You are on page 1of 7

JTW103 - Undang-Undang Perniagaan

Undang-Undang Agensi

Pengenalan
• Undang-Undang Agensi diperuntukkan oleh S.135 – S.191 Akta Kontrak 1950.
• Definisi ejen dan prinsipal “ejen adalah seseorang yang diambil bekerja untuk
seseorang yang lain manakala prisipal ialah seseorang yang pada siapa kerja itu
dilakukan”.

Pembentukan Agensi (Ada 5 cara) iaitu;


1. Perlantikan Nyata [S.140].
2. Perlantikan Tersirat [S.140].
3. Pengesahan (Ratifikasi) [S.149]
4. Perlu [S.142]
5. Sekatan (Estopel).

Agensi Secara Perlantikan Nyata


• Perlantikan ejen melalui surat wakil kuasa (power of attorney) atau surat mandat
(letter of mandate) [S.140]

Agensi Secara Perlantikan Tersirat


• S.140 juga menyatakan perlantikan boleh terjadi secara tersirat iaitu samada
melalui kata-kata atau perbuatan prinsipal.
• Mahkamah dalam kes Summers v Solomon [1857] 26 LJQB 301 menyatakan
bahawa undang-undang akan anggap bahawa suatu agensi telah wujud apabila seseorang
itu melalui kata-katanya atau kelakuannya mengemukakan seseorang yang lain sebagai
mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihaknya.
• Kes – Chan Yin Tee v William Jacks & Co (Malaya) Ltd. [1964] MLJ 290.
• Chan (perayu) memperkenalkan Yong kepada responden sebagai rakan kongsinya.
• Yong memesan barangan dari responden untuk tujuan perniagaan tetapi telah
tidak dibayar.
• Responden telah menang tuntutan keatas hutang tetapi perayu mengemukakan
rayuan dengan menyatakan bahawa Yong ialah bukan rakan kongsi beliau.
• Mahkamah memutuskan bahawa tidak kira samada Chan dan Yong merupakan
rakan kongsi atau tidak.
• Tindakan Chan dengan memperkenalkan Yong sebagai rakan kongsinya sudah
cukup untuk mewujudkan hubungan ejensi antara kedu-duanya.
• Jadi Chan bertanggung jawab atas perbuatan Yong.
Hubungan tersirat – suami/isteri
• Hubungan antara suami isteri juga dianggap sebagai agensi tersirat.
• Sebarang tindakan isteri (ejen) berhutang dengan pihak ketiga perlu ditanggung oleh
suami (prinsipal).
• Pengecualian kepada keadaan ini adalah:-
1. Suami dengan nyata larang isteri berhutang atas namanya.
2. Suami dengan nyata larang penjual menjual barang kepada isterinya.
3. Suami telah sediakan keperluan yang cukup kepada isterinya.
4. Suami teleh beri elaun belanja kepada isteri.
5. Barang yang dipesan oleh isteri adalah tidak munasabah dengan pendapatan
suami.
• Kes – Miss Gray v Catcard [1922] 38 TLR 562

Hubungan tersirat - perkongsian


• Agensi tersirat juga boleh wujud dalam perkongsian perniagaan.
• S.7 Akta Perkongsian 1961 – setiap ahli kongsi adalah ejen kepada firma dan
rakan kongsi yang lain.
• Kes – Mercantile Credit Co Ltd v Garrod [1964] All ER 1103; P dan G adalah
rakan kongsi yang bergiat dalam perniagaan garaj. Perjanjian perkongsian mereka
menyatakan skop perniagaan mereka tidak termasuk jual beli kereta.
• P tanpa kebenaran G telah menjual kereta yang mana beliau tidak mempunyai
hakmilik kepada Mercantile Credit Co Ltd pada harga £700. Syarikat telah membuat
tuntutan dari syarikat perkongsian tersebut sebab P jual kereta tanpa ada hakmilik.
• Mahkamah memutuskan syarikat perkongsian bertanggungjawab terhadap jualan
rakan kongsi itu kerana segala tindakan rakan kongsi dalam menjalankan urusniaga
adalah dikira sebagai tindakan dalam kapasiti hubungan agensi yang sah mengikut Akta.

