You are on page 1of 8

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM INSURANS

KONVENSIONAL DAN TAKAFUL


4.1 SISTEM TAKAFUL
4.1.1 KELEBIHAN SISTEM TAKAFUL
Sistem takaful mempunyai banyak kelebihan berbanding
insurans konvensional yang hanya berobjektifkan keuntungan
semata-mata. Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam
sistem takaful ialah:
1. Jaminan Perlindungan
Kewangan Berlandaskan Prinsip-prinsip Islam
Secara umumnya, takaful diwujudkan sebagai alternatif kepada
sistem insurans konvensional yang telah diperakukan oleh
sebahagian besar ulama dan fuqaha Islam sebagai tidak
memenuhi kehendak syarak. Oleh itu, kelebihan utama sistem
ini sebagaimana insurans konvensional adalah dapat memberi
jaminan perlindungan kewangan kepada peserta-peserta
mengikut garis panduan yang telah ditetapkansyarak. Bagi
memastikan dan menyakinkan bahawa kajian dan percubaan
ini akan berjaya, panduan-panduan telah diambil daripada
syarikat-syarikat mudharabah secara Islam sedia ada yang
menjalankan aktiviti di beberapa negara Islam.Secara
ringkasnya, dalam sistem takaful, skim perlindungan yang
disediakan adalah berbentuk perlindungan bersama di
kalangan peserta-peserta skim takaful.Konsep
saling menyumbang dan saling melindungi di kalangan
peserta takaful adalah unik berbanding dengan kebanyakan
skim insurans konvensional kerana kontrak takaful hanyalah di
kalangan sesama peserta sahaja. Sebaliknya pihak syarikat
pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengurus yang
aktif berkenaan skim perlindungan tersebut. Oleh itu, syarikat
pengendali takaful bukanlah sebagai pihak yang memberikan
perlindungan sebaliknya para peserta takaful
bertanggungjawab sebagai pihak yang memberi perlindungan
selain menjadi pihak yang dilindungi.

2. Bayaran Caruman Secara Berkala dalam Takaful Kelua


rga
Sebagaimana kaedah pembayaran secara berkala yang
diamalkan oleh syarikatinsurans hayat, pencarum takaful
keluarga juga diberi pilihan dalam membayar caruman sama
ada secara bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau
tahunan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh
pengendali takaful.Namun begitu, pencarum yang terlewat
membayar wang caruman dalam sistem takaful tidak akan
dikenakan sebarang bayaran faedah kerana unsur-unsur riba
sangatdilarang dalam Islam. Hal ini berbeza dengan syarikat
insurans yang mengenakan bayaran faedah kepada pencarum
yang terlewat menjelaskan bayaran premium.

3. Perkongsian Untung Antara Syarikat dan PesertaPeserta Takaful MelaluiKontrak Mudharabah


Kontrak yang diamalkan dalam sistem takaful adalah selaras
dengan hokum syarak iaitu berdasarkan prinsip takaful dan
mudharabah. Al-Takaful ialah saling menjamin manakala AlMudharabah ialah perjanjian berkongsi untung dalam
perniagaan di antara pemodal atau pembekal dana (peserta
takaful) bagi suatu usahaniaga dengan penguasaha
(pengendali takaful).Perniagaan al-Takaful yang dikendalikan
oleh syarikat-syarikat pengendali takaful di Malaysia boleh
digambarkan sebagai suatu usaha niaga berkongsi untung
dengan sekumpulan peserta yang saling menjamin antara satu
sama lain daripada kehilangan atau kemusnahan tertentu yang
menimpa ke atas mana-mana peserta seperti kematian dan
bencana.

