You are on page 1of 37

Amalan pelaksanaan caj tawidh kepada pelanggan yang ingkar menunaikan tanggungjawabnya bagi menyelesaikan ansuran bulanan dan

amalan memberikan ibra dibolehkan mengikut pandangan fuqaha kewangan Islam semasa. Sila jelaskan hujah-hujah syarak di sebalik fatwa tersebut dan kemukan juga pandangan ulama yang tidak menyetujui fatwa di atas.
Presented by : Zaitun binti Jamaludin Sofiyah binti Hj. Shuhim Aiennalyaqin binti Mubarak Tati Hafizza Dzupli

IEM070034 IEM070031 IEH060007 IEM070032

Tawidh ()
Denda yang telah dipersetujui oleh pihak yang berakad sebagai ganti rugi yang layak dituntut oleh pemiutang apabila penghutang gagal atau lewat melaksanakan obligasinya untuk membayar balik hutang. MPS memutuskan bahawa bayaran tawidh bagi bayaran tertunggak atau kegagalan membuat bayaran selepas tarikh matang adalah diharuskan untuk pembiayaan Islam yang terbentuk berasaskan uqud muawadhat (akad pertukaran) termasuk sekuriti hutang Islam.

Tawidh boleh dikenakan :


Pembiayaan keuntungan yang gagal dilunaskan, kadar tawidh 1% setahun atas bayaran tertunggak. Pembiayaan pokok yang gagal ditunaikan dan melangkaui tarikh matang, tawidh dikenakan pada kadar semasa pasaran wang Islam. Jumlah maksimum tawidh yang boleh dikenakan atas pembiayaan yang tidak dilunaskan <100% jumlah baki pembiayaan. Tawidh yang diperolehi daripada pembiayaan yang tidak dilunaskan boleh digunakan oleh para pembiaya terlibat dan dibahagikan mengikut nisbah keuntungan semasa bank.

Hujah mengharuskan Tawidh


Hadis Rasulullah s.a.w. : seorang kaya (mampu) yang melengahkan pembayaran hutang adalah melakukan kezaliman. Qiyas kelewatan membayar hutang diqiyaskan dengan ghasb (merampaskan) sesuatu barang yang bernilai. Kaedah perundangan Islam tiada mudharat dan tidak boleh menyebabkan kemudharatan (dalam Islam).

Para ulama kontemporari terbahagi kepada tiga kumpulan menentukan hukum penalti akibat lewat pembayaran hutang sebagaimana yang terdapat di bank-bank Islam. Ringkasnya seperti berikut :1. Kumpulan Pertama : Harus dikenakan penalti dalam bentuk wang Mereka seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Bin Mani', Majlis Penasihat Syariah Bank Islam Jordan, dan Fatwa Persidangan Dallah AlBarakah dan majoriti Majlis Syariah di bank-bank Islam di Malaysia. Menurut kumpulan ini wang penalti itu pula boleh dimanfaatkan oleh bank Islam. Keharusan ini berdasarkan beberapa hujjah antaranya : Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai wang.

Ia dinamakan mumatil yang disebut oleh Nabi SAW: Ertinya: "Penangguhan sengaja (daripada membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu kezaliman." (Riwayat AlBukhari, no 2167, 2/799) Erti : bagi orang berkemampuan dan melewatkkan hutang adalah zalim, halal ke atas mereka hukuman (Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban : Sohih) Kedua-dua hadis ini menunjukkan haram hukumnya melewatkan pembayaran hutang bagi mereka yang ada kemampuan. Qiyas kepada hukuman terhadap perampas harta orang lain. Sekiranya terdapat seorang mencuri atau merampas atau enggan memulangkan harta mangsa yang disimpannya, mangsa diberi hak untuk mengambil mana-mana harta pencuri, perampas atau penyimpan bagi mengembalikan haknya yang dicabuli. Mereka juga bertanggungjawab atas harta mangsa sepanjang tempoh tersebut, justeru sebarang kerugian yang ditanggung oleh mangsa turut akan dituntut dari pencuri, perampas dan penyimpan.

