You are on page 1of 28

TAJUK PERUNCINGAN PERCUBAAN PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1 & 2 2009

Tajuk/Bahagian
Ibadah:
Haji • Pengertian
Bahasa: kunjung
Istilah: Mengunjungi baitullah untuk mengerjakan ibadah tertentu pada masa tertentu
mengikut syarak.

• Perkara wajib
Melontar
Waktu: 10 zulhijjah – jumratul aqabah
11/12/13 zulhijjah – jamratul uula/wusto/aqabah

Cara-cara melontar di jumrah


- ikut turutan 1. Jamrah ula 2. Jamrah Wusto 3. Jamrah Aqabah
- niat kerana Allah
- Dengan menggunakan 7 biji anak batu

Hikmah
• memupuk sifat sabar/jihad
• meghindari musuh-musuh Allah
• memperkukuhkan iman

• bermalam di Muzdalifah
Erti: Berada di Muzdalifah memadai dengan melalui sahaja walaupun sekejap dalam masa
selepas tengah malam 10 zulhijjah hingga terbit fajar

Amalan sunat di Muzdalifah


• Kutip anak batu 7 biji untuk melontar
• Berada di sana hingga terbit fajar
• Solat sunat

• Miqat
Pengertian
Bahasa: sempadan
Sempadan masa atau tempat bagi memulakan niat haji atau umrah

Jenis-jenis miqat:
Miqat zamani: sempadan masa bagi mengerjakan haji dan umrah
(haji: 1 syawal – 10 zulhijjah, umrah : sepanjang tahun)

Miqat makani : sempadan tempat bagi memulakan niat ihram haji dan umrah
Nama miqat makani Haji;
• Zulhulaifah : dari utara madinah
• Yalamlam: dari asia (kapal laut)
• Qarnul manazil : dari kuwait/yaman/malaysia
• Zatul Irqin : dari Iraq
• Kediaman sendiri : penduduk Mekah

Nama miqat umrah


• Tanaim/Ja’ranah/Hudaibiah : penduduk Mekah dan mereka yang berada di Mekah

Hikmah Miqat
• memulakan ibadah haji dan umrah kerana setiap pekerjaan ada tempat permulaan
• memudahkan jemaah haji menyusun jadual untuk memulakan haji
• supaya jemaah haji tidak keliru
• memulakan niat haji dan umrah

• Larangan ihram
• menutup kepala bagi lelaki
• menutup muka dan bersarung tangan bagi wanita
• memakai pakaian berjahit bagi lelaki
• memakai bau-bauan
• memakai minyak rambut
• menanggalkan bulu pada badan
• memotong kuku
• menebang pokok
• memburu binatang yang halal dimakan
• bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu
• melakukan persetubuhan
• akad nikah

hikmah larangan
• manusia adalah sama sahaja di sisi Allah Taala
• memberi latihan kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain
• jemaah haji dapat menumpukan perhatian kepada ibadah haji.
• Mealtih umat Islam supaya lebih berdisiplin

• Dam
Bahasa: darah
Istilah: denda yang dikenakan keada orang yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan
haji atau umrah kerana meninggalkan perkara wajib haji atau wajib umrah, melakukan haji
tamattuk dan qiran atau melakukan perkara yang dilarang semasa ihram.

Jenis dam Kesalahan dam

Tertib dan takdil - Menyembelih seekor unta jika tidak mampu


(dibayar ikut melakukan persetubuhan - menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu
susunan, mengikut sebelum Tahallul awal - menyembelih 7 ekor kambing jika tidak
nilaian harga) mampu
- membeli makanan dengan nilai harga seekor
unta dan diberikan kepada fakir miskin
-berpuasa mengikut jumlah bilangan cupak
dengan nilaian harga seekor unta
Tertib dan takdir - ihram tamattuk dan qiran - ihram tamattuk dan qiran
(dibayar ikut - Tidak wukuf di Arafah - tidak wukuf di padang arafah
susunan, mengikut - meninggalkan perkara - tidak melakukan perkara wajib haji
kemampuan) wajib seperti melontar - tidak melakukan tawaf widak
jamrah
- Tidak melakukan tawaf
widak

Takhyir dan takdil - Memburu dan - memburu dan mengusir binatang buruan darat
(dibayar ikut mengusirbinatang buruan yang halal dimakan
pilihan, mengikut darat yang halal dimakan - memotong, menebang atau mencabut
nilaian harga) - memotong, menebang tumbuhan atau pokok di tanah haram
dan mencabut tumbuhan
di tanah haram
Tertib dan takdir Boleh pilih samada - memotong atau mencabut rambut atau bulu
(dibayar ikut - menyembelih seekor pada badan
susunan, mengikut kambing - mengerat kuku
kemampuan) - bersedekah kepada 6 - memakai pakaian yang terlarang semasa
orang fakir miskin setiap ihram
orang 2 cupak - memakai minyak pada rambut @ janggut
- berpuasa selama 3 hari -melakukan perkara yang mendorong kepada
persetubuhan
-melakukan persetubuhan kali kedua selepas
persetubuhan yang merosakkan haji
-melakukan persetubuhan selepas tahallul awal

• Syarikat
Bahasa: bercampur @ berkongsi
Istilah: perjanjian perkongsian terhadap suatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak
atau lebih.

Rukun

Ahli syarikat Modal Lafaz akad


- Berakal, baligh, merdeka, - barang dan kepakaran -izin untuk belanjakan harta
kemahuan sendiri
Perkara yang batalkan syarikat;

• Dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi


• Kematian salah seorang daripada rakan kongsi
• Salah seorang ahli murtad dan lari kenegeri musuh
• Hilang kelayakan seperti gila berterusan
• Salah seorang rakan kongsi membatalkan penyertaan dalam syarikat

Hikmah;
• mengeratkan silaturrahim antara ahli syarikat
• memimpin masyarakat supaya sentiasa bersifat amanah dan jujur
• dapat membimbing masyarakat untuk hidup bekerjasama antara satu sama lain.
• Sewaan
Erti: satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima
daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.

