You are on page 1of 137

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

PRA UNIVERSITI
MODUL KECEMERLANGAN

930/1
PENGAJIAN FIQH

NOTA
SOAL JAWAB
TERKINI

MUAMALAT, MUNAKAHAT, MIRATH DAN JENAYAH


Semua hak cipta dalam modul ini adalah terpelihara. Sebarang
bahagian daripada modul ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang dipergunakan lagi atau pun
dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara
baik cara eletronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman
dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada penulis.

“KEJUJURAN MEMBAWA KEBERKATAN”

Tel: 019-9923571
Ustaz Haji Muda Ahmad
GP SYARIAH
SMKA NURUL ITTIFAQ
KUALA BESUT
TERENGGANU

Us Hajida Smkani Besut Page 1


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK PENGAJARAN M/SURAT

BAHAGIAN A: MUAMALAT

01 Jual Beli 04

02 Riba 14

03 Ijarah 16

04 Al-Rahn 18

05 Syarikat 21

06 Wakalah 27
07 Wadi’ah 29

08 Hibah dan Wasiat 34

BAHAGIAN B: MUNAKAHAT

01 Praperkahwinan 38

02 Perkahwinan 41

03 Talak 52

04 Iddah Dan Rujuk 55

BAHAGIAN C: MIRATH

01 Konsep Mirath 60

02 Hak-Hak Dalam Harta Pusaka 62

03 Waris 65

04 Persoalan Semasa Tentang Mirath 68

BAHAGIAN D: JENAYAH

01 Pengenalan 76

02 Qisas, Diyat dan Kaffarah 79

03 Hudud 87

04 Persolan Semasa tentang Jenayah 90

05 Takzir 101

Us Hajida Smkani Besut Page 2


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Bahagian
MUAMALAT

Us Hajida Smkani Besut Page 3


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

BAHAGIAN A: Muamalat dan Munakahat


A. MUAMALAT
1. JUAL BELI
1.1 Konsep jual beli
1.2 Jenis jual beli
1.3 Konsep khiyar
1.4 Jenis Khiyar
1.5 Persoalan semasa tentang jual beli

1.1 Jual Beli


1. Terangkan konsep jual beli dari segi pengertian, dalil, rukun, syarat dan hikmah.
Pengertian:
Jual beli dari segi bahasa bermaksud : menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Pengertian syarak bermaksud : Menukar harta atau benda yang mempunyai nilai
mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan qabul.
Hukum: Bagi jual beli adalah harus.
Dalil:
firman Allah S.W.T:

               

         


Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu
Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
(An-Nisa 4:29)
Rukun Jual Beli
1. Penjual
2. Pembeli:
3. Barangan
4. Harga
5. Ijab dan qabul
Syarat Jual Beli
1. Syarat penjual dan pembeli:
i. Cukup umur dan baligh.
- Imam Syafie : Tidak sah jual –beli dengan kanak –kanak.
- Imam hanbali dan Hanafi : sah jual-beli dengan kanak –kanak
yang sudah mumyyiz sekiranya barangan
yang dijual –beli itu kecil nilainya.
Contoh: Beli 1kilo gula atau sepeket sabun
ii. Waras : Tidak sah jual –beli dengan orang gila.

Us Hajida Smkani Besut Page 4


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

iii. Bebas sebarang ikatan atau bertindih atau memilih .


iv. Pembeli adalah Islam sekiranya barang dijual adalah ayat al-Quran atau hadith.
v. Tidak sah jual senjata kepada musuh Islam.
vi. Merdeka : Tidak sah jual –beli dengan hamba .
2. Syarat barangan:
i. Bersih dari segi syarak : Tidak sah jual najis atau bangkai.
ii. Tidak sah jual sesuatu barang yang terkena najis yamg tidak dapat disucikan.
Contoh:
Jual minyak wangi yang bercampur benda najis .
Imam Hanafi: sah jual minyak masak yang bercampur najis kerana boleh disucikan
iii. Barang mendatangkan faedah dan bermanfaat.Contoh: Tidak sah jual 3 biji beras .
iv. Barang mestilah milik penjual atau wakil penjual.
v. Barang dapat diserahkan kepada pembeli ketika akad.
vi. Penjual dan pembeli tahu jenis, kadar dan sifat barang jualan.

3. Syarat ijab dan qabul


i. Tidak diselangi dengan perkatan lain yang tidak ada hubungan dengan akad jual beli
ii. Tidak boleh diam atau terputus jarak masa yang lama di antara ijab dengan qabul.
iii. Mestilah sama ijab dan qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaz.
iv. Tidak boleh dihadkan masa dan waktunya.
v. Tidak boleh ada taklik kerana tidak jual beli dengan taklik.
4. Syarat harga/wang
i.
Mestilah harga itu bersih - tidak sah harga itu arak dan anjing.
ii.
Harga itu sesuatu yang berfaedah pada syara’.
iii.
Harga itu kepunyaan pembeli.
iv.
Harga itu mampu pembeli menyerahkan kepada penjual semasa akad.
vi.
Penjual dan pembeli tahu jenis matawang yang digunakan tentang sifat dan
kadarnya.
Hikmat jual beli:
i. fitrah manusia :
Allah s.w.t telah menjadikan fitrah manusia perlukan kepada orang lain bertukar
barang dan keperluan.
ii. Hindari perbuatan keji:
Dapat menghindarkan diri daripada perbuatan keji seperti merampas.
iii. Untuk kemudahan manusia supaya dapat memiliki keperluan dengan cara yang
halal.
iv. Tolong Menolong:
Manusia dapat hidup tolong-menolong dan bersatu padu sesama mereka.
i. Supaya manusia tidak bertindak diluar batasan syara’ dan tidak berlakunya kezaliman
dan penganiayaan antara satu sama lain.
ii. Allah s.w.t mengatur hidup manusia dengan cara yang baik dan mereka dapat mencari
keredaaan Allah s.w.t.

Us Hajida Smkani Besut Page 5


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1.2 Jenis-jenis Jual Beli


a. Barang jualan yang boleh dilihat oleh pembeli
bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
b. Jualan bertangguh iaitu barang yang belum ada di hadapan kita
tetapi sudah ditentukan jenis, sifat dan kadarnya, Harus sekiranya menepati syarat
yang ditetapkan semasa akad.
c. Barang jualan tida di tempat akad,
atau ada tetapi tidak ditunjukan iaitu tidak diperlihatkan. Tidak harus dan diarang
oleh Rasulullah.
d. Jualan faedah
atau manfaat seperti upah mengupah atau sewa menyewa. Ia adalah diharuskan
dalam Islam.
1. Bincangkan perbezaan jenis jual beli yang sah tetapi haram dengan jual beli
haram serta tidak sah.
a. Jual beli sah tetapi haram
i. Membeli barang dengan harga yang labih mahal daripada pasaran biasa .
Membeli barang yang sudah dibeli oleh orang lain .
ii. Menyekat pedagang-pedagang dari desa dipertengahan jalan sebelum mereka
masuk ke kota dan mereka tidak tahu harga pasaran di kota .
iii. Membeli barang keperluan banyak dengan tujuan sorok dan disimpan untuk dijual
dengan harga yang mahal, sedangkan masyarakat amat memerlukan barang
tersebut.
iv. Menjual barang yang digunakan untuk tujuan maksiat .
v. Menjual secara tipu dengan mencampurkan barang yang baik dan rosak .
vi. Jual beli dengan mengatasi tawaran orang lain .
b. Jual beli haram serta tidak sah
i. Jual air benih binatang ternakan kerana tidak diketahui kadarnya, dianggap tidak
bernilai dan tidak dapat diserahkan .
ii. Jual anak binatang yang masih dalam perut ibunya .
iii. Menjual buah-buahan yang masih di atas pokok kecuali telah nyata masaknya .
iv. Jual daging , limpa , hati dan sebahagiannya dengan binatang lain contoh tidak sah
hati kambing campur hati lembu.
v. Jual beli bersyarat contoh "Aku jual rumahku dengan syarat engkau jual kereta
engkau kepadaku".
vi. Jual barang majhul yang tidak boleh dilihat dan tidak boleh diterima contoh jual
burung di udara atau ikan dalam lautan.
vii. Jualan dengan syarat hutang .
vii. Menjual sesuatu barang yang baru dibeli tetapi belum diterima kerana barang
tersebut belum lagi menjadi miliknya .

Us Hajida Smkani Besut Page 6


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1.3 Konsep Khiyar


(3) Huraikan khiyar dari segi pengertian, dalil, hikmah dan jenis-jenisya.
Pengertian khiyar :
Hak memilih dan/atau tawar-menawar di dalam jual beli.
Hikmahnya:
i. Agar kedua-dua belah pihak berpuas hati dan tidak menyesal.
ii. Untuk memuaskan hati semua pihak.
iii. Penjual dan pembeli dapat berfikir dengan lebih mendalam.
Dalil:
‫اذا تبايع الرجالن فكل واحد منهما بالخيار مالم يتفرقا‬
Apabila dua orang melakukan jual beli, maka setiap dari keduanya itu boleh khiyar selama
kedua-duanya belum berpisah.
Jenis-jenis khiyar.
Bahagian-bahagian khiyar ialah:
i. Khiyar al-majlis :
Proses pemilihan diantara kedua-dua belah pihak berlaku dimajlis akad. Jumhur ulama iaitu
Syafi’I dan Hanbali berpendapat hukum khiyar majlis adalah harus.
ii. Khiyar al-syarat :
Pemilihan antara penjual dan pembeli untuk sama ada membatalkan meneruskan jual beli
dalam jangka masa tertentu 3 hari) atau contohnya:
saya beli barang awak dengan harga tertentu dengan syarat khiyar dalam masa 2 hari.
iii. Khiyar al-‘aib:
Pemilihan boleh dilakukan juka pembeli mendapati kecacatan pada barang yang dibeli
dalam masa khiyar.
Syarat sabit khiyar ‘aib
i. Terdapat kecacatan sebelum atau selepas akad ataupun sebelum barang
diserahkan kepada pembeli.
ii. Pembeli tidak mengetahui terdapat kecacatan ketika membeli barang
tersebut.
iii. Penjual tidak mensyaratkan tanggungjawabnya pada kecacatan barangan.
iv. Kecacatan pada barang yang dijualbeli tidak hilang sebelum dibatalkan
jualbeli.
Pengecualian dan gugurnya khiyar ‘aib
i. Pembeli mengetahui kecacatan pada barang dan meredhainya.
ii. Luput atau meluputkan hak khiyar Contoh:Pembeli berkata ‘Aku tidak mahu
khiyar walaupun barang ini cacat.
iii. Terdapat kecacatan baru dengan sebab pembeli.

Us Hajida Smkani Besut Page 7


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Perselisihan ulama’ tentang penentuan masa khiyar


a) Imam Syafi’I dan Hanbal
Batal kerana penjual dan pembeli tidak menentukan masa.
b) Imam Hanaf
Fasid kerana penjual dan pembeli tidak menentukan masa.
Perselisihan ulama’ tentang jumlah hari
a) Imam Hanafi dan sebahagian pengikut Syafi’i
-Tidak lebih daripada 3 hari
b) Imam Hanbali dan sebahagian pengikut Syafi’i
-Mengikut persetujuan penjual dan pembeli walaupun lebih
daripada 3 hari.
c) Imam Malik
Mengikut keadaan
contoh:
i. Buah-buahan tidak lebih daripada sehari,
ii. Pakaian 3 hari,
iii. Tanah 2 minggu atau sebulan
(4) Jelaskan Implikasi hukum terhadap pembeli dan penjual jika mereka telah
melakukan khiyar.
Implikasi hukum terhadap pembeli
i. Berhak membatalkan jual beli jika transaksi berlaku secara mutlak(tanpa
syarat).
ii. Berhak membatalkan jual beli kerana berlaku kerosakan sebelum penerimaan
barang.
iii. Boleh dengan kerelaanya menerima barang.
Implikasi hukum terhadap penjual
i. Harus menjualnya jika dipersetujui oleh pembeli
ii. Jika kerosakan barang sebelum penyerahan ia ditanggung oleh penjual.
(d) Jelaskan lima syarat yang mengharuskan khiyar.
1. Selagi tidak beredar dari majlis.
2. Ada persetujuan antara dua pihak tentang pertukaran tempoh masa 3 hari
atau lebih.
3. Terdapat keaiban pada barangan.
4. Tidak bertepatan dengan sifat atau ciri yang yang dikehendaki.
5. Pembeli / penjual tidak meneruskan pembelian.
6. Lain-lain syarat yang sesuai.
7. Penjual tidak meneruskan penjualan.

Us Hajida Smkani Besut Page 8


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(e) Terangkan lima faktor yang menyebabkan tamatnya tempoh khiyar dalam sistem
muamalat Islam.
1. Melalui ucapan: "Tidak ada khiyar / tidak boleh tukar…"
2. Redha tanpa pertukaran.
3. Kematian mengikut Hanafiyyah.
4. Kerosakan barangan di tangan pembeli.
5. Keputusan hakim.
6. Perpisahan bagi khiyar majlis.
7. Penggunaan barang oleh pembeli.
8. Tamat tempoh (lebih 3 hari).
9. Hilangnya barang yang dipilih.
1.5 Persoalan semasa tentang jual beli dan pendapat ulamak

BIL JENIS JUAL BELI PENDAPAT ULAMA’


Jual Beli Fudhuli Mazhab Hanafi dan Maliki :
i. Pengertian: Sah sekiranya mendapat izin tuan empunya
dan tidak sah jika sebaliknya.
Mereka yang menguruskan tentang
urusan orang lain tanpa diberi Mazhab as – Shafiiyyah, al – Hanabilah dan
kuasa untuk mengurusnya @ az – Zohiriyyah :
Mereka yang mengurus hak orang Batal walaupun dipersetujui oleh pemiliknya.
lain tanpa izin syar’e
Contoh:
Seorang suami yang menjual barang
milik isterinya tanpa mendapat
persetujuan isterinya
i. Jumhur ulama’ (Hanbali, Malik dan
Jual beli Mua’tah Hanafi) Sah bila menjadi adat dan
menunjukkan redha – meredhai antara
ii. Pengertian: kedua belah pihak antara kedua belah
pihak.
Jual beli mua’tah ialah jual beli
secara unjuk berunjuk tanpa ijab Hujahnya:
dan qabul./ Jual beli yang berlaku i . Ia menjadi adat masyarakat
tanpa akad sebaik sahaja ada muslim
persetujuan antara mereka. ii. Jarang berlaku penipuan
iii. Akad penting bila barang itu
Contohnya : mahal dan bernilai
ii. As – Shafiyyah :
Membeli satu kilo gula dengan Tidak sah kerana disyaratkan berlaku akad
membayar harganya tanpa jual beli sama ada barang itu mahal atau
melafazkan ijab dan qabul ataupun murah.
mengisyaratkannya.
Hujahnya:
keredhaan tidak boleh diukur.
Sabda Rasullullah :
‫إنما البيع عن تراض‬

Us Hajida Smkani Besut Page 9


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Sesungguhnya jual beli itu saling redha meredhai

iii. Imam Nawawi, Baghawi


dan Mutawalli/sebahagian as-
Syafi’iah :
Sah pada setiap perkara yang dikira oleh
orang ramai sebagai jualan./ berpendapat
harus sekirannya barang jualan itu murah dan
kurang bernilai
Jual beli Urbun
iii. Pengertian:
i. Jumhur :

Pada syarak ialah membeli sesuatu Tidak sah dan dilarang melakukannya.
barang dengan membayar
cengkeram dahulu sekiranya ii. Imam Ahmad bin Hanbal :
pembeli itu bersetuju dengan
Sah dan tidak mengapa.
barang itu dan jika tidak,
cengkeram itu akan menjadi milik
penjual.
Contoh :
Membeli set kerusi meja dengan
membayar wang pendahuluan
kepada penjual agar barangan yang
dibeli itu dapat diserahkan kepada
pembeli dan penjual.
1. Jumhur Fuqaha’
iv. JUAL BELI BITHAMAN AJIL Diharuskan bayaran lebih tinggi ke atas
barang itu berbanding dengan harga tunai.
Penjual menyerahkan barang
kepada pembeli dengan segera, 2. Sheikh Doktor Soddik al-Dharir
manakala pembeli pula menangguh Kalau melibatkan wang yang banyak seperti
pembayaran harga barangan secara jula beli rumah, diharuskan kepada pelanggan
ansuran dengan harga tangguh.

Sheik Taqi Uthmani


v Jual Beli Murabahah
Tidak diharuskan kerana tiada kesepakatan
Menjual sesuatu barang dengan dalam akad, sedangkan dalam muamalat
harga yang sama dengan sesuatu jualbeli mesti ada akad.
keuntungan yang tertentu dan Syeikh Abu Bakar Abdillah Abu Zaid
dimaklumi iatu dari segi modal dan Jual beli ii diharuskan kerana setelah
keuntungannya. berlakunya serah terima barang kepada
lembaga kewangan maka ianya telah terjadi
akad.
JUAL BELI ‘INAH
vi 1. Sebahagian Besar Fuqaha’
Pengertian:
Jual beli yang berlaku antara Tidak Sah, kerana ia merupakan jalan atau
penjual dengan pembeli, di mana helah untuk menghalalkan riba’
penjua menjual asetnya kepada

Us Hajida Smkani Besut Page 10


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

pembeli dengan harga tangguh


yang tinggi, kemudian penjual
membeli semula aset tersebut 2. Mazhab Hanafi
daripada pembeli dengan harga
tunai yang renbdah Sah, sekiranya melibatkan pihak ketiga yang
menjadi orang tengah antara penjual
Contoh:
(pemiutang) dan pembeli (penghutang)
Seorang menjual barang
dagangannya kepada orang lain 3. Mazhab Syai’e dan Zahiri
dengan harga yang diketahui dan
bayarannya diserahkan kepada Diharuskan, sesuatu akad itu dinilai daripada
penjual setelah tempoh 6 bulan, sudut zahirnya sahaja dan perkara yang
sama ada bayaran sekali gus atau berkaitan dengan niat diserahkan kepada
secara ansuran yang ditentukan, Allah. s.w.a.
lkemudian si penjual asal membeli
barangan tersebut semula dengan
bayaran sejumlah wang yang
nilainya lebih rendah dari harga
jualan asal iaitu sebelum sempurna
pembayaran tadi.
Mengikut Ulama’
Jual Beli Salam
vii. Diharuskan kerana
Jualbeli yang dilakukan terhadap i. Memberi kemudahan kepada peniaga
barangan yang belum wujud dan pemidal untuk kumpul modal.
semasa akad tetapi ditentukan
jenis, harga serta sifat (tempahan). ii. Pembeli dapat barang tempahan
mengikut bentuk, jenis dan kadar yang
telah ditetapkan.
iii. Tolong-menolong sesama manusia
untuk memenuhi keperluan orang lain.
Dalil:
          
Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan
sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh
hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu
menulis (hutang dan masa bayarannya).

Jual Beli Istisna’ i. Mengikut ulama’


viii.
Hukumnya sah jika bertetapan dengan syarat
Jualbeli yang dipersetujui antara
jualbeli Salam.
pembuat barangan yang ditempah
dengan pembeli, barang tempahan ii. Imam Hanafi
di sebut kadar dan jenis serta Hukumnya sah memandangkan manusia amat
bahan yang hendak di guna ialah berhajat kepada barang tertentu walaupun
bahan yang ada pada pembuat. tidak mempunyai cukup wang.
iii. Imam Syafie
Tidak mengharuskan jualbeli ini. Sekiranya
jualbeli ini tidak menepati jualbeli cara Salam
hukumnya batal dan haram. Pembayaran yang
tidak dilakukan ketika akad adalah terbatal

Us Hajida Smkani Besut Page 11


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

jualbeli ini

Huraian Persoalan Jual Beli


(a) Huraikan jual Salam dan istisna’ dari segi pengertian, rukun dan hikmahnya.
i. Pengertian jual Salam:
Jualbeli yang dilakukan terhadap barangan yang belum wujud semasa akad tetapi
ditentukan jenis, harga serta sifat (tempahan).
Rukun jual Salam:
i. Orang yang membuat tempahan (pembeli)
ii. Orang yang menunaikan tempahan (penjual)
iii. Barang tempahan
iv. Harga
v. Lafaz akad (ijab dan qabul)
Syarat jual Salam:
i. Benda yang ditempah tidak dimasak dan tidak bercampur dengan barang lain.
ii. Ditentukan dengan jelas kadar , jenis, sifat dan nilai barangan itu.
iii. Bayaran tunai semasa akad.
iv. Tempat/ tempoh penyerahan dinyatakan
v. Barang boleh diserahkan dan orang yang bertanggungjawab sanggup serah barang
pada waktu yang dijanjikan.
Hikmah jual Salam:
iv. Memberi kemudahan kepada peniaga dan pemidal untuk kumpul modal.
v. Pembeli dapat barang tempahan mengikut bentuk, jenis dan kadar yang telah
ditetapkan.
vi. Tolong-menolong sesama manusia untuk memenuhi keperluan orang lain.
Dalil:

          
Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan
hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah
kamu menulis (hutang dan masa bayarannya).
ii. Jualbeli istisna’
Pengertian jualbeli istisna’:
Jualbeli yang dipersetujui antara pembuat barangan yang ditempah dengan pembeli, barang
tempahan di sebut kadar dan jenis serta bahan yang hendak di guna ialah bahan yang ada
pada pembuat.
Hukum jualbeli istisna’:
i. Mengikut ulama’
hukumnya sah jika bertetapan dengan syarat jualbeli Salam.
ii. Imam Hanafi

Us Hajida Smkani Besut Page 12


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

hukumnya sah memandangkan manusia amat berhajat kepada barang tertentu


walaupun tidak mempunyai cukup wang.
iii. Imam Syafie
tidak mengharuskan jualbeli ini. Sekiranya jualbeli ini tidak menepati jualbeli cara
Salam hukumnya batal dan haram. Pembayaran yang tidak dilakukan ketika akad
adalah terbatal jualbeli ini.
Hikmah jualbeli istisna’:
i. Pembeli dapat memiliki barangan yang diperlukan dengan lebih cepat walaupun
belum mempunyai wang yang cukup.
ii. Penjual dan pengusaha dapat menggunakan cengkeram sebagai tambahan modal.
iii. Mengeratkan rasa saling bantu membantu sesama manusia.
iv. Pupuk rasa saling tanggungjawab dab amanah dalam muamalat.
v. Satu bentuk kemudahan kepada umat manusia dalam mencari rezeki secara halal.
(b) Jelaskan perbezaan antara jual Salam dengan jual istisna’.
Perbezaan jual Salam dengan jual istisna’:
 Jualbeli Salam ditentukan sukatan, timbangan dan bilangan adapun jualbeli istisna’
hanya ditentukan jenis barang sahaja
Contoh
tempahan membuat perabot tanpa dinyatakan warna dan keadaannya.
 Disyaratkan dalam jual Salam itu mesti ada tempoh tetapi jualbeli istisna’ menurut
Imam Hanafi tidak ada tempoh.
 Jual Slam itu lazim dan pasti tetapi istisna’ tidak mesti dan tidak lazim.
Dalam jual Salam wang mestilah diserahkan dalam majlis akad, tetapi dalam istisna’ wang
dan bayaran tidak dimestikan diserahkan pada masa akad, kerana ia disyaratkan melihat
barang itu setelah siap.
2. (a) Jelaskan secara terperinci maksud jual beli fudhul, mua’tah beserta
hukumnya menurut pendapat ulama.
Pengertian jual beli fudhul :
1. Pada bahasa : Mereka yang melakukan pekerjaan yang tidak dikehendaki (bukan
tugasnya)
2 Pada fuqaha’ : Mereka yang menguruskan tentang urusan orang lain tanpa diberi kuasa
untuk mengurusnya atau mereka mengurus hak orang lain tanpa izin syarak.
Contoh :
Mereka memberi atau menjual sesuatu barang kepunyaan orang lain, diserahkan
pengurusan atau tanpa upahnya atau menyewa untuk orang lain tanpa ditugaskan
ataupun wakil daripadanya.
Ulama’ berselisih pendapat tentang hukum jual beli ini:
i. Mazhab Hanafi dan Maliki:
Sah sekiranya mendapat izin tuan empunya dan tidak sah jika
sebaliknya.
ii. Mazhab as – Shafiiyyah, al – Hanabilah dan az – Zohiriyyah:
Batal walaupun dipersetujui oleh pemiliknya.

Us Hajida Smkani Besut Page 13


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(b) Pengertian jual beli mua’tah :


Jual beli mua’tah ialah jual beli secara unjuk berunjuk tanpa ijab dan qabul./ Jual beli
yang berlaku tanpa akad sebaik sahaja ada persetujuan antara mereka.
Contohnya :
Membeli satu kilo gula dengan membayar harganya tanpa melafazkan ijab dan qabul
ataupun mengisyaratkannya.
Ulama’ mujtahid berselisih pendapat tentang hukum jual beli secara mua’tah :
i. Jumhur ulama’ (Hanbali, Malik dan Hanafi) :
Sah bila menjadi adat dan menunjukkan redha – meredhai antara kedua belah
pihak antara kedua belah pihak.
Hujahnya:
(i) Ia menjadi adat masyarakat muslim
(ii) Jarang berlaku penipuan
(iii) Akad penting bila barang itu mahal dan bernilai

ii. As – Shafiyyah :
Tidak sah kerana disyaratkan berlaku akad jual beli sama ada barang itu mahal
atau murah.
Hujahnya: keredhaan tidak boleh diukur.
Sabda Rasullullah :

‫إمنا البيع عن تراض‬


Sesungguhnya jual beli itu saling redha meredhai

iii. Imam Nawawi, Bagahawi dan Mutawalli/sebahagian as-Syafi’iah : Sah pada setiap
perkara yang dikira oleh orang ramai sebagai jualan./ berpendapat harus sekirannya
barang jualan itu murah dan kurang bernilai

(b) Jelaskan secara terperinci maksud jual beli urbun, dan tas’ir berserta contoh bagi
setiap daripadanya.
(i) Jual beli urbun :
Pada syarak ialah membeli sesuatu barang dengan membayar cengkeram dahulu
sekiranya pembeli itu bersetuju dengan barang itu dan jika tidak, cengkeram itu akan
menjadi milik penjual.
Contoh :
Membeli set kerusi meja dengan membayar wang pendahuluan kepada penjual agar
barangan yang dibeli itu dapat diserahkan kepada pembeli dan penjual.

Hukum jual beli urbun pada pendapat ulama’ :


i. Jumhur : Tidak sah dan dilarang melakukannya.
ii. Imam Ahmad bin Hanbal : Sah dan tidak mengapa.
(ii) Jual beli tas'ir :

Us Hajida Smkani Besut Page 14


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Tas'ir ialah proses jual beli dengan cara dikawal harga barangan dengan had dan
peraturan tertentu.
Contoh : Pemerintah menetapkan kadar harga bagi satu jenis barangan dan penjual
tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan kadar harga yang baru ketika
berurusan dengan pembeli.
Hukum jual beli tas'ir pada pendapat ulama’ :
i. Hanabilah : Tidak boleh bagi pemerintah mengawal hanya barangan orang ramai
dan mereka berhak menentukan sendiri harga jualan.
ii. As – Shafiyyah : Haram bagi pemerintah mengawal harga di pasaran.
iii. Ibnu Rafah as – Shafi'yyah : Harus semasa harga terlalu mahal.
iv. Al–Hanafiyyah dan al–Malikiyyah : Harus bagi pemerintah mengawal harga barang
keperluan harian.
4. Pengertian dan hukum jual sarf , jual beli faedah dan jual beli jizaf.
Jual sarf
Ialah menjual mata wang ( emas dan perak ) dengan mata wang juga.
Hukum jual sarf
Jumhur Ulama’ bersepakat di mana menjual emas dan emas atau perak dengan perak
adalah diharamkan , tetapi menjadi harus dengan syarat penjualan tersebut sama dari segi
nilai , jenis dan sifatnya, sama timbangannya, diterima dalam majlis akad dan penjualan
secara tunai.
Pengertian jual beli faedah
Dikenali dengan saling mengambil faedah atau manfaat. Dalam hal yang lain juga dikenali
dengan sewa menyewa atau upah mengupah.
Hukum jual beli faedah
Harus walaupun bayaran belum dijelaskan waktu akad.
Pengertian jual beli jizaf
Ialah akad jual beli sesuatu dengan cara borong atau cara anggaran sahaja.
Syarat sah barang jual beli jizaf:
1. Barang wujud pada masa akad.
2. Barang mesti dalam jumlah yang banyak.
3. Barang tidak bercampur aduk dengan barang lain.
4. Barang yang dibeli bernilai pada syarak.
5. Barang yang tidak diketahui kadarnya dengan tepat.

Us Hajida Smkani Besut Page 15


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. RIBA
2.1 Konsep riba
2.2 Jenis riba
2.3 Perkara yang berakaitan dengan persoalan semasa

2.1 Konsep Riba’


Jelaskan kosep riba’ dari segi pengertian, dalil, hukum dan hikmat pengharamannya
Pengertian riba:
Riba ialah akad bagi sesuatu pertukaran barang tertentu yang tidak diketahui
persamaannya menurut kiraan syarak pada ketika akad atau menangguhkan kedua-dua
tukaran itu atau salah satu dari keduanya
Hukum Riba’ : haram
Dalil Pengharaman Riba’
Firman Allah:

     


Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Hikmat/Sebab diharamkan riba :
i. Menyebabkan permusuhan antara individu dan menghilangkan perasaan ihsan dan
semangat tolong-menolong antara mereka.
ii. Islam mengalakkan umatnya memberi hutang yang baik dan akan mendapat
pahala,bukannya melalui riba.
iii. Riba menyebabkan seseorang itu mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah.
iv. Menindas orang yang lemah dan yang sememangnya sudah terdesak.
v. Orang yang mengambil riba bertambah kaya.
vi. Orang yang makan riba akan senang dan mendorong mereka tidak membuat sebarang
perkerjaan.
vii. Merosakkan perhubungan antara manusia.

3. Jelaskan perbezaan riba’ hutang dan riba’ jual beli

i. Riba’ ad-Duyun (Riba’Hutang)


Iaitu riba’ yanng muncul dari hutang, ia merupakan lebihan yang terhasil
disebabkan tempoh, yang terbahagi kepada dua

1. Riba’ al-Qardh

Us Hajida Smkani Besut Page 16


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian


jumlah pinjaman pokok.
Contoh:
Hajida ingin meminjam RM5.000.00 daripada Hajiman dan Hajiman
mensyaratkan Hajida membayar balik sebanyak RM5.500.00. Lebihan
RM500.00 ini dinamakan riba’ ad-duyun jenis al-qardhu.
2. Riba’al-Jahiliah
Sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok yang dikenakan oleh
pemberi pinjam kepada peminjam kerana si peminjam gagal membayar
pada tempoh yang dipersetujui
Contoh:
Arif bersetuju memberi pinjaman kepada Nuruddin sebabnyak RM800.00
dalam tempoh sebulan, Nuruddin lambat membayarnya dari tarikh yang
ditetapkan, Nuruddin dikenakan membayarnya RM1.000.00, lebihan
RM200.00 itu dinamakan riba’ ad-duyun jenis al-jahiliah

ii. Riba’ al-Buyu’


Riba’ muncul daripada jual beli barangan riba’. Ia merupakan ketidaksamaan
pada berat atau kualiti pertukaran dua barang ribawi atau pertukaran tersebut
dibuat secara tangguh, diantara riba’ ini ialah

1. Riba al-Nasi'ah
Ialah lebihan salah satu dari dua barang tukaran kerana lambat
pembayarannya bayaran lebih kerana lewat bayar).
Contoh:
Nabilah membeli emas seberat 10 gram dengan harga RM1.500.00 secara
tangguh iaitu emas hari ini dan bayar bulan depan. Ianya tidak
disempurnakan dalam satu masa.
2. Riba al-Fadl
Ialah lebihan salah satu dari dua barang tukaran yang bersamaan jenis (jual
beli barang yang sejenis dan salah satu dari kedua barang itu berlebih)

Contoh:
Menukar 15 gram emas jenis 916 dan 20 gram emas jenis 750. Pertukaran
ini haram kerana sepatutnya mesti sama kadar timbangannya.

4. Jelaskan persoalan semasa di bawah untuk menentukan jenis riba’

i. Pinjaman yang dikenakan faedah


Pinjaman ini adalah menindas kepada peminjam yang terdesak dan ia dalah
perbuatan zalim yang didalamnya terdapatnya riba’. Keputusan jawatankuasa
fatwa kebangsaan memutuskan pinjaman yang dikenakan faedah untuk
membeli harta benda seperti rumah, kenderaan atau seumpamanya adalah
haram kecuali diubah kepada sistem al-Qardhul Hasan atau bayaran
perkhidmatan.

ii. Simpanan wang yang dibayar faedah


Faedahnya adalah haram walaupun sedikit kerana bank berurusan dengan
pelangang lain secara riba’ kerana ia telah dijanjikan semasa akad. Manakala

Us Hajida Smkani Besut Page 17


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

sistem wadiah yang dijalankan oleh Bank Islam adalah halal kerana penyimpan
tidak ditetapkan semasa akad.

iii. Perbezaan antara insuran dan takaful.


Konvensional Takaful
Sumbangan yang disertakan dengan
Pertukaran jual beli antara penanggung pelaburan.
insuran dengan pihak yang diinsurankan.
Peserta membuat caruman ke dalam skim
Pemegang polisi membayar premium dan peserta saling menjamin sesama
kepada penanggung insuran sendiri di bawah skim ini.

