You are on page 1of 9

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/285157560

Kaedah Penyelesaian Kemungkiran Kontrak


(Default Payment) dalam Islam: Sorotan Literatur

Article June 2014


DOI: 10.17576/islamiyyat-2014-3601-04

CITATIONS READS

0 52

3 authors, including:

Salmy Edawati Yaacob


National University of Malaysia
14 PUBLICATIONS 18 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Developing Shariah Parameters for Beneficial Ownership in Islamic Finance View project

All content following this page was uploaded by Salmy Edawati Yaacob on 09 February 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ISLMMIYYT 36(1) 2014: 41 - 48

Kaedah Penyelesaian Kemungkiran Kontrak (Default Payment) dalam Islam: Sorotan Literatur

(Method of Solution for Breach of Contract (Default Payment) in Islam: A Literature Review)

NORWAJIA UMI ISMAIL


MAT NOOR MAT ZIN
SALMY EDAWATI YAACOB

ABSTRAK

Permasalahan kemungkiran kontrak dalam pembiayaan hutang dilihat semakin meningkat sejajar dengan perkembangan
pesat sistem kewangan Islam di Malaysia. Pihak perbankan telah mengambil pelbagai kaedah yang sesuai untuk menangani
permasalahan ini. Namun, timbul persoalan berkaitan asas penilaian sesuatu kemungkiran kontrak dan adakah wujud
kaedah-kaedah lain selain ganti rugi untuk membantu institusi kewangan Islam menangani masalah kemungkiran ini.
Justeru, kertas kerja ini menyoroti kajian lepas berkaitan dengan permasalahan kemungkiran kontrak. Analisis literatur
dilakukan untuk menilai semula konsep kemungkiran kontrak dan mengenalpasti kaedah penyelesaiannya menurut
pandangan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil sorotan
literatur ini mendapati bahawa masalah kemungkiran kontrak sering terjadi apabila berlakunya perlanggaran hak dan
syarat. Sebahagian masalah kemungkiran kontrak juga dapat ditangani melalui penggunaan beberapa kaedah dan kontrak
sokongan. Maka, satu kajian untuk membentuk kaedah dan mekanisme penyelesaian kemungkiran kontrak berasaskan
prinsip Islam perlu dibangunkan. Ini adalah supaya perjalanan sistem kewangan dan perbankan Islam akan lebih telus
dan harmoni.

Kata kunci: Kemungkiran kontrak; kaedah penyelesaian; pembiayaan hutang

ABSTRACT

Problem of breach of contract in debt financing is seen increasing day by day in line with rapid development of the Islamic
financial system in Malaysia. The bank actually has taken the appropriate measures to overcome this problem. However,
question arise related to the basis of valuation of a breach of contract and are there other methods of compensation to
help Islamic financial institutions deal with this breach. Thus, this paper reviews previous studies as to issues related to
the breach of contract. Analysis of the literature is conducted to evaluate the concept of breach of contract and to identify
its solutions according to the Islamic point of view. This is a qualitative study with approach of library research. Result
of literature review found that problem of breach of contract often occurs in the case of violations of right and condition.
Part of the problem of breach of contract may also be overcome through the use of several methods and contractual
supports. Therefore, a study to form a method and mechanism of solution of breach of contract based on Islamic principles
should be developed. This is in order to the practice of financial system and Islamic banking will be more transparent and
harmonized.

Keywords: Breach of contract; method of solution; debt financing

PENGENALAN Namun, terdapat segelintir pelanggan yang gagal


atau mungkir untuk melunaskan pembayaran tersebut
Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia pada terutamanya di dalam pembiayaan yang berasaskan hutang.
masa kini telah mengalami perubahan yang baik dari Perbuatan sebegini boleh menjejaskan pendapatan dan
semasa ke semasa. Operasi perbankan Islam yang wujud di aktiviti kewangan sesebuah institusi kewangan. Selain itu,
antara pihak bank dan pelanggan adalah melalui kontrak. keadaan seumpama ini tidak memenuhi konsep keadilan
Secara umumnya, kontrak adalah satu ikatan atau hubungan yang dituntut dalam sistem muamalah Islam (Sudin Haron
di antara dua pihak secara penawaran dan penerimaan ke 2005).
atas sesuatu perkara atas persetujuan bersama (Kharofa Secara umumnya, kemungkiran kontrak merujuk
2007). Di dalam amalan operasi perbankan Islam, pihak kepada keingkaran pelanggan untuk menjelaskan
pembiaya akan bertindak sebagai penyalur dana kepada hutangnya mengikut waktu yang telah ditetapkan.
pelanggan menerusi kontrak yang telah dipersetujui. Pihak Ulama telah bersepakat bahawa masalah kemungkiran
pelanggan pula sebagai pengguna hendaklah melunaskan kontrak kebiasaannya akan berlaku apabila melibatkan
pembayaran berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan. hak, maka segala sesuatu yang melanggari hak-hak
42 Islmmiyyt 36(1) 2014