Agensi Secara Ratifikasi


• S.149 – apabila sesuatu perbuatan dilakukan oleh ejen bagi pihak prinsipal,
prinsipal tidak mengetahui atau memberi kuasa kepada ejen untuk berbuat demikian,
maka prinsipal boleh memilih untuk menerima sah atau menolak perbuatan ejen itu. Jika
ia menerima sah perbuatan itu, kesannya ialah seolah-olahperbuatan itu dilakukan dengan
izin dan kuasanya.

Ratifikasi boleh diberikan dalam keadaan-keadaan berikut:-


(i)Tindakan ejen berkenaan tidak sah atau diluar kuasanya atau seseorang yang berpura-
pura menjadi ejen.
(ii)Ejen bertindak atas nama prinsipal, bukan atas namanya sendiri; Kes – Keighley
Maxted & Co v Durant [1901] AC 240. Ejen kepada Keighley bertindak membeli
tepung yang diperlukan oleh syarikat pada harga yang lebih tinggi daripada yang telah
ditetapkan dan membeli atas namanya sendiri. Keighley enggan menerima penghantaran
tepung tersebut daripada Durant. Mahkamah memutuskan Keighley tidak
bertanggungjawab kerana ejen membeli atas namanya sendiri dan Keighly tidak
mengesahkannya.
(iii) Prinsipal haruslah berupaya untuk berkontrak semasa ejen berurusan dengan pihak
ketiga dan semasa pengesahan hendak dibuat. Kes – Kelner v Baxter [1866] LR 2 CP
174 Dalam kes ini, ketika ejen berurusan dengan pihak ketiga, syarikat prinsipal masih
dalam proses penubuhan. Oleh itu mahkamah memutuskan syarikat tidak
berkeupayaan untuk berkontrak pada masa tersebut.
(iv) Pada masa pengesahan hendak diberikan, prinsipal maklum tentang urusan yang
hendak disahkan kecuali jika dia tidak kisah tentang perkara yang hendak disahkan.
(v) Prinsipal hendaklah meratifikasikan semua perbuatan ejen.
(vi) Pengesahan tersebut tidak mudaratkan pihak ketiga. S.153 – tindakan ejen yang
hendak diratifikasikan tidak boleh mencederakan pihak ketiga.
(vii) Pengesahan hendaklah dibuat dalam waktu yang munasabah.

Kesan Ratifikasi
• Prinsipal bertanggung jawab terhadap perbuatan ejen.
• Keseluruhan perbuatan ejen disahkan oleh prinsipal.
• Mempunyai kesan kebelakangan.

Agensi secara perlu


• S.142 – seseorang ejen ada kuasa, dalam darurat untuk melakukan semua
tindakan yang berkenaan untuk tujuan melindung ketuanya dari kerugian
sebagaimanaakan dilakukan oleh seseorang berhemat biasa, dalam kesnya sendiri,
dibawah hal-keadaan yang sama.
• Contoh A diarah oleh B untuk hantar sayur dari Cameron Highland ke Singapura
tetapi sesampai di Seremban, lori A rosak. A jual sayur tersebut di Seremban.
• Kes – Great Northern Railway v Swaffield [1874] LR 9Ex 132; Seekor kuda
dihantar melalui keretapi ke suatu destinasi. Apabila kuda sampai di destinasinya tiada
siapa yang menuntut. Pihak keretapi menghantar kuda tersebut ke sebuah kandang kuda
untuk disimpan.
• Mahkamah memutuskan walaupun pihak keretapi bertindak diluar kuasa keretapi
sebagai ejen namun tindakan itu adalah perlu untuk melindungi kuda tersebut.Tindakan
itu adalah merupakan agensi secara perlu.