Dalam sistem takaful, wang pencarum tidak dikira sebagai


wang syarikat malah diasingkan dan tidak dimiliki oleh
pengendali. Pengendali takaful hanya bertindak sebagai
pentadbir skim dan membayar manfaat takaful daripada

kumpulan wangtakaful. Bahkan jika berlaku kekurangan dalam


kumpulan wang takaful, pengendali takaful akan menyediakan
pinjaman tanpa faedah (Qardhul Hasan) untuk menampung
kekurangan berkenaan.Melalui kontrak Mudharabah, peserta
diberi hak untuk turut berkongsikeuntungan yang diperolehi
melalui pelaburan aset kumpulan wang takaful
berdasarkannisbah yang telah dipersetujui. Manakala lebihan
untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan
semula kepada pencarum. Jelas di sini bahawa keuntunganhasil
pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh
syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat
sendiri.Berbeza dengan sistem insurans konvensional di mana
keuntungannya diagih mengikut keputusan syarikat insurans
tersebut. Keuntungan yang diperolehi olehpengendali takaful
juga tidak diragui dari segi kehalalannya kerana pelaburan
dilakukandalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah
berdasarkan garis panduan yangdiberikan oleh Majlis
Pengawasan Syariah.
4. Bermanfaat kepada keluarga apabila peserta meningg
al dunia
Apabila seseorang peserta yang meninggaldunia sebelum
tempoh skim perlindungan takaful keluarga yang disertainya
matang,maka waris-warisnya akan menerima bayaran manfaat
takaful seperti berikut :
a) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta
sebelum ia meninggal dunia sebagaimana yang telah
terkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan
pelaburan yang diperuntukkan kepadanya mengikut perjanjian
al-Mudharabah.
b) Baki ansuran caruman takaful yang sepatutnya dibayar oleh
peserta jika dia tidak meninggal dunia dan terus mengekalkan
penyertannya. Jumlah baki ini adalahdikira dari tarikh selepas
kematiannya sehingga tarikh skim perlindungan
yangdisertainya itu matang. Bayaran baki ansuran caruman ini

akan dibuat daripada akaun khas semua peserta mengikut


persetujuan seperti yang termaktub didalam perjanjian takaful.
c) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta
sebagaimana yangterkumpul dalam akaun pesertanya dan
bahagian keuntungan pelaburan yangdiperuntukkan kepadanya
mengikut perjanjian al-Mudharabah.d) Lebihan daripada akaun
khas semua peserta yang dapat diperuntukkankepadanya.
Lebihan ini diperolehi setelah ditolak semua perbelanjaan
mengendalikan takaful keluarga seperti bayaran manfaat
takaful kepada waris-waris, rakan-rakan peserta yang
meninggal dunia dan sebagainya.
5. Manfaat dari Segi Rohaniah.
Keuntungan biasanya menjadi matlamat utama dalam
perniagaan. Tiada pengusaha mahupun penyumbang modal
yang tidak mengharapkan keuntungan daripada perusahaan
atau pelaburan yang dibuat. Hal ini kerana keuntungan
diperlukan dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Islam
juga tidak menegah umatnya dari mengaut keuntungan
dalamperniagaan yang dijalankan selagi sumber dan kaedah
untuk memperoleh keuntungan tersebut tidak bercanggah
dengan syarak.Dalam konteks takaful, perserta bukan sahaja
berpeluang memperoleh manfaat dari segi jaminan
perlindungan kewangan sebaliknya peserta juga berpeluang
memperoleh manfaat dari segi rohaniah sekiranya mereka
turut meletakkan kebajikan sebagai matlamat utama menyertai
takaful.
i. Saling Bertanggungjawab
Peserta-peserta takaful bersetuju untuk saling
bertanggungjawab antara satusama lain. Memikul
tanggungjawab dengan baik adalah suatu ibadat dan hal ini
dituntutdalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:

