You are on page 1of 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/346714685

HIBAH DALAM TAKAFUL : KONSEP & ISU PELAKSANAAN

Book · December 2020

CITATIONS READS

0 9,029

1 author:

Mohd kamil Ahmad


University of Malaysia, Kelantan
9 PUBLICATIONS   13 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Prinsip al tamlik dalam pengagihan zakat View project

All content following this page was uploaded by Mohd kamil Ahmad on 08 December 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Hak Cipta PENERBIT UMK, 2020

Hak cipta adalah terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain,
sama ada dengan cara elektronik, mekanikal, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa
mendapat izin daripada Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mohd. Kamil Ahmad


HIBAH DALAM TAKAFUL : KONSEP & ISU PELAKSANAAN /
MOHD KAMIL AHMAD.
ISBN 978-967-2912-01-9
1. Inheritance and succession (Islamic law).
2. Insurance--Religious aspects--Islam.
3. Government publications--Malaysia.
I. Judul.
340.59

Penerbit Eksekutif: Azman Hashim. Editor Naskhah: Amirul Firdaus Zilah, Raihana
Sulaiman, Pembantu Teknikal: Siti Asma Mohd Rozid. Pengarah Seni: Yusroyka
Karim. Pereka: Mohamad Kamarul Hisyam A Rahman.

Diterbitkan oleh:
Penerbit UMK
Universiti Malaysia Kelantan
Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu
Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan
(Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM))
(Ahli Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) No. Keahlian : 201903)

Dicetak oleh:
AQ WORLD SOLUTIONS
No 5C Jalan PS 8/2,
Perisma Selayang Gombak,
68100 Batu Caves
KANDUNGAN

Senarai Rajah vii


Prakata ix
Pendahuluan xiii

BAB 1: HIBAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM


Definisi Hibah 1
Rukun Hibah 2
Syarat-Syarat Hibah 4
dalam Akad Hibah 15
Hukum-hakam Berkaitan Hibah 29
dan 45
Hibah dengan Syarat Balasan ( ) 58
Hibah Hutang 63
66

BAB 2: KONSEP DAN PELAKSANAAN SISTEM


TAKAFUL ISLAM
Takaful Sebagai Alternatif Kepada Insurans Konvensional 69
Konsep Sebagai Asas kepada Akad 72
Takaful Islam
Prinsip Pengasingan Dana dalam Takaful 83
Hubungan-Hubungan Kontrak dalam Takaful 85
Sifat bagi Komponen Kewangan dalam Takaful 110
Manfaat Takaful Sebagai Harta Milik Peserta Takaful 122
Lebihan Takaful 130
BAB 3 : PELAKSANAAN HIBAH DALAM TAKAFUL:
ANALISIS DAN CADANGAN
Penggunaan Hibah Bersyarat dalam Masalah Penentuan 136
Benefisiari Kepada Manfaat Takaful
Penggunaan Hibah dalam Masalah Perkongsian Lebihan 153
Takaful Antara Peserta dan Operator Takaful
Adaptasi Hibah Dalam Hubungan Antara Operator Takaful 159
dan Ejen
Kesimpulan 168

Glosari 171
Bibliografi 183
Indeks 207
Biodata Penulis 211

vi
SENARAI RAJAH

Rajah 2.1 Ilustrasi Ringkas Model Biasa 95


Rajah 2.2 Ilustrasi Ringkas Model yang 96
Dimodifikasi
Rajah 2.3 Ilustrasi Pengiraan Berdasarkan Model 97
yang Dimodifikasi
Rajah 2.4 Ilustrasi Ringkas Model Biasa 99
Rajah 2.5 Ilustrasi Ringkas Model yang 101
Dimodifikasi
Rajah 2.6 Ilustrasi Ringkas Model Hibrid Antara 102
dan
Rajah 2.7 Ilustrasi Struktur Pembayaran Komisen Kepada 106
Ejen Takaful

HIBAH DALAM TAKAFUL: KONSEP & ISU PELAKSANAAN vii


viii
PRAKATA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segala puji, syukur dan sanjungan dipanjatkan ke hadrat-
Nya kerana tanpa petunjuk dan rahmat dari-Nya, tidak mungkin
tugas ini dapat disiapkan dengan jayanya. Seterusnya selawat dan
salam dipanjangkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
pembimbing umat manusia.