pihak yang berkontrak hendaklah ditangani sesuai syariah memutuskan agar klausa wad daripada pelanggan
dengan tuntutannya. Dalam aspek perundangan pula, untuk membeli aset musyarakah boleh dimasukkan ke
kemungkiran kontrak dikategorikan sebagai salah satu dalam kontrak musyarakah mutanaqisah bagi menangani
sebab untuk berlakunya pelepasan kontrak. Ini bermakna kemungkiran dan dilaksanakan secara adil tanpa menafikan
apabila berlaku kemungkiran kontrak, langkah yang boleh elemen perkongsian untung rugi antara pihak yang
diambil adalah dengan menamatkan kontrak tersebut. berkontrak. Instrumen wad ini juga boleh diaplikasikan
Kemungkiran kontrak bermaksud apabila satu pihak yang di dalam pembiayaan al- Ijarah thumma al-bai (AITAB)
berkontrak tanpa ada pengecualian undang-undang, gagal (Uthmani 2002). Menurut Asyraf Wajdi (2010), ibra turut
atau menolak untuk melaksanakan obligasi kontrak yang diaplikasikan dalam menangani masalah kemungkiran dan
dimeterai, melaksanakannya secara tidak sempurna atau kebanyakkan kes-kes muamalah juga adalah berkenaan
tidak berupaya untuk melaksanakannya (Carter 1984). dengan kemungkiran. Isu-isu yang berbangkit mengenai
Menurut sarjana ekonomi Islam, masalah kemungkiran kemungkiran dan jumlah sebenar yang harus dibayar
kontrak berlaku dalam dua faktor utama iaitu secara sengaja bagi ganti rugi turut dibincangkan di dalam kajian ini.
dan tidak sengaja iaitu ketidakmampuan pelanggan Berdasarkan penelitian penulis, pengenaan ganti rugi adalah
melangsaikan hutangnya. Berdasarkan faktor-faktor yang kaedah yang kerap digunakan untuk menangani masalah
telah dinyatakan ini, para ulama telah bersepakat bahawa kemungkiran kontrak namun begitu adakah kaedah-kaedah
faktor sengaja ialah apabila seseorang yang mampu untuk lain turut membantu institusi kewangan Islam menangani
menjelaskan hutangnya namun sengaja melewatkan masalah kemungkiran ini dan bagaimanakah kaedah-
pembayaran tanpa sebab yang munasabah dan tidak diterima kaedah ini dilihat mampu untuk menangani masalah
oleh syarak. Bagi faktor ketidakmampuan menjelaskan kemungkiran kontrak khususnya yang berlaku di dalam
hutang pula, hukuman yang dikenakan adalah berbeza. pembiayaan hutang.
Pelanggan yang mungkir tersebut hendaklah diberikan masa Dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan,
sehingga ia mampu menyelesaikan hutang tersebut. Namun kertas kerja ini penting bagi mengkaji beberapa kaedah
pihak bank perlulah mengenal pasti keadaan pelanggan lain yang sesuai untuk mengatasi masalah kemungkiran
tersebut sama ada layak untuk dikategorikan sebagai tidak kontrak ini. Justeru, kajian literatur ini bertujuan untuk
mampu (insolvensi). Hal ini merujuk kepada resolusi menganalisa kajian-kajian lepas berkenaan beberapa
64 yang telah dikeluarkan oleh Akademi Fiqh Sedunia kaedah-kaedah penyelesaian masalah kemungkiran
bahawa seseorang yang dikategorikan insolvensi apabila kontrak ini dan seterusnya dapat membentuk kaedah dan
ia hanya mempunyai harta yang berbentuk keperluan mekanisme penyelesaian kemungkiran kontrak berasaskan
yang mencukupi sahaja dan tidak mampu menjelaskan prinsip Islam.
hutangnya sama ada dalam bentuk wang atau barangan
(Majallah Majma Fiqh al-Islami 1992).
Masalah kemungkiran kontrak juga telah menyebabkan SOROTAN LITERATUR
kebanyakan institusi kewangan mengalami kerugian. Oleh
yang demikian, pihak bank sama ada konvensional dan Bagi mendapatkan hasil lanjut kajian ini, penulis telah
Islam telah menangani masalah ini dengan kaedah-kaedah meneliti dan menganalisa beberapa kajian terdahulu yang
penyelesaian tertentu. Institusi kewangan konvensional berkaitan dengan bidang kajian ini. Isu-isu yang telah
khususnya telah menangani masalah kemungkiran ini dikemukakan dalam kajian ini adalah menjurus kepada
melalui pengenaan faedah terhadap pelanggan yang persoalan penggunaan kaedah-kaedah lain selain daripada
mungkir. Sehubungan itu, sebahagian ulama kontemporari ganti rugi dalam menangani masalah kemungkiran
pada masa kini telah mencari satu kaedah yang sesuai untuk kontrak. Oleh yang demikian, ulasan kepustakaan ini akan
menangani masalah kemungkiran ini. Rentetan tu, resolusi membincangkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji
syariah yang telah dikeluarkan Bank Negara Malaysia telah terdahulu yang menjurus kepada persoalan kajian. Selain
memutuskan bahawa pengenaan caj pembayaran lewat itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman
oleh institusi kewangan Islam yang merangkumi kedua- mengenai latar belakang isu yang telah dikemukakan.
dua konsep gharamah (denda atau penalti) dan tawidh Secara umumnya, terdapat beberapa kajian
(ganti rugi) adalah dibenarkan. Pengenaan ganti rugi ini yang membincangkan kaedah penyelesaian masalah
juga hendaklah dikenakan ke atas kelewatan pembayaran kemungkiran kontrak melalui penggunaan kaedah ganti
obligasi kewangan yang terhasil daripada kontrak - kontrak rugi (tawidh) dan denda (gharamah). Hasil daripada
pertukaran dan pihak bank boleh memperoleh pendapatan kajian-kajian tersebut mendapati bahawa terdapat dua
atas dasar kerugian sebenar yang ditanggung (BNM 2010). pandangan ulama kontemporari tentang penggunaan
Bagi membandingkan isu kemungkiran kontrak kaedah ini, iaitu golongan yang mengharuskan dan tidak
ini, selain daripada ganti rugi dan denda, terdapat beberapa mengharuskan. Antara ulama yang mengharuskan ialah
kaedah lain dilihat berpotensi untuk menangani masalah Mustafa al-Zarqa (1985), Abdullah Mani (1985), Siddiq
kemungkiran kontrak terutamanya di dalam pembiayaan al-Darir (1985), Akram Laldin (2006).
yang berasaskan hutang. Dalam resolusi syariah yang Menurut Mustafa al- Zarqa, harus mengenakan
dikeluarkan Bank Negara Malaysia, instrumen wad ganti rugi ke atas penghutang yang sengaja melewatkan
digunakan untuk menangani masalah kemungkiran dalam pembayaran hutangnya. Prinsip ganti rugi ini juga dikira
kontrak musyarakah mutanaqisah. Majlis penasihat berdasarkan kemudaratan sebenar yang diterima oleh
Kaedah Penyelesaian Kemungkiran Kontrak 43

