You are on page 1of 23

SBSU 2933

UNDANG-UNDANG PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL

TAJUK :

PERBANKAN ISLAM DALAM AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013

NAMA PENSYARAH

PUAN RABI'AH BINTI MUHAMMAD SERJI

DISEDIAKAN OLEH :

BIL. NAMA NO. MATRIK


1. ZUL HUSNI BINTI ABD. LATIF 20BI01037
2. NUR AINA IRDINA BINTI MOHD ROZI 20BI01062
3. NUR SYAFIQA AMIRA BINTI SULAIMAN 20BI01063
4. SITI SALIHAH BINTI ABU BAKAR 20BI01071

PROGRAM :

IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG – UNDANG

SEMESTER 4 – SESI I 2021/2022

FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR


ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN ...............................................................................................................3

2.0 PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA ............................4

3.0 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN BERKAITAN KEHENDAK SHARIAH DI BAWAH

AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 ..............................................................6

3.1 KOMPONEN 1 - PEMATUHAN SHARIAH .....................................................................7

3.2 KOMPONEN 2 - TADBIR URUS SHARIAH .................................................................10

3.3 KOMPONEN 3 - AUDIT PEMATUHAN SHARIAH .....................................................14

4.0 TADBIR URUS KORPORAT .........................................................................................15

5.0 PELAKUAN PERNIAGAAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA ..........................18

6.0 SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN .............................................................................20

7.0 KESIMPULAN ..................................................................................................................22

8.0 RUJUKAN .........................................................................................................................23

2
1.0 PENDAHULUAN

Rangka kerja pengawalan dan penyeliaan Malaysia mencapai tahap baharu dalam
perkembangannya kerana Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah berkuatkuasa pada 30
Jun 2013.1

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 merupakan kemuncak bagi usaha untuk
memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi kewangan
di Malaysia bagi memastikan undang-undang itu terus relevan dan berkesan untuk mengekalkan
kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan inklusif dalam sistem kewangan dan ekonomi, di
samping menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk pengguna.

Undang-undang ini juga memberi Bank Negara Malaysia kuasa pengawasan pengawalan
dan penyeliaan yang perlu untuk mencapai mandatnya yang luas dalam persekitaran yang lebih
kompleks dan saling berhubung, memandangkan perkembangan kewangan yang bersifat serantau
dan antarabangsa. Ini termasuk peningkatan tumpuan terhadap langkah-langkah pencegahan awal
untuk menangani isu yang berbangkit dalam institusi kewangan yang mungkin memberikan kesan
kepada kepentingan pendeposit dan pemegang polisi, dan keberkesanan serta kecekapan fungsi
pengantara kewangan.

Sistem pengawalan dan penyeliaan Malaysia perlu dilengkapi dengan baik untuk
menangani dengan berkesan risiko baharu dan yang baru muncul supaya keyakinan dalam sistem
kewangan dipelihara dan aktiviti pengantaraan kewangan yang kritikal serta penting kepada
ekonomi agar terhindar daripada gangguan. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
menggabungkan beberapa undang - undang yang berasingan untuk mengawal selia sektor
kewangan di bawah rangka kerja perundangan tunggal masing-masing untuk sektor kewangan
konvensional dan Islam, iaitu Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Akta
Bank Islam 1983, Akta Insurans 1996, Akta Takaful 1984, Akta Sistem Pembayaran 2003 dan
Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang dimansuhkan pada tarikh yang sama dengan Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

1
Mohd Afandi Awang Hamat & Muhammad Muhaimin Ghazali. Peranan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013 dalam Memperkasakan Pelaksanaan Tadbir Urus Syariah dan Institusi Islam di Malaysia. 2019.

3
2.0 PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Perbankan Islam merupakan salah satu sektor atau juzuk dalam sebuah sistem kewangan
Islam yang prinsip operasi dan amalannya berlandaskan hukum Islam atau juga disebut sebagai
syariah. Faktor utama yang membezakan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional
ialah segala urusan dalam perbankan Islam hendaklah dikendalikan tanpa melibatkan sebarang
unsur - unsur yang bercanggah dengan syariah. Perbankan Islam dunia mula mengorak langkah
seawall tahun 1963, terutamanya apabila tertubuhnya Mit Gamhr Local Saving Bank di Mesir
tanpa menggunakan perkataan syariah secara rasmi. Bank ini menggunakan model German
Savings Bank mengikut kesesuaian sebuah bank yang berlandaskan Islam. Penubuhan Islamic
Development Bank (IDP) di Jeddah, Arab Saudi pada siding Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama
Islam (OIC) menjadi pemangkin kepada kewujudan perbankan Islam di serata dunia.2

Malaysia merupakan sebuah negara yang paling cepat mengalami perkembangan dalam
industri kewangan Islam khususnya dalam perbankan Islam. Sistem perbankan Islam yang ada
di Malaysia kini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan menjadi rujukan negara-negara
lain. Perbankan Islam yang ada kini telah memberikan pengguna pelbagai pilihan dalam
memilih instrumen ataupun produk-produk kewangan yang ditawarkan. Umat Islam kini juga
mempunyai pilihan untuk memilih sistem perbankan yang selama ini berpaksikan amalan riba’
kepada satu sistem yang berteraskan Syariat Islam.3

Perkembangan perbankan Islam di seluruh dunia turut mempengaruhi perkembangan


perbankan Islam di Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan kesedaran dan keprihatinan
masyarakat Malaysia terhadap peranan institusi perbankan Islam itu sendiri. Mengikut statistik
yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, sebanyak 17 buah bank Islam yang telah wujud di
Malaysia yang beroperasi di bawah sistem perbankan Islam. Hal ini menunjukkan suatu
peningkatan yang mantap jika dibandingkan dengan penubuhan perbankan Islam pada tahun
1983. Segala perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap institusi perbankan dipantau oleh panel
Syariah setiap bank yang dilantik. Perkembangan Sistem Perbankan Islam di Malaysia terus

2
Sejarah Perbankan Islam. Diakses pada https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/islamic-
my/document/my/en/islamic/scoe/knowledge-centre/articles/Sejarah_Perbankan_Islam.pdf.
3
Mohamad Zaim Isamail. Perbankan Islam Di Malaysia : Tinjauan Strategi Pengukuhannya. Universiti Malaya.
LJMS 2015, 9. Ms 49.