Rukun:

Penyewa @ pemberi sewa Bayaran sewa manfaat


- akil baligh, kemahuan - bayaran dengan wang - berharga
sendiri, tidak membazir - wang bayaran diketahui - dapat diberikan oleh yang
- kedua pihak mengetahui mengambil upah
kadar, jenis dan sifat -diketahui kadar dan jangka
- keadaan bayaran tertentu masa.
Syarat sah sewa;

• Kedua-dua pihak hendaklah bersetuju mengadakan kontrak sewa


• Barang yang disewa hendaklah memberi faedah dan diharuskan syarak
• Barang yang disewa bukan menjadi kewajipan kepada orang yang memberi sewa
• Bukan pekerjaan wajib kepad orang yang memberi sewa
• Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan.

Tamat kontrak sewa

• Barang yang disewa hilang


• Batal kontrak
• Kontrak sewa tamat dengan sebab tamat tempoh
• Tidak menepati syarat kontrak
• Barang yang disewa rosak

• Insuran

Pengertian;
Satu faedah iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembeling usaha
serta sumber, bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong menolong apabila
ditimpa musibah.

Unsur larangan dalam insuran


• Gharar/unsur tidak jelas
• Judi
• Riba

Tujuan insuran

• Membantu pihak yang ditimpa musibah


• Mendapatkan segala kemudahan perlindungan berupa manfaat pampasan dan gantirugi
jika ditimpa musibah
• Pemilik kenderaan akan merasa terjamin dengan sumber kewangan yang dapat membiayai
kos membaiki kereta akibat kemalangan.

Perbezaan antara insuran islam dengan konvensional

Bil Insuran Islam Insuran konvensional


1 Tiada unsur gharar Terdapat unsur gharar
2 Tidak melibatkan unsur judi Melibatkan unsur judi
3 Tiada unsur riba Ada unsur riba
4 Nisbah keuntungan berdasarkan prinsip Bayaran faedah dikenakan
mudharabah
5 Mempunyai konsep tabarru’/menderma, tolong Tiada unsur tabarru’/keuntungan
menolong semata-mata
6 Berurusniaga dengan syarikat yang menjalankan Berurusniaga dengan syarikat
sistem perbankan islam yang menjalankan sistem
perbankan konvensional
Akidah Pembatalan Iman

• Nifak
Erti: berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

Ciri orang munafik;

• apabila berjanji mereka mungkiri


• apabila diberi amanah dia khianati
• apabila bercakap dia dusta
• apabila bertengkar ia melampaui batas

Cara mengelak dari amalan nifak

• sentiasa bercakap benar


• bertimbangrasa dan bertanggungjawab
• meningkatkan keimanan
• menanam sifat mulia Islam dalam masyarakat

• Sihir
Erti: ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib
bertujuan memudaratkan orang lain.

Contoh;
Santau, pukau, saka, susuk

Kesan kepada individu;


• merosakkan akidah
• menjadikan diri takabur dan berani melakukan kezaliman
• membazirkan masa dan tanaga

Langkah menghindari
• mendalami ajaran Islam
• mengagumi kekuasaan Allah
• menjauhi diri dari mereka yang mengamalkan sihir
• mendampingi orang alim.

• Makan harta anak yatim


Erti anak yatim: kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh

Harta anak yatim: diperolehi melalui pusaka,wasiat, hadiah

Sebab dilarang;
• anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
• mengelakkan anak yatim hidup terbiar
• mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus silaturrahim
• mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta pusaka.

• Lari dari medan perang


Kesan
• Dipandang hina oleh masyarakat
• Umat islam akan ditindas
• Memberi peluang musuh menghapuskan agama umat Islam
• Merendahkan martabat agama dan umat islam.

Cara mengelak diri dari lari dari medan perang


• tanamkan rasa keyakinan terhadap pertolongan Allah
• tanamkan semangat jihad kepada semua orang Islam
• tanamkan rasa cinta kepada alam akhirat

• Mencuri
Pengertian
Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa
Izin

Syarat sabit hukuman potong tangan


• Pencuri cukup umur dan sempurna akal
• Mencuri bukan kerana lapar atau miskin
• Harta yang dicuri kepunyaan orang tertentu dan cukup nisab
• Mencuri dengan kemahuan sendiri
• Barang yang dicuri di simpan di tempat yang selamat

Langkah menangani

• wujudkan kerjasama ahli masyarakat membendung kegiatan mencuri


• wujud undang-undang hudud di kalangan masyarakat
• mangingatkan masyarakat balasan Allah di dunia dan akhirat
• menyimpan barangan di tempat yang selamat

Kesan;

Pada individu
• dipandang hina oleh orang ramai
• orang ramai hilang kepercayaan
• mendapat hukuman yang setimpal
• dipulau dan disisihkan oleh masyarakat

Pada masyarakat;
• keadaan masyarakat tidak aman dan tenteram
• menimbulkan pergaduhan dan permusuhan
• kehidupan seharian terganggu
• projek pembangunan tidak dapat dijalankan

• Liwat dan musahaqah

Liwat – hubungan jenis antara lelaki dengan lelaki


Musahaqah – Huubungan jenis perempuan dengan perempuan.

Faktor;
• Terpengaruh dengan budaya luar
• Tidak sanggup memikul tanggungjawab suami atau isteri
• Membaca dan melihat bahan lucah
• Kelemahan pelaksaanaan undang-undang

Akibat;
• meruntuhkan institusi perkahwinan
• mendapat balasan azab di dunia dan akhirat
• dipandang hina oleh bangsa dan agama lain
• suasana masyarakat tidak tenteram

adab • Adab berfikir


Sumber berfikir
• Wahyu dan syariat Islam
• Akal fikiran
• Bukti-bukti kajian saintifik
• Maklumat dan fakta yang benar dan tepat
• Matlamat yang jelas

Cara berfikir
• tahu batasan dan kemampuan akal
• tahu tujuan berfikir
• tahu perkara yang difikirkan
• tahu cara mencapai matlamat
• tahu risiko yang akan berlaku
Hikmah berfikir;
• memantapkan iman yang boleh menjadikan seseorang itu cemerlang hidup di dunia dan
akhirat
• menyedari kebesaran dan kekuasaan Allah dengan mengambil iktibar dari ciptaan Allah
• dihormati dan disanjung masyarakat kerana akal fikiran memberi faedah kepada
masyarakat
• boleh menyelesaikan masalah dengan cepat
• dapat menceburi bidang-bidang baru yang bermanfaat
• dapat menghindari unsur negatif yang mengancam keamanan negara

• Adab berhias diri


Adab berhias diri;
• menggalakkan amalan mandi
• bersugi atau menggosok gigi
• memakai bau-bauan
• menyikat rambut
• memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari
• menghias muka
• cara berpakaian