Hal ini dikira sama dengan pelanggan yang berjanji membayar hutang bank Islam pada tempoh tertentu, tetapi melanggar janjinya. Sebagai tindakan susulan, bank dibenarkan bertindak dengan mengenakan penalti seperti hukuman merampas. Hukuman ta'zir (denda) ke atas pesalah seperti orang berduit tetapi sengaja melewatkan bayaran hutang terpulang kepada ijtihad hakim atau pemerintah, tanpa terhad kepada hukuman dalam bentuk tertentu sahaja, hukuman boleh datang dalam bentuk denda kewangan dan juga lain-lainnya. Malah terdapat riwayat silam yang menunjukkan pemerintah Islam pernah mengurung individu sebegini sehinggalah ia membayar hutangnya. Ringkasnya, hukuman seperti disenarai hitamkan nama, dirampas passportnya, dirampas hartanya dan dijual untuk menyelesaikan hutang adalah dibenarkan oleh Islam.

2.

Kumpulan Kedua : Mengharuskan penalti bentuk wang tetapi disalur kepada kebajikan.
Kumpulan ini seperti kumpulan pertama dari sudut mengharuskan penalti bentuk wang dikenakan ke atas pelanggan yang lewat membayar hutangnya, namun semua jumlah yang terkumpul dari penalty ini TIDAK BOLEH dimanfaatkan oleh pihak bank. Semua jumlah tersebut mestilah diberikan kepada kebajikan awam atau faqir miskin. Antara yang berpegang dengan fatwa ini adalah Dr Abd Sattar Abu Ghuddah, dan ia turut diputuskan oleh Majlis Syariah AAOIFI bagi produk Murabahah. Fatwa AOOIFI menyatakan :Erti : Harus dimasukkan dalam mana-mana kontrak yang bersifat hutang seperti Murabahah , bahawa orang yang berhutang di ketika berlaku kelewatan bayaran hutang sedangkan ia mampu, dia akan menyedeqahkan satu jumlah atau nisbah tertentu dengan syarat jumlah tersebut diserahkan kepada kebajikan. Pandangan ini dipegang oleh majoriti ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Hujah bagi kumpulan ini adalah :Konsep sedeqah duit (ta'widh atau compensation) kepada badan kebajikan atau faqir miskin adalah dibuat atas konsep Iltizam at-tabarru' yang disebut di dalam kitab fiqh mazhab Maliki. Sebagaimana kata Imam Malik : Erti : Dan perkara yang baik (ma'ruf) sesiapa yang mewajibkan (berjanji) untuk ditunaikannya, wajib (lazim) untuknya menunaikannya"

Pandangan ini dipegang oleh majoriti ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Hujah bagi kumpulan ini adalah :Konsep sedeqah duit (ta'widh atau compensation) kepada badan kebajikan atau faqir miskin adalah dibuat atas konsep Iltizam attabarru' yang disebut di dalam kitab fiqh mazhab Maliki. Sebagaimana kata Imam Malik : Erti : Dan perkara yang baik (ma'ruf) sesiapa yang mewajibkan (berjanji) untuk ditunaikannya, wajib (lazim) untuknya menunaikannya Ia bermakna semua pelanggan memberikan komitmen jika ia gagal memenuhi janji untuk membuat pembayaran hutangnya kepada bank dalam waktu yang telah dipersetujui. Ia berjanji akan bersedekah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya. Riba hanya akan berlaku apabila pemberi pinjam (atau dalam konteks kontrak jual beli) penjual sendiri yang mengambil wang penalty tadi, yang hutang pelanggan bertambah kerana lewat bayar. Iaitu Riba al-Jahiliyah dan juga an-Nasiah.

Namun demikian jika jumlah penalty diserahkan kepada pihak ketiga dan kebajikan, ia tidak lagi menjadi riba menurut kumpulan ulama ini. Di kebanyakan bank Islam yang mengamalkan fatwa ini, jabatan Syariah dan majlis penasihat Syariah yang akan memantau. Malah keputusan majlis penasihat Syariah juga mewajibkan akaun yang diasingkan bagi tujuan ini. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul daripada ta'widh akan terus masuk ke akaun khas seperti charity contohnya. Ia pula tidak boleh disalurkan kepada charity kecuali setelah disahkan layak oleh majlis penasihat Syariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan kronisme dalam pembahagian.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa buah bank Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak mengehadkan penggunaan wang ta'widh (compensation) kepada faqir miskin sahaja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka sebagaimana kumpulan pertama. Perkara ini mungkin telah disahkan harus oleh majlis penasihat Syariah masing-masing.