Aset kumpulan wang takaful hanya boleh


Pelabur kumpulan wang bebas tanpa dilaburkan dalam perkara yang selari
sebarang kekangan syariat dengan syariah

Untung dipegang oleh tabung untuk


Pencarum tidak berhak untuk mendapat dibahagikan semula kepada pencarum.
sebarang bahagian dari keuntungan

iv. Pertukaran wang asing:


Hukumnya harus kerana pertukaran berlaku pada wang yang tidak sama jenisnya.
Kedudukan wang faedah:
a. Wang faedah itu adalah haram,kerana ianya riba iaitu setiap lebihan yang disyaratkan di
atas modal.
Dalilnya: ‫بالباطل‬ ‫ال تأكلوا أموالكم بينكم‬
b. Wang faedah itu boleh diambil dan disedekahkan kepada fakir miskin atau didermakan
kepada pertubuhan amal kebajikan.
Dalilnya: ‫المال الخبيث ماله الصدقة‬
c. Haram hukumnya kerana menyalahi syarak.
5. Jelaskan secara terperinci barang-barang yang boleh berlaku riba
i. Emas dan perak
ii. Makanan yang biasanya mengenyangkan seperti jagung, gandum dan beras
iii. Buah-buahan seperti tamar dan anggur
iv. Ubat-ubatan seperti garam, halia dan halba

Us Hajida Smkani Besut Page 18


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. IJARAH
3.1 Konsep ijarah
3.2 Jenis ijarah
3.3 Pembatalan Ijarah
3.4 Persoalan semasa tentang ijarah

1. Huraikan konsep ijarah dari segi pengertian, dalil, hikmat, rukun dan syaratnya.
Pengertian:
Bahasa ialah: upah kepada barang atau sewa barang .
Istilah ialah: sesuatu akad untuk memiliki manfaat atau faedah dari sesuatu barang dan
dimaklumi dan diharuskan oleh syarak dengan bayaran mengikut cara yang tertentu.
Hukum :
Sepakat para fuqaha’ mengatakan harus selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam
Dalil :

       


” Maka berikanlah kepada mereka upahnya;”
)6 ‫(الطالق أية‬
Rukun ijarah
i. Pemberi sewa dan penyewa
ii. Bayaran sewa
iii. Manfaat atau faedah barang yang disewa.(manfaat).
iv. Sighah (ijab dan qabul)
Syarat ijarah
i. Pemberi sewa dan penyewa
- Keduanya hendaklah berakal
- Kedua-duanya sempurna umur (baligh)
- Dengan kemahuan sendiri
- Tidak disyaratkan kedua-duanya beragama Islam
ii. Bayaran sewa
- Bayaran hendaklah dengan wang
- Hendaklah bersih dari segi syarak
- Hendaklah boleh dimanfaatkan
- Boleh diserahkan pada bila-bila masa.
iii. Manfaat atau faedah barang yang disewa.(manfaat)
- Hendaklah bernilai pada syarak

Us Hajida Smkani Besut Page 19


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

- Hendaklah mengetahui sifat dan kadar harganya


- Manfaat itu hendaklah diserahkan kepada yang menyewa.
iv. Sighah (ijab dan qabul)
- Ijab dan qabul tidak diselangi dengan perkataan lain.
- Hendaklah difahami antara kedua-duanya.
- Tidak ada taklik
Hikmah:
1. Pemilik barang akan mendapat hasil dari bayaran sewa itu.
2. Dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
3. Tidak semua oarang memiliki barang yang diperlukan maka dengan ijarah mereka
boleh mendapatkan barang yang diperlukan itu .
5. Dengan adanya ijarah semua kerja dapat dilaksanakan dengan mudah.

2. Jelaskan jenis-jenis ijarah.


Dua jenis Ijarah iaitu:
i. Sewa
ii. Upah
i. Sewa manfaat (Ijarah al- Manafi’)
Seperti sewa bilik, sewa rumah, sewa kedai, sewa binatang tunggangan, sewa pakaian, sewa
perhiasan, sewa pinggan mangkuk dan sebagainya.
Akad ijarah adalah harus pada perkara-perkara yang harus dan haram kepada perkara-
perkara yang haram.
Pendapat Hanafiah dan Malikiah
Sabit satu demi satu ikut perkara yang berlaku dan didapati manfaat itu.
Pendapat Syafie’ah dan Hanabilah
Sabit hukum ijarah itu selalu dan jadilah masa ijarah itu didapati secara takdir (sewa perlu
bayar semasa akad dilakukan)
ii. Upah bekerja (Ijarah al-a’mal)
Akad sewa untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang diketahui seperti buruh binaan,
tukang jahit, buruh angkat barang, tukang cap kain, tukang kasut dan sebagainya.
Pengambil upah ada 2:
1. Khas: Orang yang mengambil upah untuk orang tertentu pada
masa yang termaklum.
2. Musytarak: Orang yang bekerja untuk kepentingan orang ramai.
3. Jelaskan perkara-perkara yang membatalkan ijarah
1. Mati salah seorang dari penyewa atau pemberi sewa.
2. Sebab pembatalan salah seorang daripada penyewa
3. Berlaku kerosakan pada barangan atau benda yang disewa.
4. Tamat tempoh yang ditetapkan kecuali uzur.
5. Tidak menepati syarat-syarat kontrak
4. Jelaskan persoalan semasa perkara di bawah berkaitan ijarah

Us Hajida Smkani Besut Page 20


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

i. Upah mengerjakan ibadat


Tidak sah upah untuk melakukan ibadat yang wajib berniat selain dari mengerjakan haji
dan umrah kerana manfaat hanya untuk pengupah sahaja. Ada pun upah untuk
mengerjakan ibadat yang tidak perlukan niat adalah sah ijarahnya seperti mengajar al-
Quran dan sebagainya.
Upah membaca Al-Quran di atas kubur dan di majlis kematian
- Pendapat Syafie dan Qaul Azhar dari Ashabul Imam Malik:
Sesungguhnya upah membaca Al- Quran di atas kubur dan di majlis kematian adalah sah
kerana pahala itu akan sampai pada si mati.

- Pendapat Hanafi:
Tidak harus mengambil upah membaca al-quran di atas kubur dan di majlis kematian dan
tidak sah kerana setiap kerabat berlaku dari orang yang beramal dan diberi pahala kepada
yang beramal sahaja tidak diberi kepada orang lain.

Rasulullah telah menyuruh kita dengan membanyakkan bacaan al-quran serta baginda
melarang kita mencari makan iaitu upah dengan membaca al-quran. Tiada lagi pahala
membaca al-quran dengan mengambil upahnya (tiada sesuatu untuk dihadiahkan kepada si
mati). Jika pembacaan sebagai tatawu’ adalah digalakkan.

ii. Sewa atas sewa


Hanafiah: Tidak mensyaratkan membuat penentuan manfaat ijarah, maka penyewa
harus menduduki atau menyewa kepada orang lain atau memberi pinjam kepada
orang lain atau menjadikannya tempat menyimpan barang dan ianya tidak
bertentangan dengan maqasid al-syariah

iii. Sewa menerusi agen


Sewaan seperti ini adalah diharuskan kerana ia tidak berbentuk penindasan
sebaliknya ia saling reda meredai dan tidak ada unsur penipuan.
Contohnya
kenderaan atau menyewa rumah atau seumpamanya.

iv. Sewa beli


Pihak bank membeli barang-barang tertentu untuk mencari
keuntungan dan menjadikan modal perdagangan dan pelaburan
Contohnya;
Bank bertindak membeli rumah dan menyewakan kepada pelanggan yang ingin
rumah tersebut dengan kadar sewa yang diperseujui. Sewa itu dianggapkan deposit
di mana apabila sampai tempoh tertentu rumah tersebut menjadi milik penyewa.

Us Hajida Smkani Besut Page 21


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

4. AL-RAHNU
4.1 Konsep al-Rahnu
4.2 Hukum berkaitan barang al-Rahnu
4.3 Pembatalan al-rahnu
4.4 Persoalan semasa berkaitan al-rahnu
1. Huraikan konsep muamalah al-rahn dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun,
syarat dan hikmatnya.
Pengertian al-rahn
Menjadikan sesuatu barang sebagai suatu cagaran bagi suatu hutang dan menjadi bayaran
sekiranya tidak terdaya membayar hutang itu nanti.
Dalil
firman Allah SWT:
         
dan jika kamu berada Dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang Yang bertempoh), sedang kamu tidak
mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang

Hukum al-rahn
Hukum gadaian adalah harus pada asalnya baik ketika perjalanan (musafir) atau bukan
perjalanan (mukim atau mastautin)
Rukun
1) Penggadai dan pemegang gadaian:
2) Barang yang digadai:
3) Bayaran atau barang –barang yang diberi kepada penggadai:
4) Sighah
5) Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai
Syarat
Fuqaha menetapkan beberapa syarat dalam soal ini antaranya ialah:
1) Penggadai dan pemegang gadaian:
 Kedua duanya mestilah akil baligh dan tidak sah bagi kanak kanak dan orang gila
 Bukan dipaksa, serta dengan kerelaan sendiri dan bukan kerana terpaksa.
 Tahu menguruskan harta atau l mempunyai kelayakkan dalam menguruskan harta.
2) Barang yang digadai:
 Barang mempunyai manfaat
3) Bayaran atau barang –barang yang diberi kepada penggadai:
 Kedua duanya tahu tentang keadaan barang tersebut
 Bayaran yang diberi kepada penggadai itu dikira hutang
 Tidak sah dari barang yang dirampas atau dipinjam
4) Sighah:
 Tidak boleh diselangi di antara ijab dan qabul dengan perkataan lain

Us Hajida Smkani Besut Page 22


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

 Tidak diselangi diam yang lama


 Tidak sah bertaklik atau ada jangka waktu
5) Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai
 Mestilah boleh dinilai atau boleh digunakan seperti wang, emas dan perak.
 Jumlah hutang mesti diketahui kedua belah pihak.
 Hutang mesti tetap – tidak kurang atau bertambah apabila membuat pembayaran.
Hikmat Gadaian:
 Membolehkan orang yang memerlukan mendapatkannya dengan memberi hutang
 Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat membayar
hutang
 Menyakinkan orang yang memberi hutang
 Mengelakkkan perbalahan antara pemegang gadaian dan penggadai
 Mendorong orang yang berhutang berusaha untuk mendapatkan wang bagi membayar
hutang bagi mengambil semula barang gadaian.

2. Jelaskan kedudukan dan hukum menggunakan barang gadaian.


i. Pemilikan barang al-rahn
Jika penggadai muflis atau meninggal dunia maka pemegang gadaian lebih berhak
keatas brang gadaian daripada pemiutang yang lain
ii. Penggunaan barang al-rahn
Pemegang gadaian tidak boleh menggunakan atau mengambil faedah dari barang
gadaian. Dia dianggap sebagai pemegang amanah.
Pemegang gadaian hanya boleh menggunakan atau mengambil faedah dari
barang gadaian jika dia menanggung kos perbelanjaan dan penjagaan.
Mengambil dalam kadar perbelanjaan sahaja tidak melebihi dari itu.
iii. Kehilangan barang al-rahn
Barang yang digadai merupakan amanah. Oleh itu pemegang gadaian hendaklah
menjaganya. Jika sebab kelalaian pemegang gadaian maka ia wajar diganti Jika
tidak sengaja maka tidak wajar diganti.
iv. Kerosakan barang al-rahn
Jika barang itu rosak dengan sebab kelalaian pemegang gadaian maka ia wajar
diganti .Jika tidak sengaja maka tidak wajar diganti.
v. Penyelesaian hutang barang al-rahn
Jika sampai tempoh pembayaran hutang, penggadai tidak mampu untuk
membayar hutangnya maka pemegang gadaian berhak menjual barang gadaian
itu .Dan mengambil hutangnya dan jika ada lebihan hendaklah dipulangkan.

3. Bilakah kontrak gadaian akan berakhir (terbatal)


 Menyerahkan balik barang gadaian kepada penggadai
 Apabila penggadai menyelesaikan hutangnya
 Barang gadaian terpaksa dijual dengan perintah kadi
 Pemegang gadaian terpaksa memfasakhkan gadaian walaupun tanpa pengetahuan
penggadai
 Untuk membayar hutang

Us Hajida Smkani Besut Page 23


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

 Barang gadaian disewa ,dihibahkan ataupun disedekahkan sama ada perkara itu
dilakukan oleh pemegang gadaian atau penggadai,
 Barang gadaian rosak teruk

4. Analisakan beberapa persoalan semasa berkaitan al-Rahnu.


i. Perincian Gadaian Secara Konvensional
- Kadar faedah yang tinggi
- Sekiranya penggadai gagal menebus pada waktunya, barang gadaian boleh
dilupuskan.
- Faedahnya sebagai sumber hasil mereka sedangkan faedah itu adalah riba’

- Nilai barang yang digadai akan berkurangan atau merosot kerana tidak adanya
ketelusan menjaga barang tersebut.

- Barangan gadaian tidak dijamin selamat


- Dikenakan caj perkhidmatan yang tinggi.

ii. Perlelongan barang gadaian


a. Lelongan barang Gadaian secara Islam
- Tidak mengandungi unsur riba.
- Pihak penggadai diberi notis selepas tempoh bayar balik habis
- Tidak mengandungi unsur penipuan dan penindasan.
- Barang gadaian tetap menjadi milik penggadai.
b. Lelongan barang Gadaian secara konvensional
- Riba dikenakan kepada penggadai.
- Mengandungi unsur penipuan dan penindasan.
- Tiada notis untuk dilelong selepas habis tempoh bayar balik
- Barang gadaian luput jika tidak ditebus pada masanya.
c. Pihak yang terlibat dengan gadaian secara Islam:
- Bank seperti Bank Islam dan Bank Rakyat.
- Premis perniagaan seperti al-Rahnu.

Us Hajida Smkani Besut Page 24


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

5. SYARIKAT
5.1 Konsep syarikat
5.2 Jenis syarikat dan hukumnya
5.3 Pembatalan syarikat
5.4 Persoalan semasa tentang syarikat
5.1 Konsep Syarikat
Jelaskan syarikat dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmahnya.
Pengertian
Ialah Menetapkan hak pada sesuatu untuk dua atau lebih orang dengan cara berkongsi
Hukum asal : Harus
Dalil yang mengharuskan syarikat:
                

          
Dan Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang Yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai
lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang beriman
dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui
sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil
merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

Rukun
i. Pemodal
ii. Pengusaha
iii. Modal
iv. Kerja
v. Keuntungan
vi. Sighah
Syarat-syarat
i. Pemodal : hendaklah orang yang mempunyai fikiran yang waras.
ii. Pengusaha : hendaklah orang yang ahli dalam pengurusan.
iii. Modal : hendaklah harta yang mempunyai nilai.
iv. Kerja : hendaklah dalam bidang yang dibenarkan oleh syarak.
v. Keuntungan : hendaklah hak bersama dengan kadar yang tertentu.
vi. Sighah : hendaklah difahami maksudnya antara pengusaha dan
pemodal.

Us Hajida Smkani Besut Page 25


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hikmat bersyarikat:
1. Dengan bersyarikat, kita dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar yang tidak
terdaya jika dilakukan berseorangan.
2. Membimbing masyarakat untuk hidup bekerjasama diantara anggota masyarakat.
3. Mengeratkan hubungan silaturhim antara satu sama lain.
4. Meninggikan lagi taraf ekonomi sesebuah masyarakat
5. Membimbing masyarakat supaya sentiasa bersifat amanah dalam kehidupan.
5.2 Jenis-jenis syarikat dan hukumnya
Huraikan jenis-jenis syarikat.
Terbahagi kepada 5 jenis iaitu:
i. Syarikat inan
ii. Syarikat Wujuh
iii. Syarikat Abdan
iv. Syarikat Mufawadah
v. Syarikat Mudarabah
i. Syarikat ‘Inan
Menurut istilah fuqaha' ialah dua atau lebih orang mengeluarkan modal dan keuntungan
dibahagi bersama. Jumhur ulama mengharuskan dan segala akadnya sah selagi menepati
syarat iaitu modal mesti dicampur serta keuntungan diberi mengikut kadar modal masing-
masing.
ii. Syarikat Wujuh
Iaitu dua atau lebih orang yang sepakat dan berkongsi yang salah seorangnya adalah
golongan terkemuka dan barang yang diperniagakan belum dibayar (dibeli secara hutang)
dan keuntungan dibahagi bersama, pendapat Imam Malik dan Syafi’i tidak sah . Imam
Hanafi dan Ahmad mengatakan sah.
iii. Syarikat Abdan
Iaitu dua orang atau lebih berkongsi kemahiran dan pengurusan (tenaga dan usaha) ,
keuntungan dibahagi sama rata. Contohnya dua orang tukang jahit atau tukang kasut
membuka perusahaan dan untungnya dibahagikan antara mereka. Pendapat ulama' Imam
Shafie berpendapat batal. Imam Hanafi dan Imam Malik adalah sah. Imam Ahmad sah
sekiranya mengikut syarat ketika akad. Jumhur ulama' mengharuskan kerana alas an untuk
kebaikan dan kemaslahatan manusia.
iv. Syarikat Mufawadah
Iaitu dua atau lebih orang yang berpakat (berkongsi) harta atau tenaga pada sesuatu kerja
dengan syarat modal, pengurusan yang sama dan agamanya sama dan masing- masing
bertanggungjawab, modal dan untung diagih sama banyak. Pendapat ulama Syafi’I, Hambali
dan Zahiri mengatakan tidak sah . Imam Malik dan Imam Hanafi berpendapat sah selagi
menepati syara’.
v. Syarikat Mudarabah
Iaitu satu perjanjian yang dibuat antara 2 pihak yang menggunakan kepintaran dalam
perniagaan. Nisbah perkongsian untung dipersetujui sebelum perniagaan dimulakan, ia
merujuk kepada perjanjian perkongsian keuntungan antara Bank dan pendeposit untuk
bank melabur dana pendeposit bagi menjana keuntungan.

Us Hajida Smkani Besut Page 26


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

5.3 Pembatalan Syarikat


Huraikan perkara-perkara yang membatalkan syarikat.
i. Perkara-perkara yang membatalkan semua syarikat:
a. Berlakunya fasakh salah seorang ahli syarikat dengan cara menarik balik modalnya.
b. Salah seorang ahli syarikat mati.
c. Salah seorang ahli murtad dan pergi ke negara harbi.
d. Dengan sebab ahli syarikat gila.
ii. Perkara-perkara yang membatalkan khusus bagi sesetengah syarikat:
a. Dengan sebab kebinasaan semua sekali modal syarikat atau modal salah
seorang ahli syarikat sebelum melakukan pembelian.
b. Dengan sebab tidak yakin sama banyak modal dikalangan ahli syarikat bagi
syarikat mufawadah.
5.4 Persoalan semasa tentang syarikat
a. Jelaskan takaful dari segi pengertian dan prinsip utama sistem takaful Islam
di Malaysia.

Takrif takaful :
Akad perjanjian jaminan di antara dua pihak terhadap diri mengikut syarat tertentu

Prinsip utama sistem takaful Islam di Malaysia

1. Saling bertanggungjawab (shared responsibility)


Dalilnya:

‫ال يؤمن أحدكم حىت حيب ألخيه ماحيب لنفسسه‬ atau ‫من ال يرحم ال يرحم‬
2. Saling bekerjasama atau bantu membantu (cooperation)
3. Bertujuan kebaikan dan menyuburkan taqwa
Dalilnya:

‫وتعاونوا ى على الربوالتقوى‬ atau ‫وهللا ىف عون العبد ما كان العبد ىف عون أخيه‬
4. Saling lindung melindungi (mutual responsibility) dari sebarang kesusahan, bencana
Dalilnya:
‫ الذى أطعمهم من جوع و آمنهم من خوف‬atau ‫إن املؤمن من أمنه الناس على أمو اهلم و أنفسهم‬

(b) Huraikan bentuk urus niaga syarikat takaful Islam masa kini.

1. Mudharabah: Satu perjanjian yang dimeterai antara pemodal dan pengusaha di mana
pemodal sanggup meembiayai projek yang akan/sedang diuruskan oleh pengusaha
secara untung rugi menngikut nisbah yang dipersetujui.
2. Musyarakah:Perkongsian modal untuk sesuatu urusan perniagaan bagi mendapat
keuntungan

Us Hajida Smkani Besut Page 27


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. Wadiah (deposit): Satu perjanjian bagi menyimpan sesuatu harta benda di


dalam jagaan/bukan pemiliknya.
4. Jauhi riba
5. Murabahah
i. Urusniaga di atas boleh digunakan di dalam perjalanan syarika takaful di
Malaysia, Paling sesuai sekali ialah mudharabah
ii. Tiga unsur penting bagi sesuatu muamalah itu diterima syarak iaitu wujud
perjanjian, berkongsi untung dan ada jaminan pertolongan dari pengusaha dan
peserta insurans melalui aqad al-hasan
c. Jelaskan tujuan asas syarikat insuran konvensional yang diamalkan di Malaysia .
Pengertian
Menetapkan hak kepada pengusaha. Hak tersebut sebagai cagaran bagi tuntutan ganti rugi
kerana kemalangan atau kecelakaan.
Tujuan
1. Bayaran oleh pemodal kepada pengusaha bukan terbaru .
2. Urusniaga dan pusingan modal serta tambahan lain.
3. Pemodal mengambil jumlah modal serta tambahan lain.
4. Ahli yang menarik balik disyaratkan menanggung kerugian besar.
(d) Berdasarkan pandangan fuqaha, huraikan hukum mengenai insuran
konvensional yang ditentukan oleh syara’.
i) Pendapat ulama’ yang mengharamkan insuran kerana:
1. Muamalah yang berunsurkan riba’.
2. Muamalah yang berunsurkan perjudian.
3. Muamalah yang berunsurkan ekploitasi.
4. Muamalah yang berunsurkan syubhah.
5. Muamalah yang berunsurkan kekecohan.
ii) Pendapat yang mengharuskan insuran kerana:
1. Keperluan manusia .
2. Kepentingan ekonomi umat islam.
3. Ianya bercorak takaful atau jaminan.
4. Ianya merupakan hebah.
iii) Pendapat ulama’ yang mengharuskan insuran dari segi konsep:
1. Ianya sesuai dengan syara’.
2. unsur tolong-menolong.
(a) Terangkan syarat-syarat rukun mudarabah.
Pengertian mudarabah:
Menetapkan hak kepada pengusaha suatu barang, keuntungan dibahagi antara pengusaha
dan pemodal mengikut persetujuan.
Hukum : Harus pada asalnya.
Dalil:
               

Us Hajida Smkani Besut Page 28


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan
masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-
banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Rukun:
i. Pemodal
ii. Pengusaha.
iii. Modal
iv. Kerja
v. Keuntungan
vi. Sighah

Syarat-syarat bagi rukun:


i. Pemodal: hendaklah orang yang mempunyai fikiran yang waras.
ii. Pengusaha: hendaklah orang yang ahli dalam pengurusan.
iii. Modal : hendaklah harta yang mempunyai nilai.
iv. Kerja: hendaklah dalam bidang yang dibenarkan oleh syarak.
v. Keuntungan: hendaklah hak bersama dengan kadar yang tertentu.
vi. Sighah: hendaklah difahami maksudnya antara pengusaha dan pemodal.
(b) Jelaskan amalan mudarabah dalam sistem perbankan Malaysia.
i. Ijab dan qabul dibuat antara bank dan pelabur.
ii. Ditentukan masa dalam akad antara bank dan pelabur.
iii. Modal terdiri daripada wang tunai dengan jumlah tertentu.
iv. Keuntungan dibahagi dua antara bank dan pelabur.
v. Kerugian ditanggung bersama.
(c) Huraikan keadaan-keadaan yang membatalkan kontrak mudharabah?
1. Salah seorang atau pengusaha membatalkan kontrak mudharabah
2. Pemodal melarang pengusaha dari menguruskan modalnya.
3. Mati salah seorang, pemodal atau pengusaha kerana kontrak mudharabah
merangkumi prinsip wakalah.Ianya terbatal apabila mati wakil atau pewakil.
4. Salah seorang dari mereka hilang kelayakan mengurus harta seperti gila dan
sebagainya.
5. Berlaku kerosakan pada modal semasa dalam simpanan pengusaha sebelum melabur.
6. Pemodal atau pengusaha murtad.
7. Pengusaha menggunakan modal untuk kepentingan diri sendiri.
(d) Jelaskan etika yang perlu ada pada seseorang pengusaha di dalam kontrak
mudharabah?
1. Berhati-hati dalam pengurusannya,tidak dia berurus niaga kecuali dengan harga
semasa.
2. Tiada penipuan semasa penjualan atau pembelian kecuali dipersetujui oleh pemodal
kerana bimbang berlaku kerugian ke atas pemodal.
3. Tidak boleh berurus niaga secara berhutang kecuali dengan izin pemodal.
4. Tidak melibatkan dengan riba kerana takut merugikan pemodal.
5. Pengusaha tidak mensyaratkan melibatkan pemodal dalam berurusniaga dengannya
takut tidak dapat menentukan keuntungan.

Us Hajida Smkani Besut Page 29


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

6. Pengusaha tidak boleh melibatkan pengusaha yang lain agar ia terlibat sama dalam
usaha perniagaan dan pembahagian keuntungan.
7. Pengusaha tidak dibenarkan musafir dalam dalam keadaan membawa modal kecuali
dengan izin pemodal.
8. Pengusaha boleh melakukan apa-apa kegiatan yang ada hubung kait dengan usaha
mudharabah pada kebiasaan.
9. Pengusaha tidak boleh mengambil harta yang terlibat dengan kontrak mudarabah
untuk kepentingan peribadi
10. Pengusaha tidak boleh mengambil sesuka hatinya kecuali pada masa pembahagian
keuntungan kerana kemungkinan ia mengambil lebih banyak dari sepatutnya.
11. Pembahagian keuntungan berdasarkan persetujuan sahaja seperti 50:10,30:70
WAKALAH
6.1 Konsep wakalah
6.2 Pembatalan wakalah
6.3 Persoalan semasa tentang wakalah
6.1 Konsep Wakalah
Huraikan konsep wakalah dari segi pengertian, dalil hukum, rukun, syarat dan
hikmatnya
Pengertian
Dari segi bahasa:
Pemelihara/pelindung
Istilah:
Menyerahkan sesuatu urusan kepada orang lain untuk menggantikan dirinya yang masih
hidup dalam sesuatu urusan yang maklum mengikut syara’ dengan lafaz tertentu di mana
orang yang diwakilkan lebih layak menguruskannya.
Dalil :
    
Maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang Yang mahu berserah".

Hukum:
Asalnya harus: Hukum boleh berubah menjadi
1. Sunat :Jika seseorang menjadi wakil untuk perkara sunat.
2. Makruh :Jika melakukannya atas dasar yang makruh.
3. Haram :jika ia menjadi wakalah untuk urusan haram.
4. Wajib :Jika menolong orang yang sangat berhajat kepada sesuatu barangan
dan orang tersebut tidak mampu melakukannya
Rukun-rukun wakalah:
1.Orang yang memberi wakil.
2.Orang yang menerima wakil.
3.Perkara yang diwakilkan.
4.Sighah (ijab dan qabul)
Syarat-syarat wakalah:
1. Orang yang memberi wakil.

Us Hajida Smkani Besut Page 30


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

- Bebas bertindak dan pilihan sendiri.


- waras
- cukup umur
- ahli tasaruf
2. Orang yang menerima wakil:
- seorang yang mukallaf
- waras
- cukup umur
3 . Perkara yang diwakilkan;
- Hal dan perkara yang memang boleh diwakilkan. Diwakilkan sifatnya itu
dapat menerima pengganti.
Contoh
- tidak sah wakil kepada orang ibadat khusus. Seperti sembahyang untuknya
- Benda/perkara adalah milik sah pemberi wakil ketika dia berwakil.
- Diketahui dengan jelas barang yang diwakilkan.
4.Sighah (ijab dan qabul) :
Ijab dilakukan oleh pemberi wakil dan qabul ialah kesediaan orang yang
menerima wakil.
Hikmat wakalah
1. mendapat kerehatan diri
2. Kesuburan harta benda.
3. Kesempurnaan pengurusan
4. Wujud sifat bertanggungjawab

6.2 Pembatalan Wakalah


Bincangkan keadaan-keadaan yang membatalkan wakalah:
1. Mati salah seorang atau tidak waras.
2. Kerja yang diwakilkan selesai ditunaikan
3. Menarik diri salah seorang daripada mereka
4. Orang yang diwakilkan tidak mahu menerima amanah.
5. Keluarnya org yg mewakilkan daripada taraf pemiliknya.
6. Orang yang mewakilkan telah membuat keputusan lain secara sendirian manakala
orang yang diwakilkan tidak mengetahuinya.
6.3 Persoalan Semasa Tentang Wakalah
i. Amalan guaman
a. Jumhur ulama’ berpendapat:
Pengakuan yang dibuat oleh peguambela tidak boleh diterima kerana ia dianggap sebagai
mewakili perbalahan atau melibatkan diri dalam perbalahan
b. Hanafiyyah berpendapat:
Peguanbela boleh bertindak dalam bidang berkaitan dengan proses penghakiman sehingga
selesai perbicaraan, kerana tanggungjawab peguam menyatakan kebenaran bukannya
menyebabkan perbalahan. Peguambela harus mengambil upah dari anak guamannya.

Us Hajida Smkani Besut Page 31


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

ii. Pelantikan Wasi (Pemegang amanah atau penama)


Sesetengah agensi kewangan seperti KWSP, Tabung Haji dan sebagainya mengamalkan
system penama bagi memudahkan pengeluaran apabila berlakunya kematian. Wang
tersebut bukannya milik penama. Setelah wang tersebut dikeluarkan hendaklah
dibahagikan kepada waris-waris mengikut faraid.
iii. Perniagaan melalui agen
Syarak melarang seseorang daripada menjual suatu barangan yang belum dimilikinya.
Larangan ini dinaskan dalam hadis Hakim bin Hizam yang bertanya kepada Rasulullah SAW,
yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah, seorang lelaki datang kepada aku dan mahu membeli sesuatu daripada
aku, sedangkan aku belum memilikinya. Adakah boleh aku membelinya untuknya dari pasar?”
Baginda menjawab:

‫س ِع ْنداكا‬
‫اَل تابِ ْع اما لا ْي ا‬
Maksudnya: “Jangan kamu menjual suatu yang kamu tidak miliki”.
Menjual produk kepada pelanggan sebelum membelinya daripada pembekal/pengeluar,
sekiranya produk yang dijual adalah produk yang spesifik dan ditentukan unitnya, maka
urus niaga tersebut adalah tidak sah kerana wujud unsur menjual sesuatu yang tidak
dimilikinya
Bincangkan hukum-hukum wakalah di bawah.
1. Wakalah Perkara Ibadat
Tidak sah diwakilkan perkara-perkara ibadat yang wajib dilakukan dan ditetapkan oleh
syarak sebagai ibadat yang tidak boleh diganti seperti solat, puasa Ramadan, sumpah,
li'an, zihar nazar dan menjadi saksi.
2. Wakalah Perkara haram
Perkara-perkara haram yang wajib ditinggalkan oleh sesorang tidak boleh diwakilkan
kepada orang lain untuk melakukannya – wakil seperti ini haram dan tidak sah.
3. Wakalah Hak peribadi kepunyaan seseorang
Semua hak peribadi kepunyaan seseorang boleh/ harus diwakilkan kepada orang lain
seperti untuk menjual, membeli, mengakad atau menerima nikah, merujuk isteri yang
ditalak raj'ie, mencerai isteri, fasakh dan khuluk.
4. Wakalah Hak yang boleh digantikan
Menjalankan hak-hak yang boleh digantikan sah diwakilkan seperti mewakilkan
sesorang untuk menagihkan zakat, mengerjakan haji dan umrah bagi orang yang telah
meninggal dunia atau uzur (sakit, terlalu tua).
5. Wakalah Menguruskan kes jenayah
Sah mewakilkan peguam untuk menguruskan kes jenayah atau mahkamah.

Us Hajida Smkani Besut Page 32


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

7. WADI’AH
7.1 Konsep wadi’ah
7.2 Pembatalan wadi’ah
7.3 Persoalan semasa tentang wadi’ah dalan institusi perbankan
7.1 Konsep Wadi’ah
Huraikan wadiah dari segi pengertian, dalil hukum, rukun, syarat dan hikmatnya
Pengertian
Ialah mewakilkan atau memberi amanah menjagakan harta kepunyaannya atau harta yang
dihormati yang tertentu dengan cara tertentu.oleh itu,maka sah menyimpan arak yang
dihormati,kulit bangkai yang disamak dan anjing yang diajar untuk memburu. Atau satu
perbuatan sukarela yang mana pemegang simpanan itu tidak bertanggungjawab
menggantikan barang simpanan jika berlaku kerosakan yang tidak disengajakan.
Dalil disyariatkan wadiah.
Firman Allah Taala :
        
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyimpankan amanah kepada yang berhak menerimanya .
Ulama telah pun bersepakat mengatakan : harus menyimpan dan menerima simpanan
kerana wadiah itu adalah satu keperluan manusia yang sangat diperlukan.
Hukum menerima wadiah
Hukum menerima wadiah ini adalah seperti berikut iaitu :
1. Sunat – iaitu bagi mereka yang percaya kepada dirinya yang dia sanggup untuk menjaga
barang tersebut,oleh kerana memegang pertaruhan ini merupakan satu pertolongan maka
disunatkan menerimanya.
2. Wajib – iaitu seorang itu menjadi wajib menerima pertaruhan (wadiah) sekiranya tidak
didapati orang lain yang lebih layak dan lebih dipercayai.
3. Haram – iaitu apabila seseorang itu tidak sanggup menjaga sebagaimana
semestinya,kerana jika diterima juga seolah-olah dia akan mendedahkan pertaruhan itu
kepada kerosakan.