pihak pemiutang (bank) di atas kelewatan penghutang hutang pada masa kini berbeza dengan zaman dahulu
menjelaskan pembayaran. Walau bagaimanapun, ada malah perbincangan terhadap permasalahan ini menjadi
beberapa syarat tertentu yang perlu dipatuhi agar nilai satu keperluan pada masa kini. Ganti rugi berbentuk harta
ganti rugi sama dengan mudarat yang berlaku seperti kuasa ini juga adalah relevan untuk digunapakai pada masa kini
menentukan kadar ganti rugi, kadar mudarat pemiutang dan sejajar dengan perkembangan sistem kewangan Islam.
kadar keuzuran penghutang hanya berhak ditentukan oleh Manakala Abdul Razzaq (2006) pula mencadangkan
pihak mahkamah sahaja. Sekiranya didapati penghutang agar klausa syarat balasan hendaklah dimasukkan di
terbabit berada di dalam keadaan tidak mampu maka dalam kontrak bagi mengelakkan berlakunya kecuaian
bank tidak boleh menuntut ganti rugi ke atas penghutang terutama di dalam kontrak melibatkan kerja. Hasil ganti
tersebut Selain itu, tidak boleh ada persetujuan awal rugi juga perlulah diambil berdasarkan kemudaratan yang
antara penghutang dan pihak bank di dalam penentuan sebenar dan bukanlah melalui kemungkinan kemudaratan.
kadar tertentu bagi kemudaratan kelewatan pembayaran Penentuan kemudaratan ini juga hendaklah dilakukan
hutang. Beliau menambah, sekiranya persetujuan awal berdasarkan garis panduan tertentu iaitu dengan melihat
dilakukan oleh kedua belah pihak, tindakan ini dikhuatiri kadar sederhana pulangan yang dijangka diraih daripada
boleh membawa kepada riba yang tersembunyi melalui aset.
persetujuan mereka, seolah-olah mereka telah bersepakat Sementara itu, dalam fatwa forum al-Barakah Ekonomi
mendahulukan pinjaman dengan membayar faedah Islam menyatakan bahawa keharusan ini dianggap sama
berdasarkan tempoh masa (al-Zarqa 1985). Namun seperti keadaan rampasan yang para ulama memperakui
begitu berbeza pula pandangan Siddiq al-Darir (1985) ganti rugi yang dibayar oleh perampas terhadap manfaat
yang mengharuskan persetujuan awal berlaku di antara barangan yang dirampas di samping mengembalikan
penghutang dan pihak bank dan penentuan kadarnya barangan yang asal. Tambahan pula, bayaran ganti rugi ini
dikira berdasarkan keuntungan sebenar yang diraih oleh juga bersandarkan prinsip Masalih Mursalah dengan syarat
pihak bank dalam tempoh kelewatan pembayaran hutang wang kutipan akan digunakan untuk tujuan kebajikan.
(Darir 1985). Menurut Nejatullah (1993) pula, harus Menurut Joni (2001), pengenaan ganti rugi ini juga terdiri
untuk mengambil ganti rugi namun hasil yang diperolehi di atas konsep penolakan mudarat yang setiap mudarat
hendaklah diasingkan dan dimasukkan ke dalam satu atau kerugian mestilah dihindari. Bayaran ganti rugi ini
tabung khas. Beliau turut menjelaskan pengasingan ini juga sekadar mengembalikan keadaan kerugian kepada
perlu agar terhindar daripada riba. Merujuk kepada syarat- keadaan tidak rugi dan ini tidak menguntungkan pihak
syarat ini, Taqi Uthmani (2002) menegaskan di dalam bank kerana ia hanya sekadar memperbaiki keadaan.
pembiayaan murabahah, bagi pelanggan yang mungkir, Perkara ini juga berbeza dengan riba yang bersifat
pihak bank hanya boleh mengambil kadar ganti rugi yang memberikan keuntungan kepada satu pihak sahaja. Umar
sebenar tanpa sebarang kenaikan jumlah bayaran. Situasi Chapra (2000) pula mengusulkan konsep Loss Given
ini kadangkala cuba dimanfaatkan oleh pelanggan yang Default (LGD) untuk menentukan kadar denda agar boleh
sengaja mengelak untuk membayar pada tarikh akhir itu mengurangkan nilai-nilai ketidakadilan antara pelanggan
kerana mengetahui bahawa tiada apa-apa kadar bayaran dan pihak bank apabila berlaku kemungkiran. Hal
tambahan yang akan dikenakan. kemungkiran atau kegagalan pembayaran tanpa penalti
Dalam kajian Abdullah Mani (1985) beliau dan denda akan menjadi satu fenomena dan peristiwa
membincangkan tentang hukuman tazir berbentuk yang tidak baik kepada kelangsungan ekonomi dan orang
harta dengan menyatakan bahawa penggantian perkara yang mungkir dan ingkar itu akan berterusan berlaku tidak
yang hilang daripada manfaat harta kerana penangguhan jujur dalam perjanjian. Rentetan itu, satu resolusi telah
pembayaran adalah pendapat yang kuat disokong dengan dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
beberapa kaedah- kaedah syarak dan nas. Dalam kajian Malaysia (2010) berkenaan keharusan menggunakan
ini, beliau bersetuju dengan pendapat al-Zarqa dari segi kaedah ganti rugi (tawidh) dan denda (gharamah) dengan
natijahnya, walau bagaimanapun enggan menyatakan syarat-syarat tertentu. Institusi perbankan Islam boleh
denda harta ini sebagai ganti rugi akan tetapi lebih selesa mengiktiraf tawidh sebagai pendapatan atas dasar ia
menganggapnya sebagai hukuman tazir dengan harta dan dikenakan sebagai ganti rugi atas kerugian sebenar yang
tidak mensyaratkan kadar tazir dengan harta ini menyamai dialami manakala Gharamah pula tidak boleh di ambil
dengan mudarat hakiki atau kerugian yang luput. Antara kira sebagai pendapatan sebaliknya ia perlu disalurkan
lain yang ditimbulkan oleh beliau adalah ganti rugi terhadap kepada badan-badan kebajikan tertentu. Pendapat ini juga
manfaat yang luput atau manfaat yang dijangka luput dapat mengatasi masalah besar yang menimpa kebanyakan
adalah harus, mengqiyaskan luputnya manfaat barangan bank Islam yang menghadapi masalah untuk mendapatkan
dalam rampasan dari sudut penghutang yang enggan
wang tunai untuk dilaburkan bagi mencari keuntungan
menjadi perampas akibat keengganannya. Sehubungan itu,
(Lahsasna 2010). Kajian- kajian ini membuktikan bahawa
ulama bersepakat bahawa hukuman yang dikenakan atas
penggunaan ganti rugi diharuskan berdasarkan syarat-
kelewatan pembayaran hutang termasuk dalam hukuman
syarat tertentu bagi terhindar daripada konsep riba. Timbul
tazir yang salah satu bentuknya adalah berbentuk harta.
persoalan di sini, adakah terdapat cara yang efisien dari
Sekalipun ada yang menyatakan bahawa hukuman
segi pengiraan mudarat yang ditanggung pihak bank bagi
ini telah dinasakhkan namun ibn Taimiyyah menolak
memastikan hasil ganti rugi yang diterima itu nanti benar-
mengatakan bahawa hukuman ini masih lagi thabit. Selain
benar telus dan jauh daripada riba?
itu, Akram Laldin (2006) berpendapat situasi penangguhan
44 Islmmiyyt 36(1) 2014

