You are on page 1of 29

PAM 151

PRINSIP AGAMA DAN MUAMALAT II


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
ACC551

AKAD PERKONGSIAN

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD IKMAL BIN HUSNIN 2006646899


AZWAL RISA BINTI AZIMUDDIN 2006647831
FIFI MUNIRA BINTI ZAINAL ABIDIN 2006647904
INTAN BAIZURA BINTI REMLI
2006647968
RAJA CARINA ZOEFINAZ BINTI RAJA CHULAN 2006647671
WAN ALIFF HUZAIRIQ BIN WAN HISHAM 2006647081

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ CHE KAMARUDDIN

DIHANTAR PADA:

3 APRIL 2007

1
ISI KANDUNGAN

1) Pengenalan 2

Mudharabah

2) Takrif 3

3) Dalil-dalil 4
4) Jenis-jenis 5
5) Rukun-rukun 6-7
6) Syarat-syarat 8
7) Tujuan 9
8) Pengurusan 10-11
9) Aplikasi 12-15

Musyarakah

10) Takrif 16
11) Dalil-dalil 17-18
12) Rukun-rukun 19
13)Syarat-syarat 20-21
14) Jenis-jenis 22-23
15) Aplikasi 24-26
16) Kesimpulan 27
17) Rujukan 28

2
PENGENALAN

Di era globalisasi, terdapat banyak syarikat ditubuhkan di dalam


masyarakat untuk merealisasikan impian dan keuntungan masing-masing. Malah
syarikat – syarikat yang ditubuhkan kebanyakannya tidak mengikut hukum –
hukum syarak yang telah ditetapkan. Ini bermaksud, majoriti daripada
penubuhan syarikat ini adalah berdasarkan kepada sistem konvensional. Iaitu
sistem yang mengamalkan prinsip moden tanpa mengambil kira hukum syara’.

Penubuhan sesuatu syarikat ini haruslah mengikut dan berlandaskan


hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Sesungguhnya, di dalam ajaran Islam
telah menegaskan bahawa di dalam operasi sesuatu perniagaan adalah haram
jika megandungi unsur-unsur riba’, rasuah atau hal-hal yang boleh menyebabkan
sesuatu perniagaan itu jatuh ke hukum yang haram. Oleh itu, setiap individu itu
harus meneliti setiap langkah-langkah di dalam menubuhkan sebuah koperasi
atau syarikat agar akad tersebut sah mengikut syarak.

3
MUDHARABAH

Takrif

Mudharabah boleh dimaksudkan dengan Mu’amalah iaitu aqad perjanjian yang


dibuat oleh dua pihak:

Pihak pertama – Seseorang individu akan memberi sejumlah wang kepada pihak
kedua dengan tujuan perniagaan. Ini akan disertakan dengan syarat-syarat
pembahagian keuntungan kepada mereka yang terlibat. Keuntungan atau
kerugian bolehlah dibahagikan seperti ½, ⅓ atau sebagainya.

Pihak kedua – Mereka pula jawab haruslah mempunyai tanggungjawab untuk


mengusahakan dan memperniagakan modal yang telah deberikan oleh pihak
pertama tersebut. Individu ini juga tidak boleh melanggar segala syarat yang
telah dipersetujui di dalam akad.

Selain itu, mudharabah juga dikenali sebagai nama qiradh iaitu potongan. Ini
adalah kerana orang yang memiliki harta itu akan memotong sebahagian dari
hartanya untuk diniagakan.

4
DALIL-DALIL MUDHARABAH

Maksudnya:

"Dan yang lainnya orang-orang yang musafir dibumi untuk mencari rezeki dari
limpah kurnia Allah".

(Surah Al-Muzammil ayat 20)

5
Jenis – jenis mudharabah

Antara jenis-jenis mudharabah yang terdapat adalah:

MUDHABARAH MUTLAQAH
Di dalam konteks mudharanah mutlaqah, pemilik modal akan memberikan
kebebasan penuh kepada pengusaha untuk menggunakan modal yang telah
dikeluarkan oleh pemodal. Pengusaha pula harus memainkan peranan mereka
untuk merealisasikan usaha yang baik dan mendatangkan keuntungan. Namun,
pemodal tersebua tetap mempunyai tanggungjawab untuk melakukan sebarang
pertukaran dengan persetujuan oleh pengusaha juga.

