You are on page 1of 2

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau Bank Rakyat ialah sebuah bank koperasi

Islam terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada bulan September 1954 di bawah Ordinan
Koperasi 1948. Bank Rakyat dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Akta
Institusi Kewangan Pembangunan (DAFIA 2002) dan Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi. Bank Rakyat menawarkan produk dan perkhidmatan Perbankan Islam kepada
anggota dan juga bukan anggota melalui 134 cawangan, lebih78 mesin ATM luar premis, 12
Kedai Ar-Rahnu X'Change dan 7 Pusat Perbankan Elektronik di seluruh Malaysia (World of
Banking and Investment: Latar belakang bank di Malaysia, 2013).
Perkembangan industri kewangan yang pesat seterusnya mendorong kepada pembuatan
satu keputusan untuk menubuhkan bank masing-masing yang dikenali sebagai Bank
Persatuan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan kewangan anggota-anggota. Pada 28
September 1954, 11 daripada bank persatuan tersebut bersetuju untuk bergabung dan
membentuk Bank Agong (Apex Bank). Dalam tahun1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad
menggantikan Bank Agong dan keahliannya dibuka untuk individu selain daripada koperasi
dengan penubuhan anak-anak syarikat juga dibenarkan. Pada 6 Januari 1973, namanya ditukar
menjadi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.
Satu akta khas turut diwujudkan untuk melincinkan pentadbiran Bank Rakyat, iaitu Akta
Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202) yang membolehkan
Bank Rakyat menawarkan pembiayaan kepada mereka yang bukan ahli. Konsep perbankan
komersial kemudian telah ditukarkan kepada perbankan Islam pada tahun 1994 (Info Korprat
Bank Rakyat). Menjelang 31 Disember 2007, Bank Rakyat memiliki aset berjumlah RM34.9
bilion, yang mewakili kira-kira 70 peratus jumlah aset keseluruhan koperasi di negara ini (World
of Banking and Investment: Latar belakang bank di Malaysia, 2013). Bank Rakyat terus
mencatatkan kenaikan keuntungan sebelum cukai dan zakat dengan keuntungan tertinggi
berjumlah RM1.72 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 (Nurussalam Aziz,
2012).
Sehubungan itu, kajian ini dibangunkan dengan menumpukan kepada analisis kewangan
bagi Bank Rakyat dalam usaha untuk mendapatkan gambaran sebenar kedudukan kewangannya.
Fokus utama kajian akan tertumpu kepada nisbah kewangan bagi tiga tahun kewangan berakhir
2015.

Rujukan:
Info Korprat Bank Rakyat. Diakses dari http://www.bankrakyat.com.my/ pada 15 Ogos 2018
Nurussalam Aziz. 2012. Sejarah Bank Rakyat. Diakses dari
https://nurussalamaziz.wordpress.com/2012/02/13/bank-rakyat/ pada 15 Ogos 2018.
World of Banking and Investment: Latar belakang bank di Malaysia. 2013. Diakses dari
jejarijppms.blogspot.com/.../latar-belakang-bank-di-malaysia.html pada 15 Ogos 2018.

You might also like