Panduan berpakaian
• berniat untuk menzahir dan mensyukuri nikmat Allah
• bukan bertujuan berbangga diri
• bertujuan menutup aurat
• tidak jarang dan menampakkan aurat
• tidak ketat dan boleh memperlihatkan susuk badan

• Adab ditempat rekreasi


Pengertian;
Kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan

Faedah rekreasi;
• Fisiologi
Jangka pendek
• menguatkan stamina
• mengimbangi mental
• mengeluarkan peluh

Jangka panjang
• Ketahanan daripada serangan penyakit
• Memantapkan kecergasan badan
• Menguatkan antibodi

• Psikologi

Jangka pendek
• mengurangkan tekanan perasaan
• menenangkan fikiran
• minda bertambah aktif

Jangka panjang
• lebih cergas
• minda bertambah aktif
• cepat bertindak

• Sosiologi

Jangka pendek
• Semangat kerjasama
• Memupuk perpaduan
• Menguat silaturrahim

Jangka panjang
• individu aktif
• masyarakat sejahtera
• negara maju

Adab berekreasi;
• berpakaian yang menutup aurat
• menjaga pergaulan mengikut hukum Islam
• mematuhi peraturan yang disediakan oleh pihak berkuasa
• bertanggungjawab menjaga alam semulajadi

Tingkah laku yang tidak beradab


• melakukan kerosakan terhadap harta awam
• pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
• membuat gangguan terhadap pengunjung lain
• berpakaian tidak menutup aurat
• mengotorkan kawasan rekreasi

Strategi pengawalan
• mengadakan penguatkuasaan yang rapi
• sentiasa membuat rondaan yang kepar oleh pihak berkuasa
• memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga
tempat rekreasi
• mengenakan denda terhadap orang yang meyalahgunakannya.

• Adab menziarahi jenazah

Adab menziarahi jenazah


• berdoa supaya jenazah mendapat keampunan
• menunaikan solat jenazah
• memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan mengendalikan jenazah
• melahirkan rasa dukacita terhadap waris si mati
• mengucapkan takziah kepada keluarga si mati
perkara yang dilarang
• merasa kesal dengan kematian
• membebankan keluarga jenazah dengan permintaan mereka yang tidak mampu
• mengumpat atau bergurau senda
• tdak redha dengan takdir Allah

Hikmah beradab;
• dapat mengeratkan silaturrahim
• mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah
• dapat memberi keinsafan
• dapat menunaikan segala hak sebagai seorang muslim
tokoh • Imam Malik
Riwayat hidup
• nama sebenar: Anas bin Malik bin Amar bin Al Haris
• lahir :di Madinah tahun 93H/713M
• meninggal dunia; 179H/798M ketika berusia 86 tahun dikebumikan di perkuburan Baqi’ di
Madinah

Sifat peribadi;
• sejak kecil dididik menghormati ibubapa, orang dewasa dan guru
• seorang yang tegap, kuat serta berpakaian cantik dan bersih
• mempunyai pandangan yang bernas, berpendirian teguh, bijak dan kuat ingatan
• berbudi bahasa, lemah lembut dan suka menziarahi orang sakit dan jenazah
• seorang yang tawaduk dan tidak pernah menunggang kuda di Madinah kerana
menghormati Rasulullah yang jenazahnya ada di Madinah

Bukti kasih sayang terhadap Rasul


• tidak pernah menunggang kuda di Madinah kerana menghormati Rasulullah yang jenazah
ada di Madinah.
• Apabila beliau ditanya masalah feqah, beliau keluar dari biliknya dan menjawab tetapi bila
bertanya berhubung hadis, beliau mandi, berpakaian wangi dan mejawab soalan

Sumbangan terhadap tamadun


• menulis kitab al Muwatta’
• kitab alMuwatto’ menjadi rujukan dalam ilmu hadis, tafsir dan fekah
• aliran pemikiran beliau melahirkan mazhab maliki
• seorang ahli ijtihad yang terkenal dan terkemuka
• mazhabnya berkembang di Tunisia, Libya, Sudan, Bahrain, Mesir dll

• Imam Ghazali
Riwayat hidup
• nama sebenar: Abu Hamad Muhd bin Muhd bin Ahmad al Ghazali al Tusi
• lahir;450H bersamaan 1058M.
• Dikenali sebagai al Ghazali sempena nama kampung tempat kelahirannya.
• Salah seorang tokoh pemikir Islam
• Digelar Hujjatul Islam kerana kecekapan, kemasyhuran dan kekuatan membela agama
Islam.
• Meninggal dunia di Tusi pada 14 Jamadilakhir 505H bersamaan 1111M

Sifat peribadi;
• seorang yang bijaksana, kuat ingatan,
• berpegang teguh kepada syariat Allah,
• tekun belajar dan bijak berhujjah
• kuat beribadah, warak, zuhud dan tidak menyukai kemewahan.

Sumbangan;
• Penasihat agung perdana menteri Nizamul Muluk
• Tenaga pengajar kanan di universiti Nizamiah Baghdad dan Naisabur
• Mendokong fahaman alSyairah
• Menolak fahaman ahli falsafah yang meresap dalam ilmu kalam
• Pelopor kepada golongan sufi

Karya;
• Ihya’ Ulumudin, alwajiz, almunqaz minal dhalal

Tamadun islam • Kerajaan khulafa’ al rasyidin

Ciri-ciri kepimpinan Khulafa’


• bertindak sebagai sumber rujukan selepas Rasulullah
• tidak menggunkan harta negara untuk kepentingan peribadi
• tidak mempunyai pengawal peribadi
• mengamalkan kehidupan sederhana
• menyumbangkan harta dan kekayaan untuk menegakkan agama Islam
• memberi peluang kepada rakyat mengemikakan pandangan

Khalifah Ali bin Abi Talib

- Polisi pemerintahan
• menukarkan pegawai yang berketurunan Umaiyyah yang dilantik di zaman Khalifah
Uthman bin Affan dengan pegawai yang baru termasuk muawiyah bin Abi Sufian, gabenor
syam
• meneruskan Majlis Tahkim walaupun mendapat tentangan dari golongan khawarij

Penyebaran Islam zaman Khalifah al Rasyidin

• Khalifah Abu bakar al Siddiq - memerangi golongan murtad dan nabi palsu yang
menyebabkan pengaruh Islam tersebar di kalangan kabilah-kabilah Arab sekitar
mekah
dan Madinah
• Panglima Khalid al Walid - berjaya mengalahkan tentera hurmuz pembesar parsi di Iraq
yang menyebabkan seluruh Iraq berada dalam wilayah Islam
• Khalifah Umar bin al Khatab meneruskan pembebasan negeri-2 di wilayah Iraq
• Semasa pemerintahan Uthman bin Affan wilayah Islam berkembang ke Afrika utara
seperti Libya, Turkistan dan beberapa kawasan di India
• Tentera laut di bawah Muawiyah berjaya menawan Pulau Cyprus
• Semasa pemerintahan Khalifah Ali gerakan perluasan kuasa terhenti kerana negara berada
dalam keadaan kurang aman.