MUDHARABAH MUQAYYADAH
Mudharabah jenis ini pula adalah bertengtangan dengan mudharanag mutlaqah
dimana pihak pemodal akan menentukan syarat dan batasan kepada
pengusaha. Ini termasuklan jangka masa, jenis usaha yang dijalankan, tempat
dan sebagainya.

6
Rukun - rukun Mudharabah
Sebelum sesuatu aqad mudhabarah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
(pemodal dan mengusaha), mudharanah itu haruslah mempunyai rukun-rukun
asas untuk melaksanakan mudharanah. Antaranya ialah:

1) Pemodal
 Pemodal haruslah mempunyai akal baligh
 Seseorang pemodal itu tidak boleh mencampur harta mudharabah lain
dengan mudharabah yang lain.

2) Pengusaha
 Juga harus mempunyai akal baligh
 Seseorang individu bertanggungjawab untuk menjalankan usahanya
dengan modal yang telah diperuntukan.

3) Modal
 Modal yang dikeluarkan haruslah di dalam bentuk yang boleh dinilai
dengan matawang.
 Dikeluarkan dengan jumlah yang telah dipersetujui dan diserah kepada
pengusaha.

4) Projek / Usaha
 Projek yang hendak dijalankan tidak bertentangan dengan syarak
 Sesuatu pertukaran haruslah dibincangkan dengan pemodal supaya tidak
terjadinya fasakh kepada aqad yang sudah terjalin.

5) Untung dan Kerugian

7
 Sebarang kerugian yang dihadapi perlulah dibahagikan dengan nisbah
yang berpatutan yang ditetapkan di dalam aqad.
 Ini juga sama jika berlakunya keuntungan.

6) Aqad
 Sesuatu aqad itu haruslah disertakan dengan ijab dan qabul.
 Ini untuk menentukan jumlah modal, jangka waktu sesuatu projek tersebut
dan juga nisbah pembahagian hasil dan kerugian.

8
Syarat – syarat mudharabah

1) Selepas selesai Ijab/Qabul, jumlah modal yang terdiri dari matawang tunai
yang ditentukan semasa aqad haruslah diserahkan kepada pihak pengusaha.
2) Peratusan keuntungan dan kerugian juga mesti ditetapkan di dalam aqad.
Adalah tidah sah jika semua keuntungan dinikmati oleh sebelah pihak sahaja.
Pembahagian untung dan rugi dengan tidak menggunakan peratusan juga
adalah tidak sah.
3) Modal mestilah dikeluarkan dari pihak pemodal dan usaha dijalankan oleh
pihak pengusaha. Tidak sah jika sebarang usaha dijalankan dari pihak
pemodal.
4) Jika terdapat sebarang kerugian, hanya pihak pemodal akan menanggung
kerugian tersebut kerana pengusaha sudahpun mengeluarkan tenaganya
untuk menjalankan perniagaan tersebut.

9
Tujuan Mudharabah

Mewujudkan kerjasama di antara tuan punya harta (modal) akan tetapi


tidak pengalaman dalam bidang perniagaan/pengusahaan, atau tidak
mempunyai peluang untuk berusaha sendiri dalam lapangan perdagangan,
perindustrian dan sebagainya, dengan orang yang berpengalaman dalam bidang
perdagangan dan perindustrian tetapi tidak mempunyai modal. Ini merupakan
satu langkah untuk mengelak pembekuan modal tuan-tuan punya harta dan
mensia-siakan kepakaran tenaga mahir yang tidak mempunyai modal untuk
memanfaatkan kemahiran yang ada pada mereka.

10
Pengurusan Mudharabah

Harta Mudharabah

Pengusaha tidak dibenarkan mencampur harta Mudharabah dengan harta


Mudharabah lain atau dengan hartanya sendiri tanpa izin tuan punya modal
kecuali jika percampuran seperti itu telah menjadi adat kebiasaan di negara
berkenaan dalam bidang "Mudharabah Mutlaqah", maka dengan sendirinya
percampuran itu dibenarkan.