Walau bagaimanapun, terdapat juga pendapat ulama yang tidak mampu dari segi kewangan namun berazam
yang tidak mengharuskan kaedah ganti rugi dan denda untuk melunaskan hutangnya dan beberapa kaedah lain.
seperti Hammad (1985), Rafiq al-Misri (1986), Zakiuddin Sehubungan itu, masih lagi terdapat cara yang boleh
Syaaban (1989), Ali Qurah Daghi (2006). Menurut digunakan bagi menghindari penghutang daripada terjebak
Hammad (1985), hukuman yang boleh dikenakan ke dengan bahaya riba. Berdasarkan pendapat dan cadangan
atas penghutang yang mungkir dan lewat melunaskan yang dinyatakan, maka timbul persoalan, adakah hukuman
hutangnya adalah melalui hukuman tazir seperti hukuman yang dimaksudkan di dalam hadis-hadis berkaitan hanya
penjara dan teguran dan hendaklah dilaksanakan oleh bermaksud hukuman tazir sahaja? Tidak dinafikan bentuk
hakim atau pemerintah sahaja. Tambah beliau lagi, hukuman tersebut boleh membantu menangani masalah ini,
memberi peringatan tentang tanggungjawab dan balasan namun adakah mustahil untuk digabungkan kaedah ganti
yang bakal diterima oleh penghutang yang mungkir adalah rugi dan hukuman tazir jika ia mampu melengkapkan
lebih baik berbanding hukuman berbentuk harta yang bentuk hukuman yang harus diterima penghutang yang
berkemungkinan boleh terjebak kepada riba. Selain itu, mungkir itu.
berdasarkan hadis-hadis yang menganggap keengganan Berdasarkan penjelasan penggunaan kaedah ganti
penghutang untuk melunaskan hutang adalah satu kezaliman rugi, masih terdapat beberapa mekanisme yang dikenal
dan dihalalkan maruahnya dan boleh dikenakan hukuman, pasti dapat menangani masalah kemungkiran ini terhindar
tidak menunjukkan keharusan hukuman membayar ganti daripada riba misalannya aplikasi wad dalam pembiayaan
rugi malah tiada yang menafsirkan hukuman sedemikian musyarakah mutanaqisah. Berdasarkan keputusan Majlis
patut dilakukan. Pendapat ini turut disokong oleh Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, klausa wad
Zakiuddin Syaaban (1989) dan Muhamad Ali Salus (1993). boleh dimasukkan ke dalam kontrak musyarakah
Sementara itu, penetapan syarat ganti rugi ini juga tidak mutanaqisah bagi menangani kemungkiran dan
lain tidak bukan membawa helah riba secara bertangguh dilaksanakan secara adil tanpa menafikan elemen
dan ia adalah haram (al-Misri 1986). Beliau menjelaskan, perkongsian untung rugi antara pihak yang berkontrak.
cadangan ini umpama membuka ruang ke arah pintu riba Apabila berlaku kemungkiran pelanggan sehingga
sehingga akhirnya nanti perbezaan yang tinggal hanyalah mengakibatkan aset terpaksa dijual kepada pihak ketiga,
pada luaran dan puncanya sahaja. Jika perkara ini tidak institusi kewangan Islam selaku pembiaya berhak untuk
ditangani lebih awal maka tidak hairanlah ruang pintu menuntut kekurangan (merangkumi pembayaran sewa yang
riba akan lebih terbuka luas. Sehubungan itu, pendapat tertunggak dan pembelian bahagian institusi kewangan
ini turut dikuatkan oleh Ali Qurah Daghi (2006) tentang Islam oleh pelanggan) berdasarkan wad yang dipersetujui.
ganti rugi dan denda melalui pengalaman beliau sendiri Dalam pembiayaan ijarah, wad turut diaplikasikan bagi