Kerajaan Bani Umaiyah


Perkembangan pendidikan

• Khalifah amat mengambil berat terhadap ilmu pengetahuan.


• Khalifah al Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz – ulama’ yang alim dalam
bidang al Quran, tafsir, hadis dan nahu.
• Kota Basrah menjadi pusat penyebaran Ilmu
• Bahasa Arab menjadi bahasa pengantar dan bahasa rasmi kerajaan

Kesan pendidikan zaman umaiyah kepada bangsa Eropah


• kota Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah
• ramai pelajar dari Eropah datang ke Andalus untuk belajar pelbagai ilmu
• karya/buku sarjana pada zaman Abbasiyah telah dibawa ke Eropah dan diterjemah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz
• Khalifah umaiyah yang ke 8 daripada 14 khalifah
• Keturunan umar al Khatab daripada sebelah ibu
• Di anggap khalifah al Rasyidin ke 5 kerana sifat, sikap dan pemerintahannya yang
mempunyai persamaan dengan pemerintahan khulafa’ alrasyidin.
• Berperibadi luhur, tawado’ dan menyayangi rakyat (menumpukan kepada kebajikan
rakyat)
• Memecat pegawai yang kurang cekap
• Menghapuskan cukai jizyah kepad golongan mawali
• Melaksanakan hukuman seadilnya.
• Memberhentikan penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islam.

Ibadah • Nusyuz
Perkahwinan Erti: Bahasa: Derhaka/ingkar
Istilah: Isteri yangderhaka atau inekar kepada suami tanpa alasan yang munasabah

Hukum: Haram

Perkara yang membawa nusyuz:


• Isteri keluar rumah tanpa izin suami
• Isteri menolak ajakan jimak dengan tiada keuzuran
• Isteri bersikap kasar dengan suami/meninggikan suara
• Isteri musafir tanpa izin suami

Kesan nusyuz
• Isteri hilang hak sebagai isteri
• Suami tidak bertanggungjawab memberi nafkah
• Isteri tidak mendapat layanan & keadilan dari suami
Adab mendidik isteri yang nusyuz
• suami hendakl;ah memberi nasihat secara bijaksana
• asingkan diri dari tempat tidur
• pukul dengan syarat tidak mencederakannya/bukan pada bahagian sensitif dengan tujuan
mengajar dan menginsafkan
• hendaklah memberitahu keluarga isteri untuk mencari penyelesaian.

Cara memukul isteri yang nusyuz


• memukul untuk tujuan mengajar dan mendidik
• memukul di tempat yang tidak memudaratkan
• memukul dengan pukulan yang sederhana
• alat yang tidak mencederakannya

langkah mengelak melakukan nusyuz


• memberi didikan agama
• suami isteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing
• bersikap terbuka dan elak prasangka buruk
• sentiasa bertolak ansur

• Fasakh
Erti; memohon untuk membatalkan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak
dipenuhi semasa akad nikah atau disebabkan masalah yang berlaku dalam rumahtangga.

Cara mendapatkan semula isteri;


• suami hendaklah berkahwin semula dengan isterinya melalui akad nikah dan mahar yang
baru

Hikmah fasakh
• mengelakkan daripada kemudharatan yang akan ditanggung oleh isteri sekiranya ikatan
perkahwinan diteruskan
• memberi ingatan kepada suami agar tidak lupa kepada tanggungjawab terhadap isteri dan
anak-anak
• menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembanagan fizikal dan emosi anak-
anak
• memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan perkahwinan
• menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak sekiranya suami murtad

• Khuluk
Erti: Bahasa:mencabut @ menanggalkan
Istilah: perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk yang dikaitkan
denganbayaran tertentu

Hukum: Harus

Hikmah:
• penghormatan kepada isteri supaya boleh bertindak mengikut undang-2
• mengelak kemungkinan berlaku nusyuz dari pihak isteri seandainya perkahwinan
diteruskan
• mengelak sifat ego suami yang suka menyalahgunakan kuasa.

• Lian
Erti:Bahasa; laknat
istilah; sumpah suami isteri yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak
hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina/untuk menafikan nasab/untuk menolak tuduhan
suami.

Sebab berlaku
• suami menuduh isteri berzina tanpa 4 orang saksi
• untuk membenarkan tuduhan zina
• supaya boleh disabitkan kesalahan qazaf/tuduhan zina
• dikenakan sebatan 80 rotan.

Kesan;
• suami isteri terfasakh
• suami yang melakukan lian terlepas dari hukuman qazaf
• suami yang bersumpah lian terlepas dari hukuman hudud zina
• suami tidak boleh berkahwin semula dengan bekas isteri selama-lamanya.

Hikmah;
• suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah swt
• isteri dapat menjaga maruahnya
• suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya.

• Anak angkat
Erti:Anak yang dipelihara oleh bukan ibubapa kandungnya.

Hukum mengambil anak angkat; Harus

Hikmah larangan membin atau membintikan anak angkat kepada bapa angkat;
• untuk memelihara nasab keluarga
• menyebabkan pembahagian harta pusaka kepada mereka yang buakn haknya
• mengelakkan daripada mewalikan perkahwinan
• menjaga batas pergaulan

• Akta kekeluargaan

Bidang kuasa Mahkamah Syariah – mal dan jenayah


Bidang kuasa jenayah;
• kesalahan yang dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda RM5000 atau sebat 6
rotan atau keduanya.