3. Kumpulan ketiga : Penalti tidak harus sama sekali Antara ulama yang terkuat mengempen pandangan ini adalah Dr Nazih Hammad, Dr Md Ali El-Gari dan lainlain dengan pelbagai hujah juga. Hujjahnya adalah : Penalti disebabkan lewat bayar adalah riba Menolak konsep rampasan tadi kerana hujjah yang mengatakan pihak mangsa boleh mendapat untung dan manfaat kiranya ia mendapat hartanya kembali dalam waktu yang sepatutnya adalah andaian semata-mata. Terdapat kemungkinan besar juga dia tidak langsung memenafaatnya atau mungkin berpotensi untuk rugi jika diperolehi hartanya. Justeru menggunakan hujah ini tidak kukuh.

Keputusan Kadi Syuraih


Terdapat asas dalam perundangan Islam yang menunjukkan ta`widh boleh dikenakan dalam sesuatu urus niaga. Contohnya keputusan Kadi Syuraih Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dalam kes sewa yang telah diriwayatkan oleh Bukhari daripada Ibnu Sirin yang bermaksud: Seorang penyewa berkata kepada pemilik binatang tunggangan yang bakal disewanya: Siapkanlah binatang tunggangan kamu, sekiranya saya tidak jadi menyewa binatang tunggangan tersebut pada hari sekian-sekian, maka bagimu bayaran 100 dirham. Ternyata kemudiannya penyewa tidak jadi bertolak, Maka menurut Kadi Syuraih: Sesiapa yang membuat syarat ke atas dirinya secara sukarela, maka syarat tersebut adalah terpakai. Kadi Syuraih memutuskan syarat yang dinyatakan oleh bakal penyewa adalah syarat yang terpakai.

Berdasarkan keputusan tersebut, ia boleh dijadikan sebagai prinsip perundangan Islam bagi keharusan mengenakan syarat berbentuk ta`widh dalam sesuatu urus niaga. Bayaran ini adalah sebagai bayaran kepada kerugian melepas (opportunity loss) yang ditanggung oleh pemiutang. Al-Zarqa merumuskan hal ini dengan katanya: Maksudnya: Ganti rugi terhadap kerugian (yang ditanggung olehpihak yang terlibat dalam sesuatu urus niaga) akibat menunggu dan tergendalanya sesuatu urusan.

Keadaan yang dibolehkan Tawidh


Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia membuat keputusan bahawa tawidh boleh dikenakan atas penghutang ingkar yang gagal memenuhi tanggungjawabnya membayar pembiayaan berdasarkan keadaan-keadaan yang berikut: i. Amaun tawidh tidak boleh melebihi kerugian sebenar yang ditanggung oleh pembiaya ii. Penentuan pampasan dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Bank Negara Malaysia iii. Keingkaran atau penangguhan bayaran disebabkan oleh kelalaian di pihak penghutang.

Perbezaan Tawidh dan Pembayaran Penalti


Denda lambat bayar yang di kenakan oleh Bank Islam adalah berdasarkan proses jual beli secara bayaran ansuran. Manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman semata-mata. Maka apabila bayaran ansuran tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh akan dikenakan dalam Bank Islam. Ta'widh yang dikenakan oleh Bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan Bank Islam, malah mestilah di agihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan faqir sahaja. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakkan Bank-bank Islam di Malaysia seperti Asian Finance Bank Berhad, Kuwait Finance House, Ar-Rajhi Bank dan RHB Islamic Bank Berhad.