4
rancak berkembang seiring dengan perbankan konvensional yang sedia kukuh, yang mana
sehingga akhir 2013 aset sistem perbankan Islam meningkat kepada RM556,508.5 juta yang
merupakan 25.0 peratus daripada jumlah aset sistem perbankan negara. Manakala deposit
Sistem Perbankan Islam berkembang 26.6 peratus kepada RM436, 327.6 juta yang merangkumi
26.6 peratus daripada jumlah deposit sistem perbankan dan pembiayaan meningkat sebanyak
27.5 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan (Laporan Kestabilan Kewangan dan
Sistem Pembayaran, 2013).

Perkembangan sistem perbankan di Malaysia banyak disokong oleh pelaksanaan dasar


oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terutama daripada segi dasar kewangan. BNM telah
menggunakan strategi pertengahan dasar kewangan sejak November 1995 hingga kini dengan
mengawal kadar faedah pinjaman asas bagi memperkukuhkan sistem kewangan negara.4
Perkembangan perbankan Islam di Malaysia hakikatnya bermula seawal tahun 1962 dengan
penubuhan Tabung Haji yang diberi mandat untuk menguruskan dana-dana masyarakat Islam
yang menyimpan dengan tujuan untuk membolehkan mereka menunaikan rukun Islam kelima
iaitu ibadah Haji. Pada tahun 1980, peserta-peserta Kongres Ekonomi Bumiputera telah
meluluskan usul meminta kerajaan membenarkan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH)
menubuhkan sebuah bank Islam bagi tujuan mengumpul dan melaburkan wang milik umat
Islam. Hasil desakan orang ramai, kerajaan pada 30 Julai 1981, telah membentuk
Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam yang dipengerusikan oleh Tan Sri Raja
Mohar bin Raja Badiozaman dan Tabung Haji sebagai pihak urus setia. Untuk membolehkan
sebuah bank Islam beroperasi, jawatankuasa ini mencadangkan suatu peruntukan undang -
undang baru yang mampu memberi lesen dan mengawal-selia perbankan Islam. Akhirnya,
Parlimen meluluskan akta yang dikenali sebagai Akta Bank Islam 1983 yang berkuat kuasa
pada 7 April 1983 yang membuka jalan kepada penubuhan Bank Islam pertama di Malaysia.

Pengukuhan perbankan Islam sememangnya amat penting bagi menyaingi institusi


perbankan yang berkonsepkan konvensional. Institusi perbankan Islam yang dahulunya Bank
Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad, kini telah berkembang seiring
kemajuan dan sistem operasi yang dilakukan oleh institusi perbankan konvensional. Antara
lain, negara-negara yang menawarkan sistem perbankan Islam seperti Pakistan, Iran, Sudan

4
Ibid. Ms 51-52.

5
pada dahulunya, kini telah merebak ke negara Malaysia dan juga negara - negara Islam yang
lain. Namun, negara Malaysia mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam menjadikan
sistem kewangan Islam suatu institusi perbankan yang penting pada ketika ini. Kerajaan
Malaysia sendiri mempunyai langkah yang tersendiri dalam memperkukuhkan sistem
perbankan Islam sebagai ikonik baru untuk ekonomi Malaysia.

3.0 PERUNTUKAN - PERUNTUKAN BERKAITAN KEHENDAK SHARIAH DI


BAWAH AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 20135

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 kini mempunyai peruntukan yang lebih khusus
berkaitan dengan kehendak Shariah untuk dipatuhi oleh institusi-institusi yang menawarkan
perkhidmatan kewangan Islam. Peruntukan - peruntukan berkaitan dengan kehendak Shariah telah
diperuntukkan dalam Bahagian IV. Secara umumnya kehendak Shariah di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 terdiri daripada 3 komponen utama sebagaimana
diringkaskan dalam jadual di bawah :6

KOMPONEN KANDUNGAN PERUNTUKAN

Seksyen 27 - Tafsiran Seksyen.


Seksyen 28 - Kewajipan institusi memastikan
PENGGAL 1 - PEMATUHAN
pematuhan Shariah.
SHARIAH
Seksyen 29 - Kuasa Bank menentukan standard
mengenai perkara Shariah.
Seksyen 30 - Penubuhan jawatankuasa Shariah.
Seksyen 31 - Pelantikan anggota jawatankuasa Shariah.
PENGGAL 2 - TADBIR URUS Seksyen 32 - Kewajipan jawatankuasa Shariah dan
SHARIAH anggotanya.
Seksyen 33 - Pemberhentian sebagai anggota
jawatankuasa Shariah.

5
Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan, Aznan Hassan, Kehendak Shariah Dalam Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 (Akta 759) : Satu Tinjauan, [2015] 1 LNS(A) xxiii, Hlm. 5.
6
Ibid, Hlm. 5-6.

6
Seksyen 34 - Notis pemberhentian sebagai anggota
jawatankuasa Shariah.
Seksyen 35 - Maklumat untuk diberikan kepada
jawatankuasa Shariah.
Seksyen 36 - Perlindungan bersyarat dan kewajipan
kerahsiaan.
Seksyen 37 - Pelantikan orang oleh institusi untuk
PENGGAL 3 - AUDIT ATAS menjalankan audit pematuhan Shariah.
PEMATUHAN SHARIAH Seksyen 38 - Pelantikan orang oleh Bank untuk
menjalankan audit pematuhan Shariah.

3.1 KOMPONEN 1 - PEMATUHAN SHARIAH7

Penggal 1 Bahagian IV menjelaskan aspek keperluan pematuhan Shariah oleh institusi -


institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013. Penggal ini mempunyai 3 peruntukan iaitu bermula daripada seksyen 27 hingga
seksyen 29. Seksyen 27 menjelaskan maksud “institusi” iaitu merujuk kepada orang yang diberi
kuasa atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.