Us Hajida Smkani Besut Page 33


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

4. Makruh – iaitu terhadap orang yang kurang yakin pada dirinya untuk menjaga amanah
tersebut kerana boleh jadi dikemudian hari menyebabkan berlakunya kerosakan pada
barag tersebut.
Rukun wadiah.
1. Orang yang menyimpan
2. penerima simpanan
3. Barang yang disimpan
4. Sighah (Ijabu walkabul
Syarat sah wadiah
1. Syarat penyimpan dan ( 2 ) penerima simpanan
i) Hendaklah sempurna akal : maka tidak sah wadiah itu dilakukan oleh orang gila
begitu juga menerimanya.
ii) Hendaklah cukup umur (baligh) : maka tidak sah menyimpan dan menerima
simpanan oleh kanak-kanak – ini berbeza dengan Hanifah : mereka tidak
mensyaratkan baligh : maka sah pada pendapat mereka simpanan kanak-kanak
yang diizinkan pada perniagaan begitu juga sah menerima wadiah dari kanak-
kanak tersebut.
iii) Cerdik : maka tidak sah menyimpan dan menerima simpanan orang bodoh dan
Mahjur Alaihi dengan sebab muflis.
3. Syarat Barang yang disimpan
Disyaratkan pada wadiah itu hendaklah barang yang disimpan itu dari jenis harta
benda yang boleh diterima (dipegang) oleh tangan, sekiranya dia menyimpan
burung yang berterbangan di udara ataupun harta benda yang gugur di lautan
adalah tidak sah.
4. Sighah (Ijabu walkabul)
kabul itu ada kalanya dengan lafaz seperti katanya : saya terima dan boleh secara
dilalah : sperti Hadijah meletakkan barang kemas kepada Fatimah, maka dia diam,
dengan diam itu menunjukkan Fatimah menerima, sebagaimana beri-memberi pada
jual beli.
Hikmah disyariatkan wadiah
1. Menanamkan sifat muhibbah dan tolong-menolong antara satu sama lain.
2. Untuk menjamin keselamatan harta benda dan memberi kemudahan kepada orang yang
ingin mengembara.
3. Untuk memimpin manusia supaya bersifat bertanggungjawab terhadap hak-hak orang
lain.

7.2 Pembatalan Wadi’ah


Huraikan perkara yang membatalkan wadiah.
Pekara-perkara yang membatalkan wadiah itu samalah dengan perkara-perkara yang
membatalkan wakalah iaitu :
1. Dengan sebab kematian oleh salah seorang dari penyimpan atau penerima simpanan.
2. Dengam sebab gila.
3. Dengan sebab pitam.

Us Hajida Smkani Besut Page 34


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

4. Dengan sebab penyimpan menarik diri (tidak mahu menyimpan lagi barang itu).
5. Dengan sebab tuan punya barang meminta balik wadiah itu.
6. Dengan sebab barang itu dijual, disewa, diwakaf dan sebagainya.
7.3 Persoalan semasa tentang Perbandingan Wadi’ah dalam institusi Perbankan
Islam dan Simpanan konvensional

i. Akaun semasa
Perbankan Islam: Pihak bank bertindak sebagai pemegang harta dan wang yang disian oleh
penyimpan, keuntungan yang diberikan halal kerana kadarnya tidak ditetapkan dan tiada
unsur riba’.
Perbankan Konvensional: Penyimpan tidak menanggung kerugian atas dasar simpanan dan
bukannya pelaburan, keuntungan tersebut telah ditetapkan.

ii. Akaun simpanan (wadiah)


Perbankan Isam: Iaitu satu perjanjian bagi menyimpan sesuatu harta dalam jagaan bukan
pemiliknya. Dalam konteks operasi bank, konsep ini bererti peminjam wang di bank
bersetuju wang simpanan itu digunakan bank untuk pelaburan dan bersetuju tidak
menuntut apa-apa keuntungan dari pelaburan kecuali wang simpanan sahaja.
Perbankan Konvensional: Penyimpan membenarkan penerima simpanan memafaatkan
wang simpanan mereka dan wang simpanan tersebut memeberikan sedikit kelebihan dan
manfaat kepada peyimpannya.

Beberapa masalah dan hukum berhubung dengan wadiah/simpanan.


1. Wadiah itu adalah satu qurubat (perkara yang boleh mendamping diri kepada Allah)
yang disunatkan,dan penjagaan itu mendapat pahala, juga wadiah itu adalah amanah tidak
wajib memberi ganti rugi apa-apa kerosakan yang berlaku oleh orang yang menerima
simpanan (wadi’) kecuali kerosakan itu berlaku dengan disengajakan ataupun kecuaian
penjagaannya.
2. Wajib menghantar balik wadiah itu kepada penyimpan (tuan punya harta) apabila
ditentu mengembalikannya serta boleh dikembalikan, kerana Firman Allah Taala :
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyimpankan amanah kepada yang
berhak menerima.
3. Apabila penerima wadiah hendak musafir atau pun sakit yang menyebabkan dia tidak
sanggup menjaganya lagi,hendaklah (wajib) dikembalikan kepada tuannya atau wakilnya.
Sekiranya tuan atau wakilnya itu tidak ditemui, hendaklah diserahkan barang itu kepada
kadi/hakim yang adil. Dan sekiranya kadi/hakim yang adil tidak dapat ditemui,maka
hendaklah diserahkan barang itu kepada seorang yang dipercayai. Penerima simpanan
tidak dipaksa untuk mencari tuan punya barang tersebut sehingga menyebabkan dia
kelewatan untuk meneruskan perjalanan.
4. Jika barang tersebut tidak diserahkan kepada tuannya, wakilnya,hakim atau seorang yang
amanah, malah dibawa bersama dalam pengembaraan itu atau ditinggalkan begitu sahaja,
penerimanya itu itu dikenakan dhoman (ganti rugi) bila berlaku kerosakan atau kehilangan.
5. Memindahkan wadiah ke tempat yang lain tanpa sesuatu yang memaksa, penerima
simpanan dikenakan dhoman sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada barang
tersebut.

Us Hajida Smkani Besut Page 35


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

6. Apabila penerima simpanan menggunakan wadiah – seperti dia mengendarai binatang itu
atau dia memakai pakaian itu – berkata Jumhur Al-Hanafiah : tidak wajib dhoman ke
atasnya.dan berkata Al-Malikiyah, Al-Syafi’iyah dan Al-Hanabilah : Apabila rosak wadiah
selepas digunakannya wajib dhoman walaupun kerosakan itu oleh sebab samawi, kerana
dikira melampaui dengan menggunakannya.
7. Apabila harta penerima wadiah bercampur dengan wadiah, maka jika boleh dibezakan
antara keduanya tidak mengapa dan jika sekiranya tidak dapat dibezakan wajib dhoman
dengan yang seumpamanya, begitu juga dua wadiah dicampuri antara keduanya wajib
dhoman jika tidak dapat dibezakan dan jika boleh tidak mengapa.

(f) Jelaskan kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh bank Islam.


Kegiatan perniagaan Bank Islam adalah berdasarkan kepada konsep-konsep perniagaan
yang telah dirangka oleh Ulama-ulama Fikh. Setiap konsep telah dibahaskan dengan detail
dari segi rukun, syarat, dalil dan permasalahan. Di bawah ini diterangkan setiap konsep
seberapa ringkas :
i) Mudarabah
Iaitu satu perjanjian yang dimeteraikan antara pemodal dan pengusaha di mana pemodal
bersetuju membiayai projek yang sedang atau akan diusahakan oleh pengusaha secara
perkongsian untung mengikut nisbah pembahagian yang terlebih dahulu dipersetujui
bersama.
ii) Masyarakat
Iaitu Perkongsian modal untuk sesuatu urusan perniagaan atau perusahaan bagi
mendapatkan untung,kerana modal bersama, maka bank boleh campur tangan dalam
pengurusan perniagaan yang dijalankan.
iii) Murabahah
Murabahah itu ialah sebagai jualan barang dengan harga yang meliputi kos belian dan
kadar untung yang akan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak .(Make-up sale
agreement).
iv) Qardul Hassan
Dalam Bahasa Malaysia bolehlah diterjemahkan kepada ‘pinjaman kebajikan’ di mana
peminjam dikehendaki memulangkan jumlah wang yang dipinjam sahaja dengan tidak
mengenakan sebarang tambahan bayaran. Namun begitu, syariat menggalakkan peminjam
memberi sagu hati kepada bank kerana jasanya.

v) Wadiah/Simpanan
Iaitu satu perjanjian bagi menyimpan sesuatu harta dalam jagaan bukan pemiliknya.Dalam
konteks operasi bank,konsep ini bererti peminjam wang di bank bersetuju wang simpanan
itu digunakan bank untuk pelaburan dan bersetuju tidak menuntut apa-apa keuntungan
dari pelaburan kecuali wang simpanan sahaja.

(g) Terangkan keadaan yang mewajibkan penerima simpanan menggantikan


kerosakan barangan yang berada dalam simpanan.

Us Hajida Smkani Besut Page 36


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1. Pemindahan barang ke tempat yang tidak selamat (tanpa sebab yang munasabah).
2. Penyerahan kepada orang lain (tanpa keizinan pemilik asal).
3. Dibawa semasa musafir sedangkan ia boleh mengembalikan simpanan itu.
4. Cuai penjagaannya.
5. Melengah-lengah pemulangannya tanpa keuzuran syari’i.
6. Simpan di tempat yang tidak selamat.
7. Digunakan sendiri.
8. Menyalahi nasihat pemilik.
9. Dimanfaatkan bukan bagi tujuan pemilik.

6. HIBAH DAN WASIAT


8.1 Konsep hibah
8.2 Persoalan semasa tentang hibah
8.3 Konsep wasiat
8.4 Jenis wasiat
8.5 Pembatalan wasiat
8.6 Persoalan semasa tentang wasiat
8.1 Konsep Hibah
1. Pengertian hibah
- Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau
selainnya
- Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik
oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada
masa hidupnya tanpa balasan (iwad).
2. Dalil hibah
            
Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak
yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang
meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi.

3. Hukum hibah
Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam
terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat.
4. Rukun hibah syarat hibah
i) Pemberi hibah (al-Wahib)
ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
5. Syarat hibah
(i) Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal,
baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan

Us Hajida Smkani Besut Page 37


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)


Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai
keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya
penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang
upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi
pihaknya.
(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat
berikut:
- Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
- Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
- Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
- Ia boleh diserah milikkan.
- Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah
barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih
dalam kandungan
- Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang
tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan
bangunan yang tidak termasuk tanah.
(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian
dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
- Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
- Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu.
Hibah yang disyaratkan dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-
‘umra dan al-ruqba adalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.
6. Jenis hibah
1. Penerimaan Barang (al-Qabd) dalam Hibah
Istilah al-qabd (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu,
menguasainya dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta tersebut
2. Hibah pada Masa Marad al-Maut
Perkataan marad al-mawt bermaksud sakit yang boleh menyebabkan kematian.
Syarat-syarat berikut diperlukan bagi menentukan marad al-mawt, iaitu:
- Penyakit itu yang menyebabkan kematian si mati.
- Penyakit itu menyebabkan kecemasan kematian dalam fikiran si mati.
- Terdapat tanda-tanda luar yang menuntukkan bahawa penyakit itu berat.
3. Hibah dalam Bentuk al-‘Umra dan al-Ruqba (Hibah Bersyarat)
Al-‘Umra bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau
pemberi hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian
penerima hibah. Al-‘Umra juga bermaksud suatu pemberian yang bersifat
sementara yang merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah
atau penerima hibah. Sekiranya penerima hibah meninggal dunia maka harta yang
dihibahkan itu dikembalikan kepada pemberi hibah. Sebaliknya, jika pemberi hibah
meninggal dunia maka harta hibah akan dikembalikan kepada waris pemberi hibah.
7. Hikmat hibah
i. Membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan

Us Hajida Smkani Besut Page 38


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

ii. Mendapat pahala di hari akhirat


iii. Mengeratkan hubungan silaturrahim
8.2 Persolan Semasa tentang Hibah
i. Hibah dalam akaun simpanan
Harta hibah tersebut akan dipegang oleh pemegang amanah dan
diserahmilikkan kepada penerima selepas kematian pemberi hibah atau menurut
persetujuan pihak-pihak berkenaan.
ii. Hibah dalam takaful
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti dalammesyuarat ke-44
pada 15 Januari 2003 menerima pakai prinsip hibah ruqba sebagai asas
syariah dalam pelaksanaan borang akuan hibah untuk transaksi yang
melibatkan akaun bersama tabung unit amanah terutamanya akaun yang dipegang
oleh orang Islam.
iii. Hibah semasa marad al-maut
Hibah pada masa marad al-maut ialah pemberian yang dibuat oleh seseorang
yang sakit tenat yang boleh membawa kepada kematian. Dalam undang-undang
Islam pemberian itu melibatkan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang
hibah dan wasiat. Sekiranya pemberi hibah menemui ajal berikutan dengan
lafaz pemberian itu, maka pemberian itu samalah seperti pemberian melalui
wasiat dan tertakluk kepada hukum wasiat iaitu:

- Pemberian itu tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati.


- Pemberian itu tidak diberikan kepada waris kecuali waris-waris lain
telah bersetuju.

iv. Penarikan balik hibah


Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk
juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia
terikat dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan
anaknya (cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan
anaknya (cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain
dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah (orang lain), maka hibah
berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi.

8.3 Konsep wasiat.


1. Jelaskan konsep wasiat dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan
hikmatnya
Pengertian Wasiat
Berbuat amal kebajikan dengan sesuatu hak dan ia ditunaikan selepas pewasiat itu
meninggal dunia.
Dalil:

               

Us Hajida Smkani Besut Page 39


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah
diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan
hutangnya.

12 ‫أية‬:4 ‫سورة النسآء‬:


Hukum wasiat :
Sunat sekiranya harta kurang 1/3. Sekiranya lebih 1/3, mesti meminta persetujuan waris.
Wasiat boleh dilakukan pada kerabat yang bukan waris.
Hukum boleh menjadi:
Wajib : Sekiranya belum menunaikan hak yang wajib seperti hutang atau zakat
Sunat : Apabila berwasiat kepada orang salih dan baik-baik
Haram : Terhadap perkara yang diharamkan syara’
Makruh : Kepada pewasiat yang meninggalkan harta yang sedikit dan meninggalkan
waris yang ramai.
Harus : Sekiranya seseorang itu berwasiat kepada orang kaya.

Rukun wasiat
i. Pewasiat
ii. orang atau pihak yang diwasiatkan(penerima wasiat)
iii. Harta yang diwasiatkan
iv. Sighah
Syarat wasiat
1. Syarat orang yang berwasiat
i. Pewasiat mestilah Islam(mukallaf), cukup umur, waras
ii. Kerelaan sendiri
iii. Ahli tasaruf
2. Syarat orang yang diwasiatkan (penerima wasiat)
i. Dikenali dan termaklum
ii. Orang yang diwasiatkan masih hidup atau masih ada.
iii. Mereka bukan ahli waris
iv. Bukan pembunuh kepada pewasiat
3. Syarat harta yang diwasiatkan
i. Barang itu halal dan suci serta memberi manfaat kepada syara’
ii. Harta yang diwasiatkan tidak melebihi kadar 1/3
iii. Wasiat ditunaikan selepas membayar segala hutang
iv. Boleh berpindah milik.
4. Sighah (Ada ijab dan Kabul)
i. Hendaklah difahami antara ijab atau kabul
ii. Sighah hendaklah jelas dan terang
Hikmat wasiat :
i. Mengeratkan silatulrahim dengan orang yang menerima wasiat.
ii. Dapat pahala berterusan selepas mati
iii. Harta dapat dikembangkan untuk tujuan kebajikan
iv. Membentuk masyarakat makmur
v. Memastikan masa depan orang yang anda sayangi tejamin.

Us Hajida Smkani Besut Page 40


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

vi. Memastikan asset anda diagihkan kepada benefisiari pilihan anda mengikut
keinginan anda.
vii. Menamakan penjaga yang dipercayai untuk mengurus anak-anak yang
masih kecil.
viii. Melantik Wasi untuk melaksanakan terma Wasiat anda

2. Huraikan klasifikasi terhadap jenis wasiat berikut:


i. Wasiat Am
ii. Wasiat Khas
iii. Wasiat Mutlak
iv. Wasiat Bersyarat
i. Wasiat Am
Wasiat kepada penduduk sesebuah kampong yang mungkin terdiri daripada orang Islam
dan bukan orang Islam. Memadai wasiat diberikan kepada orang yang mewakili kumpulan
penduduk kampung itu.
ii. Wasiat Khas
Wasiat yang dikhususkan kepada golongan tertentu sahaja.
iii. Wasiat Mutlak
Wasiat yang tidak terikat dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan keatas harta yang
diwasiatkan
iv. Wasiat Bersyarat
Wasiat yang mempunyai syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh pewasiat dan wasiat
ini adalah sah selagi mana syarat-syarat tersebut tidak menyalahi syarak dan syarat-syarat
tersebut hendaklah membawa kepada kebaikan penwasiat dan penerima wasiat
3. Jelaskan keadaan yang boleh membatalkan wasiat
Pembatalan Wasiat
1. Dari pihak al-musi
i. Tarik balik wasiat
ii. Hilang kemampuan
iii. Murtad
iv. Taklid wasiat tidak berlaku
v. Wasiat barang yang bukan miliknya
vi. Pewasiat gila/muflis
2. Dari pihak al-musalah
i. Enggan menerima selepas kematian al Musi
ii. Mati lebih dulu daripada al Musi
iii. Membunuh al Musi
3. Rosak al- Musabih
4. Wasiat kepada waris berdasarkan kehendak hadis.
5. Wasiat melebihi 1/3 keizinan waris
6. Wasiat yang tidak mencukupi rukun dan syarat

Us Hajida Smkani Besut Page 41


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

8.4 Permasalahan semasa tentang wasiat.


Berikan pandangan ulama’ tentang wasiat seorang Islam seperti berikut:
i. Wasiat kepada waris
o Imam syafi’I,memberi wasiat kepada ahli waris adalah tidak sah kerana mereka
sememangnya ahli waris si mati.
o Sebagaimana hadis;
‫ال وصية لوارث‬
Maksudnya;
Tidak ada wasiat untuk ahli waris.
o Ulama’ juga berpendapat mewariskan kepada waris akan menyebabkan timbulnya
perselisihan antara sesama mereka yg berhak terhadap harta pusaka.
ii. Wasiat wajibah
1. Jumhur fuqaha tidak terdaat istilah wasiat wajibah walau bagaimanapun terdapat
beberapa pendapat fuqaha tabi-in yang berpendapat wajib untuk berwasiat untuk kaum
kerabat terdekat bersandarkan ayat 180 surah al-Baqarah

                
kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat
wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan
atas orang-orang Yang bertaqwa.

2. Ayat mewaris menaskhkan membuat wasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat
yang menjadi waris sahaja jadi ini bermakna kewajipan membuat wasiat bagi kaum kerabat
yang tidak menjadi waris adalah kekal kewajipannya.
3. Wasiat-sebahagian harta peninggalan yag diperuntukkan oleh undang-undang untuk
anak-anak kematian ibu bapa sebelum datuk/nenek atau mereka meninggal serentak dan
anak-anak tersebut tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta datuk dan nenek
kerana dihijab oleh bapa atau ibu saudara mereka.
4. Syarat-syarat Wasiat Wajibah negara-negara Islam:
i. Syaria cucu yang kematian bapa sahaja
ii. Mesir cucu kematian ibu, kadar dibenarkan adalah 1/3 daripada keseluruhan harta.
iii. Pakistan cucu boleh mendapat bahagian yang sama banyak yang sepatutnya
diterima oleh ibu bapa mereka yang diwarisi daripada harta datuk nenek cucu
tersebut.
iv. Malaysia( Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka) cucu yang kematian bapa sahaja.
iii. Penulis wasiat
1. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat wasiat akan diagihkan
mengikut faraid iaitu undang-undang pewarisan Islam.
2. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut
Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat dan lain-lain lagi.
3. Islam membenarkan orang Islam menulis wasiat sekadar satu pertiga daripada hartanya
kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan
asalkan ia memenuhi syarak.
4. Wasiat seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk
digunakan bagi tujuan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Islam

Us Hajida Smkani Besut Page 42


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

adalah diharuskan
iv. Wasiat kepada binatang
o Jumhur ulama’ berpendapat wasiat kepada binatang tidak sah kerana ia tidak dapat
memiliki dan tidak melaksanakan apa yang diwasiatkan.
o Ulama’ Fiqh berpendapat sah wasiat yang diberikan kepada binatang melalui
tuannya.
Contoh:
Wasiat sebidang padang rumput kepada kuda melalui tuannya.
v. Wasiat derma organ
o Ulama’ berpendapat perbuatan yang menuju kebaikan adalah diharuskan dan
sah.Wasiat pemindahan organ orang yang telah mati kepada yang hidup dan dalam
darurat merupakan amal jariah.
o Mufti Selangor (Datuk Ishak Baharom) :
Orang muslim boleh terima organ bukan Islam.Namun orang Islam tidak digalakkan
berwasiat atau menderma organnya kepada orang bukan Islam.
o Majlis Fatwa Singapura:
Mengharuskan derma yang meliputi wasiat derma organ seperti buah pinggang
atas dasar darurat untuk menyelamatkan nyawa mereka yang masih hidup.

Bahagian
MUNAKAHAT
Us Hajida Smkani Besut Page 43
Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1. Praperkahwinan
Pemilihan
1.1 Jelaskan cara-cara yang disyariatkan oleh Islam dalam tata cara memilih
bakal isteri dan bakal suami.
Pihak suami:
1. Lelaki yang teguh pegangan agamanya dan huraian.
2. Mempunyai budi pekerti yang baik, jujur dan peribadi tinggi.
3. Bersifat hemat dan cermat yakni berhati-hati di dalam segala perkara.
4. Bersifat tenang dan waspada.
5. Berlapang dada penyantun dan pemaaf.
6. Lelaki yang tidak mempunyai hubungan keluarga terdekat.
Pihak isteri :
1. Kuat dan teguh pegangan agamanya.
2. Berakhlak mulia, berhati jujur dan berperibadi tinggi.
3. Keturunan orang yang baik dan soleh.
4. Baik dan manis air muka.
5. Keturunan yng peranak iaitu yang boleh melahirkan anak yang ramai.
6. Perempuan yang tidak mempunyai hubungan keluarga terdekat.

Peminangan
Huraikan meminang dari segi pengertian dan cara-cara meminang.
Meminang
Bermaksud lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya.
Peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akad perkahwinan yang sah, namun
perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara pasangan,
keluarga dan hubugan kedua-dua belah pihak
Cara-cara meminang:

Us Hajida Smkani Besut Page 44


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

i. Dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-
mana wanita yang masih dara.
ii. Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam edah boleh dilakukan
dengan cara sindiran sahaja
iii. Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis eddah secara
terus-terang dan dengan membuat janji bersama adalah haram hukumnya.
1.2 Persoalan Semasa Tentang Praperkahwinan
i. Putus Tunang
Terangkan perkara yang harus dan tidak harus dilakukan apabila ikatan
pertunangan putus
Perkara-perkara yang diharuskan:
1. Tidak membuat apa-apa tindakan kerana pertunangan itu hanya semata-mata janji
untuk perkahwinan.
1. Harus mengambil balik maskahwin yang didahulukan.
2. Harus mengambil balik hantaran yang telah didahulukan.
3. Harus meminta ganti rugi persiapan perkahwinan.
Perkara-perkara yang tidak harus dilakukan:
1. Memaksa agar diteruskan perkahwinan.
1. Tidak mahu memulangi mas kahwin / hantaran yang diambil semasa pertunangan.
2. Tidak mahu memulangkan sebahagian hantaran yang diambil.
3. Tidak mahu ganti rugi ke atas kerugian yang berlaku akibat mungkir janji.
Tidak memutuskan silaturrahim
ii. Batas Pergaulan
Jelaskan etika pergaulan antara lelaki dengan perempuan selepas ikatan
pertunangan.
Etika pergaulan antara lelaki dan perempuan selepas ikatan pertunangan:
Pertunangan adalah semata-mata perjanjian untuk mendirikan rumah tangga antara dua
pihak.
Diharuskan bagi lelaki melihat tunangnya agar ia mempercepatkan akad perkahwinan.
Dalilnya:
‫إذا خطب أحدكم املرأة فان استطاع أن ينظر منها إىل ما يدعوه إىل نكاحها فليفعل‬
1. Harus melihat muka, tapak tangan, kelembutan anggota badannya, dan lain-lain kerana
menyebut hukum keharusannya secara mutlak.
2. Diharamkan berbual-bual kecuali dihadiri muhrimnya. Dalilnya: ‫وال تقربوا الزنا‬
3. Khalwat antara mereka hukumnya haram. Dalilnya:
‫ال يخلون رجل بامراة إال كان الشيطان ثالثهما‬
4. Ibu bapa diharamkan meberi keizinan agar mereka berdua keluar rumah tanpa
ditemani muhrim.
5. Diharamkan meminang tunang orang lain atau menerima pinangan lelaki lain.

Us Hajida Smkani Besut Page 45


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

iii. Hak Al-Kafa’ah


Huraikan pendapat ulama tentang keperluan al-kafa’ah
1. Sebahagian ulama
Mensyaratkan adanya kufu antara calon suami dan isteri. Kufu yang diiktiraf oleh
mereka hanyalah dari segi agama dan akhlak manakala kekayaan,
kebangsawanan dan sebagainya tidak dikira.
i. Antara dalil-dalil mereka, Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13.
                     
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu,
(bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

2. Ibnu Hazmin tokoh mazhab Az-Zahiri


Menolak sebarang kufu dalam perkahwinan seperti firman Allah dalam surah
al-Hujurat ayat 10
            )b(
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara
kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

3. Jumhur ulama
Mensyaratkan adanya kufu dalam perkahwinan selain dari “keagamaan dan
Akhlak”.Di antara yang disyariatkan dalam kufu ialah perkara-perkara berikut:
i. Keturunan
ii. Merdeka
iii. Islam maksudnya lelaki dan wanita hendaklah sama-sama berketurunan
orang Islam.
iv. Kekayaan,wanita kaya tidak setaraf dengan lelaki miskin.
v. Selamat dari cacat cela,wanita yang tidak cacat tidak setaraf dengan lelaki
yang cacat.
atau:
Sebahagian ulama’mensyaratkan
i. Dari segi agama atau akhlak,
ii. Sebahagian ulama dari segi keturunan/merdeka dan sebahagian ulama
tidak mensyaratkan.
Perkara Berkaitan Pertunangan
1. Huraikan pendapat fuqaha’ mengenai pemulangan hantaran jika berlaku perkara
yang tidak diingini semasa bertunang.
Membawa hantaran
Adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta
suci dan tidak ada unsur yang ditegah oleh syara’
2. Pendapat fuqaha’ mengenai pemulangan hantaran jika berlaku perkara yang tidak
diingini semasa bertunang :

i. Pendapat Hanafiah :

Us Hajida Smkani Besut Page 46


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hantaran pertunangan adalah hibah, bagi pemberi boleh mengambilnya kembali kecuali
jika telah rosak, telah digunakan, telah hilang maka pihak lelaki tidak berhak menuntut
ganti rugi.
ii. Pendapat Malikiah :
Jika pembatalan dari pihak lelaki dia tidak boleh ambil balik, jika berpunca dari pihak
perempuan pihak lelaki berhak meminta balik, jika telah rosak atau digunakan wajib
membayar harganya.
iii. Pendapat As-Syafi’iah dan Hanabilah :
Tidak berhak bagi pihak lelaki mengambil kembali barang hantaran sama ada ianya masih
ada atau pun sudah binasa kerana ianya adalah hibah.
iv. Pendapat qaul yang Rajih :
Sesungguhnya bagi pihak perempuan berhak atas semua barang hantaran pertunangan.

2. Perkahwinan
2.1 Konsep Perkahwinan
1. Jelaskan konsep perkahwinan dari segi pegertian , dalil. Hukum, rukun, syarat dan
hikmatnya.
Pengertian
Satu proses ikatan yang kukuh antara lelaki dan perempuan yang sah kahwin melalui akad
perkahwinan untuk hidup bersama dan membolehkan perkara yang tidak halal
sebelumnya.
atau
Ikatan perjanjian antara pasangan suami isteri untuk memikul tanggungjawab dalam
institusi keluarga dengan mempunyai beberapa rukun dan syarat-syarat tertentu.
Dalil :

              
Maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga
atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja,.

‫ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزوجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورمحة‬
Hukum :
Asalnya perkahwinan sunat bagi sesiapa yang berhasrat untuk berkahwin serta sanggup
bayar mas kahwin kepada isteri dan mampu menyara nafkahnya.
Hukum nikah boleh berubah ikut keadaan :
1. Wajib :
Orang lelaki yang mempunyai kemampuan nafkah zahir dan batin dan bimbang diri
mereka akan terjerumus ke lembah zina dan keji.

Us Hajida Smkani Besut Page 47


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Sunat :
i. Orang yang lelaki yang mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir
dan batin.
ii. Mempunyai nafsu juga berkeinginan untuk berkahwin
iii. Bertujuan untuk menjaga kehormatan diri dan kesempurnaan agama
namun masih dapat mengawal nafsu sekiranya tidak berkahwin.
3. Harus :
Orang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa sebab yang mendorong mereka berkahwin
dan tidak ada sebab yang menghalang mereka berkahwin.
Mempunyai kemampuan tetapi belum ada keinginan untuk berkahwin.
4. Haram :
Orang lelaki yang tidak mempunyai kemampuan zahir dan batin dan bertujuan untuk
menzalimi perempuan yang menjadi isterinya./ yakin berlaku kezaliman, penganiyaan
atau kemudaratan bila berkahwin terhadap perempuan yang dikahwini.

5. Makruh :
Orang lelaki yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah tetapi ingin
berkahwin./takut yang tidak sampai yakin berlaku kezaliman, penganiyaan atau
kemudaratan bila berkahwin atau makruh berkahwin bagi orang yang berpenyakit
seperti tua, mati pucuk atau terpotong zakar.
Rukun Nikah
(a) Lelaki/bakal suami.
(b) Perempuan/bakal isteri.
(c) Wali yang berhak mengahwini perempuan itu.
(d) Dua orang saksi yang menjadi saksi dalam perkahwinan itu.
(e) Sighah yang mengandungi ijab dan qabul.
Syarat Nikah
1. Syarat pengantin lelaki:
i. Tidak di dalam mengerjakan ihram.
ii. Perkahwinan diadakan dengan pilihannya sendiri.
iii. Bukan muhrim kepada pengantin perempuan.
iv. Lelaki yang belum mempunyai 4 orang isteri.
v. Mengetahui bakal isteri dan wali.
vi. Jelas sebagai seorang lelaki.
2. Syarat pengantin perempuan:
i. Tidak di dalam mengerjakan ihram.
ii. Bukan isteri kepada mana-mana pihak lelaki.
iii. Tidak dalam penantian iddah.
iv. Beragama Islam atau ahli kitab yang asli.
v. Perkahwinan dengan kerelaan sendiri bagi gadis yang masih dara.
vi. Jelas dan pasti sebagai seorang wanita.
vii. Pengantin perempuan sudah ditentukan.
3. Wali yang berhak mengahwini perempuan itu.

Us Hajida Smkani Besut Page 48


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

i. Baligh. v. Lelaki
ii. Islam. vi. Kerelaan Sendiri
iii. Merdeka. vii. Adil
iv. Bukan dalam ihram. viii. Waras
4. Saksi dalam perkahwinan itu.
i. Islam v. Memahami bahasa yang dituturkan
ii. Baligh. vi. Boleh melihat, bercakap dan mendengar
iii. Merdeka. vii. Adil
iv. 2 orang. viii. Waras
5. Sighah yang mengandungi ijab dan qabul.
Sighah : ialah lafaz ijab dan qabul.
- Ijab : ialah lafaz yang diucapkan oleh wali perempuan atau wakilnya
dan sebagainya.
- Qabul : ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin lelaki atau wakilnya.

Syarat Ijab dan qabul


i. Mestilah berterusan antara ijab dan qabul,tidak sah diselangi dengan diam yang
lama atau kata-kata yang lain.
ii. Ada hubungan antara ijab dan qabul.
iii. Disebut secara khusus perempuan yang dinikahkan dalam ijab dan qabul.
iv. Didengar oleh 2 orang saksi lelaki yang faham maksudnya.
v. Tidak ada taklik.
vi. Tidak ada batasan waktu. Tidak sah sekiranya ada batasan waktu.
Contohnya: ”aku kahwinkan Fatimah selama seminggu”.
Hikmat disyariatkan berkahwin.
1. Perkahwinan satu sunnah dan ibadat.
2. Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik , kemas dan terurus.
3. Hidup seseorang mempunyai sistem dan sentiasa menjalankan tanggungjawabterhadap
diri dan keluarga dengan sempurna.
3. Perkahwinan dapat membendung serta dapatmemberanteras penyakit sosial tidak
bermaruah, berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan, penzinaan, bohsia dan seks
bebas.
4. Dapat mengadakan perbincangan dan berkasih sayang antara pasangan suami isteri.
5. Berhak antara pasangan suami dan isteri mewarisi harta antara satu sama lain apabila
mati salah seorang
6. Untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia serta mendapat zuriat yang sah di sisi
syarak.
7. Menghubungkan tali persaudaraan sesama Islam.
8. Mengukuhkan ekonomi pasangan.
2.2 Perwalian
Jelaskan pengertian wali, jenis wali, kelayakan wali, kuasa wali, dan wali
hakim
Pengertian Wali

Us Hajida Smkani Besut Page 49


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin perempuan. Wali adalah amat penting
dalam satu akad perkahwinan,tanpa wali sesuatu perkahwinan itu tidak akan sah.
Jenis Wali
i. Wali mujbir
Ialah bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas kepada seseorang gadis Wali
mujbir boleh mengahwinkan anak perempuannya yang masih dara , baik yang sudah cukup
umur / belum cukup umur tanpa perlu meminta izin gadis tersebut.
ii. Wali bukan mujbir :
Wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.
Syarat wali:
1. Baligh. 5. Lelaki
2. Islam. 6. Kerelaan Swndiri
3. Merdeka. 7. Adil
4. Bukan dalam ihram. 8. Waras

Susunan wali .
1. Bapa
2. Datuk
3. Saudara lelaki seibu sebapa.
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sebapa.
6. Anak saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara seibu bapa.
8. Bapa saudara sebapa
9. Sepupu lelaki seibu sebapa
10. sepupu lelaki sebapa.
11. Wali hakim – sultan dan yang dilantik sultan seperti kadi, naib kadi.
(2) Jelaskan syarat perpindahan wali akrab kepada wali ab'ad dan wali nasab
kepada wali hakim.
Perpindahan wali:
Apabila berlaku satu-satu hal yang menyebabkan wali-wali berkenaan tidak dapat
menjalankan tugasnya berpindahlah kuasa itu kepada wali-wali lain mengikut susunan
yang tertentu. Perpindahan wali ada 2 jenis:
Syarat perpindahan wali akrab kepada wali ab’ad:
 Wali itu belum cukup umur
 Wali itu gila
 Wali itu dianggap fasiq.
 Wali itu hamba
 Wali itu bisu/pekak
Syarat perpindahan wali nasab kepada wali hakim:
1. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan.
2. Wali tidak dapat dikesan sama ada hidup atau mati.