Perbezaan Tawid dan Riba Jahiliyyah 1. Riba yang dimaksudkan dalam kaedah ()
adalah berbeza dengan tawidh. Kaedah tersebut berlaku atas dasar persetujuan antara keduadua belah pihak (penghutang dan pemiutang) seandainya berlaku kelewatan maka akan berlaku penambahan, sedangkan tawidh adalah sesuatu hukuman yang dikenakan akibat dari kehilangan manfaat ( tafwit al-manfaah) oleh pihak pemiutang. 2. Riba yang berlaku pada masa terdahulu adalah satu syarat yang dikenakan kerana berlaku kelewatan, manakala tawidh dikenakan bagi menghindarkan kezaliman yang berlaku ke atas empunya harta bagi kelewatan yang telah pun berlaku tanpa kerelaan pemiutang.

3. Pengenaan tawidh adalah berbeza dengan riba jahiliyyah. Riba jahiliyyah tidak membezakan antara penghutang yang mampu dan yang tidak mampu. Sedangkan Islam membahagikan antara keduanya. Sekiranya telah jelas bahawa penghutang tersebut tidak mampu, maka tawidh tersebut tidak boleh dikenakan. 4. Dari segi lafaz syarat Tawidh tidak disyaratkan pada permulaan aqad, sedangkan riba jahiliyyah telah diletakkan syaratnya pada permulaan akad. Tawidh hanya dikenakan keatas kerugian sebenar yang dialami oleh pemiutang sepanjang tempoh kelewatan pembayaran tersebut.

IBRA
Bahasa: melepaskan/ melucutkan diri dari sesuatu seperti terlepas ataupun terhindar dari penyakit dan juga melepaskan atau membebaskan seseorang daripada sebarang hutang. Istilah: menurut Dr. Wahbah Zuhaili, ibra adalah pengguguran hak seseorang yang ada dalam tanggungan orang lain ataupun pihaknya. Mengikut kefahaman adalah kesanggupan pemilik untuk melepaskan sesuatu yang pasti jadi haknya, tetapi haknya di bawah hukum uqud tabarruat.

Pandangan Mazhab
Ulama Hanafi - pengguguran Imam Al-Dusuki (mazhab Maliki) - pelepasan merupakan perpindahan milik yg dilakukan seperti pemberian Ulama SyafiI - pelepasan merupakan pemindahan milik kepada penghutang pada barang yang dalam tanggungannya dan keduanya saling memaklumi di dalam pelepasan mengandungi makna pertukaran,

Ulama Hanbali - pelepasan adalah pengguguran. Undangundang tidak menghalang seseorang menggugurkan sebahagian haknya.

Memberikan hak. Dalam urus niaga komersial, pemiutang memberikan sebahagian atau semua haknya kepada penghutang, biasanya untuk penyelesaian awal hutang itu. Beberapa cendekiawan(fuqaha) berpendapat bahawa Ibra adalah serupa dengan rebat.

Contohnya: Ali berhutang dengan Abu sebanyak RM100. Jumlah RM100 tersebut adalah jumlah yang akan dibayar Abu kepada Ali. Ibra berlaku bila Ali rela melepaskan sebahagian daripada hutang tersebut ataupun kesemua jumlah hutang tadi.

Pengamalan ibra ini telah dilakukan sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi S.A.W. telah mengarahkan Bani Nadhir keluar dari Kota Madinah lalu ada di kalangan mereka memberi tahu baginda: Wahai Rasulullah, kamu mengarah mereka keluar, sedangkan masih ramai orang yang berhutang dengan mereka. maka nabi bersabda Berikan pengurangan hutang dan percepatkan bayaran.

Kaab meriwayatkan bahawa beliau mempunyai hutang yang mesti ditunaikan oleh Ibnu Abu Hadrad: mereka telah berbincang tentang hutang tersebut di masjid dan mereka telah mengangkat suara mereka hingga didengari oleh Rasul yang berada di rumahnya. Lalu baginda keluar menemui kedua-duanya hingga kelihatan langsir biliknya. Baginda berseru: Wahai Kaab. Lalu Kaab jawab ya, wahai Rasul. Baginda berkata kurangkanlah hutang kamu ini (dengan bagi isyarat sebahagian daripadanya). Jawab Kaab Saya telah melaksanakannya wahai Rasul. Rasul lantas berkata kepada Ibnu Abu Hadrad bangunlah dan tunaikanlah hutang kamu.