Seksyen 28 pula menjelaskan kewajipan institusi untuk sentiasa memastikan aspek Shariah
adalah dipatuhi sepenuhnya. Kewajipan kepatuhan kepada aspek Shariah ini adalah merupakan
kehendak yang berterusan selagi mana institusi itu menjalankan perkhidmatan kewangan Islam.
Kepatuhan kepada prinsip - prinsip Shariah ini adalah meliputi matlamat dan pengendalian
institusi terbabit, perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya.8 Ini termasuklah juga keperluan
mematuhi apa - apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah BNM berkaitan dengan
perkara - perkara tersebut .9

Subseksyen 28(3) pula menjelaskan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh sesebuah
institusi sekiranya sesebuah institusi dalam apa-apa perniagaan, hal ehwal dan aktiviti yang
dijalankan adalah tidak mematuhi Shariah atau menyalahi nasihat jawatankuasa Shariah institusi

7
Ibid, Hlm. 6-10.
8
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, subseksyen 28(1).
9
Ibid, subseksyen 28(2).

7
terbabit atau menyalahi nasihat atau keputusan MPS BNM. Tindakan - tindakan yang perlu
dilakukan oleh institusi terbabit adalah :10

(a) Dengan serta merta memaklumkan kepada BNM dan jawatankuasa Shariah institusi
terbabit berkenaan dengan ketidakpatuhan yang berlaku.
(b) Dengan serta merta berhenti daripada menjalankan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti
itu dan daripada mengambil apa - apa perniagaan, hal ehwal atau aktiviti lain yang
serupa.
(c) Dalam tempoh tiga puluh hari setelah menyedari ketidakpatuhan atau apa - apa tempoh
yang lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh BNM, institusi terbabit perlu
mengemukakan kepada BNM suatu rancangan mengenai pembetulan ketidakpatuhan
itu.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 juga memberikan kuasa budi bicara kepada BNM
untuk melakukan penilaian terhadap mana-mana institusi yang terlibat dengan ketidakpatuhan
Shariah bagi memastikan samada institusi terbabit telah membetulkan apa-apa ketidakpatuhan
yang telah berlaku.11 Selain daripada itu, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 juga
menjelaskan tindakan undang - undang yang boleh dikenakan akibat kegagalan mematuhi
peruntukan subseksyen 28(1) atau subseksyen 28(3). Kegagalan mematuhi subseksyen -
subseksyen terbabit adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi Ringgit
Malaysia dua puluh lima juta atau kedua-duanya sekali.12

Selain daripada itu, BNM turut diberikan kuasa untuk menentukan standard - standard
berkaitan dengan perkara - perkara Shariah berdasarkan kepada nasihat atau keputusan daripada
MPS. Dalam hal ini, BNM boleh menentukan standard - standard meliputi :13

a) mengenai perkara Shariah berkenaan dengan penjalanan perniagaan, hal ehwal atau
aktiviti oleh suatu institusi yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh MPS.
b) untuk memberi kesan kepada nasihat atau keputusan MPS.

10
Ibid, subseksyen 28(3)(a),(b) dan (c).
11
Ibid, subseksyen 28(4).
12
Ibid, subseksyen 28(5).
13
Ibid, subseksyen 29(1).

8
Subseksyen 29(2) memberi kebenaran kepada BNM untuk menentukan standard - standard
yang berkaitan dengan perkara - perkara yang tidak melibatkan penentuan hukum Syarak. Ini
termasuklah perkara berkaitan dengan :

(a) Tadbir urus Shariah meliputi :

a. fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota


jawatankuasa Shariah suatu institusi berhubungan dengan pematuhan Shariah.
b. kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakan, seorang anggota
jawatankuasa Shariah.
c. fungsi pematuhan Shariah dalaman.
(b) apa-apa perkara lain berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi
bagi maksud pematuhan Shariah.
Standard - standard yang dikeluarkan oleh BNM berkaitan dengan perkara Shariah atau
tidak berkaitan dengan perkara Shariah sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen 29(1) dan
(2) hendaklah sentiasa dipatuhi oleh tiap - tiap institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya,
pegawai kanannya atau anggota jawatankuasa Shariahnya.14 Tiap - tiap institusi juga hendaklah
pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya mengenai tadbir urus Shariah
adalah selaras dengan standard yang ditentukan oleh BNM. Demikian juga tiap - tiap institusi
hendaklah sentiasa menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya mengikut cara yang
tidak bertentangan dengan Shariah.15

Ia telah menjadi tanggungjawab setiap pengarah, pegawai atau anggota jawatankuasa


Shariah sesebuah institusi pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima
pakai oleh institusi itu untuk melaksanakan standard yang ditentukan oleh BNM dalam subseksyen
29(1) dan (2).16 Mana-mana pihak yang gagal mematuhi apa - apa standard yang dibuat oleh BNM
di bawah subseksyen 29(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi Ringgit
Malaysia dua puluh lima juta atau kedua - duanya.17

14
Ibid, subseksyen 29(3).
15
Ibid, subseksyen 29(4).
16
Ibid, subseksyen 29(5).
17
Ibid, subseksyen 29(6).

9
3.2 KOMPONEN 2 - TADBIR URUS SHARIAH18

Penggal 2 Bahagian IV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pula menyentuh


berkaitan dengan keperluan tadbir urus Shariah untuk dilaksanakan di institusi - institusi
perkhidmatan kewangan Islam. Secara umumnya, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
menekankan perihal berkaitan dengan jawatankuasa Shariah meliputi :

(a) Penubuhan jawatankuasa Shariah (seksyen 30).

(b) Pelantikan anggota jawatankuasa Shariah (seksyen 31).

(c) Kewajipan jawatankuasa Shariah dan anggotanya (seksyen 32).

(d) Pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah (seksyen 33).

(e) Notis pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah (seksyen 34).

(f) Maklumat untuk diberikan kepada jawatankuasa Shariah (seksyen 35).

(g) Perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan (seksyen 36).

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 menghendaki institusi perkhidmatan kewangan


Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk menubuhkan
suatu jawatankuasa Shariah bagi menasihati institusi terbabit dalam memastikan bahawa
perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya adalah sentiasa mematuhi Shariah.19 Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 juga membenarkan kumpulan kewangan yang mempunyai
beberapa buah institusi berlesen untuk mana-mana salah satu institusi berlesennya memohon
kepada BNM untuk menubuhkan jawatankuasa Shariah tunggal dalam kumpulan kewangan
terbabit. Namun kelulusan permohonan secara bertulis oleh BNM adalah tertakluk kepada BNM
berpuas hati bahawa kewujudan jawatankuasa Shariah tunggal itu berkeupayaan menjalankan
fungsi mereka untuk memastikan pematuhan Shariah oleh semua institusi berlesen dalam
kumpulan kewangan terbabit.20

18
Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan, Aznan Hassan, Kehendak Shariah Dalam Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 (Akta 759) : Satu Tinjauan, [2015] 1 LNS(A) xxiii, Hlm. 10-15.
19
Ibid, subseksyen 30(1).
20
Ibid, subseksyen 30(2).