Mudharabah dalam mudharabah

Sekiranya pengusaha hendak menjalankan Mudharabah dengan pihak ketiga


yang mana ketika itu pengusaha pertama akan menjadi tuan punya modal bagi
akad yang kedua maka perlulah terlebih dahulu mendapat keizinan dari tuan
punya modal pertama.

Perbelanjaan projek Mudharabah

Semua pembiayaan atau perbelanjaan semasa menjalankan projek Mudharabah


diambil dari modal dengan syarat pembiayaan atau perbelanjaan itu tidak
melebihi kadar berpatutan.

Pengurusan di luar batasan

Sekiranya pengusaha menjalankan projek Mudharabah di luar batasan yang di

11
izinkan oleh tuan punya modal atau tidak mengikut syarat yang ditetapkan maka
ia dianggap sebagai perampas dan wajib membayar balik sepenuhnya modal
Mudharabah kepada tuan punya modal.

Pembubaran Mudharabah

Terbubarnya Mudharabah yang terikat dengan tempoh tertentu sebaik sahaja


genap tempoh tersebut.

Dalam Mudharabah mengandungi 4 fungsi muamalat:

 Pengusaha - adalah pemegang amanah terhadap yang diterima dari tuan


punya modal. Sekiranya disalahgunakan modal tersebut untuk tujuan lain
atau modal tersebut musnah sebab kecuaiannya atau dimusnahkan
dengan sengaja maka wajib keatasnya menggantikan modal tersebut
dengan sepenuhnya.
 Modal - ditangan pengusaha merupakan Wadi'ah, maka ianya tertakluk di
bawah hukum Wadi'ah.
 Pengusaha semasa melaksanakan projek yang berkaitan dengan
Mudharabah adalah sebagai wakil kepada tuan punya modal dan tertakluk
kepada hukum wakalah.
 Apabila beroleh keuntungan, maka pengusaha adalah sebagai rakan
perkongsian kepada tuan punya modal dan tertakluk kepada hukum
Musyarakah.

12
APLIKASI MUDHARABAH OLEH TAKAFUL NASIONAL.

Para peserta turut membuat aqad mudharabah (perkongsian lebihan) atas


nisbah yang telah dipersetujui.

Walaupun begitu, aqad ini hanyalah sampingan dan lebihan yang ada di dalam
dana ini boleh diambil oleh syarikat kerana syarikat telah menggunakan
kepakaran di dalam menguruskan dana.

Hak peserta untuk menikmati lebihan dana ini turut diakui berdasarkan konsep
saling bersetuju (mutual consent) di antara mereka di dalam pembahagian
lebihan atau mudharabah ini.

Bagi produk Takaful Keluarga, nisbah di antara peserta dan Takaful Nasional
ialah 80:20 iaitu 80% kepada peserta dan 20% kepada syarikat.

Manakala bagi produk Takaful Am, nisbah di antara peserta dan Takaful
Nasional ialah 50:50 iaitu 50% kepada peserta dan 50% kepada syarikat.

Contoh Teks Al-Mudharabah sepertimana dimasukkan di dalam Sijil Takaful Am.

Sekiranya selepas tamat tempoh takaful, ada lebihan bersih daripada Dana
Takaful Am, ianya akan dikongsi di antara peserta dan syarikat dengan nisbah
50:50 dengan syarat peserta tidak membuat apa-apa tuntutan atau menerima
apa-apa manfaat semasa tempoh takaful berkuatkuasa.

Takaful Keluarga

13
Sekiranya selepas tamat tempoh takaful, ada lebihan bersih daripada Dana
Takaful Keluarga, ianya akan dikongsi di antara peserta dan syarikat dengan
nisbah 80:20 dengan syarat peserta tidak membuat apa-apa tuntutan atau
menerima apa-apa manfaat semasa tempoh takaful berkuatkuasa.