Hibah merupakan konsep syariah yang mempunyai peranan dan


potensi tersendiri dalam menyumbang kepada pembangunan sistem
kewangan Islam moden. Kedudukannya sebagai akad yang
membolehkan hibah tidak terjejas oleh (ketidaktentuan) yang
merosakkan akad seringkali dilihat sebagai jalan keluar
kepada sebahagian permasalahan yang timbul di dalam kancah
industri kewangan Islam moden.
Di dalam industri takaful di Malaysia, konsep hibah telah
diguna pakai khususnya di dalam produk-produk takaful keluarga
bagi membolehkan wang manfaat takaful diberikan kepada penerima
tertentu mengikut kehendak pencarum tanpa tertakluk kepada hukum
faraid dan wasiat. Namun beberapa persoalan masih timbul, antaranya
mengenai status manfaat takaful yang dihibahkan; adakah ia dianggap
sebagai harta milik peserta takaful, begitu juga status hibah yang
digantungkan dengan kematian pemberinya; adakah ia tidak berubah
menjadi wasiat? Ini menunjukkan bahawa penggunaan hibah dalam
masalah ini masih perlu diperhalusi supaya setiap perjalanan operasi
takaful Islam kekal berada di atas landasan patuh syarak.
Antara kemusykilan lain dalam industri takaful ialah persoalan
tentang pengagihan lebihan dana takaful antara peserta-peserta dan

HIBAH DALAM TAKAFUL: KONSEP & ISU PELAKSANAAN ix


syarikat pengendali takaful; apakah asas terbaik yang boleh diadaptasi
bagi memperincikan kaedah perkongsian lebihan takaful? Umumnya,
beberapa konsep telah dicadangkan dan dijadikan sebagai asas,
antaranya konsep dan begitu juga hibah. Namun,
masih terdapat pertikaian mengenai kebolehlaksanaan dan kesesuaian
konsep-konsep ini disebabkan timbulnya beberapa isu pematuhan
syariah.
Selain itu, terdapat juga cadangan lain untuk mengadaptasi
konsep hibah, misalnya dalam membina struktur patuh syarak bagi
sistem pembayaran komisen kepada agensi pemasaran takaful.
Ringkasnya, melihat kepada potensi dan fleksibiliti yang dimiliki,
konsep hibah barangkali boleh diadaptasikan di dalam sistem takaful
bagi menggalakkan inovasi dan menambahkan fleksibiliti sesuatu
produk atau operasi tanpa melibatkan isu-isu pematuhan syarak.

Bagi mendapatkan jawapan kepada kemusykilan di atas, di samping


meneroka potensi yang dimiliki konsep hibah, dan seterusnya
menjelaskan bagaimana ia boleh diadaptasikan dalam membantu
pembangunan sistem takaful Islam yang sentiasa meraikan batasan-
batasan syarak, penulisan ini secara umumnya berkisar pada dua topik
utama iaitu konsep hibah dan takaful.
Perbincangan mengenai hibah membawa perincian mengenai
rukun dan syarat bagi suatu akad hibah yang sah, serta hukum-hukum
dan masalah-masalah tertentu berkaitan hibah sebagaimana yang
dibahaskan oleh fuqaha termasuk masalah penarikan balik hibah,
‘ dan , , hibah hutang, serta hibah

Perbincangan mengenai takaful pula menjelaskan perincian


mengenai kefahaman konsep yang menjadi
asas kepada takaful, prinsip pengasingan dana dalam takaful,

