You are on page 1of 8

BORANG KERJA KURSUS

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (PROPOSAL) PRA SISWAZAH


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1. Borang ini wajib dihantar pada kelas tutorial terakhir pada setiap semester
kepada pensyarah atau tutor yang mengendalikan kursus ini mengikut Pusat
masing-masing.
2. Sila isikan semua maklumat dalam borang ini berdasarkan panduan yang
diberikan.
3. Pensyarah/Tutor setiap Pusat berhak menolak kerja kursus ini sekiranya terdapat
maklumat yang tidak lengkap.

A. MAKLUMAT PELAJAR

A(1) Masa
Tempat

Nama: Muhammad Zuhaily Bin Mohd Khir


No. Matrik: A183448

Alamat Pusat: Fakulti Pengajian Islam (Pusat Kota Bharu)

Tahun: 3

Tel. Bimbit: 0179519871

E-Mail: a183448@siswa.ukm.edu.my

A(2) Senarai ahli kumpulan*:

Bil. Nama Ahli No. Matrik No. Phone

1.
2.
3.
4.
* tidak dibenarkan lebih daripada 4 ahli.
B. MAKLUMAT PENYELIDIKAN

B(1) Tajuk penyelidikan yang dicadangkan (2 Markah):

Kefahaman Pencarum Terhadap Akad-Akad Didalam Takaful Di Bandar Shah Alam

B(2) Pengenalan (2 markah):

Pembentukan syarikat takaful adalah salah satu daripada aspirasi rakyat untuk membangunkan sistem
kewangan secara Islam di Malaysia.Takaful adalah kaedah insurans yang berlandaskan prinsip syarak dan
bertepatan dengan maqasid al-shari‘ah. Selain itu, pemahaman terhadap prinsip dan maqasid syariah perlu
difahami oleh para peserta takaful untuk memastikan muamalat yang mereka lakukan adalah sah disisi agama.

Demikian itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui adakah akad yang dilakukan oleh pencarum-pencarum
dengan syarikat takaful adalah menepati prinsip syara, dan adakah wujud kesalafahaman serta persepsi yang
negetif para peserta terhadap syarikat. Kajian ini menggunakan method kuantitatif untuk memastikan kajian yang
dibuat memberi natijah yang tepat dan memuaskan.

B(3) Latar Belakang Kajian (4 markah):

Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 15 Jun 1972 telah memutuskan bahawa insurans
hayat suatu kontrak yang tidak sah kerana mengandungi unsur “gharar” (ketidakpastian), “maisir” (perjudian) dan
riba. Ini telah membawa kepada penubuhan industri takaful di Malaysia (Islamic Banking & Finance Institute
Malaysia, 2007). Menelusuri sejarah, amalan perbankan Islam di Malaysia telah bermula sejak sekian lama.
Bentuk terawal aktiviti perbankan Islam secara teratur telah bermula dengan tertubuhnya Perbadanan Wang
Simpanan Bakal-Bakal Haji pada bulan September 1963. Penubuhan badan ini dianggap sebagai satu permulaan
yang positif kepada penubuhan bank Islam. Pada tahun 1983, Bank Islam Malaysia Berhad telah ditubuhkan
kemudian dasar takaful dibentuk untuk melengkapkan operasi Bank Islam Malaysia Berhad. Penubuhan takaful
memberikan alternatif selain insurans kovensional kepada umat Islam yang memerlukan jaminan perlindungan
kewangan berlandaskan syariah. Selain itu, Kerajaan telah menyediakan rangka kerja perundangan dan kawal
selia yang kukuh untuk kewangan dan pasaran modal Islam. Kerajaan juga telah meluluskan Akta Takaful pada
tahun 1984 yang menjadi asas perundangan utama dalam penyelenggaraan dan pelaksanaan operasi pengendali
takaful Malaysia (Islamic Banking & Finance Institute Malaysia, 2007). Akta ini antara lain lebih tertumpu pada
pengawalseliaan dan pelesenan sistem yang bertindak sebagai penjamin supaya industri takaful ini dapat
beroperasi tanpa menyalahi undang-undang Islam (Abdullah @ Alwi Haji Hassan, 2008). Dengan itu, setiap institusi
kewangan Islam khususnya takaful dan perbankan Islam haruslah menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah
masing-masing untuk memastikan tindakan mereka menepati syariat seterusnya dapat mengelakkan daripada
unsur penipuan kepda peserta. Perkara ini berdasarkan undang-undang seksyen 53A dan 54 Akta 1984, seksyen
3(5)(b) Akta Bank Islam 1983, seksyen 124 (7) Akta Bank dan Institusi Perbankan 1989 dan bahagian VII (1) 51–
58, Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Bank Islam, 2009). Oleh itu, tindakan proaktif Kerajaan ini telah
membangunkan industri takaful.