Peranan Mahkamah Syariah;


• Khidmat nasihat
• Menyelesaikan kes
• Memberi maklumat perundangan kepada orang ramai

Akidah • Akidah ahli Sunnah wal jamaah


Beza
Kafir Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang telah
dijelaskan dalam al Quran dan hadis

Musyrik Orang yang menyegutukan Allah dengan sesuatu /menyamakan sesuatu


dengan Allah pada zat, sifat atau perbuatan
Munafik Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran dalam
hati
Fasik Orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasulnya dengan melakukan dosa
besar atau berterusan melakukan dosa kecil
Murtad Orangyang keluar daripada agama Islam samada dengan perkataan, perbuatan
atau iktikad
mulhid Orang yang tidak beragama

Cara mantapkan akidah


• mempelajari ilmu daripada guru yang diiktiraf keilmuannya
• mempelajari asas akidah yang berdasarkan kitab yang muktabar
• menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat
• memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar ditetapkan akidah
• menunaikan segala kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT

Syiah
Erti: Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Ali sebagai khalifah Rasulullah

Kumpulan syiah
• Imamiah – Berpendapat jawatan Imam layak disandang oleh ahlil Bait (Kaum keluarga
Rasulullah)

Pegangan:
• jawatan imam anugerah Allah seperti kenabian
• Imam maksum tetapi tidak mendapat wahyu
• Jawatan imam hanya layak disandang oleh 12 imam sahaja daripada kalangan ahlil bait
• Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh ahlil bait
• Percaya imam ke 12, muhammad al Muhammadi akan muncul sebagai imam Mahdi
• Beramal dengan taqiyah
• Mengharuskan perkahwinan mut’ah

• Zaidiah – sempena nama pengasas Zaid bin Ali Zainalabidin


Pegangan;
• pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran
• perbuatan manusia dilakukan oleh manusia bukan Allah
• menolak kemaksuman para imam
• menolak taqiyah
• menolak muhammad al Muhammadi sebagai imam mahdi
• Batiniah – anggap alquran mempunyai makna zahir dan batin yang hanya difahami imam
mereka

Pegangan;
• iktikad Ali dan imam mereka sebagai tuhan
• beriktikad imam mereka masih hidup
• menghalalkan kemungkaran – cth, arak

• Ajaran Sesat
Qadiyani

Pengasas: Mirza Ghulam Ahmad

Ciri kesesatan
• Beriktikad Mirza sebagai al Mahdi, Nabi dan Jelmaan Krishna
• Beriktikad Mirza ada sejuta mukjizat
• Menghapuskan jihad
• Mengubah ayat al Quran
• Mendakwa Malaikat pancaindera Allah
• Isytihar Qadyan sebagai Tanah suci
• Mendakwa Nabi Isa meninggalo dan dimakamkan di Srinagar
• Menghukum kafir selain penganut Qadiyani

Bahai
Pengasas: Hussin Ali AlMazandarani

Ciri kesesatan
• Iktikad pengasasnya jelmaan Allah
• Semua agam sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai
• Iktikad alam bersifat kekal
• Iktikad nabi Isa mati di salib
• Mengagungkan kod 19
• Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka
• Memansukhkan agama Islam
• Mengangap Acre di Palestine sebagai kiblat baru
• Mengubah bentuk ibadah ( puasa 19 hari)
• Menghapuskan jihad

Taslim

Ciri ajaran taslim yang bertentangan


• mentafsir ayat al Quran mengikut nafsu
• mengingkari kewujudan syurga pada hari kiamat
• mengharuskan perzinaan melalui nikah batin
• melakukan amalan solat secara niat tanpa rukuk dan sujud
• menganggap haji Muhammad Matahari sebagai maksum
• beriktikad bahawa diri zahir manusia ialah nur Muhammad SAW
• menafikan kewujudan neraka sebagai tempat pembalasan
• beriktikad diri batin manusia ialah Allah SWT
• menolak kewujudan adanya hari kiamat

Cara membendung ajaran taslim


• memberi nasihat kepada mereka yang cenderung. Terpengaruh dengan ajaran sesat
• melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti polis dan jabatan agama Islam
• membuat hebahan tentang bahaya ajaran sesat menerusi media cetak/elektronik
• menganjurkan program pemulihan akidah
• menghapuskan tempat-tempat yang dijadikan pusat ajaran sesat dengan bantuan pihak
berkuasa

Adab • Adab bermusafir


Hukum
• wajib – seorang muslim yang berkemampuan ke Mekah untuk menunaikan haji atau
umrah
• Sunat – untuk menziarahi 3 masjid, Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqso
• Harus – bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan syarak
• Makruh – tidak memounyai tujuan
• Haram – bermusafir ke tempat haram/pesta maksiat

Adab sebelum
• Berdoa memohon petunjuk Allah
• Meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman
• Menyediakan bekalan secukupnya

Adab semasa
• memperbanyakkan doa
• mengerjakan solat qasar dan jamak
• sentiasa mengingati Allah dalam perjalanan
• tidak melakukan kerosakan terhadap alam

Kesan tidak mematuhi adab bermusafir


• Tidak mendapat keberkatan Allah
• Terdedah kepada perkara maksiat dan pergaduhan
• Menimbulkan masalah
• Jiwa sentiasa gelisah

• Adab dengan pemimpin


Tanggungjawab pemimpin
• menjaga agama- memastikan syariat Islam ditegakkan
• berlaku adil dalam pentadbiran
• menyediakan keperluan asas kepada rakyat

Tanggungjawab rakyat
• mentaati pemimpin
• membantu pemimpin
• memberi sokongan yang padu
• menasihati pemimpin dengan cara yang baik

Kepentingan beradab terhadap pemimpin


• melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab
• mendapat kesenangan hidup dunia dan akhirat
• rakyat hidup aman dan sejahtera

Kesan rakyat tidak mentaati pemimpin


• pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab dengan lancar
• pihak musuh akan mengambil peluang untuk melumpuhkan ekonomi negara
• negara akan menjadi kucar kacir
• keharmonian negara tergugat

• Adab memberi dan menerima sedekah


Erti sedekah; Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah

Erti hadiah; pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang dan pujian

Kepentingan memberi sedekah dan hadiah


• mendapat ganjaran pahala
• disukai oleh manusia
• rezeki bertambah
• merapatkan ukhuwah dan kasih sayang
• meringankan kesempitan orang lain

Adab memberi sedekah


• dengan ikhlas kerana Allah
• memberi barang yang disayangi
• tidak mengungkit semula barangan yang diberi