sewaktu menjadi ahli lembaga Syariah sebuah bank yang mengelakkan penyewa daripada memungkiri kontrak yang
Lembaga Syariah telah bersetuju agar ganti rugi dan denda telah disepakati dengan pihak pemberi. Justeru, walaupun
dibelanjakan untuk tujuan kebaikan. Namun begitu, pihak wad dianggap hanya sebagai kontrak sokongan, namun
pengurusan bank lebih cilik meminta kebenaran lembaga ia dianggap sebagai pelengkap terhadap jaminan daripada
Syariah untuk menggunakan hasil tersebut bagi kos-kos berlakunya penipuan atau kecuaian daripada pihak yang
pengurusan sehingga jumlah kos tersebut hampir menyamai berkontrak.
kadar denda yang diperolehi. Oleh yang demikian, beliau Menurut kajian Asyraf Wajdi dan Fairuz (2010) pula,
menegaskan bahawa sebarang perolehan wang penghutang amalan ibra mampu diaplikasikan dalam menangani
atas sebab mungkir dan kelewatan adalah tidak harus masalah kemungkiran pelanggan melunaskan pembayaran
sekalipun ia diputuskan menerusi kuasa kehakiman. ke atas tunggakan hutang. Malah dalam kajian yang telah
Hasil yang dikutip itu juga tidak boleh dimanfaatkan dilakukan ISRA terhadap kes-kes yang berkaitan dengan
oleh pihak bank namun perlu disalurkan kepada badan muamalah daripada tahun 2003 sehingga ke penghujung
kebajikan. Antara lain beliau telah mencadangkan agar 2009, kebanyakan kes yang didaftarkan di Mahkamah
pihak bank perlu mengadakan kerjasama dengan beberapa Tinggi adalah yang menyentuh isu rebat atau ibra
pihak berwajib yang berkaitan bagi memudahkan urusan terutamanya dalam perselisihan mengenai tuntutan pihak
menjejak penghutang yang mungkir serta mengutamakan bank terhadap hutang yang tidak dapat dijelaskan oleh
mekanisme kafalah (gadaian) seperti mengikat hutang pelanggan yang mungkir. Beliau turut mencadangkan agar
tersebut dengan segala harta dan hak penghutang di bank. klausa ibra dimasukkan di dalam kontrak dan menjadikan
Rentetan itu, beberapa garis panduan telah dilampirkan ia secara bilateral iaitu mengikat di antara pihak bank dan
di dalam Majalah Majma Fiqh (2004) berkenaan tindakan penghutang. Pemasukan klausa ibra bilateral lebih jelas
yang boleh dikenakan kepada penghutang yang mungkir terzahir dengan memasukkan prinsip daa wa taajjal. Ini
antaranya mengisytiharkan dan menyenarai hitamkan kerana prinsip daa wa taajjal pada hakikatnya berteraskan
nama penghutang yang mungkir, meletakkan beberapa prinsip ihsan dizahirkan pada kedua-dua pihak yang
klausa syarat balasan di dalam kontrak, pihak bank berkontrak iaitu penjual berlaku ihsan apabila dia bersedia
dan penghutang boleh melakukan kerjasama dengan mengurangkan nilai hutang manakala pembeli berlaku
membuat perkongsian bagi aset tidak alih (aqar) dengan ihsan apabila dia bersedia untuk menjelaskan hutangnya
nilaian hutang. Melalui perkongsian ini, pihak bank lebih awal. Selain itu, klausa ibra secara bilateral mampu
boleh mendapatkan semula hutangnya melalui sewaan menghindari unsur syubhah riba yang terhasil daripada
aset tersebut. Kaedah ini bersesuaian bagi penghutang aplikasi ibra secara unilateral dalam hutang-hutang bagi
Kaedah Penyelesaian Kemungkiran Kontrak 45

