………………..8
10. Strategi Promosi……………………………………………………………….8-9
11. Perngedaran…………………………………………………………………….9
12. Persaingan…………………………………………………………………….9-11
13. Perancangan Masa Hadapan………………………………………………...11
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
14. Pentadbiran dan Pengurusan………………………………………………...12
15. Bahagian Operasi……………………………………………………………...13
16. Bahagian Kewangan…………………………………………………………..14
17. Lampiran………………………………………………………………………...15

1
RANCANGAN ORGANISASI

Pengenalan
AKD Enterprise merupakan sebuah syarikat penternakan bumiputera yang
menawarkan perkhidmatan penjualan lembu dan kambing. Produk dan perkhidmatan
syarikat tersebut khusus untuk tujuan kenduri dan korban atau aqiqah bagi yang
beragama Islam. Selain itu syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan pembekal
daging segar kepada peniaga – peniaga tempatan. Syarikat tersebut dimiliki oleh
pemilik tunggal iaitu Abdul Karim bin Desa yang beralamat di No. 17, Lot 3384,
Kampung Air Bong, Serting Tengah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Syarikat demikian
boleh dihubungi di nombor 0192529455 untuk sebarang pertanyaan.

Tujuan
Tujuan syarikat ini ditubuhkan pada mulanya untuk menceburi bidang ternakan lembu
secara komersial. Sebagai permulaan, pemilik telah memohon pinjaman kepada Majlis
Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM 250,000 kerana kekurangan modal untuk
ternakan tambahan dan makanan yang diperlukan. Dengan adanya bantuan kewangan
tersebut, lebih banyak ternakan boleh diternak dan dimuatkan di tanah seluas 1.62
hektar. Bayaran balik pinjaman tersebut akan dilakukan secara ansuran apabila
perniagaan telah stabil dan mula menghasilkan keuntungan. Pemilik telah menyertai
program latihan anjuran MEDEC untuk membantu pembangunan projek perniagaan ini.

2
Latar Belakang Perniagaan

Maklumat Umum

Seperti yang sedia maklum, AKD Enterprise menjalankan perniagaan ternakan lembu
dan kambing untuk dijual secara komersial. Perniagaan ini dijalankan secara komersial
untuk mendapatkan pasaran yang lebih meluas disamping untuk mendapatkan
keuntungan yang tinggi. Oleh kerana majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, produk
syarikat ini bertepatan dengan permintaan daging mentah untuk perayaan seperti
Aidilfitri atau Aidiladha serta kenduri dan lain – lain. Kelemahan syarikat ini ialah oleh
kerana ia merupakan sebuah syarikat baharu, ia tidak lagi mempunyai pengalaman
dalam bidang yang diceburi. Walaubagaimanapun, kelemahan ini boleh diatasi dimana
pemilik telah menghadari banyak latihan keusahawan dan beliau juga mempunyai
mentor iaitu HS Nada Sdn. Bhd. untuk membantu beliau.

Maklumat Industri

Penternakan lembu fiddlot secara komersial merupakan satu pelaburan yang semakin
berkembang dalam bidang penternakan. Sebagai permulaan, beberapa ekor lembu
telah dibeli dan dari situ, perniagaan dijalankan secara perlahan disamping dengan
usaha untuk membiak lembu untuk menambah bilangan serta untuk menjadi pembekal
sendiri kepada perniagaan sendiri.

3
ANALISIS SWOT

Kekuatan AKD Enterprise terletak pada permintaan daging segar tempatan yang tinggi.
Selain itu, pelanggan kini meragui jaminan status halal produk daging import. AKD
Enterprise mengusahakan penternakan lembu secara fidlot. Seterusnya, pengusaha
AKD Enterprise telah menyertai Program Latihan dan Kursus – kursus berkaitan
anjuran Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah
Moa Inc. Pengusaha AKD Enterprise juga mempunyai lesen sembelihan daripada
Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Pengusaha AKD Enterprise turut mendapat
tunjuk ajar daripada syarikat mentor iaitu HS Nada Sdn. Bhd.
Kelemahan AKD Enterprise pula terletak pada kekurangan dana untuk meneruskan dan
mengembangkan projek.
Peluang AKD Enterprise ialah untuk terus mendapatkan bimbingan dari MPPB dan HS
Nada Sdn. Bhd.
Ancaman bagi AKD Enterprise pula ialah persaingan dengan daging import yang dijual
dengan harga yang murah.