Jenis sedekah dan hadiah


• senyum yang ikhlas yang diberikan kepada orang lain
• berpesan dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran
• menyelesaikan masalah orang lain
• sedekah dalam bentuk wang atau harta
• membuang benda yang menghalang di jalan
• menolong orang yang memerlukan pertolongan

Kesan bersedekah dan hadiah kepada pemberi dan penerima sedekah


• mendapat ganjaran pahala
• disukai oleh manusia
• mengembirakan hati orang lain
• rezeki bertambah

• Adab berjualbeli

Adab-adab berjual beli


• Amanah – tidak menipu dalam perniagaan. Cth: menjual dengan harga yang mahal
• Ihsan – tidak mementingkan keuntungan semata-mata
• Kerjasama – penjual dan pembeli bertolak ansur jika timbul sebarang perkara yang tidak
diingini
• menjauhi perkara yang haram – cth; riba, menipu dalam timbangan
• melindungi hak-hak penjual dan pembeli – penjual memberi peluang kepada pembeli
membuat pilihan

Bentuk perniagaan yang dilarang


• menjual benda bagi tujuan maksiat
• menjual burung yang terbang diudara
• menjual buah-buahan yang masih ada di pokok kecuali telah nyata masak
• menjual daging dengan daging
• jualan bersyarat

Tokoh • Syeikh Tahir Jalaluddin

Idea islah;
• amalkan ajaran Islam yang sebenar
• kuasai fardu ain dan fardu kifayah
• jauhkan diri dari pengaruh negatif luar/barat
• tolak amalan taklid buta dalam amalan agama

Cara beliau perjuangkan idea islah


• menerusi akhbar/majalah (Majalah al Imam)
• melalui jawatan yang disandang (Mufti Perak dan Johor)
• Melalui proses pengajaran (Madrasah al Masyhur/ Haji Taib Parit Jamil)

• HAMKA
Keperibadian;
• Petah berpidato ( berpidato dalam radio Arab Saudi)
• Berjiwa seni ( menghasilkan banyak karya)
• Berani (berpidato membangkitkan semangat umat Islam menentang Belanda)

Angerah:
• anugerah doktor kehormat univ. Al Azhar
• anugerah guru besar oleh universiti Moestopo
• anugerah doktor kehormat UKM

Kegigihan;
• umur 17 – libatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan menerbitkan Majalah Khotibul
Ummah
• Semasa di Mekah – mengasaskan Syarikat Hindia Timur
• Melibatkan diri dalam pertubuhan Muhammadiah
• 1935 - Mengasaskan kolej al Muballighin
• 1936 – menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat
• 1953 – dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Muhammadiah
Sumbangan;
• Tokoh ulama’ yang membawa pembaharuan
• Penerus idea islah oleh Syed Jamaluddin al Afghani dan Muhammad Abduh
• Guguh menyampaikan ilmu sehingga mendapat pelbagai anugerah
• Menghasilkan karya yang memberi kesan kepada bidang ilmu dan pemikiran di alam
Melayu.

Karya;
Bidang agama;
• Tafsir al Azhar
• Tasauf moden
• Pedoman mubaligh Islam
• Arkanul Islam

Bidang Falsafah
• Falsafah hidup
• Lembaga hidup
• Falsafah ideologi Islam
• Pandangan hidup muslim

Bidang sastera
• Tenggelamnya kapal Van Der Wijck
• Di bawah lindungan Kaabah
• Laila majnun
• Menunggu beduk berbunyi

Negara yang dilawati;


• Malaysia
• Thailand
• India
• Amerika Syarikat
• Mesir
• Pakistan dan lain-lain

Tamadun • Perkembangan Ekonomi


Sektor utama ekonomi;
• Pertanian
• Perindustrian
• Perdagangan

Tindakan untuk memajukan pertanian ;


• membina saliran
• melebarkan sungai
• membuka tanah pertanian baru
• membuat penyelidikan

Faktor kepesatan perdagangan;


• pembukaan wilayah baru
• perkembangan industri perkapalan
• sarjana menghasilkan karya menjelaskan hukum perniagaan
• kemahiran orang Arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah.

Langkah positif untuk menggiatkan aktiviti perdagangan


• bina pusat perniagaan yang lengkap
• bina rumah api untuk panduan kapal
• ketatkan kawalan keselamatan dari lanun

• Perkembangan Sains dan Teknologi

Faktor perkembangan
• Aktiviti penterjemahan
• Galakan para khalifah
• Globalisasi ilmu

Program penggalakan;
• seminar perubatan yang dihadiri pakar-pakar perubatan seluruh dunia pada musim haji
• sediakan peruntukan yang banyak dalam bidang penyelidikan sains
• bina pusat penyelidikan sains

Kesan penemuan;
• meningkatkan status umat Islam di mata dunia
• Umat Islam lebih maju
• Ramai orang bukan Islam tertarik untuk memeluk Islam.

• Faktor keunggulan dan kemerosotan tamadun Islam


• Faktor keunggulan
- Kestabilan polotik
- dasar politik
- kedudukan Baghdad
- Perpaduan kaum
- Penghayatan ajaran Islam

• Faktor kemerosotan

- Kelemahan pemerintahan
- Perpecahan wilayah dibawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah
- perebutan kuasa antara khalifah
- kegawatan ekonomi
- perselisihan fahaman aliran keagamaan
- serangan dari luar

• Iktibar dari sejarah


PERUNCINGAN PERCUBAAN PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2 2009
Tilawah Tg.4 • Surah al An’am :125 :Hidayah Allah
Erti hidayah; cahaya petunjuk daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendaki ke jalan yang
benar.

Tanda orang yang dapat hidayah;


• di lapangkan dadanya untuk menerima Islam
• melaksanakan segala tuntutan syariat Islam

Cara mendapat hidayah;


• Patuh kepada perintah Allah
• Mengamalkan akhlak mulia
• Selalu membaca al Quran
• Berdoa memohon hidayah daripada Allah
• Menjaga hubungan sesama manusia

Beza orang yang dapat hidayah dan orang yang ttidak dapat hidayah
orang yang dapat hidayah

• rajin melakukan ibadah


• lapang dada
• sentiasa muhasabah diri
• sentiasa redha dengan ketentuan Allah

orang yang tidak dapat hidayah

• malas melakukan ibadah


• sempit dada
• leka dengan kehidupan
• keluh kesah dan salahkan takdir

Pengajaran:
• Hanya Allah berkuasa memberi hidayah kepada manusia
• Orang yang mendapat hidayah menerima agama Islam
• Orang yang mendapat hidayah akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat

• Surah al Mukminun: 1-11


• Surah Luqman:12-19
Hadis Tg.4 • Makanan yang baik
Ciri-ciri makanan / minuman yang baik :
• Tidak memudaratkan kesihatan dan tidak beracun
• Makanan dari sumber yang halal
• Makanan yang bersih dan segar
• Tidak ada dalil yang mengharamkannya
• Disembelih dengan nama Allah S.W.T.

