You are on page 1of 13

PENDIDIKAN ISLAM A06400/2022

PRINSIP PRINSIP ASAS PERNIAGAAN


DALAM ISLAM

Ahli Kumpulan:
• Muhammad Aiman Hakim b Abd Malek
• Muhammad Afif Farhan b Mohammad Usaiman
• Muhamad Danielhazim b Rusmi
• Mikhael Aiman b Mansor
Pengenalan

Perniagaan bermaksud pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan.
Menurut Syed Sabiq pula,perniagaan ialah satu proses iaitu apabila perniagaan itu berfungsi melalui pertukaran harta dengan
harta di atas persetujuan penjual dan pembeli mengikut cara-cara yang diizinkan oleh syarak.

Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan. Di dalam lslam, perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang
sangat mulia. la merupakan ibadah dan juga sunnah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW sendiri adalah merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.Rasulullah SAW pernah menjadi wakil peniaga
kepada Khadijah binti Khuwailid RA ke negeri Syam.
Rasulullah SAW menegaskan bahawa 1/10 daripada rezeki datangnya dari perniagaan
Perniagaan adalah merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Pensyariatan
perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia.
Islam sangat menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan untuk kepentingan dan perhubungan yang baik sesama
manusia
Prinsip Asas Perniagaan Dalam Islam

1.Sewaan
Sewa bermaksud satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang
yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang
telah ditentukan.

Rukun Sewaan :
• Penyewa dan pemberi sewa
• Bayaran sewa
• Manfaat
• Syarat Sah Sewa:

• Kedua dua pihak hendaklah bersetuju mengadakan kontrak sewa.


• Barang yang disewa itu hendaklah memberi faedah dan diharuskan oleh
syarak.
• Barang yang disewakan bukan menjadi kewajipan kepada orang yang memberi
sewa
• Janganlah perkejaan yang menjadi tujuan sewa merupakan fardhu atau wajib
bagi orang yang memberi sewa.
• Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan.
2.Hutang dan Pembiayaan

Hutang bermaksud memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang.


Barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan
membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.

Hukum berkaitan hutang :

PERKARA HUKUM
Memberi hutang SUNAT
Memberi hutang kepada orang yang sangat memerlukan bantuan WAJIB
Membayar hutang WAJIB
Menangguhkan hutang bagi orang yang berkemampuan HARAM
Rukun Berhutang

• Penerima dan Pemberi hutang.Sebagai bukti hutang yang dilakukan, hendaklah didatangkan
dua orang saksi lelaki yang adil.
• Barang yang dihutang.Mestilah milik penuh pemberi hutang.
• Sighah/ Akad pemberian hutang.Hutang tidak memerlukan lafaz penerimaan hutang.

Sebab-Sebab Dibolehkan Berhutang :

• Tidak mempunyai wang yang cukup untuk memiliki sesuatu.


• Desakan hidup. Contoh : Orang miskin.
• Untuk tujuan perubatan atau menuntut ilmu.
• Untuk tujuan yang diharuskan syarak seperti belajar, berniaga, berkahwin dan sebagainya.
3.Syarikat

Perkataan syarikat dari segi bahasa bermaksud menjadi sekutu,bercampur,berkongsi


atau bekerjasama.

Adapun menurut syarak, syarikat ialah perjanjian perkongsian antara dua pihak atau lebih
terhadap sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan.

Hukum Syarikat:
Penubuhan syarikat adalah harus dalam Islam.
Rukun Syarikat:

1.Ahli syarikat
• Berakal dan baligh.
• Kemahuan sendiri.

2.Modal
• Wang/harta/barangan
• Kepakaran

3.Lafaz akad
• Perkataan yang memberi izin bagi
membelanjakan harta syarikat.
Perbincangan Isu dan Hukum

1.Sewaan

ISU : Sewa atas sewa


HUKUM : Sewa atas sewaan adalah haram kerana barangan sewaan tersebut tidak dikira milik sempurna pemberi
sewa.Ini telah dilarang oleh rasullah memlalui hadith Rasullah SAW iatu baginda menegah jual beli barang yang
bukan miliknya yang sempurna,Ini kerana jika ada kerosakantidak jelas siapakah yang bertanggungjawab
sebenarnya terhadap barangan sewaan tersebut.Lebih lebih lagi terkadang berlakunya penindasan kepad penyewa
kedua dengan mengenakan harga yang tinngi maka ia diharamkan.Bagaimanapun kegiatan sewa atas sewaan
diharuskan jika dengan pengatahuan pemilik asal.

ISU: Sewa melalui agen


HUKUM : Sewa melalui agen adalah sah kerana agen itu merupakan orang yang diberikan amanah dan
kepercayaan oleh pemilik harta untukmenjalankan urusan sewa kepada para penyewa ddengan syarat kegiatan
tersebut adalah degan izin pemilik harta.
2.Hutang dan Pembiayaan

ISU : Tidak melunaskan hutang kepada rakan walaupun sudah berkemampuan

HUKUM : Hukumnya adalah Haram

ISU : Berhutang dengan orang yang telah meninggal

HUKUM : Dalam isu ini, wajib kepada penghutang untuk membayar hutang tersebut
kepada ahli waris si mati kerana hutang tersebut telah menjadi sebahagian daripada
harta pusaka. Harta si mati telah beralih pemilikan dengan sendirinya menjadi milik waris
sesudah ketiadaan si mati. Oleh itu, hutang tersebut tertakluk kepada pembahagian
faraid yang telah ditetapkan oleh syarak
3.Syarikat

ISU : Berkerja di syarikat perjudian walaupun tidak berjudi

HUKUM : Allah melarang kita untuk membantu melakukan kemaksiatan Oleh karena
itu, membantu orang lain untuk melakukan maksiat statusnya juga maksiat dan
perbuatan dosa, meskipun dia sendiri tidak ikut dalam maksiat tersebut.Hukumnya
adalah haram.

ISU :Menggunakan harta syarikat sesuka hati

HUKUM : Pekerja dibayar gaji dan upah untuk melakukan kerja yang telah ditetapkan.
Adapun pekerjaan peribadi pekerja, ia tidak termasuk dalam skop tugasan kerja syarikat.
Maka seseorang pekerja yang menggunakan harta syarikat untuk kegunaan peribadi
maka pekerja tersebut telah melakukan kesalahan.Namun, Jika syarikat membenarkan
penggunaan harta syarikat dengan bayaran tertentu maka hukumnya adalah harus.
Rumusan

Melaui tugasan slaid ini saya dapat mempelajari tentang prinsip-prinsip asas perniagaan dalam
Islam dan galakan berniaga dalam Islam.

Selain itu,saya juga dapat lebih mendalami tentang ciri ciri perniagaan yang dilarang dalam
Islam serta tentang adab berniaga dalam Islam.
Sumber Rujukan

• Modul Pendidikan Islam SVM SEM 4

• https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fataw.my

• https://www.academia.edu/34291944/SOALAN_PAST_YEAR_PAPER

• https://konsultasisyariah.com/11431-kerja-di-tempat-perjudian.html

• https://kedahnewsdotcom.blogspot.com/2015/04/hukum-menggunakan-harta-syarikat-sesuk
a.html

You might also like