10
Selain daripada institusi perkhidmatan kewangan Islam yang berlesen, Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 juga memberikan kuasa kepada BNM untuk menghendaki orang yang
diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang menjalankan aktiviti
perkhidmatan kewangan Islam untuk menubuhkan jawatankuasa Shariah sekiranya perlu. Ini
bertujuan memastikan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi - institusi terbabit adalah
mematuhi Shariah.21

Berkaitan dengan pelantikan anggota jawatankuasa Shariah, Akta Perkhidmatan


Kewangan Islam 2013 menetapkan bahawa seseorang yang akan dilantik, dilantik semula atau
menerima pelantikan sebagai anggota jawatankuasa Shariah mestilah memenuhi syarat-syarat
berikut :22

(a) Memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam standard-standard yang ditentukan oleh
BNM yang dikeluarkan di bawah subperenggan 29(2) (a)(ii).

(b) Mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada BNM.

Demikian juga Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 melalui seksyen 32 menjelaskan
berkaitan dengan kewajipan jawatankuasa Shariah dan anggotanya. Namun begitu peruntukan
tersebut adalah terlalu umum sekadar menetapkan bahawa jawatankuasa Shariah dan tiap-tiap
anggotanya hendaklah mempunyai kewajipan dan fungsi sebagaimana yang ditentukan oleh BNM
melalui standard-standard yang dikeluarkan di bawah subperenggan 29(2) (a)(i).23

Seterusnya Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 juga menjelaskan prosedur


pemberhentian seseorang anggota jawatankuasa Shariah. Berdasarkan kepada Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013, seseorang anggota jawatankuasa Shariah hendaklah terhenti dalam
keadaan-keadaan berikut :24

(a) Anggota terbabit meletakkan jawatan sebagai anggota jawatankuasa Shariah.

(b) Institusi menamatkan perlantikan anggota terbabit tertakluk kepada kelulusan


bertulis terlebih dahulu daripada BNM.

21
Ibid, subseksyen 30(3).
22
Ibid, seksyen 31.
23
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, seksyen 32.
24
Ibid, subseksyen 33(1).

11
(c) Anggota terbabit hilang kelayakan menurut mana-mana standard berkaitan yang
dikeluarkan oleh BNM.

(d) Anggota itu tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang
ditentukan oleh BNM.

Bagi situasi di mana seseorang anggota jawatankuasa meletakkan jawatan atau menyedari
bahawa dia telah hilang kelayakan sebagai anggota jawatankuasa Shariah sebagaimana yang
ditetapkan oleh mana - mana standard yang dikeluarkan oleh BNM, anggota terbabit adalah
terhenti menjadi anggota. Dia juga dikehendaki untuk memberitahu BNM akan hakikat dan sebab
pemberhentian itu dengan serta merta atau tidak lewat dari 14 hari daripada tempoh dia terhenti
daripada menjadi anggota jawatankuasa Shariah.25 Manakala penamatan pelantikan seseorang
anggota jawatankuasa Shariah oleh sesebuah institusi hanyalah boleh dilakukan setelah mendapat
kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada BNM untuk melakukan penamatan terbabit.26

Berkaitan dengan pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah, Akta


Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 turut membenarkan BNM melalui perintah secara bertulis
untuk memecat mana - mana anggota jawatankuasa Shariah mana - mana institusi perkhidmatan
kewangan Islam.27 BNM boleh mengambil tindakan tersebut sekiranya seseorang anggota itu
terlibat dengan :

(a) keadaan dalam perenggan 29(1) (c) dan (d), tetapi masih kekal sebagai anggota
jawatankuasa Shariah.

(b) anggota itu telah melanggar mana - mana peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 atau gagal mematuhi mana-mana standard yang berkaitan.

Tindakan yang dilakukan oleh BNM untuk memberhentikan mana - mana ahli
jawatankuasa Shariah di bawah subseksyen 33(4) adalah merupakan tindakan yang sah menurut
undang - undang. Tindakan yang diambil oleh BNM itu adalah sah di sisi undang - undang
walaupun tindakan itu adalah bertentangan dengan kontrak perkhidmatan atau mana-mana
perjanjian yang dibuat di bawah mana - mana undang-undang bertulis berkaitan dengan

25
Ibid, subseksyen 33(2).
26
Ibid, subseksyen 33(3).
27
Ibid, subseksyen 33(4).

12
perlantikan anggota yang diambil tindakan terbabit. Bahkan, ahli jawatankuasa yang dipecat itu
juga tidak berhak untuk menuntut apa - apa pampasan bagi kehilangan jawatan itu.28

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 turut menjelaskan berkaitan dengan keperluan
institusi untuk memaklumkan kepada BNM apabila seseorang ahli jawatankuasa Shariah itu
terhenti menjadi jawatankuasa Shariah menurut perenggan 33(1) (a),(b) atau (d).