x
hubungan-hubungan kontrak dalam takaful, sifat bagi komponen
kewangan dalam takaful merangkumi caruman atau sumbangan
takaful, manfaat takaful, serta lebihan takaful.
Sebagai pelengkap dan kesimpulan, pelaksanaan hibah
dalam takaful turut dibincangkan bagi menjawab persoalan-persoalan
khususnya berkaitan penggunaan hibah bersyarat dalam masalah
penentuan benefisiari kepada manfaat takaful, penggunaannya dalam
masalah perkongsian lebihan takaful antara peserta dan operator
takaful, dan adaptasi hibah dalam hubungan antara operator takaful
dan ejen.
Dalam proses menyiapkan kajian ini, penulis banyak terhutang
budi dengan beberapa individu yang tidak lokek menyumbang idea,
berkongsi maklumat, serta membantu penulis dari pelbagai sudut.
Dengan itu, sekalung penghargaan diucapkan kepada Allahyarham
Profesor Dr. Joni Tamkin Borhan, semoga Allah mencucuri rahmat ke
atas beliau, Profesor Madya Dr. Azman Mohd Noor, Dr. Mohd Fuad
Md. Sawari, Dr. Luqman Haji Abdullah, Dr. Mohamad Sabri Zakaria,
Profesor Madya Dr. Abdul Bari Awang, serta saudara Abdul Hakim
Johari, Mohd Hafizudin Radzuan, Nik Mansor Nik Mahmud, Muhd
Faizal Muhd Arifin, dan Puan Yusaini Yusof di atas kerjasama dan
bantuan informasi yang telah diberikan bagi melengkapkan penulisan
ini. Semoga Allah memberkati dan membalas jasa mereka.

Akhir kata, semoga penulisan ini mampu menjadi sebahagian dari


usaha memperkayakan gedung ilmu sedia ada dengan sumber rujukan
baharu khususnya berkaitan muamalat Islam, dan pemberat timbangan
pada hari kiamat nanti.

Penulis
MOHD KAMIL AHMAD

HIBAH DALAM TAKAFUL: KONSEP & ISU PELAKSANAAN xi


xii
PENDAHULUAN

Istilah insurans dan takaful merupakan dua istilah yang sering


didengari pada zaman ini di dalam sebarang perbincangan berkaitan
perlindungan dan pengurusan risiko. Setiap individu sentiasa
terdedah kepada pelbagai jenis risiko dan kecelakaan yang mampu
meninggalkan impak buruk kepada diri, harta benda mahupun
keluarga dan tanggungan.
Kesejahteraan dan kehidupan yang tenang serta terjamin
adalah matlamat yang mahu dicapai oleh setiap insan dan amat selari
dengan fitrah mereka. Setiap insan yang rasional akan bersetuju
bahawa ini adalah suatu matlamat yang mampu dicapai dengan amalan
perpaduan dan saling bantu-membantu. Syariat Islam semenjak
diturunkan merupakan syariat yang sentiasa memandang berat
tentang keperluan bersatu padu dan saling tolong-menolong antara
setiap individu yang menjadi anggota di dalam sesebuah masyarakat.
Sesungguhnya, kesejahteraan dan keadaan hidup yang terjamin
merupakan asas kepada ketamadunan sesebuah bangsa. Apabila setiap
individu di dalam sesebuah masyarakat dapat menikmati keamanan
dan kehidupan yang terjamin, ini seterusnya akan membawa kepada
kemajuan dan kesejahteraan yang akan dapat dikecapi di dalam setiap
aspek kehidupan.
Jika diteliti, terdapat pelbagai nas dan dalil yang jelas
mempamerkan galakan Islam kepada perpaduan dan saling bantu-
membantu di antara individu dalam masyarakat. Antaranya, di dalam
nas al-Quran, Allah SWT berfirman:

HIBAH DALAM TAKAFUL: KONSEP & ISU PELAKSANAAN xiii


Terjemahan: Dan hendaklah kamu saling tolong-
menolong untuk membuat perkara kebajikan dan
takwa, dan janganlah kamu saling tolong-menolong
pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.

Di dalam hadis pula, Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahan: Dan Allah sentiasa menolong hambanya


selagi mana hambanya bersedia menolong saudaranya.
(Muslim, no. 2699)

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW telah memuji sifat saling
membantu dan saling berkongsi kepayahan, yang dipamerkan oleh

bila mana mereka kehabisan bekalan di dalam


sesebuah peperangan, atau kekurangan makanan
untuk diberikan kepada ahli keluarga di bawah
tanggungan mereka semasa menetap di Madinah,
mereka mengumpulkan setiap apa yang masih ada
dalam kalangan mereka di atas sehelai kain, kemudian
mereka membahagi-bahagikannya di antara mereka
ke dalam sebuah bekas dengan jumlah yang sama rata.
Maka sesungguhnya mereka adalah dari kalangan
aku dan aku adalah dari kalangan mereka.