Takaful adalah alternatif kepada insurans konvensional yang haram kerana mengandungi unsur-unsur riba, gharar,
dan perjudian. Makna takaful dari segi istilah ialah: penyertaan sekumpulan individu dalam satu skim yang
membolehkan mereka bekerjasama dalam menanggung sebarang kemudaratan yang berlaku terhadap salah
seorang ahli peserta dengan cara membayar pampasan yang munasabah kepada ahli yang ditimpa kemudaratan
melalui wang yang disumbangkan oleh peserta-peserta yang dibayar secara ansuran (Abd Sattar Abu Ghuddah
2008). Takaful mempunyai matlamat yang sama dengan insurans konvensional iaitu menyediakan khidmat untuk
para pemegang polisi atau para peserta tetapi yang membezakan antara keduanya ialah konsep yang digunakan
bagi mencapai tujuan tersebut iaitu takaful menggunakan konsep kerjasama yang dibenarkan oleh syarak
berasaskan kontrak tabarru’ dan ta’awun (Azman Mohd Noor, Mohamad Sabri Zakaria, 2010).

Takaful sekarang bukan sahaja terhad kepada menawarkan produk perlindungan, bahkan ia juga menawarkan
produk-produk pelaburan. Produk-produk yang selalunya berasaskan kontrak mu’awadhah seperti mudharabah
dan wakalah bi ajr distrukturkan dalam bentuk sebahagian sumbangan peserta dikhususkan kepada pelaburan
dan sebahagian yang lain dikhususkan untuk dana tabarru’. Penglibatan kontrak mu’awadhah ini di dalam takaful
telah mewujudkan beberapa isu syariah untuk dibincangkan seperti Penggabungan beberapa akad menjadi satu,
ketidakjelasan upah yang timbul daripada wakalah bi ajr, operator takaful dan hubungan kontrak antara para
peserta, pengurus tabung dalam kes (outsource) untuk menjana pendapatan melalui pihak ketiga tidak dijelaskan
kepada peserta.

Oleh itu, cadangan untuk mewujudkan Perjanjian Asas Takaful ataupun Produk Takaful Pelaburan (investment
links takaful), diikuti dua kontrak berasingan, kontrak pelaburan dan kontrak tabarru’ untuk mengesahkan akad
yang berlaku. Jika dari awal lagi, produk dicipta untuk tujuan pelaburan, dicadangkan supaya kontrak yang diguna
ialah kontrak pelaburan sama ada ianya wakalah bi al istithmar atau mudharabah mestilah dijadikan kontrak asas,
manakala akad tabarru’ yang tujuannya mendapatkan perlindungan melalui kerjasama tabarru’ dijadikan kontrak
tambahan. Disamping itu, bahagian sumbangan tabarru’ pula, ia boleh dibahagikan kepada tabarru’ berpatutan
(partial) ataupun tabarru’ sepenuhnya, dan ia perlu dinyatakan di dalam kontrak. Tabarru’ keseluruhan boleh
diaplikasikan kepada takaful (umum). Bagi operator takaful, ia boleh mengenakan yuran yang berpatutan untuk
unit tabarru’ yang boleh dianggap sebagai usaha bukan komersil (non commercial venture). Untuk unit pelaburan
operator takaful boleh mengenakan yuran sama ada sebagai broker atau pengurus tabung pelaburan, ataupun
berkongsi keuntungan dengan ahli-ahli pelabur. Akhir sekali, untuk pengendalian bisnes takaful, ia boleh dilakukan
dengan cara dilaburkan jumlah sumbangan atau dikendalikan tabung tabarru’ dan kontrak yang diguna ialah
kontrak mu’awadhah di mana operator takaful mengenakan caj atas perkhidmatan yang disediakan bagi
mengendalikan tabung pada amnya dan secara khususnya (tabung tabarru’) mengikut hukum ijarah (Azman Mohd
Noor, Mohamad Sabri Zakaria, 2010

