You are on page 1of 1

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL

TAKAFUL

INSURANS KONVENSIONAL

1. Berasaskan hukum syarak, iaitu prinsip 1. Berdasarkan 3 prinsip insurans iaitu; Mudharabah kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak, dan indemniti. 2. Tidak mempunyai unsur gharar dan biasanya syarikat Takaful akan menyatakan dengan jelas cara premium dikumpulkan serta dilaburkan. Pembahagian keuntungan antara peserta dengan syarikat adalah mengikut nisbah yang telah dipersetujui. 3. Unsur riba tidak wujud sebab Takaful tidak menerima atau membayar bunga. Apabila Takaful matang, peserta akan dibayar bahagian simpananya yang ditambah dengan keuntungan daripada pelaburan. 2. Mempunyai unsur gharar atau ketiadaan penjelasan tentang cara premium dilaburkan dan sumber ganti rugi tidak dinyatakan. Wang premium dilaburkan dalam projek-projek yang bercanggah dengan hukum Islam. 3. Mempunyai unsur riba sebab menerima bunga atas pinjaman yang diberi kepada insured. Pampasan dan jumlah yang diinsuranskan yang dibayar balik mengandungi unsur bunga.

4. Tidak mempunyai unsur maisir (perjudian) kerana wang premium dimasukkan ke dalam dua akaun iaitu; akaun peserta untuk pelaburan dan akaun khas peserta untuk pembayaran faedah takaful kepada peserta yang ditimpa kecelakaan. Peserta akan dibayar mengikut jumlah simpanan yang terkumpul di dalam kedua-dua akaun itu dan bukan mengikut jumlah yang diinsuranskan.

4. Insurans kapitalis terutamanya insurans hayar mempunyai unsur maisir kerana insured akan dibayar pampasan yang besar dengan sumbangan premium yang sedikit.

You might also like