Tiga akibat mengabaikan makanan yang halal :


• Doa tidak dimakbulkan Allah S.W.T.
• Ibadah menjadi sia-sia
• Memudaratkan kesihatan/ mendapat penyakit
• Mendapat azab /dimurkai Allah S.W.T / masuk neraka
• Menjatuhkan maruah umat Islam/dipandang hina
• Merosakkan/melemahkan akal

Tiga kepentingan memilih makanan dan minuman yang baik :


• Menjaga kesihatan badan daripada sebarang penyakit berbahaya
• Memelihara kewarasan akal supaya dapat berfikir dengan rasional
• Menjaga maruah diri daripada sebarang kemaksiatan
• Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
• Mendapat ganjaran syurga kerana mematuhi perintah Allah
• Doa dimakbulkan Allah SWT kerana jiwa penuh keikhlasan

Dua syarat diharuskan memakan makanan haram :


• Hanya terdapat makanan yang haram
• Makan sekadar menyelamatkan nyawa
• Makan/minum bukan untuk kenyang

Dua hikmah rukhsah makan dan minum dalam keadaan darurat:


• Menjaga nyawa sebagai suatu yang berharga kerana ianya adalah kewajipan setiap
muslim.
• Membuktikan Ajaran Islam tidak membebankan umatnya
• Memberi kelonggaran amalan kepada umatnya ketika menghadapi situasi darurat

Dua garis panduan berpakaian :


• Tidak terlalu ketat hingga menampakkan susuk tubuh
• Tidak terlalu jarang yang menampakkan aurat
• Tidak berpakaian yang berlawanan jantina
• Berpakaian menutup aurat
• Tidak menyerupai pakaian agama lain

Tiga ciri pakaian yang dilarang :


• Memakai emas dan sutera tulen bagi lelaki
• Pakaian yang jarang menampakkan aurat
• Pakaian yang ketat yang menampakkan susuk tubuh
• Pakaian yang berlainan jantina
• Pakaian yang menyerupai pakaian agama lain

Dua hikmah wanita diwajibkan menutup aurat :


- Mengelakkan diri daripada fitnah dan celaan
- Menjaga maruah diri/Islam daripada tercemar
- Mengelakkan berlaku maksiat kerana melanggar perintah
Allah
- Menjaga maruah agama daripada dihina oleh bukan Islam

Tiga pengajaran daripada hadis :


- Kita wajib menghindari daripada makanan dan minuman
yang haram supaya dirahmati Allah
- Kita wajib meyakini bahawa Allah SWT tidak menerima doa
mereka yang mengambil makanan yang haram
- Umat Islam perlu prihatin terhadap makanan yang halal dan
berkhasiat supaya dijauhkan daripada penyakit
- Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan
bersesuaian supaya dikasihi Allah.

Tilawah Tg.5 • Surah at Taubah:128-129

Dua hikmat rasul dipilih dari kalangan manusia :


• mudah menyampaikan ajaran Islam
• manusia mudah menerima ajaran ajaran yang disampaikan oleh rasul/ dapat menarik
perhatian manusia
• Rasul merupakan contoh teladan bagi manusia

Dua sebab manusia perlukan rasul :


• mudah memahami ajaran/wahyu Allah S.W.T.
• dapat mencontohi akhlak terpuji
• menunaikan tuntutan beribadat dengan betul
• kemampuan akal terbatas/terhad
• sirah rasul menjadi dorongan/panduan sepanjang zaman

Dua cara menunjukkan kecintaan kepada rasul ialah:


• mengikut ajaran Rasul SAW
• menunaikan segala sunnahnya
• mencontohi akhlak baginda
• menghormati ahli keluarga dan sahabat baginda
• mempelajari serta memahami sunnahnya
• sentiasa berselawat ke atas nabi
• menziarahi makam nabi

Dua faktor segelintir umat mengingkari ajaran rasul :


• lemah iman yang menyebabkan mudah dipengaruhi nafsu
• kurang ilmu agama/didikan agama menyebabkan mudah dipengaruhi media/budaya asing
• pengaruh kebendaan seperti ingin cepat kaya/tamak
• pengaruh pergaulan negatif
• gagal menghadapi ujian seperti kemiskinan

Maksud tawakal :
- berserah diri kepada Allah S.W.T. setelah berusaha untuk
mendapatkan suatu perkara yang dihajati

Sifat tawakal dapat membantu kejayaan dakwah :


• untuk menambah keyakinan terhadap perkara yang dilakukan
• menanam sifat sabar/ tekun dalam melakukan sesuatu perkara
• untuk memastikan seorang pendakwah tidak mudah putus asa
• menanamkan sifat reda dengan segala ketentuan Allah S.W.T.

Maksud dakwah :
- menyeru /mengajak manusia ke jalan yang benar/mengajak
manusia melakukan amar maaruf nahi mungkar

Dua strategi yang boleh anda laksanakan di sekolah untuk mendisplinkan rakan ponteng sekolah
:
• menasihati dengan baik berhemah / lemah lembut
• membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi
• berusaha mengajak mengikuti program/aktiviti yang berfaedah
• membawa berjumpa dengan kaunselor/ guru/ibubapa supaya dapat bimbingan yang
berterusan

Dua pengajaran yang dapat diambil dari ayat :


• Kita hendaklah meyakini bahawa Allah S.W.T. mengutus rasul dari kalangan manusia
untuk membuktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan oleh semua manusia
• kita hendaklah mengamalkan sunnah rasul dalam kehidupan seharian
• Kita hendaklan bertawakal kepada Allah SWT supaya diberikan kejayaan
• kita berkewajipan membuktikan kasih sayang dengan membanyakkan selawat ke atasnya

• Surah al Hasyr:21-24 KEMULIAAN AL-QURAN

Maksud al-Quran :
• kalam/kata-kata Allah S.W.T. yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. melalui
perantaraan Jibril.