B(4) Kajian Literatur (8 markah)

Hazmi Dahlan, Nurulasyikin Muda , Ahmad Aizuddin Hamzah, Nurul Izzati Abd Razak, Najwa Mohd
Khalil dan Pg. Mohd Faezul Fikri Ag Omar (2019) telah menjalankan kajian tentang Susun Atur Akad
Borang Takaful Kenderaan Di Malaysia: Perbandingan Borang Takaful Kenderaan Di Malaysia Dan
Jordan. Dalam kajian ini, pengkaji-pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat
perbandingan borang yang digunakan oleh syarikat takaful Malaysia dan syarikat takaful Jordan.
Kesimpulan daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa kedudukkan ayat yang terlalu padat dengan
saiz yang kecil dan terlalu rapat pada setiap baris boleh menimbulkan kesukaran untuk dibaca dan dinilai
makna keseluruhan isi kandungan borang takaful yang boleh menjurus kepada berlakunya akad tanpa
ketulusan isi kandungan. Oleh yang demikian, ianya akan menyumbang kepada kekeliruan akad yang
membawa kepada terbatalnya akad yang disebabkan oleh salah seorang pelaku akad tidak memahami
isi kandungan akad yang hendak dilakukan.

Dhia Bulkiah Darajat (2019) telah melakukan kajian yang bertajuk Analisis Faktor-Faktor Complain
Nasabah Dalam Klaim Asuransi Syariah di PT. Asuransi Takaful Keluarga Jl. Ahmad Yani Ruko
kampus UNIHAZ No. 04 Kota Bengkulu. Isu yang timbul dalam keluhan para pencarum yang
berdasarkan kajian adalah, balasan yang diterima tidak setimpal dengan bayaran, ketidakpuasan
menerima balasan daripada apa yang dieberikan, prestasi sesuatu produk ternyata lebih teruk daripada
prestasi yang dijangkakan dan aduan yang berpunca daripada masalah teknikal, sikap negatif kakitangan
perkhidmatan dan perkhidmatan yang tidak memuaskan. Pengkaji telah menggunakan aaedah kualitatif
dengan menemu bual pencarum insuran dan kakitangan-kakitangan insuran untuk mendapatkan
kepastian kewujudan masalah tersebut. Hasil daripada kajian tersebut, pengkaji mendapati kewujudan
masalah tersbut dan pengkaji memberi cara penyelesaian seperti masalah kesalahfahaman pencarum
adalah pihak insuran Takaful perlu meningkatkan teknik-teknik penyampaian yang baik bagi
kakitangan-kakitangan atau agen yang terlibat. Bagi masalah sikap negatif kakitangan perkhidmatan
dan perkhidmatan yang tidak memuaskan, pihak insuran takful perlulah mengutamakan kepuasan
pencarum. Ini kerana, menurut Kotler Kinerja kepuasan dan ketidakpuasan terhadap sesuatu produk
atau perkhidmatan akan mempengaruhi corak tingkah laku seterusnya. Oleh itu, apabila pelanggan
berpuas hati, kemungkinan besar mereka akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang sama.

Iskandar Ibrahim (2013) telah melakukan kajian mengenai Tahap Kefahaman Pelanggan Bank
Muamalat Indonesia Cawangan Banda Aceh Terhadap Akad Mudharabah. Kaedah kajian yang
digunakan pengkaji adalah kuantitatif dengan membuat pengumpulan data daripada soal selidik yang
dibuat. Hasil kajian yang dibuat mendapati bahawa sebahagian besar daripada respondan telah faham
akad mudharabah di Bank Muamalat Indonesia. Oleh itu, masih wujud perselisihan pelanggan dengan
Bank Muamalat Indonesia, seperti pelanggan tidak memahami isi akad mudharabah, atau mereka tidak
membaca isi akad mudharabah tersebut. Menurut Fandy “Dalam syarikat yang telah menyampaikan
perkhidmatannya dengan baik, masih akan ada pelanggan yang tidak berpuas hati atau kecewa”
(Berthama, 2014). Demikian itu, Perselisihan faham yang terjadi di antara perbankan dengan pengguna
akan diselesaikan dengan tiga cara, iaitu: dengan perdamaian (sulh), arbitrase, dan dengan
peradilan/mahkamah.