Setiap orang daripada kamu adalah memikul tanggungjawab


dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap orang-orang di
bawah tannggungjawab kamu
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
ii. Saling Bekerjasama dan Bantu Membantu
Peserta-peserta takaful bersetuju bekerjasama dan bantumembantu antara satusama lain. Dalam hal ini, Islam jelas
menuntut umatnya agar bekerjasama dalamperkara-perkara
yang makruf dan boleh menyuburkan perasaan takwa.
Sebagaimana disebut dalam firman Allah s.w.t :
Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan takwa,dan janganlah kamu
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.
Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah
amat berat seksaan-Nya . (Surah al-Maidah: ayat 2)
Selain dapat bekerjasama dan saling membantu, peserta juga
dapat melaksanakan fungsi harta dengan betul dan ini juga
merupakan salah satu unsurkebajikan dan takwa yang boleh
didapati dalam sistem takaful.
iii. Saling lindung-melindungi dalam sebarang
kesusahan.
Dalam konteks sistem takaful, peserta-peserta takaful telah
menyatakanpersetujuan semasa menandatangani kontrak
perjanjian untuk saling lindung-melindungi antara satu sama
lain daripada sebarang kesusahan, bencana dansebagainya.
Selain bersetuju untuk memberi perlindungan melalui caruman
yang dibuat, mereka juga turut menerima perlindungan
sekiranya ditimpa musibah kerana mereka layak mendapat
bantuan daripada dana takaful.

KELEMAHAN SISTEM TAKAFUL


Di sebalik kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan, sistem
takaful pada hari masih mempunyai beberapa kelemahan yang
perlu diperbaiki terutamanya dalam aspek pemasaran dan
pendedahan kepada orang ramai mengenai sistem takaful. Hal
ini perlu diberi perhatian serius bagi membolehkan takaful
mendapat sambutan yang setanding dengan insurans

konvensional yang telah bertapak lebih awal. Antara


kelemahan-kelemahan tersebut ialah:
1. Kekurangan Pengendali Takaful Berdaftar
Pertambahan pengendali takaful adalah penting bagi
mewujudkan persainganyang sihat di kalangan pengendalipengendali takaful. Ini kerana setiap pengendaliakan
menawarkan produk yang terbaik dan berkualiti serta
menambah produk-produk daripada yang sedia ada bagi
menarik orang ramai selaku pelanggan menyertai skim takaful
yang ditawarkan. Secara tidak langsung, mereka mempunyai
banyak pilihandalam memastikan skim takaful yang disertai
benar-benar dapat memberi manfaat perlindungan yang
maksimum dan memuaskan hati.
Kekurangan Pendedahan Terhadap Sistem Takaful
Sistem takaful mula diperkenalkan di negara ini pada tahun
1985 melaluipenubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian
Berhad (STM). Sehingga kini, orangramai khususnya umat Islam
masih kurang didedahkan dengan pelaksanaan sistem takaful
walaupun sistem ini diperkenalkan sebagai alternatif kepada
insurans konvensional yang telah diharamkan oleh sebahagian
besar ulama.Kelemahan juga dilihat apabila agen yang
menjual produk takaful tidak dapat menjelaskan secara
terperinci akan kelebihan-kelebihan yang boleh didapati
daripada produk takaful berbanding insurans konvensional
sekaligus tidak dapat menyakinkan orang ramai untuk samasama menyertai takaful. Oleh itu, pengendali-pengendali
takaful perlulah memastikan latihan diberi secukupnya kepada
agen-agen takaful yangdilantik agar mereka mampu menarik
lebih ramai orang untuk menyertai takafulterutamanya umat
Islam dan beralih dari terus membeli insurans konvensional.
Selain itu, pengendali-pengendali takaful juga perlu memikirkan
medium terbaikdalam usaha memberi pendedahan kepada
orang ramai tentang sistem takaful yangdilaksanakan mengikut
garis panduan yang ditetapkan syarak. Ini kerana masih ramai

yang beranggapan bahawa tiada perbezaan dalam sistem yang


digunakan olehinsurans konvensional dan takaful. Ini kerana
kedua-duanya menawarkan jaminanperlindungan kewangan
jika pencarum ditimpa musibah atau tragedi di luar jangkaan.

You might also like