4
Produk atau Perkhidmatan

AKD Enterprise menyediakan perkhidmatan seperti pembekal lembu atau kambing


yang bekualiti serta status halal untuk pelbagai jenis tujuan. Selain itu, pembekalan
daging segar kepada pemborong juga merupakan salah satu daripada perkhidmatan
yang disediakan oleh syarikat berkenaan. Dalam pada masa yang sama, syarikat
tersebut mengusahakan produk pemprosesan tinja untuk diproses untuk menjadi baja
dan dijual kepada pembeli runcit. Syarikat tersebut juga telah mempunyai satu moto
iaitu ‘Sentiasa berkhidmat’. Moto ini untuk memastikan bahawa mereka akan sentiasa
memberikan servis perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan – pelanggan mereka.
Mereka membenarkan pelanggan – pelanggan mereka memilih sendiri lembu atau
kambing terus dari ladang ternakan. Kemudian, lembu atau kambing yang telah dipilih
akan dihantar sendiri oleh syarikat tersebut kepada pembeli. Ini untuk memastikan para
pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan sekaligus dapat
mengekalkan dan menambahkan jumlah pelanggan tetap.

5
Bahagian Pasaran

Maklumat Pasaran

Bekalan daging tempatan masih ditahap yang amat rendah, iaitu 23% dari keperluan
daging seluruhnya terutama sekali di daerah Kuala Pilah. AKD Enterprise merancang
untuk menjadi penternak tempatan berjaya di Malaysia dan menambah peratusan
bekalan daging segar tempatan. Target utama AKD Enterprise ialah mereka yang
beragama Islam memandangkan umat Islam di Malaysia merupakan pengguna daging
yang utama terutamanya dalam perayaan – perayan besar seperti Hari Raya Korban
dan Hari Raya Aidil Fitri. Selain itu, kenduri kahwin, tahlil, doa selamat dan lain – lain
juga turut menyumbang dalam penggunaan bahan mentah seperti daging. Syarikat
AKD Enterprise yakin bahawa saiz pasaran untuk bidang perniagaan mereka ini adalah
besar kerana, daging merupakan salah satu makan ruji di Malaysia. Oleh itu,
permintaan terhadap daging segar atau lembu serta kambing sentiasa menggalakkan.
Tambahan pula, bagi yang beragama Islam, mereka amat sensitif dengan status halal
sesuatu produk itu. Jadi, syarikat ini dapat memberikan jaminan bahawa produk yang
dikeluarkan sememangnya halal sekaligus dapat memberikan keyakinan terhadap
pelanggan. Secara amnya, syarikat tersebut percaya dengan potensi jualan dalam
bidang yang mereka ceburi ini.

6
Strategi Produk dan perkhidmatan

ADK Enterprise mengelaskan produk dan perkhidmatan mereka kepada beberapa


bahagian untuk memudahkan strategi pemasaran. Antaranya ialah :

1. Jualan Hidup
Jualan ini dibuat untuk tujuan aqiqah, qurban, kenduri atau tujuan-tujuan
majlis. Pelanggan boleh memilih untuk ternakan hidup ataupun siap
disembelih. Penghantaran percuma sekitar. Caj sembelih yang minimum
dikenakan.

2. Jualan Daging Segar


Pasaran daging segar dijalankan di Pasar-pasar Tani, Pasar malam, kedai
runcit dan pemborong yang membeli terus dari lading

3. Baja Organik (Dari Tinja Ternakan)


Tinja ternakan diproses menjadi baja organik yang bermutu tinggi. Baja ini
akan dibungkus dengan jenama ADK Enterprise dan dipasarkan ke kedai
tanaman – tamanan bunga atau pelanggan persendirian.

Buat masa sekarang, tumpuan utama ialah pada jualan hidup kerana permintaan yang
memberangsangkan. Walaubagaimanapun, syarikat ADK Enterprise tetap berusaha
untuk meningkatkan produktiviti jualan daging segar dan baja organik.

7
Strategi Penetapan Harga

ADK Enterpise berdepan dengan cabaran yang kompetitif terutama sekali dari S&N
Expert Resources kerana syarikat tersebut mengenakan harga yang murah disamping
kualiti baka lembu yang baik. ADK Enterprise pada mulanya mengenakan harga yang
sedikit tinggi berbanding S&N Expert Resources untuk menampung kos pemakanan
haiwan ternakan. Walaupun dengan harga yang berbeza, permintaan tidak pernah
mengecewakan kerana kekuatan syarikat tersebut terletak pada status produk keluaran
tempatan dan juga dijamin halal. Mereka bercadang untuk memproses sendiri makanan
– makanan untuk haiwan ternakan supaya kos pembelian makanan dapat digugurkan
dan juga harga pasaran dapat dikurangkan.