B(5) Penyataan Masalah (8 markah):

Perkhidmatan yang disediakan syarikat takaful banyak memberi perlindungan, bantuan dan pertolongan
kepada para peserta. Walaupun begitu, ia masih lagi mempunyai kekurangan yang perlu ditambah baik
lagi. Antaranya adalah wujud penerangan yang kurang jelas oleh agen mengenai syarat, akad, dan dasar
produk takaful yang ditawarkan. Berdasarkan kajian Nur Atikah Rosli (2022) wujud ejen takaful yang tidak
pasti dengan produk Takaful merangkumi Takaful Am dan Takaful Keluarga, dan persamaan takaful
dengan insuran konvasional.

Selain itu, timbul ketidaktahuan pelanggan mengenai akad-akad yang berlaku ketika transaksi berlaku.
Hubungan kontrak antara para peserta, operator takaful dan pengurus tabung dalam kes (outsource) untuk
menjana pendapatan melalui pihak ketiga tidak dijelaskan kepada peserta. Disamping itu, kebanyakan
peserta takaful yang juga merupakan pelabur tidak mengetahui apakah jenis kontrak yang mengikat
mereka dengan operator takaful atau pihak ketiga iaitu pengurus tabung tabarru’ (Azman Mohd Noor,
Mohamad Sabri Zakaria, 2010).

Akhir sekali, timbul keraguan masyarakat mengenai kesahihan disisi syara mengenai akad yang terjadi
diantara pelanggan dan agen takaful. Akad mu’awadhah yang mana kewujudan jahalah (ketidaktahuan)
harga/caj bagi kadar upah yang dikenakan oleh pengendali takaful pada upah atas pengurusan pelaburan
dan upah ke atas pengurusan urusan takaful termasuk menerima premium dan membayar tuntutan
pampasan adalah boleh menjejaskan kesahihannya.

B(6) Objektif Kajian (4 markah):

1- Mengenalpasti tahap kefahaman pencarum terhadap akad-akad yang berlaku di dalam transaki.
2- Mengkaji tentang kewujudan penerangan yang tidak jelas oleh ejen mengenai syarat, akad, dan dasar
produk takaful yang ditawarkan kepada pencarum.
3- Mengenalpasti tentang pengetahuan pencarum yang membawa kepada kesahihan akad.

.
B(7) Persoalan Kajian (4 markah)

1- Bagaimana tahap kefahaman pencarum terhadap akad-akad yang berlaku di dalam transaksi?
2- Adakah wujud penerangan yang kurang jelas oleh ejen mengenai syarat, akad, dan dasar produk takaful
yang ditawarkan kepada pencarum?
3- Sejauh manakah pengetahuan peserta membawa kepada kesahihan akad?

B(8) Hipotesis Kajian (2 markah)

• Kajian ini dibuat untuk untuk mengetahui tahap kefahaman pencarum terhadap akad transaksi
yang berlaku dan dasar-dasar bagi setiap produk yang mereka mahukan.
• Wujud segelintir peserta yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh
syarikat takaful.

B(9) Limitasi kajian (2 markah)

• Kajian ini dilakukan hanya fokus terhadap transaksi syarikat takaful dan pencarum-pencarum.
• Kes-kes yang dianalisis adalah sekitar 2023-2024

B(10) Metode Kajian (8 markah)

Penyelidikan ini adalah kaedah kuantitatif, metode yang dipakai pada penyelidikan ini adalah pendekatan kajian
lapangan iaitu dengan mengedarkan soal selidik. Pendekatan kuantitatif ialah menganalisis data-data yang
bersifat statistik atau numerik.