Dalam kes ahli yang hilang kelayakan sebagai ahli jawatankusa Shariah, institusi hanya
bertanggungan untuk memaklumkan notis pemberhentian kepada BNM sekiranya maklumat
berkaitan dengan hilang kelayakan terbabit diketahui oleh pihak institusi. Makluman kepada BNM
mestilah dilakukan secara bertulis dengan menyatakan hakikat dan sebab pemberhentian tersebut
secara serta merta atau dalam hal tertentu, tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh pemberhentian
yang berlaku.29 Sekiranya berlaku kes seseorang ahli jawatankuasa Shariah terhenti daripada
menjadi ahli atau dipecat oleh BNM, institusi terbabit adalah bertanggungjawab untuk melantik
anggota baru jawatankausa Shariahnya selari dengan kehendak seksyen 31 Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013.30

Elemen tadbir urus Shariah juga menekankan keperluan pemberian maklumat kepada
jawatankuasa Shariah apabila dikehendaki. Dalam hal ini, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013 mewajibkan mana - mana pengarah, pegawai atau pengawal sesebuah institusi perkhidmatan
kewangan Islam untuk memberikan apa - apa dokumen atau maklumat yang berada dalam
pengetahuannya atau yang boleh didapati kepada jawatankuasa Shariah. Pihak - pihak berkaitan
itu juga perlu memastikan bahawa dokumen atau maklumat yang diberikan itu adalah tepat,
lengkap, tidak palsu atau tidak mengelirukan dalam apa - apa butir material.31 Namun begitu,
adalah menjadi tanggungjawab kepada ahli jawatankuasa Shariah untuk tidak mendedahkan apa -
apa dokumen atau maklumat yang diperolehi kepada mana - mana pihak kecuali menurut seskyen
36 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.32

Seksyen 36 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 menjelaskan berkaitan dengan


perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan terhadap anggota jawatankuasa Shariah.

28
Ibid, subseksyen 33(5).
29
Ibid, subseksyen 34(1).
30
Ibid, subseksyen 34(2).
31
Ibid, subseksyen 35(1).
32
Ibid, subseksyen 35(1).

13
Anggota jawatankuasa Shariah adalah tidak bertanggungan terhadap kemungkiran kewajipan
kerahsiaan dengan institusi yang melantik mereka dalam keadaankeadaan berikut :

(a) apa-apa pelaporan kepada BNM.

(b) dalam menunaikan kewajipan dan pelaksanaan sebagai ahli jawatankuasa Shariah
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh undang - undang secara suci hati.

Mereka juga adalah tidak bertanggungan seandainya untuk dibawa guaman dalam mana -
mana mahkamah bagi memfitnah berkenaan dengan apa - apa penyataan yang dibuat oleh anggota
itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013 ini.33

3.3 KOMPONEN 3 - AUDIT PEMATUHAN SHARIAH34

Elemen ketiga berkaitan dengan Kehendak Shariah adalah melibatkan audit pematuhan
Shariah. Perkara ini terkandung dalam seksyen 37 dan 38 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013. Seksyen 37 memperuntukkan berkaitan dengan perlantikan orang oleh institusi
perkhidmatan kewangan untuk menjalankan audit pematuhan Shariah. Berdasarkan kepada
peruntukan tersebut, BNM diberikan kuasa untuk menghendaki sesebuah institusi untuk melantik
mana-mana orang yang diluluskan oleh BNM bagi tujuan menjalankan audit pematuhan Shariah
di institusi berkenaan.35 Orang yang dilantik untuk melakukan audit pematuhan Shariah terbabit
adalah mempunyai kewajipan dan fungsi sebagaimana ditentukan oleh BNM. Dia juga perlu
mengemukakan laporan mengenai audit yang telah dijalankan olehnya kepada BNM.36 Saraan
dan perbelanjaan orang yang dilantik bagi menjalankan audit itu adalah oleh pihak institusi.37
Orang itu juga tidak bertanggungan bagi kemungkiran kewajipan kerahsiaan antaranya dan
institusi terbabit berkenaan dengan perkara yang dilaporkan kepada BNM menurut audit
pematuhan Shariah.38

33
Ibid, seksyen 36.
34
Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan, Aznan Hassan, Kehendak Shariah Dalam Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 (Akta 759) : Satu Tinjauan, [2015] 1 LNS(A) xxiii, Hlm. 15-16.
35
Ibid, subseksyen 37(1).
36
Ibid, subseksyen 37(2).
37
Ibid, subseksyen 37(3).
38
Ibid, subseksyen 37(4).

14
Seksyen 38 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pula menjelaskan berkaitan dengan
perlantikan orang oleh BNM untuk menjalankan audit pematuhan Shariah. Seksyen ini memberi
kuasa kepada BNM untuk melantik mana-mana orang bagi menjalankan audit Shariah dalam
keadaan berikut :39

(a) institusi yang diarahkan gagal untuk melantik seseorang di bawah subseksyen 37(1)
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

(b) sebagai tambahan kepada orang yang dilantik di bawah subseksyen 37(1) Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

(c) dalam keadaan-keadaan lain yang BNM sifatkan wajar dilantik untuk tujuan pematuhan
kepada Shariah oleh institusi berkaitan.

Bagi perlantikan - perlantikan yang dilakukan oleh BNM di atas, saraaan dan perbelanjaan
adalah atas tanggungjawab institusi.40 Orang yang dilantik itu juga mempunyai kewajipan dan
fungsi sebagaimana ditentukan oleh BNM. Dia juga berkewajipan mengemukakan laporan kepada
BNM terhadap audit yang telah dilakukannya.41 Selain itu dia juga tidak bertanggungan bagi
kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara orang itu dan institusi itu berkenaan dengan perkara
yang dilaporkan kepada BNM menurut audit pematuhan Shariah.42

4.0 TADBIR URUS KORPORAT

Tadbir urus korporat ditakrifkan sebagai proses dan struktur yang digunakan untuk
mengarah dan mengurus perniagaan dan hal ehwal sesebuah syarikat bagi meningkatkan
keuntungan perniagaan dan kebertanggungjawaban korporat dengan tujuan utama untuk mencapai
nilai jangka panjang pemegang saham tanpa mengenepikan kepentingan pihak berkepentingan
lain.43 Tadbir urus korporat memperuntukkan satu rangka kerja mekanisme kawalan yang
menyokong sesebuah syarikat mencapai matlamatnya, dan mencegah konflik yang tidak diingini.
Tingkah laku beretika, kebertanggungjawaban, ketelusan dan kemampanan merupakan unsur

39
Ibid, subseksyen 38(1).
40
Ibid.
41
Ibid, subseksyen 38(2).
42
Ibid, subseksyen 38(3).
43
Tadbir urus korporat seperti ditakrifkan dalam Laporan Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kewangan (1999).