produk pembiayaan hutang. Beliau turut berpandangan Berdasarkan sorotan literatur yang telah dilakukan,
justifikasi memasukkan klausa ini memenuhi tuntutan perbahasan mengenai kaedah ganti rugi dan denda
maqasid syariah kerana melalui implikasi klausa ini ialah telah menjadi perselisihan dalam pelaksanaannya di
harga yang perlu dibayar oleh pelanggan yang mungkir dalam menangani permasalahan kemungkiran dan
(default) ialah harga jualan aset selepas ditolak keuntungan kelewatan pembayaran hutang. Bagi golongan yang
yang terhasil daripada tempoh tangguh yang telah tiada. mengharuskan, mereka telah menetapkan beberapa
Tanpa klausa yang berasaskan prinsip da wa tajjal, syarat tertentu bagi pelaksanaan kaedah ini agar selari
pelanggan dikehendaki membayar keseluruhan harga dengan prinsip syarak dan terhindar daripada riba. Selain
jualan yang telah diakadkan sedangkan tempoh tangguh itu, ketetapan di dalam penentuan kadar ganti rugi perlu
telah tiada kerana pelanggan dikehendaki membuat diteliti iaitu kadar yang perlu dikira hanyalah melalui
bayaran penuh (full settlement). Keadaan ini bertentangan kerugian atau mudarat sebenar sahaja yang menimpa
dengan prinsip keadilan yang mendasari setiap aktiviti jual pihak bank umumnya. Hukuman dan kadar pula perlu
beli. Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dilakukan diadili oleh pihak hakim atau pemerintah. Sementara itu,
terutamanya terhadap penelitian semula cara pengiraan bagi golongan yang tidak mengharuskan menjelaskan
dan jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh penghutang kaedah ganti rugi dan denda ini umpama helah kepada
kerana sekalipun hampir semua bank memasukkan klausa riba. Jika perkara ini tidak dihindari, mereka khuatir dan
ibra dalam surat perjanjian, namun klausa tersebut jelas bimbang ruang untuk memasuki bahaya riba semakin
menggambarkan sifat unilateral dan status sukarela ibra. terbuka luas. Sehubungan itu, bentuk hukuman yang
Sehubungan itu, beberapa persoalan timbul hasil daripada sesuai digunapakai adalah hukuman tazir sahaja seperti
penelitian terhadap kes-kes yang berkaitan dengan hukuman penjara dan hendaklah ditentukan oleh pihak
kemungkiran ini seperti berapakah jumlah sebenar yang hakim atau pemerintah sahaja. Golongan ini juga lebih
harus dibayar oleh pihak pelanggan yang memungkiri mengutamakan pendekatan berhikmah dan mekanisme
perjanjian yang sudah termeterai, apakah pelanggan berhak kafalah dalam mengatasi masalah kemungkiran dan
mendapatkan nilai rebat berasaskan prinsip ibra ke atas kelewatan pembayaran hutang ini.
nilai keuntungan yang belum terjelma lagi dan sekalipun Oleh yang demikian, terdapat beberapa kajian yang
bank bersetuju untuk memberikan ibra kepada pelanggan mengetengahkan kaedah-kaedah lain sebagai alternatif
yang mungkir itu, berapakah nilai sebenar ibra atau rebat bagi kaedah ganti rugi dan denda sebagai contoh resolusi
yang akan diberikan pihak bank kepada pelanggan? yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkenaan
pemasukan klausa wad dalam kontrak musyarakah
mutanaqisah misalannya sebagai jaminan agar pembeli
ANALISIS SOROTAN LITERATUR tidk memungkiri kontrak yang telah disepakati. Walaupun
dianggap sebagai kontrak sokongan, namun ia boleh
Bab ini akan dianalisa berdasarkan hasil sorotan literatur dianggap sebagai pelengkap terhadap jaminan daripada
yang telah dilakukan berlakunya penipuan atau kecuaian daripada pihak yang

