You are on page 1of 2

LAMPIRAN 4

DENDA/SURCAJ KEPADA PIHAK KONTRAKTOR KE ATAS KESALAHAN DAN


PERLANGGARAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN MAKANAN BERMASAK
TERHADAP PIHAK KERAJAAN

KESALAHAN DAN
BIL. PERLANGGARAN DENDA/SURCAJ
SYARAT-SYARAT

1. PERKHIDMATAN KERAJAAN boleh sama ada:-


ROSAK ATAU
1.1 Menolak perkhidmatan berkenaan dan
RENDAH KUALITI
mengenakan denda yang sama banyak nilainya
dengan perkhidmatan itu; ATAU

1.2 Menolak perkhidmatan berkenaan dan meminta


Kontraktor menggantinya dengan serta merta.

1.2.1 Jika gantian itu tidak dibuat, KERAJAAN


boleh memperoleh perkhidmatan yang
dikehendaki itu daripada punca-punca lain,
Kontraktor hendaklah menanggung semua
kos yang berkaitan dengan perolehan
gantian itu.

1.2.2 Jika Kontraktor telah memberi


perkhidmatan yang kurang memuaskan
atau kurang baik dari segi kualiti
perkhidmatan berkenaan, KERAJAAN
boleh mengenakan denda sebanyak tidak
kurang daripada 2.5% daripada jumlah harga
perkhidmatan.

1.3 Menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta.

2. PERKHIDMATAN KERAJAAN boleh sama ada:-


LEWAT DISERAHKAN
2.1 Membatalkan/menolak pesanan perkhidmatan
yang dipesan daripada Kontraktor dan membeli
perkhidmatan yang dikehendaki itu daripada
punca-punca lain. Jika kos memperoleh
perkhidmatan itu daripada punca-punca lain
melebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor
hendaklah membayar amaun yang lebih itu
sebagai pampasan kepada KERAJAAN; ATAU

2.2 Setuju terima perkhidmatan itu dan Kontraktor


boleh dikenakan membayar satu amaun
sebanyak minimum 5% daripada nilai
perkhidmatan yang lewat diterima sebagai
pampasan kepada Kerajaan.

2.3 Menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta.


3. PENYERAHAN KERAJAAN boleh sama ada:-
PERKHIDMATAN
TIDAK SEPENUHNYA 3.1 Setuju terima perkhidmatan itu dan Kontraktor
boleh dikenakan membayar satu amaun
sebanyak minimum 5% daripada nilai
perkhidmatan yang belum diserahkan sebagai
pampasan kepada KERAJAAN; ATAU

3.2 Setuju terima perkhidmatan itu dan membeli


perkhidmatan yang berkurangan tersebut
daripada punca-punca lain. KERAJAAN berhak
meminta dan Kontraktor bersetuju membayar
kos perkhidmatan yang dibeli dari punca-punca
lain.

4. PERKHIDMATAN 4.1 Menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta;


TIDAK DISERAHKAN DAN

4.2 Kontraktor boleh dikenakan membayar satu


amaun sebanyak harga perkhidmatan yang
dipesan sebagai pampasan kepada Kerajaan.

5. PAMPASAN BAGI 5.1 Sekiranya KERAJAAN terpaksa membeli


PEMBELIAN DI LUAR perkhidmatan daripada punca lain, KERAJAAN
PERJANJIAN boleh selain apa-apa tuntutan yang KERAJAAN
berhak di bawah peruntukan-peruntukan
perjanjian ini, membuat tuntutan pampasan yang
jumlahnya tidak melebihi 5% daripada nilai
perkhidmatan yang dipesan.

5.2 KERAJAAN adalah bebas membeli perkhidmatan


yang dikehendaki dari punca lain sebagaimana yang
difikirkan perlu, dan Kontraktor adalah
bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan
tambahan yang demikian dilakukan oleh
KERAJAAN, jika sekiranya berlaku:

5.2.1 Kemungkiran penyerahan; dan/atau

5.2.2 Kekurangan; dan/atau

5.2.3 Kecacatan mutu.

You might also like