Aplikasi Mudharabah dalam Akaun Simpanan (perkongsian untung)

Satu lagi produk di dalam pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam


adalah akaun pelaburan yang menggunakan konsep ‘Mudharabah'. Ia
bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat
pelaburan secara khusus. Nama produk-produk untuk akaun ini seperti " Akaun
Pelaburan Umum Mudarabah" atau "Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah"
atau " Akaun Semasa Mudarabah".

Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka
ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya
pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar
peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan
30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.

Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang
terkumpul hanya akan digunakan untuk :-

a) Dilaburkan untuk kegunaan perniagaan bank Islam yang telah dipastikan halal

b) Dilabur kepada pihak ketiga yang juga dipastikan perniagaannya halal untuk
membiayai perniagaan mereka, semua perniagaan ini telah di tapis oleh Majlis
Penasihat Shariah dan pengurusan bank. Justeru semua "Shariah-Approved
companies" ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah,
justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.

14
Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam
suasana "client-friendly", iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau
"transparent" dengan "client".

Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut "asset" mahupun "lialibilities"


sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai
di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan "filter" Shariah berikut 
biasanya digunakan antaranya :-

i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya


berkaitan produk-produk haram)

ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap


hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai "impure interest income"
berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah)

Adapun di Bank Konvensional, proses pengendalian akaun simpanan dan


pelaburannya adalah amat berbeza, pertamanya ia tidak terikat dengan displin
Shariah, akibatnya mereka pasti akan menumpukan pelaburan di dalam syarikat
yang boleh memberi pulangan besar tanpa meninjau aspek pematuhan Shariah
atau tidak.

Selain itu, pembaca mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di
paparkan oleh sesetengah akauan Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam.
Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas, ia di gelar
"indicavtive Rates" atau "kadar andaian dan ramalan" dan bukannya kadar yang
tepat dan dijanjikan oleh pihak bank, ia di paparkan demi mencapai keyakinan
pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.

Cara kiraannya yang telah dipermudahkan adalah seperti berikut :-

Cara kiraan:-

Untung Sebenar = Kadar Pulangan (ROR) x Kadar Keuntungan (PSR)

15
100

= Keuntungan setahun 

Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru "indicative" atau


andaiannya seperti berikut:-

3 X 70 (pelanggan) = 2.10

100

Maka, jumlah 2.10 % inilah yang akan di paprkan oleh Bank bagi memaparkan
prestasi akan datang Bank. Ia hanyalah andaian dan tidak menjadi kewajiban
bagi Bank memberikan pulangan dengan kadar di atas.

Perlulah sedari, seseorang yang menyimpan atau melabur wangnya di dalam


akaun di bank konvensional pastinya akan mendapat saham keburukan hasil
sokongan langsungnya dari wang depositnya itu, sama ada mereka
menyedarinya atau tidak.

16
MUSYARAKAH

TAKRIF

Dalam istilah bahasa ianya bererti bercampur. Iaitu mencampurkan satu modal
dengan modal yang lain sehingga dapat dipindahkan oleh satu sama lain

Dalam istilah syara’ pula ianya bermaksud satu akad di antara dua atau lebih
orang untuk berkongsi modal dan keuntungan bersama mengikut nisbah yang
telah dipersetujui.

Konsep ini biasanya diguna pakai bagi perniagaan perkongsian atau perniagaan
usahasama untuk sesuatu perusahaan perniagaan. Keuntungan yang diperoleh
akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui manakala
kerugian akan ditanggung berdasarkan nisbah sumbangan modal.

Di dalam perjanjian pembiayaan antara Bank Syariah dengan individu yang


memerlukan pinjaman, di mana mereka membiayai suatu usaha atau projek
yang juga dikelola secara bersama atas prinsip musyarakah.

17
DALIL-DALIL MUSYARAKAH

Mengikut ayat di dalam al-Quran:

“Maka mereka bersekutu pada satu pertiga.”


Surah An-Nisa' : 12.

Ayat ini sebenarnya tidak memberikan landasan syariah bagi semua jenis
syarikat ia hanya memberikan landasan kepada syarikat jabariyyah (iaitu
perkongsian beberapa orang yang terjadi di luar kehendak mereka kerana
mereka sama-sama mewarisi harta pusaka).

“Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berkongsi itu benar-


benar berbuat zalim kepada sebahagian lainnya kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal soleh".
Surah Shad: 24.

Ayat ini mencela perilaku orang-orang yang berkongsi dalam berdagang dengan
menzalimi sebahagian dari rakyat mereka. Kedua ayat al-Qur'an ini jelas
menunjukkan bahawa musyarakah pada hakikatnya dibolehkan oleh risalah-
risalah yang terdahulu dan telah dipraktikkan.

Mengikut Sunnah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:


Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : Aku adalah pihak ketiga dari dua
orang yang berkongsi selagi salah satu dari mereka tidak mengkhianati yang

18
lainnya. Jika salah satu dari keduanya telah mengkhianatinya, maka aku keluar
dari perkongsian itu". H. R. Abu Dawud dan al-Hakim.

Erti hadis ini adalah bahawa Allah SWT akan selalu bersama kedua orang yang
berkongsi dalam pengawasanNya, penjagaanNya dan bantuanNya. Allah akan
memberikan bantuan dalam perkongsian ini dan menurunkan berkat dalam
perniagaan mereka. Jika keduanya atau salah satu dari keduanya telah khianat,
maka Allah meninggalkan mereka dengan tidak memberikan berkat dan
pertolongan sehingga perniagaan itu kerugian. Di samping itu masih banyak
hadis yang lain yang menceritakan bahawa para sahabat telah mempraktikkan
musyarakah ini dan Rasulullah SAW tidak pernah melarang mereka.
Kesimpulannya Rasulullah telah memberikan ketetapan kepada mereka.

Mengikut Ijma’:

Kaum Muslimin telah sepakat dari dulu bahawa musyarakah adalah harus, tetapi
masih terdapat perbezaan dalam pandangan mengenai hukum jenis-jenis
musyarakah itu.

19
RUKUN-RUKUN MUSYARAKAH

1. Pemilik Modal (Syarik/Shahibul Maal)


2. Projek/usaha (Masyru`)

3. Modal (Ra’sul Maal)

4. Ijab qabul (Sighah)

5. Nisbah bagi hasil (Nisbaturibhin)

Tetapi menurut mazhab Hanafi musyarakah hanya mempunyai dua rukun iaitu
Ijab dan Qabul.

20
SYARAT-SYARAT MUSYARAKAH

Syarat-syarat umum musyarakah ialah:

1. Pihak pemegang saham boleh menyerahkan tugas menjalankan projek


musyarakah kepada rakan perongsiannya dalam musyarakah berkenaan.
Penyerahan tugas tersebut kepada pihak tertentu boleh dijadikan syarat bagi
penubuhan syarikat.

2. Pihak yang diberi tugas menjalankan projek musyarakah boleh menjalankan


segala urusan yang berkaitan dengan projek tersebut kecuali perkara-perkara
yang boleh menyebabkan keraguan pihak-pihak lpemegang saham lain
terhadap dirinya seperti mencampurkan harta syarikat dengan hartanya,
menjalankan Akad Musyarakah dengan pihak lain tanpa keizinan dari
pemegang saham yang lain,memberi hutang kepada mana-mana pihak dari
harta syarikat tanpa keizinan, oleh itu sekiranya dia melakukan perkara
tersebut maka tanggungjawabnya akan berpindah dari Amanah kepada
Jaminan.

3. Keuntungan yang diperolehi dari hasil usaha harus diketahui dengan jelas.
Pemegang-pemegang saham harus mengetahui saham keuntungannya
seperti 10% atau 20%.

4. Keuntungan harus disebar kepada semua pemegang saham.

5. Semua projek musyarakah hendaklah HALAL mengikut hukum syara’.

21
Syarat-syarat khusus musyarakah ialah:

1. Modal Musyarakah hendaklah terdiri daripada harta iaitu wang dan barang
yang boleh dinilaikan dengan wang.

2. Modal tersebut dicampur dan menjadi milik bersama di antara pemegang-


pemegang saham tanpa dibezakan hak milik seseorang dengan yang lain.