Us Hajida Smkani Besut Page 50


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. Wali tinggal jauh lebih dua marhalah


4. Wali dalam penjara atau tahanan.
5. Wali sedang ihram.
6. Wali menyembunyikan diri.
7. Wali enggan mewalikan perkahwinan.
(3) Huraikan syarat sah nikah yang dilakukan wali mujbir.
1. Tiada perseteruan antara wali mujbir dengan gadis.
2. Gadis dengan lelaki yang dinikahinya juga tidak ada permusuhan.
3. Lelaki yang akan dinikahkan dengan perempuan sekufu.
4. Pengantin lelaki sanggup membayar maskahwin kepada gadis yang akan dikahwini.
5. Hendaklah mas kahwin setanding (dengan mahar mithil)
6. Maskahwin itu hendaklah wang yang diperlakukan dalam negeri itu.
7. Bakal suami itu bukan orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya
seperti orang buta/terlalu tua.

(4) Huraikan perkahwinan melalui perwakilan dan pendapat ulama mengenai


syarat sah wakil perkahwinan
Kuasa perwakilan itu berkekalan, maka dia boleh melaksanakan apa yang diwakilkan
kepadanya.
Syarat sah wakil perkahwinan
 Hanafiah berpendapat :
Sah wakil akad nikah dari lelaki dan perempuan apabila kedua-duanya itu
sempurna keahliannya (mukallaf dan merdeka).
 Jumhur Ulama’ :
Tidak sah bagi perempuan mewakilkan kepada orang lain untuk mengahwininya selain dari
walinya sahaja, kerana perempuan itu tidak boleh memiliki kelulusan akad dengan dirinya
sendiri, oleh itu dia tidak boleh mewakilkan kepada orang lain tentang perkahwinan itu
tetapi harus bagi wali mujbir mewakilkan kepada orang lain untuk mengahwini perempuan
itu tanpa izin darinya
Syarat/kelayakan bagi orang yang menjadi wali/wakil wali
 Hendaklah orang lelaki
 Hendaklah yang mukallaf (sempurna akal dan baligh)
 Hendaklah merdeka
 Hendaklah beragama Islam
 Tidak dalam mengerjakan ihram haji atau umrah
 Bukan yang kurang akal
 Wali bukan mujbir tidak harus baginya mewakilkan tanpa keizinan perempuan.
Sekiranya yang mewakilkan bukan mujbir sebelum meminta keizinan, perkahwinan itu
tidak sah pada qaul Sohih kerana wali bukan mujbir itu tidak memiliki kuasa
perkahwinan dengan sendirinya, maka bagaimana dia hendak mewakilkan kepada
orang lain
Sejauh mana kebaikan perwakilan?

Us Hajida Smkani Besut Page 51


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Pendapat Hanafiah
Wakil perkahwinan itu samalah seperti wakil dalam semua jenis akad, maka harus bagi
wakil pada mewakilkannya kepada orang lain, kerana orang yang mewakilkannya itu
telah pun redha.
Hak-hak akad pada perwakilan tentang perkahwinan
1. Kerja-kerja mestilah dilakukan untuk meluluskan kehendak akad seperti penyerahan
dan yang diserahkan, menyempurnakan dan yang disempurnakan.
2. Dituntut isteri menyerahkan diri kepada suaminya dan juga suami dituntut
membayar mas kahwin kepada isterinya (perempuan yang berhak menerima mas
kahwin) dan tidak boleh wakilnya itu menerima kecuali dengan keizinan secara jelas.

2.3 Perempuan Yang Haram Dikahwini


Nyatakan perempuan yang haram dikahwini disebabkan persemendaan dan kerabat.
Perempuan yang haram dikahwini :
1. Haram untuk selama-lamanya (muabad)
 Haram dengan sebab kerabat (keturunan)
 Haram dengan sebab musaharah (persemendaan)
 Haram dengan sebab radhaah (penyusuan)

Larangan dengan sebab persemendaan (musaharah)


i. Emak mertua dan ke atas.
ii. Anak tiri perempuan dan anak-anaknya hingga ke bawah apabila sudah disetubuhi
emaknya.
iii. Menantu perempuan, anak-anaknya dan ke bawah.
iv. Isteri bapa (ibu tiri)dan ke atas.
Larangan dengan sebab kerabat (keturunan)
i. Ibu, nenek dan ke atas.
ii. Anak perempuan, cucu, cicit dan ke bawah.
iii. Adik beradik perempuan seibu sebapa.
iv. Adik beradik perempuan sebapa.
v. Adik perempuan seibu.
vi. Emak saudara sebelah ibu dan ke atas.
vii. Emak saudara sebelah bapa dan adik beradik perempuan kepada datuk(nenek saudara)
viii. Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan seibu sebapa dan ke
bawah.
ix. Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
x. Anak perempuan daripada adik beradik sebapa.

Us Hajida Smkani Besut Page 52


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Larangan sebab penyusuan (rada’ah)


1. Ibu yang menyusukannya sehingga ke atas.
2. Saudara perempuan sesusu dengannya.
3. Semua adik beradik kepada ibu yang menyusukan.
4. Semua adik beradik kepada bapa susuan.
5. Anak-anak cucu yang menyusu itu dengan keluarga ibu susuan.
(b) Nyatakan perempuan yang haram dikahwini kerana susuan dan syarat-
Syarat-syarat haram dengan sebab susuan
i. Penyusu:
Seorang wanita yang masih hidup, berkemungkinan dapat melahirkan anak dan telah
baligh.
ii. Air susu:
Susu yang diberi tidak semesti berbentuk asal boleh diubah menjadi keju, mentega, susu
masam atau yogurt yang penting mestilah masuk dalam rongga dan sampai ke dalam
perut bayi serta mengenyangkan.
iii. Tempat susuan:
Maksud tempat ialah perut bayi yang masih hidup iaitu air susu tersebut masuk ke
dalam rongga dan perut besar sama ada dengan cara hisapan dengan mulutnya sendiri
pada tetek atau dituangkan ke dalam mulut atau diperahkan kemudian di tuang ke
dalam mulut.
iv. Bayi yang disusukan
Belum melebihi dua tahun menurut kiraan hijrah. Sabda Rasulullah s.a.w
‫ال رضاعة إال ىف احلولني‬
v. Bilangan menyusu
Tidak kurang lima kali kenyang dan secara terpisah-pisah.
2. Huraikan perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu (muakkat) .
i. Perempuan yang masih dalam iddah.
ii. Perempuan yang ditalak tiga.
iii. Perempuan yang bersuami.
iv. Perempuan yang hamil hasil perzinaan.
v. Perempuan yang tidak beragama dengan agama samawi.
vi. Dengan mengumpulkan dua beradik atau anak saudara dengan emak saudara dalam
satu masa (permaduan) atau
vii. dengan mahramnya pada satu masa.
viii. Perempuan kelima untuk lelaki yang mempunyai empat isteri.

2.4 Persoalan Semasa Tentang Perkahwinan


(1) Kahwin lari
Ialah perkahwinan yang dilakukan tanpa kebenaran wali mujbir dengan sebab tertentu.
Sebabnya ialah:
(1) kedua ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan anaknya.
(2) Bapa paksa anak gadisnya berkahwin dengan teruna yang tidak dipersetujui oleh anak

Us Hajida Smkani Besut Page 53


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

gadisnya.
(3) Tertipu oleh sindiket yang tidak bertanggungjawab
(4) Mengelak dari diketahui umum
(5) Kerana hendak berpoligami tanpa mendapat kebenaran dari yang berhak memberi
keizinan dan kebenaran.
Hukumnya – tidak sah
Menurut pandangan Islam sah, sekiranya :
(1) tempat dilakukan akad nikah itu jauh dari tempat beradanya wali(lebih dari dua
marhalah)
(2) perkahwinan itu hendaklah dilakukan oleh wali raja (hakim)
(3) sekiranya, menggunakan wali tahkim sedangkan wali hakim ada, hukumnya tidak sah.
Kesan kahwin lari :
1. Penyebab hubungan kekeluargaan antara pasangan dengan ibu bapa, mertua dan kerabat
menjadi renggang serta tidak ada saling hormat-menghormati.
2. Wujudnya konflik dan tersisih akibat membelakangi nasihat, pandangan, dan tidak
utamakan pandangan ikhlas keluarga.
3. Tindakan terburu-buru dan mereka yang ambil keputusan kahwin lari akan
menimbulkan fitnah dan dipandang serong oleh masyarakat.
4. Sebab hubungan kekeluargaan antara pasangan dengan ibu bapa, mertua dan kerabat
menjadi renggang serta tidak ada saling hormat-menghormati.
5. Wujudnya konflik dan tersisih akibat membelakangi nasihat, pandangan, dant tidak
utamakan pandangan ikhlas keluarga.
6. Tindakan terburu-buru dan mereka yang ambil keputuan kahwin lari kan timbulkan
fitnah dan dipandang serong oleh masyarakat.
ii. Prosedur Poligami
(a) Jelaskan sebab-sebab Islam mengharuskan berpoligami. Sejauhmanakah amalan
itu menepati hukum syarak. Atau Terangkan syarat-syarat yang digariskan untuk
membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami.
Pengertian poligami:
Mengahwini perempuan lebih daripada seorang melalui akad nikah yang sah.
Sebab-sebab Islam mengharuskan poligami:
1. Dapat menyambung keturunan kerana isteri pertama tidak dapat memberikan zuriat
2. Dapat melindungi wanita yang tidak bernasib baik
3. Dapat menghindari perbuatan maksiat
4. Dapat membela anak yatim dan janda
5. Isteri mandul
6. Suami yang terlalu kuat nafsu seks
7. Kaum wanita lebih ramai dari kaum lelaki.
Walaupun Islam mengharuskan poligami , namun amalan tersebut bukanlah sesuatu yang
digalakkan dan seseorang yang ingin melakukannya mestilah berjaya memenuhi syarat
tertentu yang ketat, iaitu mampu berlaku adil secara menyeluruh.

Us Hajida Smkani Besut Page 54


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(b)Terangkan syarat-syarat yang digariskan untuk membolehkan seseorang lelaki


itu berpoligami.
Syarat-syarat yang digariskan untuk membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami ialah:
i. Islam dan bertakwa serta memahami konsep poligami mengikut syariat Islam.
ii. Berlaku adil kepada semua isteri dari segi nafkah zahir dan batin (makanan,
pakaian, tempat tinggal dan giliran meniduri isteri).
iii. Berkemampuan dari segi zahir dan batin.
iv. Tidak melebihi 4 orang dalam satu masa.
v. Tidak menghimpunkan antara perempuan itu dengan mahramnya.
Maksud adil dalam poligami:
Pemberian nafkah zahir (makanan , tempat tinggal secara adil kepada isteri-isteri dan
pembahagian nafkah batin iaitu pembahagian bermalam secara adil, meniduri isteri).

iii. Kahwin Mut’ah


Bicangkan pendapat ulama tentang nikah mut’ah.
Pengertian nikah Mut’ah dari segi bahasa:
Seronok dan bekalan yang sedikit atau benda yang digunakan dengan senang hati.
Istilah:
Akad perkahwinan yang dilakukan dengan tujuan berseronok untuk sementara waktu
sahaja dan sesudah cukup tempoh yang dijanjikan mereka bercerai tanpa talak.
Hukum nikah Mut’ah
i. Jumhur ulama : Haram
ii. Ijma’ ulama’ : Nikah mut’ah adalah batal dan haram selamanya.
iii. Syiah : harus.
Pegangan Ulama Syiah
Berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh muslim daripada Sibran yang
mengatakan:
Dalil:
...... ‫ مث مل خترج حىت هناان عنها‬, ‫امران رسول هللا (ص) ابملتعة عام الفتح حني دخلنا مكة‬
Pegangan Ulama Sunni
Berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh ‫ ابن ماجه‬bahawa Rasullullah s.a.w.
bersabda:

‫اي ايها الناس إىن كنت اذنت ىف االستمتاع إال وان هللا حرمها أىل يوم القيامة‬
Kesan hukum nikah mutaah:
 Tidak sah kerana tidak ada wali dan saksi.
 Tidak dikenakan hukuman had kecuali ta’zir.
 Timbulnya masalah hak perlindungan terhadap bekas isteri yang tercerai dengan
sendiri.

Us Hajida Smkani Besut Page 55


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

 Tidak boleh didaftarkan di Jabatan Agama Islam negeri-negeri, masalah timbul apabila
berlaku perceraian iaitu dari segi hak nafkah anak dan hak sepencarian. Begitu juga
masalah akan timbul apabila tuntutan dibuat tentang nafkah yang diabai oleh suami
dengan sengaja.
 Masalah timbul apabila berlaku perceraian mengenai nafkah anak.
 Masalah timbul apabila tuntutan tentang nafkah yang diabaikan oleh suami dengan
sengaja.
Bincangkan keperluan asasi yang wajib ke atas suami terhadap isterinya menurut
undang-udang keluarga Islam di Malaysia.
Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya
ialah:
1. Tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin.
2. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
Dalil:
                    

       


Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di
sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah kepadanya
(sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang
diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah
akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
3. Membayar mas kahwin kepada isteri.
4. Tanggungjawab dari segi kebendaan : iaitu memberi pakaian, tempat tinggal, alat
kebersihan seperti sikat, alat-alat membersih rumah, alat keperluan dapur, perabut,
hamparan dan orang gaji.
5. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
6. Suami mestilah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik kepada isteri mereka
dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa .
7. Memberikan layanan yang baik sama ada dari segi tingkah laku, perbuatan tutur kata
dan contoh tauladan yang baik.
8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
(b) Jelaskan tanggungjawab isteri terhadap suami berserta dalil al-Quran atau hadis.
Dalam sesebuah rumahtangga, isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib
dipenuhi,antaranya ialah:
1. Isteri mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka
selama mana suami itu tidak menyuruh atau melakukan pekara yang bertentangan
dengan agama.
2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa
sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’ contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
              

Us Hajida Smkani Besut Page 56


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

    


Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara
yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta
ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai
Muhammad) kepada orang-orang yang beriman
(Al-Baqarah :223)

3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa


ketiadaannya.
4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan
keizinannya terlebih dahulu.
5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6. Isteri mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan pekara yang
mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
7. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
8. Sentiasa memberi layanan yang baik kepada suaminya.
(c )Tanggungjawab bersama antara suami dan isteri:
1. Tanggungjawab terhadap harta benda:
Disimpan atau dijaga dengan baik seperti wang, emas, perak atau yang bermanfaat
seperti rumah, kenderaaan.
2. Tanggungjawab terhadap anak-anak:
Dipelihara dan dibela dengan baik dengan memberi didikan dengan sempurna serta
nafkah yang sewajarnya dan dinisbahkan (diakui) anak tersebut anaknya.
3. Tanggungjawab terhadap pendidikan:
Bertanggungjawab untuk membentukdan mendidik dengan pendidikan yang sempurna
terutama pendidikan agama dan pendidikan keduniaan.
4. Tanggungjawab terhadap urusan rumahtangga:
Hidup dengan harmoni, kasih sayang, tolong menolong dan percaya mempercayai serta
bergaul dengan cara yang baik.

3. TALAK
3.1 Konsep Talak
3.2 Jenis Talak dan Hukumnya
3.3 Pembubaran Perkahwian
3.4 Persoalan Semasa Tentang Talak
1. Jelaskan konsep talak dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan
hikmat.
Pengertian Talak:
Menurut bahasa : ialah cerai atau melepaskan ikatan.
Menurut istilah : ialah merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai
atau yang mengandungi makna seumpamanya.
Contoh lafaz talak ialah
seperti kata suami kepada isteri "aku ceraikan engkau".
Dalil Talak:

Us Hajida Smkani Besut Page 57


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka
ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu
(dengan betul)
Hukum talak:
I. Wajib : iaitu dalam keadaan tidak ada penyelesaian lain di antara mereka kecuali
bercerai menurut pendapat hakim.
ii. Sunat : iaitu dalam keadaan suami tidak sanggup lagi menanggung nafkah atau si
isteri tidak menjaga kehormatan dirinya.
Iii. Haram: iaitu menjatuhkan talak tidak mengikut peraturan seperti yang telah
ditetapkan syarak.
iv. Makruh: iaitu jika suami menceraikan isteri yang baik dan tidak terdapat apa-apa
kesalahan.
v. Harus : iaitu sebagai hukum asal.

Rukun dan syarat talak


i. Berakal
ii. Baligh
iii. Pilihan sendiri
iv. Niat hendak talak
v. Ada kuasa utuk mentalak
vi. Akad nikah yang sah
vii. Berada dalam kekuasaan suami
Hikmat talak:
1. Memberi peluang memulakan hidup baru dengan pasangan lain yang lebih sesuai.
2. Memberi pengajaran dankeinsafan kepada pasangan tersebut supaya memperbaiki
kesilapan diri masing-masing.
3. Dapat mengurangkan tekanan emosi suami dan isteri dan mendapat ketenangan
apabila masalah dapat diselesaikan dengan baik.
2. Jelaskan Jenis-jenis iaitu talak sunni, talak bid’e, talak ba’in, dan talak raj’i dari
segi hukum dan implikasinya
Berdasarkan kepada Isteri iaitu talak dari segi sunni dan bid'ie
i. Talak sunni
Penceraian yang sunat dilakukan dengan mengikut kaedah-kaedah yang diharuskan
oleh syara’ seperti menceraikan isteri dengan talak satu dalam keadaan suci daripada
haid dan tidak disetubuhi. Atau jika ia menghendaki menceraikan isteri dengan talak
tiga sekalipun hendaklah dengan menceraikannya pada setiap kali suci satu talak.
ii. Talak bid’ie
Penceraian yang dilakukan dengan kaedah yang menyalahi kehendak syara’
i. Menceraikan isteri dalam keadaan haid atau nifas.
ii. Mentalakkan isteri dengan talak 3 sekaligus.
iii. Menceraikan isteri waktu suci yang telah disetubuhi.
iv. Menceraikan isteri yang belum disempurnakan gilirannya.

Us Hajida Smkani Besut Page 58


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hukum talak ini adalah haram tetapi sah.


iii. Talak Raj'ii :
Iaitu talak yang membolehkan suami merujuk kembali isteri yang diceraikan
i. Tanpa memerlukan akad baru selama masih ada iddah
ii. Tanpa dipersetujui atau direstui isteri
iii. Talak satu atau talak dua.
iv. Talak Bain
i. Talak Bain Sughra :
Tidak boleh rujuk kecuali dengan akad baru dan mas kahwin lain iaitu:
i. Talak melalui khuluk
ii. Talak melalui ila'
iii. Talak sebelum dukhul
iv. Talak melalui fasakh
v. Talak yang telah habis tempoh iddah

ii. Talak bain Kubra :


Perceraian yang sudah sempurna tiga talak, semua perhubungan suami isteri
terputus iaitu:
i. Talak tiga
ii. Talak melalui li'an.
v. Talak bukan sunni dan bukan bid'ah
i. Isteri yang masih kecil, belum datang haid : idahnya dikira iddah bulan.
ii. Perempuan yang putus haid : iddah bulan
iii. Perempuan hamil : iddahnya dengan bersalin
iv. Perceraian secara tebus talak.
v. Perempuan yang diceraikan sebelum dukhul, kerana dia tidak beriddah.
Berdasarkan sighah
(a) Soreh
(b) Kinayah
(c) Ta'lik
3. Mengapakah kuasa talak diberikan oleh Allah kepada suami?
1) Talak sebagai tanggungjawab bukan keistimewaan.
2) Perbelanjaan yang besar sewaktu nikah telah dikelurkan oleh pihak lelaki berupa
hadiah, hantaran, mas kahwin dan belanja walimah.
3) Tanggungjawab rumahtangga di atas bahu lelaki.
4) Tanggungjawab perbelanjaan mut'ah, belanja sewaktu iddah dan nafkah terhadap
anak-anak selepas perceraian.
5) Perbelanjaan yang lebih besar untuk berkahwin lain.
6) Sebagai lelaki, suami mempunyai daya tahan yang lebih dalam menghadapi cabaran
kegoncangan rumahtangga.
4. Huraikan pendapat ulama tentang syarat kesaksian dalam kes talak.

Us Hajida Smkani Besut Page 59


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1. Kebanyakan para ulama salaf dan khalaf sependapat bahawa talak sah tanpa saksi
kerana dia adalah hak suami dan tidak perlu disaksikan oleh dua orang saksi. Alasan
mereka: Tidak ada keterangan nafi dari nabi s.a.w dan para sahabat yang menunjukkan
perlu adanya saksi dalam perceraian.Perintah mengadakan penyaksian dalam surah At-
Talaq hanya perintah sunat sahaja bukan perintah wajib.
2. Mazhab syiah berpendapat bahawa saksi dalam perceraian adalah wajib dan perceraian
tanpa saksi tidak sah. Dalil mereka:
           
Maksudnya:
“Maka apabila isteri-isteri telah sampai batas iddah,maka peganglah mereka dengan baik atau ceraikan mereka dengan
baik dan persaksikanlah dengan dua orang lelaki yang adil di antara kamu”. At-Talaq ayat 2.

3. Abu Hanifah r.a mengatakan bahawa saksi dalam perceraian dan rujuk hanya sunat
sahaja. Mengikut pendapat lain pula,Imam Asy-Syafie,adalah sunat dalam kes
perceraian.

3.3 Pembubaran Perkahwinan


Perbandingan antara:
i. Fasakh ii. Khulu’ iii. Ta’lik iv.Faraq
Bil Fasakh Khuluk Tak’liq Faraq
1 Suami isteri berhak Hak isteri meminta Ucapan suami kepada Rukun perkahwinan
menuntut sebab yang daripada suami dengan isteri, kalau kamu pergi, tidak sah
muasabah sebab persetujuan jatuh talak
2 Tidak boleh dirujuk Tidak boleh dirujuk Perkara yang belum Mahkamah yang
kecuali akad yang baru kecuali dengan akad berlaku tetapi mungkin menentukan sah
yang baru akan berlaku kahwin itu
3 Tiada bayaran dengan Isteri dikenakan Isteri yang sah diceraikan Tersilap wali
sebab fasakh bayaran ganti rugi
kepada suami
4 Fasakh tidak Isteri tidak dapat hak Suami hendaklah ada Ada wali tetapi guna
mengurangkan jumlah mut’ah keahlian menajatuhkan wali hakim
talak cerai.
5 Isteri tidak berhak Khuluk akan Llafaz tak`liq tidak boleh Tidak perlu iddah jika
mendapat nafkah mengurangkan jumlah di batalkan apabila telah berkahwin dengan
kecuali tempat tinggal talak diucap pasangan itu juga
6 Membatalkan Isteri tidak berhak Isteri tidak berhak Untuk berkahwin
tanggungjawab suami mendapat nafkah mendapat nafkah tempat dengan lelaki lain
isteri tempat tinggal tinggal perlu menunggu habis
iddah

3.4 Jelaskan Persoalan Semasa Tentang Talak


i. Talak dalam mahkamah:
1. Isteri diceraikan tanpa sebab – suami wajib bayar mut'ah.
2. Perceraian mesti didaftarkan dengan mengisi borang perceraian yang disediakan.
3. Talaq tidak sah sekiranya isteri tidak bersetuju dan permohonan cerai belum
dikemukakan.
4. Qadhi bertindak mendamaikan pasangan, sekiranya gagal boleh diceraikan.
ii. Talak luar mahkamah:
1. Dilafazkan tidak dihadapan qadhi.

Us Hajida Smkani Besut Page 60


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Dari segi syarak – perceraian sah.


3. Dari sudut undang-undang- perceraian tidak diakui.
4. Mahkamah boleh mendakwa pasangan dan dibicarakan serta denda.
iii. Hak hadhanah
Ibu diutamakan bagi hadhanah kerana:
1. Fitrah anak sendiri perlukan kemesraan dan penyusuan ibu
2. Ibu bersifat lemah lembut mampu mendidik anak-anak dengan baik
3. Ibu mampu mengasuh anak dengan kesabaran
4. Ibu mempunyai waktu untuk mengasuh anak berbandingkan bapa.
5. Hak hadhanah bagi lelaki 7 tahun hingga 9 tahun
6. Hak hadha nah bagi perempuan 9 hingga 11 tahun
7. Setelah cerdik anak berhak memilih untuk tinggal bersama ibu atau ayah.
Hilang hak hadhanah
1. Berkahwin dengan lelaki yang tiada pertalian darah dengan anaknya
2. Berkelakuan buruk yang mengancam anaknya
3. Berpindah dengan tujuan menghalang bapa kanak-kanak bertemu anaknya
4. Berpenyakit yang membahayakan kanak-kanak itu
5. Murtad
vi. Talak melalui alat komunikasi elektronik
Keadaan ini tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak
1. Hukumnya Sah
2. Bila disertai dengan niat
3. Dikemukan ke mahkamah syariah untuk mensabitkan talaknya.
v. Tuntutan selepas perceraian
1. Hak kepada mahar yang belum dijelaskan
2. Hak nafkah `iddah
3. Hak terhadap tunggakan nafkah
vi. Kaunseling sebelum perceraian
1. Masalah dapat dikesan dan diatasi pada peringkat awal
2. Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
3. Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri
4. Membina keluarga bahagia
5. Menyelesaikan konflik dengan baik
6. Mengelakkan pertelingkahan

4. IDDAH DAN RUJUK


4.1 Konsep Iddah
4.2 Jenis-jenis Iddah dan Tempohnya
4.3 Persoalan semasa tentang Iddah
4.4 Konsep Rujuk
4.5 Persoalan semasa tentang Rujuk

4.1 Konsep Iddah


(a) Terangkan konsep iddah dari segi pengertian, dalil, bahagian dan tempoh iddah
bagi seorang isteri.

Us Hajida Smkani Besut Page 61


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Pengertian :
Iddah ialah tempoh menanti yang wajib terhadap wnita tertentu yang mana ia telah
ditentukan oleh Allah s.w.t bagi isteri yang kematian suami atau diceraikan oleh suaminya
atau difasakh melalui makamah.
Dalil:
               

             
dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak
(terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan
Yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan
anak Yang dikandungnya. dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan
baginya Segala urusannya.

Hukum beriddah:
Wajib beriddah Sebab
i. Sebab perceraian yang berlaku selepas dukhul dari hasil perkahwinan yang sah sama
ada perpisahan hidup atau sebab kematian.
ii. Sebab wati subhat
iii. Sebab kematian suami, walaupun kematian itu sebelum dukhul.
iv. Sebab berzina menurut pendapat Al-Malikiah dan al-Hanabilah.
Hikmat iddah:
i. Untuk mengetahui sama ada isteri yanmg diceraikan itu hamil atau tidak – elak
percampuran keturunan.
ii. Untuk memanjangkan masa rujuk jika cerai itu talak rajii'
iii. Sebagai penghormatan kepada suami yang meninggal dunia.
4.2 Bahagian Iddah
1. Jelaskan Iddah dan tempohnya
1. Iddah kematian suami.
i) Perempuan mengandung
Iddah bermula dari tarikh kematian suaminya sehingga bersalin.
ii) Iddah perempuan tak mengandung
Iddah 4 bulan 10 hari
2. Iddah bercerai hidup. (huraian seperti dalam soalan 2)
2. Jelaskan jenis-jenis iddah dan tempohnya.
i. Perempuan hamil
Iddahnya ialah sehingga lahir anak yang dikandungnya itu.
ii. Perempuan yang mempunyai haid
Iddahnya ialah 3 kali suci (quru')
iii. Perempuan yang masih kecil dan putus haid

Us Hajida Smkani Besut Page 62


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Idahnya ialah 3 bulan.


iv. Perempuan yang putus haid disebabkan penyakit yang tak diketahui
Tidak boleh berkahwin sehinggalah datang haid.
v. Perempuan yang putus haid dengan sebab penyakit yang diketahui
Iddahnya ialah sehingga ia datang haid. meskipun masanya lama.
vi. Perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi
Tidak ada iddah.
3. Bilakah seseorang lelaki itu wajib beriddah .
1. Suami yang berkahwin 4 dan dicerai salah seorang lalu dia ingin kahwin lagi
seorang maka dia kena bereddah sepertimana isteri yang diceraikan itu
bereddah.
2. Lelaki yang berkahwin dan bercerai lalu ingin berkahwin dengan saudara
isteri yang diceraikan itu.
3. Suami yang bercerai talak 3 dan ingin merujuk semula dengan isterinya.

4. Ulaskan persoalan semasa tentang iddah seperti di bawah.


i. Konsep ihdad dalam Islam
ii. Pergaulan suami isteri sewaktu iddah
iii. Hak isteri semasa iddah
i. Konsep ihdad /al-hadad (berkabung) dalam Islam
Seseorang wanita yang tidak boleh mengenakan sesuatu yang dapat menarik orang lain
untuk menikahinya seperti pakaian yang menarik dan tidak keluar rumah tanpa keperluan
mendesak, setelah kematian suaminya. Iaitu berkabung dari kematian suami selama 4 bulan
10 hari dan berkabung dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu
selama 3 hari sahaja.
ii. Pergaulan suami isteri sewaktu iddah
1. Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami
2. Tidak boleh menerima pinangan dari orang lain
3. Tidak berkahwin dengan orang lain
4. Suami berhak merujuk pada bila-bila masa walaupun tanpa persetujuan
& pengetahuan isteri selagi belum tamat tempoh iddah
iii. Hak isteri semasa iddah
1. Iddah talak raj’i
Suami wajib memberi nafkah makan, kaian dan tempat tinggal
2. Iddah bukan talak raj’i iaitu talak 3 dan khuluk
i. Hamil : Suami wajib memberi nafkah makan, pakaian dan tempat
tinggal
ii. tidak hamil: Suami wajib menyediakan tempat tinggal sahaja.
3. Iddah kematian suami hamil atau pun tidak
Diberika nafkah tempat tinggal. Tidak wajib diberika nafkah makanan dan
pakaian kerana mendapat pusaka peninggalan suaminya.

4.4 Konsep Rujuk

Us Hajida Smkani Besut Page 63


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1. Jelaskan kosep rujuk dari segi pengertian, dalil, hukum, cara dan hikmatnya.
Pengertian rujuk:
Bahasa - Kembali /balik.
Istilah - Mengembalikan ikatan perkahwinan daripada talak selain talak ba’in
dalam tempoh iddah/ Kembali semula hidup bersama dengan bekas
isteri yang telah diceraikan dalam tempoh iddah raj'i.
Dalil mengharuskan/membolehkan dirujuk semula

       


Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus
(isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik

Sabda Rasulullah s.a.w:


‫ وإهنا زوجتك ىف اجلنة‬,‫ فإهنا صوامة قوامة‬,‫ راجع حفصة‬:‫أاتين جربيل فقال‬
Hukum rujuk:
1. Harus:
Secara umum hukum rujuk itu pada asalnya adalah harus.
2. Sunat :
Jika sekiranya talak itu talak ba'in dan juga sekiranya rujuk itu boleh memberi kebaikan
kepada kedua belah pihak.
3. Makruh:
Iaitu jika perceraian itu lebih baik diteruskan dari merujuk kembali.
4. Haram:
Jika rujuk itu menjadi sebab bagi menyakiti atau mendatangkan kemudaratan kepada
isteri tersebut.
5. Wajib:
Bagi suami yang menceraikan salah seorang isterinya sebelum dia menyempurnakan
gilirannya terhadap isteri yang diceraikan itu.
Cara rujuk:
1. Dengan menggunakan lafaz soreh atau kinayah
2. Dengan perkataan tunai iaitu tidak dikaitkan dengan sesuatu seperti ‘saya rujuk awak
kembali sekiranya awak suka.
3. Lafaz rujuk tidak dihadkan dengan waktu, tidak sah rujuk seperti “saya rujuk awak
semula dalam masa sebulan.
Cara rujuk dalam konteks masyarakat hari ini:
1. Rujuk dan penceraian mestilah dilaksanakan di hadapan kadi / hakim di Mahkamah
Syariah.
2. Tujuannya ialah untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini
kerana sebab-sebab tertentu dan untuk mengelakkan timbulnya fitnah dalam
masyarkat
Hikmat rujuk:
1. Untuk memberi kesedaran dan peluang kepada suami menyedari kesilapan dirinya dan
membaikinya.
2. Supaya isteri juga menyedari kelemahannya dan insaf.