15
tadbir urus korporat yang penting dalam pentadbiran syarikat serta mengendalikan modal pelabur.
Syarikat yang mengamalkan prinsip - prinsip ini lebih cenderung untuk menghasilkan nilai jangka
panjang berbanding syarikat yang lemah dalam salah satu atau kesemua prinsip tersebut. Tadbir
urus korporat memperuntukkan satu rangka kerja mekanisme kawalan bagi menyokong sesebuah
syarikat mencapai matlamatnya dan mencegah konflik yang tidak diingini. Antara unsur penting
yang perlu ada dalam tadbir urus korporat yang baik adalah tingkah laku beretika,
kebertanggungjawaban, ketelusan dan kemampanan dalam pentadbiran.

Menurut Penggal 2 Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah


diperuntukkan seksyen - seksyen berkenaan Tadbir Urus Korporat. Penggal ini mempunyai 10
peruntukan, bermula daripada seksyen 62 sehingga seksyen 71. Seksyen 62 Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 mentafsirkan “pengerusi” sebagai pengerusi lembaga pengarah. Sebagai
seorang pengerusi lembaga pengarah, beliau wajarlah komited dengan sepenuhnya bagi
memastikan syarikatnya terus mengekalkan piawaian urus tadbir korporat yang tinggi, dengan
pandangan untuk terus mengukuhkan nilai pemegang kepentingan. Peranan pengerusi dan ketua
pegawai eksekutif kekal berasingan dan jelas berbeza. Pengerusi lembaga pengarah adalah bukan
bebas dan bukan eksekutif. Pengerusi lembaga pengarah memainkan peranan kepimpinan yang
penting dalam institusi - institusi kewangan yang terlibat dalam mempengerusikan mesyuarat
pemegang - pemegang saham dan institusi-institusi kewangan, memantau prestasi institusi -
institusi kewangan dan gabungan kemahiran dan keberkesanan sumbangan ahli - ahli institusi -
institusi kewangan secara individu dan mengekalkan dialog berterusan dengan ketua - ketua
pegawai eksekutif daripada pelbagai subsidiari utama dan memberi bimbingan dan panduan yang
sewajar. Setiap institusi kewangan mewakilkan kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan
urusan harian syarikat kepada pengarah lembaga pengarah dan melalui beliau serta tertakluk
kepada pengawasan beliau, kepada pengawai kanan lain memantau pengurusan dan prestasi bagi
pihak pemegang saham.

Seksyen 63 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pula menyatakan bahawa setiap
institusi hendaklah mempunyai ketua pegawai eksekutif kecuali dengan kelulusan bertulis
terdahulu daripada pihak bank. Hal ini kerana, tiada orang yang berlesen yang layak melantik atau
memilih, atau melantik semula atau memilih semula dan tiada orang boleh menerima mana - mana
perlantikan atau pemilihan, atau perlantikan semula atau pemilihan semula seseorang bagi jawatan

16
ini. Antara perbezaan orang berlesen dan orang yang diluluskan ialah apabila menilai suatu
permohonan untuk menjalankan perniagaan berlesen, pihak bank wajarlah mengambil kira
daripada semua aspek yang dinyatakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2 Jadual 5 serta perkara
lain yang berkaitan44 manakala apabila menilai suatu permohonan untuk menjalankan perniagaan
yang diluluskan, pihak bank wajarlah mengambil kira daripada semua aspek yang dinyatakan
dalam Bahagian 1 Jadual 5 serta perkara lain yang berkaitan.45

Seksyen 64 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 mengklarifikasikan bahawa


seseorang yang dilantik sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan
institusi wajarlah bukan seseorang yang hilang kelayakannya dibawah subseksyen 68 (1) dan
mematuhi kehendak layak yang ditentukan dibawah seksyen 69. Menurut seksyen 65 Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 mengkhususkan fungsi dan kewajipan sebagai pengerusi
lembaga pengarah adalah menetapkan dan mengawasi perlaksanaan objektif, strategi perniagaan
dan risiko serta dalam melakukan perkara tersebut hendaklah mengambil kira daya maju jangka
panjang institusi tersebut dan standard urus niaga adil yang munasabah. Selain itu, ia juga wajarlah
memastikan dan mengawasi reka bentuk yang berhasil bagi mewujudkan perlaksanaan kawalan
dalaman yang kukuh, pematuhan dan sistem pengurusan risiko setara dengan jenis, skala dan
kerumitan perniagaan dan struktur institusi itu.

Sehubungan itu, seksyen 68(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 mengesahkan
bahawa seseorang itu telah kehilangan kelayakkanya apabila dia disahkan telah jatuh bankrap
sama ada di dalam atau di luar Malaysia, terlibat dengan suatu pertuduhan bagi kesalahan jenayah
melibatkan unsur ketidakjujuran atau fraud dibawah undang-undang mana - mana negara dan telah
dibuktikan. Malah, seksyen 69 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 menyatakan bahawa
bank boleh menentukan standard kehendak layak dan sesuai untuk dipatuhi bagi pengerusi,
pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi yang memenuhi kriteria umum
dimana beliau merupakan seorang yang mempunyai nilai kejujuran, berintegriti dalam pelaporan
korporat dan hubungan baik dengan pihak berkepentingan dan bereputasi, seorang yang cekap dan
berkebolehan dan berintegriti dalam aspek kewangan.46

44
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, subseksyen 10(1).
45
Ibid, subseksyen 11(1).
46
Apakah Tadbir Urus Korporat Yang Baik ?. Diakses daripada
https://audit.upm.edu.my/artikel/apakah_tadbir_urus_korporat_yang_baik-60897 pada 31 Julai 2021.

17
Sekiranya pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi telah
hilang kelayakannya di bawah subseksyen 68(1) atau tidak lagi mematuhi mana – mana kehendak
layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 69, maka berdasarkan
seksyen 70 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pengerusi, pengarah, ketua pegawai
eksekutif, pegawai kanan itu hendaklah dengan serta merta terhenti memegang jawatan dan
bertindak atas keupayaan sedemikian. Institusi itu hendaklah dengan serta merta menamatkan
pelantikannya dan memecatnya daripada jawatan tersebut serta apa jua yang terkandung dalam
kontrak perkhidmatan mereka yang berkaitan dengan perlantikan tersebut adalah tidak berhak
dituntut apa – apa pampasan bagi penamatan itu. Setelah itu, pihak institusi hendaklah
memberitahu bank secara bertulis bahawa individu terbabit telah terhenti menjadi pengerusinya,
pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya, pegawai kanannya mengenai keadaan dan sebab bagi
pemberhentian itu dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pemberhentian itu.