Bil. Penulis Hasil kajian


1. Mustafa al-Zarqa (1985), Abdullah - Harus menggunakan kaedah ganti rugi dan denda berdasarkan prinsip syarak
Mani (1985), Siddiq dan nas serta memenuhi kemaslahatan umum.
al-Darir (1985), Akram - Penentuan hukum adalah melalui pihak hakim atau pemerintah sahaja.
Laldin (2006) - Tidak harus berlaku persetujuan awal di antara pihak bank dan penghutang
berhubung kadar ganti rugi yang harus dibayar penghutang atas kelewatan.
- Penentuan kadar ganti rugi pula hanya termaktub bagi kerugian sebenar sahaja
yang dialami pihak bank. Cara penentuan kemudaratan amatlah penting bagi
terhindar daripada berlakunya riba.
2. Hammad (1985), Rafiq al-Misri - Tidak harus menggunakan kaedah ganti rugi kerana ia menghampiri riba. Malah
(1986), Zakiuddin Syaaban kaedah ini seumpama helah kepada riba.
(1989), Ali Qurah Daghi - Hanya hakim atau pemerintah yang berhak menentukan hukuman ke atas
(2006) penghutang yang mungkir dan lewat melunaskan pembayaran dan hukuman
adalah berbentuk tazir (hukuman penjara).
- Mengutamakan mekanisme kafalah atau kaedah berhikmah berbanding kaedah
ganti rugi adalah lebih baik kerana tindakan seumpama itu dapat menghindari
riba.
3. Bank Negara Malaysia (2010), - Klausa wad dimasukkan bagi mengelakkan pembeli daripada memungkiri
Asyraf Wajdi dan Fairuz kontrak yang telah disepakati. Walaupun sekadar kontrak sokongan, namun ia
(2010) dianggap sebagai pelengkap terhadap jaminan daripada berlakunya penipuan
atau kecuaian daripada pihak yang berkontrak.
- Pemasukan klausa ibra secara bilateral dalam kontrak jual beli dapat menghindari
syubhah riba dalam kontrak ibra unilateral yang digunapakai kini.
- Prinsip daa wa taajjal pada hakikatnya berteraskan prinsip ihsan dizahirkan
pada kedua-dua pihak yang berkontrak.
46 Islmmiyyt 36(1) 2014