Dua kelebihan orang yang membaca dan menghayati al-Quran :


- jiwa menjadi tenang kerana hidup di dalam rahmat Allah
SWT
- Mendapat keredaan Allah dengan diberikan kejayaan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
- Dikasihi Allah kerana dilindungi daripada kemungkaran
- Sentiasa cenderung melakukan kebaikan seperti bersedekah

Dua keistimewaan al-Quran :


- kandungannya lengkap merangkumi semua aspek kehidupan
- terpelihara daripada sebarang perubahan/ penyelewengan
- membimbing manusia ke arah kebahagiaan hidup dunia dan
akhirat
- setiap huruf yang dibaca diberi pahala
- beroleh ketenangan jiwa apabila membaca al-Quran
- menjadi penawar kepada penyakit rohani dan jasmani
- dijauhi daripada gangguan syaitan
- mukjizat agong kepada Rasulullah s.a.w.
- keindahan bahasanya tidak dapat ditandingi.
Dua cara menghayati al-Quran :
- beristiqamah dalam membaca Al-Quran
- memahami maksud/makna ayat yang dibaca
- mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan
- membaca dengan bertajwid dan bertarannum

Dua sebab Allah menurunkan al-Quran :


• menjadi sumber ilmu dalam pelbagai bidang
• sebagai pedoman untuk menjalani kehidupan
• sebagai sumber hukum/perundangan
• bukti keagongan dan kebijaksanaan Allah S.W.T.
• bukti keadilan Allah S.W.T.kepada makhluk

nama Allah S.W.T yang terdapat dalam ayat :


- Al-Malik
- Al-Kuddus
- Al-Salam
- Al-Mukmin
- Al-Muhaimin
- Al-Aziz
- Al-Jabbar
- Al-Mutakabbir
- Al-Rahman

Dua kelebihan bertasbih kepada Allah S.W.T. :


- mendapat pahala / dirahmati Allah
- diampuni dosa
- mendapat ketenangan jiwa
- mendapat kekuatan rohani dan jasmani
- penawar bagi penyakit
- mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Dua cara makhluk lain mentaati Allah S.W.T. :


- bertasbih dengan cara tersendiri
- mengikut segala ketentuan/peraturan yang telah ditetapkan
- mengikut fitrah seperti tumbuhan mengeluarkan buah

Perbandingan antara manusia dengan bukit berdasarkan ayat :


• gunung akan khusyuk dan berkecai kerana takutkan Allah jika diturunkan al-Quran ke
atasnya.
• manusia yang engkar tidak takut dan gerun dengan Al-Quran.
• menunjukkan betapa besar tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh manusia.
• manusia hendaklah berfikir sejauhmana penghayatan mereka terhadap al-Quran.

Dua pengajaran ayat :


• Kita wajib meyakini bahawa haiwan dan tumbuh-tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih
kepada Allah S.W.T.
• Kita wajib meyakini bahawa Allah SWT Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib
• Kita wajib berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah yang agong lagi suci

Hadis Tg.5 • Kehidupan di dunia ibarat seorang perantau

Dua persamaan kehidupan di dunia dengan seorang perantau :


• Tempoh tinggal di dunia adalah singkat
• Memerlukan bekalan
• Tidak boleh lalai dan leka

Dua amalan untuk bekalan di akhirat :


• Ilmu yang bermanfaat
• Amal ibadah
• Sedekah jariah

Dua teknik pengurusan masa yang efektif :


• Merancang penggunaan masa
• Mengurus masa dengan bijak
• Menentukan wawasan hidup
• Menyediakan jadual waktu

Dua cara pengurusan masa untuk menjadi pelajar yang


cemerlang :
• Menyediakan jadual waktu belajar
• Memperuntukkan masa untuk mengulangkaji
• Memperuntukkan masa untuk beribadah
• Menjauhi aktiviti tidak berfaedah
• Tidak menangguhkan kerja
• Menyediakan senarai semak

Cara menentukan wawasan hidup :


• Menetapkan matlamat hidup
• Menggunakan masa dengan terancang
• Mengkaji semula kualiti penggunaan masa
• Menggunakan dairi untuk mengukur pencapaian wawasan

Dua kelebihan menyegerakan urusan :


• Dimuliakan oleh Allah SWT kerana tidak menangguhkan urusan kewajipan
• Kerja akan berkualiti kerana sentiasa berhati-hati
• Negara akan maju kerana produktiviti bertambah

Akibat menangguh kerja :


• Hasil kerja tidak berkualiti kerana tergesa-gesa
• Negara akan mundur/ tidak maju kerana produktiviti merosot
• Hidup tidak tenteram kerana dimarahi oleh ketua

Takwa bermaksud melaksanakan segala perintah Allah


S.W.T serta menjauhi laranganNya dengan taat
Dua cara mendapat takwa :
• Ikhlas dalam beribadah kepada Allah S.W.T
• Ikhlas dalam hubungan dengan manusia

Pengajaran hadis :
• Kita hendaklah beringat-ingat bahawa tempoh kehidupan di dunia adalah singkat
berbanding dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi
• Kita wajib menggunakan masa di dunia dengan sebaik mungkin
• Umat Islam ditegah menangguh-nangguhkan kerja yang menyebabkan dipandang hina

• Orang beriman kekasih Allah

Maksud wali:
• Bahasa : bantuan dan perlindungan dari Allah
• Istilah; manusia biasa yang beriman , bertaqwa dan beristiqamah dalam melaksanakan
perintah Allah dan menjauhkan larangannya secara zahir dan batin

Cara-cara menjadi orang yang beriman


• bertaqwa kepada Allah
• melakukan amal ibadah dengan ikhlas
• berusaha dan gigih mencari harta
• sedar kekuasaan Allah dengan berzikir
• redha dengan ketentuan Allah

Ciri-ciri orang beriman;


• berilmu – dapat mengenali Allah dengan lebih mendalam
• beramal – melakukan amal ibadah dan amal kebajikan
• berakhlak – membentuk peribadi mahmudah

Pengajaran ayat;

• orang yang melaksanakan tanggungjawab mendapat keredhaan Allah


• orang yang hampir dengan Allah ialah orang mukmin yang berilmu, beramal dan
berakhlak mulia
• Allah memperkenankan doa orang yang hampir kepadanya.

You might also like