Agensi secara estopel


• Sekiranya prinsipal melalui kata-kata atau perbuatan menyebabkan pihak ketiga
percaya bahawa seseorang itu adalah ejen kepadanya, maka prinsipal dihalang daripada
menafikan kuasa ejen tersebut.
• Contoh – A berkata kepada B didepan C bahawa beliau adalah ejen C. C tidak
menyangkal kenyataan A. Jadi jika A bertindak dalam apa-apa urusan dengan B, ia
merupakan suatu tindakan dalam kapasiti sebagai ejen kepada C secara pelantikan
estopel.
Jenis-jenis agensi
• Ejen Universal – mempunyai kuasa yang luas seperti kuasa seorang prinsipal.
Pemberian kuasa kepada ejen ini dibuat melalui surat wakil kuasa (PA).
• Ejen Am – Dilantik untuk jalankan tugas-tugas umum atau biasa dalam
perniagaan.
• Ejen Khas – Dilantik untuk jalankan tugas yang dikhaskan sahaja.

Jenis agensi mengikut tugas


• Ejen Del-credere – ejen yang mendapat komisen tambahan daripada prinsipal
apabila ejen tersebut berjanji bahawa pihak ketiga akan menjalankan tugas mengikut
kontrak yang ditandatangani. Ejen perlu betanggung jawab jika pihak ketiga gagal
menjalankan kewajipan berkenaan.
• Ejen Faktor – ejen yang diamanahkan untuk menjual barang prinsipal dan
menjalankan urusan perniagaan atas nama sendiri tanpa memberitahu siapa prinsipalnya.
Memiliki lien terhadap barangan dalam simpanannya. Jika prinsipal gagal bayar komisen
beliau berhak tahan barangan tetapi tiada hak untuk jual barangan
• Ejen Broker – ejen yang diupah untuk membuat kontrak antara prinsipal dan
pihak ketiga, diberi komisen (brokerage fees) Broker berbeza daripada Faktor kerana
broker tidak diamanahkan untuk memegang barangan dan tidak membuat kontrak atas
nama sendiri. Broker juga tidak mempunyai hak lien keatas barangan prinsipal.
• Ejen Jurulelong – ejen yang diupah untuk menjual barangan secara lelong.
Semasa lelongan berjalan, ejen ini mulanya menjadi ejen penjual tetapi apabila ia
menerima yawaran daripada pembeli, ia akan akan menjadi ejen pembeli juga. Harga
jualan adalah mengikut budi bicara jurulelong kecuali jika prinsipal menetapkan harga
yang terendah. Dalam keadaan ini, jurulelong bertanggungjawab terhadap prinsipal
sekiranya menjual pada harga yang lebih rendah.
• Ejen Jurubank – terbahagi dua iaitu;
• Ejen pelanggan; apabila pelanggan ialah pendeposit, jurubank menjadi siberhutang
(debtor) manakala pelanggan ialah pemiutang (creditor). Sebaliknya berlaku apabila
pelanggan ialah peminjam.
• Ejen bank; kakitangan bank adalah ejen kepada bank. Mereka bertanggungjawab
kepada pihak bank bagi memastikan kelicinan perjalan operasi dan bank mendapat
pulangan tinggi dari setiap pelaburan mereka.

TUGAS DAN KEWAJIPAN EJEN


1. Mematuhi arahan S.164
2. Berhati-hati, tekun dan gunakan kemahiran yang ada S.165
3. Kemukakan akaun yang betul
4. Bayar kepada prinsipal semua wang yang diterimanya
5. Hubungi prinsipal untuk dapatkan arahan lanjut
6. Tidak biarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas sebagai ejen
7. 7.Tidak boleh membuat sebarang untung rahsia
8. 8.Tidak membocorkan maklumat atau dokumen sulit yang diamanahkan
9. Tidak wakilkan kuasa kepada orang lain

1. Mematuhi arahan
• S.164 menyatakan bahawa tugas ejen ialah mematuhi arahan prinsipal, jika gagal
– sebarang kerugian yang timbul mesti perlu ditanggung oleh ejen.
• Kes – Turpin v Bilton [1843]5 Man & g 435; prinsipal arahkan ejen ambil
insuran untuk kapal mereka tetapi ejen gagal berbuat demikian. Mahkamah putuskan ejen
perlu tanggung kerugian apabila kapal hilang.