xiv
Nas-nas ini dan banyak lagi nas-nas lain jika diteliti, merupakan
dalil yang jelas menunjukkan keprihatinan dan aspirasi Islam
untuk mewujudkan serta menjaga kesejahteraan manusia dengan
mensyariatkan konsep dan iaitu saling membantu dan
saling menjaga antara satu sama lain. Bahkan, penelitian yang lebih
mendalam pada syariat Islam akan mendedahkan bahawa keprihatinan
Islam dalam menjaga kesejahteraan umatnya tidak hanya berhenti
setakat itu, malah Islam juga menggalakkan umatnya supaya sentiasa
berwaspada dan berikhtiar untuk menghapuskan, menghindarkan, atau
mengurangkan kesan yang terbit dari risiko dan bahaya yang mungkin
menimpa dan menggugat kesejahteraan dan keamanan hidup mereka.

Islam menggalakkan setiap langkah berwaspada atau pun ikhtiar untuk


mengurangkan atau menghindarkan kesan yang mungkin dibawa oleh
bencana dan risiko bahaya yang mungkin menimpa umatnya. Di dalam
Surah Yusuf, al-Quran menceritakan bagaimana Nabi Yusuf AS telah
menasihati Raja Mesir ketika itu tentang cara mempersiapkan negara
bagi menghadapi bencana tujuh tahun kemarau yang diramalkan.
Rakyat Mesir digalakkan mempergiatkan aktiviti bercucuk tanam
selama tujuh tahun pertama sebelum berlaku kemarau dan hasil
tersebut dikumpul dan disimpan bagi menghadapi tujuh tahun kemarau
yang diramal bakal dihadapi. Hasil dari perancangan dan tindakan
tersebut, negara dan rakyat Mesir telah berupaya menghadapi tujuh
tahun kemarau yang telah benar-benar menimpa mereka. Ini adalah
salah satu contoh agung di dalam al-Quran yang menjadi dalil kepada
peri pentingnya langkah berwaspada dan mengambil ikhtiar untuk
menghadapi sebarang risiko dan bahaya yang mungkin dihadapi pada
masa depan.

HIBAH DALAM TAKAFUL: KONSEP & ISU PELAKSANAAN xv


Selaras dengan galakan ini dan ditambah oleh keperluan
serta desakan yang berterusan daripada segenap lapisan masyarakat,
sarjana-sarjana Islam telah berusaha untuk mengemukakan serta
membangunkan idea dan konsep atau lebih
dikenali di negara ini dengan istilah takaful, sebagai ganti kepada
konsep insurans konvensional yang telah dikenali oleh masyarakat
sebelum itu, yang telah difatwakan haram oleh majoriti ulama.
Secara amnya, industri takaful di Malaysia telah mengalami
pertumbuhan yang memberangsangkan sejak mula diperkenalkan
pada tahun 1984 dengan penubuhan pengendali takaful pertama iaitu
Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Pertumbuhan ini terbukti dengan
peningkatan bilangan peserta, pertambahan bilangan pengendali
takaful yang mula menembusi pasaran, serta kewujudan struktur
pasaran yang komprehensif yang menyumbang kepada prestasi
industri yang berdaya maju dan progresif. Hasilnya, pelbagai jenis
produk dan sistem pelaksanaan sentiasa dibangunkan oleh pengendali
takaful bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang
sentiasa bertambah, serta bagi menghadapi persaingan dalam
kalangan pengendali takaful sendiri, juga bagi menyaingi industri
insurans konvensional yang telah lebih lama bertapak. Fenomena
ini secara tidak langsung melahirkan cabaran yang berterusan dalam
memastikan perjalanan industri takaful sentiasa patuh syarak.
Kedudukan unsur dan teks-teks
perundangan Islam dalam menyusun atur perjalanan industri kewangan
Islam moden sememangnya tidak dapat dinafikan. Namun, masalah
biasanya timbul apabila pengenalan istilah dan di
dalam perbincangan tentang sistem kewangan Islam moden secara
tidak sengaja telah mewujudkan kecenderungan untuk menjadikan
unsur ini sebagai hujah utama bagi menyenaraikan produk-produk