Hujah-hujah yang menyokong pengharusan Ibra


Asas kepada hukum yang menjadikan ibra itu harus adalah pengurangan yang dilaksanakan di atas hutang seseorang itu merupakan ihsan ataupun kebaikan yang diberi kepada penghutang. Kontrak ini memudahkan urusan dan penghidupan dengan melepaskan hak hutang seseorang.

Al-Quran
Firman Allah: dan jika orang Yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) Bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya Yang besar Yang kamu akan dapati kelak). (al-Baqarah: ayat 280)

1) Hadis
Diriwayat bahawa Nabi s.a.w ketika ingin mengusir keluar Yahudi dari Madinah, ada di antara mereka yang mempunyai hutang dengan umat Islam, lalu Yahudi mengadu kepada Nabi : Erti : Wahai Nabi Allah, engkau mengarahkan kami keluar sedangkan kami masih mempunyai hutang yang belum selesai. Balas Nabi : Segerakan bayarannya dan akan diberikan potongan (Riwayat Abu Daud)

2) Ijtihad
Pandangan ini juga dipegang oleh Ibn Abbas, An-Nakha'ie, Hasan al-Basri, Ibn Sirin, satu pandangan dalam mazhab Syafie, salah satu riwayat dari Imam Ahmad dan juga ijtihad Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan majoriti ilmuan Fiqh kontemporari. Di sebut juga keharusannya di dalam Majalla al-Ahkam Al-Adliya :-

Erti : Harus bagi peminjam untuk membayar balik hutang sama ada lebih atau kurang dengan redha kedua belah pihak, walaupun ia melibat kurang dan lebih pada jumlah atau sifatnya namun mestilah tanpa disyaratkan (di awal kontrak) atau perancangan dengan persetujuan awal kedua belah pihak.

Pandangan yang menolak


Syed Abul A'ala Maududi - tidak menerima ibra, kerana menganggap ia sama sahaja seperti riba. Dianggap sebagai helah kepada riba. - tetapi pendapat ini telah disangkal.

Keputusan
Akademi Fikah OIC telah memutuskan bahawa mengurangkan hutang tertangguh kerana penjelasan awal, sama ada atas permintaan pemiutang atau penghutang, diharuskan oleh syariah dan tidak termasuk dalam riba yang diharamkan sekiranya tidak berasaskan kepada persetujuan awal dan melibatkan hubungan dua belah pihak iaitu pemiutang dan penghutang.

Keputusan
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dalam mesyuarat ke-30 pada 8 november 2000 dan mesyuarat ke45 pada 7 mac 2003, membincangkan penggunaan ibra (menggugurkan hak) memutuskan bahawa :

1. pemegang sekuriti Islam boleh memberi Ibra kepada penerbit berdasarkan permohonan yang dibuat oleh penerbit sekuriti 2. formula pengiraan bagi penyelesaian awal boleh dinyatakan sebagai panduan kepada penerbit.

3. klausa ibra' (potongan) dan formula pengiraan bagi penyelesaian awal boleh dimasukkan dalam dokumen perundangan utama bagi sekuriti Islam yang berasaskan uqud muawadat. Walau bagaimanapun, MPS menasihatkan bahawa peruntukan ibra' hendaklah diasingkan daripada bahagian harga dalam dokumen utama, yang mana peruntukan ibra' boleh dimasukkan dalam seksyen bayaran dan penyelesaian.

Keputusan dibuat berdasarkan kepada prinsip 'uruf (amalan kebiasaan),maslahah (kepentingan umum) dan untuk menghindari gharar (ketidakpastian). Peruntukan ibra' dalam dokumen perundangan utama dianggap sebagai syart (syarat) yang selaras dengan muqtadha al-'aqd (tujuan kontrak).

Perbezaan Ibra dan Tawidh


Dha wa Taajjal - lebih dikenali sebagai pemberian diskaun. - contohnya jualan bon kupon sifar Ibra - lebih dikenali sebagai pemberian rebat (penjelasan awal). - pembiayaan perumahan

You might also like