2.Jalankan Kerja dengan hati-hati, tekun & gunakan kemahiran yang ada
• Ejen yang dilantik berdasarkan kemahirannya perlu jalankan tugas mengikut
kemahiran tersebut. Ejen juga perlu sentiasa rajin, cekap, berhati-hati dan tekun. Jika
berlaku kecuaian, ejen kena bertanggung jawab. S.165.
• Kes – Keppel v Wheeler [1927] 1 KB 577; Keppel (K) lantik Wheeler (W) untuk
jual sebuah rumah. Pada 29 Mei, W menerima tawaran £6150 daripada E, dan kemudian
memberitahu K mengenai tawaran tersebut. K menerima tawaran ‘tertakluk kepada
kontrak’ yang akan ditandatangani pada 3 Jun. Dalam pada itu W terima tawaran dari D
untuk rumah tersebut pada harga £6750. W tidak memberitahu K.
• Selepas W menandatangani kontrak dengan E baru beliau tahu tentang tawaran
yang lebih tinggi dari D. K buat tuntutan terhadap W.
• Mahkamah memutuskan bahawa W telah melakukan pecah kewajipan untuk
menjalan tugas sebagai ejen menggunakan kemahiran yang beliau ada dan diarah
membayar beza harga antara dua tawaran tersebut Kepada K.

3.Mengemukakan akaun yang betul


• S.166 – seorang ejen hendaklah memberikan akaun-akaun yang sempurna kepada
prinsipal apabila dituntut.Sempurna bermaksud akaun yang tepat dan berimbang
(balance) dan mempunyai bukti-bukti pembayaran, invois, resit bayaran dan resit
perbelanjaan seperti dalam akaun.
• Kes – Parker (Harry) Ltd v Mason [1940] 2 KB 590; Mahkamah memutuskan
bahawa untung yang diperoleh melalui transaksi haram atau batal, hendaklah juga
diserahkan kepada prinsipal sekiranya kontrak agensi antara ejen dan prinsipal tidak
menyalahi undang-undang.

4.Membayar semua wang yang diterima kepada prinsipal


• S.170 – Ejen boleh simpan dari jumlah yang diterima atas akaun prinsipalnya
dalam perniagaan agensi semua wang yang terhutang kepadanya berkaitan dengan
pendahuluan yang telah dibuat atau perbelanjaan wajar yang telah dibuat olehnya dalam
urusan perniagaan itu, dan juga apa-apa saraan yang boleh dibayar kepadanya kerana
tugas sebagai ejen.
• S.171 – tertakluk kepada potongan-potongan yang ditentukan dalam S.170, ejen
adalah terikat untuk bayar kepada prinsipal semua jumlah wang yang diterima atas akaun
prinsipalnya.

5.Menghubungi prinsipal
• S.167 – ejen adalah wajib dalam masa kesusahan, gunakan segala usaha yang
munasabah untuk hubungi prinsipal bagi dapatkan arahan-arahan lanjut.
• Seksyen diatas bermaksud ejen mesti menggunakan semua kemudahan
perhubungan yang ada untuk hubungi prinsipal bagi mendapatkan arahan lanjut dalam
keadaan darurat (kecemasan) atau jika timbul perkara yang tidak dijangka.