xvi
kontroversi sebagai patuh syarak disebabkan manfaat yang diperolehi
oleh institusi kewangan dan juga pelanggan. Perkara ini secara tidak
langsung mewujudkan kebimbangan jika dasar-dasar sistem muamalat
Islam yang digariskan syarak diubahsuai sewenang-wenangnya
semata-mata untuk memenuhi keperluan industri. Akhirnya,
hanya tinggal sebagai istilah yang hanya dipergunakan sebagai alasan
bagi tujuan memaksimumkan keuntungan tanpa hakikat sebenar serta
keperluannya dipenuhi atau dihormati.
Dari sudut lain pula, terdapat juga kecenderungan untuk terlalu
terikat bahkan tenggelam dalam mencari tafsiran kepada teks-teks
perundangan Islam menyebabkan sesuatu produk atau perkhidmatan
gagal dinilai dari sudut . Nyata bahawa kedua-
dua pendekatan di atas tidak akan mampu memberi manfaat yang
besar kepada industri kewangan Islam moden dan industri takaful
khususnya, melainkan kedua-dua pendekatan ini dapat diharmonikan.
Hibah sememangnya merupakan satu konsep syariah yang
mempunyai peranan dan potensi tersendiri dalam menyumbang kepada
pembangunan sistem kewangan Islam moden. Kedudukannya sebagai
akad (unilateral) yang membolehkan hibah tidak terjejas
oleh (ketidaktentuan) yang merosakkan akad
(bilateral) seringkali dilihat sebagai jalan keluar kepada sebahagian
permasalahan yang timbul di dalam kancah industri kewangan Islam
moden. Industri takaful Malaysia, sepertimana industri-industri
kewangan Islam lain juga sentiasa berdepan pelbagai permasalahan
khususnya berkaitan pematuhan syarak berikutan keperluan semasa,
perkembangan serta inovasi yang giat berlaku dalam industri.
Di dalam amalan takaful di Malaysia, konsep hibah telah
diguna pakai di dalam produk-produk takaful keluarga sebagai jalan
keluar bagi membolehkan wang manfaat takaful diberikan kepada

HIBAH DALAM TAKAFUL: KONSEP & ISU PELAKSANAAN xvii


penerima tertentu mengikut kehendak pencarum tanpa tertakluk
kepada hukum faraid dan wasiat sebagaimana yang dijelaskan di
dalam Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam oleh Bank Negara
Malaysia (2010).
Produk takaful keluarga selalunya dikaitkan dengan
pembayaran sejumlah wang oleh syarikat pengendali takaful dalam
dua keadaan iaitu: apabila polisi takaful telah matang, atau apabila
berlaku kematian ke atas pencarum. Kekeliruan biasanya timbul
dalam masalah pembayaran manfaat takaful sebagai pampasan ke
atas kematian pencarum. Sebelum pelaksanaan Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 (APKI 2103), biasanya manfaat ini dibayar
kepada penama yang akan bertanggungjawab membahagikan wang
tersebut menurut hukum faraid (Nurdianawati Irwani dan Nazliatul
Aniza, 2010). Namun, jika dilihat dari sudut matlamat asal takaful
iaitu mewujudkan dana bantuan kepada keluarga atau tanggungan
pencarum yang meninggal dunia, amalan ini pada keadaan-keadaan
tertentu boleh dianggap telah menggagalkan matlamat murni tersebut
apabila wang yang diterima mungkin tidak sampai kepada tanggungan
yang paling terjejas oleh kematian pencarum disebabkan statusnya
sebagai bukan penerima pusaka.
Menyedari permasalahan ini, di dalam APKI 2013, di
bawah Jadual 10, terdapat peruntukan yang menjelaskan bahawa
peserta takaful diberi pilihan untuk memilih penama atau penama-
penama tertentu bagi menerima manfaat takaful yang dibayar jika
berlaku kematian ke atas dirinya di bawah konsep hibah bersyarat.
Apa yang jelas, konsep hibah bersyarat yang dimaksudkan ialah
hibah yang digantungkan dengan kematian peserta takaful, iaitu jika
berlaku kematian ke atas peserta, maka hibah akan terlaksana, dan
jika sebaliknya tiada hibah yang akan berlaku, sebagaimana yang