Strategi Promosi

Beberapa cara telah digunakan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang
sedia ada. AKD Enterprise memfokuskan kepada musim - musim perayaan dan aktiviti
pemasaran menjadi lebih aktif.

1. Pengiklanan
AKD Enterprise menggunakan media cetak sebagai alat untuk mempromosikan
produk dan perkhidmatan mereka. Syarikat demikian telah membuat iklan
melalui banting dan meletakkan di beberapa jalan utama supaya mudah untuk
dilihat oleh orang ramai. Selain itu, AKD Enterprise juga menggunakan saluran
Facebook sebagai medium tambahan untuk memasarkan produk dan
perkhidmatan mereka.

8
2. Promosi secara amal
AKD Enterprise ada membuat sumbangan daging mentah kepada badan –
badan kebajikan seperti rumah anak – anak yatim disamping mempromosikan
produk – produk dan perkhidmatan syarikat tersebut kepada orang ramai dan
juga untuk mendapatkan pelanggan tetap.

Pengedaran

AKD Enterprise menjual produk – produk mereka sama ada terus muka ke muka atau
melalui tempahan dengan menggunakan tunai. Bagi yang melakukan tempahan,
produk akan dihantar sendiri dengan menggunakan kenderaan yang dipunyai oleh AKD
Enterprise. Bagi muka ke muka pula, para pelanggan boleh datang sendiri ke ladang
ternakan untuk mendapatkan produk – produk yang diinginkan.

Pesaing-pesaing Utama

Pesaing – pesaing utama yang berada disekitar daerah Kuala Pilah ialah Syarikat S&N
Expert Resources dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd. Bagi S&N Expert Resources,
ia adalah sebuah syarikat agen yang meingimpoirt lembu dari Thailand dan Burma.
kekuatan syarikat tersebut terletak pada kualiti dan baka lembu yang lebih baik tetapi
kelemahan syarikat berkenaan ialah status daging halal yang diragui. Kekuatan
Eastana Farm Industries yang merupakan sebuah syarikat daging segar terletak pada
konsep kemodenan, kebersihan, berhawa dingin dan kualiti dalam perniagaan syarikat
tersebut tetapi kelemahan syarikat berkenaan ialah harga produk – produk mereka
yang agak mahal kerana kos peralatan yang tinggi.

9
Saluran Agihan

Saluran agihan merupakan sekumpulan organisasi yang bergabung dalam proses atau
pemindahan produk dan perkhidmatan dari pembekal untuk pengguna akhir. Oleh itu,
AKD Enterprise telah mensasarkan banyak pembekal dan juga pemborong dengan
menyediakan kontrak perniagaan agar keterusan perjalanan bisnes syarikat tersebut
terjamin. Dengan itu, AKD Enterprise yakin segala aktiviti perniagaan akan terus
berjalan dengan lancar dan berlangsung tanpa sebarang masalah serta perkhidmatan
yang disediakan menepati permintaan pelanggan.

Analisis Kekuatan dan Kelemahan Pesaing

CIRI-CIRI
Syer Pasaran 25%
Kualiti Perkhidmatan Sederhana
Lokasi Baik
Kelengkapan Sederhana
Harga Sederhana
Kesihatan Baik
Tempoh Berniaga 8 Tahun

10
Perbelanjaan Pemasaran

BUTIRAN ANGGARAN PERUNTUKAN


(RM)
Pengiklanan 9000
Aktiviti Bulanan 1000
Kad Perniagaan 100
Risalah 100
Upah Pekerja Tambahan 400
JUMLAH 10600

Perancangan Masa Hadapan

AKD Enterprise berharap penternakan intergrasi akan dapat dijalankan jika mendapat
kerjasama dengan pemilik ladang – ladang sawit berhampiran. Selain itu, syarikat
berkenaan ingin menjual dagin segar terus dari lading ternakan ke pasar tani, pasar
malam dan peruncit. Syarikat tersebut juga ingin memproses tinja ternakan menjadi
baja, membungkus, melabel serta memasarkannya ke tapak – tapak nurseri, pembeli
runcit dan syarikat – syarikat landskap. AKD Enterprise berharap untuk menjalankan
pemprosesan hasilan daging seperti burger, nugget, bebola daging dan sebagainya.
Akhir sekali, syarikat tersebut ingin melebarkan sayap pasaran ke pasaraya besar.