6. Tidak biarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas ejen


• S.168 – prinsipal berhak tolak transaksi yang dibuat oleh ejen sekiranya beliau
dapati ejen telah sembunyikan fakta penting dengan tidak jujur atau urusniaga ejen itu
telah merugikan beliau.
• Kes – Wong Mun Wai v Wong Tham Fatt & SL [1987] 2 MLJ 249; Mahkamah
memutuskan bahawa ejen telah gagal dalam menjalankan tugas-tugasnya kepada
prinsipal kerana:
(i) ejen menjual tanah prinsipal dibawah harga pasaran semasa, dan…
(ii) ejen gagal beritahu prinsipal yang dia telah jual tanah prinsipal kepada isterinya
sendiri.
• Dalam kes ini ejen tidak sepatutnya mengaut keuntungan dengan menggunakan
kedudukannya sebagai ejen kepada prinsipal.
• S.169 pula menyatakan “prinsipal berhak menuntut daripada ejen apa-apa faedah
yang telah diperolehnya dari transaksi yang dibuat oleh ejen tanpa pemgetahuannya serta
gagal mengikut arahannya”.

7.Tidak membuat untung rahsia


• S.169 – Hak prinsipal kepada faedah yang diperolehi oleh ejen yang menguruskan
dengan sendiri perniagaan ejensi.
• Contoh – A arah B ejennya beli sebuah rumah untuknya. B memberitahu A yang
rumah itu tidak boleh dibeli, dan membeli rumah itu untuk dirinya sendiri. A boleh,
apabila dapati B telah membeli rumah itu menuntut B menjual rumah itu kepadanya
dengan harga yang dibeli oleh B.
• Kes – Tan Kiong Hwa v Andrew SH Chong [1974] 2 MLJ 188; Plaintif
(prinsipal) arah defendan (ejen) jual rumah pada harga RM45,000. Defendan telah
berjaya jual pada harga RM54,000 tetapi hanya memberikan RM45,000 kepada plaintif.
Mahkamah putuskan plaintif berhak tuntut beza RM9,000 daripada ejen.

8.Tidak membocorkan maklumat / dokumen sulit


• Hubungan prinsipal dan ejen adalah merupakan hubungan amanah.
• Ejen mesti menjaga segala maklumat dan dokumen sulit berkaitan kontrak
ejensinya supaya tidak jatuh kepada musuh prinsipal.
• Kes – L.S. Harris Trustees Ltd v Power Packing Services (Hermit Road) Ltd.
[1970] 2 Lloyd’s Rep. 65;

• Prinsipal meminta ejen menyediakan tuntutan insuran apabila gudangnya terbakar


dan berpesan kepada ejen agar tidak membocorkan maklumat sulit yang terdapat dalam
dokumen insuran tersebut. Ejen telah membocorkan rahsia tersebut kepada pelanggan
prinsipal.
• Mahkamah memutuskan bahawa prinsipal berhak menamatkan kontrak dengan
ejen.

9.Tidak wakilkan kuasa kepada orang lain


• Apabila prinsipal amanahkan tugas kepada ejen, adalah tidak wajar bagi ejen
untuk wakilkan tugasnya kepada pihak lain [S.143]
• Maxim ‘delegatus non potest delagare’ (a delegate cannot delegate).
• Hanya dalam keadaan berikut perwakilan kuasa oleh ejen dibenarkan:-
1. Prinsipal membenarkannya
2. Kebiasaan kerja itu memerlukan perwakilan
3. Ejen perlu mewakilkan kuasanya (berdasarkan tindakan pihak terbabit)
4. Keadaan ejen memerlukan kuasanya diwakilkan
5. Darurat yang memerlukan ejen wakilkan kuasa
6. Kerja pentadbiran yang tidak perlukan penggunaan budi bicara

• Kes – De Bussche v Alt; Prinsipal lantik ejen di China untuk jual kapal pada
harga tertentu. Ejen gagal menjual dan minta izin untuk lantik sub-ejen.
• Mahkamah putuskan bahawa perwakilan itu dibenarkan dengan persetujuan
prinsipal.

oooOOOooo

You might also like