Us Hajida Smkani Besut Page 64


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. Supaya masing-masing memikirkan kesilapan masing-masing dan saling bermaaf-


maafan antara mareka serta tidak mengulanginya lagi.
4. Supaya masing-masing bertekad untuk membina hidup baru dan berazam untuk
menunaikan tanggungjawab masing-masing.
5. Supaya berhati-hati dan menjaga hubungan baik dalam keluarga atas ikatan
perkahwinan yang dianugerahkan oleh Allah.
Keadaan yang membolehkan seseorang lelaki merujuk kembali isterinya:
1. Hendaklah isteri yang dicerai itu pernah disetubuhi.
2. Isteri yang dicerai itu tidak ditalak tiga.
3. Isteri yang dicerai itu bukan khuluk.
4. Isteri tersebut masih di dalam iddah.
5. Hendaklah isteri yang dirujuk itu tertentu orangnya.
6. Isteri yang dirujuk itu halal bagi suami yang hendak merujuk.
2. Huraikan syarat-syarat rukun rujuk.
Rukun rujuk:
1. Suami – yang merujuk
2. Isteri – yang dirujuk
3. Sighah
Syarat-syarat suami yang merujuk
1. Berakal tidak gila
2. Baligh
3. Dengan kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Tidak murtad
Syarat-syarat isteri yang di rujuk:
1. Hendaklah isteri yang dicerai itu pernah disetubuhi.
2. Isteri yang dicerai itu tidak ditalak tiga.
3. Isteri yang dicerai itu bukan khuluk.
4. Isteri tersebut masih di dalam idah.
5. Hendaklah isteri yang dirujuk itu tertentu orangnya.
6. Isteri yang dirujuk itu halal bagi suami yang hendak merujuk.
Perkara yang tidak menjadi syarat rujuk:
1. Keredaan perempuan – sepakat para fuqaha'.
2. Memberitahu tentang rujuk itu kepada perempuan.
3. Saksi rujuk
3. Jelaskan pendapat ulama mengenai keperluan saksi dalam kes rujuk.
Keperluan kesaksian dalam kes rujuk.
i. Wajib dipersaksikan dengan dua orang saksi yang adil.
Alasan mereka untuk mengelak daripada keingkaran atau penipuan.
ii . Sunat sahaja,
Alasan Dalilnya: Dalam hadis ibnu Umar, Rasuluiiah s.a.w memerintahkannya
supaya merujuki isterinya dan tidak pula disebut mengenai saksi. Lagi pun telah
terjadi ijmak tidak wajibnya persaksian dalam penceraian. Maka dalam rujuk pun
tidak wajib pesaksian itu. Persaksian juga disunatkan supaya
- Mengelakkan berlakunya pengengkaran iteri apabila tamat tempoh iddah

Us Hajida Smkani Besut Page 65


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

- Mengelak tohmohan tentang pergaulan semula antara suami isteri\


4. Jelaskan persoalan semasa tentang rujuk di bawah
i. Rujuk melalui alat komunikasi elektronik
Sah dan disunatkan persaksian
- Mengelakkan berlakunya pengengkaran iteri apabila tamat tempoh iddah
- Mengelak toh mohan tentang pergaulan semula antara suami isteri
ii. Rujuk tanpa persetujuan isteri
Sah kerana ia adalah hak suami
Sunat beritahu utuk mengelakkan daripada berkahwin lain selepas iddah dan
mengelakkan pertelingkahan.
iii. Prosedur rujuk dalam undang-undang keluarga di Malaysia.
- Pemohon mendapatkan Rekod Perceraian daripada Mahkamah Syariah
- Pemohon melengkapkan borang permohonan rujuk
- Soal selidik oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk dijalankan samada pemohon boleh
rujuk dalam tempoh edah
- Lafaz rujuk diucapkan di hadapan pendaftar Nikah Cerai Rujuk.

Bahagian
MIRaTH
Us Hajida Smkani Besut Page 66
Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

BAHAGIAN B: Mirath dan jenayah

MIRaTH
1. Konsep Mirath
2. Hak-hak dalam harta pusaka
3. Waris
4. Persoalan semasa tentang mirath

1. Huraikan konsep mirath dari segi pengertian, dalil, rukun, sebab, syarat
dan halangan perwarisan.
Pengertian
Bahasa Arab : Pusaka, tinggalan si mati
Istilah fuqaha’ : Barang yang ditinggalkan si mati daripada harta benda dan
hak-hak yang berhak dimiliki oleh waris dengan sebab
kematian waris menurut syara’.
Ilmu mirath : Ialah satu kaedah fiqh dan hisabiah yang boleh diketahui
bahagian harta pusaka si mati bagi setiap waris. Dikenali
juga sebagai ‘ilmu faraid’ iaitu masalah-masalah tentang
harta pusaka.

Dalil disyariatkan mirath/faraid

                    

                   

                     

                  
Maksudnya: Allah mensyariatkan kamu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu
bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian 2 orang anak perempuan, dan jika anak itu
semuanya perempuan lebih dari 2 orang, maka bagi mereka 2/3 dari harta yang ditinggalkan, jika
anak perempuan itu seprang sahaja, anak itu akan memperolehi separuh harta, dan untuk kedua ibu
bapa, bagi masing-masing setiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan, jika yang
meninggal iyu mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat 1/3,
jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat 1/6
(pembahagian-pembahagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau 9dan)
sesudah dibayar hutangnya, (tentang) orang tua kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui
setiap diantara mereka lebih dekat (banyak) manfaatnya bagi kamu, itu adalah ketetapan dari Allah,
sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Us Hajida Smkani Besut Page 67


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. Huraikan sebab seseorang itu mendapat pusaka.


Sebab Kerabat
 Sesiapa yang mempunyai pertalian darah dengan sebab kelahiran,sama ada menerima
pusaka secara fardu sahaja-seperti ibu-atau fardu serta asabah-seperti bapa atau asabah
sahaja seperti saudara.
Penerima pusaka dengan sebab kerabat ialah:
i. Furu’al-bait: anak dan cucu
ii. Usul al-bait: bapa,ibu,dan datuk
iii. Saudara lelaki dan perempuan
iv Bapa saudara dan sepupu lelaki sahaja
Sebab Nikah atau Perkahwinan
 Pernikahan dan perkahwinan yang sah sahaja
 Isteri yang telah diceraikan dengan talak raj’i berhak menerima pusaka ketika masa
iddah
 Isteri yang diceraikan dengan talak bain tidak berhak menerima pusaka sewaktu dia
masih dalam iddah.
Wala’ atau Pemerdekaan
 Sekiranya seorang hamba yang telah dimerdekakan oleh tuannya,dan kemudiannya
meninggal dunia serta meninggalkan harta dan tidak mempunyai waris maka,bekas
tuannya berhak menerima pusaka.
Badan Islam (baitulmal)
 Bagi si mati yang tidak mempunyai waris atau tidak habis pusaka fardunya,maka harta
yang selebihnya perlu diserahkan kepada baitulmal
Syarat-syarat mendapat pusaka
i. Yakin mati mawaris iaitu mesti yakin bahawa orang yang meninggalkan pusaka
sudah mati
ii. Yakin hidup waris selepas kematian mawaris iaitu orang yang berhak menerima
pusaka masih hidup.
iii. Tahu hubungan antara waris dengan si mati iaitu pertalian antara keduanya iaitu
secara keturunan,perkahwinan atau pemerdekaan
iv. Tahu ada pihak yang boleh menguruskan harta iaitu pihak yang boleh menyelesaikan
pusaka itu dengan mengetahui secara terperinci.
4. Huraikan sebab yang menghalang daripada mendapat pusaka.
Sebab perhambaan )‫(الرق‬
i. Salah satu sebab menghalang pusaka mutalaka,sama ada perhambaan itu
sempurna atau tidak kerana hamba itu sendiri adalah milik tuannya.
ii. Maka harta yang dimiliki oleh seorang hamba adalah milik tuannya.
Sebab Pembunuhan )‫(القتل‬
i. Para fuquha’ bersepakat; pembunuhan itu menjadi penhalang untuk mendapat
pusaka mangsa bunuhnya sebagaimana hadis;
‫ ليس للقاتل من املرياث شىء‬: ‫قال رسول هللا‬
Baginda Rasulullah bersabda: tiada untuk si pembunuh itu sedikit pun dari harta pusaka (mangsa yang dibunuh)

Us Hajida Smkani Besut Page 68


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Berlainan Agama
i. Orang bukan Islam tidak boleh menerima harta dari orang Islam dan begitulah
sebaliknya.
ii. Bagi pusaka orang bukan Islam iaitu antara orang yahudi dan nasrani, kedua-duanya
turut tidak boleh menerima harta diantara mereka kerana menurut Imam Malik,
kedua mereka juga dikira berlainan agama
iii. Bagi orang murtad sama ada lelaki atau perempuan,kedua-duanya tidak berhak
menerima pusaka sama ada dari kalangan orang Islam itu sendiri atau dari orang
bukan Islam.
iv. Menurut Imam Hanafi; orang Islam berhak menerima pusaka dari orang yang murtad
dari hata mereka yang diusahakan semasa dia Islam.
v. Sementara Jumhur Ulama; orang yang murtad tidak boleh menerima pusaka orang
Islam begitu juga orang Islam tidak boleh menerima harta dari orang murtad.
Vi. Menurut Imam Hanafiah, iaitu dengan sebab berlain negara )‫(اختلف الدارين‬
Berlainan negara yang mejadi penghalang bagi mendapat pusaka hanyalah
pendapat ulama sahaja apabila berlaku antara orang-orang kafir,bukan antara
orang Islam.
Terdapat 3 jenis berlainan agama:
i. Berlainan hakiki dan hukumi
ii. Berlainan hakiki sahaja
iii. Berlainan hukmi sahaja
Hikmah Disyariatkan Mirath
 Untuk menyampaikan hak dan bahagian kepada orang yang mempunyai hak menerima
pusaka.
 Untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan bertimbang rasa.
 Untuk mengelakkan dari berlakunya penganiayaan terhadap waris.
 Untuk menjamin kehidupan ahli waris.
 Untuk mengekalkan harta dalam keluarga masing-masing dari hilang.
2. Terangkan libiliti dalam harta pusaka iaitu, perbelanjaan pengurusan jenazah,
pembayaran hutang, harta sepencarian, pelaksanaan wasiat dan hak waris.
 Pengurusan jenazah
 Membayar hutang
 Melaksanakan wasiat
 Membahagikan harta pusaka
i. Pengurusan jenazah
 Pendapat jumhur ulama:
Mengurus jenazah dengan cara memandikan, mengkafankan,menyembahyangkan
serta disemadikan dengan cara yang baik.
 Pendapat Hanafiah:
1. Dengan cara sederhana, tidak membazir dan tidak pula kedekut.
2. Mengkafan mayat-sunah nabawiyah:

Us Hajida Smkani Besut Page 69


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Dengan 3 helai kain (lelaki) dan 5 helai kain (perempuan). Kain ini diambil kira tentang
harga mengikut pakaian pertengahan semasa si mati hidup dan bukan pakaian yang
dipakai untuk berhias.
3. Pengurusan jenazah yang dituntut dalam Islam:
Setiap perbelanjaan yang diperlukan oleh si mati dari mula menghembuskan nafas
terakhir sehingga selesai upacara pengebumian boleh diambil dari harta peninggalan
tetapi tidak harus diambil untuk kegunaan perbelanjaan majlis hari kematian kecuali
dengan keredhaan penerima-penerima harta pusaka.
ii. Membayar hutang
 Pembayaran hutang hendaklah didahulukan dari melaksanakan wasiat.
 Hutang terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1. Hutang dengan Allah:-
o Pendapat hanafiah- Gugur dengan sebab mati. Waris tidak wajib menunaikannya
kecuali apabila diwasiatkan.
o Pendapat jumhur ulama- Hutang-hutang Allah wajib ditunaikan dari harta
peninggalan si mati walaupun tidak diwasiatkan.
2. Hutang dengan manusia:-
o Jika orang perseorangan, wajib dibayar kecuali diberi kemaafan.
o Jika berhutang dengan orang ramai, tidak wajib dibayar.
3. Hutang dengan Allah dan manusia:-
o Pendapat Imam Malik dan Imam Hanafi- Jika tidak mampu membayar kedua-
duanya serentak, hendaklah didahulukan hutang manusia dari hutang Allah.
o Pendapat Imam Syafi’i- Dahulukan hutang dengan Allah dari dengan manusia dan
apabila harta itu cukup untuk membayar kesemuanya, hendaklah jelaskan
kesemua hutang sama ada hutang dengan Allah, manusia, atau kedua-duanya.
iii. Melaksanakan wasiat
 Hendaklah mengambil tidak lebih 1/3 dari baki harta yang ditinggalkan olae si mati
selepas pengurusan jenazah dan membayar hutang, bukan dari semua harta si mati.
 Tidak harus melaksanakan wasiat lebih dari 1/3 harta peninggalan si mati kecuali
dengan persetujuan semua waris. Jika semuanya bersetuju, terlaksanalah wasiat, tetapi
jika sebahagian sahaja bersetuju, wasiat boleh dilaksanakan sebahagian sahaja.
iv. Membahagikan harta pusaka/hak waris
 Bahagikan baki harta pusaka setelah melakukan 3 perkara di atas iaitu menguruskan
jenazah, membayar hutang, dan melaksanakan wasiat kepada waris yang berhak
mengikut susunan waris yang berhak menerimanya.
3. Waris
3.1 Jelaskan perbezaan antara ahli waris asabah binafsih, asabah bil-ghair
dan asabah ma'al-ghair.
Pengertian Asabah
Asabah dari segi bahasa : Anak lelaki atau kaum kerabat sebelah lelaki.
Asabah dari segi faraid : Asabah ialah orang yang menguasai harta pusaka kerana dia
menjadi ahli waris tunggal. Selain itu, dia juga menerima
seluruh baki harta pusaka setelah ashabul furudh
menerima dan mengambil bahagia masing-masing.

Us Hajida Smkani Besut Page 70


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

i. Asabah binafsih:
Ialah lelaki yang nasabnya kepada si mati yang tidak termasuk kaum wanita:
1. Kumpulan anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah.
2. Kumpulan bapa iaitu bapa sahaja.
3. Datuk dan adik-beradik lelaki seibu sebapa dan sebapa.
4. Anak saudara lelaki seibu sebapa / sebapa dan ke bawah.
5. Kumpulan bapa saudara seibu sebapa / sebapa.
6. Sepupu lelaki seibu sebapa / sebapa.

ii. Asabah bil ghairi:


Golongan asabah dengan sebab orang lain yang mana kewujudan mereka sebagai ahli
waris asabah dengan tidak langsung. Mereka yang tergolong dalam asabah jenis ini
Terbahagi empat golongan:
1. Seorang anak perempuan / lebih jika bersama anak lelaki.
2. Seorang cucu perempuan / lebih dari anak lelaki jika bersama cucu lelaki dari anak
lelaki.
3. Adik beradik perempuan seibu sebapa jika bersama adik beradik lelaki seibu sebapa.
4. Adik beradik perempuan sebapa jika bersama adik beradik lelaki sebapa.
iii. Asabah ma’al ghairi:
Asabah bersama orang lain dan mereka juga menjadi asabah secara tidak langsung,
terbagi dua kumpulan
1. Adik beradik perempuan seibu sebapa sama ada seorang / lebih. Jika berhimpun
dengan anak perempuan / cucu perempuan dari anak lelaki.
2. Adik beradik perempuan sebapa sama ada seorang / lebih jika berhimpun dengan anak
perempuan / cucu perempuan dari anak lelaki.
3.2 Berikan pengertian al-Hijab dan bahagiannya satu persatu serta sebutkan
susunan waris asabah.
Pengertian
Al-Hijab dari segi bahasa : ialah tegahan.
Dari sudut istilah : ialah menegah seseorang daripada mewarisi harta secara
keseluruhan atau menegah bahagian terbanyak yang patut
diperolehi daripada bahagiannya.
Bahagiam al-hajbu
Hijab terbahagi kepada dua iaitu hijab kerana sifat dan hijab kerana orang lain.
(i) Hijab kerana sifat ialah dengan sebab sesuatu sifat tertentu menyebabkan seseorang
terhalang mewarisi.Ia dapat dibahagikan kepada bahagian berikut hamba, pembunuh dan
kafir.
(ii) Hijab kerana orang lain ialah halangan kerana ada orang lain yang lebih hampir kepada
si mati menyebabkan ia terhalang daripada mendapat pusaka.Hijab jenis ini terbahagi
kepada dua iaitu

Us Hajida Smkani Besut Page 71


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hijab al- Hirman dan Hijab al- Nuqsan.

i. Hijab al- Hirman


Ialah menghalang seseorang daripada mewarisi semua harta,
Contoh:
Terhalangnya cucu lelaki daripada mendapat pusaka apabila ada anak lelaki.
ii. Hijab al- Nuqsan
Ialah menghalang seseorang daripada mendapat bahagian yang banyak yang patut
diperolehinya. Dalam erti lain mahjub nuqsan juga ialah waris yang hanya mendapat sedikit
sahaja bahagian dan harta pusaka. Di mana bahagian mereka yang sepatutnya diterima
banyak telah bertukar atau berpindah kepada bahagian yang lebih kecil.
Contohnya:
Bahagian suami yang sepatutnya mendapat 1/2 asalnya, namun berubah menjadi 1/4
disebabkan si mati meninggalkan anak. Oleh sebab itu anak merupakan mahjub nuqsan
kepada suami.
3. Seorang mati meninggalkan ibu, isteri, datuk , anak dan anak lelaki dengan harta
RM 72,000.00
3 (a) Jelaskan waris yang berhak menerima pusaka apabila berhimpun semua waris
perempuan dan semua waris dari pihak lelaki dan perempuan.
Apabila berhimpun semua waris perempuan yang berhak menerima pusaka:
i. Anak perempuan- ‫نصف‬ (1/2)
ii. Cucu perempuan dari anak lelaki –‫سدس‬ (1/6)
iii. Ibu – ‫سدس‬ (1/6)
iv. Isteri – ‫ثمن‬ (1/8)
v. Saudara perempuan seibu sebapa – asabah

Apabila berhimpun semua waris dari pihak lelaki dan perempuan yang berhak
menerima pusaka:
i. Bapa (1/6)
ii. Ibu (1/6)
iii. Salah seorang dari suami (1/4)
iv. atau isteri (1/8)
v. Anak lelaki dan perempuan asabah

3 (a) Jelaskan waris yang berhak menerima pusaka apabila berhimpun semua waris
perempuan dan semua waris dari pihak lelaki dan perempuan.
Apabila berhimpun semua waris perempuan yang berhak menerima pusaka:
vi. Anak perempuan- ‫نصف‬ (1/2)
vii. Cucu perempuan dari anak lelaki –‫سدس‬ (1/6)
viii. Ibu – ‫سدس‬ (1/6)
ix. Isteri – ‫ثمن‬ (1/8)
x. Saudara perempuan seibu sebapa – asabah

Us Hajida Smkani Besut Page 72


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Apabila berhimpun semua waris dari pihak lelaki dan perempuan yang berhak
menerima pusaka:
vi. Bapa (1/6)
vii. Ibu (1/6)
viii. Salah seorang dari suami (1/4)
ix. atau isteri (1/8)
x. Anak lelaki dan perempuan asabah

4 (a) Senaraikan ketentuan waris bagi waris al-furudh dan al-asabah.


Golongan waris pihak lelaki :
 Bapa
 Datuk dan ke atas
 Adik-beradik
 Suami
Waris bagi pihak perempuan :
 Isteri
 Ibu
 Nenek (ibu bagi ibu)
 Anak perempuan
 Cucu perempuan daripada anak lelaki
 Saudara perempuan seibu sebapa
 Saudara perempuan sebapa
 Saudara perempuan seibu
Jenis waris asabah :
 Asabah binafsih
 Asabah bi ghairih
 Asabah ma`al ghairi
Asabah Binafsih (dengan sendirinya):
 Kumpulan anak lelaki ,cucu lelaki daripada anak lelaki dan kebawah
 Kumpulan bapa iaitu bapa sahaja
 Datuk dan adik-beradik (saudara) lelaki seibu sebapa dan sebapa
 Anak saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa dan ke bawah
 Kumpulan bapa saudara seibu sebapa atau sebapa
 Sepupu lelaki seibu sebapa atau sebapa

Asabah Bil Ghairi (dengan sebab orang lain) :


 Seorang anak perempuan atau lebih jika bersama dengan anak lelaki
 Seorang cucu perempuan atau lebih dari anak lelaki jika bersama cucu lelaki dari
anak lelaki
 Adik-beradik perempuan seibu sebapa jika bersama adik-beradik lelaki seibu
sebapa
 Adik-beradik perempuan sebapa jika bersama adik-berdik lelaki sebapa

Us Hajida Smkani Besut Page 73


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

‘Asabah Ma’al Ghairi (bersama orang lain) :


 Adik-beradik perempuan seibu sebapa, sama ada seorang atau lebih. Jika berhimpun
dengan anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki.
 Adik-beradik perempuan sebapa sama ada seorang atau lebih.jika berhimpun
dengan anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki.
6 (a) Nyatakan keadaan ibu dan datuk dalam penerimaan pusaka.
Keadaan ibu menerima harta pusaka mempunyai dua bahagian iaitu 1/3 dan 1/6
Ibu berhak mendapat 1/3 daripada harta peninggalan jika si mati tidak meninggalkan:
a) Tiada anak lelaki
b) Tiada cucu lelaki daripada anak lelaki
c) Tiada anak perempuan
d) Tiada cucu perempuan daripada anak lelaki
e) Tiada adik beradik sama ada lelaki atau perempuan, sama ada seibu sebapa atau sebapa
atau seibu
Ibu berhak mendapat 1/6 daripada harta peninggalan jika si mati ada meninggalkan:
a) Ada anak lelaki
b) Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki
c) Ada meninggalkan anak perempuan ada meninggalakan cucu perempuan daripada anak
lelaki
d) Ada meninggalkan anak perempuan
e) Ada meninggalkan beberapa orang adik-beradik sama ada lelaki atau perempuan baik
seibu sebapa atau sebapa atau seibu
Datuk berhak mendapat 1/6 daripada harta pusaka jika si mati meninggalkan:
a) Anak lelaki
b) Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki yang bapanya telah tiada
c) 1/6 dan asabah jika ada meninggalkan anak perempuan
d) Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki yang bapanya telah tiada
Datuk berhak mendapat ‘Asabah Binafsi iaitu mereka yang dikenali dengan ahli waris
‘Asabah secara langsung:
a) Nilai dari segi kebapaan seperti bapa datuk dan keatas
b) Datuk tergolong dalam waris ‘Asabah lelaki
7 (a) Sebutkan keadaan suami, isteri, dan anak perempuan dalam menerima harta
pusaka.
Waris ialah mereka yang berhak menerima pusaka si mati yang mestilah dibahagikan harta
tertentu mengikut ketetapan dan bahagian tertentu. Syarat waris:
a) Sudah sah meninggal dunia orang yang diwarisi.
b) Orang yang mewarisi pastinya masih hidup selepas kematian orang yang diwarisi.
c) Ada perhubungan dan pertalian antara orang yang mewarisi dengan orang yang
diwarisi.
d) Mengetahui jenis pihak waris.
Keadaan suami menerima harta pusaka:
a) Suami berhak mendapat ½ daripada harta peninggalan isterinya dengan syarat
isterinya tidak meninggalkan anak lelaki/perempuan atau cucu lelaki/perempuan
daripada anak lelaki.

Us Hajida Smkani Besut Page 74


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

b) Sekiranya isteri meninggalkan anak lelaki/perempuan atau cucu lelaki/perempuan


daripada anak lelaki maka suami berhak mendapat ¼ daripada harta peninggalan
isterinya.
c) Sebagaimana firman Allah: An-Nisa' Ayat 12:

                   
Dan bagi kamu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak
mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta Yang
mereka tinggalkan,

Keadaan isteri menerima harta pusaka:


a) Bagi isteri, ia berhak mendapat ¼ daripada harta peninggalan suami sekiranya suami
tidak ada meninggalkan anak lelaki/perempuan atau cucu lelaki/perempuan daripada
anak lelaki.
b) Sekiranya suami ada meninggalkan anak lelaki/perempuan atau cucu lelaki
/perempuan daripada anak lelaki maka isteri akan mendapat 1/8 daripada harta
peninggalan.
Sebagaimana firman Allah:
                    

       


dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta Yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai
anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari
harta Yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat Yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang
kamu.

Keadaan anak perempuan menerima harta pusaka:


a) Anak perempuan berhak mendapat ½ daripada peninggalan bapa/ibunya dengan
syarat ibu/bapanya tidak meninggalkan anak perempuan lain.
b) Jika terdapat 2 orang atau lebih anak perempuan maka mereka berhak mendapat 2/3
daripada harta peninggalan bapa/ibu sekiranya tidak ada waris anak lelaki.
c) Sebagaimana firman Allah:
d) Anak perempuan menjadi ‘asabah bil ghairi dengan sebab ada anak lelaki .
(b) Selesaikan masalah berikut: Jika si mati meninggalkan bapa, datuk, suami dan
anak perempuan.
a) Bapa berhak mendapat 1/6 + Asabah daripada harta peninggalan anaknya kerana
anaknya meninggalkan anak perempuan.
b) Datuk pula mahjub/terdinding daripada mendapat pusaka kerana ada bapa.
c) Suami berhak mendapat 1/4 daripada harta peninggalan isterinya kerana isterinya
meninggalkan anak perempuan.
d) Anak perempuan pula mendapat 1/2 daripada harta peninggalan kerana ibunya tidak
meninggalkan anak lelaki/perempuan yang lain.

Us Hajida Smkani Besut Page 75


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Contoh Selesaikan Masalah:


1. Asal Masalah 4
1. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri, seorang saudara lelaki seorang
saudara perempuan seibu sebapa dan seorang anak saudara lelaki seibu sebapa.
Waris Fardu Asal masalah Saham
Isteri 1/4 1
Saudara lelaki sebapa asabah 4 1
Saudara perempuan seibu sebapa 1/2 2
Anak saudara lelaki seibu sebapa Mahjub -
2. Seorang mati meninggalkan suami, seorang anak perempuan kepada anak lelaki yang
telah meninggal dunia, dua orang saudara perempuan seibu sebapa dan seorang saudara
lelaki sebapa.
Waris Fardu Asal masalah Saham
Suami 1/4 1
Seorang anak perempuan kepada 1/2 2
anak lelaki
2 saudara perempuan seibu asobah
4 1
sebapa
Seorang Saudara lelaki sebapa terhalang -

2. Asal Masalah 6
3. Dua orang saudara seibu sebapa meninggal serentak dan mereka meninggalkan ibu,
seorang anak perempuan setiap satu dan seorang bapa saudara.

Waris Fardu Asal masalah Saham


Ibu 1/6 1
Anak perempuan 1/2 6 3
Bapa Saudara asabah 2
4. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak perempuan, tiga orang
saudara perempuan seibu sebapa, ibu, dan seorang saudara perempuan seibu yang mahjub.
Waris Fardu Asal Masalah Saham
Dua orang anak perempuan 2/
3 (1/ 2 m) 4
(1/
2 m)

Tiga orang saudara perempuan seibu Asabah 1


sebapa (1/2 m) 6 (1/
2 m)

Seorang saudara perempuan seibu Mahjub (1m) -


Ibu 1/
6 1
(1/2 m) (1/2 m)
Jumlah 6

Us Hajida Smkani Besut Page 76


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

5. Seorang mati meninggalkan suami, ibu dan datuk lelaki

Waris Fardu Asal masalah Saham


Suami 1/2 3
Ibu 1/3 6 2
Datuk lelaki asobah 1

6. Selesaikan masalah berikut apabila isteri meninggal dunia, meninggalkan suami,


ibu, datuk dan bapa
Ahli Furud Kadar Pusaka Asal Masalah Bahagian Diperoleh
Suami 1/2 3
Ibu 1/3 2
6
Datuk Terhujub -
Bapa Asobah 1

2. Asal Masalah 12
7. Seorang mati meninggalkan suami, bapa, ibu, anak perempuan dan anak lelaki.

Waris Fardu Asal masalah Saham


Suami 1/4 3
Bapa 1/6 2
Ibu 1/6 12 2
Anak perempuan asobah
Anak lelaki asobah 5

8. Seorang mati meninggalkan suami, bapa dan anak lelaki.

Waris Fardu Asal masalah Saham


Suami 1/4 3
Bapa 1/6 12 2
Anak lelaki asobah 7

Us Hajida Smkani Besut Page 77


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

4. asal Masalah 18
9. Seorang perempuan meninggalkan suami, ibu, 2 saudara perempuan seibu, saudara
lelaki seibu sebapa, dan mewariskan 1/3 harta kepada anak angkat.
Wasiat sebanyak 1/3 harta kepada anak angkat adalah sah dari segi hukum syarak dan
hendaklah ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan.

Waris Fardu Asal masalah Saham


Suami 1/2 9
Ibu 1/6
18 3
2 saudara perempuan seibu 1/3 4
Saudara lelaki seibu sebapa asobah 2

10. Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, saudara lelaki
seibu sebapa dan saudara lelaki seibu.
Waris Fardu Asal masalah Saham
Suami 1/2 9
Saudara lelaki seibu 1/6 18 3
Saudara Lelaki seibu sebapa asabah 6

5. Asal Masalah 24
11. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan 2 orang cucu perempuan daripada
anak lelaki yang telah meninggal dunia, dua orang isteri, ibu dan seorang saudara
perempuan seibu sebapa.

Waris Fardu Asal masalah Saham


2 orang cucu perempuan kepada anak 2/3 16
lelaki
2 orang isteri 1/8 3
Ibu 1/6
24 4
Seorang perempuan seibu sebapa asobah 1

12. Seorang lelaki meninggalkan isteri, ibu, bapa dan anak perempuan di samping
sejumlah hutang.
Langkah pertama wajib dibayar hutang dahulu dan selebihnya baru di bahagikan harta
pusaka.
Waris Fardu Asal masalah Saham
Isteri 1/8 3
Ibu 1/6 24 4
Bapa 1/6 4
2 anak perempuan 2/3 16

Us Hajida Smkani Besut Page 78


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

13. Seorang mati meninggalkan ibu, isteri, datuk , anak dan anak lelaki dengan harta
RM 72,000.00

Waris Fardu Asal masalah Saham


Ibu 1/6 4X3000
RM12.000
Isteri 1/8 3X3000
RM9.000
Datuk 1/3 24 4X3000
RM12.000
Anak lelaki asobah 13X3000
RM39.000
14. Selesaikan masalah berikut, si mati meninggalkan isteri, seorang anak perempuan dan
bapa
Waris Fardu Asal masalah Saham
Isteri 1/8 3
1 orang anak lelaki 1/2
24 12
Bapa 1/6 + asobah 4+5=9
Fardu+asobah

15. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, anak
perempuan dan saudara perempuan seibu sebapa.

Pewaris Fardhu Asal Masalah Saham


Isteri 1/8 3
Anak perempuan
Saudara perempuan seibu sebapa
1/2
Asabah
24 12
9
Jumlah 24

Us Hajida Smkani Besut Page 79


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

8 (a) Senaraikan waris dari pihak lelaki dan pihak perempuan berasaskan
keutamaan pemilikan harta.
Waris dari pihak lelaki :
1. Anak lelaki 9. Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga
kebawah
2. Cucu lelaki daripada anak lelaki 10. Bapa saudara seibu sebapa
hingga kebawah
3. Bapa 11 Bapa saudara sebapa
4. Datuk dan ke atas 12 Anak lelaki daripada bapa saudara
seibu sebapa
5. Adik beradik lelaki seibu sebapa 13. Anak lelaki daripada bapa saudara
sebapa
6. Adik beradik lelaki sebapa 14. Suami
7 Suami 15. Petuan lelaki kepada hamba
8. Anak saudara lelaki seibu sebapa

Walaubagaimanapun sekiranya semua ahli waris itu masih hidup semuanya , orang yang
berhak menerima pusaka dan mendapat warisan hanya tiga golongan.Selain daripada tiga
golongan itu , semuanya dikira mahjub terdinding.Tiga golongan yang dimaksudkan ialah :
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami
Waris daripada pihak perempuan :

1 Anak perempuan 6 Adik beradik perempuan seibu


sebapa

2 Cucu perempuan daripada anak lelaki 7 Adik beradik perempuan sebapa

3 Ibu 8 Adik beradik perempuan seibu

4 Nenek sebelah bapa dan keatas 9 Isteri atau beberapa orang isteri

5 Nenek sebelah ibu dan keatas 10 Petuan perempuan kepada hamba


Walaubagaimanapun sekiranya semua ahli waris itu masih hidup semuanya , orang yang
berhak menerima pusaka dan mendapat warisan hanya tiga golongan.
Selain daripada lima golongan itu , semuanya dikira mahjub terdinding. Lima golongan itu
ialah :
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan
3. Ibu
4. Isteri
5. Adik beradik perempuan seibu

Us Hajida Smkani Besut Page 80


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

9. Jelaskan persoalan semasa tentang mirath di bawah


i. Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia
ii. Peranan Mahkamah Syariah
iii. Penyelesaian secara muafakat
i. Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia
1. Harta Pusaka Kecil
Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati kurang daripada RM600.000 yang
terdiri daripada harta yang tak alih sahaja, atau campuran antara harta tak alih
dan harta alih
2. Harta Pusaka Besar
Harta yang ditinggalkan oleh si mati melebihi RM600.000 harta tak alih sahaja ,
atau harta alih sahaja atau campuran kedua-duanya atau harta yang kurang
daripada nilaian RM600.000, tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.
3. Harta Pusaka Ringkas
Harta pusaka tanpa wasiat yang ditinggalkan oleh si mati kurang daripada
RM600.000 yang terdiri daripada harta alih sahaja.
ii. Peranan Mahkamah Syariah
Mengeluarkan sijil faraid yang mengandungi nilaian harta si mati, nama-nama
waris yang berhak dan bahagian masing-masing setelah dipohonkan untuk
membahagikan harta pusaka si mati mengikut hukum syarak.

iii. Penyelesaian secara muafakat


Pembahagian secara muafakat hukumnya adalah harus
Iaitu setelah semua mengetahui konsep pembahagian sebenar yang dipersetujui
sebulat suara tanpa paksaan dan ugutan.