xviii
terkandung di dalam resolusi yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat
Syariah Bank Negara Malaysia (Resolusi Syariah Dalam Kewangan
Islam, 2010).
Namun, penggunaan konsep hibah yang digantungkan dengan
kematian ini jika diperhalusi boleh menimbulkan permasalahan
antaranya, mengenai status manfaat takaful yang dihibahkan; adakah
ia dianggap sebagai harta milik peserta takaful walaupun sebelum ia
dibayar, begitu juga status hibah yang digantungkan dengan kematian
pemberinya; adakah ia tidak berubah menjadi wasiat? Lantaran itu,
persoalan timbul; sejauh manakah kesesuaian konsep hibah bersyarat
ini untuk dijadikan dasar bagi membolehkan seluruh jumlah pampasan
akibat kematian peserta takaful (manfaat takaful kematian) dibayar
kepada benefisiari tertentu yang ditetapkan oleh peserta takaful tanpa
tertakluk kepada undang-undang wasiat dan faraid?
Kemusykilan yang timbul ini menunjukkan bahawa
penggunaan hibah bersyarat dalam masalah pembayaran manfaat
takaful keluarga kepada penama tertentu selepas kematian peserta
takaful tanpa tertakluk kepada hukum faraid dan wasiat masih perlu
diperhalusi bagi memastikan setiap perjalanan operasi takaful Islam
kekal berada di atas landasan patuh syarak.
Antara kemusykilan lain dalam industri takaful ialah persoalan
tentang pengagihan lebihan dana takaful antara peserta-peserta dan
syarikat pengendali takaful; adakah syarikat atau operator takaful
berhak ke atas lebihan ini? Sesetengah pihak berpendapat bahawa
operator takaful sepatutnya mendapat bahagian mereka daripada
lebihan dana takaful sebagai insentif kepada prestasi cemerlang yang
ditunjukkan. Hujah yang dikemukakan ialah: lebihan takaful bukanlah
hasil yang wujud begitu sahaja, tetapi pengurusan yang baik dan cekap
oleh operator takaful adalah faktor yang telah menyebabkan wujudnya

HIBAH DALAM TAKAFUL: KONSEP & ISU PELAKSANAAN xix


lebihan ini. Justeru, mereka sepatutnya berhak diberi ganjaran di atas
pencapaian tersebut (Engku Rabiah dan Odierno, 2008, 50-51).
Pada masa kebanyakan sarjana khususnya dari timur tengah

perkongsian sedemikian sebagaimana yang diamalkan di Malaysia.


Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia di dalam resolusi yang
dikeluarkan telah membenarkan lebihan dana risiko peserta diagihkan
antara peserta dan syarikat takaful berasaskan pertimbangan bahawa
pengagihan tersebut dibuat atas dasar yuran prestasi ( )
yang wajar diterima oleh syarikat takaful bagi model , dan
sebagai nisbah keuntungan bagi model (Resolusi Syariah
Dalam Kewangan Islam, 2010, 78).
Walaupun resolusi di atas membenarkan lebihan takaful
dikongsi oleh operator takaful, namun konsep ‘yuran prestasi’ yang
dicadangkan dilihat sebagai konsep yang agak samar dari sudut
syariah. Tambahan pula, pembahagian lebihan takaful antara peserta
dan operator takaful berdasarkan peratusan atau nisbah perkongsian
keuntungan bagi model seolah-olah menggambarkan
bahawa lebihan takaful dianggap sebagai untung dari aktiviti takaful,
sedangkan secara teknikalnya lebihan ini tidak boleh dianggap sebagai
untung pelaburan . Justeru, penggunaan dasar yang sesuai
sebagai bagi mengawal atur hukum perkongsian lebihan
dana takaful adalah amat diperlukan bagi mengelakkan takaful
tergelincir dari landasan patuh syarak.
Umumnya, beberapa konsep telah dicadangkan dan dijadikan
sebagai asas dalam memperincikan kaedah perkongsian lebihan
takaful, di antaranya ialah konsep ujrah, dan begitu juga
hibah. Namun, masih terdapat pertikaian mengenai kebolehlaksanaan