5.0 PELAKUAN PERNIAGAAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

Pada Penggal 2 Bahagian IX Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah


diperuntukkan seksyen - seksyen berkenaan pelakuan perniagaan, aduan, pertikaian dan
sebagainya. Penggal ini mempunyai 5 peruntukan iaitu bermula daripada seksyen 134 sehingga
seksyen 138. Seksyen 134(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 menjelaskan bahawa
Seksyen 135 dan seksyen 136 akta tersebut mestilah terpakai tanpa memudaratkan peruntukan
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 setakat peruntukan yang berkaitan dengan produk
atau perkhidmatan pasaran modal seperti yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) dalam akta
tersebut dan yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan oleh bank Islam berlesen atau
pengendali takaful berlesen. Manakala, seksyen 134(2) akta yang sama menerangkan bahawa bank
perlulah membuat perkiraan secara bertulis dengan Suruhanjaya Sekuriti bagi menyelaraskan
pengawalseliaan pelakuan perniagaan berkenaan produk atau perkhidmatan pasaran modal yang
juga ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) akta tersebut, yang dibangunkan, ditawarkan atau
dipasarkan oleh bank Islam berlesen atau pengendali takaful berlesen.

Seksyen 135 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pula berkenaan standard mengenai
pelakuan perniagaan. Takrifan standard boleh dirujuk pada Seksyen 2 Akta Perkhidmatan

18
Kewangan Islam 2013 iaitu termasuklah apa-apa obligasi atau kehendak yang ditentukan oleh
Bank dan ia boleh mengandungi apa-apa peruntukan yang memberikan tafsiran, bersampingan,
tambahan, berbangkit, dan peralihan yang bagi Bank berpendapat wajar. Standard tersebut
perlulah bercirikan keperluan operasi, relavan dalam konteks semasa dan berasaskan keharmonian
dan saling menghormati.47 Seterusnya, Seksyen 135(1) menyatakan bahawa Bank hendaklah
menentukan standard mengenai pelakuan perniagaan kepada penyelia perkhidmatan kewangan
untuk memastikan penyedia perkhidmatan kewangan tersebut berlaku adil, bertanggungjawab, dan
profesional ketika berurusan dengan pengguna kewangan. Berdasarkan Seksyen 135(2) pula
menjelaskan, tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1) tadi, standard yang dimaksudkan boleh
berkaitan dengan kehendak ketelusan dan pendedahan, terma yang adil dalam suatu kontrak
pengguna kewangan bagi perkhidmatan atau produk kewangan, promosi perkhidmatan atau
produk kewangan, pemberian syor atau nasihat dan aduan dan mekanisme penyelesaian pertikaian.
Seksyen 135(2) pula memberitahu bahawa Bank boleh menentukan apa-apa golongan, kategori
atau perihalan orang bagi takrifan “pengguna kewangan” di bawah Seksyen 133. Dan juga,
Seksyen 135(4) pula menyatakan Bank perlulah menentukan standard mengenai pelakuan
perniagaan di bawah subseksyen (1) tadi secara bersesama dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Seterusnya, Seksyen 136 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 adalah berkaitan
pelakuan yang dilarang. Seksyen 136(1) menetapkan bahawa penyedia perkhidmatan kewangan
tidak boleh terlibat dengan perkara yang dinyatakan dalam Jadual 7 iaitu disenaraikan pelakuan
perniagaan yang dilarang. Akan tetapi, Seksyen 136(2) menjelaskan bahawa tanpa mengehadkan
keluasan Seksyen 277, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai perihalan
pelakuan yang menjadi atau faktor yang diambil kira dalam menentukan sama ada penyedia
perkhidmatan kewangan telah terlibat dalam apa – apa yang disenaraikan dalam Jadual 7.
Berdasarkan Seksyen 136(3) pula menyatakan Bank boleh mengeluarkan panduan yang
berhubungan dengan pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam perenggan 5 dan 6
Jadual 7 setelah berunding dengan Suruhanjaya Persaingan. Seksyen 136(4) pula berkaitan
hukuman iaitu bagi mereka yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan, boleh dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak
melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua – duanya. Di samping itu, Seksyen 136(5) berhubungan

47
Rangkuman Standard Syariah, Pusat Rujukan Shariah Bagi Kewangan Islam, Majlis Penasihat Syariah Bank
Negara Malaysia. Diakses daripada https://www.sacbnm.org/?page_id=1442&lang=ms.

19
dengan apa – apa aduan daripada seorang yang terkilan melibatkan pelakuan perniagaan dilarang
dalam perenggan 5 dan 6 Jadual 7, Bank akan merujuk aduan itu kepada Suruhanjaya Persaingan.

Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pula berkaitan broker takaful,
penasihat kewangan Islam dan pengeluar instrumen pembayaran Islam yang diluluskan untuk
mengadakan akaun pelanggan. Berdasarkan Seksyen 137(1) Akta yang sama, menerangkan
bahawa pihak yang diluluskan untuk menerima wang daripada pihak yang ditetapkan haruslah
mengadakan dan menyenggara satu atau lebih akaun untuk pelanggannya dalam bank Islam
berlesen yang berasingan daripada akaunnya sendiri. Beralih kepada Seksyen 137(2) pula,
menjelaskan apa yang dimaksudkan pada subseksyen (1) ialah berkaitan (a) suatu lien atau
tuntutan, atas, atau suatu hak untuk menolak, wang dalam mana – mana akaun yang diadakan
untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) hendaklah terbatal melainkan jika wang itu adalah untuk
fi yang kena dibayar dan terhutang kepada orang yang diluluskan itu; dan (b) suatu gadaian, gadai
janji atau suatu penahanan atas wang dalam mana – mana akaun yang diadakan untuk pelanggan
di bawah subseksyen (1) hendaklah terbatal. Akhir sekali, Seksyen 137(3) yang juga daripada akta
sama, menyatakan bahawa wang dalam akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah
subseksyen (1) tadi akan dikira untuk dipegang sebagai amanah oleh orang yang diluluskan bagi
manfaat dan kebaikan pelanggan itu.