Us Hajida Smkani Besut Page 81


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Bahagian

JENAYAH

Us Hajida Smkani Besut Page 82


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

JENAYAH
1. PENGENALAN
2. QISAS, DIYAT DAN KAFFARAH
3. HUDUD
4. TAKZIR
5. PERSOALAN SEMASA TENTANG JENAYAH

1. PENGENALAN
1.1 Konsep Jenayah
Jelaskan konsep jenayah dari segi pengertian, unsur dan sumber penentuan hukum
Pengertian
Segala perbuatan dosa dan tercela. Jenayah juga dikenali dengan ‘jarimah’ iaitu sesuatu
perbuatan yang diharamkan oleh syara’ serta untuk menunjukkan suatu perbuatan dosa
dan keji
Pengertian Istilah Fuqaha’ :
1. Menurut istilah jumhur fuqaha’:
Jenayah ialah sesuatu perbuatan yang diharamkan oleh syara’ sama ada ia dilakukan
terhadap diri manusia dan anggota serta harta seperti membunuh,memukul,memotong
dan mencederakan yang merangkumi semua perbuatan jenayah yang dikenakan
hukuman hudud,qisas dan ta’zir.
2. Menurut pendapat Imam al-Mawardi:
Jenayah ialah segala perbuatan yang diharamkan oleh syara’ atau pengharaman syara’
yang dicegah dengan hukuman hudud,qisas dan ta’zir.
Dalil/Sumber Penentuan Hukum :

                 

      


”dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya
kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami
telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau
Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh
pertolongan (menurut hukum Syarak).

Unsur/Ciri-ciri hukum jenayah Islam :


Ada yang telah ditetapkan oleh oleh syara’ seperti qisas dan hudud dan ada pula yang tidak
ditentukan kadarnya iaitu ta’zir.
1. Hukuman jenayah yang dikenakan had dan qisas telah ditentukan tidak boleh diubah
dan ditukar dan disyariatkan untuk kemaslahatan yang tetap dan tidak akan berubah
dengan sebab masa, keadaan dan tempat.
2. Hukum hudud dan qisas ialah hak Allah sendiri yang telah menetapkannya sama ada
jenayah yang dilakukan oleh penjenayah itu berkaitan dengan hak Allah S.W.T atau hak
manusia.

Us Hajida Smkani Besut Page 83


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. Hukuman yang tidak ditentukan ialah hukuman ta’zir. Bertujuan untuk menjaga
kemaslahatan manusia tetapi ia bersifat nisbi iaitu penetapan dan kadar hukuman
mengikut keadaan,suasana dan tempat juga penilaian hakim terhadap penjenayah.
4. Hukum jenayah Islam juga bersifat adil. Contohnya: mencederakan anggota dihukum
setimpal dan membunuh dikenakan hukuman balas bunuh.
5. Sistem qisas dan hudud dalam Islam bukan bertujuan untuk membalas dendam tetapi ia
berasaskan hak iaitu,untuk memberikan hak manusia yang teraniaya dan hak
masyarakat yang tergugat. Jika pembunuh tidak dihukum bunuh atau tidak dikenakan
balasan, orang lain juga terdorong melakukan perbuatan yang sama dan masyarakat
berada dalam ketakutan. Keadilan terbentuk di sini.
6. Hukum hudud lebih nyata untuk menjaga pencerobohan ke atas hak Allah dan menjaga
kepentingan masyarakat umum. Hukuman qisas pula lebih bercorak hak individu dan
maslahat umum.
7. Hudud dan qisas telah ditentukan kadar dan hukumannya. Ketetapan ini dapat
mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh hakim dan pemerintah serta untuk
memperbaiki keadaan dan kemaslahatan iaitu untuk mengubah sikap penjenayah itu
sendiri.
2. Jelaskan falsafah pensyariatan hukum jenayah dari segi matlamat dan
keistimewaannya.
Matlamat /Keistimewaan di syariatkan hukum jenayah
1. Hukuman jenayah yang ditetapkan bertujuan untuk membasmi dan mencegah
kerosakan. Baik pada diri, agama dan masyarakat serta negara.
2. Untuk memberi pengajaran dan pembalasan yang setimpal demi tujuan kebaikan
dan kemaslahatan.
3. Islam mensyariatkan hukuman jenayah yang bertujuan untuk mencegah dan
memberi pengajaran serta peringatan kepada penjenayah yang dikenakan
hukuman supaya tidak mengulangi buat kali seterusnya.
4. Hukuman jenayah yang ditetapkan adalah bertujuan untuk menakutkan manusia
supaya tidak melakukan kemusnahan dan penderhakaan kepada Allah.
5. Untuk meghapus dosa penjenayah dan melepaskan mereka daripada azab yang
pedih di akhirat.
3. Huraikan konsep penetapan hukum jenayah/ Fungsi undang-undang jenayah.
Konsep Penetapan Hukum Jenayah/Fungsi undang-undang jenayah.
1. Menjaga nyawa dan kehormatan jiwa manusia.
2. Menjaga kewarasan akal.
3. Menjaga agama.
4. Menjaga keturunan dan zuriat.
5. Menjaga harta benda.
Huraian:
(i) Menjaga Nyawa,Kehormatan Dan Jiwa Manusia
Nyawa dan diri setiap manusia ialah milik mutlak Allah. Konsep undang-undang jenayah
Islam untuk menjaga nyawa, dimana membunuh diri dan orang lain dikira berdosa besar
dan mendapat azab yang pedih di akhirat. Oleh itu sesiapa yang membunuh diri dan jiwa
orang lain dengan sengaja dia akan dihukum bunuh di samping dosa besar.

Us Hajida Smkani Besut Page 84


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(ii) Menjaga Kewarasan Akal


1. Undang-undang jenayah Islam bertujuan menjaga akal manusia daripada dirosakkan
atau sengaja digunakan ke arah kemusnahan atau secara tidak betul.
2. Contoh yang jelas, Islam telah mengharamkan arak dan segala benda yang
memabukkan, baik dengan cara, meminum, menyuntik atau menghidunya seperti
minum arak, meyalahgunakan dadah dan menghisap ganja.
3. Untuk membendung gejala tersebut, Islam mewajibkan dan menetapkan hukuman
hudud terhadap peminum arak dan hukuman takzir bagi kesalahan merosakkan
kewarasan akal yang tidak dinyatakan hukumnya dalam nas.
(iii) Menjaga Agama
1. Islam adalah agama yang suci dan umatnya dimuliakan dan terpelihara darah mereka.
2. Islam mewajibkan berperang dan memerangi orang kafir harbi atau sesiapa sahaja yang
menceroboh negara Islam dan tidak boleh berundur sewaktu di medan perang.
3. Dalam konteks lain, undang-undang jenayah berkonsepkan menjaga kesucian agama
daripada dipermainkan.
4. Orang Islam mestilah sentiasa berpegang teguh dengan aqidah dan tidak
memperolokkan agama atau menukarnya dengan agama lain setelah beriman.
5. Islam mewajibkan hukuman bunuh terhadap orang murtad.
(iv) Menjaga Keturunan Dan Zuriat
1. Dalam keadaan lain,undang-undang jenayah Islam bertujuan menjaga nasab dan
keturunan yang baik daripada dinodai dan membersihkan zuriat manusia daripada
bercampur dengan keturunan benih yang tidak baik.
2. Sesiapa yang berzina daripada kalangan lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin
mestilah direjam.
3. Hal ini untuk membersihkan zuriat zina daripada bercampur dengan yang bersih.
Pasangan zina yang bukan muhsan disebat 100 kali.
4. Islam juga menetapkan syarat li’an terhadap suami yang melihat isterinya berzina dan
tiada saksi.
5. Li’an disyariatkan apabila suami menafikan nasab daripada anak yang dikandung oleh
isterinya untuk membersihkan nasab keturunannya.
(v) Menjaga Harta Benda
Undang-undang jenayah membawa konsep untuk menjaga harta benda daripada rompakan,
samun, kecurian dan sebagainya. Dalam undang-undang Islam, orang yang mencuri
mestilah dipotong tangan mereka setelah sabit kesalahannya.
1.2 Klasifikasikan jenis kesalahan jenayah dan ciri perbezaannya
i. Jenayah pembunuhan sengaja,
iaitu suatu tindakan yang dimaksudkan atau diniatkan daripada seseorang penjenayah
mukalaf yang ditujukan kepada mangsanya yang terpelihara darahnya dengan
menggunakan alat atau cara yang pada kebiasaannya boleh membunuh. Contohnya:
Seseorang menikam mangsanya dengan pisau (atau mana-mana contoh yang munasabah)
ii. Jenayah pembunuhan seumpama sengaja
(tiada niat), iaitu suatu perbuatan atau tindakan yang dimaksudkan atau diniatkan oleh
seorang mukalaf untuk membunuh seseorang yang darahnya terpelihara dengan
menggunakan alat atau cara yang pada keseluruhannya tidak boleh membunuh. Contohnya:

Us Hajida Smkani Besut Page 85


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Seseorang memukul mangsanya dengan menggunakan kayu yang kecil atau ringan (atau
mana-mana contoh yang munasabah).
iii. Jenayah pembunuhan tidak sengaja,
iaitu suatu tindakan daripada seseorang yang membunuh orang lain tanpa niat. Contohnya:
Seseorang menembak ke arah seekor binatang buruan tetapi tembakannya itu mengenai
manusia dan membunuhnya (atau mana-mana contoh yang munasabah).
Perbezaan:
Pembunuhan sengaja Pembunuhan separa sengaja Pembunuhan tidak sengaja

1. Qisas – merupakan 1. Diyat yang berat 1. Diyat yang ringan yang


hukum asal. yang ditanggung oleh ditanggung oleh 'aqilahnya.
'aqilahnya.
2 Jika qisas dimaafkan oleh 2. Jika qisas dimaafkan oleh 2. Jika qisas dimaafkan oleh ahli
ahli waris, maka dikenakan ahli waris, maka dikenakan waris, maka dikenakan diyat
diyat yang berat. diyat yang berat. yang ringan.

3. 100 unta  3 jenis 3. 100 unta  3 jenis 3. 100 unta  5 jenis


4. Segera (tunai). 4. Boleh bertangguh dalam 4. Boleh bertangguh dalam masa
masa 3 tahun. 3 tahun.

Persamaan:
1. Dikenakan kafarah.
2. Diharamkan mewarisi harta pusaka mangsanya jika mangsa itu terdiri dari kalangan
ahli waris.
3. Diharamkan menerima wasiat si mangsa jika mangsa itu meninggalkan wasiat
untuknya.
4. Dikenakan diyat.
2. Huraikan konsep qisas, diyat, dan kaffarah dari segi pengertian, dalil,
hukum dan syarat wajib qisas, diyat dan kaffarah.
2.I. QISAS
Pengertian
Ialah suatu pembalasan yang dijatuhkan dan dikenakan ke atas penjenayah sama
seperti tindakan jenayah yang dilakukan terhadap mangsa. Kesalahan bagi hukuman ini
ialah bunuh dengan sengaja tanpa hak dan mencederakan anggota. atau
Persamaan atau ikut. Oleh itu, qisas menurut pengertian bahasa tersebut ialah seseorang
yang melakukan jenayah tertentu akan diikuti dengan hukuman qisas yang sama seperti
yang telah dilakukan terhadap mangsanya. Contohnya mencederakan orang hukuman
qisasnya dengan mencedera juga.
Dalil : firman Allah s.w.t:

‫كتب عليكم القصاص فى القتلى‬


Terjemahan: Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam
perkara yang mati dibunuh. (Surah al-Baqarah 2:178)

Us Hajida Smkani Besut Page 86


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Kesalahan yang dikenakan Qisas


i. Membunuh dan perbuatan yang dianggap membunuh dengan sengaja.
Alat-alat membunuh dan perbuatan yang dianggap membunuh dengan sengaja ialah:
1. Alat yang boleh mematikan pada ghalib (biasa)/alat yang tajam seperti
pedang dan senjata api.
2. Membunuh dengan suatu yang berat seperti tongkat.
3. Membunuh secara langsung seperti menyembelih, melukakan.
4. Mencampak ke tempat kebinasaan seperti menghumban manusia di
lebuhraya yang sibuk dengan kenderaan.
5. Membunuh secara mencekik.
6. Mengurung atau menahan seseorang tanpa memberi makan dan minum.
7. Membunuh dengan perantaraan sebab yang boleh membawa kebinasaan
seperti menggali lubang di jalanraya tanpa kebenaran pemerintah.
8. Berniat untuk melakukan jenayah.
ii. Mencederakan anggota orang lain tetapi tidak membawa kepada kematian.
1. Jenayah dengan sengaja iaitu apa sahaja tindakan yang disengajakan dengan
niat jahat seperti membaling batu untuk mengenakan orang.
2. Jenayah tidak sengaja iaitu apa sahaja tindakan yang dilakukan tanpa niat jahat
seperti membaling batu dengan sengaja tanpa niat untuk mengenakan orang.
iii. Jenis-jenis jenayah memotong atau mencederakan anggota ini ialah :
i. Memutuskan mana-mana anggota badan seperti hidung, jari, bibir, mulut
dan lain-lain.
ii. Menghilangkan kegunaan atau manfaat mana-mana anggota seperti
bercakap, melahirkan anak, berjalan dan lain-lain.
iii. Melukakan mana-mana anggota badan selain muka dan kepala seperti
melukakan tangan, kaki sama ada luka itu dalam atau tidak dalam.

5. Mengugurkan qisas.
Hukuman qisas akan gugur apabila salah satu daripada perkara berikut berlaku.
i. Mautul- Jani (penjenayah itu mati).
Qisas akan gugur dengan sendirinya sekiranya pembunuh telah meninggal dunia kerana
orang yang sudah mati tidak perlu dikenakan hukuman lagi.
ii . Al-Afwa (pengampunan)
semua fuqaha berpendapat jika pembunuh dimaafkan oleh wali maka gugurlah hukuman
qisas. Hukum qisas bukan wajib ditentukan oleh wali dam. Lebih baik wali dam memberi
kemaafan kepada penjenayah.
Syarat pengampunan :
a) Orang yang memberi maaf adalah mukalaf
b) Memaafkan dengan kerelaan hati
c) Kemaafan diberi oleh orang yang mempunyai hak
d) Pengampunan diberi oleh wali darah
iii. As-Sillah (perdamaian).
Dibenarkan oleh syarak di antara wali dengan penjenayah menukarkan hukum qisas
kepada diyat sama ada ganti rugi lebih tinggi, sama atau lebih rendah contoh 100 ekor unta.
Ini mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.

Us Hajida Smkani Besut Page 87


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Syarat-syarat perdamaian:
a) Hukuman ganti halal dalam Islam
b) Hukuman ganti diketahui dengan jelas kedua belah pihak.
c) Hukuman tidak menghalalkan yang haram .
d) Mukallaf dan kerelaan hati.
iv. Arithu addam (mempusakai qisas)
Waris yang berhak menuntut hukuman meninggal dunia terlebih dahulu. Contohnya:
Ahmad telah membunuh bapanya. Ia mempunyai seorang saudara Muhammad yang
berhak menuntut hukum qisas. Namun, Muhammad telah meninggal dunia terlebih dahulu.
6. Halangan/tidak boleh dikenakan hukuman qisas
i. Pembunuh itu bapa kepada anak yang dibunuh.
ii. Pembunuh dan yang dibunuh tidak sekufu tentang keislaman dan
pemerdekaan.
iii. Berkongsi melakukan jenayah tetapi dia tidak hadir ketika berlaku
pembunuhan – Jumhur ulama berpendapat dikenakan takzir.
iv. Mati penjenayah sebelum hukuman dilaksanakan.
v. Waris memaafkan penjenayah.
vi. Pembunuh tidak waras akalnya atau pun masih kanak-kanak.
7. Cara pelaksanaan hukuman qisas.
Pelaksanaan hukuman qisas ada 5 iaitu :
1. Orang yang berhak menuntut hukuman qisas
semua waris sama ada dari kalangan lelaki atau perempuan yang mempunyai pertalian
keluarga dan mendapat pusaka ia berhak menuntut hukuman qisas dijalankan.
syarat-syarat melaksanakan hukuman qisas
i. seorang yang mukallaf
ii. semua waris yang menuntut qisas hendaklah hadir ketika hukuman hendak
dijatuhkan.
iii. hendaklah hakim hadir sama ketika hukuman dijalankan.
iv. hukuman qisas hendaklah dipastikan ke atas orang yang benar-benar
melakukan jenayah.
3. waktu dan tempat melaksanakan hukuman qisas
i. apabila mangsa itu telah meninggal dunia.
ii. tempat melaksanakan hukuman qisas di mana shaja munasabah kerana
tidak ada hadis yang menentukan secara khusus, cuma disebut secara umum
sahaja.
4. cara melaksanakan hukuman qisas
i. jika membunuh menggunakan pedang, maka hukuman bunuh hendaklah
menggunakan alat yang sama
ii. jika membunuh menggunakan alat selain pedang, mengikut Hanafi, Hanbali
dan Syiah Zidiyah, dipancung lehernya dengan menggunakan pedang
berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w (‘Tidak boleh qisas melainkan dengan
pedang’)
iii. mengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki, membunuh hendaklah dibunuh
mengikut cara pembunuhan yang dilakukan. Jika mereka menggunakan
pedang, hendaklah dibunuh dengan pedang, kalau membunuh dengan
membakar hendaklah dihukum dengan membakar, kalau diselam di dalam
air hukumannya adalah selam.

Us Hajida Smkani Besut Page 88


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

5. orang yang menjalankan hukuman qisas


mengikut Jumhur Ulama’, Wali Ad-Dam itu sendiri yang melaksanakan hukuman.
Apabila sudah baligh, jika tidak mampu boleh mewakilkan kepada orang lain.

8. Perkara yang boleh mensabitkan kesalahan membunuh.


Kesalahan membunuh boleh disabitkan jika salah satu daripada perkara ini berlaku iaitu:
1. Ikrar (pengakuan).
Orang yang bersalah mengaku dengan rela hati melakukan jenayah bunuh. Pengakuan
merupakan satu cara yang mudah dan kuat untuk mensabitkan kesalahan kerana ia lebih
tahu peristiwa dan hakikat sebenar. Syarat Pengakuan:
i. Seorang itu telah baligh
ii. Seorang itu telah berakal
iii. Dengan kehendak sendiri
iv. Pengakuan dengan bersungguh-sungguh dan bercakap benar
2. Syahadah (kesaksian).
Boleh disabitkan kesalahan dengan ada keterangan daripada orang yang menyaksikan
kejadian jenayah dengan dua orang saksi. Syarat saksi:
i. Orang yang memberi keterangan hendaklah berakal, sampai umur, mukallaf
ii. Orang yang memberi keterangan seorang Islam dan adil
iii. Orang yang memberi keterangan boleh melihat
iv. Dua orang lelaki
v. Memberi keterangan yang sama di antara dua orang saksi

2.2 DIYAT
Pengertian
Diyat ialah denda berupa harta yang wajib dengan sebab jenayah yang dilakukan ke atas
seseorang sebagai pengganti jiwa dan anggota badan sebagai hukuman qisas.
Kesalahan-kesalahan yang membolehkan diyat.
1. Membunuh dengan sengaja tetapi dimaafkan oleh waris si mati.
Diyat berat (mughallazah) diwajibkan sebagai ganti rugi dari dikenakan hukum bunuh balas
(qisas) yang dimaafkan bagi pembunuhan sengaja.
i. Diyat ini wajib dibayar oleh pembunuh sendiri.
ii. Pembayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh satu tahun tanpa boleh
ditangguhkan.
iii. Umur unta tidak boleh diubah.
iv. Wajib dibahagi seperti di bawah :
a. 30 ekor unta betina (hiqah) yang berumur 3 tahun masuk 4 tahun.
b. 30 ekor unta betina (jaz'ah) yang berumur 4 tahun masuk 5 tahun.
c. 40 ekor unta betina (Khalfah) bunting.
2. Membunuh secara separa sengaja. (syibhul Amdi) diringankan kepada :
i. Kewajipan itu terletak ke atas 'aqilah (keluarga lelaki sebelah bapa yang mukallaf
lagi kaya)
ii. Diyat boleh dibayar oleh keluarga pembunuh secara beransur-ansur selama 3 tahun
iv. Diwajibkan membayar seratus ekor unta (diyat mughalazah) dibahagi tiga:

Us Hajida Smkani Besut Page 89


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

a. 30 ekor unta betina (hiqah) yang berumur 3 tahun masuk 4 tahun.


b. 30 ekor unta betina (jaz'ah) yang berumur 4 tahun masuk 5 tahun.
c. 40 ekor unta betina (Khalfah) bunting.
3. Membunuh secara tidak sengaja diringankan kepada:
i. Kewajipan itu terletak ke atas 'aqilah (keluarga lelaki sebelah bapa yang mukallaf
lagi kaya)
ii. Diyat wajib dibayar oleh keluarga pembunuh secara beransur-ansur selama 3 tahun
iii. Tiap-tiap tahun dibayar sebanyak 1/3 sehingga selesai.
iv. Diwajibkan membayar seratus ekor unta (diyat mukhaffafah) dibahagi lima:
a. 20 ekor unta betina(mahadh) berusia 1 tahun masuk tahun ke dua.
b. 20 ekor unta betina (binti labun) berusia 2 tahun masuk tahun
ketiga.
c. 20 ekor unta betina (hiqah) berusia 3 tahun masuk tahun ke empat.
d. 20 ekor unta betina (jaz'ah) berusia 4 tahun masuk tahun kelima.
e. 20 ekor unta jantan (ibnu labun) berusia 2 tahun masuk tahun
ketiga.
Nilai diyat yang kurang dari sepenuhnya:
i. Diyat orang perempuan ½ diyat sepenuhnya.
ii. Diyat orang Yahudi dan Nasrani 1/3 diyat orang Islam.
iii. Diyat orang Majusi 1/15 diyat orang Islam.
Sistem diyat dalam Kanun Keseksaan jenayah Islam masa kini, tidak menepati sistem
diyat dalam jenayah Islam kerana:
1. Kanun tersebut tidak berasaskan al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w.
2. Sistem denda tersebut tidak diberikan kepada wali atau waris orang yang kena
bunuh tetapi diberikan kepada kerajaan
3 .Kadar denda ditentukan oleh mahkamah berdasarkan merit kesalahan yang
dilakukan dan berdasarkan budi bicara hakim dan bukannya suatu yang telah
ditetapkan seperti dalam undang jinayat Islam yang ditentukan mengikut kadar-
kadar yang tertentu.
4. Di samping denda, penjenayah juga akan dikenakan hukuman penjara dan ini
tidak berlaku dalam undang-undang ISA
5. Dalam undang-undang sivil, hukuman bagi kesalahan membunuh dengan sengaja
tetap dihukum bunuh mandatori walaupun ia dimaafkan oleh ahli keluarga waris.
Untuk mengurangkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan membunuh dengan
sengaja ia hendaklah diampunkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan bukannya waris
atau wali si mati. Ini berlainan dengan jenayah Islam

2.3 KAFFARAH
Pengertian
Kafarah membawa maksud sebahagian pembalasan yang di wajibkan keatas orang-orang
yang melanggar sesuatu larangan di dalam beberapa jenis ibadat dan juga jenayah
,termasuk jenayah pembunuhan.
Pada pendapat sebahagian ulama kifarah juga membawa maksud suatu pembalasan yang
menakutkan sama seperti pembalasan hudud dan ta zir .

Us Hajida Smkani Besut Page 90


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hukum kafarah mengikut pendapat ulama


1. Pada pendapat jumhur fuqaha pembunuhan sengaja tidak di wajibkan kafarah dan
pembunuhan tak sengaja diwajibkan membayar kifarah.
2. Pada pendapat syafie pembunuhan secara sengaja, tak sengaja dan separuh sengaja di
wajibkan membayar kifarah.
3. Pada pendapat Qaul Azhar perempuan yang mukmin perlulah memerdekakan seorang
hamba.selain itu berpuasa selama 2 bulan berturut-turut .memberikan makan 60 orang
miskin.
4. Pada pendapat Malikiah di sunatkan membayar tentang membunuh janin serta wajib
membayar diat ini berlainan bagi pendapat Abi Hanifah ,kerana kifarah itu tidak wajib
kepada pembunuh secara sengaja dan dia wajibkan kifarah itu pada pembunuh tak
sengaja ,dan adalah pada pembunuh janin itu antara sengaja dan tak sengaja,Imam
Malik mengenakan kifarah pada pembunuh janin itu adalah istihsan, bukan wajib.
Syarat wajib kifarah
i. Mazhab Syafie dan Hambali :
Menjadi tanggungjawab pembunuh menjelaskannya
sama ada mukallaf atau pun tidak, muslim atau pun kafir, kecuali kafir harbi sahaja.
ii. Mazhab Maliki :
Kifarah diwajibkan keatas pembunuh sama ada mukalaf atau pun tidak, tidak
diwajibkan keatas pembunuh yang kafir, kerana di samping ia sebagai satu
pembalasan ia juga merupakan sebagai satu ibadah.
iii. Mazhab Hanafi :
Kifarah hanya di wajibkan keatas pembunuh muslim yang mukalaf sahaja orang
kafir tidak terikat dengan apa sahaja yang di namakan ibadah.
Kesimpulannya:
1. Pembunuh beragama Islam.
2. Pembunuh selain kafir harbi.
3. Pembunuh hendaklah mukalaf.
4. Pembunuh hendaklah merdeka.

3. HUDUD
a) Huraikan hudud dari segi pengertian, dalil dan hikmah disyariatkan hudud.
Pengertiaan hudud :
Balasan keseksaan yang telah ditentukan kadarnya mengikut syarak untuk menjaga hak
Allah swt dan hak manusia.
Dalil : Firman Allah :

             
Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. demikian Allah
menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

Us Hajida Smkani Besut Page 91


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hikmat/Keistimewaan/tujuan Pelaksanaan hukum hudud


i. Untuk menjaga manusia dan masyarakat dari membuat kesalahan yang
boleh dikenakan hukuman hudud.
ii. Untuk menjaga manusia dan masyarakat dari melakukan kekacauan.
iii. Untuk menjaga manusia dan masyarakat dari tercemar dengan melakukan
dosa.
iv. Untuk memelihara maruah dan keturunan.
v. Untuk memelihara dan menjaga akal fikiran, harta benda dan kesucian
agama Islam dari dicabuli.
b) Senaraikan Kesalahan Jenayah yang dikenakan hukuman hudud
i. Zina
ii. Qazaf
iii. Meminum arak
iv. Mencuri
v. Hirabah
vi. Murtad/Riddah
vii. Qati’u At-Tariq (Penyamun di jalan/pemberontak)

1. Jenayah Zina

1. Jelaskan pengertian jenayah zina, dalil, rukun dan syaratnya


Pengertian
Zina ialah persetubuhan haram pada faraj wanita dengan kemahuanya sendiri
tanpa hak milik dan hak milik syubhat dan tanpa akad nikah yg sah atau
Menurut pendapat Ibnu Qudamah, perbuatan zina ialah menyetubuhi
perempuan pada faraj secara haram dan tanpa syak dan sebarang syubhat.
Dalil
Firman Allah:

         


Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).
(b) Huraikan syarat wajib had zina.
Syarat wajib had zina.
 Cukup umur
 Waras
 Islam
 Hendaklah seorang yang patuh kepada perintah Allah dan kemahuan sendiri
 Hendaklah wanita itu bukan kafir harbi
 Perempuan yang berzina itu dikalangan orang yang layak dipersetubuhi.
 Zina itu dilakukan dengan anak adam.
 Persetubuhan yang bukan syubhat.
 Perempuan yang melakukan zina masih hidup.

Us Hajida Smkani Besut Page 92


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(c) Huraikan cara mensabitkan jenayah zina secara terperinci.


 Keterangan saksi.
 Pengakuan penzina yang cukup syaratnya.
 Qarinah
1. Keterangan saksi.
Iaitu keterangan yang diberikan oleh 4 orang saksi lelaki yang cukup syaratnya.
Syarat yang perlu ada pada saksi :
- Beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Seorang yang adil
- Seorang yang boleh melihat
- Seorang yang boleh bercakap
- Seorang yang mampu mengingati apa yang telah disaksikan, juga memahami apa
yang dilihat oleh matanya dan bertanggungjawab dengan segala yang diucapkan.
- Tiada halangan untuk menerima kesaksian.
- Empat orang saksi
- Saksi mesti lelaki
- Qadhi berpuas hati dengan kesaksian para saksi
- Kemungkinan berlaku zina
- Mampu menolak dakwaan.
- Kekal kelayakan saksi sehingga hukuman had dilaksanakan
- Saksi mestilah merdeka

 Seandainya saksi tersebut tidak cukup syarat, maka pendakwa mestilah


dikenakan had qazaf iaitu sebat sebanyak 80 kali. Walaupun begitu
ulama’mutajahid berselisih pendapat tentang cara-cara membawa keterangan
dikalangan saksi-saksi.
i. Imam Syafi’I berpendapat bahawa tidak mengapa saksi-saksi datang secara
serentak atau berasingan semuanya dikira sah memberi keterangan. Cara
berasingan lebih baik dari serentak.kerana jika serentak ditakuti bersepakat
untuk memberi keterangan palsu.
ii. Imam Abu Hanifah mestilah datang secara serentak dan tidak boleh datang
secara berasingan.jika datang berasingan,keterangan diangap tidak sah dan
mereka akan dikenakan had qazaf.

2. Pengakuan penzina yang cukup syaratnya


Syaratnya:
 Baligh
 Sempurna akal
 Pilihan sendiri
 Berulangkali membuat pengakuan

Us Hajida Smkani Besut Page 93


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1. Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal,


pengakuan yang dibuat oleh penzina untuk disabitkan kesalahan mestilah
sebanyak 4 kali untuk menyamai 4 orang saksi, selain itu mereka
mestilah memberi keterangan dalam majlis yang berasingan.
2. Pendapat ulama Syafi’i dan sebahagian besar ulama Maliki.
pengakuan yang dibuat oleh penzina tidak semestinya sebanyak 4 kali dan
tidak perlu pada majlis berasingan, pengakuan menjadi sah dah cukup
hanya sekali sahaja.
 Pengakuan dibuat di hadapan Ketua Negara atau dihadapan qadhi yang
mewakilinya.
 Pengakuan dibuat dalam keadaan sedar.
 Pengakuan dari seorang yang mampu berzina.
 Pengakuan dibuat secara lisan.
3. Qarinah
 Menurut pandangan Imam Malik seorang yang sudah jelas bukti dan qarinah
yang menunjukkan ia berzina,mestilah di kenakan had.
 Imam Abu Hanifah ,Imam Syafi’I dan Imam Ahmad berpendapat bahawa qarinah
tidak semestinya dapat diterima dan bukan sebab yang membolehkan seseorang
itu dikenakan had. Mereka berpendapat seorang wanita itu mengandung
mungkin sebab dirogol atau dipaksa melakukan prsetubuhan.
(d) Huraikan syarat dikenakan rejam bagi penzina muhsan.
 Hendaklah sempuna akal.
 Hendaklah mencapai umur baligh.
 Hendaklah seorang yang merdeka.
 Hendaklah seorang yang beragama Islam.
 Hendaklah seorang yang berkahwin shahih.
 Hendaklah seorang dalam perkahwinan shahih dengan cara yang mewajibkan
mandi walaupun tanpa keluar air mani.
 Hendaklah suami isteri itu mempunyai semua sifat di atas itu semasa melakukan
persetubuhan.
(e) Jelaskan hukuman (pembalasan) bagi penzina menurut Islam.
Hukuman bagi penzina:
 Rejam (Penzina muhsan)
 Sebat dan buang daerah (Penzina bukan muhsan)

Rejam dan pendapat ulama


 Sepakat Ulama mengatakan hukuman rejam dengan batu sampai mati
hendaklah dikenakan terhadap pasangan lelaki dan perempuan yang telah
berkahwin dan bersetubuhan (muhsan dan muhsanah) secara sah.

Us Hajida Smkani Besut Page 94


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Dalilnya
hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah:

.... ‫ زان محصن فيرجم‬: ‫ال يحل قتل مسلم إال بإحدى ثالث خصال‬
Tidak halal bunuh orang Islam melainkan didapati melakukan salah satu daripada tiga
perkara : yang muhsan melakukan zina hendaklah direjam dengan batu ….

Hukuman sebatan dan buang daerah serta pendapat ulama.


Hukuman terhadap penzina yang bukan muhsan(teruna dan dara) ialah
sebatan 100 kali. Manakala hamba dikenakan sebatan separuh iaitu 50 kali sebatan.

Dalil
Firman Allah s.w.t:

                

           
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Pendapat ulama dan fuqaha berkenaan buang daerah:
 Hanafiah berpendapat: hukuman buang daerah tidak boleh dihimpunkan
dengan sebat.
 As-Syafi’iah dan Al-Hanabilah berpendapat: hukuman buang daerah setahun
ke tempat yang harus qasar sembahyang dihimpunkan dengan hukuman
sebatan 100 kali.
 Al-Malikiah berpendapat : Lelaki hendaklah dibuang daerah selama setahun,
manakala perempuan tidak boleh dikenakan hukuman buang daerah dibimbangi
berlaku perzinaan yang lain pula disebabkan pembuangan daerah itu.

(f) Huraikan maksud muhsanah.


Maksud muhsanah dalam ayat 4 surah al-nur ialah ‘iffah,iaitu suci dan terpelihara.
Dalam keadaan lain muhsanah dalam ayat 23 surah al-nur dapat dimaksudkan
dengan merdeka dan perempuan muslimah.

Ulama berselisih pendapat tentang maksud muhsanah dan ‘iffah.


1. Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik:
‘iffah ialah tidak pernah berzina sepanjang hidupnya atau bersetubuh walaupun
dalam perkahwinan yang fasid.

Us Hajida Smkani Besut Page 95


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Menurut Imam Syafi’i :iffah dan muhsanah ialah tidak pernah melakukan
zina sebelum dan selepas dituduh zina.
3. Menurut Imam Ahmad :iffah dan muhsanah ialah tidak pernah disabitkan
dengan zina, baik melalui keterangan atau pengakuan dan penyaksian.