Bahagian Pentadbiran/Pengurusan

11
Pemilik syarikat, Abdul Karim bin Desa pernah menjadi pensyarah di IPTeknik di
bahagian Diploma Kejuruteraan Mekanikal di UTM Skudai dari 2002 - 2007. Beliau juga
pernah berkhidmat dengan SME Aerospace Sdn. Bhd. selama 10 tahun dari pangkat
penyelia hingga eksekutif. Organisasi syarikat AKD Enterprise dipecahkan kepada
beberapa jawatan iaitu Pengurus Besar, Abdul Karim bin Desa, Pengurus Kewangan,
Muhammad Aliuddin bin Mohd Nor, Pengurus Pentadbiran, Mohamad Nizar bin Che
Malek, dan Pengurus Pemasaran, Mohamad Naim bin Mahamad Yusoff.
Pengurus Besar perlu memimpin dan menguruskan aktiviti yang menjurus kearah
matlamat utama syarikat, memastikan perniagan dan pekerja berjalan dengan lancar,
membuat keputusan pembelian dan penetapan harga, menjaga kebajikan pekerja dan
pengagihan tugas serta menetapkan sasaran keuntungan dan pertambahan modal
yang diperlukan. Pengurus Kewangan pula perlu menyediakan belanjawan tahunan
perniagaan serta laporan kewanga perniagan, memastikan operasi yang dijalankan
dengan sempurna, memastikan kelancaran operasi syarikat dengan syarikat-syarikat
lain dan memastikan dan menyelia tugas pekerja bawahan. Pengurus Pentadbiran
perlu menyusun atur strategi pentadbiran, memastikan kelancaran dalam pengurusan
serta perniagan, menguruskan segala program yang telah dirancangkan. Pengurus
Pemasaran perlu mencari idea dan menjalankan promosi mengenai produk serta
perkhidmatan yang ditawarkan, meletakkan harga yang sesuai dalam setiap pakej yang
ditawarkan.

Bahagian Operasi

12
Oleh kerana syarikat AKD Enterprise merupakan syarikat yang berasaskan
penternakan dan perladangan, proses pengeluaran syarikat ini dimulakan dengan
dengan dua operasi utama iaitu pengurusan dan juga penternakan. Untuk bahagian
pengurusan, bahagian ini menguruskan proses-proses perkhidmatan dan juga
mentadbir. Untuk bahagian penternakan, proses-proses pengeluaran ini bermula
dengan menternak sejumlah lembu dan kambing dewasa. Yang kemudiannya ternakan
dewasa ini disatukan untuk menghasilkan baka-baka baru supaya proses penternakan
ini berlaku. Ternakan yang mencapai umur yang matang baru akan digunakan untuk
penjualan dan penyembelihan. Proses-proses pengeluaran ini memerlukan banyak
kemudahan terutamanya kawasan ternakan,ubat-ubatan,pengurusan
veterinar,makanan dan minuman haiwan ternakan,bekalan air serta beberapa mesin
dan peralatan lain. Beberapa mesin dan peralatan utama amat diperlukan terutama di
bahagian pembekalan bahan mentah seperti mesin pemotongan daging, peralatan
pembungkusan bagi tujuan pengedaran dan juga peti sejuk beku untuk tujuan
penyimpanan sebelum diedarkan. Bagi jumlah tahap inventori yang perlu dikekalkan, ia
hanya melibatkan inventori bahan mentah. Ia perlu sentiasa berada di tahap teratas
untuk mengelakkan berlaku kerosakan kerana ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Anggaran kos yang terlibat bagi menyimpan inventori bahan mentah ini adalah RM
40,000 yang merangkumi perbelanjaan bil-bil asas

Bahagian Kewangan

13
Kos yang terlibat untuk menjayakan projek yang dirancang adalah sebanyak
RM11,2640 dan sumber yang digunakan bagi membiayai projek ini adalah hasil dari
simpanan modal sendiri serta pinjaman perniagaan yang diberikan dari pihak Majlis
Amanah Raya Berhad ( MARA ). Bagi modal yang diperoleh hasil dari sumbangan
pemilik syarikat ini sendiri adalah berjumlah RM 80,000. Sumber kewangan ini akan
diagihkan kepada dua bahagian utama syarikat iaitu bahagian pengurusan dan
pentadbiran serta bahagian peternakan dan pemasaran. Bagi bahagian pengurusan
dan pentadbiran, sumber kewangan ini akan digunakan untuk membayar bil-bil
perkhidmatan serta dijadikan modal untuk menjalankan perniagaan manakala sumber
kewangan yang diagihkan kepada bahagian penternakan dan pemasaran akan
digunakan sepenuhnya untuk menguruskan haiwan ternakan dari segala aspek serta
dijadikan modal untuk operasi pemasaran.

Lampiran

14

You might also like