6.0 SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN

Skim Ombudsman Kewangan beroperasi berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2016 dan


perlantikan Ombudsman Perkhidmatan Kewangan sebagai Pengendali Skim Ombudsman
Kewangan.Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (dahulu dikenali sebagai Biro Pengantaraan
Kewangan) memaklumkan bahawa ia telah dilantik sebagai pengendali skim ombudsman
kewangan48 dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Seksyen 126 Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013, Seksyen 138 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan
Seksyen 123 Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002. untuk menyediakan perkhidmatan

48
Skim Ombudsman Kewangan. Diakses daripada
https://www.ofs.org.my/file/files/PR_OFS_Skim%20Ombudsman%20Kewangan%20BM_280916.pdf.

20
penyelesaian pertikaian alternatif di antara pengguna kewangan dan penyedia perkhidmatan
kewangan yang dilesenkan atau diluluskan oleh Bank Negara Malaysia secara adil dan saksama.49

Perlaksanaan skim ombudsman kewangan pada 1 Oktober 2016 tepat pada waktunya. Ia
terus memperkasakan kestabilan sistem kewangan terutamanya dari perspektif memperkukuhkan
rangka kerja perlindungan pengguna. Sebagai pengendali skim yang baru ini dan berlandaskan
pengalamannya sebagai suatu badan penyelesaian pertikaian alternatif untuk pengguna kewangan
dan industri kewangan yang melebihi 10 tahun, Ombudsman Perkhidmatan Kewangan memberi
keyakinan kepada orang awam bahawa ia akan terus menyelesaikan pertikaian di bawah bidang
kuasanya secara adil dan saksama. Dalam menyelesaikan pertikaian, Ombudsman Perkhidmatan
Kewangan berpegang kepada enam prinsip yang diiktirafkan di peringkat antarabangsa iaitu
kebebasan, keadilan dan kesaksamaan, kemudahan akses, kebertanggungjawaban, ketelusan dan
keberkesanan.

Orang awam hendaklah mengambil perhatian bahawa pertikaian yang timbul daripada atau
yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan pasaran modal yang dipasarkan oleh bank, bank
Islam atau institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan telah dikecualikan daripada skop
skim ombudsman kewangan. Pertikaian sedemikian kini dikendalikan oleh Pusat Penyelesaian
Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC). Sejajar dengan prinsip antarabangsa berhubung
kemudahan akses, Ombudsman Perkhidmatan Kewangan akan terus menyediakan
perkhidmatannya secara percuma untuk pengguna kewangan. Ombudsman Perkhidmatan
Kewangan senantiasa akan bekerjasama dengan pihak - pihak berkepentingan, termasuk Bank
Negara Malaysia, penyedia perkhidmatan kewangan dan SIDREC dalam menyelesaikan
pertikaian kewangan secara adil dan saksama.

49
Perkhidmatan Penyelesaian Pertikaian Kewangan Alternatif. OFS. Edisi Januari 2018.

21
7.0 KESIMPULAN

Sistem Perbankan Islam di Malaysia mula dilaksanakan pada tahun 1983 serta telah
melalui beberapa tahap perkembangan yang boleh dianggap maju dan seiring dengan Sistem
Perbankan Konvesional. Sistem Perbankan Islam ini juga dilihat mampan dalam memberikan
perkhidmatan dan penawaran produk yang berdaya maju serta membantu negara meningkatkan
sumbangan ekonomi dalam pembangunan ekonomi negara. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013 telah menambah baik peraturan berkaitan pematuhan syariah dalam perlaksanaan Sistem
Kewangan Islam di Malaysia. Ia juga telah mewujudkan peruntukan - peruntukan yang lebih jelas
berkaitan kewajipan pematuhan syariah oleh institusi kewangan Islam dan meletakkan bebanan
pematuhan syariah setara dengan kewajipan memastikan kestabilan kewangan bagi institusi
kewangan Islam.

Kini semua institusi yang terlibat dalam sektor perkhidmatan kewangan Islam di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 perlulah mematuhi peruntukan undang - undang yang
terkandung dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 terutamanya berkaitan dengan
kehendak Shariah yang meliputi tiga komponen utama yang terdiri daripada komponen pematuhan
Shariah, tadbir urus Shariah dan audit pematuhan Shariah. Kegagalan mematuhi kehendak Shariah
adalah merupakan suatu kemungkiran dan boleh dihukum di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013. Justeru, semua pihak yang terlibat perlulah memastikan setiap peruntukan berkaitan
dengan kehendak Shariah adalah dipatuhi sepenuhnya dan memastikan bahawa sesebuah institusi
yang menjalankan perkhidmatan kewangan Islam adalah mematuhi prinsip - prinsip Shariah.

22
8.0 RUJUKAN

Mohd Afandi Awang Hamat & Muhammad Muhaimin Ghazali. Peranan Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 dalam Memperkasakan Pelaksanaan Tadbir Urus Syariah dan Institusi
Islam di Malaysia. 2019.

Sejarah Perbankan Islam. Diakses pada https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/islamic-


my/document/my/en/islamic/scoe/knowledge-centre/articles/Sejarah_Perbankan_Islam.pdf .

Mohamad Zaim Isamail. Perbankan Islam Di Malaysia : Tinjauan Strategi Pengukuhannya.


Universiti Malaya. LJMS 2015, 9. Ms 49 - 52.

Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan, Aznan Hassan, Kehendak Shariah Dalam Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) : Satu Tinjauan, [2015] 1 LNS (A) xxiii, Hlm. 5
- 16.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Apakah Tadbir Urus Korporat Yang Baik ?. Diakses daripada


https://audit.upm.edu.my/artikel/apakah_tadbir_urus_korporat_yang_baik-60897 pada 31 Julai
2021.

Rangkuman Standard Syariah, Pusat Rujukan Shariah Bagi Kewangan Islam, Majlis Penasihat
Syariah Bank Negara Malaysia. Diakses daripada
https://www.sacbnm.org/?page_id=1442&lang=ms.

Skim Ombudsman Kewangan. Diakses daripada


https://www.ofs.org.my/file/files/PR_OFS_Skim%20Ombudsman%20Kewangan%20BM_2809
16.pdf.

Perkhidmatan Penyelesaian Pertikaian Kewangan Alternatif. OFS. Edisi Januari 2018.

23

You might also like