Perkara yang dimaksudkan dengan muhsanah.


 Tidak fasiq
 Islam
 Baliqh
 Merdeka

2. Jenayah Qazaf

1. Huraikan al-qazaf dari segi pengertian dan dalil pengharamannya


Pengertian al-qazaf:
Dari segi bahasa ialah melemparkan tuduhan atau lontar atau melepaskan anak panah
daripada busur.
Dari segi istilah pula ialah menuduh seseorang yang suci dan terpuji baik lelaki atau
perempuan dengan tuduhan zina.
Dari segi istilah syara’ ialah menuduh seseorang melakukan zina tanpa pembuktian yang
jelas dan lengkap. contoh : “Engkau penzina atau engkau bukan anak si Anu”

Dalil pengharaman al-qazaf ialah

             
Sesungguhnya orang-orang Yang menuduh perempuan-perempuan Yang terpelihara
kehormatannya, Yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi Yang beriman,
akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa
Yang besar;

2. Jelaskan rukun dan syarat orang yang dianggap telah melakukan qazaf.
Cara untuk mensabitkan hukuman had qazaf ke atas orang yang didakwa ialah
ulama’ fiqh sepakat mengatakan, seseorang itu dikira melakukan qazaf apabila
mempunyai syarat berikut:

i. Lafaz qazaf
Terbahagi kepada 2 iaitu :
- lafaz jelas dan terang
ulama’ sepakat mestilah dikenakan had qazaf sekiranya tidak dapat
mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil dan cukup syaratnya.
Contoh “Engkau penzina”
- lafaz sindiran
ulama’ berselisih pendapat tentang hukumannya iaitu :

Us Hajida Smkani Besut Page 96


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Perselisihan pendapat mengenai lafaz sindiran

1. Imam Abu Hanifah berpendapat


Tuduhan selain zina serta tuduhan zina secara sindiran tidak dikenakan had
qazaf tetapi hanya dikenakan ta’zir.

2. Imam Syafi’e dan Imam Malik berpendapat


sekiranya seseorang itu membuat tuduhan zina secara kinayah, namun ia
berniat dan bertujuan untuk membuat tuduhan zina atau terbukti berniat
menuduh zina, ia sama dengan lafaz tuduhan yang jelas dan terang dan mestilah
dikenakan had qazaf.

ii. Orang yang melakukan qazaf


- waras
- cukup umur

iii. Orang yang dituduh


- seseorang yang suci terpelihara kehormatannya
- masih hidup
- berakal
- cukup umur
- Islam
- Tidak bisu
- Merdeka

3. Huraikan cara untuk mensabitkan hukuman had qazaf ke atas orang yang
didakwa.
1. Kesaksian para saksi.
Jenayah ini disabitkan kesalahannya ke atas penuduh dengan disaksikan oleh dua
orang saksi lelaki sahaja. Syarat bagi saksi sama seperti syarat jenayah zina:
i. Islam
ii. Baligh
iii. Sempurna akal
iv. Bersifat adil
v. Boleh melihat/ tidak buta
vi. Boleh bercakap
vii. Sesorang yang mengingati apa yang dilihat dan didengari.
viii. Tiada halangan daripada pihak kehakiman untuk menerima kesaksian
mereka.
x. Dua orang lelaki
xi. Hendaklah mendengar sendiri tentang tuduhan yang dilemparkan
terhadapnya.

Jenayah qazaf memerlukan aduan tuduhan terlebuh dahulu, tanpa aduan tidak ada
dakwaan yang dapat dibuat oleh pihak kehakiman penuduh.

Us Hajida Smkani Besut Page 97


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Pengakuan penuduh bukan mangsa yang dituduh.


Syaratnya:
i. Pengakuan itu mestilah daripada seorang yang baligh dan sempurna akal.
ii. Pengakuan dibuat dalam bentuk ucapan, bukan tulisan dan isyarat.
Tidak disyaratkan:
i. seorang yang dapat melihat.
ii. Merdeka.
iii. Bilangan tertentu – memadai hanya sekali pengakuan.
iv. Masa tertentu – sah walaupun pengakuan dibuat lewat.
3. Sumpahan.
Maksudnya sama ada sumpahan dari penuduh atau dari mangsa tuduhan, kedua-
duanya harus diminta bersumpah dalam suasana yang tertentu sama ada untuk
mengenakan pembalasan had qazaf ke atas penuduh atau menggugurkannya.
1. Mazhab syafi'i dan setengah al-Hanifah berpendapat
Jenayah qazaf dapat disabitkan dengan sumpahan apabila tiada bukti lain
yang dimiliki oleh mangsa tuduhan.
2. Jumhur ulama berpendapat
Tidak harus mensabitkan jenayah atau menjatuhkan hukuman tersebut
dengan sumpah.
4. Jelaskan hukuman orang yang menuduh zina (qazaf) tanpa dapat
mengemukakan 4 orang saksi
i. 80 kali sebatan sekiranya merdeka dan 40 kali sebatan bagi hamba
ii. Orang yang menuduh zina tidak akan diterima penyaksiannya/ hilang
kelayakan dalam apa jua kes yang melibatkan saksi sehingga ia bertaubat.
iii. Mereka berdosa besar
iv Mereka orang yang fasiq

3. Minum Arak

1. Jelaskan pengertian meminum yang memabukkan, dalil pengharamannya,


hikmah dan sabit had peminum arak.
Pengertian
Dalam bahasa Arab arak di sebut khamr, dan dari segi istilah arak ialah apa sahaja
bahan yang memabukkan sama ada bahan itu diperbuat daripada anggur, barli, nira
kelapa atau sebagainya yang memabukkan orang yang meminumnya walaupun
sedikit.

Us Hajida Smkani Besut Page 98


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Dalil pengharaman arak :

                

             

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada
keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih
besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan
belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu).
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya)
supaya kamu berfikir:
Rukun dan Syarat wajib had peminum arak hendaklah:
1. Seorang yang berakal kecuali bagi orang yang gila.
2. Seorang yang baligh .
3. Seorang yang muslim terkecuali bagi orang yang kafir.
4. Bukan terpaksa meminum dengan sebab tercekik./ keadaan darurat
5. Melakukan dengan kehendak sendiri bukan dipaksa.
6. Tahu bahawa apa yang diminum adalah arak.
7. Berpegang pada mazhab yang mengharamkan benda yang diminumnya/ tahu
tentang pengharamannya.
Hikmah pengharaman:
1. Arak boleh memberi kemudaratan kepada nyawa, tubuh badan harta benda dan
anak pinak.
2. Ia juga boleh menjatuhkan maruah dan martabat seseorang.
3. Ia merupakan punca segala kejahatan, dan menghalang mengingati Allah ketika
sembahyang.
4. Ia boleh membawa kepada permusuhan dan kemarahan antara satu sama lain.
Meminum arak boleh disabitkan dan di kenakan had 40 sebatan sekiranya :
 Ada pengakuan peminum arak itu sendiri dengan syarat yang cukup.
 Disaksikan oleh dua orang saksi lelaki yang adil.
 Bahan yang memabukkan itu dalam bentuk minuman
 Mengambil minuman yang memabukkan itu melalui mulut dan sekurang-
kurangnya sampai ke halkum.
2. Huraikan hukuman yang dikenakan terhadap peminum arak dan syarat
wajib had peminum arak.
Hukuman(pembalasan) meminum minuman yang memabukkan:
1. Berdasarkan sunnah dan amalan para sahabat dalam masa pemerintahan
khulafa' Ar-Rasyidin, tidak ada nas kadang-kadang Rasulullah s.a.w menyebat
dengan kadar yang sedikit dan ada kalanya banyak tetapi tidak melebihi
40 sebatan.
2. fuqaha' : 80 sebatan.
3. As-Syafi'iah : 40 sebatan.

Us Hajida Smkani Besut Page 99


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

4. mencuri

1. Mencuri merupakan kesalahan jenayah hudud. Jelaskan mencuri dari segi


pengertian, dalil, hukuman dan syarat dikenakan hukuman had mencuri.
Erti mencuri:
Mengambil harta orang lain secara sulit atau secara diam dan tersembunyi.
Dalil:
Firman Allah :

             

               
”dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai)
suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
39. maka sesiapa Yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal
usahanya, Sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.

Rukun dan Syarat pencuri dan barang yang dicuri


Syarat pencuri
 Hendaklah mukallaf.
 Berakal.
 Sampai umur.
 Mencuri dengan kehendak sendiri.
 Bukan harta bapanya.
 Bukan dalam keadaan kelaparan dan kebuluran.

Syarat harta yang dicuri:


 Harta itu bernilai pada syarak.
 Sampai nisabnya.
 Disimpan ditempat yang selamat.
 Harta yang dicuri dari jenis yang tahan disimpan dan tidak cepat rosak.
 Harta yang dicuri itu terpelihara, pencuri itu tidak ada hak untuk mengambilnya,
tidak ada takwil dan tidak ada syubhat.
 Pencuri tidak dibenarkan masuk/ada keizinan ke tempat simpanan barang
curian.
 Niat mencuri

Hukuman ke atas pencuri:


Potong tangan kanan. Ulama’ telah sepakat, jika kali kedua dipotong kaki kirinya.
Jika pencuri melakukan pencurian kali ketiga; ulama berselisih pendapat:

Us Hajida Smkani Besut Page 100


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

i. Mengikut pendapat Hanafi:


Tidak dikenakan hukum potong tangan. Hendaklah dikenakan hukuman
membayar ganti rugi serta dikenakan hukuman ta'zir hingga ia bertaubat.
ii. Mengikut pendapat Syafie:
Jika pencuri melakukan kesalahan ketiga, hendaklah dipotong tangan kiri. Jika
diulangi kali kempat potong kaki kanan. Tempat yang dipotong ialah
pergelangan tangan dan kaki.
2. Jelaskan Cara membuktikan jenayah mencuri
Syarat saksi:
 Dua orang saksi lelaki
 Adil, tidak fasik.
 Orang itu sendiri yang melihat.
 Tidak mendahului masa yang lama. ( baru berlaku)
 Dakwaan oleh tuan harta yang sah.
Syarat pengakuan:
 Dibuat pengakuan sendiri oleh pesalah. Tidak ada unsur paksaan.
Abu Hanifah : satu kali pengakuan.
Jumhur : dua kali pengakuan
 Tuan harta membuat dakwaan.
3. Huraikan Perkara yang menggugurkan hukum curi
 Pihak yang kena curi mendustakan pengakuan pencuri
 Pihak yang kena curi mendustakan keterangan saksi
 Pencuri menarik balik pengakuannya. Ini menandakan keraguan. Apabila
bersifat ragu, terlepas hukuman hudud.
 Pencuri memulangkan balik harta curian sebelum dakwaan di buat.
Kedudukan hukuman mencuri:
Ulama sepakat hukum hudud merupakan hak Allah semata. Tidak boleh
dimaafkan apabila sabit kesalahan.
4. Sejauhmanakah pelaksanaan hukum tersebut pada masa kini menepati
kehendak syarak?
Hukuman yang diamalkan oleh mahkamah sama ada Mahkamah Syariah atau
Mahkamah Sivil tidak bertepatan dengan Al-Quran dan as-Sunnah. Mengikut al-
Quran hendaklah dipotong tangan.
Firman Allah :
‫والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما‬
Sedangkan hukuman yang dijatuhkan sekarang ke atas pencuri cuma penjara atau
denda sahaja.

Us Hajida Smkani Besut Page 101


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

5. hirabah

1. Jelaskan pengertian jenayah hirabah, dalil, rukun dan syarat


Pengertian
Sekelompok manusia bersenjata melakukan kekacauan terhadap masyarakat dalam
kerajaan Islam samada dari kalangan orang muslim atau pun kafir, ini termasuklah
mafia, kongsi gelap dan seumpamanya.

Dalil

              

               

              

     


33. Hanyasanya balasan orang-orang Yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana
kerosakan di muka bumi ialah Dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja Dengan tidak
merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki
mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya
mengganggu ketenteraman umum). hukuman Yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi
mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang amat besar.
34. kecuali orang-orang Yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (Mereka terlepas dari
hukuman itu). maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Rukun dan syarat


i. Tempat hirabah
Mereka melakukan tindakan pembunuhan, rampasan harta dan kemusnahan di
tempat orang ramai
ii. Pelakunya membawa senjata yang boleh membunuh
Sekiranya mereka tidak membawa senjata yang boleh membunuh tidak
dinamakan hirabah, seperti membawa tongkat.
iii. Dilakukan dengan terang-terangan
Mereka merampas harta dengan secara paksa dan terang-terangan, kebiasannya
penghirabah ini ada pusat atau markahnya.

2. Huraikan hukuman jenayah hirbah


i. Dibunuh: Apabila perompok membunuh orang yang dirompak
ii. Disalib: Apabila perompak telah mengambil harta membunuh tuannya
iii. Dipotong tangan dan kakinya cara bersilang:

Us Hajida Smkani Besut Page 102


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

4. Riddah
1. Jelaskan pengertian jenayah riddah, dalil, rukun dan syarat
Pengertian
Penolakan dalam kata atau perbuatan oleh orang yang terdahulu pengikut Islam
atau seseorang yang ingin iaitu dengan niat atau sengaja keluar dari agama Islam
dengan memeluk agama lain.
Dalil
Sabda Rasulullah saw
‫من بدل دينه فقتلوه‬
”Sesiapa yang mengubah agamanya (Islam), maka bunuhlah dia”
Rukun dan Syarat
i. Baligh dan berakal
Maka kanak-kanak dan orang gila tidak dianggap murtad kerana
mereka diertggungjawab(tiada taklif). Walau bagaimanapun,
hendaklah bagi wali kanak-kanak tersebut memberikan
pengajarankepadanya dan memintanya bertubat.
ii. Meminta orang yang murtad itu bertaubat.
Tidak boleh menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya sebelum
diminta bertaubat, tetapi hendaklah dibunuh dengan segera
sekiranya tidak mahu bertaubat
iii. Sabit perbuatan murtad tersebut sama ada dengan ikrarnya atau
dengan kesaksian.
Sepakat jumhur ulama mengatakan bahawa kesaksian mestilah
dilakukan oleh dua orang lelaki muslim yang adil.
Hukuman ke atas jenayah riddah
Diminta bertaubat terlebih dahulu, Sekiranya enggan bertaubat,
hendaklah dibunuh dengan segera.

7. bughah

1. Jelaskan pengertian jenayah bughah, dalil, rukun dan syaratnya


Pengertian
Segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap ulul amri iaitu
pemerintah atau kerajaan yang adil iaitu yang menjalankan hukum-hukum syariat
Islam
Dalil
              

                 

Us Hajida Smkani Besut Page 103


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

9. dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara
keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang
zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka
damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah
kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adi

Rukun dan Syarat Bughah


1. Pemerintah: Berpaling daripada melaksanakan ketaatan terhadap pemerintah.
2. Kerajaan yang adil: Hendaklah kerajaan memerintah merupakan kerajaan yang adil.
3. Penafsira agama: Tentangan yang dilakukan bersifat takwil (penafsiran agama).
4. Pemberontak: Terdapatnya niat melakukan jenayah oleh pemberontak.
5. Tindakan zalim: Tentangan berserta tindakan yang zalim.
6. Kumpulan: Pemberontak mempunyai kekuatan sama ada dari sudut bilangan,
persenjataan, material dan sebagainya yang mampu mencetuskan konflik.
7. Ketua pemimpin: Pemberontak mempunyai ketua yang memimpin dan menyokong
pergerakan mereka.

Hukuman Jenayah Bughah


Pemerintah mempunyai hak untuk mencegah perbuatan mereka secara berperingkat.
Bermula dengan rundingan sehinggalah menghalalkan darah pemberontak yang enggan
bertaubat.

4. Persoalan Semasa Tentang Jenayah


1. Rogol
Jelaskan pengertian rogol menurut istilah dan nyatakan hukumannya
terhadap perogol menurut pendapat ulamak.
Pengertian rogol:
Menyetubuhi atau memaksa seseorang wanita melakukan persetubuhan pada
farajnya baik secara memperdayakannya atau tipu muslihat, ugutan atau
mencederakan atau memberi minuman yang memabukkan dengan erti kata lain
tanpa kerelaan wanita itu dan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.
Hukuman:
1. Jumhur ulama’ menetapkan bahawa rogol adalah satu jenayah dan berdosa
besar baik mengikut undang-undang Islam mahupun kanun undang-undang
jenayah.
2. Kanun undang-undang jenayah menetapkan orang yang merogol tidak boleh
diikat jamin, tidak boleh dikompaun dan sesiapa yang di dakwa boleh ditangkap
tanpa waran.
3. Undang-undang jenayah Islam pula, sesiapa yang disabit kesalahan jenayah
rogol dikenakan had salah satu daripada dua bentuk iaitu:
i. Perogol yang muhsan dikenakan had zina dengan direjam sampai mati.
ii. Perogol yang bukan muhsan akan dikenakan sebatan 100 kali. Jumhur
ulamak menetapkan hukuman tersebut haruslah dikenakan terhadap
perogol.

Us Hajida Smkani Besut Page 104


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. liwat
Jelaskan pendapat ulama' terhadap jenayah homoseks/liwat dan lesbian.
Bincangkan kesan negatif perbuatan homoseks.
Homoseks
Dalam Islam lebih dikenali sebagai liwat, yang membawa maksud sesuatu
perbuatan keji yang diluar tabi’i atau menyalahi fitrah semulajadi dengan
melakukan persetubuhan melalui dubur yang dilakukan oleh lelaki samada sesama
lelaki atau lelaki yang menyetubuhi perempuan melalui dubur. Perbuatan liwat juga
berlaku apabila seseorang menyetubuhi binatang.
Lesbian
Ialah wanita yang bersetubuh dan melepaskan syahwat sesama wanita dan
dalam bahasa Arab dikenali dengan perbuatan sihaq atau musahaqah. Hukumannya
ditakzir.
Perbuatan homoseks dan lesbian merupakan suatu jenayah terkutuk, dilaknat dan
berdosa besar. Pendapat Ulamak
1. Jumhur ulama’ selain Abu Hanifah
perbuatan homoseks/liwat sama seperti perbuatan zina dan dikenakan had zina .
2. Mengikut Abu Hanifah
perbuatan homoseks dihukum dengan takzir kerana tiada percampuran nasab.
3. Menurut Imam Malik
orang yang melakukan homoseks dan lesbian hendaklah direjam dan dibunuh.
4. As- Syafi'iah
Hukuman kesalahan liwat ialah had zina, wajib dikenakan hukuman sebat dan
buang daerah.
Kesan-kesan negatif perbuatan homoseks ialah:
1. Masyarakat akan menjadi huru-hara dan kucar-kacir. Pupus dan putus
perkembangan zuriat.
2. Sentiasa hidup di dalam keadaan tidak di rahmati Allah.
3. Akan mendapat dosa besar dan dilaknat Allah.
4. Boleh menyebabkan penyakit kelamin seperti HIV,Aids dan sifilis kepada
individu yang terlibat.
5. Kualiti hidup masyarakat semakin mundur dan menjadikan akidah seseorang
luntur.

3. penyalahgunaan dadah
Apakah ‘illah (sebab) penyalahgunaan dadah diharamkan serta nyatakan
hukuman mereka yang sabit kesalahannya.
Sebab penyalahgunaan dadah diharamkan ialah:
1. Menghayalkan:
Penagihan dadah boleh menghayalkan individu yang menggunakannya, sekali
gus membawa kepada perbuatan-perbuatan mungkar.
Us Hajida Smkani Besut Page 105
Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Memudaratkan kesihatan:
Penyalahgunaan dadah akan menjejaskan kesihatan individu yang
menggunakannya dan mengakibatkan menularnya penyakit-penyakit berjangkit
seperti HIV daripada hasil perkongsian jarum suntikan.

3. Merugikan ekonomi negara:


Produktiviti negara akan berkurangan akibat daripada terlalu ramai yang
menagih dan tidak mampu bekerja.
Hukuman
Tertakluk di bawah hukuman takzir. Walau bagaimanapun, Ta`zir itu adalah dengan
budi bicara dan kebijaksanaan hakim.
Hukuman sebat atau penjara dan hukuman gantung boleh dikenakan ke atas
penjenayah.

4. RAGUT
Ialah menarik, menyentak, merabut dan mencabut dengan paksa atau denga
kekuatan. Kebiasaannya dikaitkan dengan tas tangan. Lazimnya perbuatan ini tanpa
kerelaan mangsa dan ia adalah perbuatan yang salah dan dikatogarikan mencuri
dan sabit kesalahannya dikenakan hukuman jenayah mencuri’

5. MENGAMBIL WANG ORANG LAIN MELALUI TRANSAKSI


ELEKTRONIKI
Iaitu mengambil wang orang lain tanpa diketahui pemunya wang tersebut melalui
transaksi elektronik seperti mesin ATM atau seumpamanya.
Hukum mengambil wang orang lain tanpa diketahui dengan cara transaksi
elektronik adalah sama dengan hukum mencuri wang dengan cara biasa.

6. BERSEKEDUDUKAN
Iaitu mana-mana lelaki Islam yang tinggal bersama sebagai suami isteri dengan
mana-mana perempuan Islam atau bukan Islam tanpa nikah yang sah mengikut
hukum syarak dan perempuan itu bukan muhrimnya dengan sebab keturunan,
persaudaraan, susuan atau peliharaan.
Hukumnya adalah haram

7. MENDATANGI BINATANG
Mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan dengan binatang adalah
perbuatan jijik. Hukumannya adalah ditakzirkan oleh pemerintah dengan perkara
yang boleh menghalang dari melakukannya. Tentang binatang tersebut ulama
berselisih pendapat:
i. Maliki dan Shafie’ah
Boleh disembelih dan halal dagingnya dimakan
ii. Hanafiah
Hendaklah disembelih binatang itu tetapi haram memakan dangingnya.

Us Hajida Smkani Besut Page 106


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

8. RASUAH
Bincangkan amalan rasuah yang biasanya berlaku dalam masyarakat, cara
pencegahan, dan kesan buruk amalan tersebut.
Amalan rasuah.
1. Penyeludupan barangan dari luar negara: Pihak tertentu mengambil
kesempatan untuk memperolehi kekayaan dengan mudah, dengan memberi
perlepasan dalam hal ini.
2. Sogokan berupa wang, hadiah dan seumpamanya : Mereka yang menerimanya
terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko dan kemungkinan yang datang,
kerana mereka telah menerima ganjaran sebagai jaminan kepada pemberi
rasuah.
Cara Pencegahan.
1. Mengetatkan undang-undang : Hukuman yang dikenakan ke atas penerima dan
pemberi hendaklah ditingkatkan (setimpal).
2. Menganjurkan kempen: Kempen-kempen yang dijalankan berorientasikan untuk
memerangi gejala rasuah demi memupuk kesedaran masyarakat dalam hal ini.
3. Membaiki sistem organisasi dan urusan sesuatu institusi : Mewujudkan badan
pemerhati khas, bebas dan berkecuali bagi memantau masalah ini.

Kesan buruk.
1. Melemahkan negara : Dengan adanya gejala ini, reputasi negara akan jatuh
sekali gus melemahkan sistem pentadbiran
2. Berlaku penindasan dan kezaliman : Golongan atasan akan mengambil
kesempatan untuk menindas golongan bawahan denga melakukan amalan
rasuah.
3. Berdosa besar : Merupakan sesuatu gejala buruk dan amalan keji.

3. Huraikan hukuman yang dikenakan terhadap pengamal rasuah.

Kesalahan rasuah tidak ada hukuman yang ditetapkan kecuali pemerintah


(mahkamah) hendaklah mengenakan hukuman ta’zir.
Contoh ta’zir adalah rasuah

Dalil-dalil firman Allah:


‫وال اتكلوا أموالكم بينكم ابلباطل وتدلوا هبا إىل احلكام لتاكلوا فريقا من أموال الناس ابإلمث تعلمون‬
Diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amru

‫لعن رسول هللا الراشي واملرتشي‬


Haram memberi dan menerima rasuah, wajib memulangkan kepada tuannya atau baitulmal
bagi kemaslahatan orang-orang Islam

Us Hajida Smkani Besut Page 107


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

5. takzir.
1. Huraikan pengertian takzir, dalil dan hikmatnya
Pengertian
Hukuman terhadap kesalahan yang tidak diperuntukan oleh syarak dengan
hukuman had dan juga hukuman kaffarah, samada jenayah itu berkaitan:
i. Hak Allah swt seperti meninggalkan solat tanpa sebarang keuzuran
ii. Hak sesama manusia seperti pecah amanah, rasuah dan seumpamanya
Dalil:

                 

        

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) Yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil,
bahawasanya sesiapa Yang membunuh seorang manusia Dengan tiada alasan Yang
membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi,
maka seolah-olah Dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa Yang menjaga
keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah Dia telah menjaga keselamatan hidup
manusia semuanya.
2. Jelaskan kesalahan-kesalahan takzir yang boleh dikenakan hukuman
bunuh.
1. Muslim yang mengintip untuk kepentingan musuh.
2. Kaki botol yang berulangkali.
3. Pencuri yang melampaui batas.(berulangkali).
4. Melakukan penzinaan dengan perempuan mahram / isteri keluarga.
5. Seorang muslim mencaci Rasulullah beberapa kali.
6. Membunuh dengan menggunakan benda berat dan sebagainya di sisi Abu
Hanifah
7. Penjenayah liwat berulang kali melakukan perbuatan di sisi Abu Hanifah.
8. Penjenayah-penjenayah yang tidak dapat dibasmikan kejahatannya melainkan
dengan membunuhnya, seperti penyeru-penyeru kepada bid’ah yang menyalahi
al- Quran dan Sunnah dan perosak masyarakat lslam yang membawa kepada
pecah –belah

3. Jelaskan bentuk hukuman kesalahan takzir


1. Hukuman keseksaan mengenai tubuh badan
Seperti hukuman bunuh dan sebat boleh dikenakan kepada penjenayah
2. Hukuman bentuk sekatan kebebasan
Seperti penjara, buang daerah dan sebagainya.

Us Hajida Smkani Besut Page 108


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Antara dalilnya: Bahawa nabi s.a.w pernah menahan seorang lelaki


kerana tohmahan.Dan ijmak para sahabat tentang hukuman tersebut.Nabi s.a.w
pernah menghukum buang daerah lelaki yang menyerupai wanita (pondan).
3. Hukuman berbentuk seperti nasihat
Seperti amaran, pemisahan tempat tidur, membuat iklan terbuka dan sebagainya.
4. Hukuman berbentuk kerugian harta kekayaan
Seperti bayar ganti rugi, rampasan harta dan sebagainya
4. Huraikan pendapat ulama’ tentang bunuh di tali gantung dan sebat sebagai
ta’zir.
Hukuman gantung:
1. Para fuqaha’:
i. Wajib pemerintah menentukan kesalahan jenayah yang harus dikenakan
hukuman bunuh.
ii. Mereka melakukan ijtihad untuk menentukan kesalahan-kesalahan jenayah
sebelum hukuman gantung dikenakan.
iii. Selain itu,mengharuskan bunuh penjenayah itu sekiranya pesalah melakukan
jenayah berulang kali.
2. Al-Hanafiah dan Al-Malikiah
i. Dihukum gantung untuk memelihara masyarakat dari terjerumus dalam
jenayah.
ii. Boleh dihukum orang yang banyak memaki dan mencerca rasulullah s.a.w.
iii. Bagi orang muslim dikenakan hukuman ini apabila mencela rasulullah s.a.w.
3. Abu Hanifah dan As-Syafi’i
Harus membunuh pengintip rahsia dan harus membunuh orang yang
mengajak orang lain untuk melakukan bid’ah.
4. Jumhur ulama’
Harus membunuh pengintip rahsia
(muslim apabila dia mengintip untuk musuh bagi menentang orang Islam).
5. Kesimpulan:
Hukuman yang dikenakan bunuh di tali gantung:
i. menjadi pengintip rahsia
ii. Liwat
iii. Melakukan perkara bid’ah

Hukuman sebat:
1. Jumhur Ulama’:
Kadar hukuman tidak boleh melebihi sekurang-kurangnya had yang
disyariatkan contoh 40 sebatan dikurangkan menjadi 39 kali sebatan.

Us Hajida Smkani Besut Page 109


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Abu Yusuf:
Sebanyak-banyaknya 75 kali hukuman sebat mengikut kesalahan yang
dilakukan oleh pesalah.

3. Al-Malikiah:
Penentuan had maksimum hukuman sebat terserah kepada ijtihad pemerintah
selagi tidak lebih had yang ditetapkan.

5. Terangkan kes-kes yang dikenakan hukuman tahanan.


1. Dipenjarakan kerana tiada harta untuk membayar imbuhan jenayah yang
dilakukan.
2. Hamba yang lari selama setahun untuk memelihara harta benda tuannya agar
datang menuntut.
3. Orang yang enggan mempertahankan hak orang yang berlindung kepadanya.
4. Pelaku jenayah dipenjarakan untuk mencegah dari melakukan maksiat.
5. Orang yang enggan melakukan tanggungjawab dan melampaui hak
6. Mereka yang enggan dari menunaikan tanggungung jawab Allah.

6. Huraikan perbezaan antara hukuman takzir dengan hukuman hudud.


1. Tentang kadar
Hudud : Hukuman ditentukan oleh syarak tentang kadar dan jenisnya dengan
nas yang soreh.
Takzir : Hukuman tidak ditentukan dan dihadkan oleh syarak- diserahkan
kepada hakim atau pemerintah.
2. Tentang kewajipan perlaksanaan
Hudud dan qisas apabila tidak diberi kemaafan oleh keluarganya wajib
dilaksanakan oleh pemerintah. Pemerintah tidak berhak memberi kemaafan,
pelepasan atau menggugurkan hudud.
Bagi takzir Jumhur ulama' berpendapat jika takzir hak Allah : mesti dilaksanakan
tetapi harus memberi kemaafan. Jika hak individu, individu itu berhak untuk
memberi kemaafan atau tidak. As-Syafi'iah: Hukuman takzir bukanlah wajib
pemerintah laksanakan.
3. Tentang bersepakat dengan asal atau kaedah ' ammah.
Hudud tidak dibezakan walaupun berbeza tubuh badan pelaku jarimah.
Hukuman takzir bersepakat dengan asal atau kaedah 'ammah yang di tetapkan
oleh perbezaan hukuman dengan sebab berlainan kesalahan.
4. Sifat jarimah
Takzir ialah ta'dib dengan diikuti oleh sebab kerosakan bukan kerana maksiat.
Hudud tidak dikenakan kecuali melakukan maksiat.

Us Hajida Smkani Besut Page 110


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

5. Gugur hukuman
Takzir kadangkala gugur hukuman walaupun wajib contoh penjenayah kanak-
kanak atau gila. Hudud tidak boleh gugur.
6. Kesan taubat
Takzir gugur dengan sebab bertaubat hudud tidak gugur.
7. Memelihara suasana yang ringan.
Hukuman hudud dipandang dari jenis kesalahan dan tidak dikira peribadi pelaku
jenayah, takzir dipandang kepada jarimah yang dilakukan dan peribadi orang
yang melakukan kesalahan.
8. Hak Allah dan hak hamba (manusia)
Takzir adakalanya memelihara hak Allah contoh mempersendakan agama Islam
dan adakalanya memelihara hak manusia contoh memaki hamun, hudud pula
semuanya hak Allah.
9. Jaminan kebinasaan
Kebinasaan yang berlaku pada hudud adalah tidak terjamin tetapi jika berlaku
kebinasaan pada takzir wajib dibayar ganti rugi.
7. Jelaskan orang yang berhak atau berkuasa melakukan hukuman takzir
selain pemerintah.
1. Bapa – Berhak mentakzirkan anak-anak yang masih kecil secara takdib bagi
mempelajari ilmu pengetahuan atau berakhlak mulia. Tidak boleh takzir anak
baligh.
2. Penghulu – Boleh mentakzir hambanya tentang hak dirinya dan hak Allah.
3. Suami – Boleh mentakzirkan isterinya secara takdib tentang nusyuz dan
meninggalkan kewajipan terhadap Allah.

8. Perkara Semasa Tentang Ta’zir


Analisiskan persoalan semasa di bawah dari segi ciri dan hukuman yang akan
dikenakan terhadap kesalahan ta’zir.
1. Tidak menghormati Ramadhan
(a) Menjaul kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok
atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta
merta dalam waktu itu atau
(b) Secara terbuka atau di tempat awam di dapati makan, minum atau menghisap
rokok disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan yang
kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
dipenjarakan salama tempoh tidak melebihi atu tahun atau kedua-duanya.

Us Hajida Smkani Besut Page 111


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Tidak menunaikan sembahyang jumaat


Mana-mana orang lelaki yang baligh tidak menunaikan sembahyang jumaat di
masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab
yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
3. Mengembangkan doktrin agama seperti ajaran sesat
Mana-mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain
daripada doktrin atau kepercayaan agama islam di kalangan orang yang beragama
islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.

4. Khalwat
(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan bersama seorang
perempuan atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau
mahramnya atau
(b) Orang perempuan didapati berada bersama seorang perempuan tidak lebih
daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya.