3. Kerja-kerja yang dijalankan oleh pemegang saham untuk syarikat tersebut


hendaklah dinilai secara berasingan dan boleh dicampur semasa
pembahagian untung.

4. Kadar jumlah saham tidak semestinya sama di antara semua pihak.

5. Musyarakah akan terfasakh sekiranya seseorang individu dalam satu


musyarakah itu menarik diri, gila yang berlarutan atau mati.

6. Pembahagian untung dan rugi dalam musyarakah tersebut hendaklah


dibahagikan mengikut peratusan yang telah dipersetujui oleh semua
pemegang saham dan juga yang telah ditetapkan dalam perjanjian
musyarakah.

22
JENIS-JENIS MUSYARAKAH

Pada asasnya musyarakah mempunyai dua jenis iaitu Musyarakah amlak


(pemilikan) dan Musyarakah Uqud (terjadi kerana kontrak). Musyarakah
pemilikan ini mempunyai dua jenis iaitu ikhtiyari dan jabari. Ikhtiyari berlaku
apabila dua orang atau lebih ingin melakukan perkongsian manakala jabari
berlaku apabila kedua orang atau lebih tidak dapat mengelak untuk melakukan
perkongsian misalnya dalam pewarisan.

Manakala Musyarakah uqud adalah perkongsian yang terjadi apabila terdapat


kerjasama dua orang atau lebih untuk berkongsi modal, kerja atau keahlian dan
jika perkongsiannya itu menghasilkan untung, maka keuntungan itu akan
dibahagikan menurut peratusan saham dan persetujuan masing-masing.
Musyrakah uqud ini mempunyai pelbagai jenis iaitu syarikah E’nan,
Mufawadhah, Abdan, Wujuh dan Mudharabah.

1. Syarikat E’nan

E’nan ertinya sama dalam menawarkan modal. Syarikah E'nan merupakan


suatu akad di mana dua orang atau lebih berkongsi dalam modal dan sama-
sama memperdagangkannya dan bersekutu dalam keuntungan. Hukum jenis
syarikah ini merupakan titik kesepakatan di kalangan para fukaha. Demikan juga
syarikah ini merupakan bentuk syarikah yang paling banyak dipraktikkan kaum
Muslimin. Ini kerana bentuk perkongsian ini lebih mudah dan praktikal kerana
tidak mensyaratkan persamaan modal dan pekerjaan. Salah satu dari rakan
kongsi dapat memiliki modal yang lebih tinggi daripada mereka yang lain.

23
Manakala salah satu pihak dapat menjalankan perniagaan sementara yang lain
tidak akan mengikut serta. Pembahagian keuntungan pun dapat dilakukan
sesuai dengan persetujuan mereka bahkan diperbolehkan salah seorang dari
rakan kongsi memiliki keuntungan lebih tinggi sekiranya ia memang lebih
memiliki keahlian daripada yang lain. Jika terdapat kerugian harus dibahagi
mengikut jumlah saham yang dimiliki oleh mereka.

2. Syarikat Mufawadhah

Mufawadhah ertinya bersama. Syarikat ini dinamakan syarikat mufawadhah


kerana modal yang dilabur oleh pekongsi dan kerja yang dilakukan adalah
secara bersama atau berasingan. Maka ia merupakan suatu bentuk akad dari
beberapa orang pelabur modal. Para pekongsi masing – masing akan berkongsi
untung dan rugi. Dalam syarikat mufawadhah ini, tidak boleh seorang pekongsi
yang lain memiliki modal atau nisbah keuntungan yang lebih dari pekongsi yang
lain. Kesimpulannya, syarikat mufawadhah ini mengamalkan prinsip persamaan
dalam segala hal di antara pekongsi.

3. Syarikat Al-Wujuh

Syarikat ini dibentuk tanpa modal daripada pekongsi – pekongsi. Mereka hanya
bermodalkan dengan nama baik (goodwill) yang diperolehi kerana keperibadian
dan kejujuran di dalam perniagaan. Pihak ini melibatkan diri ke dalam syarikat ini
masing – masing membeli barang – barang secara kredit dan kemudian menjual
barang tersebut dan keuntungannya dibahagikan bersama.