Penulis mengambil kaedah penyelidikan kuantitatif adalah kerana kaedah ini dapat menjelaskan data dalam
bentuk statistik dengan menjelaskan tahap kefahaman pencarum terhadap akad-akad Takaful di Bandar Shah
Alam

Penulis memilih kajian di Bandar Shah Alam adalah kerana ia mempunyai penduduk yang ramai dan jumlah
pencarum takaful yang banyak disamping ia merupakan tempat tinggal penulis lalu akan memudahkan untuk
mendapatkan maklumat dan mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat.

B(11) Kepentingan Penyelidikan (2 markah):

Kajian ini perlu dilakukan supaya tidak berlaku akad yang tidak sah diantara para peserta dan agen seterusnya
kezaliman yang berlaku diantara kedua-dua belah pihak dapat dielakkan.
Disamping itu, penyelidikkan ini juga penting kepada pihak syarikat kerana dengan mengetahui kekurangan
tersebut, mereka akan menambah baik lagi perkhidmatan mereka.

Panduan Umum;
- Kepentingan penyelidikan adalah keterangan berkenaan sejauhmana kajian dan dapatan yang dilaksanakan calon ini
berupaya menambah nilai ilmu atau menyumbang sesuatu yang segar kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara.

B(12) Definisi Operasi Penyelidikan (2 markah):

Makna takaful dari segi istilah ialah: penyertaan sekumpulan individu dalam satu skim yang membolehkan
mereka bekerjasama dalam.………………….. (Sattar Abu Ghuddah, 2008)

B(13) Rujukan (2 markah):

Abd Sattar Abu Ghuddah, (2008), Buhuth fi al Mu‘amalat wa al-Asalib al-Masrafiyyah al-Islamiyyah, Dallah al-
Barakah, Jld. 9, hlm 276.

Azman Mohd Noor, Mohamad Sabri Zakaria, 2010. Takaful: Analisis Terhadap Konsep dan Akad Jurnal
Muamalat Bil. 3 • 2010

Islamic Banking & Finance Institute Malaysia, 2007. Buku Panduan Asas Takaful. Kuala Lumpur: IBFIM. hlm. 83

Abdullah @ Alwi Haji Hassan, 2008. Akta Takaful 1984: Satu Analisis, Sistem Takaful di Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya. hlm. 104.

Bank Islam, 2009. Laporan Tahunan 2008/2009. BIMB: Kuala Lumpur, hlm. 79.

Berthama, Venny Rizki, 2014. “Faktor – Faktor Penyebab Komplain Konsumen Pada PT Pegadaian
(Persero) Cabang Karombasan Manado,”Jurnal Bisnis dan Manajemen, (Oktober, 2014).

Hazmi Dahlan, Nurulasyikin Muda, Ahmad Aizuddin Hamzah, Nurul Izzati Abd Razak, Najwa Mohd
Khalil dan Pg. Mohd Faezul Fikri Ag Omar 2019. “Susun Atur Akad Borang Takaful Kenderaan Di
Malaysia: Perbandingan Borang Takaful Kenderaan Di Malaysia Dan Jordan”. Artikel

Dhia Bulkiah Darajat 2019. Analisis Faktor-Faktor Complain Nasabah Dalam Klaim Asuransi
Syariah di PT. Asuransi Takaful Keluarga Jl. Ahmad Yani Ruko kampus UNIHAZ No. 04 Kota
Bengkulu. Fakulti Ekonomi Dan Bisnis Islam Istitut Agama Islam Negeri Bengkulu.
Iskandar Ibrahim, 2013. Tahap Kefahaman Pelanggan Bank Muamalat Indonesia Cawangan Banda
Aceh Terhadap Akad Mudharabah. Jabatan Syariah Dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya Kuala Lumpur.

C. PERAKUAN PELAJAR

Saya dengan ini mengaku bahawa semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tarikh : Tandatangan Ketua Kumpulan :

D. PERAKUAN PENSYARAH

Ulasan umum:

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Markah Keseluruhan: _______ / 50

Pensyarah Penilai:

Nama :

Tandatangan:

Tarikh:

You might also like