Dimana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam
keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka melakukan perbuatan yang
tidak bemoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

5. Perbuatan tidak sopan ditempat awam


Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan
dengan hukum syarak dimana-mana tempat awam adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

Us Hajida Smkani Besut Page 112


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

HALAMAN
LAMPIRAN

Us Hajida Smkani Besut Page 113


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

KERTAS SOALAN CONTOH


930/1 STPM

SYARIAH
KERTAS 1
(Penggal Pertama)

(PENGAJIAN FIQH)
(Dua Jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGIL PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam
bahagian B. Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Arab.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

Kertas soalan ini terdiri daripada 3 halaman bercetak


Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/1

Us Hajida Smkani Besut Page 114


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Bahagian A: Muamalat dan Munakahat

Jawab dua soalan sahaja

1 (a) Terangkan konsep riba’ dari segi pengertian, dalil dan jenis riba’ [6]
(b) Jerlaskan empat hikmat pengharaman riba’ [8]
(c) Jelaskan hukum dan alasan bagi persoalan-persoalan berikut:
(i) Faedah yang dikenakan pada pinjaman sebagaimana yang diamalkan oleh
perbankan konvensional sekarang. [3]
(ii) Faedah atas akaun simpanan yang dibayar secara tetap oleh pihak bank
[3]

2 (a) Jelaskan konsep wakalah dari segi pengertian, dalil dan rukun serta nyatakan
tiga keadaan yang boleh membatalkan wakalah. [12]
(b) Dengan menyatakan alasan, jelaskan hukum wakalah berikut.
(i) Wakalah mumaiyiz kepada orang dewasa untuk memberi hibah hartanya.
(ii) Wakalah seseorann untuk melaksanakan ibadayh puasanya yang tidak
mampu dilaksanakan.
(iii) Wakalah orang tua yang tidak mampu bermusafir untuk melaksanakan
pereniagaan di luar negara.
(iv) Wakalah seorang wakil terhadap perkara yang telah diwakilkan kepadanya.
[8]

3 (a) Terangkan konsep peminangan dari segi pengertian, dalil dan hukum [6]
(b) Jelaskan tiga hikmat diharuskan peminangan terhadap perempuan yang hendak
dikahwini. [6]

(c) Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003


memperuntukkan:
“Jika seseorang telah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada
secara lisan atau bertulis dan sama ada secara persendirian atau melalui seorang
perantaraan dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa apa-apa
sebab manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang
mungkir adalah bertanggungjawab pemberian-pemberian pertunangan , jika ada, atau
nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau
untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persedian bagi perkahwinan itu, dan yang
demikian boleh dituntut melalui mahkamah.”
Berdasarkan peruntukan di atas, bincangkan pendapat fuqaha mengenai hak yang boleh
dituntut jika berlaku putus tunang.

Us Hajida Smkani Besut Page 115


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Bahagian B: Mirath dan Jenayah

Jawab dua soalan sahaja.

4. (a) Terangkan takrif mirath dan ilmu mirath. [4]


(b) Jelaskan empat hak yang berkaitan dengan harta pusaka. [8]
(c) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka berikut:
(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan ibu, bapa, dan dua orang
anak perempuan dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. [4]
(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang
anak perempuan dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. [4]

5. (a) Jelaskan empat tanggungan harta pusaka sebelum pembahagaian dilalkukan [8]
(b) Selesaikan kes pusaka yang berikut:

Seorang perempuan datang menemui anda untuk menyelesaikan


pembahagian pusaka bekas suaminya yang memiliki 48 hektar tanah
ladang. Si mati meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki, bapa
dan datuk.

(i) Dengan memberikan kadar dan alasan, tentukan waris yang layak
(ii) dan waris yang tidak layak untuk menerima pusaka tersebut. [8]
(iii) Selesaikan pembahagian pusaka tersebut kepada waris si mati. [4]

6. (a) Takrifkan diyat mughallazah dan diyat mukhaffafah. [4]


(b) Jelaskan perbezaan antara diyat mughallazah dengan diyat mukhaffah
dari segi kesalahan dan tempoh bayarannya. [8]
(c) Seksyen 304, Kanun Keseksaan (N.M.B. Bab 45) memperuntukkan:
“barang siapa melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak
terjumlah kepada kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan penjara yang
boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda, jika perbuatan yang
menyebabkan kematian; atau penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun,
atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika perbuatan itu dengan mengetahui
bahawa perbuatan itu mungkin menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang
mungkin menyebabkan kematian.”
Bincangkan sejauh mana sistem denda yang diperuntukkan dalam seksyen di atas menepati
sistem diyat dalam undang-undang jenayah Islam.

Us Hajida Smkani Besut Page 116


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

PRA UNIVERSITI
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
STPM 2013

SOALAN
DAN PANDUAN JAWAPAN

SYARIAH
KERTAS 1
(PENGAJIAN FIQH)

Us Hajida Smkani Besut Page 117


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Soalan 1
(a) Berikan pengertian riba dan kemukan dalil mengenainya. [4]
Jawapan:
Riba ialah sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh atau tambahan
dalam pertukaran barang ribawi.

Dalil pengharaman riba


i. Surah al-Baqarah ayat 275
             

      

ii. Surah al-Baqarah ayat 279


             

    


(b) berikan maksud riba hutang, dan jelaskan dua jenis riba hutang berserta
contohnya. [10]
Jawapan:
Riba yang muncul dari hutang, iaitu lebihan yng terhasil disebabkan tempoh

Dua jenis riba hutang:


i. Riba al-Qard
iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkann ke atas pemberian
jumlah pinjaman pokok

Contoh
A ingin meminam RM1,000 daripada B menetapkan syarat bahawa A wajib
membayar semula hutang tersebut RM1,200.Lebihan RM200 merupkan riba
al-Qard.

ii. Riba al-Jahiliyah


merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah
pokok,yang dikenakan oleh pemberi pijaman kepada peminjam akibatsi
peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah lama dipersetujui.
Contoh
B bersetuju member pinjaman kepada C sebanyak Rm500 dan dikehendakai
membayar kembali satu bulan dri sekarang. Tetapi sekiranya C gagal
membayar hutang B sebelum atau 1 bulan yang telah ditetapka, maka C
dikehendaki membayar B sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100
merupakan riba jenis al-Jahiliyah.

Us Hajida Smkani Besut Page 118


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi kes yang berikut:
i. A telah membuka akaun simpanan salah sebuah bank yang telah
menetapkan bahawa kadar keuntungan ialah sebanyak 5 perats setiap
tahun. [3]

ii. B telah menyimpan sebanyak RM1000,00 di sbuah bank tanpa


menetapkan sebarang keuntungan. Namun begitu, setelah genap setahun
B mendapati bahawa simpanannya telah bertambah sebanyak
RM1100,00. [3]

Jawapannya:
i. Hukum simpanan tersebut adalah haram kerana kadar keuntungan telah ditetapkan
semasa akad atau berlaku riba.

ii. Hukum pertambahan berkenaan adalah harus kerana ia tidak ditetapkan kadarnya
semasa akad atau ia merupakan saguhati menurut budi bicara bank.

Atau jawab seperti di bawah

No Hukum Alasan
Haram Kadar keuntungan telah ditetapkan semasa akad
i
Harus Kadarnya tidak ditetapkan semasa akad
ii

Us Hajida Smkani Besut Page 119


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

SOALAN 2:

(a) Terangkan tiga keadaan yang memerlukan wali hakim. [6]


Jawapan:
Tiga kedaan yang memerlukan wali hakim:
1. Wali engan(wali`Udul)
2. Wali ghaib/hilang
3. Wali bagi sudara baru
4. Wali bagi anak tak saf taraf
5. Wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali nasab
6. Wali berada dlam ihram
7. Wali ditahan dalam penjara
8. Wali berada jauh 2 marhalah atau lebih jauh dari tmpat pernikahan pihak
perempuan
9. Wali belum baligh
10. Perempuan yang tidak diketahui asal usulnya.
11. Wali berkahwin dengan pegantin perempuan

(b) Jelaskan empat syarat yang membolehkan seseorang bapa memaksa anaknya
berkahwin [8]
Jawapan:
Empat syarat yang membolehkan bapa memaksa anaknya berkahwin
1. Tidak ada perseterusan yang nyata di antara bapa dan anak gadisnya
2. Hendaklah calon suaminya itu sekufu/sesuai dengan anaknya
3. Hendaklah suami itu mampu membayar mahar.
4. Anak di bawah jagaan bapa sepenuhnya

(c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi perkahwinan tanpa kebenaran untuk
kes yang berikut:
i. Seorang peremuan berkahwin dengan berwalikan wali hakim di luar mukim
yang jaraknya 45km dari kediaman bapanya. [3]

ii. Seorang perempuan berkahwin di Narathiwat, Thailand tanpa kebenaran


bapanya. [3]
Jawapan:
i. Tidak sah+alasan
ii. Sah+alasan

No Hukum Alasan

i Tidak Sah Jaraknya tidak melebihi 2 marhalah / 90KM ke atas

ii Sah Negara berbeza / lebih dari 2 marhalah

Us Hajida Smkani Besut Page 120


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

SOALAN 3:
(a) Berikan pengertian `iddah dan dua hikmah pensyariatannya. [6]
Jawapan:
Pengertian `iddah:
Masa menunggu seorang wanita untuk mengetahui kebersihan rahimnya dari
jamin,atau untuk beribadad,atau unuk menunjukkan rasa sedih wanita kematian
suaminya.

Hikmah pensyariatan `iddah


1. Untuk memastikan kekosongan rahim supaya tidak bercampuar benih
kerana pada kebiasaanya penceraian hanya erlaku selepas daripada
persetubuhan di mana ia adalah merupakan fitrah manusia.

2. Menunjukkan kepentingan perkahwnan dan memberitahu manusia bahawa


ia adalah suatu perkara yang mempunyai risiko yang mampu merubah
kesemua bentuk akad kerana ia merupakan akad perkongsian hidup

3. Membolehkan perempuan yang kematian suami manzahirkan kesedihan


yang dialaminya kerana kehilangan suami dengan meninggalkan segala
perhiasan diri. Ini adalah satu cara untuk menuaika tanggungjawab, kerana
buknlah menjadi satu perkara yang bermaruah seorang isteri bersegera
berkahwin sebaik sahaja kematian suaminya sekalipun suami belum
menggaulinya.

(b) Jelaskan Empat hak yang diberi kepada seorang isteri yyang diceraikan degan
talak tiga:

Jawapan:
1. Hak kepada mahar yang belum dijelaskan
Firan Allah surah an-Nisa`:19
            

         


“wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kau mewarisi perempuan-
perempuan dengan jalan paksaan, dan jangalah kamu menyakiti mereka(dengan
menahan dan menyusahkan mereka)kerana hendak mengambil balik sebahagian dari
apa yang telah kamu berikan kepadanya,kecuali(apabila) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata”

2. Hak nafkah `iddah


Surah al- Talak 65:6
         

          

Us Hajida Smkani Besut Page 121


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

“Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani `iddahnya tu ditempat kediaman


kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu
yang menyakiti mereka dengan tujuan menyusahkan kedudukan mereka
supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu.”

3. Hak terhadap tunggakan nafkah

Nafkah wajid dibayar kepada isteri apabila berlakunya perkahwinan selama


mana isteri masih taat kepada suami. Nafkah tersebut termasuklah
makan,pakaian, tempat tinggal,perkakas rumah dan lain lain lagi menurut
keadaan dan adat di tempat masing-masing berdasarkan juga kemampuan
suami untuk menyediakan keperluan tersebut. Sekiranya isteri taat kepada
suami dan sentiasa menjaga maruah diri dan rumah tngga kepada
suami,namun begitu, suami gagall menyediakan makan minum isteri dan
keperluan isteri maka akan menjadi hutang kepada suami untuk membayar
nafkah yang tertunggak tersebut.

(c) Dengan memberikan alasan, huraikan hukum bagi kes yang berikut:

i. D yang baru setengah jam bergelar isteri tellah diceraikan oleh suaminya
dengan talak satu sebaik sahaja diberitahu bahawa iterinya pernah
bersekedudukan dengan lelaki lain sebelum perkahwinan mereka.

Jawapan:
Hukum: Tiada iddah
Alasan: Kerana belum berlaku persetubuhan lagi

ii. E meninggal dunia di majlis perkahwinannya dengan isteri kedua dan


disaksikan oleh isterinya yang pertama.

Hukum: Ada iidahnya,


Alasan: sebab kematian suami. Iddah kematian iaitu 4 bulan 10 hari

No Hukum Alasan

i Tiada iddah Kerana belum berlaku persetubuhan lagi

ii Ada iidahnya kematian suami. Iddah kematian iaitu 4 bulan 10


hari

Us Hajida Smkani Besut Page 122


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

SOALAN 4.
(a) Dengan memberikan contoh, terangkan jenis al-hajb. [6]
Jawapan
Jenis al-hajbi
i. Hajbu nuqsan
Pendinding yang boleh mengurangkan bahagian waris lain
Contoh:
Ibu si mati mendapat 1/3 akan mendapat 1/6 jika si mati ada anak
ii. Hajbu hirman
Pendinding seseorang waris daripada mendapat harta musaka secara mutlak
Contoh:
Cucu tidak mendapat harta pusaka disebabkan si mati ada anak lelaki
(b) Jelaskan tiga perbezaan antara al-hajb dengan halangan pewarisan
(al-man’u) [6]

Al-Hajbu Halangan pewarisan (al-Man’u)

Tegahan mendapat pusaka kerana ada waris Tegahan mendapat harta pusaka keraa ada
lain yang lebih hamper atau lebih berhak halangan pewaris seperti pembunuhan

Waris yang dihijab dianggab sebagai waris Waris yang di haling tidak dinggap sebagai
waris

Waris yang dihijab boleh mempengaruhi Waris yang dihalang tidak member kesan
bahagian waris lain kepada waris lain

(c) Huraikan pembahagian harta pusaka bagi kes yang berikut:


i. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, bapa, dan dua orang
anak perempuan [4]

Waris Fardhu Asal Masalah Saham


Suami 1/8 3
24
Bapa 1/6+asobah 1
2 anak perempuan 2/3 2

ii. Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu kepada ibu (nenek
sebelah ibu), dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa [4]

Waris Fardhu Asal Masalah Saham


Suami ½ 3
6
Ibu kepada ibu 1/6 1
3 Saudara lelaki seibu sebapa asobah 2

Us Hajida Smkani Besut Page 123


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

SOALAN 5

(a) Dengan memberikan dalil, terangkan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan
hukuman qisas [8]

Jawapan
Hukuman qisas wajib ke atas penjenayah yang disabitkan melakukan jenayah
i. Pembunuhan dengan sengaja
ii. Jenayah mencederakan dengan sengaja
iii. Menghilangkan anggota badan dengan sengaja
iv. Dalil (surah al-Baqarah ayat 178)

        

(b) Qisas merupakan suatu hak yang boleh diwarisi. Bincangkan pendapat ulama
mengenai pelaksanaan hukuman qisas. [4]

Jawapan:
Antara pendapat mazhab
i. Mazhab syafie:
Pelaksanaan qisas ditangguhkan sehingga umur baligh
ii. Mazhab Hanafi:
Qisas hendaklah dijalankan oleh pemerintah tanpa menunggu baligh
iii. Mazhab Maliki:
Wali atau penjaga bagi pewaris kanak-kanak yang belum baligh berhak
menjalankan hukuman qisas tanpa dikehendaki menunggu balighnya atau
pemrintah/pihak berkuasa boleh jalankan hukuman.

(d) “F telah menumbuk G kerana mencuri kasutnya. Tiba-tiba G rebah dan


disahkan meninggal dunia.”
Huraikan kesalahan jenayah dan jenis diyat bagi kes di atas
Jawapan:
F boleh didakwa:
i. Membunuh tidak sengaja
ii. Kerana tidak berniat membunuh
iii. Tumbukkan biasanya tidak membawa kematian
iv. Dikenakan diyat mukhafafah
v. 100 ekor unta
vi. Bayaran secara beransur-ansur selama 3 tahun
vii. Setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat

Us Hajida Smkani Besut Page 124


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

SOALAN 6

(a) Terangkan syarat pelaksanaan hukuman terhadap jenayah riddah. [9]


Jawapan:
iv. Baligh dan berakal maka kanak-kanak dan orang gil tidak dianggap murtad
kerana mereka diertggungjawab(tiada taklif). Walau bagaimanapun,
hendaklah bagi wali kanak-kanak tersebut memberikan
pengajarankepadanya dan memintanya bertubat.

v. Meminta orang yang murtad itu bertaubat. Tidak boleh mnjatuhkan


hukuman bunuh ke atasnya sebelum diminta bertaubat, tetapi hendaklah
dibunuh dengan segera sekiranya tidak mahu bertaubat

vi. Sabit perbuatan murtad tersebut sama ad dengan ikrarnya atau dengan
kesaksian. Sepakat jumhur ulama mengatakan bahawa kesaksian mestilah
dilakukan oleh dua orang lelaki muslim yang adil.

(b) “H meminta J menjaga kad ATMnya ketika dia menyertai satu ekspedisi ke Gunung
Kinabalu. J mengetahui nombor pin kad tersebut kerana dia yang pernah dibeitahu
oleh H. J telah mengambil sejumlah wang daripada akauan H tanpa pengetahuannya
dengan niat untuk mencuri.”

Jelaskan hukum dan alasan bagi kes di atas. [5]


Jawapan:
Hukum hudud sariqah tidak boleh dilaksanakan ke atas H kerana hirz di sini telah
musnah apabila H memberikan nombor pin dan kad tersebut kepada J. J akan
dihukum dengan hukuman takzir kerana syarat-syarat kepada sabitan jenayah curi
tidak sempurna.

(c) Huraikan perkaitan antara matlamat pensyariatan hudud dengan daruriyyat


al-khamsah. [6]

Jawapan:

Daruriyyat
Pensyariatan hudud al-khamsah.

Menjaga agama
Pengharaman terhadap jenayah murtad.
Menjaga harta
Pengharam terhadap jenayah curi dan rompak
Menjaga maruah
Pengharam terhadap jenayah zina dan qazaf
Menjaga akal
Pengharaman terhadap jenayah meminum minuman yang
memabukkan
Menjaga nyawa
Pengharam terhadap jenayah bunuh, rompak dan baghy

Us Hajida Smkani Besut Page 125


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

PRA UNIVERSITI
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
STPM 2014

PANDUAN
SOALAN DAN JAWAPAN

SYARIAH
KERTAS 1
(PENGAJIAN FIQH)

Us Hajida Smkani Besut Page 126


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Soalan 1
(a) (i) Dengan mengemukakan dalil, berikan pengertian wakalah (2)
(ii) Terangkan rukun wakalah (4)
(b) Jelaskan empat keadaan yang membatalkan akad wakalah (8)
(c) Berikan ulasan anda tentang amalan wakalah dalam pelantikan peguam syarie di
Malaysia (6)
Skema
(a) (i) Pengertian wakalah:

Satu akad di antara dua pihak iaitu pewakil dan wakil di mana pewakil memberi kuasa
kepada wakil untuk melaksanakan sesuatu urusan bagi pihaknya. (1)
ATAU
Akad penyerahan sesuatu urusan kepada orang lain agar dia melaksanakan urusan tersebut
semasa hidupnya.

Dalil:
 Surah al-Kahfi ayat 19
               

              

          
dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama
sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka
menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka
berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang
dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-
mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa
untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh
(semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari
akan hal kamu.

 Surah al-Nisa’ ayat 35


              

        


dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang
tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga
perempuan. jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya
Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui,
lagi amat mendalam pengetahuanNya.

Us Hajida Smkani Besut Page 127


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Surah Ibrahim ayat 12 (1)


                

  


"Dan mengapa pula Kami tidak berserah diri kepada Allah padahal ia telah menunjukkan jalan untuk
tiap-tiap seorang dari Kami menjalaninya? dan Demi sesungguhnya, Kami akan bersabar terhadap Segala
perbuatan kamu menyakiti kami. dan Dengan Yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya
berserah diri orang-orang Yang mahu berserah".

(ii) Rukun wakalah:


(i) Pewakil
(ii) Wakil
(iii) Perkara yang diwakilkan
(iv) Sighah
(4)
(b) Empat keadaan yang boleh membatalkan akad wakalah:
(i) Mati salah seorang – huraian atau contoh.
(ii) Hilang keahlian salah seorang – huraian atau contoh.
(iii) Perkara atau benda yang diwakilkan tidak menjadi milik pewakil lagi atau
bukan di bawah jagaannya – huraian atau contoh.
(iv) Barang yang diwakilkan rosak – huraian atau contoh.
(v) Pewakil memecat wakil – huraian atau contoh.
(vi) Wakil menarik diri – huraian atau contoh.
(vii) Selesai tugasan yang diwakilkan – huraian atau contoh.
(viii) Muflis
(ix) Murtad
(Pilih 4 sahaja) (8)

(c) Amalan wakalah dalam perlantikan peguam syarie di Malaysia:


 Perlantikan peguam syarie berasaskan kepada prinsip wakalah bi al-khusumah.
 Diharuskan kerana memenuhi rukun dan syarat wakalah.
 Berlaku akad wakalah di antara pewakil (anak guam) dan wakil (peguam).
 Wakalah dibaca di mahkamah bagi memastikan ia menepati kehendak syarak.
 Urusan yang diwakilkan adalah perkara yang diharuskan menerima perwakilan.
 Urusan yang diserahkan itu adalah milik pewakil.
 Wakalah tamat selepas selesai kes perbicaraan atau peguam menarik diri atau
ditamatkan oleh anak guam.
 Wakil (peguam syarie) merupakan mereka yang berkelayakan. (6)

Us Hajida Smkani Besut Page 128


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Soalan 2
2 (a) Berikan pengertian hibah dan tiga syarat pemberian harta hibah. (4)

(b) Jelaskan perbezaan antara hibah al-‘umra dengan hibah al-ruqba. (8)

(c) X yang telah disahkan mengidap penyakit kanser kronik sempat menghibahkan
separuh hartanya kepada sebuah yayasan anak yatim sebelum meninggal dunia.
Bincangkan status hibah tersebut. (8)

Skema pemarkahan

(a) Pengertian hibah:


Pemberian harta kepada seseorang kepada seseorang lain atas dasar kasih sayang
tanpa pertukaran atau balasan (‘iwad). (1)

Tiga syarat harta hibah:

(i) Diharuskan syarak.


(ii) Bermanfaat.
(iii) Wujud.
(iv) Boleh serah milik.
(v) Milik pemberi hibah.
(Pilih 3 sahaja) (3)
(b) Perbezaan antara hibah al-‘umra dengan hibah al-ruqba.

Hibah al-‘umra Hibah al-ruqba


Pemberian dalam jangka sementara yang Pemberian bersyarat yang ditentukan oleh
merujuk kepada hayat salah seorang sama pemberi hibah di mana harta hibah akan
ada pemberi hibah atau penerima hibah. menjadi milik penerima hibah sekiranya
pemberi hibah meninggal dunia.
Rumah ini aku hibahkan kepada engkau Rumah ini aku hibahkan kepada engkau. Jika
selama mana engkau hidup dan jika engkau engkau mati dulu maka rumah itu kembali
mati maka ia kembali kepada aku atau kepada aku dan jika aku mati dulu maka ia
warisku. milikmu.
(8)
(c) Status hibah kes di atas:
1. X tergolong dalam marad al-maut ketika melakukan hibah kerana cedera parah itu
yang membawa maut.
2. Hibah ketika marad al-maut hanya terlaksana 1/3 sahaja.
3. Maka tidak sah hibah X sebanyak 1/2 daripada hartanya kecuali maksimanya 1/3
sahaja melainkan mendapat izin waris.
4. Kesimpulan (8)

Us Hajida Smkani Besut Page 129


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Soalan 3
3 (a) (i) Dengan mengemukakan dalil, berikan pengertian talak ba’in. (2)
(ii) Terangkan bahagian talak ba’in. (4)
(b) Jelaskan empat sebab berlaku talak ba’in. (8)
(c) Sebelum sesuatu permohonan cerai dikemukakan kepada Mahkamah Syariah, pihak
suami dan isteri diminta membuat pengaduan kepada Unit Kaunseling Keluarga di Pejabat
Agama Islam untuk diberikan kaunseling terlebih dahulu. Sekiranya tiada jalan
penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan kepada
Mahkamah Syariah.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan tiga kepentingan untuk mendapatkan khidmat


kaunseling. (6)

Skema pemarkahan

(a) (i) Talak ba’in ialah talak terus menerus yang tidak membolehkan suami merujuk
isterinya terbebaslah isterinya daripada naungannya (wilayahnya). Atau talak yang tidak
boleh dirujuk
Dalil;
i. Mana-mana dalil talak
ii. Surah al-Baqarah ayat 230
                   

            
sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali Yang ketiga) maka perempuan itu tidak
halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin Dengan suami Yang lain. setelah itu kalau ia
diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas
isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat
menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkanNya kepada
kaum Yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

(ii) Bahagian-bahagian talak ba’in:


1. Talak bai’in sughra, iaitu talak yang terjadi di mana suami tidak memiiki hak untuk
rujuk dan hanya boleh kembali kepada isterinya dengan akad nikah da mahar yang
baru, serta dengan keredaan isteri yang dicerainya itu.
2. Talak bain kebra, iaitu talak yang dijatuhkan suami keatas isterinya yang tidak boleh
lagi dirujuk dan hanya boleh kembali keada isterinya denga akad yang baru selepas
bekas isterinya itu berkahwin dengan lelaki yang lain, bersetubuh, kemudian
bercerai dan berada dalam ‘iddah.

Us Hajida Smkani Besut Page 130


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(b) Empat sebab talak ini beleh terjadi:


1. Suami tidak merujuk isterinya dari talak rajie hingga masa ‘iddahnya selesai.
2. Suami mentalakkan isterinya sebelum mencapurinya (pengantin baru)

3. Talak yang dilakuka secara tebus talak (khuuk)


4. Talak yang melebihi tiga talak
5. Fasakh (putus akad nikah) yang buka haram Muabbad)
6. Talak yang disebabka suami yang menghilang dan tidak dapat dikesan.
7. Talak yang disebabkan suami yang dipenjara
8. Talak yang disebabkan suami yang membahayakan keselamatan isteri seperti
suami mengidap HIV atau AIDS dan mendera isteri.
9. Lian

(c) Tiga kepentingan Unit Kaunseling Keluarga:


1. Masalah dapat dikesan dan diatasi pada peringkat awal ( huraian atau contoh)
2. Hubunan suami isteri menjadi mesra dan harmoni dan huraian
3. Mempertingkatkan kemahiran dn keupayaan diri dan huraian
4. Membina keluarga bahagia dan huraian
5. Menyelesaikan konflik dengan baik dan huraian
6. Mengelakkan pertelingkahan dan huraian
7. Mana-mana jawapan munasabah dan huraian.

Us Hajida Smkani Besut Page 131


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Soalan 4
4 (a) Terangkan pengertian waris asabah dan dua cara pewarisannya. [6]
(b) Jelaskan waris asabah bi al-nafis dan waris asabah bi al-ghair berserta contoh
[6]
(c ) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka yang berikut:
(i) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan ibu, bapa, tiga
orang saudara lelaki seibu sebapa, dan bapa kepada bapa (datuk). [4]
(ii) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan dua orang isteri,
seorang anak lelaki, seorang anak perempuan, dan ibu. [4]

Skema pemarkahan
(a) Pengertian waris asabah:
Waris-waris yang berhak mendapat harta pusaka tetapi tidak ditentukan
bahagian atau kadar mereka sama ada oleh al-Quran, sunnah atau ijmak atau
mereka yang dapat baki atau lebihan harta setelah dibahagikan kepada
ashabul furud dan dibahagikan kepada waris yang lain.
(2 markah)
Dua cara pewarisan waris asabah:
(i) Mendapat baki harta setelah diberikan kepada waris ashab al-furud.
(ii) Tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta pusaka jika harta berkenaan
telah dihabiskan oleh waris ashab al-furud
(iii) Mendapat kesemua harta pusaka ketika ketiadaan waris ashab al-furud yang
layak mendapat harta pusaka.
(Pilih dua sahaja) (4 markah)
(b) Waris asabah bi al-nafs:
Semua waris lelaki yang mempunyai hubungan kerabat dengan si mati yang
tidak diselangi oleh perempuan. Atau setiap mereka yang mempesakai
semua harta peninggalan si mati apabila dia keseorangan.
(2 markah)
Contohnya; Anak lelaki ( atau lain-lain contoh yang munasabah ) (1 markah )
Waris asabah bi al-ghair:
Semua waris perempuan yang mendapat fardu ½ jika seorang dan 2/3 jika
ramai yang mewarisi secara bersama-sama dengan waris lelaki yang setaraf
dan sedarjat dengan mereka. Atau waris yang dapat harta/asobah/habuan
sebab wujudnya orang lain yang sedarjat dengannya.
(2 markah)

Us Hajida Smkani Besut Page 132


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Contohnya; Anak perempuan bersama dengan anak lelaki. (atau lain-lain contoh
yang munasabah ) (1 markah)
(c) Penyelesaian kes pusaka:
(i)
Waris Fardu Asal Masalah Saham

Ibu 1/6 1

Bapa Asabah 5
6
3 saudara lelaki seibu Mahjub -
sebapa

Datuk Mahjub -

(ii)
Waris Fardu Asal Masalah Saham

2 Isteri 1/8 3

Seorang anak lelaki


24
Asabah 17
Seorang anak
perempuan

Ibu 1/6 4

Us Hajida Smkani Besut Page 133


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Soalan 5
5 (a) Terangkan maksud penbahagian harta pusaka secara muafakat dan hukumnya
[2]
(b) Jelaskan dua syarat pembahagian harta pusaka secara muafakat. [6]
(c) Huraikan kes pembahagian harta pusaka yang berikut menurut hukum faraid:
(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, dua
orang anak perempuan, dan empat orang saudara perempuan seibu sebapa
[6]
(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua
orang anak lelaki, dan ibu. [6]
Skema permakahan
(a) Maksud pembahagian harta pusaka secara muafakat:
Satu bentuk atau cara pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang terlibat
berdasarkan persetujuan masing-masing waris tanpa mengikut kaedah
pembahagian harta pusaka secara faraid (1 markah)

Hukum: Harus/dibolehkan/dibenarkan/.

(b) Tiga syarat pembahagian harta pusaka secara muafakat:


(i) Semua waris yang terlibat hendaklah ahli tasarruf.
(ii) Semua waris hendakah mengetahui bahagian masing-masing secara
faraid sebelum bersetuju membahagikan harta secara muafakat.
(iii) Persetujuan hendaklah lahir secara sukarela tanpa paksaan
(iv) Bersetuju oleh semua waris secara maufakat
(v) Tiada unsur penipuan, sekiranya ada unsur penipuan ia tidak diambil
kira.

(c) Huraian kes pembahagian pusaka:

(i)
Waris Fardu Asal Masalah Saham

Isteri 1/8 3

2 anak perempuan 2/3 24 16

4 orang saudara Asabah 5

Us Hajida Smkani Besut Page 134


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

perempuan seibu
sebapa
Huraian:
i. Kenapa isteri dapat 1/8, kerana ada anak perempuan
ii. Kenapa 2 orang anak perempuan mendapat 2/3, kerana bilanganya
ramai/ada berbilang.
iii. Kenapa 4 saudara perempuan seibu sebapa mewarisi ½, mewarisi
bersama anak perempuan.

(ii)
Waris Fardu Asal Masalah Saham

Suami ¼ 3

3 anak lelaki Asabah 12 7

Ibu 1/6 2

Huraian:
i. Kenapa suami dapat ¼ kerana ada anak lelaki
ii. Kenapa 2 orang anak lelaki dapat asobah kerana haknya sebagai pewaris
asobah
iii. Kenapa ibu mendapat 1/6 kerana ada anak lelaki

Us Hajida Smkani Besut Page 135


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Soalan 6
6 (a) Terangkan tiga kategori kesalahan ta’zir. [6]
(b) Jelaskan empat bentuk hukuman ta’zir dalam sistem perundangan Islam. [8]
(c) Seksyen 14, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan)
1997 mempertuntukkan:
“Mana-mana orang lelaki yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang
Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut ttanpa uzur syarie atau
tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
Huraikan jenis kesalahan jenayah di atas. (6)
Skema permakahan
(a) Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir:
1. Kesalahan yang termasuk dalam kategori kesalahan hudud tetapi hukuman
hudud tidak dapat dilaksanakan kerana ia tidak memenuhi syarat
pelaksanaannya. Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah menyebut: Maksiat-maksiat
yang tidak dikenakan hukuman had yang tertentu dan tidak pula dikenakan
kifarat adalah termasuk dalam ta’zir seperti orang yang mencium lelaki atau
wanita ajnabi, bercumbu-cumbuan, atau mecuri barang yang tidak
diletakkan di tempat yang wajar, atau barang yang dicuri tidak cukup nisab.
2. Kesalahan yang selain dari kategori kesalahan hudud dan qisas. Ia meliputi
semua bentuk kesalahan sama ada kesalahan itu disebut dalam al-Quran dan
hadith atau tidak. Ia juga mencakupi kesalahan terhadap hak Allah, terhadap
hak mausia atu hak kedua-duanya.
3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti
mengumpat, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
4. Kesalahan yang melibatkan tubuh badan
5. Kesaahan melibatan harta benda
6. Kesalahan yang melibatkan kebebasan.
(6)
(b) Empat bentuk hukuman ta’zir yang diamalkan dalam sistem kehakiman Islam:
Hukuman ta’zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman
tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan
semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah
adalah sebagaimana berikut:

Us Hajida Smkani Besut Page 136


Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1. Nasihat
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia
tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
2. Teguran
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-
ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang
melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.
3. Ancaman
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas
sebab takut dikenakan hukuman.
4. Pemulauan
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit
sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat
bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
5. Pengisytiharan umum
Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah
supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.
6. Denda dan merampas harta
Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas
harta bendanya.
7. Penjara
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti
semasa.
8. Sebat
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan
yang tertentu.
9. Buang daerah
Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan,
mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga
10. Bunuh/Gantung sampai mati
Dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan
sesuai (8)
(c) Kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat merupakan satu kesalahan berhubung
dengan kesucian agama Islam dan terletak di bawah kategori kesalahan ta’zir.
Denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan merupakan
antara bentuk hukumn yang dikenakan. Hukuman ditentukan oleh pemerintah

Pendapat calon (6)

Skema Pemarkahan tamat

Us Hajida Smkani Besut Page 137

You might also like