4. Syarikat Al-Abdan

Syarikat ini merupakan pekongsian di antara dua atau lebih yang mengumpulakn
hasil pekerjaan (pengupahan) masing – masing ke dalam satu tabung kemudian

24
dibahagikan sesama mereka tanpa mengamibl kira kadar pembahagian masing
– masing yang dimaksudkan ke dalam tabung itu.

APLIKASI

PEMBIAYAAN perumahan adalah satu yang menjadi keutamaan sistem


perbankan Islam. Di akhir tahun 2002 sebanyak RM 36,717.7 juta pembiayaan
telah dikeluarkan dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM 10,762.8 juta (29.3
peratus) digunakan untuk pembiayaan perumahan. Sepanjang tahun 2002,
sebanyak RM 3,916.9 juta telah dikeluarkan untuk pembiayaan ini.

Apabila sebut sahaja pembiayaan perumahan maka konsep bithaman ajil (jualan
tertangguh) digunakan oleh sistem perbankan Islam. Kalau kita rincikan
pembiayaan ini tak dapat tiada kita akan berkata ia modus operandinya amat
menyamai sistem konvensional. Lebih menghairankan lagi kos konvensional
lebih murah berbanding perbankan Islam. Sebagai contoh, jika kita mengambil
pembiayaan perumahan sebanyak RM 100,000 untuk tempoh 15 tahun rata-rata
bayaran bulanan sistem konvensional rendah berbanding sistem Islam. Di
Maybank misalnya, jumlah bayaran bulanan yang perlu kita bayar adalah
sebanyak RM 927.00 untuk pembiayaan Islam dan RM 871.00 untuk
pembiayaan konvensional. Di RHB Bank pula bayaran bulanan untuk jumlah dan
tempoh yang sama adalah sebanyak RM 910.68 pembiayaan Islam (selepas
tahun ketiga) dan RM 857.00 pembiayaan konvensional.

Public Bank pula, bayaran bulanan sebanyak RM 912.00 pembiayaan Islam dan
RM 857.00 pembiayaan konvensional. Muamalat menyediakan dua pilihan dan
ansuran bulanan selepas 5 tahun adalah RM 911.3 dan RM 959.78 bergantung
kaedah yang dipilih. Bank Islam pula, kadar bergantung kepada harga pasaran

25
rumah tersebut dan ansuran biasanya di lingkungan RM 950.00 sebulan.

Jika kita lihat angka-angka ansuran bulanan di atas maka kita dapati pelanggan
perbankan Islam perlu membuat bayaran yang lebih tinggi berbanding dengan
bank konvensional. Selain itu pelanggan pembiayaan Islam juga perlu membayar
bayaran lain seperti bayaran guaman, duti setem, bayaran tukaran nama dan
lain-lain bayaran yang ada kaitan dengan proses pembelian dan pencagaran
rumah tersebut. Jumlah ini pula menyamai apa yang perlu dibayar jika
menggunakan pinjaman konvensional.

Jadi, apa lebihnya atau apa manfaatnya pembiayaan Islam berbanding


perbankan konvensional? Atau, mengapa ini mesti terjadi?

Kebaikan

Persoalannya di sini, agama Islam adalah agama sepanjang zaman dan


kebaikan mana-mana sistem Islam perlulah juga menggambarkan kebaikan yang
berterusan. Kita tidak boleh mencipta sistem yang hanya nampak baik untuk
tempoh atau keadaan tertentu sahaja. Tetapi dalam keadaan lain ia
menampakkan kecacatan dan keburukan.

Satu kaedah alternatif yang mungkin boleh difikirkan oleh pengamal dan
pembuat polisi perbankan Islam adalah menggunakan kaedah musyarakah atau
perkongsian modal untuk menggantikan konsep baibithaman ajil untuk
pembiayaan perumahan. Ini juga boleh difikirkan untuk digunakan di pembiayaan
rumah kos rendah.