berkontrak. Bagi kajian Asyraf pula, beliau berpendapat al-Darir, al-Siddiq Muhammad Amin. 1985. Al-Ittifaq
pemasukan klausa ibra secara bilateral dalam kontrak ala ilzam al-Madin al-Musir bi tawidh Dhoror al-
mampu menghindari pelanggan daripada mungkir serta Mumatilah. Jeddah: Majalah Jamiah al-Malik Abdul
syubhah riba yang terdapat di dalam kontrak ibra Aziz, al-Iqtisod al- Islami.
unilateral yang digunakan oleh kebanyakan pihak bank. al-Fayruzabadi, Majiduddin Muhammad bin Yaakub.
Kaedah ini juga mampu menjamin keadilan bagi pihak 1952. Al- Kamus Al-Muhit. Lubnan: Dar al-Jil.
yang berkontrak dan ketelusan pihak bank dalam mengikat al-Fayyumi, Ahmad bin Muhammad bin Ali. 2000. al-
kontrak dengan pembeli. Misbah al-Munir. Kaherah: Dar al- Hadis.
Hammad, Nazih Kamal. 1985. al-Muayyidat al-
Syariyyah li haml al-Madin al-Mumatil ala al-Wafa
KESIMPULAN wa butlan al-Hukm bi al-Taawidh al-Mali an Darar
al-Mumatilah.Vol 3 No1. Jeddah: t.pt.
Berdasarkan analisis terhadap beberapa permasalahan Hammad, Nazih Kamal. 1995. Mujam al- Mustolahat
kaedah ganti rugi dan denda, kaedah ini menjadi pilihan al- Iqtisodiah fi Lughatil fuqaha. Riyadh: Dar al-
kebanyakan bank atas kewajarannya dalam praktis Alamiah lil Kitab al-Islami.
perbankan Islam pada masa kini sekalipun terdapat Kharofa, Ala Eddin. 2007. Transaksi dalam Perundangan
segelintir yang menolak kaedah ini namun adalah lebih Islam. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara
baik pendekatan berhikmah digabungkan dengan kaedah Malaysia Berhad.
ganti rugi supaya dapat melancarkan usaha mencegah Laldin, Mohammad Akram. 2006. Isu-isu Semasa dalam
berlakunya kemungkiran. Selain itu, penilaian terhadap Perbankan Islam: Prosiding Dialog Cendiakawan
kaedah lain yang dilihat berpotensi menjadi alternatif Syariah Antarabangsa 2006. Putrajaya, Kuala
kepada kaedah ganti rugi perlu diberi perhatian agar dapat Lumpur: Bank Negara Malaysia.
mengharmonikan peranan bank Islam itu sendiri dalam Majalah Majma al-Fiqh al-Islami. 1992. Resolusi no:
menangani permasalahan ini.Maka, satu kajian diperlukan 51/6/2. Jeddah: t.pt.
bagi mengkaji kaedah-kaedah penyelesaian ini agar sesuai al-Mani, Abdullah Sulaiman. 1985. Matl al-Ghaniy
dengan prinsip yang telah digariskan syarak. Zulmun wa anna hu Yuhillu Irdu hu wa uqubatahu.
Riyadh: Majmu al-Fatawa wa Buhuth.
al-Misri, Rafiq Yunus. 1985. al-Nizom al-Masrafi al-
RUJUKAN Islami bahs fi dirasat fi al-Iqtisod al-Islami. Jeddah:
al-Markaz al-Alami li abhath al-Iqtisod al-Islami.
Abadi, al-Azim. 2001.Awn al- Mabud Sharh Sunan Abi al-Misri, Rafiq Yunus. 1986. al-Riba wal hasmi al-Zamani
Dawud. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr. fi al-Iqtisod al-Islami. Jeddah: Dar Hafiz lil nashar wa
Abdul Barr, Muhammad Zaki. 1993. Taliq ala Bahs al- al-Tauzi.
Siddiq Muhammad Amin ad-Darir. Vol 5. Jeddah: al-Qurrahdaghi, Ali Muhyi al-Din. 2006. Buhuth fi Fiqh
Majalah Jamiah al-Malik Abdul Aziz, al-Iqtisod al- al-Bunuk al-Islamiah. Beirut, Lubnan: Dar al-Bashair
Islami. al-Islamiah.
Ibn al-Arabi, Abu Bakr Muhammad bin Abdullah. 2002. al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-
Ahkam al-Quran. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al- Ansori. 2000. al-Jami Li ahkam al-Quran. Beirut
Ilmiah. Lubnan: Dar al-Kutub al- Ilmiah.
al-Asqalani, Ahmad ibn Ali ibn Hajr. 2000. Fathul Bari bi Sudin Haron. 2005. Sistem Kewangan dan Perbankan
Syarh Sohih al- Bukhari. Lubnan: Dar al-Fikr. Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Business School
Azimon Abdul Aziz & Sakina Shaik Ahmad Yusoff. 2009. Sdn Bhd.
Korpus teori pembentukan kontrak. Jurnal Undang- Syaaban, Zakiuddin. 1989. Taliq Bahs Mustafa Ahmad al-
undang dan Masyarakat. Zarqa Hal Yaqbal Syaran al-Hukm ala al Madin al-
Badariah Sahamid. 2005. Jurisprudens dan Teori Undang- Mumatil bi al-Tawidh ala ad-Dain. Jeddah: Majalah
undang dalam Konteks Malaysia. Petaling Jaya: Jamiah al-Malik Abdul Aziz, al-Iqtisod al-Islami.
Sweet and Maxwell Asia. al-Zabidi, Said Muhammad Murtadho al- Husaini.
al-Baji, Abi al-Walid Sulaiman bin Khalaf bin Saad bin 1970. Taj al- Arus min Jawahir al-Qamus. Kuwait:
Ayub. 1999. Al-Muntaqa Syarh Muwatta Malik. Matbaah Hukumah al -Kuwait.
Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah. al-Zarqa, Muhammad Anas. 1991. Al-Tawidh an Dhoror
BNM. 2010. Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam. al-Mumatilah fi al-Dayn. Jeddah: Majalah Jamiah al-
Kuala Lumpur: BNM Malaysia. Malik Abdul Aziz,al-Iqtisod Islami.
Carter, J. W. 1984. Breach of Contract. Kuala Lumpur: al-Zarqa, Mustafa Ahmad. 1985. Hal Yaqbal Syaran al-
Malayan Law Journal. Hukm ala al-Madin al-Mumatil bi al-Tawidh ala
Cracknell, D. G. 2001. Obligations: Contract Law. London: ad-Dain. Jeddah: Majalah Jamiah al-Malik Abdul
Old Bailey Press. Aziz, al-Iqtisod al-Islami.
al-Darimi, Muhammad Abdullah bin Abdul Rahman bin al-Zuhaili, Wahbah. 1985. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.
al-Fadl. 1996. Sunan al-Darimi. Beirut,Lubnan: Dar Damshik,Syria: Dar al-Fikr.
al-Kutub al-Ilmiah.
Kaedah Penyelesaian Kemungkiran Kontrak 47

Norwajia Umi Ismail


Mat Noor Mat Zin*
Salmy Edawati Yaacob**
Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Ukm Bangi
Selangor D.e.

* mnmz@ukm.edu.my;
mnmz@ukm.my
** salmy1001@ukm.edu.my;
salmy1001@ukm.my;
salmy1001@yahoo.com
48 Islmmiyyt 36(1) 2014

View publication stats

You might also like