xx
dan kesesuaian konsep-konsep ini disebabkan timbulnya beberapa
isu pematuhan syarak. Walaupun demikian, konsep hibah khususnya
merupakan antara konsep yang wajar dikaji secara mendalam
memandangkan sifatnya sebagai akad yang mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri dan barangkali mampu menjadi
dasar yang sesuai bagi mengawal atur dan memperincikan hukum-
hukum berkenaan perkongsian lebihan takaful ini.
Selain permasalahan di atas, terdapat juga cadangan untuk
mengadaptasi konsep hibah di dalam struktur pembayaran komisen
kepada agensi pemasaran takaful. Sumbangan agensi dan ejen takaful
sebagai pengantara yang membantu operator takaful mendapatkan
peserta bagi produk-produk takaful yang ditawarkan sememangnya
tidak dapat dinafikan, bahkan kebanyakan pengendali takaful
bergantung hampir sepenuhnya kepada mereka. Secara ringkasnya,
ejen bertindak sebagai wakil syarikat untuk mencari peserta baharu
dan semakin ramai peserta bermakna semakin banyak dana yang
terkumpul dalam syarikat. Syarikat pula akan membayar upah atau
komisen dalam jumlah tertentu kepada agensi dan ejen-ejen takaful
di bawahnya sebagai ganjaran bagi usaha yang dilakukan. Upah ini
biasanya dibayar berasaskan konsep atau .
Namun, memandangkan agensi pemasaran biasanya
merupakan sebuah organisasi yang terdiri daripada beberapa lapisan
yang diketuai oleh pengurus agensi dan diikuti oleh ejen-ejen di
bawahnya, terdapat isu syariah yang dibangkitkan: Bagaimanakah
komisen pengurus agensi dibayar? Bolehkan pengurus agensi
menerima komisen bertingkat ( ) yang
disandarkan kepada pencapaian ejen-ejen di bawahnya, sedangkan
dia tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti pemasaran takaful?
Ini kerana, keadaan ini seolah-olah menggambarkan bahawa komisen

HIBAH DALAM TAKAFUL: KONSEP & ISU PELAKSANAAN xxi


tersebut dibayar dari hasil usaha yang dilakukan ejen-ejen di peringkat
bawah, dan bukan ganjaran sebenar kepada usaha yang dilakukannya
oleh pengurus agensi tersebut.
Di dalam senario ini, jika konsep atau
digunakan sebagai dasar kepada pembayaran komisen bertingkat, ia
boleh membawa kepada krisis pematuhan syarak kerana wujudnya
unsur ketidaktentuan bagi jumlah upah yang bakal diterima. Sebagai
jalan keluar, wujud cadangan untuk mempertimbangkan konsep
hibah sebagai asas kepada pembayaran komisen bertingkat kepada
pengurus agensi takaful bagi mengelakkan isu pematuhan syarak
yang dibangkitkan. Walaupun begitu, penggunaan konsep ini di dalam
masalah hendaklah terlebih dahulu diperhalusi dengan mengkaji
kesesuaian dan sempadan penggunaannya supaya tidak melanggar
dasar-dasar syarak.
Kedudukan hibah sebagai akad sememangnya
telah jelas. Namun, konsep hibah yang mahu diadaptasi di dalam
industri takaful mungkin melibatkan modifikasi kepada konsep hibah
tradisional. Oleh yang demikian, kajian yang terperinci dan mendalam
perlu dilakukan bagi mengetahui jenis dan hakikat sebenar modifikasi
yang diharuskan di dalam akad hibah di samping meneliti had-had
yang perlu dipatuhi sebelum ia diguna pakai di dalam sesuatu masalah,
khususnya di dalam permaslahan-permasalahan yang ditampilkan di
atas. Proses ini penting supaya unsur diberikan perhatian
sewajarnya dan pada masa yang sama dasar-dasar hukum yang telah
digariskan syarak tidak dipinggirkan.
Selain itu, hasil penulisan ini diharap akan mampu menjadi
sebahagian dari usaha memperkayakan gedung ilmu sedia ada dengan
sumber rujukan baharu khususnya berkaitan muamalat Islam.

xxii

View publication stats

You might also like