Jika kaedah ini digunakan bererti bank Islam akan sama-sama menjadi pemilik
kepada rumah tersebut. Cuba kita renungkan kebaikan jika bank menjadi pemilik
sama rumah yang dikehendaki oleh pelanggan:

26
Pertama, perbelanjaan guaman, duti setem dan lain-lain perbelanjaan yang di
keluarkan untuk proses cagaran dapat diselamatkan. lni disebabkan tiada proses
cagaran dibuat. Apa yang perlu dilaksanakan ialah perjanjian jual beli rumah
dibuat oleh penjual dan bank dan pembeli sebagai pemilik bersama. Antara bank
dan pelanggan pula akan ada perjanjian lain apa yang kita panggil "perjanjian
pemilikan dan penggunaan harta".

Kedua, jika dalam keadaan baibithaman ajil, dan pelanggan gagal menjelaskan
bayaran pembiayaan maka bank perlu mengambil tindakan mahkamah dan akan
mengambil proses yang panjang termasuklah lelongan untuk mendapatkan
semula wang pembiayaannya. Tetapi jika konsep musyarakah digunakan maka
bank hanya perlu mengiklankan dan menjual rumah tersebut dengan kaedah
biasa. Ini akan banyak menjimatkan masa dan belanja. Jika terdapat keuntungan
dalam jualan maka ia akan dikongsi sama dan begitu juga dengan kerugian.
Proses perbicaraan mahkamah juga dapat dijimatkan.

Ketiganya, dengan konsep musyarakah pihak bank Islam boleh mewujudkan


proses pensekuritian di mana hak pemilikan kepada rumah ini boleh disekuritikan
dan dijual di pasaran kedua. Dengan itu alat-alat kewangan Islam akan
bertambah dan kecairan di dalam sistem kewangan boleh digunakan sebagai
alat kepada polisi monetori.

Keempatnya, jika berlaku turun naik di dalam harga pasaran rumah tersebut
maka kedua pihak akan mendapat manfaat dan menanggung risikonya. Jika
harga rumah meningkat maka pelanggan dan bank Islam akan berkongsi
keuntungan manakala rugi akan dikongsi sama. Inilah mulianya sistem kongsi
sama ini. Tetapi jika kaedah baibithaman ajil digunakan, apa akan terjadi jika
harga pasaran perumahan jatuh? Bank Islam tidak akan rugi kerana harga
jualannya tetap tetapi pelangganlah yang akan rugi. Jadi, apakah ada keadilan di
sini?

27
Bagi pihak pelanggan pula, sebagai pemilik bersama mereka perlulah
mengambil tanggungjawab kepada beberapa perkara. Sebagai contoh, mereka
perlu membayar sewa kepada bank kerana menduduki rumah tersebut, lain-lain
bayaran seperti pembaikan kerosakan, penyelenggaraan dan lain-lain.
Segalanya ini boleh diperincikan di dalam perjanjian antara pihak bank dan
pelanggan. Oleh itu kadar sewa boleh dikenakan berdasarkan turun naiknya
kadar sewa pasaran. Jadi akan wujudlah keadilan dan kesaksamaan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap individu yang ingin menubuhkan sebuah syarikat


haruslah memahami dan mempelajari setiap hukum-hukum dan syarat-syarat
untuk memastikan akad perkongsian yang dilaksanakan itu adalah selari dan
mengikut hukum syarak. Ini secara tidak langsung akan melahirkan generasi
masa depan yang sihat dan sentiasa menghindarkan diri dari segala aktiviti yang
haram di dalam pengurusan ekonomi seharian.
Selain daripada itu, masyarakat sejagat terutamanya golongan muslim
akan berasa lebih yakin untuk menjalankan urusan perniagaan dengan syarikat-
syarikat di Malaysia ini sekiranya syarikat tersebut menjalankan perniagaan yang
halal dan mengikut hukum syara’.

28
RUJUKAN

Mudharabah:-
1. http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/muamalat/perkara.htm
2. http://www.aca.co.id/Syariah/mudharabah.htm

Musyarakah:-
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Musyarakah
2. http://jic.jakarta.go.id/index.php?menu=bacaberita.php&id=55
3. http://omperi.wikidot.com/kamus-perbankan-syariah
4. http://quran.al-islam.com/
5. http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/

29

You might also like